Anda di halaman 1dari 8

LEMBAGA PEPERIKSAAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

TUGASAN

ARAHAN KEPADA CALON:

1. Pentaksiran ini mengandungi satu tugasan.


2. Tugasan disertakan dengan Panduan Rubrik.
3. Calon dikehendaki melaksanakan tugasan tersebut
berdasarkan kriteria rubrik yang ditetapkan.
4. Disertakan lampiran 1, 3 dan 4 untuk panduan murid.

TERHAD
TERHAD 2

TUGASAN PENTAKSIRAN TINGKATAN 3


BAGI MATA PELAJARAN GEOGRAFI (23)
TAHUN 2014

1.0 ARAHAN KEPADA CALON

1.1 Tugasan Pentaksiran Tingkatan 3 mata pelajaran Geografi wajib


dilaksanakan oleh calon Tingkatan 3 tahun 2014.

1.2 Penghasilan tugasan ini dalam tempoh enam waktu pengajaran dan
pembelajaran dalam bulan Julai 2014.

1.3 Penulisan dan penghasilan tugasan ini hendaklah dilaksanakan


di sekolah dan mendapatkan bimbingan guru dalam melaksanakan
tugasan ini.

1.4 Melaksanakan semua tugasan mengikut format penulisan yang


ditetapkan.

1.5 Gunakan Kerangka Pelaksanaan Tugasan (Lampiran 1) sebagai


panduan untuk melaksanakan tugasan dengan baik dan mendapat
skor cemerlang.

1.6 Aktiviti mencari dan mengumpul maklumat boleh dilakukan di luar


waktu pengajaran dan pembelajaran.

1.7 Boleh melaksanakan kajian secara berkumpulan tetapi hasil kerja


mestilah dibuat secara individu.

1.8 Digalakkan menyertakan foto / gambar / rajah / grafik yang relevan


untuk menjelaskan lagi hasil kajian.

1.9 Digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)


untuk mencari dan mengumpul fakta.

1.10 Menulis sumber rujukan dengan betul (Lampiran 3).

1.11 Hasil tugasan mestilah ditulis dengan tangan.

1.12 Hasil kerja mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak ditiru
daripada mana-mana pihak. Anda tidak dibenarkan melakukan plagiat.
Plagiat adalah mengambil hasil kerja orang lain sepenuhnya atau
sebahagian daripadanya dan menjadikannya sebagai hasil kerja
sendiri. Sekiranya anda mengambil petikan atau grafik daripada
sumber lain hendaklah menyatakan sumber rujukannya. Jika anda
didapati melakukan plagiat anda boleh digagalkan atau diberikan
gred F.

TERHAD
TERHAD 3

1.13 Pentaksiran / penilaian proses kerja calon dilakukan sepanjang masa


tugasan dilaksanakan.

1.14 Memperakukan tugasan dalam Borang Akuan Pengesahan (Lampiran 4).

1.15 Bonus 3 markah akan diberikan jika anda mematuhi aspek tatabahasa
dalam penulisan.

TERHAD
TERHAD 4

2.0 TUGASAN

Calon dikehendaki menjalankan kajian kes tentang kejadian / isu


pencemaran alam sekitar (air, udara, bau, tanih) yang berlaku di sekitar
tempat tinggal / kawasan sekolah calon.

Kajian tersebut hendaklah merangkumi perkara berikut:

2.1 Konsep dan takrifan pencemaran alam sekitar yang dikaji.


2.2 Faktor atau punca kejadian pencemaran alam sekitar tersebut.

2.3 Kesan kejadian pencemaran tersebut kepada manusia dan alam


sekitar di kawasan kajian.

2.4 Mencadangkan langkah-langkah mengurangkan pencemaran alam


sekitar tersebut.

Hasil tugasan calon tidak kurang daripada 300 perkataan.

