Anda di halaman 1dari 19

LAPORAN INTERVENSI DOMAIN PENDIDIKAN KHAS TERBAIK

DALAM PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN(PdPc)

INTERVENSI DOMAIN MOTOR HALUS


Teknik Do Bu Punch

PESERTA : EN. MUHAMMAD HASIF BIN ABDUL HAMID


EN. MUHAMAD IZ’AAN BIN BASUNI
CIK NURUL IZZATI BINTI JAMALUDDIN

SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN BATANG MELAKA, 77500


SELANDAR,
JASIN, MELAKA
1.0 KATEGORI DOMAIN MOTOR HALUS
KATEGORI DOMAIN MOTOR HALUS
• Perkembangan motor didefinisikan sebagai proses yang murid perlukan bagi membentuk
cara mereka melakukan gerakan. Ia memerlukan koordinasi mata dan tangan yang baik
dan kebolehan menggunakan kumpulan otot-otot kecil di bahagian tengah dan jari-jari
tangan. Kemahiran motor mempunyai perkaitan rapat dengan perkembangan sistem saraf
dan otot.
• Selain itu, perkembangan motor yang baik bukan sahaja penting bagi kanak-kanak
membuat gerakan. Perkembangan motor juga merupakan keperluan asas bagi
pembelajaran seorang kanak-kanak. Semua aktiviti termasuk manipulasi mimik muka
melibatkan penggunaan motor halus.
• Oleh itu, kemahiran motor halus juga melibatkan pergerakan manipulatif. Pergerakan ini
memerlukan kanak-kanak mengawal penggunaan anggota badan mereka seperti tangan
dan kaki. Misalnya kebolehan kanak-kanak untuk memegang, membuka dan melepaskan
gengaman. Malahan aktiviti seperti melambaikan tangan atau membaling objek juga
dapat mengembangkan motor halus kanak-kanak tersebut.
Objektif Intervensi
• Mengenal pasti masalah murid berkeperluan khas dalam kemahiran domain motor halus berdasarkan kes.
• Mengenal pasti strategi atau kaedah intervensi yang boleh digunakan untuk membantu murid meningkatkan kemahiran domain motor halus.
• Melaksanakan kaedah intervensi.

Kepentingan motor halus


• Membina otot-otot tangan dan jari serta membina koordinasi mata, jari dan tangan.
• Mengoyak kertas dan menampal pada kertas yang disediakan. Bermain dengan bongkah atau blok binaan.
• Mewarna bentuk, corak dan objek
• Melakukan aktiviti permainan air dan permainan pasir.

