Anda di halaman 1dari 68

2.

0 KURSUS KEMAHIRAN BERFIKIR

2.1 Tujuan

Kurikulum Kemahiran Berfikir MRSM bertujuan mendedahkan pelajar-pelajar kepada


kemahiran berfikir yang menyeluruh dan sistematik. Adalah diharapkan juga dengan
mengikuti kurikulum ini, mutu pemikiran pelajar-pelajar akan menjadi lebih kreatif dan
berkesan dalam kehidupan seharian yang akhirnya akan menghasilkan individu yang
kreatif, producer knowledge (mengeluarkan pendapat) dan kompetitif.

2.2 Objektif :

i. Menyedarkan bahawa berfikir adalah suatu kemahiran.


ii. Memberi pendekatan berstruktur apabila berfikir.
iii. Berfikir dengan sengaja melalui penggunaan ‘alat-alat CoRT’.
iv. Memberi penghayatan dalam penggunaan ‘alat-alat CoRT’.
v. Mendedahkan kemahiran berfikir secara sistematik dan menyeluruh.
vi. Menjadikan pemikiran lebih kreatif, kritis dan berkesan.
vii. Mengaplikasi alat-alat berfikir dalam pembelajaran dan kehidupan seharian

2.3 Kandungan Kursus Kemahiran Berfikir :

CoRT : COGNITIVE RESEARCH TRUST

CoRT 1 Berfikir Secara Meluas


Pelajaran dalam CoRT 1 menggalakkan pelajar-pelajar untuk berfikir secara
meluas dengan menggunakan alat-alat seperti PMI, CAF, C&S, AGO, FIP, APC
dan OPV.

CoRT 2 Organisasi (teratur)


CoRT 2 menumpukan perhatian yang sengaja dan teratur untuk melakukan operasi
yang perlu dengan bertanyakan soalan-soalan yang khusus dan mencari jawapan-
jawapan yang khusus. Tujuan CoRT ini ialah untuk melatih pelajar-pelajar proses
berfikir sebagai satu operasi yang teratur. Ini dapat dilakukan dengan
menggunakan alat-alat seperti Recognise, Analyse, Compare dan Select.

CoRT 3 Interaksi (fokus pada pemikiran orang lain)


CoRT 3 pula mendedahkan pelajar-pelajar kepada pemikiran orang lain terhadap
sesuatu situasi atau masalah, tetapi tidak menitikberatkan masalah itu sendiri. Cort
ini mengemukakan situasi penghujahan. Pelajar-pelajar meneliti pemikiran yang
terlibat dalam penghujahan, bagaimana pandangan dikemukakan atau ditegakkan
dan bukti-bukti yang digunakan untuk menyokong hujah-hujah. Antara alat-alat
CoRT yang digunakan ialah EBS, Evidence, Agreement, Disagreement dan
Irrelevance, Being Right dan Being Wrong.

CoRT 4 Kreativiti
Tujuan pelajaran CoRT 4 ialah untuk menggalakkan pergerakan tabiat yang
disengajakan (deliberate habits of operation) untuk mencetuskan idea-idea baharu
dan cara-cara berbeza melakukan sesuatu. Ini dapat dilaksanakan dengan
menggunakan operasi seperti stepping Stone, Random Input dan Concept
Challenge.

CoRT 5 Maklumat/Perasaan
CoRT 5 bertemakan maklumat yang bertujuan untuk menyedarkan pelajar-pelajar
tentang wujudnya faktor maklumat dan perasaan dalam sesuatu situasi. Alat-alat
berfikir yang boleh digunakan antaranya ialah Information-in and Information-out,
Question (Fishing and Shooting questions) dan Clues.

CoRT 6 Tindakan
CoRT 6 menekankan proses pemikiran secara keseluruhan. Dimulakan dengan
tujuan dan situasi diakhiri dengan tindakan yang khusus untuk dilaksanakan.
Tanpa rangka kerja begini, pemikiran kita mungkin tidak berhaluan iaitu banyak
berfikir tetapi tidak ada hasilnya. Rangka kerja yang dinamakan TEC-PISCO
dapat mengatasi masalah kekusutan dengan menggariskan proses berfikir langkah
demi langkah.

2.4 Isi Kandungan Kursus

Kandungan Modul CoRT 1-6 adalah seperti berikut;


KURIKULUM KURSUS KEMAHIRAN BERFIKIR (KKB)
Pelajaran Tajuk CoRT / Tema
1 Pengenalan pelajaran CoRT dan CoRT
2 Plus, Minus, Interesting
3 Consider All Factors
4 Rules
5 Consequence & Sequel
CoRT 1
6 Aims, Goal, Objectives
Berfikir Cara Meluas
7 Planning
8 First Important Priorities
9 Alternatives, Possibilities, Choices
10 Decision
11 Other Point Of Views
12 Recognise
13 Analyse
14 Compare CoRT 2
15 Organize Organisasi
16 Consolidate
17 Conclude
18 Examine Both Sides
CoRT 3
19 Being Wrong (Exaggerate/Prejudice)
Interaksi
20 Evidence (Values)
21 Yes, No, PO dan Stepping Stone
22 Random Input
23 Concept Challenge
24 Dominant Idea
CoRT 4
25 Define The Problem
Kreativiti
26 Remove Faults
27 Combinations
28 Requirements
29 Evaluation
30 Information dan Question CoRT 5
31 Values- Emotion Maklumat & Perasaan
32 TEC CoRT 6
33 P Tindakan
34 I
35 S
36 C
37 O
38 TEC-PISCO
Pelajaran Tajuk CoRT / Tema
39 Ujian

4.0 ISI KANDUNGAN

CoRT 1 (Cognitive Research Trust 1) mengandungi alat-alat berfikir untuk


menggalakkan individu berfikir secara meluas dan sistematik. Alat-alat berfikir
yang terdapat dalam CoRT 1 adalah seperti berikut:

CoRT 1
ALAT-ALAT MAKSUD
BERFIKIR
PMI Plus, Minus, InterestingKebaikan, Keburukan, Menarik
CAF Consider All Factors Mengambil kira semua faktor
Beberapa keadaan untuk
*Rules Peraturan
menggunakan PMI dan CAF.
C&S Consequences & Sequel Meramalkan Sebab & Akibat
AGO Aims, Goals and Objectives Tujuan Matlamat & Objektif
Beberapa keadaan untuk
*Planning Perancangan menggunakan PMI, CAF, C & S dan
AGO.
FIP First Important Priorities Keutamaan Mengikut Kepentingan
Alternatives, Possibilities, Alternatif, Kemungkinan dan
APC
Choices Pilihan
Beberapa keadaan untuk
*Decision Membuat Keputusan menggunakan alat-alat berfikir CAF,
AGO, FIP dan APC
OPV Other People’s View Pandangan Orang Lain
*Operasi yang menggunakan gabungan alat-alat berfikir

PRE TEST

KEMAHIRAN BERFIKIR

Nama:
Kelas:
Homeroom:

Arahan:
Jawab semua soalan.
Masa: 40 minit
Sila nyatakan pandangan kita pada isu/ perkara di bawah:

1. Pelajar dibenarkan memilih guru yang diminati/ pilihan mereka untuk mengajar.
2. Pelajar tidak perlu masuk ke kelas untuk belajar. Pelajar dibenarkan belajar di rumah
sahaja menerusi komputer.
3. Sebagai pelajar PMR / SPM bagaimana kita membuat perancangan untuk mendapat
semua A dalam peperiksaan tersebut?
4. Kita diberi pilihan sama ada memasuki asrama (MRSM) atau tidak. Bagaimanakah kita
membuat keputusan?

Arahan:
Pengajaran dan pembelajaran (P&P) pada bahagian ini hendaklah merujuk kepada
bahagian Pengenalan dalam CoRT 1 (matlamat, objektif, isi kandungan dan lain-lain)
Rajah 1 Gambar satu situasi
Nyatakan perkaitan antara gambar perempuan berlari dengan kemahiran berfikir.
Pelajaran CoRT 1 bertujuan untuk meluaskan pemikiran dan mengandungi 7 alat berfikir
dan 3 alat Operasi yang menggunakan gabungan alat-alat berfikir. Alat-alat tersebut
ialah :

PMI = Plus, Minus, Interesting ALAT


CAP = Consider All Factors BERFIKIR
S&S = Consequence & Sequence
AGO = Aims, Goals, Objectives
FIP = First Important Priorities
APC = Alternatives, Possibilities,
Choices
OPV = Other Point of View
RULES = Peraturan
PLANNING = Perancangan OPERASI
DECISION = Membuat Keputusan
PMI (Plus, Minus, Interesting)

P
P
PPPPP
P
P
MMMM
I
I
I

PENGENALAN

PMI merupakan pelajaran asas dalam kurikulum Kemahiran Berfikir. Ia juga merupakan
satu alat pemikiran membolehkan pandangan atau persepsi seseorang terhadap sesuatu
situasi lebih terbuka.

Pemikiran melalui alat PMI membolehkan kita menyenaraikan :


Perkara yang difikirkan baik tentang sesuatu idea – P (Plus)
Perkara yang difikirkan tidak baik tentang sesuatu idea – M (Minus)
Perkara yang menarik tentang sesuatu cetusan idea yang perlu diberi perhatian
dan yang tidak tergolong di dalam Plus atau Minus – I (Interesting)

Penggunaan PMI akan membolehkan seseorang itu berfikir secara terbuka dan tidak
membuat keputusan secara terburu-buru.

Tanpa menggunakan PMI, seseorang itu bertindak berdasarkan emosi yang mungkin
menghasilkan pandangan dan keputusan yang kurang atau tidak tepat.

FOKUS GURU :
Rumusan guru :
i. Idea seseorang itu mungkin berbeza dengan seseorang yang lain.
ii. Dalam membuat keputusan kita mesti mengambil kira tiga perkara iaitu baik
(Plus), buruk (Minus) dan menarik (Interesting).
Contoh :
“Bas tidak mempunyai tempat duduk”
Contoh jawapan :
P - lebih ramai orang boleh menaiki bas.
- lebih mudah untuk naik dan turun bas.

M - penumpang akan terjatuh jika bas berhenti secara mengejut.


- Sukar bagi warga tua dan orang kurang upaya untuk menggunakan
perkhidmatan bas.
I - kegunaan bas boleh dipelbagaikan.
- Keperluan menuju ke destinasi mengatasi keselesaan perkhidmatan.

LATIHAN
1. “Pelajar dimestikan punch card pada setiap hari”
Cadangan jawapan :
P - Kehadiran pelajar senang dikawal.
- Pelajar tidak ponteng.
- Pengurusan sekolah lebih teratur.
M - Kos yang lebih tinggi.
- Berlaku penipuan.
I - Kelas seperti pejabat.
- Pelajar peka dalam pengurusan masa.

PENILAIAN
Guru membuat penilaian terhadap setiap pelajaran berdasarkan perkara berikut :
i. Bilakah PMI digunakan ?
ii. Mengapakah PMI perlu digunakan ?
iii. Bagaimana PMI membantu dalam kehidupan ?
iv. Senaraikan faedah menggunakan PMI?

RUMUSAN
PMI boleh digunakan untuk :
i. Mengenal pasti satu idea baharu dari pelbagai aspek.
ii. Membuat penambaikan terhadap keputusan yang telah diambil.
iii. Mengelakkan pemikiran negatif.
iv. Membuat pilihan yang terbaik.

