Anda di halaman 1dari 9

Falsafah dan Pendidikan di Malaysia

1.0 Pengenalan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memberi perhatian sepenuhnya


berkaitan peningkatan kualiti pendidikan dalam proses transformasi Sistem
Pendidikan Negara yang bermula sejak tahun 2013, atau lebih difahami dengan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Sedang kita
mengejar agenda itu, warga pendidik merupakan kelompok yang terpenting dalam
merealisasikannya melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) abad ke-21.
Warga pendidik seharusnya bukan sekadar mengajar dan mendidik anak-anak
murid di dalam kelas, malah mereka seharusnya dijadikan sebagai ikon, pengilham,
penasihat dan pencetus agar anak-anak ini dapat didikan yang cukup berkualiti,
yang meliputi unsur nilai murni, kemahiran dan seimbang dari segi rohani, jasmani
dan intelek. KPM juga ingin melihat tahap pendidikan di negara kita ini juga berjaya
menggarap kelompok satu pertiga atas standing dengan negara maju melalui
penilaian PISA dan TIMMS menjelang tahun 2025 di samping menyuburkan kualiti
modal insan selaras dengan hasrat Transformasi Negara 2050 (TN50) walau kita
sedari bahawa cabaran pada masa kini semakin berat untuk didepani.

Persoalannya, adakah warga pendidik ini mampu untuk memikul tugas yang
dilihat begitu berat, ditambah dengan halangan dan rintangan yang berbentuk
kebendaan, intelektual, pemikiran, kerohanian, kebudayaan, etika pelajar dan
sebagainya? Ya, tiada yang mustahil bagi kita untuk mencorak tamadun bangsa
sendiri. Maka dengan itu, peranan bakal guru sangat penting dalam merealisasikan
hasrat untuk meningkatkan profesional kendiri dalam profesion perguruan yang akan
dikupas selanjutnya.

1
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia

2.0 Peranan Sebagai Bakal Guru Untuk Meningkatkan Profesional Kendiri


Dalam Profesion Perguruan

2.1 Meningkatkan Kualiti Dari Segi Kerohanian

Menurut Kamus Dewan (2010), rohani bermaksud batin yang berkaitan


dengan roh, rohaniah atau jiwa. Oleh itu, kerohanian atau rohani merujuk
kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan roh. Selain itu, rohani juga
selalu dikaitkan dengan perasaan dalaman manusia yang melibatkan emosi
kendiri dan penaakulan strategik. Dalam kontek kerohanian merangkumi
beberapa aspek penting seperti keyakinan kepada tuhan, kepercayaan
kepada agama, kemantapan jiwa, penghayatan nilai-nilai murni dan norma
masyarakat serta berbudi pekerti mulia.

Oleh itu, sebagai bakal guru saya akan meningkatkan kualiti diri dari segi
kerohanian untuk meningkatkan lagi profesionalisme guru. Guru yang
berkualiti kerohaniannya terdiri daripada terdiri daripada mereka yang
memiliki sifat-sifat seperti memiliki sahsiah atau tingkah laku yang baik dan
terpuji. Antara ciri-ciri guru yang memiliki sahsiah yang baik ialah
menjalankan tugas tepat pada masanya, ikhlas menjalankan tugas,
menghormati rakan sejawat serta murid, rajin dan sebagainya. Nilai tara
sahsiah atau tingkah laku yang baik ini sudah terkandung dalam kod etika
dan profesion perguruan. Selain itu, dalam pembentukan Falsafah Pendidikan
Malaysia juga, agama diletakkan ditempat yang tertinggi. Pegangan agama
yang kuat akan menyebabkan seseorang guru bertanggungjawab terhadap
tugasnya, berilmu, berprinsip serta amanah.

Justeru, sebagai seorang bakal guru saya akan sentiasa melakukan solat
berjemaah, menghadiri pelbagai majlis ilmu yang berkaitan agama dan
pembentukan sahsiah, melakukan pembacaan yang berkaitan agama islam
serta mengikuti kelas-kelas agama bagi meningkatkan kualiti diri dari segi
kerohanian untuk meningkatkan lagi profesionalisme guru. Hal ini sejajar
dengan sebelas anjakan utama untuk mentransformasikan sistem pendidikan
negara iaitu pada anjakan yang ke-3 yang berbunyi melahirkan rakyat yang
menghayati nilai.

2
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia

2.2 Memiliki Kemahiran Bercorak Fizikal

Kemahiran membawa maksud kebolehan semula jadi yang diperoleh oleh


seseorang yang menjadikannya pintar, pandai dan cekap dalam melakukan
sesuatu. Manakala fizikal pula merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat (2010)
mendefinisikan sesuatu yang berbentuk jasmani atau kekuatan dalam diri
seseorang. Justeru, sebagai seorang bakal guru, saya akan meningkatkan
kemahiran bercorak fizikal dalam diri saya agar dapat meningkatkan
profesionalisme guru. Sebagai contoh, kemahiran berkomunikasi semasa
berhubung dengan murid, ibu bapa, dan pihak pengurusan sekolah serta
mempunyai kemahiran fizikal seperti mahir dalam sesuatu aktiviti sukan atau
mana-mana unit beruniform bertujuan untuk melatih murid melibatkan diri
dalam kokurikulum yang penting untuk pembentukan jati diri murid dan
berkualiti dari segi emosi.

