Anda di halaman 1dari 51

PANDUAN PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER ANDA

NOTA

PASANG SENDIRI
PC ANDA
1
PANDUAN PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER ANDA

Perakuan Hakcipta

Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian, rencana, ilustrasi dan isi
kandungan nota ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun sama ada
elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin
penulis.

2
PANDUAN PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER ANDA

MUKADIMAH

Panduan ini serba sedikit akan memberikan pendedahan kepada pelajar bagaimana
untuk mendapatkan komputer peribadi (PC) dengan harga yang murah, memasang
sendiri komponen PC tersebut, melakukan instalasi sistem operasi (operating system
installation) dan perisian lain, simple troubleshooting serta berniaga kecil-kecilan
(besarpun boleh! Sambilan atau sepenuh masa) dengan memberikan perkhidmatan
pemasangan komputer, menjual komponen komputer, melakukan instalasi sistem
operasi dan perisian lainnya serta mengatasi masalah mudah komputer.

Panduan ini adalah suatu pengalaman oleh insan yang buta komputer pada mulanya
tetapi kini boleh melakukan banyak perkara mengenai komputer hasil pembelajaran
tidak formal daripada rakan-rakan yang pakar dalam bidang ini, usaha yang tidak
putus-putus mempelajari perkara baru mengenai komputer sejak 10 tahun yang
lalu.

Semoga panduan ini dapat memberikan manfaat berguna untuk anda semua.

Sekian, terima kasih.

3
PANDUAN PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER ANDA

KANDUNGAN

mukasurat
1 PENGENALAN 3

2 PERSEDIAAN AWAL 3

3 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN 6

4 MENYEDIAKAN COMPUTER CASE 6

5 MENYEDIAKAN PAPAN UTAMA (MOTHERBOARD) 7

6 MOTHERBOARD INSTALLATION 14

7 PERSEDIAAN PEMACU (DRIVE) 15

8 DRIVE INSTALLATION 17

9 PERIPHERAL INSTALLATION 17

10 CABLE INSTALLATION 18

11 WIRING THE CASE 20

12 BIOS (BASIC INPUT/OUTPUT SYSTEM) 22

13 OPERATING SYSTEM INSTALLATION 27

14 BASIC TROUBLESHOOTING 42

4
PANDUAN PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER ANDA

PENGENALAN

Ramai orang pada masa kini memilih untuk membina dan mengkonfigurasikan
sendiri komputer di rumah mereka, berbanding dengan hanya membeli komputer
berjenama A atau B yang datang dalam sebuah kotak empat segi. Panduan ini
bertujuan untuk memberikan secara terperinci, tutorial langkah demi langkah
bagaimana memasang sendiri komputer peribadi (PC) anda.

PERSEDIAAN AWAL

Langkah pertama yang perlu diambilkira apabila berhasrat membina PC adalah


membuat perancangan tindakan seperti pemilihan komponen yang betul dan
menentukan berapa banyak masa yang akan diambil untuk membina PC ini.
Perkara-perkara lain yang perlu dilakukan termasuklah masa mengkaji komputer
jenis apakah yang hendak dibina, penyelidikan dan pengumpulan semua komponen
utama PC dan mencari alat bantuan yang betul untuk memasang komputer. Banyak
masa dan usaha yang terbuang boleh dielakkan dengan sedikit perancangan dan
memastikan bahawa anda mempunyai semua perkara yang diperlukan sebelum
memulakan projek ini.

Pastikan anda melakukan projek ini di dalam persekitaran yang bebas daripada
kelembapan. Dalam perkataan lain, semua mesti dalam keadaan kering.
Menguruskan eletrik statik adalah wajib dan sepatutnya adalah sebahagian usaha
perancangan awal. Jika tidak keberatan, pakai kasut getah yang boleh memutuskan
arus eletrik statik. Ini dapat mencegah kerosakan komponen komputer akibat
daripada eletrik statik yang wujud apabila dua permukaan metallic bersentuh di
antara kedua-duanya. Sila beri perhatian penuh kepada kewujudan eletrik statik
setiap masa anda mengendalikan komponen sistem bagi meminimumkan peluang
kerosakan sistem.

Sila baca manual yang datang bersama-sama papan utama yang dibeli. Ini adalah
langkah yang penting untuk anda memahami papan utama @ the heart of your PC
yang akan digunakan dalam PC anda. Manual papan utama akan menerangkan
persoalan tentang sambungan (hookup) dan jumper. Manual tersebut juga
membekalkan kepada pengguna petua-petua khas atau langkah berjaga-jaga yang
lain yang perlu diawasi.

5
PANDUAN PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER ANDA

Pastikan anda telah ada semua komponen komputer sebelum mula. Ini boleh
menjadikan proses pemasangan berjalan lancar.

Di bawah ini adalah senarai komponen asas yang diperlukan:


Bil Nama Komponen Diperlukan / Pilihan Catatan

1 Case and Power Supply Perlu


2 Processor Perlu
3 Motherboard Perlu
4 Memory Card Perlu
5 Hard Disk Drive (HDD) Perlu
6 Video / Display Card Perlu Tidak perlu jika telah
terbina di dalam
motherboard (built-in)

7 Floppy Disk Drive Pilihan


8 Sound card Perlu Tidak perlu jika telah
terbina di dalam
motherboard (built-in)

9 CD-ROM / DVD-ROM / CD-RW drive Pilihan


10 Modem Pilihan Berhajat untuk guna
kemudahan TMNET
1515, perlu ini.

11 Network Card Pilihan Berhajat untuk pasang


streamyx di rumah,
perlu ini.