PRINSIP :
i. PMI penting kerana tanpanya kita mungkin menolak sesuatu idea yang bernas
yang nampak seolah-olah tidak baik pada mulanya.
ii. Tanpa PMI besar kemungkinan kita tidak dapat melihat keburukan sesuatu idea
yang kita suka.
iii. PMI dapat menunjukkan bahawa sesuatu idea itu bukan sahaja baik atau tidak baik
tetapi juga menarik jika ia membawa kepada idea yang lain.
iv. Tanpa PMI kebanyakan keputusan yang dibuat bukanlah berdasarkan nilai sesuatu
idea tetapi berdasarkan kepada emosi pada masa itu.
v. Dengan PMI kita boleh membuat keputusan sama ada suka atau tidak sesuatu idea
selepas kita menimjau semua faktor sebelumnya.

CAF (CONSIDER ALL FACTORS)

C a f
CC aa fff
CCC aaa fffff
CCCC aaaa fffffff
CCCCC aaaaa fffffffff
CCCCCC aaaaaa fffffffffff
PENGENALAN/KONSEP :
CAF (Consider All Factors) atau Mengambil Kira Semua Faktor adalah berkaitan dengan
perancangan, penilaian, dan membuat sesuatu kesimpulan. Melalui CAF kita akan
mengambil kira semua faktor untuk membuat sesuatu keputusan.
Tujuan CAF ialah untuk mengambilkira semua faktor secara menyeluruh tanpa mengira
baik atau buruk sesuatu idea sahaja.
Fokus pelajaran ini kepada faktor-faktor yang tertinggal sahaja.
Contoh :
Lawatan sambil belajar ke Genting Highland Pahang. Apakah fakor-faktor perlu diambil
kira sebelum membuat keputusan lawatan.
Cadangan jawapan :
i. Keselamatan jalanraya yang berbahaya kerana banyak selekoh tajam dan bergaung
ii. Semua perkhidmatan dikenakan bayaran.
iii. Makanan dan minuman terlalu mahal
iv. Membuka minda pelajar
v. Udara yang segar dan nyaman
vi. Pemkitangan yang indah.
vii. Pengalaman penerokaan gaya hidup yang berbeza.
viii. Terdedah dengan amalan yang bertentangan dengan agama dan budaya.
ix. Pembaziran wang dan masa.
x. keselamatan
xi. kos
xii. faedah
xiii. cabaran

LATIHAN :
1. Kebanyakan pelajar tidak berminat belajar Bahasa Inggeris. Senaraikan faktor-
faktor yang mempengaruhi keadaan tersebut.
Cadangan Jawapan :
Masa penggunaan yang terhad
i.
Guru tidak berpengalaman
ii.
Bahasa penjajah
iii.
Kurang pendedahan awal
iv.
Kurang sokongan semua pihak
v.
PENILAIAN / RUMUSAN GURU :
Guru membuat penilaian pelajaran hari ini berdasarkan perkara berikut :
i. Apakah CAF.
ii. Bilakah masa yang paling sesuai untuk membuat CAF?
iii. Nyatakan kepentingan CAF

PRINSIP :
i. CAF perlu dilakukan sebelum sesuatu keputusan diambil.
ii. Senaraikan semua faktor terlebih dahulu sebelum memilih yang terbaik bagi
mengelakkan ada faktor yang tertinggal.
iii. Pandangan orang lain perlu diambilkira sebelum membuat keputusan.
iv. Faktor yang tertinggal perlu diberikan perhatian untuk memastikan keputusan
yang diambil adalah tepat.

RULES (PERATURAN)

PENGENALAN / KONSEP
Rules bermaksud peraturan.
RULES merupakan situasi berfikir. PMI dan CAF boleh diaplikasikan dalam situasi
Rules (Peraturan). Penggunaan PMI dapat memberi persepsi secara meluas keatas
peraturan yang sedia ada atau yang akan dicadangkan. CAF digunakan ke atas faktor-
faktor yang terlibat semasa merancang sesuatu peraturan.

CONTOH
Mengapakah peraturan-peraturan seperti di bawah diwujudkan di maktab ?
I. Waktu tidur (lights-off)
II. Outing
III. Pulang bermalam
IV. Prep malam
Buat PMI dari peraturan-peraturan di atas.
Buat rules baharu terhadap perkara di atas dengan menggunakan CAF.
LATIHAN

1 Rancang satu permainan baharu. Lakukan CAF dalam membina rules permainan
tersebut.
i. Bilangan peserta
ii. Jantina
iii. Usia
iv. Masa
v. Cara pengadilan
vi. Pemarkahan
vii. Alatan
viii. Kos

RUMUSAN
i. Sesetengah peraturan dibuat bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan: contohnya
di Malaysia pemanduan kereta ialah disebelah kiri jalanraya
ii. Sesetengah peraturan dibuat untuk tujuan kesenangan dan kesejahteraan:
contohnya undang undang dalam permainan.
iii. Sesetengah peraturan dibuat oleh sesebuah organisasi untuk ahli: contohnya askar
mesti memakai pakaian seragam sewaktu bertugas.
iv. Sesetengah peraturan bertujuan untuk mencegah kejadian jenayah: contohnya kita
dilarang untuk mencuri, meragut, merompak dan lain-lain.
Secara umumnya peraturan dibuat bertujuan untuk menjadikan kehidupan lebih baik dan
harmoni.

PRINSIP
i. Peraturan yang sukar dipatuhi bukan bermakna tidak baik.
ii. Sesuatu peraturan seharusnya berfaedah kepada orang ramai.
iii. Tujuan peraturan dibuat mestilah memenuhi kumpulan sasaran.
iv. Sesuatu peraturan patut diketahui dan difahami serta dapat dipatuhi.
v. Semua peraturan patut di kemas kini dari semasa ke semasa supaya sentiasa
relevan.

C & S (CONSEQUENCES & SEQUEL)

C&S=?
PENGENALAN :
C & S adalah singkatan daripada perkataan consequences dan sequel yang bermaksud
kesan atau akibat mengikut jangka masa (susulan).
CAF memberi fokus kepada semua faktor sebelum sesuatu keputusan dibuat, manakala C
& S memberi perhatian kepada kesan-kesan selepas sesuatu keputusan itu dibuat dalam
jangka masa tertentu.
C & S dibahagikan kepada :
i. kesan serta-merta (beberapa hari hingga seminggu)
ii. kesan jangka pendek (beberapa bulan hingga setahun)
iii. kesan sederhana (setahun hingga 2 tahun)
iv. kesan jangka panjang. (5 tahun hingga 20 tahun)
Tempoh bagi setiap jangkamasa boleh berubah-ubah mengikut situasi.

Contoh 1 :
Pelajar keluar ke bkitar tanpa kebenaran.
i. Kesan serta-merta ialah pelajar berasa seronok kerana dapat bersiar-siar (hari itu
juga).
ii. Kesan jangka masa pendek : perkara itu diketahui oleh warden (1 hari kemudian).
iii. Kesan jangka masa sederhana : dihadapkan kepada Pengetua dan Jemaah Disiplin
Maktab (1 minggu kemudian).
iv. Kesan jangka masa panjang : Kebenaran keluar (outing) digantung selama sebulan
dan kes ini dimasukkan ke dalam laporan akademik tahunan. Pelajar dilabel
sebagai bermasalah oleh rakan dan guru.
LATIHAN :
1. Malaysia kini dibanjiri pendatang tanpa izin. Buat C&S terhadap Negara.
Cadangan Jawapan
a. Kesan serta-merta : kesibukan berlaku di kaunter Imigresen dan depot
tahanan PATI
b. Jangka pendek : Mudah mendapatkan buruh yang murah
c. Jangka sederhana : berlaku gejala sosial.
d. Jangka panjang :
i. Pengaliran wang ke luar negara
ii. kadar jenayah meningkat
iii. perkahwinan campur
iv. merentas sempadan
v. kos pengurusan tahanan PATI meningkat.
vi. Persaingan mendapat peluang pekerjaan
PENILAIAN / RUMUSAN GURU :
Guru membuat penilaian pelajaran hari ini berdasarkan perkara berikut:
i. Apakah kepentingan melakukan C & S?
ii. Jelaskan kebaikan melakukan C & S?
iii. Mengapakah kita bertanggung jawab melakukan C & S?

PRINSIP :
i. Setiap keputusan yang diambil mempunyai kesan dan akibat.
ii. Kita mesti melihat kesan sesuatu itu terhadap diri kita dan orang lain.
iii. Kesan positif jangka masa serta-merta tidak semestinya berterusan sehingga jangka
masa panjang dan sebaliknya.
iv. Kesan mengikut jangka masa perlu diberi perhatian sebelum membuat sesuatu.
v. Orang lain dapat melihat kesan keputusan kita yang mungkin kita sendiri tidak
menyedarinya.

AGO (Aims, Goals, Objectives)


AGO

PENGENALAN
AGO bermaksud tujuan, matlamat dan objektif. Fokus AGO ialah ‘hasrat / niat’ seseorang
melakukan sesuatu untuk membantu mereka membuat keputusan, perancangan dan
tindakan yang bermatlamat.
Tanpa ‘hasrat/niat’ yang jelas, sesuatu pelakuan itu hanya satu kebiasaan, ikutan atau dari
tindak balas orang lain.
Pelajar juga perlu mengetahui objektif orang lain supaya dapat memahami pemikiran dan
tindakan mereka.
Contoh:

Imam Muda

Akademi Al-Qur’an

Akademi Nasyid

Lakukan AGO bagi program realiti televisyen di atas berdasarkan kepada :


i. Stesen televisyen
ii. Penaja
iii. Peserta
iv. Penonton

LATIHAN :
1. Perisytiharan slogan “1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”
telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Lakukan
AGO terhadap slogan ini.
Cadangan Jawapan :
i. Mengeratkan perpaduan
ii. Memupuk semangat kerjasama
iii. Mengelakkan jurang antara kaum
iv. Meningkatkan pembangunan produktiviti negara.

PENILAIAN / RUMUSAN GURU :


Guru membuat penilaian pelajaran hari ini berdasarkan soalan berikut:
i. Apakah yang dimaksudkan dengan AGO ?
ii. Jelaskan kepentingan AGO dalam kehidupan.
iii. Nyatakan kesan sekiranya kita tidak melakukan AGO dalam kehidupan?
iv. Apakah kepentingan mengetahui AGO orang lain?
v. Patutkah kita sentiasa mengetahui objektif dengan tepat?
vi. Bilakah masa yang paling sesuai untuk mengetahui objektif kita?
vii. Apakah yang akan berlaku sekiranya kita tidak mempunyai objektif?

PRINSIP
i. Mempunyai maltlamat yang jelas penting untuk menentukan hala tuju seseorang.
ii. Dalam situasi yang sama, objektif adalah berbeza antara individu dengan individu
yang lain.
iii. Untuk mencapai objektif terakhir (sebenar), terdapat rangkaian objektif-objektif
kecil yang bersangkut paut antara satu dengan yang lain.
iv. Objektif-objektif sepatutnya tidak terlalu sukar, nyata dan munasabah.
v. Daripada pilihan objektif yang ada, kita perlu memilih objektif yang terbaik.

PLANNING (PERANCANGAN)

PENGENALAN / KONSEP :

Planning bermaksud perancangan. Planning merupakan satu proses berfikir ke hadapan


untuk melihat bagaimana seseorang boleh melakukan sesuatu. Planning perlu dirangka
dengan teliti supaya program yang dirancang berjalan dengan lancar. Dalam membuat
planning kita perlu menggunakan alat seperti PMI, CAF, C & S, AGO dan lain-lain.
Semakin besar program atau isu yang hendak dilaksanakan, semakin teliti Planning yang
perlu dilakukan.

