Anda di halaman 1dari 20

‫‪LS 02302‬‬

‫سريه خلفاء الراشدين‬

‫اتجوق‪ :‬عامثن بن عفان‬

‫امري مهزه بن ذوالكفل ‪19HP003‬‬


‫امريول بن مجعة ‪19HP004‬‬
‫محمد اميان بن امت ‪19HP010‬‬

‫دڤلوما ترتيݞڬي ڤرݢوروان أڬام (ڤنديديقن اسالم)‬


‫فكوليت اصول ادلين‬
‫كوليج اونيۏرسييت ڤرݢوروان أڬام رسي بڬاون‬
‫مسيسرت ‪٢‬‬
‫‪٢٠٢٠\٢٠١٩‬‬

‫‪:‬ڤنرشح‬
‫استاذة حاجة‪ W‬تيارا بنت حاج بسمن‬

‫‪1‬‬
‫بسم هللا الرمحن الرحمي‬

‫‪2‬‬
PENGHARGAAN

ُ‫ال َّسالَ ُم َعلَ ْي ُك ْم َو َرحْ َمةُ هللاِ تعالى َوبَ َر َكاتُه‬

‫ال َح ْم* ُد هَّلل ِ َربِّ ْال َع**الَ ِميْن‬,


ْ kami merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat Illahi dengan limpah dan
kurniaNya, dapat kami menyelesaikan tugasan kerja kursus kami ini dengan penuh jayanya.
Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Ustazah Hajah Tiara Binti Haji Basman,
Pensyarah Mata Pelajaran Sirah Khulafa Al-Rasyidin (LS 02302), di atas kesudian beliau
memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses
pembentukan tugasan ini berlaku. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
pihak Perpustakaan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan kerana membenarkan kami
meminjam buku sebagai bahan rujukan kami, rakan-rakan yang banyak membantu kami sama
ada secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan.
Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini.

Sebelum kami mengundur diri, terimalah serangkap mutiara kata dari kami sebagai renung-
renungan dan selamat beramal.

“Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi
adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus”

3
ABSTRAK

Sayyidina ‘Uthman bin ‘Affan dikenali sebagai seorang sahabat Rasulullah Sallahu ‘Alaihi
Wasallam yang sangat pemalu. Walaupun beliau terkenal dengan sifat yang sangat pemalu tetapi
sifatnya itulah membentuk dirinya menjadi seorang muslim yang kuat beribadat, bersopan santun
dan rendah diri. Bermula dari sifat pemalunya, beliau telah dapat mengaplikasikannya di dalam
pemerintahan bernegara, bermasyarakat dan beragama. Bahkan bukan itu sahaja, empayar Islam
ketika itu dapat dikembangkan jajahannya hingga ke Eropah dan Afrika. Akhirnya, pengajaran
dari pembelajaran ini, kita boleh menguasai dan mengamalkan serta menteladani sifat Sayyidina
‘Uthman kepada diri kita dan kepada ahli keluarga, sahabat dan masyarakat.

4
ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN.....................................................................................................................................3
ABSTRAK.................................................................................................................................................4
1. PENDAHULUAN..................................................................................................................................6
2. KEISTIMEWAAN SAYYIDINA ‘UTHMAN.................................................................................6
2.1 Jaminan Masuk Syurga..................................................................................................................7
2.2 Sahabat Yang Disayangi Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam..................................................7
2.3 Digelar Dzu An-Nurain...................................................................................................................7
2.3 Menantu Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam............................................................................8
3. CARA PELANTIKAN DAN PENAKLUKAN....................................................................................9
3.1 Perang Azarbaijan Dan Armenia.................................................................................................11
3.2 Penaklukan Raiy Yang Kedua Pada Tahun 24 H.......................................................................11
3.3 Penaklukan Istarhar Yang Kedua Pada Tahun 27 H.................................................................11
3.4 Penaklukan Thabaristan Pada 30 H............................................................................................12
3.5 Penaklukan Pasukan Ibnu Amir Pada Tahun 31 H....................................................................12
3.6 Penaklukan Yang Dilakukan Pasukan Ibnu Amir Pada Tahun 32 H.......................................13
3.7 Penaklukan Kota Iskandariyah Setelah Melanggar Perjanjian Damai Pada Tahun 25 H......14
4. JASA KHALIFAH ‘UTHMAN BIN AL-‘AFFAN RADHIALLAHU ANHU................................16
4.1 Pengumpulan Al-Quran................................................................................................................16
4.2 Menyediakan Persiapan Tentera-Tentera Di Peperangan Tabuk.............................................17
4.3 Pembelian Telaga Rummah (ٌ‫) ُر ْو َمة‬...............................................................................................17
5. KEWAFATAN SAYIDINA ‘UTHMAN............................................................................................18
6. PENGAJARAN....................................................................................................................................19
BIBLIOGRAFI........................................................................................................................................20

