Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN BENGKEL GOOGLE CLASSROOM 2019

1. NAMA PROGRAM : BENGKEL GOOGLE CLASS ROOM

2. MATLAMAT :

 Memberi pendedahan tentang aplikasi Google Classroom


dalam pengajaran dan pembelajaran abad ke-21.

 Penggunaan Google Classroom sebagai medium pengajaran


dan pembelajaran atas talian.

3. OBJEKTIF

Adalah diharapkan pada akhir program ini para pelajar akan dapat:-

3.1 Mudah buat kelas


- Wujudkan seberapa banyak kelas dengan pelbagai tetapan gambar, nama
dan pelbagai lagi.

3.2 Mudah menyimpan senarai murid


- Mungkin ada guru tidak ingat nama-nama murid, boleh lihat profail murid.
Google classroom ada menyimpan rekod ini.

3.3 Mudah buat tugasan.


- Cipta tugasan dan berikan kepada murid. Dengan tugasan menggunakan
Google Docs, guru dapat membina satu templat dengan jawapan murid
secara indvidu.

3.4 Mudah buat penilaian


- Guru boleh memberikan markah dengan mudah untuk setiap tuagsan
murid.
3.5 Mudah buat pentaksiran

- Dengan beberapa tugasan yang diberikan dan disudahkan oleh murid,


guru mudah membuat pentaksiran kerana ada pengredan dan rekod
tersusun.

3.6 Mudah buat kolaborasi guru


- Guru-guru boleh berkolaborasi untuk mengajar sesuatu kelas dan begitu
juga
dalam pindah milik kelas.

3.7 Mudah disemak pentadbir


- Dengan adanya akses pentadbir sebagai guru bersama bagi setiap kelas,
maka pentadbir dapat menyelia perjalanan, tugasan dan komunikasi
setiap kelas di sekolah.

3.8 Mudah memberi perhatian khusus


- Setiap murid adalah unik. Dengan Google Classroom, guru boleh
menghantar mesej secara peribadi kepada mana-mana murid. Hal ini
sangat membantu guru dalam memberikan perhatian khusus kepada
murid-murid tertentu. Setiap murid juga ada senarai semua tugasan dan
rekod markah.

3.9 Mudah memberi maklumbalas


- Setiap tugasan ada ruang maklumbalas guru. Dengan itu, murid dapat
mengetahui perkara yang mereka perlu baiki.

3.10 Mudah buat Pengumuman

- Pada bahagian Class Stream, guru boleh membuat sebarang pengumuman

sama seperti News Feed dalam Facebook.


3.11. Mudah menyimpan bahan

- Ramai guru hanya simpan semua dalam Google Drive dan berikan link

kepada murid. Namun Google Classroom telah menyusun lebih baik dari

segi direktori bahan PdPc di bahagian Materials. 

3.12. Mudah menyemak calendar

- Murid boleh semak kalendar untuk melihat tarikh tamat tugasan, aktiviti

dan membina sendiri perancangan mereka.

3.13 Mudah memilih murid

- Guru hanya perlu pergi ke bahagian Selector, guru boleh memilih murid

secara rawak bagi tujuan penilaian dan pengundian..

3.14 Mudah membuat pembelajaran terbeza

- Guru boleh memberikan tugasan berlainan untuk murid yang berlainan. Hal
ini sangat membantu pembelajaran terbeza.

3.15 Mudah mendapatkan notifikasi

- Sebarang pengumuman dan tugasan akan masuk dalam bentuk notifikasi di


telefon pintar dan juga email murid. Dengan itu murid tidak ketinggalan, Malah
murid juga boleh buka Google Classroom app dan rujuk di bahagian
notifikasi. 

3.16 Mudah mengitar semula hantaran

- Sebarang hantaran pengumuman atau tugasan boleh diguna semula malah


untuk kelas yang berlainan.
3.17 Mudah membuat Pop Quiz

- Guru boleh membuat kuiz ringkas yang boleh dijawab terus oleh murid.

3.18 Mudah dijalinkan dengan aplikasi-aplikasi kuiz popular

- Aplikasi kuiz seperti Kahoot dan Quizizz mudah dijalinkan bersama dengan
Google Classroom. Markah akan terus direkodkan bersama profil murid.

3.19 Mudah membuat perbincangan umum

- Guru boleh bertanyakan pendapat dan mendapatkan respon murid.

3.20 Mudah diakses di mana-mana sahaja

- Google Classroom boleh diakses di semua peranti Android dan komputer


yang mempunyai pelayar internet. Hanya gunakan gmail sebagai ID

TARIKH PERLAKSANAAN : 27.12.2018

MASA PERLAKSANAAN : 9.00 pagi

TEMPAT : Bilik Mesyuarat SJKT Pulau Carey Barat.

SASARAN : Semua Guru SJKT Pulau Carey Barat

PERJALANAN PROGRAM : Program yang dirancang berjalan lancar seperti

yang dirancang.

IMPAK : Ia berjaya memupuk minat dan meningkatkan


semangat guru untuk menggunakan aplikasi
google classroom.
PENILAIAN PELAKSANAAN : Aktiviti yang dilaksanakan berjaya menarik minat

penglibatan guru .

PENAMBAHBAIKAN : Tarikh pelaksanaan program perlu di teliti dan


dirancang dengan lebih rapi agar segala program
dapat dilaksanakan dan tidak bertindih dengan
aktiviti lain dalam masa yang sama.

Disediakan oleh : Disemak dan disahkan oleh :

................................................ ……………………
(YOGENESWARI A/P R APPALASAMY) (KUNASUNDARY A/P VEERABADHRAN)

Guru Penyelaras ICT, Guru Besar,


SJKT Pulau Carey Barat. SJKT Pulau Carey Barat.

Anda mungkin juga menyukai