Anda di halaman 1dari 3

Sajak Ketenangan - Nor Rasidah Mohd

Sajak (Sumber Buku Teks KOMSAS Maksud


Antologi Gema Sepi Gadis Genius)
Aku terus berjalan Penyajak berusaha untuk mencari
tanpa menghiraukan rintangan ketenangan dalam dirinya walaupun
cabaran yang menghalang terpaksa menghadapi pelbagai halangan
air mataku menitis dan kesusahan.
jiwaku meraba
hatiku terseksa
mencari ketenangan jiwa.

Ketenangan Penyajak telah menemui ketenangan


kini kutemuimu yang dicari-cari sehingga kesepian yang
suasana sepi menjadi riang dialami selama ini diganti dengan
suasana gelap menjadi terang. kegembiraan dan sesuatu yang kabur
menjadi jelas.

Kini kusedari Kini penyajak sedar bahawa setiap


bahawa ketenangan ketenangan dalam diri seseorang bukan
bukan datangnya diperoleh dengan cara mencapai
dari kesenangan kekayaan dan kemewahan hidup.
kekayaan dan kemewahan.

Berilmu dan beriman Penyajak menjelaskan bahawa


di situ ia datang ketenangan sebenarnya dapat dicapai
menjadi jiwaku tenteram dengan cara memantapkan ilmu dalam
apabila aku mendekati-Nya. diri dan menguatkan keimanan terhadap
tuhan.  Keadaan ini menjadikan jiwa
penyajak tenang apabila mengamalkan
kedua-dua perkara tersebut.

Tema:
Sajak ini mengemukakan tema tentang ketabahan hati seseorang mencari ketenangan
dalam hidup – Penyajak berusaha mencari ketenangan dalam hidupnya sehingga beliau
berjaya menemuinya.

Persoalan:
         Kegigihan bagi mendapatkan sesuatu yang diinginkan – penyajak gigih berusaha
untuk mencari ketenangan dalam hidupnya walaupun menghadapi pelbagai dugaan.
         Dapat menghilangkan segala kesepian dan kedukaan dalam hidup – masalah
kesepian dan kesedihan penyajak berjaya diatasi apabila beliau menemui ketenangan
hidup.
         Kemewahan dan kekayaan hidup tidak menjanjikan ketenangan dalam hidup
seseorang.
         Menuntut ilmu dan meneguhkan keimanan terhadap tuhan merupakan jalan terbaik
bagi mencapai ketenangan.

Bentuk:
         Sajak ini terdiri daripada empat rangkap.
         Rima akhir adalah bebas.
         Jumlah baris serangkap bebas
Contoh:
Rangkap 1- tujuh baris,
Rangkap 2 – empat baris dan sebagainya.
         Jumlah perkataan dalam satu baris antara satu hingga empat patah kata.
         Jumlah suku kata dalam satu baris antara empat hingga sepuluh suku kata.

Gaya Bahasa Contoh


Personafikasi jiwaku meraba (R1,B5)
Sinkope kini kutemuimu (R2,B2)
Anafora suasana sepi menjadi riang
suasana gelap menjadi terang. (R2,B3 – 4)
Responsi suasana sepi menjadi riang
suasana gelap menjadi terang. (R2,B3 – 4)

Unsur Bunyi Contoh


Asonansi Kini kusedari (R3,B1)
Aliterasi kekayaan dan kemewahan. (R3,B5)

Nada:Nada sajak ini ialah romantis.

Nilai:
        Kegigihan   : Penyajak gigih berusaha untuk mencari ketenangan diri.
        Ketabahan  : Penyajak tabah menghadapi segala cabaran dan kesusahan dalam
usaha mencari ketenangan dalam dirinya.

Pengajaran:

         Kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan –


penyajak berusaha untuk mencari ketenangan dalam hidupnya.
         Kita hendaklah meneguhkan keimanan kita kepada tuhan untuk mendapat
ketenangan – penyajak berjaya menemui ketenangan yang dicarinya dengan cara
meneguhkan keimanan kepada tuhan.
         Kita hendaklah sedar bahawa kemewahan dan kekayaan mampu memberi segala
keinginan kita – ketenangan diri tidak dapat dicapai dengan kemewahan hidup.
         Kita hendaklah sentiasa menuntut ilmu walau di mana sahaja kita berada.

Anda mungkin juga menyukai