Anda di halaman 1dari 1

TUGASAN TOPIK 7

AMIRUL ADAM BIN MOHD ABDUL RAHMAN


CF190126

Soalan 1: Apakah maksud Ideologi Relativisme Pascamoden ?


Jawapan :
Pascamodenisme merupakan satu istilah yang merujuk kepada perkembangan dalam
ilmu teori kritikal, falsafah, seni bina, seni, kesusasteraan dan budaya yang berkembang
daripada, tetapi tidak menggantikan, modenisme.

Soalan 2: Bagaimanakah peranan agama menghadapi cabaran Ideologi Relativisme


Pascamoden dalam kehidupan sekarang ini?
Jawapan :
Cabaran pasca modenisme secara langsung adalah Islam. Kebangkitan Islam kini tidak
sekadar suatu kesedaran spiritual tetapi Islam ditampilkan sebagai suatu cara hidup. Malaysia
umpamanya walaupun tidak menolak faedah 13 berbanding Barat dan Timur dalam pendekatan
kemajuan dan perubahan terutama dalam bidang sains dan teknologi tetapi pengaruh patuh
syariah dalam perbankan berkembang, takaful (insuran), sukuk (bon), zakat dan waqaf, industri
halal, perundangan dan syariah, tradisi pengilmuan dan pendidikan Islami berkembang dengan
baik seimbang dengan institusi konvensional.
Pasca modenisme hakikatnya adalah agenda Barat kerana penolakan terhadap Kristianiti
telah lama berlaku sedangkan kebangkitan Islam (Islamic revival) yang cuba mencari bentuk
baharunya semenjak empat puluh tahun yang lalu sedang memperlihatkan imejnya walaupun
keadaan di sesetengah negara, umat Islam berada dalam situasi yang amat tidak stabil. Apa yang
berlaku di negara-negara umat Islam di Asia Barat tidak terlepas daripada perancangan Barat
terhadap Islam. Ancaman yang mereka hadapi tidak sangat Kristianiti atau faham komunisme
tetapi faham kapitalisme atas dukungan rasional semata-mata yang cenderung menyuburkan
budaya hedonistik bakal menjebak Barat ke arah kemuflisan moral. Barat menyedari
Islamophobia ini adalah pancaran dendam salibiyyah yang sangat lama dan kecenderungan
menjadikan Barat sebagai segala-gala. Dendam salibiyyah mengambil bentuk baharu iaitu bikan
sahaja menolak agama Kristian tetapi menolak apa saja yang berbentuk agama.

Anda mungkin juga menyukai