Oleh itu, bagi memastikan saya memiliki kemahiran yang bercorak fizikal
saya akan mengamalkan cara hidup sihat tanpa penyakit dengan cara
berjoging dan bersukan serta malakukan amalan pemakanan yang sihat.
Tubuh badan yang sihat dan cergas akan melahirkan individu yang tajam
pemikirannya serta emosi yang terkawal dan ini akan membantu seseorang
guru itu dalam menjalankan tugas dengan berkesan. Antara aspek-aspek
yang perlu ada dalam diri seorang guru yang berkualiti dari segi emosi ialah
sentiasa menghayati nilai-nilai murni, norma dan etika perkhidmatan. Justeru,
terdapat 12 nilai murni teras etika kerja perkhidmatan awam yang dikenali
sebagai tonggak 12 yang perlu diamalkan. Seseorang guru juga memiliki
pemikiran yang positif dalam menjalankan tugasnya iaitu menganggap pergi
ke sekolah sebagai pergi ke medan jihad dan kerja mengajar sebagai suatu
ibadat tanpa sebarang rungutan.

3
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia

2.3 Mempertingkatkan Kebolehan dalam Penggunaan Teknologi Maklumat


dan Komunikasi (TMK).

Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi


Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau
ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk memproses data. Secara
tepat dan mudah ialah penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah,
menyimpan, melindungi, memproses, memindahkan, melihat, dan
mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu. Sebagai bakal
guru, saya perlu mempertingkatkan kebolehan dalam penggunaan TMK untuk
menaikkan lagi profesion perguruan. Hal ini penting kerana dunia kini
merupakan dunia tanpa sempadan. Untuk mengekalkan ciri seorang guru
yang berkualiti, saya akan perlu berusaha dengan sentiasa menggunkan IT
dalam pengajaran dan pembelajaran. Pembentukan guru bermula dengan
pendidikan guru yang berkualiti (Brownell et al., 2008). Program pendidikan
guru mampu melahirkan guru yang berkualiti dari segi kecemerlangan
instruksi, Teknik mengajar, pengetahuan akademik, memahami modal insan,
pemikiran kritikal, teknologi, dan penglibatan komuniti (American Federation
of Teachers – AFT, 2001).

Oleh itu, untuk mempertingkatkan kebolehan dalam penggunaan TMK


saya akan menghadiri kursus-kursus IT dan sentiasa bertanya kepada rakan-
rakan serta pensyarah yang lebih mahir dalam bidang ini. Kesannya,
kebolehan ini membolehkan saya untuk mengajar menggunakan teknologi
terkini dan akan mencapai mutu yang tertinggi. Hal ini sejajar dengan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 pada anjakan yang ke-7 iaitu
memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.

4
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia

2.4 Meningkatkan Kemahiran Pedagogi

Pedagogi abad ke-21 merupakan kemampuan mengaplikasi dan


menghayati empat kategori utama kemahiran abad ke-21 dalam amalan PdP
bagi mencapai Pendidikan bertaraf dunia iaitu cara berfikir kreatif dan kritis,
berupaya mengintegrasikan kemahiran berfikir aras tinggi, kemahiran
penyelesaian masalah dan membuat keputusan serta membuat penyesuaian
(adaptability) dengan menggalakkan penglibatan otak kira dan otak kanan.
Oleh itu, sebagai bakal guru saya akan berusaha untuk menguasai
pengetahuan tentang teori-teori pembelajaran yang muktahir. Antara teori-
teori pembelajaran tersebut ialah Teori Pengajaran Behavioral, Teori
Pengajaran Kognitif, Teori Pengajaran Humanis, Teori Pengajaran Sosial
Kognitif, dan Teori Pengajaran Konstruktivis.

Zeichner dan Conklin (2005) mengatakan bahawa keberkesanan program


pendidikan guru bagi melahirkan guru yang berkualiti perlu mengambil kira
ciri-ciri clon program pendidikan guru, kompleksiti program, kandungan
program, dan sekolah di mana latihan mengajar diadakan. Pendapat ini
disokong oleh dapatan kajian secara empirikal yang menunjukkan program
pendidikan guru yang dirangka dengan baik memberi peluang kepada guru
pra perkhidmatan mengaplikasikan teori, pengetahuan, amalan pedagogi,
serta lebih memahami kepelbagaian pelajar dalam proses membentuk kualiti
guru ke arah menghasilkan pendidikan berkualiti (Yoon, Duncan, Lee,
Scarloss, & Shapley, 2007).

