Anda di halaman 1dari 14

PENGENALAN

Dalam kehidupan kita terdapat pelbagai golongan agama dan bangsa. Mereka

mempuyai pelbagai kepercayaan dalam menjalani kehidupan seharian mereka sebagai seorang

manusia. Di dunia ini terdapat banyak kepercayaan seperti, agama Kristen, Buddha, Hindu dan

juga Islam. Kesemua agama ini, mempunyai cara hidup, adat dan budaya yang tersendiri.

Kepercayaan bagi setiap agama berbeza-beza, namun yang pasti Islam adalah agama terbaik

yang ada di muka bumi ini. Hal ini, kerana setiap nilai- nilai murni diterapkan dalam agama

suci ini amat berkait rapat dengann kehidupan sebagai seorang manusia. Islam menerangkan

pelbagai perkara seperti cara hidup sebagai seorang muslim, hubungan manusia dan alam dan

pelbagai lagi. Oleh sebab itulah, agama Islam merupakan agama terbaik yang ada di muka

bumi ini. Agama Islam juga mengajar penganutnya untuk menghormati agama-agama yang

lain dan tidak membenci ataupun menghina agama-agama tersebut. Malahan, rasulullah SAW

menyuruh umatnya untuk berbuat baik dengan gelongan mereka. Hal ini sama seperti di negara

Malaysia yang telah dimaktubkan bahawa agama Islam merupakan agama persekutuan namun

begitu, agama-agama serta kepercayaan lain bebas menganut agama mereka secara aman dan

damai di mana-mana Bahagian Persekutuan. Namun begitu, tidak kesemua negara di dunia ini

mengamalkan apa yang diamalkan oleh rakyat Malaysia. Hal ini jelas terbukti di negara-negara

barat yang tidak menyokong agama Islam malah telah melabelkan Islam sebagai agama yang

ganas. Perkara seperti inilah yang telah mengwujudkan golongan yang digelar ‘Islamofobia.’
DEFINISI ISLAMOFOBIA

Definisi kamus bagi kosa “phobia” ialah “ketakutan atau kebencian yang keterlaluan:

ketakutan tidak rasional atau amat kuat dan benci terhadap sesuatu ”. Definisi Islamofobia secara

ringaksanya ialah ketakutan yidak rasional atau amat kuat atau benci terhadap Islam. Namuun begitu,

Islamofobia ini lebih dari sekadar makna ini, ia turut mengabunggkan kebencian kaum, sikap tidak

bertolerasi, prejudis, dikriminasi dan stereotaip. Konteks Islamofobia juga adalah apabila

masyarakat bukan Islam percaya bahawa golongan Muslim cenderung untuk melakukan

keganasan serta menolak amalan toleransi, kesamarataan serta demokrasi. Kes keganasan

terhadap orang Islam di negara majoriti bukan Islam bukan sesuatu yang asing, tetapi isu ini

tidak diketahui secara meluas oleh masyarakat khususnya yang tinggal di negara yang majoriti

Muslim. Isu Islamofobia ini adalah sebuah isu yang serius dikatakan di seluruh dunia kerana

perkara ini boleh menyebabkan pelbagai perkara buruk terjadi seperti bunuh membunuh.

Fenomena ini pada asanya adalah kebencian berasaskan agama dan ianya mempunyai aspek

berbeza iaitu sudut protagonis Islamophobia dan dari sudut mangsa Islamophobia. Islamofobia

dari segi istilah telah diperkenalkan oleh “Commission on British Muslims and Islamophobia”

pada tahun 1996. Pada tahun berikutnya,’Commisson” tersebut yang mengeluarkan

“Runnymede Trust Report Islamofobia a challenge for all of us” telah menukar kosa kata

Islamofobia sebagai ‘perjudis terhadap Islam’. ‘Runnymede’ juga telah mengenal pasti tujuh

komponen yang mendefinisikan Islamophobia iaitu;

