Anda di halaman 1dari 8

UNIVERSITI KUALA LUMPUR

MALAYSIAN INSTITUTE OF CHEMICAL AND BIO-ENGINEERING TECHNOLOGY

MPU 3333

ISU-ISU KONTEMPORARI MUSLIM DI MALAYSIA

KERTAS CADANGAN

“PERSPEKTIF BEKAM MENURUT ISLAM DI ALOR GAJAH”

Ahli Kumpulan:

1. Ahmad Nazrin bin Amran (55220217085)


2. Noorulwatika binti Azmi (55220116010)
3. Nur Syakila binti Mohd Razali (55220217149)
4. Nurain Syabitah binti Ismail (55220217014)
5. Siti Nurhidayana binti Md Lajis (55220217061)
1.0 RINGKASAN

Bekam telah diamalkan sejak tahun 3000 Sebelum Masihi (S.M.) dan merupakan satu amalan
yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW. Amalan ini juga disyariatkan dalam beberapa
hadis terutamanya dari Al-Bukhari, Muslim, Tarmizi dan Abu Daud. Bekam merupakan
aktiviti yang menggunakan tanduk atau cawan untuk membersihkan darah daripada darah
kotor, toksik, cecair berlebihan dan melonggarkan tisu-tisu yang melekat. Walau
bagaimanapun, amalan ini semakin dilupakan kerana sebahagian masyarakat hari ini
beranggapan bahawa berbekam tidak dapat menyembuhkan mana-mana penyakit malah
memudahkan jangkitan penyakit jika tidak dipraktikan secara selamat dan bersih. Kajian ini
dijalankan dengan lebih lanjut untuk mengetahui kaedah berbekam yang di jalankan oleh
sebuah pusat berbekam di Alor Gajah dan untuk mengetahui tentang langkah-langkah yang di
ambil untuk mengekalkan kebersihan sebelum, sewaktu dan selepas berbekam oleh pusat
berbekam tersebut.

1.1 PENYATAAN MASALAH

Di era globalisasi ini, sunnah berbekam ini hampir lupus ditelan zaman. Hal ini kerana,
masyarakat di zaman moden ini beranggapan yang berbekam tidak dapat menyembuhkan
penyakit. Menurut kenyataaan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, beliau
menyatakan bahawa amalan berbekam ini hanyalah sia-sia kerana tiada bukti kukuh
mengenai keberkesanannya atas penyakit termasuk  herpes zoster (cacar), facial paralysis
(strok muka), back pain (sakit belakang) dan spondalysis (sakit tulang belakang).Selain itu
katanya, penyakit lain juga termasuk cerebrovascular accident (strok), hypertension
(hipertensi), fibromyalgia (penyakit saraf), bronchitis (radang pada kerongkong), asthma
(asma) dan sakit kepala. Selain itu, pada tahun 2019, tular pendakwaan seorang pemuda yang
disahkan positif HIV yang berpunca dari penggunaan jarum yang sama dalam rawatan bekam
yang dilakukan di sebuah bazaar malam di ibu kota. Hal ini telah mengurangkan keyakinan
masyarakat terhadap sunnah berbekam dan juga kreadibiliti pengamal perubatan alternatif
(berbekam) yang hanya mengejar keuntungan.

1
1.2 LATAR BELAKANG BEKAM

Bekam merupakan satu amalan tradisional yang diamalkan dalam pelbagai budaya seluruh
dunia termasuk di kalangan atlet dari skuad USA yang dikatakan menjalani bekam sebagai
langkah persediaan peringkat dunia. Amalan ini melibatkan penggunaan cawan khas yang
telah dikeluarkan udaranya untuk menghasilkan ruang udara bertekanan rendah seperti
menghasilkan sedutan atau ruang separa vakum dan diletakkan di atas permukaan kulit.
Bekam juga dikenali sebagai badkesh, bahnkes, nuhang, bantusa, hijamah dan pelbagai nama
lagi. Menurut Pusat Rujukan Perusratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, berbekam ialah
mengeluarkan darah kotor daripada badan seseorang dengan cara membedah atau menoreh
sedikit pada badan seseorang individu dan mengeluarkan darah kotor dengan menggunakan
tanduk atau cawan panas yang ditelungkupkan pada tempat yang telah dibedah atau ditoreh
itu.

Amalan bekam ini dipercayai sudah diamalkan seawal tahun 3000 Sebelum Masihi
(S.M.) seperti yang direkodkan di dalam Ebers Papyrus iaitu salah satu buku teks perubatan
tertua di dunia. Antara kandungan buku ini adalah mengenai penggunaan bekam oleh
penduduk Mesir seawal 1500 S.M. dan ahli arkeologis telah menjumpai bukti penggunaan
bekam oleh penduduk Cina seawal 1000 S.M. Berdasarkan salah satu hasil karya
Hippocrates, amalan bekam ini dipercayai turut diamalkan oleh masyarakat Yunani pada 400
S.M. Antara tokoh sejarah yang telah menyokong penggunaan bekam sebagai salah satu cara
rawatan termasuklah Galen iaitu seorang doktor yang terkenal dan ahli falsafah Roman yang
berasal dari Yunani, Avicenna atau dikenali sebagai Ibnu Sinna yang lebih menyukai bekam
basah, dan Matre de Monderviller iaitu seorang pakar bedah kepada Raja Philippe dari
Perancis yang menulis buku teks pembedahan termasuk bekam dengan huraian yang
terperinci,