12 Power Cable Perlu


13 IDE Cable Perlu
14 Floppy Cable Pilihan Perlu jika floppy
digunakan.

Senarai perisian (software) minimum:


1. Sistem Operasi (Windows / Linux)
2. Motherboard Drivers
3. Peripheral Drivers

Senarai peralatan:
1. Screwdriver
2. Flat head screwdriver
3. Needles nose pliers
4. marking pen
5. anti-static wrist strap
6. zip ties (optional)

6
PANDUAN PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER ANDA

LANGKAH KESELAMATAN

1. Jangan melakukan apa-apa kerja dalam keadaan socket 3-pin terpasang.


Anda boleh menyebabkan diri dan PC anda rosak teruk. Bahkan PC yang
switched off pun mungkin mempunyai voltage pada papan utama.
2. Power supply tidak mempunyai komponen yang boleh diservis semula dan
mengandungi voltage yang merbahaya. Ia tidak sepatutnya dibuka.
Walaupun apabila ia dipadamkan.
3. Kebanyakan desktop dan tower casing mempunyai bucu yang tajam. Berhati-
hati dengannya.
4. Kendalikan komponen komputer apabila anda benar-benar telah
meminimumkan pengaliran eletrik statik untuk memastikan tiada kerosakan
pada komponen komputer yang sensitive. Cuba untuk tidak menyentuh
permukaan komponen, kendalikannya dengan memegang tepi komponen
tersebut. Apabila perlu, gunakan anti-static wrist strap.

MENYEDIAKAN COMPUTER CASE

Kebanyakan cases atau sarung komputer yang anda beli datang bersama pra-
instalasi bekalan kuasa @ pre-installed power supply. Apa yang anda perlu lakukan
adalah menyediakan sarung dan bersedia untuk menginstalasi papan utama.

Ada beberapa langkah yang diperlukan untuk menyediakan sarung bagi


menginstalasi papan utama termasuk memindahkan semua plastik dan metal side
panels sarung berkenaan. Berhati-hati! Ada sarung yang mempunyai bucu yang
tajam yang boleh membuatkan anda luka. Langkah selamat, gunakan needle nose
pliers untuk memindahkan apa-apa jua metal breakouts daripada sarung komputer.

Kemudian, bersedia untuk motherboard installation! Mula dengan menanda pada


lubang di dalam sarung yang selari dengan lubang pada papan utama. Ini boleh
dilakukan dengan mudah dengan menempatkan papan utama ke dalam sarung
komputer dan tandakan di mana-mana lubang papan utama yang selari dengan
lubang pada sarung.

7
PANDUAN PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER ANDA

Kemudian masukkan papan utama ke dalam sarung seperti yang telah ditandakan.
Pasangkan screw, pastikan screw dengan lengkap. Dengan cara itu, papan utama
akan terletak flat dan terlindung daripada berlakunya litar pintas. Tempatkan pin ke
dalam seberapa banyak lubang jika boleh, tetapi pastikan ia selari dengan lubang
pada papan utama. Ini membolehkan sokongan yang maksimum kepada papan
utama.

MENYEDIAKAN PAPAN UTAMA

Sebelum menempatkan papan utama ke dalam sarung komputer, ada beberapa


perkara perlu dilengkapkan terlebih dahulu. Bergantung kepada rekabentuk sarung,
CPU, kipas penyejuk (cooling fan) dan memory kad perlu diinstal di atas papan
utama sebelum papan utama ditempatkan di dalam sarung komputer.

Baringkan papan utama secara flat di atas permukaan bukan metallic untuk
memulakan penyediaan awal papan utama. Perkara pertama perlu dilakukan adalah
memasukkan CPU. CPU diletakkan ke suatu tempat kosong yang mempunyai socket
yang banyak di atas papan utama seperti gambar di bawah:

8
PANDUAN PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER ANDA

A B

Mula dengan mengangkat retention lever (blue arrow) ke posisi menegak (vertical)
dan selarikan pin pada CPU dengan lubang yang ada pada socket, tumpuan khas
harus diberikan pada missing pins (A dan B) di dua pepenjuru. Tempatkan CPU
secara cermat ke dalam socket berkenaan. Tiada tenaga kuat diperlukan untuk
memasukkan pin pada CPU ke dalam lubang pada socket jika ia dilakukan secara
betul. Jika CPU tidak masuk betul, lihat semula kedudukan pin. JANGAN TEKAN
KUAT! Pin boleh bengkok.

9
PANDUAN PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER ANDA

Kemudian letakkan kembali retention lever ke kedudukan asal untuk mengunci CPU
ditempatnya. Sekali lagi! TIADA tenaga diperlukan untuk menyelesaikan tugas ini.

Selepas itu proses memasang penyerap haba (heatsink) dan kipas penyejuk (cooling
fan) pada CPU. CPU heatsink dan cooling fan adalah bahagian kritikal komputer
kerana kedua-duanya berfungsi memastikan otak sistem tidak menjadi terlalu panas
yang mana apabila terlalu panas akan menyebabkan CPU gagal berfungsi.

10
PANDUAN PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER ANDA

Dengan menggunakan Thermal compound yang baik boleh memaksimumkan


perpindahan haba di antara CPU dan penyerap haba. Mula-mula letakkan Thermal
compound pada CPU terus kepusat CPU seperti gambar di bawah:

Dengan menggunakan beg plastik (atau lain-lain plastik) untuk menutup jari,
sapukan compound keseluruh metal yang terletak dipusat CPU. (plastik melindungi
CPU daripada minyak pada jari dan melindungi anda daripada thermal compound).

11
PANDUAN PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER ANDA

Langkah seterusnya adalah untuk menempatkan penyerap haba dan kipas penyejuk
pada CPU. Proses ini mungkin susah bergantung kepada jenis penyerap haba yang
digunakan. Tentukan penyerap haba diletakkan pada kedudukan yang betul
sehingga melitupi CPU. Kemudian lekatkan sebelah sisi penyerap haba pada socket
CPU.

12
PANDUAN PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER ANDA

Dengan menggunakan flat blade screwdriver, tekan ke bawah heatsinks metal clip
dan lekatkan sisi kedua socket CPU. Berhati-hati semasa melakukan proses ini.
Terlalu banyak tekanan boleh mematah dan memusnahkan CPU.

Langkah seterusnya dalam pemasangan kipas penyejuk ini adalah menyambungkan


power lead ke papan utama di plug yang betul. Sesetengah kipas datang dengan
plug bersambung secara terus ke bekalan kuasa (power supply). Gunakan
sambungan tersebut jika kipas yang anda beli sedemikian rupa.

13
PANDUAN PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER ANDA

Memory Card Installation

Kad memori adalah perkara akhir yang perlu dimasukkan ke papan utama sebelum
papan utama ditempatkan pada sarung komputer. Kad memori dimasukkan ke
dalam satu atau lebih slot bergantung kepada jenis memori kad yang digunakan.
Tolak kunci slot memori (outlined in blue) ke kedudukan unlocked position.