TUGASAN TAMAT

TERHAD
TERHAD 5

Lampiran 1

3.0 KERANGKA PELAKSANAAN TUGASAN

BIL PERKARA HURAIAN

1 – Jadual kerja  Menyediakan perancangan yang sangat


– Pengagihan kerja lengkap, tepat dan realistik serta mempamerkan
sikap bersungguh-sungguh.
– Objektif kajian
– Penentuan kaedah
kajian
(10 markah)

2 Mengumpul maklumat  Mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber


menggunakan kaedah dengan menggunakan kaedah yang relevan dan
yang sesuai. Memperoleh menyatakan sumber rujukan.
maklumat daripada  Keseluruhan data dan maklumat adalah relevan
pelbagai sumber (20 dan asli.
markah).
 Punca
 Kesan
 Langkah
3 Grafik (10 markah)  Grafik mengikut susunan yang betul, lengkap dan
 Tajuk kritis.
 Idea utama
 Maklumat
Tafsiran:  Menghuraikan konsep dengan tepat dan betul
(a) Konsep (5 markah) berserta contoh.

(b) Punca (15 markah)  Menghuraikan punca kejadian yang berkaitan


 Fakta dengan jelas, teratur dan kritis serta
menunjukkan keaslian.
 Huraian
 Contoh
(c) Kesan (20 markah)  Menghuraikan kesan kejadian yang berkaitan
 Fakta dengan jelas dan teratur serta menunjukkan
keaslian.
 Huraian
 Contoh
(d) Langkah (20 markah)  Cadangan relevan dan huraian sangat tepat.
 Idea kreatif dan kritis
 Rasional

TERHAD
TERHAD 6

Lampiran 3

CONTOH PENULISAN SUMBER RUJUKAN

Buku
Lofti Ismail,1988. Sejarah Malaysia 1400-1963. Kuala Lumpur:Utusan
Publications and Distributors Sdn.Bhd.
Mohamad Noordin Sopiee,1967. From Malayan Union to Singapore
Separation: Political
Unifacation in the Malaysia Region 1945 -1965. Kuala Lumpur: Universiti
Malaya Press.

Jurnal
Ahmad Masjidin. “Malayan Union Dalam Ruangan Akhbar Warta
Negara” dalam Jurnal Malaysia dari Segi Sejarah . Bil 8, April 1979.
Ishak bin Tadin,1960. “Dato’ Onn and Malay Nationalism 1946 -1951”,
dalam JSEAH. Vol 1.Mac 1960.

Ensiklopedia
Tajuk, jilid dan tahun.

Akhbar
Utusan Malaysia, 17 Jun 1992, halaman 5.

Orang Sumber
Encik Ismail bin Mohd Kassim, 43 tahun, No 21, Jalan Lundu 7, Taman
Beringin 52000 Kuala Lumpur.
Puan Hamidah binti Daudshah, 57 tahun, No 7, Jalan SG 1/ 30, Taman
Sri Gombak, 68100 Selangor.

Melawat Tempat Kajian


Pejabat Pelancongan Malaysia, Tingkat 17, Menara Dato’ Onn, Pusat
Dagangan Dunia Putra, 45 JalanTun Ismail, 50480 Kuala Lumpur.
Arkib Negara Malaysia, Jalan Duta, 50568 Kuala Lumpur.
Tapak Ekskavasi Tingkayu, Kunak, Sabah.
Tapak Ekskavasi Gua Niah, Niah, Miri, Sarawak.

TERHAD
TERHAD 7

VCD
Tajuk program, terbitan.

Radio
Tajuk program, tarikh, masa, rangkaian.

Televisyen
Tajuk program, tarikh, masa, rangkaian.

Majalah
Nama majalah, tarikh, tahun.

Sumber lain:
Jenis sumber, alamat/punca sumber.

Internet
http://geocities.com/kamashara/unionsm.htm
http://cikgu.net/edisimerdeka/sejarah.php3.htm
http://www.geocities.com/tokohagung/TokohPMTunkuAbdul Rahman.htm

TERHAD
TERHAD 8

Lampiran 4

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3
BAGI MATA PELAJARAN GEOGRAFI
TAHUN 2014

BORANG AKUAN PENGESAHAN

PERAKUAN CALON TENTANG KETULENAN TUGASAN

Saya memperakui bahawa tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri, melainkan
petikan, grafik dan gambar rajah yang dinyatakan sumber rujukannya.

RESPONDEN NAMA TANDATANGAN TARIKH

Murid

Pentaksir
(Guru)

Ketua
pentaksir
Sekolah /
Pentaksir Luar

TERHAD

Anda mungkin juga menyukai