CONTOH
Sebagai calon PMR / SPM bagaimana kita membuat planning untuk mendapat semua A
dalam peperiksaan tersebut?
AGO
 Ganjaran.
 Sanjungan
 bangga / self esteem
CAF
 program akademik terancang
 program motivasi berterusan
 pemantapan sahsiah dan jati diri.
C&S
 Jangka serta-merta: persepsi tinggi warga maktab.
 Jangka masa pendek: pilihan institusi melanjutkan pelajaran.
 Jangka masa panjang: merealisasikan cita-cita.
PMI
P - Pengiktirafan warga maktab dan masyarakat
- mengharumkan nama institusi
M – Gelaran (ulat buku/ skima)
I - Ganjaran daripada pelbagai pihak

LATIHAN
1. Bagaimanakah cara kita merancang program lawatan sambil belajar untuk kelab /
persatuan kita ? Gunakan alat-alat AGO, CAF dan PMI.
Cadangan jawapan:
AGO
 Memenuhi cuti hujung minggu.
 Menenangkan fikiran.
 Meluaskan pandangan dan menimba pengalaman.
 Mengeratkan hubungan institusi yang dilawati dengan pihak maktab /
 Mengeratkan hubungan dan kerjasama antara rakan sebaya dan guru pengiring
CAF
 Perbelanjaan yang diperlukan.
 Masa yang sesuai.
 bilangan peserta
 pemilihan tempat yang ingin dilawati

PMI
Plus: Mengurangkan tekanan.
 Minus: Melibatkan perbelanjaan yang banyak.
 Interesting: Bergembira bersama keluarga.
PENILAIAN / RUMUSAN GURU :
i. Apakah yang kita faham tentang planning?
ii. Bagaimanakah cara untuk menghasilkan planning yang baik?
iii. Jelaskan kepentingan planning dalam menyelesaikan sesuatu perkara/ isu?

PRINSIP
i. Matlamat (AGO) penting bagi menjayakan planning.
ii. Perlu mengambil kira semua faktor (CAF) dalam membuat planning.
iii. Sentiasa bersedia dengan planning yang lain (alternatif) jika perancangan pertama
tidak berjaya.
iv. Kualiti planning mempengaruhi kesan dan akibat pada masa akan datang (C & S).
v. Planning mesti tersusun, mudah dan munasabah untuk dilaksanakan.
vi. Kaji dengan teliti dan kumpul seberapa banyak maklumat sebelum membuat
planning.
vii. Penggunaan C & S, AGO, PMI dan CAF dapat memantapkan planning.

FIP (FIRST IMPORTANT PRIORITIES)

PENGENALAN / KONSEP:
FIP ialah First Important Priorities yang bermaksud keutamaan yang mesti didahulukan.
Tujuan melakukan FIP ialah untuk mengarahkan pemikiran kepada perkara-perkara yang
penting dan mesti diberi keutamaan kerana:
i. Sesetengah perkara mungkin lebih penting daripada yang lain
ii. Sesetengah faktor mungkin lebih penting daripada yang lain
iii. Sesetengah objektif mungkin lebih penting daripada yang lain
iv. Sesetengah akibat mungkin lebih penting daripada yang lain
Contoh
Rumah kita terbakar dan kita berada di dalamnya. Kita hanya ada masa untuk
menyelamatkan satu daripada perkara berikut:
(i) Telefon bimbit
(ii) Kenderaan
(iii) Ahli keluarga
(iv) Binatang kesayangan
(v) Barang kemas
(vi) Laptop
Yang mana satukah akan kita selamatkan?
LATIHAN
1. Kita ditugaskan untuk menyelamatkan 3 orang pelajar yang sesat di dalam hutan
belantara. Kita diberikan masa 24 jam bagi melaksanakan tugas tersebut. Pilih tiga
daripada peralatan berikut bagi membantu tugas kita dan terangkan cara
menggunakannya.
i. Lampu suluh
ii. Mancis api
iii. Sebatang buluh
iv. Segulung benang
v. Sebilah pisau
vi. Sehelai kain sarung

Cadangan Jawapan :
i. Segulung benang sebagai penkita arah supaya senang kembali ke tempat
permulaan.
ii. Sebatang buluh untuk menyelamatkan diri daripada binatang berbisa dan sebagai
senjata. Di samping itu, boleh digunakan untuk alat perubatan contohnya anduh.
iii. Mancis api untuk memasak makanan apabila perlu. Menghalang binatang buas
pada waktu malam. Sebagai alat pemberi isyarat meminta bantuan.

PENILAIAN / RUMUSAN GURU :


Guru membuat penilaian pelajaran hari ini berdasarkan perkara berikut:
i. Apakah maksud FIP?
ii. Mengapakah kita perlu melakukan PMI, CAF, AGO dan C & S sebelum
membuat FIP?
iii. Apakah kepentingan membuat FIP dalam kehidupan?

PRINSIP :
i. Kita mesti berusaha menyenaraikan seberapa banyak idea yang difikirkan
penting kemudian lakukan FIP.
ii. Keutamaan seseorang adalah berbeza dengan individu yang lain walaupun dalam
situasi yang sama.
iii. Kita harus mengetahui dengan tepatnya mengapa kita telah memilih sesuatu
pilihan sebagai keutamaan.
iv. Kita hendaklah menyisihkan pilihan yang tidak penting bagi memudahkan
proses membuat keutamaan dalam pilihan.

APC (ALTERNATIVES, POSSIBILITIES, CHOICES)


PENGENALAN / KONSEP:
APC (Alternatives, possibilities, choices) yang bermaksud alternatif, kemungkinan dan
pilihan. APC mengarahkan perhatian kepada alternatif, pilihan atau kemungkinan-
kemungkinan lain yang ada selain daripada yang jelas kelihatan.
APC dilakukan untuk mengimbangi tindakan berdasarkan kepada emosi dan kebiasaan.
CAF memberikan tumpuan kepada faktor-faktor yang sedia ada manakala APC memberi
fokus kepada idea-idea lain yang tertinggal. Melalui APC, tindakan yang diambil
mungkin berubah atau tidak berubah.
Contoh
Sebuah kereta dijumpai tersadai di tepi lebuh raya dan pemandunya telah mati.
Lakukan APC terhadap kejadian ini ?
Cadangan Jawapan :
i.
Pemandu telah mengalami sakit jantung atau telah pengsan.
ii.
Pemandu telah mengalami tayar bocor, tayar meletup atau kerosakan enjin.
iii.
Pemandu mabuk.
iv.
Pemandu salah jangka liku jalan raya.
v.
Pemandu diserang tebuan dan tidak dapat mengawal keadaan.
vi.
Pemandu telah tertidur.
vii.
Pemandu telah dibunuh terlebih dahulu dan diletakkan di dalam kereta yang
terhempas.
LATIHAN
1. Kemudahan jalur lebar telah disalahgunakan oleh sebahagian pelajar. Kita dapati
kawan kita melayari laman sesawang yang tidak bermoral. Apakah APC kita
dalam situasi di atas.
Cadangan jawapan :
i. Menasihatkan pelajar berkenaan
ii. Membuat laporan kepada guru
iii. Membuat perbincangan berkaitan akibat negatif
iv. Berdiam diri

PENILAIAN:
i. Apakah tujuan melakukan APC?
ii. Mengapakah APC boleh mempengaruhi sesuatu keputusan?
iii. Bagaimanakah proses APC dilakukan?
iv. Apakah keistimewaan APC dalam membuat keputusan?
v. Bagaimanakah kita boleh tahu pilihan mana yang terbaik?
vi. Bilakah kita berhenti mencari kemungkinan-kemungkinan lain?

RUMUSAN
Guru mengingatkan pelajar, APC perlu dilakukan dalam membuat keputusan untuk
memastikan tindakan yang diambil tepat dan terbaik.

PRINSIP
i. Kita hendaklah melakukan APC secara berterusan sehingga mendapat keputusan
yang paling tepat dan terbaik.
ii. Keputusan boleh berubah atau tidak setelah melalui proses APC
iii. Keterangan yang baik dan nyata hanya boleh diketahui setelah melakukan.
iv. APC perlu dilakukan sehingga kita berpuas hati dengan segala pilihan yang ada.
v. Dalam membuat keputusan kita perlu mengambil kira APC orang lain.

DECISIONS (KEPUTUSAN)
PENGENALAN / KONSEP
Decisions adalah membuat keputusan. Dalam membuat decisions semua alat pemikiran
digunakan (PMI, CAF, C&S, FIP, APC dan AGO) terutama FIP dan APC. Penggunaan
alat-alat berfikir tersebut mampu meluaskan pandangan seseorang dan memudahkan
mereka membuat keputusan dengan tepat.

CONTOH
Kita mendapat keputusan SPM dengan cemerlang dan mendapat 2 tawaran melanjutkan
pelajaran ke universiti dalam negara dan luar negara. Buat Decisions pilihan kita.
Gunakan alat-alat yang telah dipelajari dalam membuat keputusan.
Cadangan jawapan:
FIP
i. Kebanggaan belajar di universiti terkemuka dunia.
ii. Memenuhi cita-cita.
iii. Dekat dengan keluarga
iv. Kos yang menjimatkan
v. Patriotik
vi. Pengalaman
vii. Populariti /glamour
APC
i. Proses asimilasi.
ii. Komunikasi
iii. Konflik budaya.
iv. Persaingan
v. Jaringan hubungan
LATIHAN
1. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, kita mendapat dua tawaran pekerjaan
iaitu daripada pihak kerajaan dan pihak swasta. Bagaimanakah kita membuat
keputusan?
Cadangan jawapan:
FIP
i. Gaji
ii. Cuti.
iii. Faedah dan kebajikan
iv. peluang kenaikan pangkat
AGO
i. Menjamin ekonomi
ii. Keselesaan
iii. Kecemerlangan kerjaya
APC
i. Masa hadapan yang terjamin jika bekerja dengan kerajaan
ii. Daya saing yang tinggi bekerja dengan swasta
iii. Bonus mengikut prestasi
PRINSIP
i. Kita bertanggungjawab dengan keputusan yang dibuat.
ii. Kita mesti yakin dengan setiap keputusan yang dibuat adalah terbaik.
iii. Setiap keputusan memerlukan pengorbanan.
iv. Penggunaan CAF, C&S, AGO, FIP dan APC dapat membantu memudahkan
proses membuat keputusan.

OPV (Other People’s View)

PENGENALAN
OPV (Other People’s View): Pandangan atau pendapat orang lain (secara individu atau
kelompok).
OPV boleh digunakan bersendirian atau digabungkan dengan alat pemikiran yang lain
seperti PMI, CAF, C & S, AGO, FIP dan APC
Setelah melakukan OPV seseorang akan lebih terbuka untuk menerima pandangan atau
pendapat orang lain serta sanggup mengetepikan pandangan atau pendapat sendiri untuk
mendapatkan pandangan yang lebih baik.
CONTOH :
Seorang jurujual hendak menjual kereta sport terpakai. Dia menyatakan kepada
pembelinya tentang beberapa kelebihan:
i. Tidak pernah kemalangan
ii. Jarak perjalanan yang sedikit
iii. Tempoh penggunaan
iv. Pemilik asal
v. Jantina pemilik
vi. Bilangan pengguna
vii. Alat ganti yang senang diperoleh

Pembeli pula memikirkan perkara-perkara seperti berikut:


i. Kemudahan mendapatkan senggaraan
ii. Kadar susut nilai
iii. Jarak perjalanan yang digunakan
iv. Penggunaan minyak (petrol consumption) jika dibandingkan dengan kereta lain.
v. Enjin dalam keadaan yang baik
vi. Bilangan pengguna sebelum dijual

Catatan: Pihak lain yang terlibat dalam situasi ini seperti rakan, ahli keluarga, penilai
kereta dan Jabatan Pengangkutan Jalan juga mempunyai pandangan yang berbeza.