Kemudian masukkan memori kad ke dalam slot yang paling hampir dengan CPU.
Ulangi proses bagi menempatkan kad memori tambahan yang lain (jika ada).

14
PANDUAN PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER ANDA

MOTHERBOARD INSTALLATION

Setelah selesai penyediaan papan utama, proses seterusnya adalah memasukkan


papan utama ke dalam sarung komputer. Dengan cermat tempatkan papan utama
ke dalam sarung. Pastikan lubang pada papan utama selari dengan pin yang telah
diletakkan sebelum ini pada sarung komputer. Screwkannya dengan lengkap pada
tempat-tempat yang perlu discrewkan.

JANGAN SKRU TERLALU KETAT!

15
PANDUAN PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER ANDA

PENYEDIAAN PEMACU (DRIVE PREPARATION)

Langkah seterusnya adalah menempatkan pemacu IDE (Hard disk drive, CD-ROM
drive or DVD or CD-RW and etc.) Apabila lebih daripada satu alat IDE bersambung
ke papan utama menerusi satu kabel, komputer perlu berkeupayaan untuk
membezakan satu pemacu dengan pemacu yang lain. Komputer juga perlu tahu
pemacu yang mana satu perlu dicapai terlebih dahulu (which is primary). Ini penting
terutamanya apabila memberitahu daripada komputer pemacu yang mana perlu
di’boot’.

16
PANDUAN PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER ANDA

Untuk mengatasi isu ini, pengilang telah membina suatu kaedah menggunakan
Master / Slave. Oleh itu, anda perlu menetapkan pemacu untuk memberitahu
komputer yang mana satu pemacu master dan yang mana satu pemacu slave bagi
setiap kabel penyambung. Terdapat jumper di belakang setiap alat IDE untuk
menetukan sama ada Master atau Slave. Jumper ada tiga atau lebih kedudukan.
Dengan mengubah kedudukan jumper, anda boleh menentukan pemacu tersebut
Master atau Slave. Satu lagi alternatif penentuan Master atau Slave adalah dengan
menentukan posisi pada kabel sambungan ke papan utama.

Jika anda menggunakan hard drive yang baru, penetapan fungsi adalah
berkemungkinan Master atau Pilihan Kabel. Anda tidak perlu untuk mengubah
jumper.

Bagi CD / DVD perlu disetkan sebagai Master dengan CD-RW sebagai slave. Jika
menggunakan CD writer melebihi 8X, adalah lebih bagus untuk menggunakan kad
kawalan tambahan bagi mendapatkan faedah maksimum daripada alat tersebut
setinggi kelajuan pemacu seperti yang diperlukan oleh saluran IDE masing-masing
supaya berfungsi dengan betul dan mencegah kesilapan.

Bagi floppy drive, langkah terdahulu adalah tidak perlu. Hubungan Master / Slave
bagi floppy ditentukan oleh posisinya pada kabel.

17
PANDUAN PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER ANDA

DRIVE INSTALLATION

Ada sesetengah sarung komputer memerlukan penggunaan braket yang dilekatkan


pada sisi pemacu sebelum menempatkannya. Tetapi kebanyakannya hanya
memerlukan beberapa skru untuk meletakkan pemacu pada kedudukan di sarung
komputer. Cuma masukkan sahaja pada ruang yang disediakan pada sarung
berkenaan.

PERIPHERAL INSTALLATION

Peripheral kad seperti kad video, kad bunyi, LAN kad, Modems dan sebagainya
sangat mudah untuk dimasukkan ke sarung komputer. Ia juga adalah tugas yang
paling mudah apabila kita melakukan pemasangan komputer. Jika boleh, pastikan
ada ruang di antara kad yang dimasukkan. Ini dapat membantu mengurangkan
kepanasan dan mengurangkan masalah perkongsian IRQ. Pastikan kad dimasukkan
secara betul pada slot yang berkenaan. Jika tidak, anda mungkin mengalami
masalah kegagalan sistem untuk “boot” apabila cuba memulakan (on) komputer
buat pertama kalinya. Kebanyakan komputer mempunyai kad video, modem atau
kad rangkaian, dan kad bunyi. Walau bagaimanapun, keperluan penggunaan kad
video dan kad bunyi serta kad rangkaian boleh dijimatkan jika anda membeli papan
utama yang sudah terbina di dalamnya kesemua kad yang saya sebutkan tadi.
Maklumat ini boleh diperolehi daripada penjual. Untuk tugasan biasa seperti menaip,
mengira dan melayari internet memadai menggunakan kad-kad yang sudah terbina
ini. Tidak perlu menambah kad-kad lain. Ini menjimatkan wang anda!

18
PANDUAN PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER ANDA

Kalau anda lihat disini ada dua


jenis slot. Yang satu berwarna
gelap, AGP – Advanced Graphics
Port slot kad tunggal. Kebiasaanya
berwarna perang gelap dan khusus
untuk AGP video grafik kad. PCI
kad tidak sesuai dimasukkan ke
slot ini.

Yang berwarna putih ini adalah PCI


– Peripheral Card Interface slot.
Ada banyak slot ini di papan
utama. Amnya, kebanyakan kad
menggunakan slot ini kecuali jika
dinyatakan kad AGP.

CABLE INSTALLATION

Perkara utama perlu dilakukan sebelum installing kabel sistem adalah untuk
memastikan plug yang mana satu ditempatkan di mana dan kaedah kabel
berkenaan disambungkan ke alatan yang berkenaan. Paling mudah perhatikan
bentuk fizikal ruang-ruang pada papan utama dan lihat kembali kabel yang
digunakan. Biasanya ada kesesuaian dari segi bentuk fizikal kabel dan ruang
berkenaan.

19
PANDUAN PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER ANDA

Kunci Penyambung

Pin 1 designator

Nota: Untuk prestasi terbaik, sentiasa


setkan pemacu pada penghujung
kabel pada kedudukan Master.

Tempatkan sambungan IDE 1 dan 2 anda di papan utama. Sambungan IDE pertama
biasanya diwarnakan. Anda boleh menyemak manual yang datang bersama papan
utama untuk kepastian kedudukan IDE 1 dan IDE 2. Cakera keras (hard drive) yang
di dalamnya nanti dimasukkan sistem operasi perlu diplugkan ke IDE 1 dan disetkan
sebagai Master. CD dan apa-apa pemacu ‘slave’ (jika ada) perlu disambungkan ke
IDE 2.

