Anda di halaman 1dari 4

MAKANAN SIHAT MENGIKUT PIRAMID MAKANAN

Piramid Makanan:

 Piramid makanan merupakan satu panduan udah bagi individu


mempelbagaikan makanan harian mengikut jumlah sajian yang disarankan.

 Makanan seimbang mengandungi kombinasi pelbagai jenis makanan untuk


memberi kita semua zat makanan yang diperlukan oleh tubuh. Tiada satu pun
makanan tunggal yang dapat membekalkan kesemua zat yang diperlukan.
Tubuh memerlukan pelbagai jenis makanan dalam kuantiti yang berbeza
untuk memelihara kesihatan.

 Piramid Makanan Malaysia mempunyai gabungan lima (5) kumpulan


makanan yang diletakkan pada empat (4) aras. Selain daripada jenis
kumpulan makanan, piramid makanan juga menyatakan jumlah sajian yang
disarankan untuk diambil dalam sehari bagi setiap kumpulan makanan.

 Bentuk piramid yang lebih besar di bahagian bawah dan semakin mengecil
ke atas menggambarkan kepada individu perlu mengambil makanan yang
lebih banyak pada bahagian bawah (dasar) piramid dan makan sedikit
makanan-makanan pada aras paling atas (puncak) piramid.
Label dan kuantiti makanan:
Berdasarkan piramid makanan, terdapat aras-aras makanan yang menunjukkan
label dan kuantiti makanan yang sepatutnya diambil bagi menjaga dan menjamin
pemakanan yang seimbang.

 Aras 1 (dasar piramid)


Nasi, mee, roti dan sumber biji-bijirin dan ubi-ubian
Makan secukupnya
   4 – 8 sajian sehari

  Aras 2
Sayur-sayuran dan buah-buahan
Makan banyak
Sayur- sayuran : 3 sajian sehari
Buah-buah : 2 sajian sehari

 Aras 3
Ikan, ayam, daging dan kekacang
Makan sederhana
  ½ – 2 sajian ayam, daging dan telur sehari
1 sajian ikan sehari
½ –  1 sajian kekacang sehari
  1 – 3 sajian sehari susu dan produk tenusu.

 Aras 4 (puncak)
Lemak, minyak, gula dan garam
Makan sedikit
PUNCA DAN GEJALA KERACUNAN MAKANAN

Keracunan Makanan:

Keracunan makanan ialah apa jua penyakit yang disebabkan oleh pengambilan
makanan atau minuman yang tercemar.

Punca Keracunan Makanan:

Punca keracunan makanan:

 Bakteria atau racun (toksin) bakteria tersebut dan virus


 Bahan kimia seperti racun serangga dan racun rumpai
 Logam berat seperti tembaga, raksa dan plumbum
 Tumbuhan dan hasil laut yang beracun seperti kulat, cendawan dan hasilan
laut bercengkerang seperti kekerang

Tanda dan Gejala keracunan makanan:

Tanda dan gejala keracunan makanan bergantung kepada :

 Keracunan tersebut
 Kuantiti/jumlah bakteria, virus atau agen penyebab toksin yang telah
dimakan
 Umur seseorang
 Sistem ketahanan badan (imuniti) seseorang

Pesakit itu mungkin akan mengalami :

 Rasa loya
 Cirit-birit
 Muntah-muntah
 Sakit perut
 Berpeluh/demam
 Sakit kepala
Antara sebab terjadinya keracunan makanan ialah:

 Makanan ditinggalkan pada suhu bilik untuk tempoh yang lama (lebih
dari 4 jam)
 Makanan tidak dimasak dengan sempurna
 Makanan tidak disimpan dengan baik (makanan yang mentah di
disimpan bersama dengan makanan yang telah dimasak)
 Makanan yang telah sejuk tidak dipanaskan dengan sempurna
 Makanan yang beku seperti daging tidak dinyahbekukan dengan
sempurna sebelum dimasak
 Memakan lebihan makanan secara terus tanpa dipanaskan dengan
sempurna
 Kaedah penyediaan makanan yang tidak bersih
 Makanan tersebut disediakan oleh orang yang menghidapi atau
pembawa penyakit yang disebarkan melalui makanan seperti typhoid dan
taun

Anda mungkin juga menyukai