LATIHAN
1. Seorang bapa melarang anaknya daripada merokok. Dalam situasi ini apakah
yang difikirkan oleh bapa, anak dan syarikat pengeluar rokok.
Pelajar dibahagikan kepada tiga kumpulan:
i. kumpulan satu diminta memberi pandangan sebagai bapa.
ii. kumpulan dua memberi pandangan sebagai anak.
iii. Kumpulan ketiga memberi pandangan sebagai syarikat pengeluar
rokok.
Jawapan:
Anak
i. ingin merasa pengalaman merokok
ii. kebanyakan rakan sebaya merokok
iii. tidak mahu diketawakan
iv. mahukan kebebasan
v. boleh merokok pada bila-bila masa
vi. tidak tahu akibat buruk merokok
vii. Pengaruh iklan dan idola
viii. Simbol kedewasaan
Bapa
i. merokok membahayakan kesihatan
ii. membazirkan wang
iii. mulut anaknya berbau
iv. menunjukkan beliau gagal mendidik anaknya
v. anaknya masih muda

Syarikat Pengeluar Rokok


i. Syarikat mengalami kerugian.
ii. Pekerja hilang punca pendapatan
iii. Syarikat tidak dapat menaja sebarang aktiviti sukan
iv. Syarikat tidak dapat membantu pengusaha tanaman tembakau.
PENILAIAN
i. Apakah yang dimaksudkan dengan OPV?
ii. Apakah kepentingan OPV dalam membuat sesuatu keputusan?
iii. Mengapa sudut pandangan yang berbeza perlu diberikan perhatian dalam
membuat keputusan?
iv. Bagaimanakah OPV boleh mempengaruhi keputusan yang telah dibuat?
v. Siapakah yang betul jika ada dua pandangan yang berbeza?
vi. Adakah kita berasa kecewa sekiranya orang lain tidak menerima pandangan kita?
vii. Kenapakah kita perlu melihat sudut pandangan yang berbeza?
viii. Adakah tingkah laku dan keputusan kita tertakluk kepada pandangan kita sendiri
atau pandangan orang lain?
PRINSIP
i. Kita perlu bersifat terbuka untuk menerima pandangan orang lain walaupun kita
tidak bersetuju.
ii. Setiap individu mempunyai pandangan yang berbeza.
iii. Perbezaan latar belakang seseorang mempengaruhi OPV mereka walaupun dalam
situasi yang sama.
iv. Kita boleh melihat dan meneliti persamaan dan perbezaan pandangan.

POST TEST

KEMAHIRAN BERFIKIR

Nama:
Kelas:
Homeroom:

Arahan:
Jawab semua soalan.
Masa: 30 minit
Sila nyatakan pandangan kita pada isu/ perkara di bawah:

1. Pelajar dibenarkan memilih guru yang diminati/ pilihan mereka untuk mengajar.
2. Pelajar tidak perlu masuk ke kelas untuk belajar. Pelajar dibenarkan belajar di
rumah sahaja menerusi komputer.
3. Sebagai pelajar PMR / SPM bagaimana kita membuat perancangan untuk
mendapat semua A dalam peperiksaan tersebut?
4. Kita diberi pilihan sama ada memasuki asrama (MRSM) atau tidak.
Bagaimanakah kita membuat keputusan?
CoRT 2

ORGANISATION

PENGENALAN KEPADA CoRT 2


ORGANISASI PROSES BERFIKIR

Daripada segi prinsip, CoRT 2 adalah kesinambungan daripada CoRT 1. Tema untuk
Cort 2 ialah organization yang menekankan kepada operasi berfikir yang berlainan
menggunakan alat-alat seperti Recognise, Analyse, Compare dan Organise.
CoRT ini bertujuan untuk melatih pelajar-pelajar berfikir melalui operasi yang teratur
secara sengaja dan lebih berkesan bagi mengelakkan daripada berfikir secara tradisional.
Operasi ini dilakukan melalui bertanyakan soalan-soalan yang khusus dan mendapatkan
jawapan yang khusus.

Dr Edward de Bono menggariskan tiga prinsip dalam pelajaran CoRT 2 :


i. Berfikir adalah satu kemahiran yang boleh dipelajari dan dikembangkan.
ii. Kebanyakan proses berfikir dilakukan secara persepsi.
iii. Kaedah berfikir secara operasi yang digunakan akan dapat melatih individu proses
berfikir secara sistematik dan berkesan.

RECOGNISE (MENGENAL)

PENGENALAN

Recognise (alat berfikir pertama dalam CoRT2) merupakan satu kemahiran operasi
berfikir yang mengarah kepada proses organisasi pemikiran. Tujuannya ialah untuk
menamakan objek atau mengenali sesuatu situasi.
Mengikut operasi ini, sebelum kita membuat perancangan atau menyelesaikan masalah
kita mesti terlebih dahulu mengenal pasti sesuatu objek atau situasi.
Sebaik sahaja kita dapat mengenal sesuatu benda atau situasi, kita:
i. Boleh menggunakan segala maklumat berkaitan benda atau situasi tersebut.
ii. Tahu bagaimana hendak bertindak
iii. Mencari maklumat-maklumat lain yang dapat digunakan untuk mengenal objek
dan menyelesaikan masalah.

OPERASI
Dalam pelajaran ini, penekanan diberi terhadap usaha yang disengajakan dengan
bertanya:
ADAKAH SAYA KENAL OBJEK ATAU SITUASI INI?
Contoh
Guru menunjukkan gambar tiga biji bola iaitu bola keranjang, bola sepak dan bola
pool. (rujuk gambar di atas).
Pelajar mengenal pasti objek dan situasi dalam pelbagai sudut. Pelajar akan memberi
jawapan yang berbeza seperti
 Kesemuanya bulat
 Terdapat pelbagai saiz
 Boleh digunakan untuk pelbagai tujuan dan di tempat berlainan.
 Bola dibuat daripada bahan yang berlainan
 Kesan berbeza terhadap seseorang jika terkena bola.
LATIHAN
Nota:
Aktiviti latihan boleh dilakukan secara kumpulan. Pelajar boleh bertanya secara individu
atau memberi jawapan secara berkumpulan. Pelajar-pelajar juga boleh melakonkan
latihan-latihan yang mudah (tidak mengambil masa yang lama).
A. Objek
vii. Dia hidup tetapi tidak bernyawa. Ia mempunyai dua tangan, satu panjang
dan satu pendek. Ia sangat berfaedah kepada manusia
Jawapan: Jam

viii. A ada duri, ada orang suka dan ada yang tidak menyukainya, bau yang
kuat, boleh dimakan.
Jawapan: Buah Durian

ix. B berbau harum dan disukai oleh kaum wanita. Adakah kita kenal objek
ini?
(Kalau Tidak, lakukan 3 perkara yang dinyatakan dalam operasi
mengenal).
Jawapan : Bunga, Minyak Wangi, Bedak.

Perbincangan
i. Apakah yang membuat sesuatu itu sukar dikenali?
ii. Apakah keburukan jika tersalah kenal?
iii. Adakah mengenal itu selalunya satu tekaan?
iv. Bolehkah objek atau situasi itu dikenal pasti sebagai dua benda yang berlainan
tetapi kedua-duanya betul?

Rumusan
i. Sesuatu itu sukar dikenali apabila kita tidak mempunyai maklumat yang
mencukupi tentangnya.

ii. Jika kita salah mengenal sesuatu objek atau situasi kemungkinan tindakan yang
diambil tidak sesuai atau tidak berkesan.

iii. Sesuatu itu boleh dikenal sebagai dua benda yang berlainan dan kedua-duanya
betul.

iv. Mengenal itu tidak selalunya satu tekaan kerana mengenal itu dibuat berdasarkan
maklumat yang ada pada kita ketika itu.

ANALYSE (MENGANALISIS)
PENGENALAN
Analyse alat berfikir kedua dalam CoRT 2. Tujuannya ialah untuk memupuk budaya
menganalisis (mencerakin) situasi-situasi rumit supaya lebih senang untuk
memikirkannya melalui bertanyakan soalan “Bagaimana Saya Boleh Mencerakinkan
Ini?”
Dalam membuat analisis kita perlu mencerakinkan sesuatu itu kepada beberapa bahagian
dan memikirkan setiap bahagian secara berasingan supaya kita dapat memahaminya
dengan lebih baik. Untuk memastikan analisis yang lengkap perlu melihat semua
bahagian yang terlibat.
OPERASI
Terdapat dua cara untuk menganalisis sesuatu:
i. Analisis O.P. (original parts)
Dalam analisis sebenar atau asal kita mengenalpasti bahagian atau perkara yang
menghasilkan sesuatu objek atau situasi.

ii. Analisis P.P (perceived parts)


Dalam analisis tanggapan, tumpuan diberi terhadap anggapan sesuatu objek atau
situasi itu dibuat

Contoh

Guru menunjukkan gambar sebiji kek dan menyuruh pelajar menyenaraikan bahan-bahan
yang digunakan untuk membuat kek tersebut (OP). Kemudian guru meminta pelajar
membincangkan tentang kesan-kesan (PP) memakan kek tersebut.
Contoh jawapan :-
O.P. - gandum
- gula
- buah ceri
- telor
- mentega, dan lain-lain.
P.P. - kenyang
- mengakibatkan gemuk, penyakit kencing manis (gula), rosak gigi
- keracunan (pewarna)
- harga kek dan lain-lain.
Fokus Guru
1. Guru memberitahu pelajar bahawa apa yang telah dibuat di atas ialah proses
menganalisis (mencerakin).
2. Analisis terbahagi kepada dua iaitu :
a) Analisis Original (O.P – Original Parts)
Bahagian-bahagian asal yang membina/menjadikan keseluruhan sesuatu
objek/situasi.
Contoh : Bahan-bahan yang digunakan di dalam kek di atas.
b) Analisis Tanggapan (P.P – Perceived Parts)
Menganalisis sesuatu benda/perkara berdasarkan kepada apa yang ditanggap oleh
individu.
Contoh : Kesan-kesan kek di atas.
Satu analisis yang lengkap mengandungi kedua-dua bahagian-bahagian O.P dan
P.P analisis.

LATIHAN

5. Lakukan analisis O.P dan P.P terhadap Menara Berkembar Petronas

O.P : Besi, cermin, 88 tingkat, 451 meter, jambatan udara bertingkat (di
tingkat 41 dan 42) dan lain-lain
P.P : Cantik, unik, daya tarikan pelancong, ruang perniagaan luas, gah,
bangunan berprestij, kebanggaan negara, pembaziran wang,
Nota: Bangunan tertinggi dunia (2010) dengan ketinggian 828 meter dan mempunyai 162
tingkat – Burj Khalifa, Dubai.
RUMUSAN
Dengan membuat O.P./ P.P. analisis kita dapat menyusun pemikiran sebelum membuat
keputusan.