Kunci pada kabel penyambung biasanya membenarkan anda untuk menyambungkan


kabel pada satu cara sahaja. Jika kunci tiada, jalur pada kabel akan ditempatkan
pada pin nombor 1 ruang pada papan utama. Pada pemacu itu sendiri, jalur kabel
adalah bersebelahan dengan plug sambungan kuasa.

1.44 pemacu cakera Floppy hanya ada satu tempat untuk disambungkan ke papan
utama. Oleh itu ini sepatutnya tidak menjadi masalah. Ada satu perkara perlu
diambil perhatian, semasa sistem dimulakan dan lampu penunjuk pada pemacu

20
PANDUAN PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER ANDA

cakera Floppy sentiasa menyala sepanjang masa, kabel perlu diubah. Ini adalah
kesilapan yang biasa dilakukan dan mudah untuk diatasi.

Pastikan anda telah menyambungkan kesemua kabel punca kuasa ke tempat-


tempat yang betul pada pemacu-pemacu yang berkenaan. Juga pastikan kesemua
sambungan telah dipasangkan. Kedua-dua kabel kuasa dan kabel data perlu
disambungkan secara betul. Pastikan cuba untuk menggunakan kabel yang baru
(jika boleh). Ini memastikan anda menggunakan kabel yang boleh digunakan dan
berfungsi dengan baik. Ini akan mempercepatkan proses pemasangan. Kabel IDE
baru yang boleh didapati dikebanyakan kedai pada masa ini memberikan ruang yang
luas untuk udara berlegar di dalam sarung komputer dan ini boleh mengurangkan
kabel yang berserabut di dalam sarung komputer.

PENDAWAIAN SARUNG @ WIRING THE CASE

Dawai berwarna hitam adalah dawai bumi (ground wire). Jika kabel anda tidak
dilabelkan sebagai + / -, dawai hitam selalunya adalah -. Seperti yang anda lihat
pada gambar di bawah, walaupun tanpa manual, papan utama ini dilabelkan secara
jelas dan ini sudah mencukupi bagi anda untuk memahami dan melaksanakan kerja.
Jika anda baru membelu papan utama yang baru, sila baca manual dengan teliti dan
familiarize layout papan utama dan di mana sambungan yang betul. Ini boleh
menjadikan tugas anda mudah dan lebih efisien.

Berhati-hati dan tumpukan perhatian apabila menyambungkan dawai / kabel.

21
PANDUAN PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER ANDA

Ada pendawaian yang mengelirukan seperti di atas. Apa yang anda lihat, dawai
disambung dari kiri ke kanan tetapi LED cakera keras dan dawai Key Lock
disambung daripada atas ke bawah tetapi masih menunjukkan di mana sambungan
-. Inilah yang perlu anda beri tumpuan penuh.

Selepas anda menyemak semula semua langkah yang telah diambil, anda perlu
menyambungkan penyambung bekalan kuasa ke papan utama. Kebanyakan CPU
baru di pasaran memerlukan minimum 300W PS untuk bekerja dengan lebih
berkesan. Papan utama Pentium 4 juga memerlukan 12V PS khas dengan dua
penyambung tambahan untuk memberi kuasa kepada papan utama.

Selepas anda telah menyambung sumber kuasa ke papan utama, buat ujian cepat
untuk melihat papan utama berfungsi. Jika berjaya, anda bolehlah menutup sarung
komputer dan seterusnya membuat setting BIOS (jika perlu) dan memulakan proses
memasukkan sistem operasi primer dan pemacu sistem yang lain.

Pengatasian masalah mungkin perlu jika sistem tidak berfungsi dengan baik. Sila
periksa semula sambungan kabel. Anda boleh mencuba satu persatu kabel dan
boleh mengesan kabel mana yang bermasalah.

22
PANDUAN PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER ANDA

BIOS (Basic Input / Output System)

Kebanyakan papan utama semasa dilengkapi fungsi auto-detect bagi mengesan


komponen yang digunakan dalam sistem PC anda. Jika ini terjadi anda tidak perlu
membuat apa-apa perubahan BIOS untuk sistem berjalan dengan baik. Walau
bagaimanapun, jika anda rasa anda perlu melakukan perubahan terhadap BIOS,
anda perlu menekan butang DEL atau F1 atau F2 bergantung kepada arahan
komputer anda. Ini akan membawa anda ke paparan skrin BIOS. Sebagai contoh di
bawah adalah paparan skrin permulaan BIOS bagi dua sistem yang biasa digunakan.
Sekali lagi anda perlu membaca manual yang dibekalkan semasa anda membeli
papan utama untuk memahami ciri-ciri prestasi sistem anda yang boleh ditingkatkan
dengan beberapa perubahan kecil. Berhati-hati untuk tidak melakukan kesilapan
semasa setting kerana ia akan melambatkan kelajuan prestasi sistem PC anda. Awas
apabila melakukan perubahan.

23
PANDUAN PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER ANDA

Sample 1

Sample 2

Pada setiap komputer ada ditempatkan maklumat asas mengenai konfigurasi


sistemnya. Tempat ini dinamakan BIOS chip. Anda sebenarnya melihat skrin yang
membolehkan anda memasukkan maklumat kepada BIOS. Inilah sebenarnya
bagaimana komputer tahu apakah komponen yang dipasang padanya, bagaimana
mencapainya dan memanipulasi maklumat yang diterima daripada pelbagai sumber.
Maka, disinilah pusat kawalan sistem komputer anda yang memberikan tanda sama
ada sistem PC anda berjalan dengan baik atau sebaliknya.

24
PANDUAN PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER ANDA

Jadi, setting lah ia secara betul. Fahami langkah-langkah yang akan saya berikan.
Walau bagaimanapun ini adalah panduan asas sahaja. Sistem yang anda ada
mungkin ada sedikit perbezaan semasa setup atau mempunyai perisian BIOS yang
lain tetapi maklumat asas yang anda perlu beri kepada sistem komputer anda
adalah bersifat universal. Sila semak manual sistem komputer anda untuk melihat
bagaimana ia diset seperti yang saya akan beritahu ini.