Justeru, saya perlulah menghadiri bengkel-bengkel yang berkaitan


pedagogi serta sentiasa melibatkan diri dalam program inovasi dalam
pendidikan supaya dapat meningkatkan kemahiran saya dalam pedagogi
sebagai seorang bakal guru. Oleh itu, Program Transformasi Sekolah 2025
(TS25) telah ditubuhkan iaitu sebahagian daripada usaha Kementerian
Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah
berkualiti. TS25 mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan
pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam PdP selari dengan hasrat
yang terkandung dalam PPPM 2013-2025.

5
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia

2.5 Meningkatkan Akauntabiliti Keguruan

Akauntabiliti keguruan bermaksud tanggungjawab yang harus difahami


dan dilaksanakan oleh seseorang guru. Dalam erti kata lain, akauntabiliti
keguruan membawa maksud tanggungjawab terhadap profesionalisme
keguruan. Akauntabiliti atau tanggungjawab seseorang guru merangkumi
bidang pekerjaan, sekolah, tingkah laku, murid-murid dan profesion keguruan.
Menurut Ragbir Kaur (2007), fungsi guru adalah mendidik murid dalam
pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran daripada pelbagai disiplin dalam
kurikulum sekolah. Para guru haruslah memiliki sifat-sifat amanah, dedikasi,
komited pada tugas, ikhlas, sanggup berkorban masa dan tenaga serta
mempunyai sikap membantu dan menyampaikan seberapa banyak ilmu
kepada murid-muridnya.

Oleh itu, sebagai bakal guru saya akan melibatkan diri dalam seminar
pendidikan dengan menyertai kursus-kursus yang dianjurkan oleh jabatan
atau pentadbiran. Kerja mendidik membawa konotasi moral kepada orang
yang menjalankan tugas ini perlu bertanggungjawab kepada diri sendiri
kerana mereka akan dipersoalkan sekiranya sesuatu tanggungjawab itu
diabaikan. Jika seseorang guru mempunyai akauntabiliti yang tinggi maka ia
juga akan mempengaruhi profesionalisme guru dan secara tidak langsung
dapat meningkatkan lagi profesionalisme guru selari dengan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 anjakan yang ke-11 iaitu
meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti awam secara langsung.

6
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia

3.0 Rumusan

Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan lagi


profesionalisme guru. Profesion perguruan merupakan satu profesion yang sangat
mulia. Jasa dan sumbangan yang diberikan oleh warga pendidik untuk melahirkan
masyarakat yang berilmu, beriman, dan mengamalkan nilai-nilai yang baik tidak
harus dipandang rendah oleh masyarakat. Pemilihan bidang ini sebagai pilihan
terakhir untuk diceburi adalah tanggapan yang salah. Masyarakat harus sedar
cabaran dan bebanan yang dihadapi oleh golongan guru sebelum mengambil jalan
mudah dengan memandang rendah golongan ini. Usaha Kementerian Pendidikan
Malaysia untuk memartabatkan profesion ini perlu dipandang tinggi. Tanpa guru,
siapalah kita pada hari ini.

7
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia

4.0 Bibliografi

American Faderation of Teacher (AFT). (2001). Building a profession:


Strengthening teacher preparation and induction. Washington, DC: American
Federation of Teacher.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Brownell, M. T, Leko, M. M., Kamman, M., & King, L. (2008). Defining and preparing
high-quality teachers in special education: What do we know from the
research? Advances in Learning and Behavioral Disabilities, 21, 35-74.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2009). Standard Guru Malaysia. Kementerian


Pendidikan Malaysia: Putrajaya

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan


Malaysia
2013- 2025. Kementerian Pendidikan Malaysia: Putrajaya.

Ragbir Kaur Joginder Singh. (2007). Panduan ulang kaji Pendidikan untuk KPLI
sekolah menengah dan sekolah rendah. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

Yahya Don, Azizah Sarkowi, & Yaakob Daud. (2014). Pembentukan dan
Peningkatan
Kualiti Guru di Malaysia. Universiti Utara Malaysia: UUM Press.

Yoon, K., Duncan, T., Lee, S., Scarloss, B., & Shapley, K. (2007). Reviewing The
Evidence on How Teacher Profesional Development Affects Student
Achievement (Issues & Answers Report, REL 2007-No. 033. Washingston,
DC: U.S. Department of Education, Institute of Education Sciences, National

8
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia

Center for Education Evaluation and Regional Assistance, Regional


Education Laboratory Southwest.

Zeichner, K. M., & Conklin, H. G. (2005). Teacher education programs. Dlm. M.


Cochran-Smith & K. M. Zeichner (Eds), Studying teacher education: the
report of the AERA panel on research and teacher education. Mahwah, NJ:
Lawrence Erlbaum.

Anda mungkin juga menyukai