COMPARE (MEMBANDINGKAN)

PENGENALAN
Compare ialah alat pemikiran yang ketiga dalam CoRT 2. Tujuan comparei ialah untuk
menggunakan perbandingan sebagai satu operasi yang disengajakan dan bukan sesuatu
yang berlaku sekali-sekala.
Compare melibatkan sesuatu yang baharu dengan sesuatu yang telah dikenali supaya kita
tahu lebih lanjut mengenai dua objek yang kelihatan amat sama rupanya kita cari
perbezaan dan apabila 2 objek kelihatan amat berbeza kita cari persamaan.
Operasi:
Wujud dua keadaan dalam compare iaitu
i. Apabila kita mencari sesuatu untuk dibandingkan dengan apa yang sedia ada. Operasi
ini melibatkan kita menanyakan soalan:
INI MENYERUPAI APA?
Perkara yang kita cari mungkin sama dalam beberapa aspek ataupun sama dalam satu
aspek sahaja .
ii. Apabila kita berhadapan dengan situasi perbandingan di mana dua benda dikatakan
berbeza., kita akan kemukakan soalan berikut:
APAKAH PERSAMAAN ANTARANYA?
iii. Sekiranya dua objek atau situasi kelihatan sama, soalan berikut ditanya:
APAKAH PERBEZAAN ANTARANYA?
iv. Perbandingan (compare) dibuat secara sengaja untuk memilih butir-butir yang sama
dan yang berbeza.
v. Penekanan diberi kepada:
a. Perbandingan (compare) dibuat sebagai penyelesai masalah.
b. Perbandingan (compare) mesti dibuat dalam bentuk soalan-soalan.
CONTOH
Bandingkan (compare) perbezaan dan persamaan antara sekolah dengan kilang.
Cadangan Jawapan:
Persamaan
i. Matlamat tertentu dan hasil akhir kejayaan bergantung kepada alat-alat
yang sedia ada.
ii. Kemahiran pekerja dan bahan-bahan mentah.
iii. Terdapat orang yang menguruskan semuanya.
Perbezaan
i. Hasil-hasil tidak boleh dibuat dengan cara mekanikal.
ii. Kejayaan tidak boleh diukur melalui jumlah yang dikeluarkan.
LATIHAN
1. Perkara-perkara yang disenaraikan di bawah kelihatan amat berbeza. Yang
manakah antara berikut mempunyai sekurang-kurangnya satu persamaan?
 memberus gigi
 tiga orang polis dalam keadaan terburu-buru
 anjing pemburuan
 menonton televisyen
 pergi ke masjid
 kem cuti
 memandu kereta
 sayur campur dalam kuali
Cadangan Jawapan
i. Memberus gigi dengan pergi ke masjid
bagi sesetengah orang kedua-duanya adalah perkara yang lazim dilakukan.
ii. 3 orang polis terburu-buru dengan anjing pemburuan
sedang mengejar sesuatu
iii. Sayur campur dalam kuali dengan kem cuti
benda-benda kecil yang berasingan dikumpulkan di suatu tempat.
iv. Menonton televisyen dengan memandu kereta
dalam kedua-dua keadaan kita menghabiskan berjam-jam melihat pada
screen kaca bersegi empat.
Perbincangan :
i. Bolehkah sesuatu idea dikembangkan melalui proses membanding?
ii. Adakah perlu membuat perbandingan terhadap dua objek atau situasi yang
sama?
iii. Dalam keadaan manakah perbandingan digunakan?
iv. Nyatakan kesan membuat perbandingan (compare)

Prinsip:
i. Dalam situasi yang sama perbandingan yang dibuat antara individu adalah
berbeza.
ii. Sesuatu objek atau situasi akan lebih jelas apabila perbandingan dibuat
dengan betul dan menyeluruh.
iii. Dalam semua situasi perbandingan perlu mengambil kira aspek perbezaaan
dan persamaan antara dua perkara (yang dibandingkan dengan yang
diperbandingkan)
ORGANISE (MENGENDALI)

PENGENALAN

Organise (Pelajaran ke empat CoRT2) bertujuan untuk operasi mengendali atau


mengurus pemikiran bagi mengelakkan kekeliruan. Tujuan Organise adalah untuk
mengendalikan pemikiran secara sengaja. Ia melibatkan penggunaan operasi pemikiran
dalam pelajaran yang lepas(recognize, analyse, compare).
Operasi berfikir akan menjadi lebih teratur dan sistematik, jika kita tahu apa yang
diperlukan, apa yang sedang dilakukan dan apa yang diperlukan selanjutnya,
Organise boleh melibatkan isu, persoalan atau operasi dalam merancang atau membuat
keputusan. Secara praktikal, organise juga menggunakan beberapa operasi yang
melibatkan alat-alat pemikiran dalam CoRT 1.

OPERASI
Perkara penting dalam organise ialah bertanyakan soalan dengan sengaja dan dijawab
dengan yakin.
BAGAIMANAKAH SAYA BOLEH MENGENDALIKAN PERKARA INI?
CONTOH
Guru bertanya kepada pelajar:
“SEKIRANYA KITA HENDAK MENINGKATKAN MUTU MAKANAN DI
DEWAN SELERA BAGAIMANAKAH KITA HENDAK MENGENDALIKAN
PERKARA INI”
Dalam menangani isu ini, satu proses perancangan perlu dilakukan dengan menggunakan
alat berfikir seperti di bawah.

Cadangan Jawapan
AGO
 untuk menyediakan makanan seimbang.
 untuk menambah kelazatan
 untuk memenuhi cita rasa pelajar
Keutamaan-keutamaan (FIP) :
 Penyediaan makanan seimbang
 memenuhi cita rasa pelajar.
faktor-faktor yang terlibat (CAF) :
 pelbagai cita rasa pelajar
 kewangan
 pentadbiran

LATIHAN
1. Rakan sebilik anda berdengkur dengan kuat. Bagaimanakah anda menyelesaikan
masalah ini?
Cadangan Jawapan
AGO :
o Menghentikan dengkur :
CAF :
o keletihan,
o berpenyakit,
o keturunan,
o bantal tinggi
o semula jadi.
APC :
o Jumpa doktor
o rehat secukupnya
o tukar bantal
o Tutup telinga
o ubah waktu tidur
o tukar rakan
o tukar bilik
CAF :
o menyinggung perasaan
o ketidakselesaan
PERBINCANGAN

i. Adakah perlu membuat pengendalian(Organise) terhadap masalah yang sangat


kecil?
ii. Jika memerlukan keputusan yang cepat, adakah Organise membuang masa?
iii. Apakah faedahnya membuat pengendalian (Organise), jika pengendalian
(Organise) yang berbeza mempunyai keberkesanan yang sama?
iv. Adakah pengendalian yang mengambil masa yang panjang lebih baik daripada
pengendalian yang mengambil yang pendek?
CONSOLIDATE (PENGUKUHAN)
How far have I got??

PENGENALAN
Consolidate bertujuan untuk menggalakkan proses sengaja merenung kembali untuk
memperkukuh sesuatu perbincangan atau pemikiran seseorang.
Consolidate (Pengukuhan) dibuat dengan menyenaraikan fakta-fakta atau perkara-perkara
yang penting yang telah didapati dalam perbincangan. Consolidate memudahkan kita
melihat perkara-perkara yang tertinggal. Apabila melakukan pengukuhan kita boleh
melihat wujudnya jurang (Gap) dalam pemikiran ataupun terdapat point yang perlu diberi
lebih perhatian. Pengukuhan bukanlah kesimpulan.
Melalui proses pengukuhan kita bukan sahaja dapat mengesan kekurangan dalam
perbincangan dan pemikiran bahkan dapat mengenal pasti perkara-perkara yang
memerlukan perhatian yang lebih mendalam. Sekiranya tiada jurang perbezaan pendapat
maka boleh meneruskan ke arah proses membuat kesimpulan.

OPERASI
Tanya soalan ini:
SEJAUH MANAKAH TELAH SAYA CAPAI?
CONTOH
Pelajaran ini dimulakan dengan satu contoh pernyataan. Perbincangan diadakan untuk
tajuk “Cuti Sekolah Sepatutnya yang Lebih Panjang”. Seorang atau dua orang pelajar
diminta mengemukakan pandangan tentang pernyataan tersebut. Guru dikehendaki
membuat pengukuhan semasa pelajar berbincang.
Cadangan Jawapan:
i. Kita telah berbincang sama ada guru-guru dan pelajar mahukan cuti itu
dipanjangkan. (Gap)
ii. Kesan-kesan terhadap kerja sekolah.(point)
iii. Apakah yang dapat dilakukan jika cuti dipanjangkan?
Wujud jurang antara pandangan cuti yang panjang dengan apa yang perlu dilakukan
sekiranya cuti dipanjangkan yang memerlukan pemikiran seterusnya sebelum membuat
kesimpulan.

LATIHAN
Perbincangan berkaitan “Seorang Guru yang Berkesan” telah dilakukan. Hasil
perbincangan didapati terdapat pelbagai pandangan seperti berikut:
Kita boleh mengenali sama ada seorang guru itu seorang yang baik atau tidak. Ini
bergantung juga kepada subjek yang diajar. Seorang guru yang berkesan boleh
menjadikan sesuatu topik itu menarik. Sebaliknya seorang guru yang tidak berkesan
didapati membosankan dan mengelirukan. Seorang guru yang berkesan tidak semestinya
baik. Kadang kala pelajar tidak belajar apa-apa daripada seorang guru baik.
Apakah jurang yang terdapat dalam situasi di atas.
Cadangan jawapan:
i. Kita boleh mengenali sama ada seorang guru itu seorang yang baik atau tidak.
(point)
ii. Ini bergantung juga kepada subjek yang diajar.(point)
iii. Seorang guru yang berkesan boleh menjadikan sesuatu topik itu menarik. (Gap)
iv. Sebaliknya seorang guru yang tidak berkesan didapati membosankan dan
mengelirukan.(Point)
v. Seorang guru yang berkesan tidak semestinya baik.(Gap)
vi. Kadang kala pelajar tidak belajar apa-apa daripada seorang guru baik.(Gap)

Wujud jurang perbezaan pandangan antara guru yang berkesan tetapi tidak baik yang
memerlukan pemikiran seterusnya sebelum membuat kesimpulan.
CONCLUDE (KESIMPULAN)

And we lived
And we lived
happily ever
happily ever
after…..
after…..

PENGENALAN

Conclude (Kesimpulan) ialah alat pemikiran yang terakhir dalam CoRT 2 ke arah
membuat kesimpulan. Keberkesanan pemikiran seseorang itu mungkin tidak mencapai
matlamat sekiranya pada akhir perbincangan tiada satu kesimpulan. Kesimpulan itu
bukanlah matlamat akhir yang dikehendaki tetapi usaha pemikiran ke arah membuat
kesimpulan yang perlu dititikberatkan sekiranya pada akhir perbincangan tidak ada
penyelesaian masalah atau tidak ada kesimpulan itu juga adalah satu kesimpulan yang
dicapai.
Suatu kesimpulan adalah pasti sekiranya tidak ada keraguan terhadapnya. Sekiranya
kesimpulan itu diragui maka itu adalah kesimpulan yang tentatif yang terbaik telah
dicapai tetapi masih terdapat keraguan. Kesimpulan itu adalah suatu yang boleh diubah
sekiranya terdapat maklumat-maklumat atau keadaan baharu yang memerlukan perubahan
terhadap kesimpulan. Namun perkara yang penting ialah satu kesimpulan mesti dicapai
dan boleh dinyatakan dengan pasti.
Secara praktikalnya, kesimpulan itu boleh dibuat.

OPERASI
Tanya soalan ini;
“APAKAH KESIMPULANNYA”

Terdapat beberapa jenis kesimpulan:


i. Idea: Satu atau lebih idea tentang sesuatu perkara atau cara baharu
melihat sesuatu.
ii. Gambaran: Meneroka tentang sesuatu perkara dengan maklumat, idea dan
perasaan.
iii. Pendapat : Pandangan peribadi tentang sesuatu perkara berdasarkan fakta,
perasaan atau kedua-duanya.
iv. Pengadilan: Penilaian berasaskan beberapa prinsip.

v. Jawapan : Jawapan terhadap sebarang pertanyaan.


vi. Penyelesaian: Penyelesaian terhadap sebarang permasalahan.
vii. Operasi: Keputusan hasil daripada operasi alat-alat berfikir CoRT contohnya,
AGO, C&S dan lain-lain.
viii. Tindakan : Hasil daripada kesimpulan yang telah dicapai.