1. Islam dilihat sebagai blok monolitik, statik dan tidak berkembang

2. Islam dilihat sebagai terpisah dengan agama dan kepercayaan yang lain. Ianya tidak

dinilai persamaan dengan budaya-budaya lain, tidak mempengaruhi mereka dan tidak

dipengaruhi mereka
3. Islam dilihat sebagai lebih lemah berbanding Barat malah dipandang sebagai agama

yang tidak bertamadun, tidak rasional, primitif dan gila seks

4. Islam dilihat sebagai ganas, agresif, mengancam, menyokong keganasan dan terlibat

dalam pertembungan peradaban

5. Kritikan muslim terhadap Barat ditolak mentah-mentah

6. Permusuhan terhadap Islam digunakan untuk menghalalkan amalan diskriminasi

terhadap Muslim and mengasingkan Muslim daripada khalayak awam

7. Permusuhan anti muslim dilihat sebagai biasa dan normal

Dalam sejarah Islam, Islamofobia ini telah wujud ketika nabi Muhammad SAW

menyebarkan Islam secara terang-terangan. Perkara ini bermula apabila agama Islam yang

disebarkan oleh nabi Muhammad SAW secara kecil-kecilan tidak diharaukan oleh penduduk

Makkah. Kecaman pertama Islamofobia adalah daripada bapa saudaranya sendiri iaitu Abu

Lahab yang amat bencikan Islam Sememangnya Islamofobia ini membwa kepada kebinasaan

seperti yang telah dinyatakan dalam Al-Quran iaitu pada ayat pertama Surah Al-Masad : yang

bermaksud “Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab, dan binasalah ia bersama”. Namun

begitu, sekiranya perkara ini dirujuk dan diperhatikan di dalam media massa dan saluran pada

era ini, istilah lain yang hampir sama dengan Islamofobia juga digunakan bagi merujuk kepada

fenomena kembimbangan atau fobia kepada Islam. Istilah seperti “Muslim radicalization”,

“anti- Muslim hate crime”, “anti-Islamic phenomena”, “xenophonia” dan “religiously based

hate crimes juga sering kali digunakan. Namun perkataan Islamofobia ini yang selalu

digunakan di serata dunia terutama di media massa zaman kini seperti akhbar, majalah, radio

dan sebagainya.
Definisi Islamfobia adalah kombinasi perkataan Islam dan fobia. Dari segi perkataan, Islam

yang berasal dari Arab bermaksud sejahtera, aman , harmoni dan dirujuk dari istilah iaitu

menyerah diri kepa Pencipta yang Maha Berkuasa dengan mentauhidkannya dengan penuh

keyakinan serta melaksanakan segala suruhannya dan meninggalkan larangannya. Fobia pula

bermaksud sejenis penyakit ketakutan yang luar biasa, secara terus menerus kepada sesuatu

yang tidak realistik dalam kehidupannya. Apabila dilihat dengan mata kasar kedua-dua

perkataan ini adalah sesuatu kombinasi yang tidak sesuai kerana mana mungkin seseorang itu

membencikan perkara yang aman, sejahatera dan damai seperti agama Islam kecuali jika

seseorang itu mempunyai niat yang jahat untuk menjatuhkan agama Islam.Tambahan pula,

menurut pelapor Khas PBB, Islamofobia memberi maksud “suatu permusuhan dan ketakutan

tidak berasas terhadap Islam dan akibat ketakutan atau kebencian pada orang Islam atau

majoriti daripada mereka”. Pentakrifan yang hampir sama diberikan oleh Laporan

“Commission on British Muslims and Islamofobia” yang menyatakan bahawa perkara ini

merujuk kepada “dread or hatred of Islam and, therefore, to fear or dislike all or most Muslims”

atau “irrational fear of Islam or anti-Muslim racism and continuation of anti-Asian and anti-

Arab racism”. Melalui pentakrifan ini, dapatlah disimpulkan bahawa Islamofobia ini merujuk

kepada persepsi negatif terhadap Islam dalam bentuk diskriminasi pelbagai yang dimotivasikan

oleh ketakutan dan kebimbangan terhadap Islam atau umat Islam.