5
1. PENDAHULUAN
Khalifah ‘Uthman bin ‘Affan Radhiallahu ‘Anh merupakan khalifah Islam yang ketiga iaitu
selepas Khalifah Abu Bakar Radhiallahu ‘Anh dan Khalifah Umar Al-Khattab Radhiallahu ‘Anh.
Beliau dilantik menjadi khalifah melalui persetujuan orang ramai.

Nama beliau sebenarnya ialah ‘Uthman bin ‘Affan bin Abi al-‘As yang mana beliau
dilahirkan ketika Baginda Nabi Muhammad Sallahu ‘Alaihi Wasallam berumur 5 tahun.
‘Uthman merupakan seorang bangsawan dari golongan Quraisy dari Bani Ummayah.

Beliau terkenal sebagai seorang yang lemah lembut, pemurah dan baik hati. Beliau
merupakan salah seorang dari saudagar yang terkaya di tanah Arab sehinnga beliau digelar
dengan gelaran “al-Ghani” yang beerti kaya. Selepas memeluk Islam, beliau banyak
mendermakan hartanya ke arah kepentingan agama Islam, contohnya dalam peperangan Tabuk,
beliau telah mendermakan 950 ekor unta, 50 ekor kuda dan 1000 dinar. Begitu juga ketika umat
Islam berhijrah ke Madinah, umat Islam menghadapi masalah untuk mendapatkan air minuman.
Oleh itu Sayyidina ‘Uthman telah membeli telaga Ar-Rummah dari seorang yahudi dengan harga
20,000 dirham untuk digunakan oleh umat Islam dengan percuma.

2. KEISTIMEWAAN SAYYIDINA ‘UTHMAN


Sayyidina ‘Uthman Radhiallahu ‘Anh terkenal dengan sifatnya yang sangat pemalu. Nabi
Muhammad Sallahu ‘Alaihi Wasallam pernah mengungkapkan mengenai beliau sendiri, seperti
yang diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, dari Anas bin Malik, baginda bersabda:

‫َأ ْر َح ُم ُأ َّميِت َأبُو بَ ْك ٍر َوَأشَ دُّ هَا يِف ِد ِين اهَّلل ِ مُع َ ُر َوَأ ْصدَ قُهَا َحيَا ًء ُعثْ َم ُان‬

Maksudnya:

Orang yang paling dalam kasih sayangnya dari umatku ialah Abu Bakar dan paling teguh
dalam memelihara ajaran Allah ialah Umar dan yang paling bersifat pemalu ialah ‘Uthman.

6
2.1 Jaminan Masuk Syurga
Sayyidina ‘Uthman Radhiallahu ‘Anh merupakan salah seorang daripada 10 orang sahabat Nabi
Muhammad Sallahu ‘Alaihi Wasallam yang mendapat darjat kemuliaan di sisi Allah Subhanahu
wa Ta’ala dan dijaminkan untuk masuk syurga. Seperti yang termaktub di dalam Al-Quran,
Surah Al-Waqi’ah ayat 10 hingga 12:

١٢﴿ ‫ات النَّ ِع ِمي‬ َ ُ ‫﴾ ُأول َ ِئ َك الْ ُم َق َّرب‬١٠﴿ ‫ون‬


ِ َّ ‫﴾ يِف َجن‬١١﴿ ‫ون‬ َ ‫السا ِب ُق‬ َ ‫السا ِب ُق‬
َّ ‫ون‬ َّ ‫﴾ َو‬

Tafsirnya:

Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam
mengerjakan kebaikan di dunia), yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-
baiknya di akhirat kelak); Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),
(Tinggal menetap) di dalam syurga-syurga yang penuh nikmat.

2.2 Sahabat Yang Disayangi Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam


Sayyidina ‘Uthman Radhiallahu ‘Anh merupakan contoh sahabat yang mempunyai akhlak yang
terpuji. Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam sangat menyenangi perwatakan Sayyidina ‘Uthman
Radhiallahu ‘Anh serta mengangkat darjat beliau di sisi baginda. Maka tidak hairanlah melalui
perwatakan beliau yang mulia, lembut, sopan, dan telus ini mendorong baginda Rasulullah
Sallahu ‘Alaihi Wasallam untuk menjadikan beliau menantu dengan mengahwinkan dua orang
puteri baginda.