CONTOH
Guru berbincang dengan pelajar berkaitan topik berikut:
“Adakah penting semua orang mesti cemerlang dalam Matematik?”
Perbincangan ini dijalan dalam masa 2 -3 minit. Pada akhir perbincangan guru memberi
kesimpulan.
Cadangan Jawapan:
Semua orang sepatutnya mempunyai kemahiran dalam asas matematik seperti juga
berkemahiran dalam asas membaca dan menulis tetapi tidak semestinya menjadi seorang
ahli matematik yang pakar.
LATIHAN
1. Tajuk : Yang manakah terbaik antara kebijaksanaan, kekuatan,
populariti atau kekayaan?
Kesimpulan: Bergantung kepada keinginan/ kemahuan seseorang.
Berikan komen atas kesimpulan ini.
Cadangan Jawapan:
Dalam kesimpulan tersebut tiada jawapan yang pasti kerana bergantung kepada
pilihan individu.

CoRT 4
YES, NO, PO AND STEPPING STONE

YES   
 

NO

PO
PENGENALAN
~
Dalam kehidupan kita sehari-hari, kita mempertimbangkan sesuatu perkara sebagai benar
(YA) atau sebaliknya (TIDAK) berdasarkan pengalaman sedia ada. Kelaziman ini akan
menyekat kita daripada berfikir lebih lanjut untuk mendapatkan idea-idea baharu.

Dengan memperkenalkan satu konsep baharu iaitu ‘PO’, kita dapat melangkaui kebiasaan
iaitu membuat pertimbangan atau keputusan dengan cepat ke atas sesuatu perkara.
Dengan menggunakan pernyataan ‘PO’ semasa berfikir, memberikan kefahaman kepada
orang lain bahawa kita bersedia untuk memikirkan sesuatu perkara dengan lebih lanjut.
Gambarajah yang dipamerkan di atas menunjukkan ‘YES’ dan ‘NO’ sebagai kotak yang
stabil. ‘PO’ berada dalam sebuah bulatan yang menggambarkan kreativiti. Pernyataan
‘PO’ dipetik daripada “poetry”, “suppose” dan “hypotesis” iaitu merangkumi idea-idea
IMAGINATIF untuk mendapatan rangsangan pemikiran selanjutnya.

Sesuatu perkara atau idea yang luar biasa, tentunya tidak dapat diterima oleh pemikiran
kita tetapi kita tidak menolak idea itu sepenuhnya, Sebaliknya kita bolehlah melihat idea
itu secara kreatif sebelum membuat sesuatu keputusan untuk menerima atau menolak idea
itu. Melalui konsep ‘PO’, sesuatu idea yang luar biasa itu dijadikan sebagai batu
loncatan (Stepping Stone) untuk merangsang kita berfikir sehingga suatu idea baharu
yang lebih baik dapat dicetuskan daripada idea asal yang luar biasa itu.

Perkara penting yang haruskan ditekankan ialah ‘PO’ digunakan dengan sengaja untuk
menunjukkan seseorang itu melakukan operasi di luar pemikiran biasa seperti mana yang
berlaku dalam jenaka, puisi dan hipotesis.

Segala isi kandungan jenaka, puisi dan hipotesis itu dianggap sebagai idea semata-mata.
Ia tidak dinilai sebagai betul atau salah.

Contoh A : Satu masalah yang kerap melkita negara kita ialah masalah jerebu yang
berpunca daripada kebakaran hutan di negara jiran.

Provokatif untuk situasi ini ialah:

PO – Negara yang terlibat dengan kebakaran hutan mesti menyekat pergerakan


asap dari merentasi ruang udara negara jirannya.
Jika diamati, pernyataan ini tidak logik tetapi jika difikirkan dengan lebih lanjut dan
mendalam, idea ini dapat mencetuskan beberapa idea yang berupaya menyelesaikan
masalah ini. Daripada pernyataan ini, kita boleh mencadangkan idea tentang penciptaan
teknologi yang dapat mengubah arah angin ataupun mencipta bahan semburan yang akan
menyebabkan asap terlalu berat untuk bergerak.

Contoh B: Penggunaan pernyataan PO: “Rumah yang tiada bilik” boleh memberikan
idea-idea baharu terhadap konsep pembinaan rumah.
Cadangan jawapan:
a. Rumah dengan dinding buatan bahan lutsinar di bahagian dalam rumah (nampak
tiada bilik)
b. Rumah dengan bilik dapur yang tiada dinding
c. Rumah dengan dinding yang boleh dipasang/dibuka dengan senang
d. Rumah dengan tempat tidur terbuka, satu di tingkat atas dan satu lagi di bahagian
bawah tanah.
Dalam contoh ini pernyataan ‘PO’ digunakan sebagai batu loncatan dalam reka bentuk
rumah. Daripada idea-idea yang dicetuskan, jelas bahawa rumah yang tiada bilik tidak
sesuai dibina. Oleh itu, pernyataan ‘PO’ ini boleh diketepikan setelah idea-idea baharu
diterbitkan daripadanya.

CONTOH
(Dikendalikan secara lisan bersama pelajar)

1. Pelajar-pelajar menyebut “YA”, “TIDAK” atau “PO” bagi kenyataan berikut:


a. Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1947.
b. Cahaya tidak diperlukan dalam proses fotosintesis.
c. Bangunan Parlimen terletak di Kuala Lumpur.
d. Campuran warna kuning dan merah menghasilkan warna ungu.
e. Semua kapal terbang sepatutnya boleh mendarat pada permukaan air.

Perhatian Guru:
Guru meminta pelajar menyebut “YA” atau “TIDAK” bagi pernyataan (a) – (e).
Berdasarkan jawapan yang diberikan, pernyataan (e) akan menghasilkan jawapan “YA”,
“TIDAK” atau “PO”. Guru memberikan komen berikut;
Apabila pernyataan yang provokatif diberi, kita harus mengelak daripada terus membuat
pertimbangan (judgement) dan seharusnya cuba untuk mencetuskan idea-idea baharu
daripadanya.

CARA-CARA UNTUK MEMBUAT PERNYATAAN “PO”


Setiap pernyataan “PO” merupakan pernyataan yang provokatif. Cara-cara untuk
membentuk Pernyataan “PO” adalah seperti berikut:
1. Sesuatu idea diterbalikkan
2. Sesuatu idea dibesarkan
3. Sesuatu idea dipinda maksudnya
4. Menerbitkan idea yang merupakan angan-angan
5. Menerbitkan idea yang tidak diterima akal
LATIHAN

1. Antara pernyataan berikut yang manakah pernyataan “YA”, “TIDAK” atau


“PO”?.
a. Lebih ramai pelajar akan lulus cemerlang sekiranya dibenarkan berbincang
semasa peperiksaan dijalankan.
b. Kita boleh menjelajah ke dalam lautan tanpa memakai alat menyelam.
c. Suatu hari nanti semua orang boleh melancong ke angkasa lepas.
d. Dato Seri Najib merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-5.
e. H20 = H2O2

2. Buatkan satu pernyataan “PO” tentang:

Kereta, makanan di sekolah , rambut

Cadangan jawapan:
Kereta
a. “PO kereta boleh dijadikan bahan bacaan”
b. “PO Kereta boleh menjalankan tugas-tugas penyelidikan”.
Makanan
a. “PO Semua makanan di sekolah dihidangkan dalam bentuk pil”
b. “PO Makanan di sekolah sebagai pendorong untuk belajar”
Rambut
a. “PO Rambut digunakan sebagai alat kecemasan”
RUMUSAN

1. PO:
Satu konsep baharu yang digunakan dengan sengaja untuk mengelakkan daripada
terus membuat keputusan, sebaliknya menerima idea tersebut secara kreatif.

2. Stepping Stone/ Batu loncatan:


Satu operasi untuk mendapat idea-idea baharu. Prosesnya memerlukan
satu pernyataan provokatif yang akan digunakan dan diteliti (batu
loncatan) untuk mendapatkan idea-idea baharu.

INPUT RAWAK (RANDOM INPUT)


PENGENALAN
Apabila seseorang menghadapi sesuatu masalah ia akan memikirkan perkara yang sama
berulangkali. Sememangnya jika seseorang itu berfikir lagi tentang masalah itu makin
susah untuk mereka keluar dari keadaan yang kusut itu. Apa yang perlu ialah suatu
ransangan dari luar yang akan membolehkan seseorang berfikir ke arah jalan yang baharu.
Jika kita berusaha mencari idea dari luar kerana idea itu mungkin dipilih untuk
dipadankan dengan idea-idea yang sedia ada. Idea dari luar mestilah tidak ada kaitan
dengan apa yang sedang difikirkan. Idea dari luar itu dipilih secara rawak.

Teknik Input Rawak melibatkan sesuatu yang tidak ada kaitan langsung dengan situasi
yang dibincangkan.
i. Dengan menggunakan ‘PO’ input rawak digunakan untuk menyelesaikan masalah
agar idea baharu dapat dicetuskan
ii. Secara praktikal input rawak yang paling ringkas ialah daripada perkataan rawak.
iii. Cara yang lebih mudah ialah dengan menunjukkan jari ke atas suratkhabar dan
pilih kata nama (noun) yang terdekat.

Perkataan rawak ini merupakan satu pakej konsep yang dibawa ke dalam situasi untuk
membuka cara-cara berfikir yang baharu. Contohnya, kita mahu mencari idea-idea
baharu tentang ‘cermin mata’. Kita sebutkan ‘cermin mata PO jam’ dan mencari apakah
idea yang tercetus. Idea pertama ialah cermin mata yang berfungsi mefokuskan
pandangan pengguna berbanding dengan jam berfungsi sebagai penentu masa waktu
siang, malam, pagi dan petang.

Mungkin cermin mata yang berubah mengikut masa lebih baik dari segi nilai penjagaan
mata. Oleh kerana jam menunjukkan masa, mungkin kita boleh meletakkan sejenis
cermin yang boleh berubah-ubah keadaan cahayanya dengan warna yang sesuai mengikut
keadaan waktu.

Pelajaran ini mengenai penggunaan rawak dengan sengaja. Seseorang harus melibatkan
perkara yang tidak ada kaitan dan mungkin perkara-perkara yang tidak ada kena mengena
langsung untuk mencetuskan idea-idea yang baharu.

Kita boleh menumpukan perhatian dengan begitu teliti terhadap satu-satu masalah tapi
tidak semestinya kita dapat mencapai satu-satu idea yang baharu. Ini adalah kerana
tumpuan perhatian kita cuma meneguhkan idea yang telah sedia ada. Untuk mendapat
idea yang baharu kita perlu membawa masuk sesuatu idea dari luar. Ia tidak boleh
sesuatu yang kita pilih kerana ia akan memenuhi idea yang telah sedia ada. Jadi ianya
perlu dibuat secara rawak. Iaitu ia tidak ada sebarang pertalian dengan masalah yang
sedang dipertimbangkan. Tetapi setelah ia dibawa masuk ke dalam masalah, input rawak
ini menjadi sebagai satu rangsangan untuk mencetuskan idea baharu.

