Anda di halaman 1dari 2

LATIHAN RUMUSAN 2

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang langkah-
langkah membanteras penyalahgunaan dadah dan kepentingannya kepada
negara. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 perkataan.

Malaysia menggunakan pelbagai pendekatan untuk membanteras penagihan


dadah yang menjadi ancaman kepada bangsa dan negara. Namun, jumlah penagih dadah
di negara ini semakin meningkat. Ancaman dadah meragut beribu-ribu nyawa anak
muda.

Ancaman yang dibawa oleh dadah kepada masyarakat dan negara menyebabkan
kerajaan Malaysia mengisytiharkan dadah sebagai musuh nombor satu negara. Dari segi
undang-undang, Malaysia melaksanakan undang-undang yang keras dan tidak bertolak
ansur terhadap ancaman dadah. Hal ini termasuklah menguatkuasakan Akta Penagih
Dadah 1983 dan Akta Dadah Berbahaya 1952, yang mengenakan hukuman mati
mandatori ke atas pengedar dadah sekiranya jumlah dadah melebihi had 3 kilogram.
Pengawalan yang lebih ketat juga dilakukan di lokasi yang strategik termasuk lapangan
terbang antarabangsa, sempadan negara, kawasan perairan dan pelabuhan. Semua
bentuk dadah yang dibawa masuk untuk tujuan perubatan dikawal ketat oleh agen
antinarkotik dan agen antidadah negara.

Usaha membanteras penagihan dadah merupakan usaha jangka panjang dan


melibatkan pelbagai agensi seperti polis, pegawai perubatan, kaunselor, badan bukan
kerajaan hinggalah pemimpin politik. Bidang pendidikan juga mempunyai peranan yang
tersendiri dalam mendepani masalah dadah ini. Kempen kesedaran perlu ditanam di
peringkat sekolah terutama memasukkan isu dan kesan penagihan dadah ke dalam
sukatan kurikulum sekolah. Pendidikan untuk menimbulkan keinsafan serta kebencian
terhadap dadah perlu dipertingkat dalam kalangan masyarakat. Masyarakat perlu
dididik dan diberi kesedaran supaya sentiasa membenci dadah. Antaranya ialah dengan
memaparkan kesan buruk dadah, kesengsaraan hidup disebabkan dadah, tindakan
undang-undang terhadap penagih dan pengedar dadah dan sebagainya.

Iklan dan filem yang berkesan berkait dengan keburukan dan penagihan dadah
perlu disiarkan dalam media massa untuk menimbulkan kesedaran kepada orang
ramai. Khutbah atau ceramah di masjid, gereja dan rumah ibadat perlu juga memberi
perhatian kepada isu berkaitan ancaman dadah sebagai musuh utama masyarakat dan
negara. Program pembangunan belia dan pembangunan komuniti wajar diperluas dan
aktif dengan mengetengahkan agenda yang berkaitan dengan kehidupan yang sihat dan
bebas daripada ancaman dadah. Seharusnya usaha-usaha yang dijalankan
mendatangkan kesan dan hasil yang positif. Malangnya realiti yang berlaku amat
mengecewakan. Dadah terus menjadi ancaman yang kritikal kepada masa depan
Malaysia.

(Diubahsuaikan daripada rencana Penagihan Dadah:


Merenung Kegagalan oleh Abdul Rahim Abdul Rashid,
Dewan Masyarakat, Oktober 2004)
Soalan 2 (a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan


ayat anda sendiri.

i. Berikan maksud rangkai kata menggunakan pelbagai pendekatan berdasarkan


petikan di atas.
[2 markah ]

ii. Bagaimanakah caranya masyarakat dapat dididik untuk membenci dadah.


[3 markah ]

iii. Pada pendapat anda, apakah punca-punca yang menyebabkan seseorang itu
menagih dadah.
[ 4 markah ]

Anda mungkin juga menyukai