2.3 Digelar Dzu An-Nurain


Gelaran Dzu an-Nurain amat masyhur di kalangan para sahabat kerana telah mengahwini dua
puteri Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam. Pertama adalah apabila beliau menikahi puteri
Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam yang bernama Ruqayyah (selepas kedatangan agama Islam.
Adapun sebelum kedatangan agama Islam, Ruqayyah telah pun bersuamikan ‘Utbah (sepupunya)
dan merupakan anak lelaki kepada Abu Lahab yang terkenal dengan kebenciannya terhadap

7
agama yang dibawa oleh Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam. Sebagaimana firman Allah
Subhanahu wa Ta’ala dalam Surah al-Masad ayat 1:

‫تَب َّ ْت يَدَ ا َأيِب لَه ٍَب َوت ََّب‬

Tafsirnya:

Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab dan binasalah ia bersama

Atas desakan Abu Lahab, ‘Utbah terpaksa menceraikan Ruqayyah. Maka selepas
penceraian itu, Sayyidina ‘Uthman Radhiallahu ‘Anh telah meminang Ruqayyah dan mereka
dikahwinkan oleh Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam. Sayyidina ‘Uthman Radhiallahu ‘Anh
tidak pernah ketinggalan untuk turut serta dalam peperangan bersama Rasulullah Sallahu ‘Alaihi
Wasallam kecuali peperangan Badar, kerana pada masaa itu beliau terpaksa menjaga isterinya
Ruqayyah yang sedang sakit tenat.

Kedua ialah setelah kewafatan Ruqayyah, Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam telah
mengahwinkan Sayyidina ‘Uthman Radhiallahu ‘Anh dengan puteri baginda yang bernama
Ummu Kaltsum iaitu adik kepada Ruqayyah. Sayyidina ‘Uthman Radhiallahu ‘Anh juga digelar
Dzu an-Nurain kerana banyaknya pembacaan Al-Quran di dalam sembahyang ketika qiamulail.
Al-Qur’an itu adalah cahaya dan qiamulail itu juga adalah cahaya.

2.3 Menantu Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam


Sayyidina ‘Uthman Radhiallahu ‘Anh adalah seorang sahabat yang amat disayangi oleh
Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam. Hubungan mereka terjalin dengan eratnya kerana beliau
merupakan menantu Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam.

Ketika puteri kedua Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam iaitu Ummu Kaltsum wafat,
Sayyidina ‘Uthman Radhiallahu ‘Anh berasa sangat kecewa dan sedih. Hal ini menyebabkan
Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:

8
‫ل َ ْو اَك ن َْت ِع ْندَ اَن اَث ِلثَ ٌة َلز َّو ْجنَا َكهَا اَي ُعثْ َم َان‬

Maksudnya:

Sekiranya kami mempunyai anak perempuan yang ketiga lagi, nescaya akan kami
kahwinkan dia dengan engkau wahai ‘Uthman.

3. CARA PELANTIKAN DAN PENAKLUKAN


Umar bin Khattab Radhiyallahu ‘Anhu telah menyelesaikan permasalahan apabila dia meninggal
dunia dengan mengadakan mesyuarat yang dilakukan oleh 6 orang. Mereka adalah ‘Uthman bin
‘Affan, Ali bin Abi Thalib, Thalhah bin Ubaidillah, Az-Zubair bin Al-Awwam, Sa’ad bin Abu
Waqqash dan Abdurrahman bin Auf Radhiyallahu ‘Anhum. Mereka duduk di rumah Al-Miswar
bin Makhramah, lalu Abu Thalhah berdiri bersama mereka. Amru bin Al-Ash dan Al-Mughirah
bin Syu’bah datang dan duduk di belakang pintu. Sa’ad bin Abu Waqqash melontar batu kecil
kepada mereka berdua, lalu menghalau mereka dengan berkata, “Kami telah datang ke syura
untuk perbahasan satu permasalahan”.