LATIHAN
Dengan mengambil salah satu daripada contoh input rawak di atas, guru boleh
memberikan cadangan jawapan lain. Contohnya

Kita sedang mencipta sejenis biskut baharu dengan menggunakan input rawak
‘kereta’. Apakah idea-idea yang didapati daripada pernyataan ‘Biskut PO kereta’.
Cadangan jawapan:
a. Kita boleh membuat biskut berbentuk seperti kereta untuk menarik minat kanak-
kanak supaya gemar memakan biskut.
b. Sifat kereta yang keras dan lasak boleh diaplikasikan pada biskut supaya tidak
mudah pecah walaupun dipos ke luar negara dan tahan lama atau tidak mudah
lemau, walaupun berada di negara yang bersuhu lembab.
c. Kereta mempunyai tayar dan biskut boleh dibentuk seperti tayar kereta yang bulat
dan tebal serta berwarna hitam.
CARA-CARA MENDAPATKAN INPUT RAWAK

a. Kita boleh mendapatkan perkataan rawak dengan menggunakan perkataan yang


terlintas di fikiran ketika kita melihat di sekeliling kita.
b. Kita boleh memejamkan mata kita sambil meletakkan jari telunjuk ke atas surat
khabar dan pilih kata nama (noun) yang paling hampir dengan jari kita.
c. Kita juga boleh mencabut mana-mana kertas kecil yang tertulis kata nama di atas.

Catatan:
Input rawak yang dipilih mestilah tidak terlalu hampir / rapat hubungannya dengan
idea kita.

Contoh input rawak yang tidak sesuai:


‘Buku PO kertas’
‘Ayam PO telur’

RUMUSAN

Untuk mencetuskan idea-idea baharu kita perlu menghubungkan sesuatu idea yang tidak
ada kaitan langsung dengan idea lama. Input yang dipilih untuk mencetuskan idea-idea
baharu mestilah juga dipilih secara rawak
MENCABAR KONSEP (CONCEPT CHALLENGE)

PENGENALAN
Apabila seseorang mengkaji sesuatu situasi dengan tujuan untuk memperbaharui atau
mengubah situasi, perkara yang boleh dilakukan ialah mencabar konsep sedia ada dengan
menggantikan kepada konsep yang lain. Pelajaran ini bertujuan untuk melihat kembali
konsep yang terdapat dalam sesuatu perkara dari berbagai-bagai sudut dengan
bertanyakan soalan supaya kita berfikir secara kreatif. Antara soalan yang boleh di tanya
ialah;
Adakah hanya itu satu-satunya cara untuk melakukan sesuatu?”
Adakah cara dan alternatif lain?
Adakah ia penting?
Mestikah ia begitu?
Kenapakah kita terus mengamalkan cara-cara begini?
Selepas kita mencabar sesuatu konsep, baharulah kita memikirkan dari sudut dan cara
lain. Namun demikian kita harus sedar, tidak semua konsep boleh dicabar khususnya yang
bersifat mutlak dari Maha Pencipta.
Ada kemungkinan sesuatu idea yang telah diterima umum , merupakan idea-idea yang
paling diantara idea-odea yang pernah dikemukan. Faktor ini tidak penting, tetapi yang
penting ialah kebolehan mencabar konsep-konsep yang telah diterima umum. Sekiranya
cabaran itu gagal menghasilakn keadaan baharu yang lebih bermanfaat, maka konsep
lama yang dicabar itu masih digunakan dan dikekalkan.

Daripada aspek teori, mencabar konsep memang mudah tetapi dari segi praktiknya
terdapat dua kesulitan,
1. Masalah mengenalpasti konsep yang hendak dicabar. Cabaran yang bersifat terlalu
umum dan sembarangan tidak akan berkesan.
2. Masalah membezakan antara cabaran dan kritikan. Kritikan membawa implikasi
bahawa kelemahan sesuatu konsep itu dipersoalkan. Cabaran pula ialah usaha
mencari alternatif dan cara-cara lain untuk melihat konsep lama daripada sudut
yang lain.

CONTOH

1. Seorang pereka (designer) di kehendaki mencipta “pinggan baharu”. Oleh itu,


beliau telah mencabar konsep “bulat” pinggan dengan bertanyakan;
“Mengapakah bentuk pinggan mesti bulat?”

Akibat daripada pertanyaan tersebut dia mencipta pinggan yang berbentuk panjang dan
tirus melebar. Oleh itu, setelah seseorang individu habis makan di sebelah satu hujung,
individu tersebut boleh makan satu hujung lagi.

LATIHAN

Cabar konsep dan cadangkan alternatif atau cara lain.

1. Kenapa komputer bimbit mesti berbentuk empat segi


2. Telefon mudah alih berbentuk sebatang pen
3. Motorbot boleh digunakan di atas darat.

Cadangan jawapan:
1. Kenapa komputer bimbit mesti berbentuk empatsegi.
Komputer bimbit boleh berbentuk bulat atau bujur supaya bucu komputer bimbit
tidak mudah terhantuk dan merosakkan keseluruhan sistem. Komputer berbentuk
bola dan diselaputi getah atau polistrin supaya boleh jatuh bergolek dan tidak
merosakan perkakasannya.
RUMUSAN
Selain daripada menerima sesuatu itu sebagai suatu kelaziman, kita boleh memilih dan
mencabar mana-mana konsep untuk memastikan sama ada hanya itulah cara untuk
melakukan sesuatu.

Dengan ini, berbagai-bagai idea yang baharu dan lebih kreatif dapat dijelmakan. Namun,
tidak semua yang boleh dicabar terutamanya sesuatu nilai yang mutlak yang lahir
daripada Maha Pencipta.
IDEA DOMINAN (DOMINANT IDEA)

PENGENALAN

Pelajaran ini bertujuan untuk mencetuskan kreativiti. Kadang kala seseorang individu itu
kerap terdorong melihat idea-idea yang dominan dalam sesuatu perkara. Oleh itu
pelajaran ini membolehkan pelajar terlepas dan ‘melepaskan’ diri dari sesuatu idea
dominan bagi mencetus idea-idea baharu atau yang berkaitan. Gambar rajah di atas
menunjukkan bahawa idea dominan di laluan utama di laluan ‘lebuh raya’. Tidak mudah
bagi seseorang yang memikirkan idea-idea dominan ‘melepaskan diri’ (escape)
daripadanya. Oleh itu bagi mendapatkan idea-idea baharu, seseorang itu harus melepaskan
daripada idea dominan

CONTOH

1. Kenalpasti idea dominan dalam MRSM.

Cadangan jawapan:
- Memberi ilmu kepada pelajar.
- Mendisiplinkan pelajar.
- Mendidik pelajar.
- Menyediakan pelajar menghadapi kehidupan harian.
- Menguji pelajar

LATIHAN
1. “Persatuan dan kelab di sekolah adalah untuk melatih bakat kepemimpinan di
kalangan pelajar”
Cadangan jawapan:
 Pelajar perlu diberikan kursus kepimpinan
 Pelajar harus diberi peluang mengendali sesuatu program sekolah
 Pelajar harus dilatih dalam berkomunikasi
 Pelajar harus ditanamkan semangat bekerja sama.
RUMUSAN
Kita perlu melepaskan diri dari sesuatu idea dominan bagi mendapatkan idea-idea baharu.

KOMBINASI (COMBINATION)

PENGENALAN
Kombinasi adalah satu lagi proses pemikiran kreatif. Melalui proses ini, benda yang
wujud berasingan boleh disatukan atau dipadukan untuk menjadi satu benda/alat/ idea tadi
baharu yang mungkin lebih berfaedah berbanding benda/alat/ idea tadi secara berasingan.
Sebagai contoh, kombinasi mencantumkan sebuah basikal dengan generator untuk
menghasilkan elektrik semasa bekalan elektrik terputus adalah amat berguna. Kebanyakan
daripada rekaan / ciptaan yang berjaya sekarang bergantung kepada proses kombinasi /
penyatuan berbagai-bagai benda.
Proses penyatuan benda/alat/ idea lama untuk menjadikan sesuatu yang baharu sungguh
mudah; lebih mudah daripada hendak memikir atau kemudian mencipta serta
menghasilkan satu idea atau rekaan baharu. Melalui proses kombinasi, dua atau lebih
benda/alat/ idea berasingan dengan sengaja boleh menjadi batu loncatan untuk
menghasilkan benda /alat/ idea baharu.
Kadang-kadang penyatuan ini boleh dibuat secara bebas. Sementara pada masa lain pula
dua/ lebih benda/alat/ idea berasingan yang sudahpun berguna/ berfaedah disatukan lagi
untuk menjana idea-idea baharu yang lebih berfaedah.

Tahukah Kita?
Tahukah kita bagaimana orang-orang Mesir zaman silam mengangkat batu-batu yang
besar dan berat ke Giza Platean untuk membuat piramid?

Di zaman itu tidak ada apa-apa jenis pengangkutan. Batu-batu besar ditarik di atas
kepingan kayu. Kombinasi ini mencetus idea roda dan’coach’ dan tenaga ditukar dengan
tenaga lembu, keldai dan kuda. Sains menciptakan enjin dan kombinasi enjin dan coach
menjadi kereta, lori dan bas.

Perhatian Guru:
Kombinasi/ penyatuan adalah satu latihan yang berfaedah kerana ia mudah dan
menghasilkan idea-idea yang menarik. Menyatukan dua/ lebih benda/ alat/ idea atau lebih
menyebabkan seseorang berfikir bersungguh-sungguh tentang bentuk dasar dan tujuan
kedua-dua itu dihasilkan. Prinsip am pelajaran ini ialah benda/alat/ idea baharu itu
kadang kala adalah hasil daripada penyatuan benda/alat/ idea lama.

Sebagai contoh apabila memasak, satu cara membentuk idea yang baharu ialah dengan
mencantum bersama-sama bahan-bahan mentah yang wujud berasingan dan melihat sama
ada sesuatu yang berguna dapat diperoleh. Contoh kedua, kereta pertama yang telah
direka adalah hasil daripada pencantuman enjin berpetrol yang baharu direka dengan
sebuah tricyle.

LATIHAN

1. Gabung mana-mana dua daripada benda berikut untuk menghasilkan satu idea
yang baharu.
- Kasut Roda - Khemah
- Tong Sampah - Berus Cat
- Tangga - Getah Pancut Air
- Penyapu - Kerusi
PRINSIP
Rajah menunjukkan bagaimana tiga benda yang berlainan dapat dicantumkan dan
kemudian disatukan menjadi satu benda baharu. Kadang-kadang penyatuan melibatkan
pencantuman benda-benda yang berlainan untuk menjadi satu benda baharu. Ada masa
pula penyatuan bermaksud menyatukan benda-benda untuk menyelesaikan sesuatu
masalah.

RUMUSAN
Mungkin dengan menyatukan dua atau lebih benda lama kita boleh mendapat satu benda
baharu. Kadang-kadang benda-benda itu dicantumkan dan kadang-kadang ia dipadukan.

DEFINE THE PROBLEM (MENTAKRIF MASALAH)

PENGENALAN

Mentakrif masalah adalah satu proses yang penting diajar kepada para pelajar. Biasanya
adalah mudah untuk diperkatakan tentang “Mentakrif Masalah” atau “Define the
Problem” tetapi selalunya agak sukar untuk dilaksanakan. Namun kita perlu ada daya
usaha membuat takrifan yang tepat atau hampir tepat.

Kadangkala kita tidak dapat membezakan di antara takrif yang tepat dan takrif alternatif,
namun yang pentingnya kita mesti sedar “apakah masalah utama?”. Dan kadangkala pula
orang lain membuat takrifan yang berbeza-beza walaupun di atas masalah yang sama.
Namun begitu, takrifan yang berbeza-beza boleh dijadikan topik perbincangan. Dengan
cara itu kita akan dapat mengenalpasti masalah itu dan menyelesaikannya dengan
pelbagai cara. Biasanya takrifan yang tepat boleh membawa kepada satu cara
penyelesaian yang berbeza dan berkesan
LATIHAN

1. “Gejala rasuah semakin menjadi-jadi. Kerajaan mengambil pelbagai langkah


drastik untuk membenteras masalah ini hingga ke akar umbi.”