Menurut sejarah Islam, berbekam merupakan satu amalan yang biasa, di mana Nabi
Muhammad S.A.W. pernah bersabda bahawa “Penyembuhan adalah didalam tiga perkara
iaitu seteguk madu, berbekam dan pelecuhan (terapi besi panas). Tetapi aku melarang
pengikutku menggunakan pelecuhan” dari Hadith Riwayat Al-Bukhari. Selain daripada itu,
dalam hadith sahih Tirmidzi, Nabi Muhammad S.A.W. bersabda: “Tidaklah aku melewati
sekumpulan malaikat pada malam aku di-Isra’kan, melainkan mereka (para malaikat) semua
mengatakan kepadaku: “Hai Muhammad, Engkau harus berbekam”. Seterusnya, di dalam

2
Musnad yang direkodkan oleh Imam Ahmad, Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:
“Sesungguhnya berbekam adalah antara ubat yang terbaik”.

Penekanan kepada aktiviti berbekam adalah amat penting pada zaman ini. Hal ini
demikian kerana wujudnya kemunculan penyakit berjangkit berpunca dari darah seperti
HIV/AIDS, Hepatitis B and Hepatitis C. Justeru itu, aktiviti berbekam ini sangat disyorkan
untuk membangunkan dan melaksanakan suatu garis panduan yang memberi tumpuan kepada
pengendalian pelanggan dan sisa klinikal yang betul. Hal ini memastikan keselamatan dan
kesejahteraan untuk kedua-dua pelanggan dan pengamal sentiasa terjamin.

1.2.1 Jenis-Jenis Bekam

Secara umunya, bekam terbahagi kepada dua bahagian iaitu bekam basah dan bekam
kering. Bekam basah merupakan satu kaedah yang melibatkan peralatan bekam yang
diletakkan di atas permukaan kulit yang telah ditoreh dan berlaku pendarahan melalui
luka tersebut yang dikumpul di dalam peralatan bekam. Manakala, bekam kering atau
bekam angin yang menggunakan peralatan bekam yang mana hanya diletakan di atas
permukaan kulit tanpa ditoreh dan tiada pendarahan berlaku.

1.2.2 Faedah Bekam

Tujuan berbekam adalah untuk mengeluarkan darah kotor dari badan yang dipercayai
boleh menudaratkan serta untuk mengurangkan risiko mengalami gejala-gejala buruk
yang boleh menyebabkan penurunan tahap kesihatan. Bekam juga dipercayai dapat
membantu individu seperti mengeluarkan bahan toksik dan cecair berlebihan,
melonggarkan tisu-tisu yang telah melekat, dan mengangkat tisu perantara
(connective tissue). Selain daripada itu, berbekam dapat membantu mempertingkatkan
pengaliran darah dalam otot dan fascia serta merangsang sistem saraf periferi.

1.2.3 Kesan Sampingan Bekam

Setiap perkara atau aktiviti yang berkaitan dengan kesihatan pasti akan ada kebaikkan
dan keburukannya. Begitu juga dengan aktiviti berbekam, di mana aktiviti ini akan
menyebabkan rasa tidak selesa pada tempat aplikasi berbekam, pening atau pitam,

3
pendarahan berlebihan, atau kurang darah (anemia). Selain daripada itu, berbekam
akan meninggalkan kesan melecuh sekiranya menggunakan api untuk memanaskan
udara dalam cawan bekam, serta jangitan kuman pada tempat yang ditoreh.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

i. Untuk menjalankan kajian dengan lebih lanjut tentang kaedah berbekam yang di
jalankan oleh sebuah pusat berbekam di Alor Gajah.
ii. Untuk mengetahui tentang garis panduan dan langkah berjaga-jaga yang di ambil
untuk mengekalkan kebersihan dan keselamatan sebelum, sewaktu dan selepas
berbekam oleh pusat berbekam tersebut.

3.0 KAEDAH KAJIAN

Langkah pertama dalam menjalankan kajian ini adalah menyediakan satu rangka kerja yang
sistematik sebagai rujukan dan panduan bagi melicinkan perlaksanaan kajian. Prosedur kajian
dimulakan dengan pemilihan tajuk kajian, perbincangan dengan pensyarah dan membuat
permohonan kelulusan tajuk daripada pihak universiti. Setelah mendapat kelulusan, pengkaji
akan mendapatkan kebenaran daripada pengurus pusat rawatan bekam di Bekam Care Alor
Gajah dan Yusmizee Naturopathic Centre HQ.

Kajian kualitatif akan dijalankan kerana kajian ini menggunakan pendekatan yang
semulajadi untuk memahami konteks yang khusus. Pendekatan ini lebih sesuai kerana
berbeza dengan pendekatan kuantitatif kerana kajian kualitatif tidak menggunakan sebarang
prosedur yang memberikan dapatan berdasarkan statistik dan pengiraan.
Walaubagaimanapun, kajian kuantitatif masih akan dijalankan bagi mendapatkan respon
daripada penduduk sekitar alor gajah.