Tindakan awal, ON kan dahulu PC anda dan tunggu paparan skrin. Kemudian tekan
butang DELETE atau apa-apa jua butang untuk sistem anda memasuki BIOS sistem
dan tunggu paparan skrin BIOS seperti contoh yang saya berikan tadi. Sekarang,
anda telah bersedia untuk memulakan tugas anda.

Pertamanya, semak sama ada ada kaedah untuk set BIOS kepada factory defaults,
jika ada, lakukan! Walaupun sistem anda sudah tersedia set tetapi ia idea yang baik
untuk anda double check. Seterusnya, pergi ke standard BIOS setup. Disini adalah
di mana anda set perkara asas seperti masa dan tarikh. Jadi apa tunggu lagi, set lah
waktu dan tarikh semasa.

Kemudian, anda perlu memberitahu komputer anda apakah jenis cakera keras yang
anda guna. Lihat pada Hard Disk yang mempunyai barisan label seperti primary
master, secondary master, primary slave dan secondary slave. Yang hanya anda
perlu fikirkan adalah primary master melainkan anda mempunyai lebih daripada
satu hard drive.

Bersebelahan dengan barisan yang berlabel primary master, primary slave etc ada
kolum yang memberikan maklumat apa yang perlu anda set. Perkara-perkara
seperti jenis, saiz, cylinders, heads, sectors, mode, etc. Maklumat ini memberitahu
anda bagaimana cakera keras anda disetup dan bagaimana ia beroperasi. Anda
mungkin perlu menyemak manual untuk mendapatkan semua maklumat untuk anda
setnya secara manual. Jika ada fungsi auto-configuration yang membolehkan BIOS
mengesan secara automatik, tugas anda semakin mudah dan kurang risiko jika set
secara tidak betul.

Perkara seterusnya yang perlu disetkan adalah apa jenis pemacu lain (selalunya
dilabelkan sebagai drive a: dan dirve b:). Sebagai contoh, jika pemacu a:anda
adalah 3.5” drive, pilih 1.44 megabyte floppy. Begitulah juga untuk pemacu b:.

25
PANDUAN PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER ANDA

Seterusnya apa yang perlu disetkan? Video kad atau video adapter – apakah
jenisnya? Anda tidak mempunyai banyak pilihan tentang kad video kerana yang ada
sama ada CGA (color graphics adapter), EGA (extended graphic adapter), dan VGA
(video graphic adapter). Dan saya pasti anda menggunakan VGA. Lainlah kalau anda
menggunakan video kad yang dibuat sebelum tahun 1990. Jadi, set lah video kad
anda. Kalau yang sudah terbina dalam papan utama lagi tak jadi masalah bagi anda.

Standard akhir setup yang anda perlu ubah adalah arahan “halt on”. Mudah sahaja
set arahan ini dengan menyatakan halt on set to all errors. Standard setup telah
tiba ke penghujungnya. Seterusnya anda mungkin melakukan apa yang dipanggil
sebagai advanced setup.

Pada advanced setup selalunya akan menakutkan ramai orang kerana mereka fikir
mereka perlu set semuanya. Realitinya, anda hanya perlu set beberapa sahaja dan
lainnya sama ada tidak mustahak bagi beginner atau telahpun disetkan. Langkah
terbaik yang perlu diikuti apabila set advanced features jika anda tidak tahu LEAVE
IT ALONE.

Pada advanced setup, perkara pertama yang anda perlu buat adalah enabled is boot
up floppy seek. Makna mudah adalah komputer anda tahu pemacu floppy ada dan
berfungsi setiap kali anda ON komputer. Ini bagi memastikan anda tidak mengalami
masalah di masa hadapan dengan pemacu lain. Jika arahan OS (operating system)
anda gagal, anda boleh memperbaikinya menggunakan boot disk melalui pemacu
floppy ini jika anda telah setkan enabled is boot up floppy seek.

Seterusnya mungkin anda hendak menyemak amaran virus. My advice here is to


just disable it. Anda lebih pening kepala jika enable. Anda boleh mengatasi masalah
virus dengan membeli perisian anti-virus yang dapat melakukan fungsinya dengan
lebih baik berbanding arahan pada BIOS.

Perkara seterusnya perlu disemak adalah cache settings. Jika anda tidak pasti,
tinggalkannya seperti telah diset oleh pengeluar. Perkara lain perlu diset adalah
quick power on self test function. Arahan ini bermakna setiap kali komputer anda di
ON kan ia akan melalui beberapa ujian bagi memastikan semua berjalan dengan
baik. Jadi enable kan arahan ini.

Perkara lain yang mustahak adalah untuk set boot sequence. Anda perlu setnya
seperti a:, c:, SCSI. Maknanya, setiap kali anda menghidupkan komputer, sistem

26
PANDUAN PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER ANDA

akan pertama kalinya arahan operasinya sama ada pada “a drive”, kemudian cakera
keras, dan akhir sekali SCSI. Langkah ini untuk memastikan komputer anda
dibenarkan untuk “boot” daripada satu pemacu ke pemacu yang lain walaupun
sebenarnya ia di”boot” daripada cakera keras anda.

Tiga lagi perkara mustahak perlu diset dan akan selesailah tugas anda.

Pertamanya DRAM timing. Ini sebenarnya apa kelajuan RAM anda. Jika tidak pasti,
biarkan sahaja. Tetapi jika anda tahu, pastikan set pada kelajuan yang betul kerana
ini untuk memastikan sistem anda beroperasi pada tahap yang optimum.

Keduanya, perkara yang hendak semak walaupun kurang penting adalah power
management settings. Disini apa yang anda perlu set adalah apa yang anda fikirkan
perlu. Perkara akhir perlu dipastikan adalah apa jenis OS yang anda gunakan. Sila
pastikan set kepada PnP enabled (Plug and Play) jika anda memiliki PnP OS (contoh,
Windows 95 and above).

Itu sahaja! Komputer anda bersedia untuk memasukkan perisian operasi dan
perisian lain.

