Anda di halaman 1dari 5

Melioidosis

Apa itu Melioidosis?

Melioidosis, dikenal sebagai penyakit Whitmore (selepas dikenalpasti pertama kali oleh Kaptain Alfred
Whitmore) ataupun penyakit pekebun Nightcliff (Nightcliff – kawasan endemik Melioidosis terletak di
Australia) yang boleh menjangkit manusia atau haiwan.

Penyakit ini dominan di negara yang berilklim tropikal dan tersebar luas di negara Asia Tenggara dan
utara Australia dan hampir semua benua telah melaporkan kes-kes Melioidosis. Taburan penyakit ini
(juga dikenali sebagai kawasan endemik) ditunjukkan seperti peta 1.

Peta 1: Kawasan endemik jangkitan melioidosis


Agen Penyebab

Penyakit ini adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria Burkholderia pseudomallei. Bakteria ini adalah
kuman Gram negatif (merah) bipolar yang berupa pin keselamatan (safety pin) seperti Gambar rajah
3 apabila dilihat dibawah mikroskop.

   

Gambar rajah 1 Gambar rajah 2


Gambar rajah 1 & 2 (atas): Rupa bentuk koloni yang tumbuh pada agar media di makmal
digunakan untuk mengenalpasti Burkholderia pseudomallei.
Gambar rajah 3: Bakteria menunjukan bentuk pin keselamatan dibawah mikroskop di makmal.
Resevoir

Bakteria ini boleh dijumpai di sumber air dan tanah yang tercemar seperti sawah padi, air bertakung
dan tasik. Penyakit ini disebarkan kepada manusia, haiwan ataupun tumbuhan. Jangkitan kepada
manusia adalah melalui sentuhan langsung (direct contact) dengan tanah dan air melalui luka,
menyedut debu atau titisan air yang tercemar. (Gambar rajah 4 & 5).

   

Gambar rajah 4: Takungan air-


Gambar rajah 5: Pesawah terdedah
habitat yang dapat menampung
kepada risiko jangkitan melioidosis.
pertumbuhan bakteria.
Tanda dan gejala

Terdapat beberapa jenis tanda dan gejala melioidosis yang boleh dikategori seperti berikut:

 Jangkitan setempat (Localizes infection) : bengkak dan sakit, demam, kudis, bernanah.
 Jangkitan paru-paru (Pulmonary infection) : batuk, sakit dada, demam tinggi, sakit kepala,
anorexia
 Jangkitan darah (Bloodstream infection) : demam, sakit kepala, sakit sendi, masalah
pernafasan, ketidakselesaan abdomen, kelembutan otot, kekeliruan.
 Jangkitan disebarkan (Disseminated infection) : susut berat badan, sakit perut atau sakit
dada, sakit otot atau sakit sendi, sakit kepala, sawan.
Walau bagaimanapun, pelbagai tanda dan gejala boleh dikelirukan dengan penyakit-penyakit lain
seperti batuk kering, pericarditis dan lain-lain jangkitan kronik atau akut.
Masa antara pendedahan kepada bakteria dan kemunculan gejala-gejala tidak ditakrifkan dengan
jelas, umumnya gejala muncul 2 hingga 4 minggu selepas pendedahan.

Kumpulan Berisiko Tinggi

Walaupun orang yang sihat boleh mendapatkan melioidosis, pesakit yang mempunyai faktor-faktor
berisiko tinggi terdedah kepada jangkitan.

Faktor-faktor risiko ialah:

 kencing manis (diabetes)

 penyakit hati

 penyakit buah pinggang

 talasemia

 kanser atau penyakit sistem imun tertekan (immune-suppressing) bukan jangkitan HIV
 penyakit paru-paru kronik
Ujikaji Makmal

 Jenis sample yang diperlukan dari pesakit:


o Darah

o Air kencing

o Nanah

o Kahak

o Cecair badan

 Ujian yang terlibat:


o Sapuan terus (Pewarnaan Gram)

o Kultur & Isolasi (Piawaian dan paling biasa digunakan)


o Immunofluorescence (IF)

o Latex Agglutination

o Indirect Hemagglutination Assay (IHA)

o Enzyme Immunoassay (EIA)

o Polymerase Chain Reaction (PCR)


 Pencegahan

 Pada masa sekarang, tiada vaksin yang dapat mencegah jangkitan melioidosis. Beberapa
langkah pencegahan adalah seperti di bawah:

o Pesakit kencing manis atau pesakit buah pinggang kronik yang mempunyai luka
terbuka harus mengelakkan sentuhan langsung (direct contact) dengan tanah dan air tercemar.
o Peladang perlu memakai but yang boleh menghalang jangkitan melalui kaki.

o Pekebun harus memakai sarung tangan apabila berkebun.

o Pekerja penjagaan kesihatan (Health Care Worker) boleh menggunakan langkah


berjaga-jaga menggunakan topeng, sarung tangan, dan gaun semasa menjaga pesakit.
Rujukan:

o Garis panduan pengurusan Pusat Rekreasi Sungai dan Air Terjun di negeri Pahang
bagi mengelak Jangkitan Penyakit Berjangkit, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, 24 September
2010.
o http://www.cdc.gov/melioidosis/index.html

o A Francis, S. Aiyar, C.Yean, L Naing, M Ravichandran(2006). An improved selective


and differential medium for the isolation of Burkholderia pseudomallei from clinical specimens.
Diagnostic Microbiology and Infectious Disease, Volume 55, Issue 2, Pages 95 -99.

Semakan Akhir : 13 Januari 2014

Penulis : Lee Pei Chen

Anda mungkin juga menyukai