Disebabkan, Islamofobia tersebar di seluruh dunia ramai muslim yang bimbang tentang

status mereka dan bimbang tentang keselamatan mereka. Hal ini kerana, terdapat isu yang

berkaitan dengan Islamofobia ini membawa muslim yang terlibat kearah kecederaan dan lebih

teruk kematian terutama Muslim yang tinggal dikawasan majoriti bukan muslim. Perkara ini,

adalah perkara yang perlu dipandang serius oleh selruh muslim dimuka bumi ini sebelum isu

ini menjadi lebih parah.


BENTUK-BENTUK ISLAMOFOBIA

Disebabkan terdapat beberapa persepsi negetif dan rasa takut yang terlampau dengan

agama Islam, telah terdapatnya beberapa bentuk Islamofobia yang ada di muka bumi ini.

Islamofobia telah dibahagikan kepada beberapa bentuk dan kategori iaitu “Institutional

Islamophobia”,“Non-Institutional Islamophobia”,“Islamophobia of the State”,“Dominant

Islamophobia”,“Non-dominant Islamophobia” ,“Unconscious Islamophobia”. Kesemua

bentuk-bentuk Islamofobia ini terdapat di pelbagai negara di serata dunia. Namun begitu,

kesetiap bentuk-bentuk Islamofobia ini mempunyai maskdunya yang tersendiri.

“Institutional Islamophobia” ini merujuk kepada organisasi atau mana-mana

pertubuhan yang mendiskriminasi berdasarkan identiti agama. Bagi “Non-Institional

Islamopbobia” berlaku apabila ianya melibatkan kepada Islamofobia individu. Islamofobia

yang berlaku di peringkat institusi ini kebiasaannya akan melibatkan badan tertntu, syarikat

dan badan korporat lebih memberi kesan berbanding individu. Di peringkat institusi juga

Islamofobia ini akan melibatkan sikap pilih kasih sama ada dalam bentuk penafian peluan

pekerjaan, kenaikan pangkar, hak-hak beragama dan sebagainya. Di samping itu, Islamofobia

diperingkat institusi seperti organisasi tertentu, syarikat dan badan korporat lebih memberikan

implikasi berbanding individu. Islamofobia di peringkat institusi ini kebiasaannya melibatkan

diskriminasi sama ada dalam bentuk penafian peluang pekerjaan, kenaikan pangkat, hak-hak

beragama sewaktu bekerja dan sebagainya. Institusi ini akan melibatkan banyak individu

seperti di kawasan-kawasan tempat bekerja atau tempat belajar.

Selain itu, maksud “Islamophobia of the State” atau lebih dikenali sebagai Islamofobia

yang melibatkan polisi negara adalah sesuatu yang perlu di atasi dan dibendung. Melalu sikap

Islamofobia ini, amalan sistematik yang mendiskriminasikan berdasarkan identitiagama boleh

berlaku terutama di jabatan atau kementierian di sesebuah kerjaan. Akibatnya Muslim atau
mempunyai apa-apa hubungan dengan kerajaan sebegini akan mengalami pelbagai masalah

dan akan memberikan pelbagai implikasi yang negetif kepasda banayk aspek. Bagi bentuk

“Dominat Islamophobia” yang juga merujuk kepada Islamophobia yang berlaku di negara

majoriti bukan Islam dan “Non-dominant Islamohpbia” apabila ianya berlaku di negara

majoriti bukan Muslim. Kedua-dua bentuk Islamofobia ini mempunyao bezanya iaitu,

“Domiant Islamophobia’” adalah lebih membimbangkan kerana Muslim minoriti ini lebih

berpontensi untuk didiskriminasikan dan dilayan dengan tidak adil dan teruk. Bagi maksud

yang terakhir iaitu “Unconscious Islamophobia” yang berlaku secara tidak disedari. Perkara ini

kerap berlaku dikalangan bukan Islam dan juga boleh berlaku kepada Muslim itu sendiri.