Soalan akan diberikan kepada pekerja di pusat rawatan bekam dalam bentuk soal
jawab daripada pengkaji. Di samping itu, pelanggan yang dipilih secara rawak akan diberikan
penerangan yang teliti dan masa yang secukupnya bagi menjawab borang soal selidik.

4
Selesai lawatan ke pusat rawatan bekam, pengkaji akan mengumpul borang soal
selidik dan juga membuat dokumentasi lengkap temubual yang telah dibuat. Kemudian, hasil
kajian akan dibentangkan kepada pensyarah dan pelajar lain di dalam kelas.

4.0 CARTA GANTT

AKTIVITI JANGKA MASA (MINGGU)


1 2 3 4 5 6 7 8 9 1 1 1 1 14
0 1 2 3
Berbincang dengan pensyarah
Persediaan kertas cadangan
Menghantar kertas cadangan
Melawat tempat kajian &
menjalankan kajian
Penyediaan pembentangan
Pembentangan kajian
Menghantar laporan

5.0 JANGKAAN HASIL KAJIAN

5.1 Hadis Pensyariatan Bekam

Hasil kajian yang diharapkan dari kajian ini adalah hadis pensyariatan bekam daripada
Rasulullah SAW adalah sahih berdasarkan Amiruddin et al (2018). Tetapi perlu diingat
bahawa pensyariatannya bukanlah menunjukkan ia perubatan Islam pertama di zaman
Rasulullah SAW tetapi untuk membuktikan pengiktirafan Islam terhadap bekam yang telah
dipraktikkan sejak sekian lama kerana kebaikannya.

5.2 Kelebihan Bekam

Selain itu menurut kajian sebelum ini turut mendapati hadis – hadis tentang kelebihan bekam
juga sahih kerana diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. Antara kelebihan berbekam
adalah melegakan sakit kepala, membuang sel darah mati, menstabilkan tekanan darah,
meringankan tubuh badan, mengurangkan risiko penyakit, melancarkan peredaran darah,
menghilangkan angin dalam badan, menurunkan paras gula, mengembalikan paras normal
kolestrol dan mengeluarkan toksik dalam badan.

5
5.3 Waktu Berbekam

Berdasarkan kajian Amiruddin et al (2018), hadis yang sahih berkenaan waktu berbekam
adalah pada 17, 19 atau 21 haribulan hijriyyah iaitu berdasarkan riwayat Abu Daud dan
Tarmizi. Walaupun ada hari yang dilarang berbekam seperti hari Rabu, Jumaat dan Sabtu,
tiada satu hadis mengesahkan ia sahih. Kajian kuantitatif dan kualitatif ini diharapkan supaya
mendapat respon daripada pelanggan berkenaan waktu yang sesuai bagi mereka untuk
berbekam.

5.4 Garis Panduan Berbekam

Pihak KKM melalui Unit Perubatan Tradisional & Komplimentari telah mengeluarkan garis
panduan bekam. Antaranya peralatan untuk berbekam, amalan baik dan langkah berjaga-jaga.
Kajian ini diharap agar dapat memberi input yang berguna kepada pusat rawatan berbekam
dan juga pelanggan di Alor Gajah.

6
6.0 RUJUKAN

Amiruddin Mohd Sobali, A. S. 2018. Upah Bekam Dan Kadarnya: Tinjauan Daripada
Perspektif Hadis. Journal of Hadith Studies, 2550-1448.

Aziz, F., 2019. Rawatan Alternatif Bekam Yang Perlu Anda Tahu. [Online]
Available at: https://hellodoktor.com/ms/gaya-hidup-sihat/tips-kesihatan/rawatan-
alternatif-bekam-yang-perlu-anda-tahu/
[Accessed 23 Februari 2020].

Iqbal, 2016. Apa Itu Bekam?. [Online]


Available at: http://new.isn.gov.my/apa-itu-bekam/
[Accessed 23 Februari 2020].

Ismail, S., 2019. lobakmerah.com. [Online]


Available at: https://lobakmerah.com/jangan-sebab-nak-murah-badan-jadi-mangsa-
gara-gara-buat-bekam-di-uptown-lelaki-kena-hiv-lagi-7-bulan-nak-kahwin/
[Accessed 25 February 2020].

Malaysia Sentral, 2019. msentral.com. [Online]


Available at: https://msentral.net/menteri-kesihatan-bayangkan-rawatan-bekam-sia-
sia/
[Accessed 25 February 2020].

Sunnah, N., 2017. Sejarah Berbekam Dalam Peradaban Manusia. [Online]


Available at: http://www.terapialternatifislam.com/167108111
[Accessed 24 Februari 2020].

Wazir, D. M. B., 2013. Garis Panduan Amalan Perubatan Traditional & Komplementari:
Bekam, Malaysia: Bahagian Perubahan Traditional & Komplementari Kementerian
Kesihatan Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai