KRITERIA KEJAYAAN: 1. Murid dapat menyelesaikan ayat matematik tambah melibatkan dua nombor hasil tambah dalam lingkungan 10000
dengan betul.
AKTIVITI PENGAJARAN Aktiviti 1 1. Murid ditunjukan blok asas dan dikehendaki menyatakan bilangannya. (Konsep Asas)
&PEMBELAJARAN (PDP): 2. Kemudian sebilangan blok asas ditunjukkan lagi dan ditambah kepada blok asas yang asal.
3. Murid menyatakan jumlahnya. Seorang murid lagi menulis penambahan yang ditunjukkan dalam bentuk
lazim
1. Empat keping kad angka di paparkan di hadapan murid. Contoh kad 1,2,3,4.
A 2. Murid diminta untuk membina satu nombor daripada kad angka tersebut contoh nombor yang dibina ialah
Aktiviti 2 3214. Kemudian seorang murid lagi membina nombor lain daripada kad angka yang dipaparkan. Contoh
1423.
3. Seorang murid lain menambah kedua-dua nombor yang dibina tadi dalam bentuk lazim.
4. Murid diingatkan supaya meletakkan digit pada nilai tempat yang betul dalam pengiraan bentuk lazim.
Aktiviti 3 1. Murid mencari pasangan masing-masing.
2. Setiap pasangan diberi petak 3 x 3 (Tic Tac Toe)
3. Murid dibahagikan kepada murid X dan murid O.
4. Murid X memilih satu petak dan terbalikkan petak tersebut. Di bawah petak tersebut terdapat soalan.
5. Soalan yang diberi adalah ayat matematik operasi tambah.
6. Murid X dikehendaki menjawab soalan dibawah petak tersebut dengan mengira dalam bentuk lazim di atas
kertas yang disediakan. Jika betul jawapannya, maka murid itu boleh memangkah X pada petak yang dipilih.
7. Aktiviti ini diulang dengan giliran murid O sehinggalah mendapat satu garisan.
ABM/ BBM: Video / Kad angka, Kad soalan / Lain-lain= Blok asas, kertas,
Interaktif game Modul pensil,
_____/ _____ orang murid tidak dapat menguasai objektif pembelajaran dan diberi latihan pemulihan.
KRITERIA KEJAYAAN: 1. Murid dapat menyelesaikan ayat matematik tambah melibatkan tiga nombor, hasil tambah dalam lingkungan 10000
engan betul.
AKTIVITI PENGAJARAN Aktiviti 1 1. Sampul yang mengandungi 3 kad nombor tiga digit, simbol ‘tambah’ dan simbol “sama dengan” di beri
&PEMBELAJARAN (PDP): kepada setiap kumpulan.
2. Murid dikehendaki berbincang apa yang ingin dilakukan dengan kad-kad tersebut.
3. Murid dikehendaki menulis ayat matematik tambah berdasarkan kad-kad nombor yang diberi.Wakil
kumpulan dikehendaki menyusun kad yang diberi dan menampal jawapan di papan tulis.
4. Jawapan hendaklah disemak adakah ianya sama dengan kumpulan lain. Murid dibimbing untuk
menyelesaikannya dalam bentuk lazim.
1. Dalam kumpulan yang sama, wakil kumpulan di minta tampil ke hadapan kelas dan mengambil tiga kad
A nombor secara rawak. (Three Stray One Stay)
Aktiviti 2 2. Dalam kumpulan masing-masing, murid diminta berbincang dan menyelesaikan operasi tambah bagi tiga
kad nombor tersebut dan mengira dalam bentuk lazim.
3. Tiga ahli kumpulan pergi melihat hasil kerja kumpulan lain. Seorang lagi tinggal di stesen sendiri untuk
menyambut kedatangan rakan lain dan menjelaskan cara menambah tiga nombor kepada ahli pasukan lain.
4. Setelah selesai, murid 2 pula tinggal dan begitulah seterusnya.
Aktiviti 3 1. Murid membuat latihan peneguhan di dalam buku latihan matematik.
ABM/ BBM: Video / Kad nombor, kad simbol / Lain-lain= kad sama dengan,
Interaktif game Modul kertas mahjong, pen marker
_____/ _____ orang murid tidak dapat menguasai objektif pembelajaran dan diberi latihan pemulihan.
KRITERIA KEJAYAAN: 1. Murid dapat menyelesaikan ayat matematik tolak melibatkan dua nombor dalam lingkungan 10000 dengan betul.
AKTIVITI PENGAJARAN Aktiviti 1 1. Murid dipaparkan dua kumpulan nombor satu digit. Contoh
&PEMBELAJARAN (PDP): 2. Nombor kumpulan 1 = 1,0,2,3
Nombor Kumpulan 2 = 7,6,8,9
3. Murid diminta untuk membina satu nombor empat digit dari kumpulan 2. Contoh 8679. 1 murid lagi diminta
untuk mebina nombor dari kumpulan 1. Contoh 3201
4. Kemudian, seorang lagi murid diminta melakukan penolakan kedua-dua nombor tersebut dalam bentuk
lazim. Murid dibimbing untuk menolak mengikut nilai tempat.
5. Aktiviti diulang dengan membina nombor lain daripada kumpulan nombor tadi.
1. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan diberi satu lembaran aktiviti iaitu Number search
A dan soalan operasi tolak.
Aktiviti 2 2. Murid dikehendakai menampal Number search dan soalannya di atas kad manila.
3. Murid dikehendaki menyelesaikan operasi tolak melalui soalan yang diberi mengikut nombor secara bentuk
lazim
4. Setelah mendapat jawapan, murid dikehendaki mencari nombor jawapan dalam Number search dan dan
mewarnakannya. ( Cara permainan sama seperti word search Cuma huruf itu ditukar kepada nombor.)
5. Kumpulan yang paling banyak dapat jawapan betul akan dikira sebagai pemenang.
Aktiviti 3 1. Murid menjawab soalan di dalam buku aktiviti.
ABM/ BBM: Video / Kad nombor / Lain-lain= kad manila, number
Interaktif game Modul search, pen marker,pensel
warna
ELEMEN MERENTAS Bahasa Sains & Teknologi Keusahawanan Kelestarian global
KURIKULUM (EMK):
TMK Kelestarian Alam Sekitar Patriotisme
/ Nilai Murni Pendidikan Kewangan / Kreativiti dan Inovasi
TAHAP PEMIKIRAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS RENDAH KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI
Mengingat / Mengaplikasi Menilai
/ Memahami / Menganalisis Mencipta
PETA PEMIKIRAN Peta bulatan Peta pokok Peta buih Peta buih berganda
i-THINK Peta dakap Peta titi Peta alir Peta pelbagai alir
PENILAIAN PENGAJARAN Kuiz / Lisan Pembentangan Hasil kerja Murid
&PEMBELAJARAN (PDP): / Kerja Berkumpulan Pemerhatian Lembaran Kerja Lain-lain : Kerja berpasangan
_____/ _____ orang murid tidak dapat menguasai objektif pembelajaran dan diberi latihan pemulihan.
KRITERIA KEJAYAAN: 1. Murid dapat menyelesaikan ayat matematik tolak melibatkan dua nombor dari satu nombor dalam lingkungan 10 000
dengan betul.
AKTIVITI PENGAJARAN Aktiviti 1 1. Satu nombor dipaprkan pada tayangan slide power point. Contoh nombor 8000.
&PEMBELAJARAN (PDP): 2. Murid diminta membina satu nombor tiga digit. Contoh 798. Murid diminta menolak nombor yang dibina
daripada 8000 secara bentuk lazim.
3. Murid dibimbing untuk menolak nombor dari nilai sa dahulu dan sekiranya tidak boleh ambil pada puluh
dan sekiranya puluh dan ratus pun tidak ada ambil dari ribu. 8000-78 = 7202
4. Setelah mendapat jawapan daripada bentuk lazim tadi, Murid lain diminta membina satu nombor empat
digit yang baru. Murid dikehendaki menolak bombor tersebut daripada baki nombor tadi. 7202-1345 = 57.
5. Aktiviti ini diulang dengan menggunakan contoh nombor yang lain.
1. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan diberi set nombor operasi tolak melibatkan dua
A nombor dari satu nombor. (Gallery Tour)
Aktiviti 2 2. Murid dikehendaki menyelesaikan operasi tersebut secara bentuk lazim di atas kertas mahjong. Hasil kerja
kumpulan lain dletakan di atas meja untuk murid lain melihatnya.
3. Kumpulan asal hendaklah meletakkan pensel dan kertas di atas meja supaya kumpulan yang datang melawat
boleh memberikan komen dan membetulkan jawapan sekirannya salah.
4. Ahli kumpulan juga diarahkan untuk berpecah sementara waktu untuk melihat stesen lain pulak.
5. Setelah kembali kepada kumpulan asal, mereka hendaklah menceritakan pembelajaran yang diperolehi
melalui kumpulan lain.
Aktiviti 3 1. Murid membuat latihan di dalam buku latihan matematik.
ABM/ BBM: Video / Kad nombor. / Lain-lain= kertas mahjong,
Interaktif game Modul kertas A4, pensel, pen marker
_____/ _____ orang murid tidak dapat menguasai objektif pembelajaran dan diberi latihan pemulihan.
KRITERIA KEJAYAAN: 1. Murid dapat menyelesaikan ayat matematik operasi bergabung tambah dan tolak dalam lingkungan 10 000 dengan betul.
AKTIVITI PENGAJARAN Aktiviti 1 1. Murid ditunjukkan dengan sebuah kotak yang mengandungi 12 biji pemadam. Seorang murid dikehendaki
&PEMBELAJARAN (PDP): memasukan 8 biji pemadam ke dalam kotak tersebut.
2. Murid lain pula di arahkan untuk mengambil 13 biji pemadam dari kotak tersebut.
3. Murid dikehendaki menyatakan operasi yang terlibat dan menyatakan ayat matematik. Contoh : 12 + 8 –
13 .
4. Murid dikehendaki menulis kiraan dalam bentuk lazim. Murid diingatkan supaya menulis dari sa ke puluh
dan dari puluh ke ratus.
5. Murid dibimbing untuk menyelesaikan mengikut urutan operasi dari kiri ke kanan.
1. Murid dibawa ke tempat yang luas seperti dewan dan dibahagikan kepada 5 kumpulan.
A 2. Murid dikehendaki membuat 5 barisan. Murid pertama yang dihadapan hendaklah berlari sehingga tiba di
Aktiviti 2 meja yang mengandungi kad soalan. (Mix – N –Match)
3. Murid memilih satu soalan berkaitan operasi bergabung dan dikehendaki menjawab di atas kertas pengiraan
yang disediakan.
4. Setelah mendapat jawapan, murid itu terus berlari kehadapan dan mencari kad jawapan bagi soalan tersebut
yang berada di dalam besen yang disediakan.
5. Murid perlu membawa kad soalan dan kad jawapan itu bersama dan terus berlari kearah guru untuk
mengetahui jawapan sebenar. Sekiranya jawapan salah, murid dikehendaki menjawab semula dengan
bantuan rakan di dalam kumpulan.
6. Sekiranya kad jawapan yang diambil betul, murid akan berlari semula kearah barisan kumpulannya dan
murid 2 akan berlari seperti murid 1 tadi.
7. Aktiviti ini diulang sehinggalah kad soalan tadi habis dijawab.
Aktiviti 3 1. Murid membuat latihan di dalam buku latihan matematik.
ABM/ BBM: Video / Kad soalan, kad jawapan / Lain-lain= kotak,
Interaktif game Modul pemadam,kertas catatan, pensel
_____/ _____ orang murid tidak dapat menguasai objektif pembelajaran dan diberi latihan pemulihan.
_____/ _____ orang murid tidak dapat menguasai objektif pembelajaran dan diberi latihan pemulihan.
_____/ _____ orang murid tidak dapat menguasai objektif pembelajaran dan diberi latihan pemulihan.
_____/ _____ orang murid tidak dapat menguasai objektif pembelajaran dan diberi latihan pemulihan.
1. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan diedarkan kad nombor dan kad simbol.
A 2. Murid menyusun kad nombor berdasarkan soalan yang dikemukan dalam bentuk lazim.
Aktiviti 2 3. Murid mendarab secara bentuk lazim dengan bimbingan guru.
Aktiviti 3 1) Dalam kumpulan yang sama, setiap kumpulan dikehendaki menulis nombor 1 hingga 23 kedalam petak 5x5
secara rawak (Aktiviti Jawab dan Bingo)
https://youtu.be/cLZm-q96OXo
2) Murid diberikan soalan operasi darab. Murid yang dapat menjawab soalan operasi darab dengan membuat
bentuk lazim dengan betul, diberikan peluang untuk memilih nombor di dalam petak.
3) Soalan terus diberikan sehingga ada murid yang mendapat 1 garisan atau BINGO.
Murid yang menang boleh ditentukan melalui berapa kali pelajar itu BINGO.
ABM/ BBM: Video / Kad nombor / Lain-lain= kad simbol, Kertas
Interaktif game Modul petak, pensel
_____/ _____ orang murid tidak dapat menguasai objektif pembelajaran dan diberi latihan pemulihan.
_____/ _____ orang murid tidak dapat menguasai objektif pembelajaran dan diberi latihan pemulihan.
KRITERIA KEJAYAAN: 1. Murid dapat menyelesaikan ayat matematik bahagi sebarang nombor dalam lingkungan 10000 dengan nombor satu digit
dengan betul.
AKTIVITI PENGAJARAN Aktiviti 1 1. Murid ditunjukkan dengan dua baling dan sejumlah guli. 1 wakil murid dikehendaki memasukan sebiji guli
&PEMBELAJARAN (PDP): ke dalam balang A dan balang B.
2. Langkah tersebut diulang sehingga semua guli habis. Murid diberitahu bahawa apabila guli dimasukan
kedalam kedua-dua baling, bilangan guli akan menjadi sama. (Menerangkan konsep bahagi).
3. Murid diberi satu nombor 3 digit. Murid dikehendaki membahagi nombor tersebut dengan 4. Murid
membahagi nombor secara bentuk lazim dengan bimbingan guru.
4. Murid diberi nombor lain untuk membahagi nombor dengan bimbingan guru.
1. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan yang mepunyai 5 ahli.
A 2. Setiap kumpulan diberi dadu besar yang mengandungi soalan pada setiap permukaan dadu. Soalan di
Aktiviti 2 permukaan dadu adalah berdasarkan menyelesaikan ayat matematik bahagi dengan nombor satu digit.
3. Murid pertama dalam kumpulan akan memulakan permainan dengan membaling dadu yang besar. Murid
akan menjawab soalan pada permukaan atas dadu yang telah dibaling.
4. Murid dikehendaki menjawab soalan dengan mengira dalam bentuk lazim di atas kertas yang disediakan.
5. Aktiviti ini di ulang dengan giliran murid kedua membuat balingan dan seterusnya.
6. Setelah selesai kesemua giliran ahli, murid akan bertukar dadu dengan ahli kumpulan lain yang mempunyai
dadu yang berbeza soalan.
Aktiviti 3 1. Murid membuat latihan di dalam buku aktiviti matematik.
ABM/ BBM: Video Kad abjad, kad gambar / Lain-lain= guli, baling, dadu,
Interaktif game Modul kertas jawapan, pensel.
