Anda di halaman 1dari 2

TAJUK

Aktiviti Sokongan ( Program Jaringan PPKI dan Pra Sekolah Aktiviti Pengayaan Matapelajaran Pengurusan
Kehidupan Ke Zoo Negara Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor. ).

OBJEKTIF

1. Memberi pendedahan awal kepada murid tentang realiti kehidupan.


2. Meningkatkan tahap kesabaran, kemampuan berfikir secara positif serta memperkukuhkan
kemahiran menyelesaikan masalah.
3. Murid dapat merasai dan menikmati keindahan ciptaan Tuhan di samping mengenali pelbagai
tempat-tempat baru,menarik atau bersejarah.

TUJUAN LAWATAN/RASIONAL
1. Membolehkan murid memperolehi pengetahuan dan pengalaman luar bilik darjah
2. Membolehkan murid bersosial dan bergaul sesama mereka di luar persekitaran bilik darjah

PENAMBAHBAIKAN/

KEKUATAN

Semua murid, ibu bapa, guru, pentadbir dan PPM memberi kerjasama dengan baik. Semua yang
dirancang berjalan lancar.

KELEMAHAN

Kawasan zoo Negara terlalu luas. Dengan keadaan yang panas banyak tempat tidak dilawati. Harga
makanan dan minuman mahal dan peserta perlu membawa bekal air dan makanan daripada rumah.
IMPAK

Semua murid dan peserta teruja melawat semua hidupan di zoo Negara. Paling istimewa dapat melawat
panda yang sungguh comel. Murid dapat melihat semua haiwan dengan lebih dekat. Ia dapat
mewujudkan perasaan kasih sayang kepada hidupan.

PENUTUP

Diharap lawatan ke zoo Negara dapat mendekatkan hati murid-murid dengan haiwan, menyayangi alam
semula jadi ciptaan tuhan. Bagi murid pendidikan khas, mereka dapat bersosial dengan orang ramai,
merasai perasaan kasih sayang walaupun dengan haiwan-haiwan yang ada di dalam zoo Negara.
Mengeratkan hubungan antara murid dan rakan-rakan, ibu bapa, guru, ppm, dan masyarat sekeliling.

Anda mungkin juga menyukai