Anda di halaman 1dari 1

ULANGKAJI : TEKNIK MENJAWAB SOALAN PENULISAN MENULIS ULASAN (BAHAGIAN B)

PANDUAN UMUM
1. Baca dan fahami arahan soalan. Garisi kata kunci soalan.
2. Contoh soalan:
Gambar di bawah menunjukkan beberapa produk berasaskan kelapa.
Tulis ulasan tentang kegunaan kelapa berdasarkan gambar yang diberi dalam bentuk perenggan.
3. Perhatikan bahan grafik atau bahan rangsangan yang lain (teks, graf, poster, carta, iklan, puisi, jadual
dan lain-lain). Tuliskan kata kunci yang berkaitan dengan tajuk soalan, contohnya; "Kegunaan
Kelapa".
4. Bina satu atau lebih perenggan tentang tajuk yang dikehendaki.
5. Untuk mencapai peringkat cemerlang, calon mesti mengemukakan jawapan yang memenuhi kriteria
di bawah:
- Idea yang tepat.
- Ulasan yang jelas, tersusun, menarik dan disertai dengan pandangan atau pendapat.
- Penggunaan kata dan kosa kata yang meluas.
- Ayat yang gramatis.
- Ejaan dan tanda baca yang betul.
6. Selain idea yang diperoleh terus daripada bahan rangsangan, idea yang tersirat juga boleh dinyatakan
bagi menyokong dan mengukuhkan idea sedia ada (idea tersurat).
7. Calon layak diberi markah penuh sekiranya dapat mengemukakan ulasan idea yang tepat, tersusun
dan menarik serta ayat yang gramatis tanpa sebarang kesalahan ejaan dan tanda baca.
.
CARA MENJAWAB ULASAN
1. Mengulas bahan sastera dan bukan sastera
2. 50 hingga 80 patah perkataan dalam perenggan
3. Bahan rangsangan – grafik atau bukan grafik
- Bahan grafik – gambar bersiri, gambar tunggal, carta, iklan, poster,peta pemikiran, peta minda
dan sebagainya
- Bahan bukan grafik – petikan cerita, dialog, surat, rencana, laporan dan sebagainya

CONTOH PENDAHULUAN
- Gambar di bawah merupakan piramid makanan ……
- Gambar di bawah menunjukkan poster makanan sebagai panduan makanan secara sihat ……

CONTOH ISI
1. Isi satu – makan paling banyak
Kita harus makan paling banyak makanan seperti bijirin dan ubi kerana dapat membekalkan tenaga.

2. Isi kedua – makan banyak


Seterusnya , kita perlu makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi vitamin.

3. Isi ketiga – makan sederhana


Makanan seperti susu, dadih , keju , ikan, ayam, daging dan kekacang perlu dimakan secara
sederhana.

4. Isi keempat – makan paling sedikit


Makan paling sedkit seperti lemak, minyak , garam dan gula supaya dapat mengelakkan penyakit
kencing manis.

CONTOH PENUTUP
Akhir sekali kita perlu mengamalkan makan makanan secara sihat supaya kita sihat sepanjang hayat.

Anda mungkin juga menyukai