_____/ _____ orang murid tidak dapat menguasai objektif pembelajaran dan diberi latihan pemulihan.
KRITERIA KEJAYAAN: 1. Murid dapat menyelesaikan ayat matematik bahagi sebarang nombor dalam lingkungan 10000 dengan nombor 10, 100
dan 1000 dengan betul.
AKTIVITI PENGAJARAN Aktiviti 1 1. Murid diberi penerangan dalam menyelesaikan soalan menggunakan bentuk lazim. Contoh 74938 ÷ 100.
&PEMBELAJARAN (PDP): 2. Murid ditunjukkan dengan cara bahagi melalui dua kaedah iaitu secara bentuk lazim dan secara bentuk
menganjak nombor sifar.
3. Aktiviti ini diulang dengan menunjukan contoh nombor yang lain .
1. Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan. Setiap kumpulan diberi kertas catatan untuk menulis jawapan
A mereka
Aktiviti 2 2. 3 stesen disedia berdasarkan aktiviti bahagi yang melibatkan bahagi dengan nombor 10,100 dan 1000.
3. Setiap kumpulan berada di setiap stesen dan akan bergerak dari satu stesen ke satu stesen secara serentak
apabila wisel dibunyikan.
Stesen pertama – Padankan ayat matematik
Stesen kedua – Melengkapkan ayat matematik
Stesen ketiga – Menyelesaiakan dalam bentuk lazim.
4. Wisel akan dibunyikan setiap 2 minit menandakan masa untuk menjawab di stesen tersebut telah tamat dan
murid perlu bergerak ke stesen seterusnya
5. Pemenang kumpulan akan ditentukan melalui markah tertinggi yang dikumpul.
Aktiviti 3 1. Murid membuat latihan di dalam buku latihan matematik.
ABM/ BBM: Video / Kad nombor, kad soalan / Lain-lain= kertas satatan
Interaktif game Modul jawapan, pensel, kad stesen
_____/ _____ orang murid tidak dapat menguasai objektif pembelajaran dan diberi latihan pemulihan.
_____/ _____ orang murid tidak dapat menguasai objektif pembelajaran dan diberi latihan pemulihan.
KRITERIA KEJAYAAN: 1. Murid dapat menyelesaikan masalah operasi darab dan bahagi dalam lingkungan 10 000 melibatkan situasi harian.
AKTIVITI PENGAJARAN Aktiviti 1 1. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan diberi kad penyelesaian masalah.
&PEMBELAJARAN (PDP): 2. Murid dikehendaki mengeluarkan maklumat penting dan mencatatkannya di atas kertas mahjong. Murid
menggunakan petak dakap untuk mencari maklumat penting.
3. Murid menentukan operasi yang digunakan berdasarkan kata kunci dalam ayat tersebut.
4. Murid membina ayat matematik dan seterusnya mengira dalam bentuk lazim bagi menyelesaikan masalah
tersebut
1) Setiap pasukan dibekalkan satu fail yang didalamnya terdapat soalan penyelesaian masalah untuk
A dibincangkan.(Travelling Fail)
Aktiviti 2 2) Selepas 10 sehingga 15 minit, soalan dan catatan jawapan di masukan semula kedalam fail dan diedarkan
kepada pasukan lain.
3) Setiap pasukan yang mendapat fail baharu daripada pasukan lain dikehendaki membaca soalan dan jawapan
yang terdapat dalam fail berkenaan sebelum dibicangkan, ditambah , dihurai atau disunting.
Setelah setiap pasukan memberikan respons kepada dua atau tiga Traveling Fail, soalan-soalan dan jawapan-
jawapan tersebut dibincangkan di dalam kelas.
Aktiviti 3 1. Murid membuat latihan di dalam buku aktiviti matematik.
ABM/ BBM: Video / Kad soalan / Lain-lain= fail, kertas mahjong,
Interaktif game Modul pen marker
_____/ _____ orang murid tidak dapat menguasai objektif pembelajaran dan diberi latihan pemulihan.
_____/ _____ orang murid tidak dapat menguasai objektif pembelajaran dan diberi latihan pemulihan.