Anda di halaman 1dari 3

CERITA BROWNIE

Dalam sebuah rumah kecil di tepi sebuah hutan, tinggal sepasang suami isteri yang miskin bersama
dua orang anak mereka; seorang lelaki bernama Tommy dan seorang lagi perempuan bernama
Betty. Ibu kanak-kanak itu sangat saying kepada mereka. Bagaimanapun, ibu itu selalu juga berasa
tidak senang hati melihat perangai anak-anaknya yang pemalas, pelupa dan pengotor.

Selain daripada itu, mereka juga sangat nakal. Mereka selalu berkejar-kejaran di dalam rumah sambil
bermain dan menjerit-jerit sehingga segala perkakas rumah habis tunggang-langgang. Pakaian
mereka pula sentiasa menjadi kotor. Mereka sentiasa mementingkan diri sendiri. Asalkan
dapat bermain dan bersuka-sukaan, mereka langsung tidak bertimbang rasa terhadap orang lain.
Pada suatu petang, ibu kanak-kanak itu b ercerita kepada mereka. Kata ibu kanak-kanak itu,
beberapa lama dahulu, sebelum Tommy dan Betty ada, rumah itu didiami oleh beberapa ornag
Brownie. Keadaan di dalam rumah tersebut pada masa itu sentiasa aman dan damai.

“Siapakah Brownie itu, mak?” tanya mereka.


“Brownie itu ialah peri yang kecil.” jawab ibu mereka. “Dia datang ke rumah orang sebelum sesiapa
di dalam rumah itu bangun tidur. Sebaik sahaja sampai di rumah itu dia segera menyapu
lantai,menyalakan api, mengambil air, menjerang air dan menyediakan sarapan pagi.”
“Dia juga mengemaskan bilik, memotong rumput di kebun, membersihkan kasut dan
sebagainya.” tambah ibu mereka lagi. “Pendeknya dia membuat segala kerja yang berfaedah,
walaupun tidak siapa yang pernah berjumpa dengannyakerana dia selalu meninggalkan
rumah sebelum orang di dalam rumah itu bangun daripada tidur.”

Tommy dan Betty sangat seronok mendengar cerita itu. Mereka ingin mendapat seorang
Brownie supaya dia selalu dating ke rumah dan menolong ibu erana telah biasa dengan bunyi itu.
Mereka pun berjalan lagi sehingga akhirnya sampai ke pangkal poko tempat burung hantu
itu hinggap.

“Burung hantu! Burung Hantu! Kami dating untuk berjumpa dengan kamu!” seru Betty.
“U-hu-huuu! U-hu-huuu! Baguslah. Panjatlah poko ini dan mari duduk di sebelah saya di
atas dahan ini!” jawab Burung Hantu.

Mereka pun memenjat pokok itu dan duduk di sebelah Burung Hantu di atasdahan. Mereka
menceritakan kesusahan mereka kepadanya. Mereka bercerita bagaimana mereka terpaksa
membuat berbagai-bagai kerja sedangkan mereka ingin bermain.

“Kami sudah mendengar cerita tentang peri Brownie yang baik itu. Jadi kami ingin mendapatkan
seorang daripada peri-peri itu untuk tinggal di rumah kami supaya dia boleh membuat
segala kerja itu untuk kami.” kata Betty. kerana telahbiasa dengan bunyi itu. Mereka pun
berjalan lagi sehingga akhirnya sampai ke pangkal poko tempat burung hantu itu hinggap.
“Burung hantu! Burung Hantu! Kami datang untuk berjumpa dengan kamu!” seru Betty. “U-hu-
huuu! U-hu-huuu! Baguslah. Panjatlah poko ini dan mari duduk di sebelah saya di atas
dahan ini!” jawab Burung Hantu.

Mereka pun memanjat pokok itu dan duduk di sebelah Burung Hantu di atas dahan. Mereka
menceritakan kesusahan mereka kepadanya. Mereka bercerita bagaimana mereka terpaksa
membuat berbagai-bagai kerja sedangkan mereka ingin bermain.