Kenyataan yang menghina dan memrpertikaikan undang-undang Islam dan hak-hak asasi

manusia dalam Islam oleh golongan tertentu misalnya boleh dianggap sebagai fenomena

Islamofobia yang tidak disedari oleh masyarakat di kawasan tersebut.

Bentuk-bentuk Islamofobia ini telah menunjukkan bahawa fenomena Islamofobia ini akan

memberi kesan kepada pemikiran masyarakat sekeliling malah masyarakat di seluruh dunia

dan juga boleh berlaku dalam bentuk ekspresi individu dan juga institusi termasuk melalui

dasar dan polisi sebuah Negara. Fenomena ini akan menjadi lebih serius sekiranya tidak

diendahkan oleh masyarakat sedunia terutama masyarakat Muslim yang berada di seluruh

dunia. Oleh sebab itu, pelbagai pihak pelulah mengambil tindakan yang sewajarnya untuk

menukar persepsi mereka yang memandang buruk terhadap agama Islam supaya seluruh umat

manusia dapat menjalani kehidupan yang aman, adil dan sejahtera tidak kira apa jua bangsa,

kaum dan juga agama.


FAKTOR ISLAMOFOBIA

Islamofobia ini tidaklah hadi dan wujud dengan sendirinya. Terdapat beberapa faktir

yang terdapat di dalam kajian yang dilakukan oleh Henk Dekker dan Jolanda van der Noll

bertajuk “Islamophobia and Its Origins: A study Among Dutch Youth”. Kajian itu dilakukan

pada tahun 2006 yang menunjukkan bahawa 54% dari 580 pelajar Belanda telah memberi

respon bahawa mereka mempunyai tanggapan negatif kepada agama Islam. Perkara ini berkait

rapat dengan isu Islamofobia kerana mereka mempunyai perasaan takut dan benci terhadap

agama Islam. Kajian ini mengesahkan bahawa terdapat faktor luaran dan dalaman yang

membina persepdi negatif golongan bukan Islam dan seterusnya meningkatkan rasa

kebimbangan atau kebencian mereka terhadap agama Islam dan juga penganutnya. Antara

faktor-faktor dalaman yang dikaitkan dengan kemunculan Islamofobia adalah :

1. Penghijrahan

Apa yang dikaitkan dengan penghijrahan dengan faktor Islamofobia adalah

apabila orang Islan berhijrah ke negara majoriti bukan Islam. Disebabkan oleh, faktor

kemunduran ekonomi dan masaah kesempitan hidup menyebabkan ramai umat Islam

berhijrah ke negara maju. Keadaan ini telah menyebabkan wujudnya banyak persaingan

anatara mereka salah satunya persaingan dari segi peluang pekerjaan kepada rakyat

negara iu sendiri dan juga menggugat taraf ekonomi mereka. Namun begitu terdapat

juga segelintir umay Islam yang tidak menghormati adat budaya dan melakukan

jenayah di negara tersebut. Disebabkan itu jugalah, mereka memandang serong

terhadap agama Islam kerana sikap segelintir masyarakat Islam yang tidak menjaga

imej sebagai seorang muslim.


2. Kurang Ilmu Pengetahuan dan Pendedahan

Orang bukan Islam yang jahil dan kurang ilmu pengetahuan juga dilihat sebagai

punca kepada Islamofobia. Sistem pendidikan yang sedia ada tidak mempunyai aspek

khusus untuk mendedahkan masyarakat bukan Islam dengan sebarang ajaran Islam.

Disebabkan oleh, kurangnya ilmu pengetahuna dan tiadanya pendedahana terhdapa

ajaran Islam di peringkat rendah dan tinggi, Islam akhrinya telah dilihat sebagai sebuah

agama yang menggugar gaya hidup dan ganas termasuklah tentang ketidakadilan yang

melibatkan hak-hak wanita.