27
PANDUAN PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER ANDA

OPERATING SYSTEM INSTALLATION

CD-ROM Booting

1. Tempatkan CD Windows XP ke pemacu CD-ROM/CD-RW kemudian ON kan


PC anda. Skrin gelap seperti di bawah ini akan dipaparkan

2. Jika skrin di atas tidak dipaparkan, reboot (OFF & ON semula) PC kemudian
masuk ke paparan BIOS. Anda perlu menukar arahan supaya sistem mula-
mula boot daripada CD-ROM. Lihat semula penerangan tentang BIOS pada
mukasurat 21 nota ini.
3. Sekarang sepatutnya sistem boleh boot daripada CD-ROM. Selepas beberapa
ketika (30-45 saat), skrin berikut akan dipaparkan. Oleh kerana ini adalah
langkah awal, anda hanya perlu tekan ENTER untuk meneruskan arahan.

28
PANDUAN PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER ANDA

4. Tekan ENTER untuk meneruskan installation.

5. Microsoft Windows XP Licensing Agreement akan dipaparkan seperti dibawah.


Adalah mustahak untuk anda membaca dan memahami kandungan
perjanjian ini sebelum meneruskan installation. Selepas dibaca, tekan F8
tanda anda setuju dan meneruskan installation.

29
PANDUAN PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER ANDA

Menentukan Drive Partitions

Unpartitioned space bermaksud hard disk anda belum dibuat partition, dan anda
perlu melakukan partition terlebih dahulu. Bagaimana? Tekan C untuk membuat
partition. Anda perlu minimum 2GB ruang untuk Windows XP.

30
PANDUAN PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER ANDA

Pada ruang Create partition of size <in MB> taipkan 2047 dan tekan ENTER.
Paparan berikutnya akan menunjukkan kepada anda dua partition. Sila sahkan
bahawa partition baru yang bersaiz 2047 adalah ditandakan (highlighted) dan
tekan ENTER.

Langkah seterusnya, anda perlu format partition. Sebagai langkah keselamatan,


anda perlu format partition anda menggunakan format NTFS. Langkah untuk
format partition anda adalah seperti berikut:
1. Tandakan NTFS <Quick> pilihan partition seperti yang ditunjukkan oleh skrin
dibawah, dan tekan ENTER

31
PANDUAN PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER ANDA

2. Selepas tekan ENTER, sistem akan format partition berkenaan seperti yang
ditunjukkan oleh skrin berikut. Bergantung kepada saiz partition, langkah ini
boleh mengambil masa dari 5 minit ke 1 jam. Inilah masanya untuk anda
menambah kopi / teh / minuman kesukaan anda. (Anda perlukannya kerana
langkah seterusnya mengambil masa yang lama)

Oleh kerana proses ini mengambil sedikit masa, harap anda bersabar
menunggunya sehingga selesai atau melakukan perkara lain. Mungkin apabila
anda kembali ke PC anda, anda mungkin melihat paparan skrin seperti di bawah.
Sistem telah selesai membuat proses format dan secara automatik ianya akan
reboot. Selepas ini, anda perlu menjawab setiap persoalan baki proses
installation.

32
PANDUAN PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER ANDA

33
PANDUAN PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER ANDA

Menyeragamkan Sistem Anda

Sekarang Windows akan bertanya anda beberapa soalan yang membolehkan


sistem PC anda diseragamkan. Langkah berikut akan menyusul sepanjang proses
penyeragaman ini.
1. Kebiasaanya anda perlu membuat perubahan untuk proses seterusnya jika
anda berada diluar US atau jika anda menggunakan non-standard keyboard.
Saya pasti anda berada diluar US oleh itu anda perlu menukar setting.

2. Masukkan nama dan organisasi tempat anda bekerja pada ruang Name dan
Organization (letak apa-apa pun boleh). Klik NEXT setelah selesai
memasukan nama dan organisasi.

34
PANDUAN PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER ANDA

3. Paparan skrin seterusnya mengkehendaki anda memasukkan nombor Product


Key yang datang bersama perisian Windows XP. Jika anda salah
memasukkan nombor ini, anda akan menerima mesej Invalid Key dan sistem
akan memberi peluang sekali lagi untuk memasukkannya.

35
PANDUAN PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER ANDA

4. Sekarang masukkan nama pada Computer name bagi memberi nama kepada
PC anda. Jika anda ditempat kerja, ikutlah panduan syarikat anda untuk
menamakan PC anda. Untuk tujuan nota ini, letaklah apa-apa nama yang
anda suka. Kemudian taipkan katalaluan pada Administrator password. Anda
juga perlu mengesahkan katalaluan tersebut pada ruang Confirm password,
kemudian klik NEXT.

5. Untuk skrin seterusnya yang dipaparkan, anda diminta untuk memasukkan


masa semasa, tarikh dan Zon Waktu, klik NEXT.

36
PANDUAN PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER ANDA

6. Selepas ini sistem akan install networking components seperti ditunjukkan


oleh paparan skrin berikut.

37
PANDUAN PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER ANDA

Customizing Network Settings

Sekarang anda perlu set up sistem anda supaya ia boleh disambungkan kepada
sistem yang lain yang ada dalam rangkaian. Ikuti langkah seterusnya:
1. Pertamanya, anda perlu memilih jenis setting yang anda bercadang untuk
menggunakannya. Adalah dinasihatkan anda memilih Custom settings
apabila mengkonfigurasikan aplikasi atau sistem operasi. Selepas memilih
Custom settings klik NEXT untuk meneruskan proses.

2. Ini adalah masa untuk anda setup local IP address jika anda tidak
menggunakan DHCP di dalam persekitaran rangkaian. Tandakan Internet
Protocol (TCP/IP) dan klik butang Properties.

38
PANDUAN PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER ANDA

3. Skrin berikut akan dipaparkan yang akan membenarkan anda memasukkan


IP address anda sendiri. (Lihat panduan yang diberikan oleh pembekal
seperti TMNet – streamyx, Jaring [jika ada]). Sila pilih ‘Use the following IP
address’. Masukkan 192.168.1.2 pada ruang berkenaan. Kemudian
masukkan subnet mask 255.255.255.0, dan untuk melengkapkan proses ini
masukkan juga default gateway setting 192.168.1.1. Tinggalkan DNS server
sebegitu tanpa memasukkan apa-apa nombor, klik OK dan kemudian klik
NEXT.

39
PANDUAN PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER ANDA

4. Windows telah selesai install networking portion dan bergerak ke tugas


akhirnya. Langkah ini mengambil masa yang lama juga, jadi tambahkan air
kopi / teh / apa saja minuman kesukaan anda.