“Kami sudah mendengar cerita tentang peri Brownie yang baik itu. Jadi kami ingin mendapatkan
seorang daripada peri-peri itu untuk tinggal di rumah kami supaya dia boleh membuat
segala kerja itu untuk kami.” kata Betty. “U-hu-huu-huuu!” Burung Hantu ketawa. “Nampaklah kamu
paya itu? Pergilah ke tebing sebelah utaranya ketika bulan mengembang penuh. Pusingkan
badan kamu tiga kali di situ sambil berseru:

Pusingkan saya.
Dan tunjukkan rupa peri;
Saya lihat dalam air,
Rupa.........................

Untuk mendapatkan perkataan yang terakhir, pandanglah ke permukaan air itu. Di situ kamu akan
nampak seorang Brownie dan namanya ialah perkataan yang kamu pilih untuk mengisi perkataan
akhir dalam rangkap tadi. Apabila bulan telah mengambang penuh, Betty pun pergi ke tepi
sebelah utara paya itu. Dia memusingkan badannya tiga kali di situ sambil berseru:

Pusingkan saya.
Dan tunjukkan rupa peri;
Saya lihat dalam air,
Rupa.........................

Bagaimanapun, apabila Betty memandang ke permukaan paya itu, dia tidak Nampak apa-apa kecuali
bayangnya sendiri. Dengan hati yang hampa Betty pun balik semula berjumpa dengan Burung
Hantu. Dia menceritakan bahawa dia tidak nampak apa-apa di permukaan paya itu
kecuali bayangnya sendiri. “Jadi kamu tidak nampak sesiapa yang namanya boleh mengisi perkataan
akhir rangkap yang saya berikan itu?” tanya Burung Hantu. “Tidak. Saya tidak nampak sesiapa pun.”
jawab Betty. “Jadi siapakah yang kamu nampak di permukaan paya itu?” tanya Burung
Hantu pula. “Saya cuma nampak diri saya sendiri.” jawab Betty.
“U-huu-huuu! Bukankah ‘saya sendiri’ sama bunyinya dengan ‘peri’ dalam rangkap itu?” tanya
Burung Hantu dengan gembira. Betty berfikir seketika. Memang ‘peri’ sama bunyinya dengan ‘saya
sendiri’, fikirnya. Kemudian dia berkata, “Tapi saya bukannya seorang Brownie!”

“Memang betul,” jawab Burung Hantu. “Tetapi tiada siapa pun yang boleh menjadi Brownie
kecuali diri kamu sendiri kalau kamu mencubanya. Kamu boleh menyapu lantai dan
menghidupkan api; kamu boleh mengemaskan bilik dan menyediakan sarapan; kamu boleh
membersihkan bilik tidur, mencuci kasut dan melipat pakaian kamu sendiri. Kamu boleh
membuat segala kerja ini sebelumbapa dan ibu kamu bangun tidur supaya mereka menyangka peri
telah dating ke rumah dan membuat segala kerja itu.”

Keesokan harinya, Tommy dan Betty keluar senyap-senyap dari bilik mereka sebelum bapa dan ibu
mereka bangun tidur. Mereka menyapu sampah, berkemas, menyedia dan menghidangkan
sarapan, dan kemudian masuk ke bilik mereka semula dengan senyap. Tidak lama kemudian
bapa dan ibu mereka bangun tidur dan keluar dari bilik mereka untuk membuat segala kerja rumah
seperti biasa. Alangkah terperanjatnya mereka apabila mendapati segala kerja itu sudah selesai.
Oleh sebab Tommy dan Betty masih ada di dalam bilik tidur, mereka menyangka peri Brownie benar-
benar telah datang ke rumah mereka.

Setiap hari Tommy dan Betty berbuat begitu. Lama-kelamaan mereka semakin rajin dan
bertanggungjawab seperti Brownie. Setelah beberapa lama kemudian, barulah bapa dan ibu mereka
tahu bahawa anak-anak- mereka sendirilah yang menjadi Brownie dan menolong mereka
menbuat kerja-kerja di rumah itu!

Anda mungkin juga menyukai