3. Prejudis dan Kesan Serangan Menara Pusat Perdagangan New York

Peristiwa yang melibatkan sebuah serangan menara Pusat Perdagangan dunia

pada 11 September merupakan pencentus dan kemuncak kepada Islamofobia. Mulai

tarikh ini, Islam telah dilabel dengan keganasa dan masyarakat dunia sudah mempunyai

pandangan umum bahawa agama Islam dan keganasan adalah berkait rapat. Kesan

daripada peristiwa ini telah menyebabkan munculnya prejudis terhadap umat Islam.

Perkara ini lebih malamng apabila telah berlakunya siri pengeboman ni seluruh dunia

seperti Madrid, di London dan ianya telah dikaitkan dengan umat Islam sebagai

pelakunya. Contoh yang lain adalah, peristiwa pengeboman di Oslo pada 22 Julai 2011

yang mengorbankan lapan nyawa dan beberapa jam selepas itu pembunuhan beramai-

ramai 69 remaja di Utoya Island, Norway. Sejurus selepas pengeboman dan

pembunuhan ini, akhbar-akhbar utama dunia seperti Washington Post, New York

Times dan lain-lain telah mengesyaki bahawa penjenayah terbabit adalah Muslim

sedangkan beliau ialah penganut Kristian Konservatif yang bernama Aders Breivik.

Perkara ini telah dapat dilihat dengan jelas tentang prejudis yang telah dilakukan oleh

golongan Islamofobia terhadap orang-orang Islam sehingga berjaya merekrut


kepercayaan mereka bahawa Islam adalah sebuah agama yang ganas dan tidak

berperikemanusiaan.

4. Pengaruh Media dan Gerakan Islamofobia

Di zaman yang serba canggi ini , tidak dapat dinafikan bahawa media massa membawa

pengaruh yang besar terhadap masyarakat di serata dunia dan membentuk persepsi mereka.

Media yang dikuasai oleh pihak yang prejudis terhadap Islam sudah pasti akan menggunakan

saluran ini untuk menanamkan perasaan kebimbangan serta kebencian kepada Islam. Perkara

in juga ditambah lagi dengan gerakan Islamofobia yang mendapat bayaran. Hal ini,

menyebabkan mereka menyebarkan di bahan-bahan media di seluruh dunia tentang keburukan

Islam yang menyebabkan ramai masyarakat memandang serong terhadap umat Islam dan juga

agama Islam. Disebabkan itu, semakin bertambah bilangan masyarakat yang mempunyai

perasaan Islamofobia d serata dunia.


4

ISLAMOFOBIA

NSIDEN serangan keganasan di dua masjid di Christchurch, Jumaat lalu bukan kejadian

pertama seumpamanya dan diharapkan Kerajaan New Zealand mengambil tindakan

sewajarnya supaya tragedi itu tidak berulang dan boleh mencemar imej negara berkenaan.

Itu antara fenomena Islamofobia yang melanda negara majoriti bukan Islam yang sebenarnya

bukan suatu isu yang baharu. Pada 2017, situasi sama pernah berlaku di sebuah masjid di

bandar Quebec, Kanada, dengan tembakan rambang mengorbankan enam nyawa.

Justeru, kes seperti ini sedikit sebanyak memberi gambaran betapa seriusnya Islamofobia yang

kini melanda di negara yang majoritinya bukan Islam. Islamofobia seperti didefinisikan oleh

Imam Dr Abdul Jalil Sajid, merujuk kepada suatu ketakutan atau kebencian terhadap Islam

atau Muslim atau budaya dan sejarah Islam itu sendiri.

Dalam konteks Islamofobia, masyarakat bukan Islam percaya bahawa Muslim itu cenderung

untuk melakukan keganasan serta menolak amalan toleransi, kesamarataan serta demokrasi.

Kes keganasan terhadap orang Islam di negara majoriti bukan Islam bukan sesuatu yang asing,

tetapi isu ini tidak diketahui secara meluas oleh masyarakat khususnya yang tinggal di negara

yang majoriti Muslim.


Adakah anda tahu bahawa pada Mac 2018 media antarabangsa Global News telah melaporkan

insiden seorang wanita Ontoria dilihat mengoyakkan al-Quran di masjid Mississauga yang

bermotifkan kebencian terhadap Islam?

Pada Julai 2018 media sama juga melaporkan satu serangan terhadap seorang Muslim hingga

menyebabkan kecederaan parah di selatan Ontoria Toronto, juga bermotifkan kebencian

terhadap Islam.

Selain itu, fenomena I’’’’slamofobia ini bukan sahaja berlaku di negara Eropah, malah di rantau

Asia juga. Isu penindasan Muslim Uighur di China yang mula mendapat perhatian kebanyakan

media antarabangsa bermula tahun lalu dan Kerajaan China menganggap etnik ini sebagai

kumpulan pemisah serta fanatik agama serta tidak membenarkan mereka untuk mempraktikkan

Islam.

Salah tafsir Islam

Sebuah artikel dari universiti Arizona menyatakan bahawa fenomena Islamofobia sudah lama

berlaku dan kemuncaknya apabila berlakunya tragedi besar membabitkan gerakan ekstremis

Islam seperti peristiwa 19/11 dan tembakan rambang di kelab malam Pulse di Florida, yang

menyebabkan masyarakat dunia menyalahtafsirkan Islam dan masyarakat Islam itu sendiri

ditambah pula dengan media barat yang sering memperbesarkan isu sedemikian, mengeruhkan

lagi keadaan.

Pada hakikatnya Islam itu tidaklah seperti disangka sebagai pengganas atau ektremis. Walhal

perkataan Islam itu sendiri membawa maksud sejahtera dan tiada agama yang mengajak

penganutnya untuk bersikap perkauman, termasuk agama Islam.


Justeru, sebagai negara yang terkenal dengan keunikannya dari segi kepelbagaian kaum,

Malaysia yang sebelum ini diiktiraf oleh Liga Dunia Islam sebagai role model kepada dunia

dari segi keharmonian nasional tanpa mengira bangsa dan budaya, seharusnya memainkan

peranannya dengan lebih agresif dalam menyelesaikan isu ini.

Kerajaan Malaysia boleh menggunakan peluang ini untuk mengembangkan pengaruh,

kemahiran serta pengalamannya dalam menstabilkan konflik yang bersifat perkauman di

negara yang majoritinya bukan Islam.

Manfaat hubungan diplomatik

Kerajaan Malaysia boleh bertindak sebagai orang tengah atau pembimbing kepada negara luar

mengenai kepentingan toleransi dan keadilan dalam pentadbiran agar maruah sesebuah bangsa

tidak dicabul sewenang-wenangnya oleh pihak tertentu.

Oleh yang demikian, perkara ini bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada hubungan

diplomatik antara Malaysia dan negara luar bahkan dapat memberi manfaat kepada keamanan

dunia dan umatnya khususnya umat Islam.

Semoga kejadian seperti ini menjadi pengajaran kepada semua negara, sama ada majoriti Islam

atau bukan Islam untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan mengamalkan toleransi terhadap

kaum minoriti supaya tragedi berdarah seperti ini tidak lagi berulang pada masa hadapan.

CC: https://www.bharian.com.my/kolumnis/2019/03/542745/malaysia-boleh-jadi-

pembimbing-atasi-islamofobia
file:///C:/Users/USER/Downloads/1574-Article%20Text-4170-1-10-20181224.pdf

https://www.slideshare.net/KerolBariahIsmail/islamfobia-sainmnt-group-fila-dah-siap-edit

Anda mungkin juga menyukai