40
PANDUAN PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER ANDA

5. Jika anda berjumpa skrin berikut, teriaklah aku BERJAYA dengan penuh
kegembiraan. Tahniah! Anda telah berjaya melakukan installation Windows
XP. Klik Finish dan kemudian alihkan CD Windows XP daripada pemacu CD-
ROM sebelum sistem reboot. Jika CD tidak dialihkan anda akan melalui
proses installation sekali lagi.

Selepas paparan skrin berikut muncul, klik OK.

41
PANDUAN PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER ANDA

Seperti paparan skrin seterusnya, anda perlu log in menggunakan katalaluan


yang anda telah set pada peringkat awal sebelum ini. Kemudian ENTER.

PC anda telah bersedia untuk melakukan tugasnya!

42
PANDUAN PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER ANDA

BASIC TROUBLESHOOTING

PC tak boleh ON

Jika ini berlaku, anda perlu keluarkan kesemua kad (kad bunyi, kad rangkaian,
modem dan lain-lain kad). Selepas keluarkan kad satu demi satu cuba ON kan
PC. Jika berjaya, anda telah berjaya menemui masalahnya. Ingat! Mengatasi
masalah PC adalah mudah menggunakan pendekatan logik.

Jika kad OK, mungkin anda perlu lihat switch yang ada dibelakang bekalan
kuasa, adakah ia pada kedudukan ‘ON’. Ataupun anda boleh lihat RAM,
keluarkan dan cuba masukkan semula. Mungkin ia longgar. Kalau kesemuanya
tidak berkesan, sekarang kita beralih ke pendekatan yang lebih susah.

Anda perlu mengubah CMOS setting, sama ada satu atau lebih mungkin silap
dan menyebabkan masalah. Ada dua cara untuk mengatasinya. Cara yang paling
mudah, cari pin jumper di motherboard yang menyebabkan kuasa dinyahkan
untuk ke BIOS. Anda perlu ada manual motherboard ditangan anda untuk
mencarinya. Jika tiada manual, anda boleh downloadnya dari laman web
pengeluar motherboard tersebut. Kabel kuasa PC perlu dicabut daripada
sumbernya. Jumper perlu diubah kedudukan pada posisi ‘discharge’. Cara
kedua, keluarkan bateri daripada motherboard. Tunggu beberapa minit
kemudian masukkan semula atau gantikan ia.

Jika anda lihat kipas berpusing dengan baik, hard drive berfungsi, pemacu
cakera A berfungsi, kelihatannya sistem berfungsi dengan baik. Tetapi masih
tiada gambar pada monitor. Sekarang, apa yang perlu anda lakukan? Anda tahu
bahawa hanya ada dua perkara yang menyumbang kepada paparan di skrin
anda iaitu monitor dan kad video (kecuali jika kad sudah terbina pada
motherboard).

Cuba lihat sama ada kabel plug bekalan kuasa telah terpasang ke punca bekalan
kuasa. Adakah sudah di’ON’kan? Semua monitor mempunyai cahaya LED
berhampiran butang ON. Pastikan ia menyala apabila switch monitor dihidupkan.
Jika ia tidak menyala walaupun anda telah mengesahkan switch telah
dihidupkan, sama ada monitor tersebut perlu ditukar atau diganti. Walau
bagaimanapun, membaikpulih monitor tidak selalu berada dalam fikiran
kebanyakan pakar kerana berkemungkinan kos membaikpulih lebih tinggi

43
PANDUAN PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER ANDA

daripada kos membeli monitor yang baru. Jika anda membeli monitor yang baru
pastikan ada waranti sama ada 3, 5 tahun. Ini lebih baik.

Cuba lihat video kad, keluarkannya dan cuba masukkan semula dengan betul.
Cuba ON kan PC. Jika tidak berjaya, video kad ada masalah. Jika video kad yang
sudah siap terbina pada motherboard, dengan motherboard sekali perlu ditukar.

The BIOS / CMOS

BIOS adalah program yang menguruskan aliran data di antara sistem operasi
komputer dan beberapa alatan yang ada pada PC anda seperti cakera keras,
video kad, keyboard, mouse, dan printer.

Apabila BIOS memulakan (starts up) PC anda, pertamanya ia akan menentukan


sama ada kesemua alatan berada pada kedudukan yang betul, beroperasi

44
PANDUAN PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER ANDA

dengan baik. Kemudian ia akan mengalihkan sistem operasi kepada RAM PC dari
cakera keras atau pemacu disket.

CMOS

CMOS adalah sebahagian daripada BIOS. Kebanyakan orang menggunakan dua


istilah ini secara salah dan saling bertukar. CMOS bermaksud complementary
metal-oxide semiconductor. Ia adalah teknologi semiconductor yang digunakan
dalam transistor yang dikeluarkan oleh kebanyakan mikrochip komputer hari ini.
Tidak mengapa. Anda tak perlu memahaminya denga lebih terperinci.

Perkara penting adalah:


• BIOS adalah primer software programming yang membenarkan PC anda
dihidupkan dan menjalankan fungsinya
• CMOS adalah tempat di dalam BIOS yang anda perlu menetapkan
(configure) bagi memadankannya dengan komponen PC yang lainnya.

Pengubahsuaian dalam CMOS boleh mencetuskan masalah sistem daripada terus


berfungsi. Oleh itu, cuba untuk tidak mengubahnya.

Hard Drives

Bila perkataan ‘NO ROM BASIC… SYSTEM HALTED’ muncul, apa anda perlu
lakukan? Atau bagi sistem sekarang perkataan seperti SYSTEM DISK NOT
FOUND atau INSERT DISK and HIT ANY KEY akan menggantikan perkataan di
atas. Jangan panik, ada penyelesaianya.

Perkara pertama yang anda perlu fikirkan jika ini terjadi adalah sama ada
pemacu cakera A atau cakera keras tidak disambungkan dengan betul ke sistem
/ motherboard. Ini mudah diselesaikan dengan membuka semula sarung PC
anda dan lihat sambungan kedua-dua komponen tersebut sama ada terpasang
dengan sempurna atau tidak.

Untuk perbincangan kita dalam nota ini, andaikan hardware diinstall dengan
betul, ribbon data kabel diinstall dengan sempurna, kabel kuasa pun OK dan
CMOS telah ditetapkan untuk mengenali semua pemacu yang anda ada. Mari kita
lihat satu persatu apa masalahnya.