Faedah motor halus


• Dapat meningkatkan keupayaan membina koordinasi di antara mata dan tangan. Menggunakan otot-otot untuk
membina sesuatu objek. Menggunakan otot-otot untuk menguasai kemahiran yang boleh digunakan dalam kehidupan
seharian.
• Contoh masalah-masalah murid
• Murid tidak boleh meramas doh dengan baik.
• Murid tidak boleh mengoyakkan kertas dengan baik.
• Murid tidak boleh memasukkan tali melalui lubang manik.
• Murid tidak boleh menggunting kertas mengikut bentuk.
• Contoh aktiviti motor kasar dan motor halus
• Motor halus
• Bermain pasir
• Mengikat tali kasut
• Memasang butang baju
• Mengguna sudu dan garpu
• Membentuk objek dari plastisin
• Memotong kek atau mainan plastisin
• Melekatkan gambar
• Menggunakan ‘mouse’ komputer
• Menulis nama
• Melorek atau mewarna gambar
2.0 NAMA AKTIVITI INTERVENSI ( TEKNIK DO-BU-PUNCH)
• Intervensi Do-Bu-Punch adalah gabungan aktiviti yang melibat Doh, Button (butang) dan
Puncher (penebuk lubang kertas). Teknik Do-Bu-Punch ini menggabungkan 3 medium dan
kemahiran iaitu meramas doh, menyusun butang, dan menekan penebuk lubang kertas.
• Meramas doh (Do)
• Terapi meramas doh (Do) ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kemampuan sensorik murid bagi
mengenal sesuatu objek melalui sentuhan. Dengan meramas doh mereka dapat belajar mengenai tekstur
objek dan belajar bagaimana mencipta sesuatu bentuk mengikut kreativiti mereka. Melalui teknik
meramas doh (Do) ini juga dapat meningkatkan kemahiran berfikir murid dengan menghasilkan pelbagai
ciptaan dan rekaan mengikut warna dan tekstur doh yang berlainan.
• Menyusun Butang (Bu)
• Terapi Menyusun Butang (Bu) pula bermatlamat untuk meningkatkan fokus murid terhadap sesuatu
aktiviti atau kerja. Selain itu terapi menyusun butang (Bu) ini juga dapat meningkatkan lagi koordinasi
mata dan tangan murid. Aktiviti terapi ini juga boleh dijalankan mengikut tahap murid dengan
menggunakan saiz butang yang berlainan atau dengan menggunakan bahan tambahan seperti penyepit
makanan.
• Menekan penebuk lubang (Punch)
• Bagi terapi menekan penebuk lubang pula adalah bertujuan untuk membina
otot-otot jari murid supaya lebih kuat dalam melakukan aktiviti.Otot jari yang
kuat dapat memudahkan murid melakukan sebarang kerja seharian dan sekaligus
meningkatkan lagi keyakinan murid.
• Secara kesimpulannya, ketiga-tiga jenis pendekatan ini sememangnya dilihat
sangat penting dalam membantu murid berkeperluan khas. Sekiranya ketiga-tiga
pendekatan ini digabungkan, ianya mampu meningkatkan lagi kemahiran motor
halus murid dengan lebih cepat dan berkesan. Selain itu juga gabungan
pendekatan tersebut dapat menarik minat murid dalam melakukan sesuatu
aktiviti serta dapat mengelakkan murid dari dilanda kebosanan kerana
melibatkan tiga aktiviti terapi yang berlainan.
3.0 CETUSAN IDEA AKTIVITI INTERVENSI DO-BU-PUNCH
• Cetusan idea untuk aktiviti ini bermula dengan perbincangan antara guru,
ppm, dan pentadbir. Setiap dari kami dikehendaki memilih satu aktiviti
yang sesuai untuk murid di kelas Ibnu Sina 4 yang berkefungsian rendah.
Berdasarkan carian maklumat di internet dan pemerhatian terhadap
murid yang terlibat kami sepakat memilih 3 jenis pendekatan yang dilihat
boleh meningkat motor halus murid.
• Gabungan ini dilihat sangat berkesan dan tidak melibat kos yang tinggi
untuk dihasilkan. Penggunaan Do-Bu-Punch juga mudah untuk guru
mempraktikkan di dalam PdP serta amat sesuat untuk murid yang
berkefungsian rendah. Diharapkan agar aktiviti ini boleh digunakan oleh
semua guru dan mampu membantu serba sedikit meningkatkan lagi
kemahiran motor halus murid berkeperluan khas.
4.0 LANGKAH PELAKSANAAN INTERVENSI
• Langkah pelaksanaan intervensi DoBu Punch dapat dilaksanakan
melalui sesi Pengajaran dan Pemudahcaraan(PdPc) di dalam kelas
Murid Berkeperluan Khas (MBK) dalam subjek Kemahiran
Manipulatif.
• Oleh itu, semasa sesi PdPc dilaksanakan, guru akan menyediakan
beberapa bahan intervensi DoBu Punch dahulu seperti, Doh, Butang
dan Penebuk lubang. Ketiga-tiga bahan tersebut merupakan asas
kepada aktiviti DoBu Punch.
• Oleh itu, guru boleh menambahbaik aktiviti intervensi DoBu Punch
dengan penggunaan Bahan Bantu Belajar(BBB) yang lain supaya PdPc
dapat menjadi lebih menarik. Rujuk Lampiran Rancangan Pengajaran
Harian
Rajah 1 : Murid meramas doh yang telah Rajah 2 : Murid menyusun butang
diberikan. mengikut garisan di atas lembaran kerja

Rajah 3 : Murid menebuk lubang Rajah 4 : Murid menghasilkan pancake


mengikut titik garisan yang dan menghias pancake.
disediakan.
5.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DOMAIN MOTOR
HALUS
6.0 IMPAK INTERVENSI
• Intervensi DoBu Punch dapat memberikan impak yang baik kepada
murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Hal ini kerana, ia
dapat membantu murid yang mengalami masalah kekuatan motor
halus menguatkan otot-otot jari mereka. Di samping itu juga, ia
dapat membantu murid untuk memegang pensil dan menulis
dengan baik. Selain itu juga, intervensi teknik DoBu Punch sangat
mudah digunakan oleh semua guru dalam PdPc terhadap murid
MBK.

Anda mungkin juga menyukai