Cadangan jawapan:
1. Gaji yang tidak setimpal dengan kerja
2. Kos sara hidup yang tinggi
3. Tabiat berbelanja tanpa had
4. Kesedaran sivik / agama yang kurang
RUMUSAN
Daya usaha mentakrif semula masalah untuk mendapat takrifan yang paling tepat akan
menghasilkan idea-idea baharu untuk menyelesaikan masalah tersebut.

MENGASINGKAN KELEMAHAN (REMOVE FAULTS)

PENGENALAN

Tujuan pelajaran ini ialah untuk menegaskannya dan menjadikan operasi ini formal dan sengaja.
Langkah pertama dalam operasi ini ialah menyenaraikan semua kelemahan. Langkah kedua ialah
cuba menyingkirkan kelemahan-kelemahan yang wujud. Kelemahan-kelemahan mungkin nyata
seperti permainan kanak-kanak yang mempunyai bucu-bucu tajam. Kelemahan-kelemahan begini
adalah mudah di kesan. Ada kalanya kelemahan ialah sesuatu yang tidak lengkap atau tidak jelas
kecuali diselidiki dengan teliti dan secara mendalam.

Lukisan muka depan yang menunjukkan pengasingan kelemahan untuk menghasilkan bentuk
empat persegi. Dalam kes pertama, sekeping dikeluarkan dan dalam kes yang kedua, satu
kekososngan diisi. Perbedaan antara kedua-dua jenis kelemahan ini tidak penting asalkan pelajar-
pelajar mencari benda-benda yang tertinggal dan bukan hanya benda-benda yang salah.
Menyingkirkan kelemahan merupakan satu proses kreatif yang terhad dan jarang sekali idea
baharu dapat dibentuk dari proses peenyingkiran kelemahan. Namun begitu ianya berguna kerana
kadangkala sesuatu keadaan itu boleh dibaiki. Sebabnya, kadangkala orangboleh menerima
sesuatu idea, apabila kelemahan-kelemahan tersebut disingkirkan.

Sesuatu kelemahan kadangkala terlalu subjektif untuk ditakrif. Contohnya bagi Ahmad semua
komputer perlu berbentuk empat persegi dan berwarna hitam, tetapi bagi Aminah pula ialah satu
kelemahan. Aminah mungkin berpendapat sesebuah komputer perlu dibuat dalam pelbagai bentuk
dan warna.

Prinsip am menyingkirkan kelemahan adalah;


1.Usaha yang sengaja ke arah itu
2. Perlu berhati-hati.
3. Tidak membantutkan kreativiti

Kadangkala kelemahan juga merupakan;


1. Sesuatu yang tidak patut ada
2. Sesuatu yang boleh menimbulkan sugutan
3. Sesuatu yang tertinggal
4. Sesuatu yang patut diketepikan

Bagaimanakah cara mengasingkan kelemahan?


1. Cari dan kesan kelemahan
2. Senaraikan semua kelemahan
3. Ketepikan kelemahan.
Latihan
1. Senaraikan kelemahan-kelemahan di makmal kimia
Cadangan Jawapan
a. Alatan dan radas tidak mencukupi
b. Ruang terlalu sempit
c. Tidak ada alat-alat bantu yang sempurna seperti radio, komputer, LCD.
d. Lain-lain jawapan
Perhatian Guru :
Kelemahan
Kelemahan boleh merupakan sesuatu yang salah, tidak wujud, belum dikenalpasti, ada
pula yang perlu dibiarkan dan ada maklumat yang tertinggal.

Dwi Operasi
1. Apakah kelemahan-kelemahan yang ada?
2. Bagaimanakah cara mengasingkannya?

RUMUSAN
Senaraikan kelemahan-kelemahan secara sengaja, kemudian cuba mengatasi kelemahan-
kelemahan tersebut.

REQUIREMENTS (KEPERLUAN-KEPERLUAN)
PENGENALAN

Selalunya idea baharu akan timbul dalam usaha menyelesaikan masalah. Kebanyakan
idea timbul adalah berhubungkait dengan sesuatu situasi dari masalah yang wujud atau
mungkin hanya pembaharuan terhadap sesuatu idea. Apabila sesuatu idea timbul ia
mempunyai mempunyai keperluan-keperluannya tersendiri. Keperluan ini mungkin
salah, tidak penting atau tidak berguna. Keperluan bermaksud perkara-perkara yang
diperlukan di dalam sesuatu situasi. Gambarajah menunjukkan perbagai keperluan untuk
membentuk sesuatu idea, penyelesaian dan penemuan baharu. Keperluan-keperluan akan
memberi pengaruh dan menghasilkan tindakan yang tertentu.

Dalam penciptaan ubat baharu, beberapa perkara mesti difikirkan untuk memenuhi
beberapa keperluan:
1. selamat walau digunakan secara berlebihan;
2. tidak memberi kesan sampingan;
3. memperlihatkan keistimewaannya;
4. tidak memberi kesan buruk walaupun diguna bersama ubat-ubatan lain;
5. tidak memberi kesan terhadap bayi dalam kandungan;
6. tidak mahal dan semua orang mampu memilikinya;
7. tidak mudah rosak kerana penyimpanan yang lama.
8. Halal digunakan oleh pengguna Islam

Bilakah keperluan perlu diambilkira? Mungkin ia difikirkan setelah sesuatu idea itu
timbul kemudian diubahsuai supaya memenuhi keperluan. Mungkin juga difikirkan
ketika membuat keputusan. Keperluan sebenarnya perlu diambilkira dari permulaan idea
pemikiran lagi dan ia akan membantu membentuk idea-idea kreatif.
Contohnya;
Sekiranya keperluan merekacipta semula sebuah LRT (Light Rail Transport)
perlu mengambil kira faktor kos yang murah, lokasinya, kepadatan penduduk
atau kualiti material pembuatan LRT tersebut.

Tidak semua keperluan-keperluan itu penting. Kadangkala sesuatu idea dapat memenuhi
keperluan utama dan gagal memuaskan keperluan yang lain. Sukar sekiranya kita terlalu
mengambil berat untuk memenuhi keperluan keseluruhannya.

Pelajaran ini menekankan kedua-duanya dengan menyenaraikan keperluan-keperluan dan


menyusun semula mengikut keutamaan. Prinsip amnya ialah idea itu tidak timbul sendiri
tetapi berkait dengan situasi yang mempunyai keperluan-keperluannya tertentu.
CONTOH
Seorang pereka cuba mencipta telefon bimbit baharu. Dia menyenaraikan keperluan berikut di
dalam pemikirannya :

 Murah  Tahan

 Mudah  Menarik

Apakah keperluan yang tertinggal,

Cadangan jawapan :
 Penjimatan bateri

 Kekuatan penerimaan gelombang

 Kekuatan penghantaran gelombang

 Teknologi terkini dengan fungsi tambahan

 Sesuai dalam semua keadaan cuaca

 Ringan

 Selamat digunakan

 Senang dibawa dan disimpan


Perhatian:
Guru membacakan contoh yang diberikan dan boleh menambah cadangan jawapan.

LATIHAN

Perhatian:
Latihan dijalankan secara perbincangan umum,

1. Seorang pereka mendapat satu idea baharu iaitu mencipta badan kereta daripada bahan
plastik. Malangnya idea itu ditolak oleh pengeluar kerana tidak memenuhi cirri-ciri
sebuah kereta. Pada pendapat kita apakah keperluan yang gagal disempurnakan?

Cadangan jawapan :

 Mudah pecah

 Kurang cantik
 Tidak menjamin keselamatan pengguna’

 Kos pembaikan yang tinggi

 Mudah terbakar

 Mudah rosak

 (Dan lain-lain yang difikirkan sesuai)

EVALUATION (PENILAIAN)

PENGENALAN

Sesuatu idea mungkin menarik dan kreatif tetapi adakah idea itu baik, berguna dan boleh
dilaksanakan? Kesilapan yang sering berlaku dalam kreativiti ialah, sesuatu idea yang
hebat serta menakjubkan tetapi faedahnya kecil. Topik ini tidak mengutamakan
kreativiti sebaliknya ialah penilaian.

Dalam topik ini proses penilaian melalui 2 peringkat.


1. Melihat bagaimanakah sesuatu idea itu dapat memenuhi keperluan?
Mungkin ia perkara yang sesuai dan memenuhi keperluan situasi berkenaan atau
sebalikya. Sekiranya idea itu dapat memenuhi keperluan utama maka idea berkenaan
adalah yang terbaik.
2. Memeriksa idea dengan melihat kelebihan dan kekurangannya.
Ini adalah proses yang umum tetapi jangan diabaikan keperluan-keperluannya. Sebarang
kelebihan atau kekurangan boleh dinyatakan sebagai keperluan-keperluannya tetapi ia
tidak semestinya menggambarkan keadaan yang sebenar.

Contoh:
Cadangan semua kereta mesti dicat kuning. Kelemahannya ialah polis sukar mengesan
kereta yang dicuri. tetapi realiti ia mungkin tidak menarik perhatian pembeli

Jika sesuatu idea itu tidak dapat menepati keperluan, seharusnya dibuat operasi PMI
terlebih dahulu. Operasi PMI penting dilakukan sebagai tambahan untuk melihat sama
ada sesuatu idea itu berguna ataupun tidak. Idea yang tidak melepasi penilaian,
memerlukan pengubahsuaian untuk menghasilkan idea yang baik.

Prinsip am di dalam penilaian ialah idea semestinya dapat menepati matlamat. Tidak
mencukupi sesuatu idea sekadar kreatif, ia juga mesti baik (mengikut kriteria-kriteria yang
ditentukan).
Contoh:

1. Seorang pelajar telah dihukum gantung persekolahan kerana merokok di dalam


kawasan sekolah. Adakah tindakan ini memenuhi keperluan-keperluan pihak sekolah.

Cadangan jawapan :
 Menyingkirkan pelajar yang merokok

 Memberi pengajaran kepada pelajar lain bahawa pihak sekolah memkitang serius
kesalahan merokok

 Tidak semestinya gejala merokok dapat dibendung sepenuhnya

 Lain-lain jawapan yang sesuai

LATIHAN

Perhatian
Latihan dijalankan secara perbincangan umum,
1. Bandaraya Kuala Lumpur menghadapi masalah kesesakan lalulintas yang teruk, untuk
menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam lorong khas bergarisan
kuning untuk bas dan teksi telah diwujudkan supaya pengguna kenderaan awam tiba
ke tempat tujuan mengikut jadual. Adakah penyelesaian ini memenuhi keperluan
pengguna jalanraya. Apakah kelebihan dan keburukannya?

Cadangan jawapan :
 Satu penyelesaian yang baik untuk jangkamasa pendek

 Pengguna yang ramai perlu kenderaan awam yang banyak

 Menyukarkan pengguna yang membawa anak kecil;

 Sekiranya kenderaan persendirian terus dibenarkan memasuki bkitar keadaan


akan lebih teruk dari keadaan asal
Perhatian guru : Latihan dijalankan secara pebincangan dalam kumpulan.

GUNAKAN DWI OPERASI

Adakah ia sudah memenuhi keperluan?


Apakah kelebihan dan kekurangannya?

RUMUSAN
Penilaian bermaksud meneliti sesuatu idea sama ada ia berguna atau tidak. Iaitu
memeriksa sama ada ia telah memenuhi keperluan-keperluan serta mengkaji kelebihan
dan kekurangannya.

Anda mungkin juga menyukai