Anda di halaman 1dari 5

FUNGSI DAN TUGAS KETUA ANITIA

1. Menyelia dan memastikan segala kemudahan fizikal seperti sistem


bekalanelektrik, gas, air, kerusi dan meja secukupnya, berfungsi dan menepati
ciri-ciri keselamatan.

2. Merancang dan menyediakan :

i. Pelan tindakan keselamatan semasa kecemasan

ii. Peraturan keselamatan

iii. Latihan kecemasan dan kebakaran

iv. Kelengkapan pencegahan kebakaran dan jadual penyelenggaraan

v. Kit pertolongan cemas yang lengkap dan tidak luput tarikh


penggunaannya

3. Menyelia dan memastikan guru, murid dan kakitangan makmal sains mematuhi
sepenuhnya peraturan makmal.

4. Merancang serta menyediakan senarai tugas dan waktu kerja kakitangan


makmal sains serta memastikan senarai dan waktu kerja tersebut dipatuhi.

6. Mengurus dan memastikan penyemakan stok makmal sains dibuat sekurang


kurangnya enam bulan sekali.

7. Memastikan kerja hapus kira dan pelupusan peralatan serta bahan sains
dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan.

8. Merancang dan menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan bagi pengajaran


dan pembelajaran sains serta keperluan makmal sains.

9. Merancang jadual waktu penggunaan makmal sains.

10. Merancang, mengenal pasti dan melaksanakan program atau aktiviti


perkembangan staf yang melibatkan guru sains dan kakitangan makmal.

11. Menyelia dan menyelenggara semua kemudahan fizikal dan peralatan supaya
menepati ciri-ciri keselamatan.
12. Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa.

13. Membantu merancang perbelanjaan tahunan bagi perolehan peralatan dan


bahan sains.

14. Menyemak dan mengemas kini stok makmal dan bilik sains dari segi keperluan
peralatan dan bahan sains sepanjang tahun.

15. Merekod peralatan dan bahan sains yang rosak dan hilang untuk tujuan hapus
kira dan pelupusan.

16. Memastikan kaedah penyimpanan peralatan, bahan sains dan manual operasi
peralatan sains mengikut prosedur dan bersistem.

17. Menyemak dan mengemas kini rekod pengurusan makmal dan bilik sains seperti
berikut :

i. Pesanan peralatan dan bahan sains

ii. Stok makmal sains

iii. Pinjaman atau pemindahan peralatan dan bahan sains

iv. Kerosakan dan kehilangan

v. Penyelenggaraan dan pemeriksaan

vi. Kemalangan
vii. Rekod penggunaan makmal sains

18. Menyelenggara peralatan dan bahan eksperimen dengan sempurna.

19. Memastikan fizikal makmal dan bilik sains, sistem bekalan elektrik, air, gas,
perabot dan kemudahan lain berfungsi dan menepati ciri-ciri keselamatan.

20. Memastikan peraturan keselamatan makmal dan bilik sains dipatuhi dan
diamalkan oleh semua pihak yang menggunakan makmal dan bilik sains.

21. Memberi bimbingan dan menyelia kerja kakitangan mal dan bilik sains.
22. Memastikan makmal dan bilik sains sentiasa bersih, ceria dan selamat.

23. Memberi bimbingan profesional kepada guru-guru dalam panitianya dan


kakitangan makmal dan bilik sains.

24. Membantu merancang anggaran perbelanjaan tahunan bagi panitianya.

25. Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dan Guru Besar dari
masa ke semasa.

FUNGSI DAN TUGAS GURU SAINS

1. Mematuhi jadual penggunaan makmal dan bilik sains.

2. Memastikan murid mematuhi dan mengamalkan peraturan keselamatan makmal


dan bilik sains.

3. Memastikan makmal dan bilik sains sentiasa bersih, ceria dan selamat.

4. Mengenal pasti keperluan peralatan dan bahan sains yang akan digunakan
dalam kerja amali serta mengisi borang atau buku pesanan untuk tindakan
kakitangan makmal dan bilik sains.

5. Mengawasi penggunaan peralatan dan bahan sains supaya digunakan dengan


betul, cermat, jimat dan mematuhi langkah keselamatan.

6. Membantu Ketua Bidang Sains dan Matematik atau Ketua Panitia merekod,
menyemak dan mengemas kini stok.

7. Mengendalikan sistem maklumat bagi senarai dan bahan sains.

8. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dan Guru Besar dari
masa ke semasa.
FUNGSI PEMBANTU MAKMAL

1. Membuka pintu makmal dan pintu bilik persediaan makmal sains sebelum waktu
sesi pembelajaran bermula dan mengunci pintu makmal apabila sesi
pembelajaran makmal berakhir.

2. Memastikan kerja-kerja pembersihan makmal sains agar sentiasa dalam


keadaan bersih.

3. Memastikan makmal dalam keadaan ceria dan selamat.

4. Menyediakan alat, radas dan bahan sains seperti yang dipesan oleh guru sains
dalam buku penyediaan alat / radas atau borang pesanan.

5. Memastikan semua peralatan dan bahan sains berfungsi sebelum kerja amali
dijalankan.

6. Memelihara dan menjaga tumbuhan dan haiwan yang diperlukan untuk kerja
amali.

7. Melaksanakan semua langkah keselamatan dalam mengendalikan peralatan dan


bahan sains.

8. Mengambil tindakan yang sewajarnya jika berlaku sebarang kecemasan seperti


kebakaran dan kecederaan.

9. Membersih dan menyimpan peralatan dan bahan sains ke tempat asal yang
telah ditetapkan setelah selesai kerja amali.

10. Membersih meja makmal, sinki dan menutup paip gas, air, kipas dan lampu
setelah selesai setiap kerja amali.

11. Memeriksa dan menyelenggara kemudahan makmal sains termasuk perabot,


bekalan elektrik, air dan gas.

12. Membantu guru sains, mengawas dan membantu murid mendapatkan peralatan
dan bahan sains semasa amali.
13. Mengambil tindakan sewajarnya serta melapor dengan segera sebarang
kehilangan, kerosakan dan kebocoran kepada guru sains, Ketua Panitia, Ketua
Bidang Sains dan Matematik atau Pengetua.

14. Membantu mengendalikan sistem maklumat makmal sains seperti mengemaskini


stok dan sebagainya.

15. Mencuci peralatan sains yang kotor.

16. Membantu membuat pesanan untuk pembelian dan menerima bahan-bahan


serta radas daripada pihak pembekal.

17. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke
semasa.

Anda mungkin juga menyukai