Anda di halaman 1dari 2

Setiap orang di dunia ini mesti mempunyai sukan yang

diminati,saya juga tidak terkecuali.Bersukan dapat menyihatkan


badan. Antaranya, aktiviti sukan yang dapat kita melakukan
adalah seperti bermain pingpong, bermain badminton, hoki, bola
keranjang dan juga olahraga.
Sukan kegemaran saya ialah senaman yoga.Sukan ini
masih belum mendapat sambutan yang hangat di negara kita,
Malaysia berbanding dengan negara-negara Eropah . Aktiviti
senaman yoga banyak memanfaatkan kita. Yoga adalah salah
satu senaman yang merangkumi kesihatan jiwa dan fizikal.
Terdapat banyak gaya dalam yoga yang mana ia mampu mendidik
jiwa berada dalam keadaan positif sekaligus menjadikan diri dan
tubuh anda lebih sihat. Yoga mempunyai gerakan yang sangat
banyak dan beragam. Ia bermuka dari gerakan asas atau pemula
hingga gerakan kompleks yang memerlukan keseimbangan,
kekuatan otot, kelenturan dan jangkauan tubuh esktra.

Seterusnya,senaman yoga dapat mengurangkan


stres dan menenangkan fikiran kita. Hal ini demikian kerana yoga
merupakan satu aktiviti yang dapat menenangkan diri selain turut
membantu memperbaiki emosi seseorang individu. Asana dalam
yoga adalah melibatkan penggunaan sistem penafasan dengan
betul. Melaluinya, tahap oksigen dalam badan dapat ditingkatkan
selain menjadikan aktiviti harian anda lebih positif. Selain itu, seni
yoga ini menjadikan tubuh dengan postur lebih baik dan tepat.
Disiplin pada senaman ini memerlukan anda sentiasa tenang dan
menjaga pernafasan ketika melakukan jenis senaman yang
diinginkan.

Di samping itu, senaman yoga juga adalah satu seni


yang menggabungkan tubuh dengan meditasi. Berbanding aktiviti
kecergasan yang lain, yoga tidak memerlukan anda untuk berlari
atau berpanas di bawah matahari. Senaman ini boleh dilakukan di
dalam rumah mahupun di mana-mana tempat yang bersesuaian.Ini
telah banyak menyelesaikan masalah kulit saya yang tidak boleh
menjalankan aktiviti di bawah matahari dalam masa yang panjang.
Lantaran itu,senaman yoga membolehkan kita tidur
dengan lebih lena. Melalui kajian yang dilakukan oleh Universiti
Harvard,kita boleh mendapati bahawa lapan minggu
mengamalkan senaman yoga dapat meningkatkan kualiti tidur
yang baik bagi mereka yang mengidap insomnia. Kesukaran
untuk tidur adalah disebabkan otak anda aktif sehingga tidak
boleh melelapkan mata. Posisi Child Pose mampu merehatkan
minda serta mengurangkan tekanan yang dihadapi. Tarik nafas
sedalamannya untuk melancarkan peredaran darah ke otak dan
seluruh tubuh.

Justeru itu,antara kebaikan yoga yang lain ialah ia


boleh membaiki kembali sturktur badan kita. Mungkin sebelum
ini,kita kurang duduk tegak dan jarang bergerak semasa belajar di
sekolah,ini menjadikan ketegangan pada otot dan membuatkan
kita mengalami sakit sendi.Apabila kita melakukan senaman
yoga, kita dapat membantu masalah ketegangan otot sendi kita.
Senaman yoga menuntut semua pergerakan otot kita menjadi
lebih fleksibel. Secara tidak langsung, semua otot kita akan
bergerak dan membantu membaiki postur badan anda kembali
normal.

Akhir sekali,senaman yoga telah banyak membawa


kebaikan.Oleh itu,kita haruslah melakukan aktiviti yoga mulai hari
ini kerana kesihatan kita tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.

Anda mungkin juga menyukai