Anda di halaman 1dari 2

Pekerjaan yang dianggap professional.

Ciri-ciri pekerjaan yang dianggap profesional ialah:

1. Pekerjaan itu merupakan perkhidmatan yang unik dan penting.

- Sesebuah pekerjaan yang profesional mestilah merupakan pekerjaan yang unik dan
penting, sama ada kepada masyarakat atau negara.

2. Banyak menggunakan keupayaan intelek.

- Memerlukan keupayaan intelek yang tinggi untuk melakukannya. Tugas guru contohnya
merupakan suatu pekerjaan yang perlu ada intelek yang tinggi agar guru-guru dapat
menyampaikan ilmu dengan berkesan.

3. Pakar dalam bidang pekerjaannya dan mempunyai autonomi semasa menjalankan tugas.

- Pekerjaan yang profesional juga memerlukan seorang yang pakar dalam suatu bidang
tersebut dan benar-benar mahir dalam bidangnya.
-Pekerjaan guru ialah perkhidmatan yang penting kepada individu dan negara

Pakar dalam pendidikan

4. Mendapat latihan khusus.

- Bidang kerja profesional adalah pekerjaan yang penting dan harus dilakukan dengan betul.
Oleh itu, seseorang haruslah mendapat latihan ikhtisas terlebih dahulu sebelum
menceburkan diri dalam bidang tersebut. Latihan ikhtisas ini membolehkan mereka mahir
dan faham tanggungjawab yang harus mereka pikul semasa melaksanakan tugas mereka.
-Mempunyai latihan ikhtisas dalam latihan Perguruan.

5. Mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap kerja.

- Bidang profesional memerlukan seseorang pekerja yang rajin, cekap dan dedikasi terhadap
kerjanya. Sikap ini akan menjamin kualiti kerana mementingkan mutu dan perkhidmatan
yang cemerlang merupakan ciri penting dalam pekerjaan profesional.

6. Merupakan ahli kepada autonomi yang menentukan nilaitaranya.

- Seseorang yang terlibat dalam pekerjaan profesional mestilah menjadi ahli kepada
organisasi di mana mereka bekerja. Ahli dalam organisasi itu pula terikat dengan autonomi
organisasi yang akan menentukan peraturan-peraturan yang harus dipatuhi oleh semua ahli
organisasi. Peraturan-peraturan tersebut diwujudkan demi mengawal kualiti perkhidmatan.

-Mempunyai autonomi menentukan kaedah mengajar dalam bilik darjah.

7. Mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasi profesion tersebut.


- Setiap jenis profesion mempunyai kod etika tersendiri dan berlainan dengan profesion yang
lain. Namun begitu, tujuannya adalah sama, iaitu untuk membolehkan seseorang pekerja itu
mematuhi garis panduan dan dasar etika yang telah ditetapkan oleh organisasi.

-Menjadi ahli kesatuan yang menentukan kod etika sebagai panduan dalam segala aktiviti
profesional

8. Bertanggungjawab terhadap semua keputusan yang dibuatnya.

- Pekerjaan yang profesional memerlukan pekerja yang bukan sahaja rajin dan cekap,
malahan juga perlu ada tanggungjawab. Tanggungjawab tersebut bukan hanya meliputi
tugas-tugas yang mesti dilaksanakannya tetapi turut merangkumi segala keputusan-
keputusan yang telah dibuat. Jika seseorang itu bertanggungjawab terhadap keputusan yang
dibuatnya, maka jelaslah bahawa sesuatu kerja itu mempunyai ciri-ciri pekerjaan atau
profesion yang profesional.

Anda mungkin juga menyukai