45
PANDUAN PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER ANDA

Cakera liut (floppy disk)

Jika BIOS anda ditetapkan untuk boot daripada cakera liut: turutan boot= A – C,
jadi masalah sekarang adalah cakera liut anda. Kemungkinan:
• Cakera liut anda bermasalah – tidak dapat dibaca oleh pemacu A, inilah
masanya tukarkan kepada yang baru
• Cakera keras anda tiada partition, lakukan proses partition pada cakera
keras anda
• Partition pada cakera keras tidak disetkan sebagai “ACTIVE”. Sila guna
arahan fdisk untuk men’set’kan cakera keras ACTIVE
• Cakera keras tidak diformat secara sempurna. Gunakan boot disk untuk
format cakera keras dengan memberi arahan seperti ini: format c: /s (/s
memindahkan fail sistem ke cakera keras menjadikan ia bootable)
• Cakera keras tidak mempunyai apa-apa fail sistem atau fail boot.
Gunakan cakera liut boot untuk memasukkan fail ke cakera keras
menggunakan arahan: sys c: (ini akan memindahkan fail boot atau fail
sistem ke cakera keras)

Nota: Untuk melihat proses “How to partition a hard drive (Win95/98)” sila rujuk lampiran.

Motherboard

Komponen asas motherboard @ papan utama adalah:


• I/O ports (com, parallel, USB)
• Expansion slots (ISA, PCI, AGP)
• Input device ports (keyboard, PS/2 mouse)
• RAM memory slots
• CPU socket or slot

46
PANDUAN PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER ANDA

I/O bermaksud “IN and OUT” yang berperanan sebagai penyambung di antara
PC dan peralatan diluar seperti modem, printer, kamera digital, thumbdrive,
pengimbas dan speaker.

USB Ports

47
PANDUAN PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER ANDA

AT dan PS/2 Connector

AT connector
PS/2 connector

RAM Memory Slots

Untuk pengetahuan RAM memory terdiri daripada pelbagai jenis iaitu DIMMS,
SIMMS, DRAM dan SDRAM. Sebenarnya semua jenis RAM memory boleh
digunakan. Bagi motherboard 486 ia menggunakan sama ada 30pin SIMMS atau
72pin SIMMS. Motherboard pentium memerlukan sekurang-kurangnya 72pin
SIMMS atau 168pin DIMM SDRAM.

30pin SIMM boleh ditemui pada 386/486 motherboard

72pin SIMM ditemui pada latest 486 sistem atau Pentium sistem terawal

168pin DIMM versi terkini memory RAM yang selalu dipanggil sebagai PC100 dan SDRAM

RAM memory mudah untuk dipasang tetapi kadangkala ia juga bermasalah jika
anda tidak memasang secara betul atau bahagian berwarna emas ada gangguan
yang menghalang ia untuk menyentuh pada slot di motherboard. Jika ini berlaku
buangkan apa-apa jua yang menghalang sentuhan itu berlaku dengan sama ada
menggunakan pemadam pensil atau sapukan sedikit alkohol pada metal
berwarna emas itu.

48
PANDUAN PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER ANDA

Gambarajah bagaimana RAM jenis SIMMS dan DIMMS (SDRAM) dipasang.

Video: Monitor dan Kad Video

Monitor: VGA vs. SVGA

VGA secara asasnya adalah suatu standard monitor yang menyokong 16 warna
pada keluasan pixel 640 X 480, atau 256 warna pada pixel 320 X 200. Kesemua
komputer yang dijual 6 tahun lepas menyokong VGA standard. SVGA atau
SuperVGA bermakna melebihi VGA atau keupayaan untuk menghasilkan warna
yang lebih tepat dan resolusi yang lebih menarik. SVGA boleh menyokong
sehingga 16,000,000 warna. Monitor SVGA yang kecil (14-inci) selalunya
memperlihatkan 800 X 600 pixel. Monitor yang lebih besar (20-inci atau lebih)

49
PANDUAN PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER ANDA

boleh mencapai keluasan 1280 X 1024 pixel, kadang-kadang sehingga 1600 X


2000 pixel.

Isu Mengatasi Masalah Monitor

Perhatikan kabel monitor yang anda ada. Lihat pada pin cuba kira ada berapa
pin. Ia sepatutnya ada 15pin. Adakah kesemua pin tersebut berada dalam
keadaan baik? Ada tak yang bengkok? Kalau tiada baguslah, tak pening kepala
anda. Setiap pin membawa fungsinya masing-masing. Rujuk gambar dan senarai
dibawah.

pin# Description
1 Red Video
2 Green Video
3 Blue Video
4 Sense 2 (Monitor ID bit 2)
5 Self Test (TTL Ground)
6 Red Ground
7 Green Ground
8 Blue Ground
9 Key - reserved, no pin
10 Logic Ground (Sync Ground)
11 Sense 0 (Monitor ID bit 0)
12 Sense 1 (Monitor ID bit 1)
13 Horizontal Sync
14 Vertical Sync
15 Sense 3 - often not used

50
PANDUAN PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER ANDA

Masalah biasa monitor


• Sama ada warna, brightness, saiz dan posisi berubah sekejap-sekejap. Ini
menunjukkan sambungan yang tidak elok berlaku di dalam monitor atau
kabel sambungan VGA.
• Gambar berbayang-bayang, berjalur – ini merujuk kepada masalah kabel
sambungan atau masalah kad video.
• Warna bertompok-bertompok, atau gambar herot – ini disebabkan kuasa
magnet oleh signal handphone anda yang menandakan sama ada ada
panggilan masuk atau anda menerima pesanan mesej ringkas.
• Monitor tidak selaras dengan satu atau lebih julat pengimbas video –
monitor mungkin tidak besesuaian dengan kadar pengimbas – kegagalan
elektronik monitor.

Video memory vs. Video speed

Salah satu salah faham berkenaan komponen video kad adalah video memory.
Video memory tidak sama dengan Video speed. Video speed ditentukan oleh dua
faktor utama iaitu chipset pada video kad dan I/O slot yang memegang video
kad. Video memory menentukan keupayaan untuk memaparkan ketepatan dan
resolusi warna tertentu.

51

Anda mungkin juga menyukai