Anda di halaman 1dari 2

5 KEBAIKAN GLOBALISASI DAN HUBUNGANNYA TERHADAP

PEKERJA SOSIAL DAN ORGANISASI SOSIAL


Dunia hari ini menyaksikan bahawa globalisasi semakin berkembang luas ke seluruh

dunia. Globalisasi atau “dunia tanpa sempadan” merupakan satu proses untuk meletakkan

dunia di bawah satu unit yang sama tanpa dihalangi oleh sempadan negara. Globalisasi juga

merupakan satu proses kehidupan yang serba luas dan merangkumi segala aspek kehidupan.

Secara umunya, globalisasi membawa kebaikan dan keburukan dalam pelbagai aspek

terhadap kehidupan manusia.

Kebaikan pertama ialah globalisasi dapat memudahkan pekerja untuk berkomunikasi

dengan bebas. Dengan adanya internet, pekerja dapat berkomunikasi dengan pihak ketiga

seperti klien, majikan dan juga sesama pekerja. Sebagai contoh, pekerja boleh menghantar

emel untuk berhubung dengan klien. Melalui cara ini, pekerja dapat memperoleh data dan

maklumat dengan lebih cepat dan mudah. Secara tidak langsung, bantuan akan diberikan

dengan segera kepada klien yang memerlukan. Bukan itu sahaja, maklumat boleh

disampaikan dan diterima dengan cepat antara pekerja dalam organisasi. Maka, tugas pekerja

dapat diselesaikan dengan efisien.

Seterusnya, globalisasi membuka akses kepada pasaran baru. Perniagaan atau

organisasi memperoleh banayk keuntungan dari globalisasi termasuk pelanggan baru dan

pelbagai sumber pendapatan. Hal ini kerana wujudnya perdagangan bebas, pengaliran modal

secara bebas, menggalakkan persaingan, peluasan pasaran, peningkatan kualiti produk dan

berlakunya aliran buruh mahir dan separa mahir sebagai pemangkin kepada kemajuan negara.

Perkara ini memberi impak positif kepada organisasi apabila pekerja bekerja dengan lebih

keras untuk meningkatkan produktiviti organisasi agar dapat bersaing dengan syarikat lain.

Ketiga, pemindahan teknologi bertambah pesat. Hal ini berlaku apabila pelaburan

asing membawa teknologi baharu ke sesebuah negara. Pelabur asing akan menubuhkan pusat
peneylidikan dan pembangunan (R&D) untuk memningkatkan kualiti produk mereka. Oleh

hal yang demikian, rakyat tempatan atau pekerja sosial tempatan berpeluang untuk

mempelajari dan memiliki teknologi canggih, Selain itu, pekerja sosial juga mampu

menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D). Pemindahan teknologi ini bukan sahaja

boleh meningkatkan produktiviti pekerja bahkan organisasi sosial.

Keempat, wujud kepelbagaian idea dalam diri pekerja. Kepelbagaian ini wujud ekoran

daripada perhubungan dan kerjasama antara pekerja dengan pekerja dari luar organisasi yang

ditempatkan dalam sebuah organisasi. Perbezaan latar belakang dan budaya menyebabkan

pekerja saling bertukar idea dan pendapat untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Kumpulan

yang ditubuhkan ini mungkin menghadapi cabaran dari segi penggunaan bahasa dan budaya

yang berbeza, namun pada akhirnya ia akan menghasilkan idea yang unik dan ideal serta

berkesan. Dalam pada masa yang sama, pekerja juga dapat belajar untuk bekerja dalam

sesebuah pasukan dan ini sekaligus meningkatkan produktiviti organisasi.

Akhir sekali, globalisasi dapat mengasah bakat dan kemahiran pekerja dalam

sesebuah organisasi. Bakat yang ada pada pekerja tidak dihalang oleh apa jua perkara dengan

adanya globalisasi. Hal ini kerana pekerja boleh mengakses internet di mana sahaja untuk

mendapatkan ilmu pengetahuan dan juga maklumat tanpa batasan. Oleh yang demikian,

setiap kerja yang dibuat akan menjadi lebih berkualiti dan telus serta dapat diselesaikan

dalam masa yang singkat.

Anda mungkin juga menyukai