Mereka bermesyuarat berkenaan dengan permasalahan mereka. Tiba-tiba suara tinggi


terdengar, maka Abu Thalhah berkata, “Sesungguhnya aku berfikir kamu akan melindunginya
dan aku tidak menduga kamu akan menentangnya”. Ketika itu Thalhah silap, lalu datang.
Perkara itu menjadi berakhir dengan tiga orang dari mereka menyerahkan hartanya kepda tiga
pihak. Az-Zubair menyerahkan apa yang dimilikinya berupa kekuasaan kepada Ali, Sa’ad
menyerahkan hartanya kepada Abdurrahman bin Auf dan Thalhah meninggalkan haknya kepada
‘Uthman bin ‘Affan.

Abdurrahman berkata kepada Ali dan Utsman, “Siapa diantara kamu berdua yang
terhindar dari perkara ini, maka kami akan menyerahkan permasalahan kepadanya. Demi Allah,
aku dengan Islam harus berijtihad, dan aku menjadikan seorang amir salah satu dari kamu yang
paling berhak”. Lalu mereka berdua mengakuinya.

9
Kemudian mereka berpisah dan Abdurrahman bin Auf Radhiyallahu ‘Anhu meminta
pendapat orang ramai dengan mengumpulkan para pemimpin mereka semuanya samaada secara
berduaan, atau individu, atau berkumpulan, dengan cara rahsia atau terang-terangan.

Pada hari keempat setelah Umar wafat, datang ke rumah anak saudara perempuannya
iaitu Al-Miswar bin Makhramah, lalu Abdurrahman menegaskan kepadanya, “Pergilah dan
panggilkan untukku Ali dan ‘Uthman!”. Al-Miswar bertanya, “Siapa harus aku panggil terlebih
dahulu ?”. Abdurrahman menjawab siapa saja yang engkau hendaki. Al-Miswar berkata, “Aku
berangkat untuk bertemu dengan Ali dan aku berkata kepadanya, ‘Penuhilah panggilan bapa
saudaraku!(Abdurrahman bin Auf)’. Ali berkata, ‘apakah engkau diperintah untuk memanggil
selain aku?’ dan aku katakan, ‘ya, benar’. Ali bertanya, ‘siapa dia?’ dan aku katakan, ‘Uthman
bin Affan’. Kemudian Ali bertanya ‘Siapa yang dipanggil terlebih dahulu?’. Aku mengatakan
‘Dia (Abdurrahman bin Auf) tidak memerintahkan kepadaku hal ini, tetapi dia berkata,
‘panggillah siapa saja yang engkau dahulukan mengikut kemahuanmu!’ dan aku telah datang
kepada engkau terlebih dahulu.”

Al-Miswar berkata, “Ali berangkat bersamaku. Ketika kami melintasi dekat rumah
‘Uthman bin ‘Affan, Ali duduk dan sedangkan aku masuk ke rumah Utsman. Aku mendapati
bahawa ‘Uthmansedang solat Witir dan solat Subuh. Aku memanggilnya dan dia berkata kepada
ku dan ‘Uthmanberkata berkata kepadaku sebagaimana yang dikatakan oleh Ali kepadaku”.
Kami telah pergi ke masjid kemudian menyuruh seluruh manusia untuk solat berjemaah.

Abdurrahman bin Auf naik mimbar Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam, lalu berkata,
“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku bertanya kepada kamu semua secara rahsia dan
terang-terangan, secara berdua atau individu. Bahawa jelas, aku tidak dapat memilih salah satu
dari orang ini samaada ‘Uthman atau Ali. Oleh kerana itu berdiri dan datanglah kepadaku wahai
Ali!”. Ali pun bangkit dan berhenti di bawah mimbar, lalu Abdurrahman meraih tangannya,
kemudian berkata, “Apakah engkau berbai’at kepadaku dengan kitab Allah, Sunnah Rasulullah
Sallahu ‘Alaihi Wasallam dan apa-apa yang dilakukan oleh Abu Bakar serta Umar?”. Ali
menjawab, “Ya Allah, tidak akan tetapi atas kekuatan dan kemampuan untuk itu”.

Kemudian, Ali menghulurkan tangannya dan berkata, “Bangkitlah wahai ‘Uthman!”. Dia
meraih tangannya dan berkata, “Apakah engkau berbai’at kepadaku dengan kitab Allah, Sunnah
Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam dan apa-apa yang dilakukan oleh Abu Bakar serta

10
Umar?”dan dia menjawab, “Ya Allah, ya”. Ali lalu mengangkat kepalanya kearah langit-langit
dengan tangan yang masih memegang ‘Uthman, lalu berdoa, “Ya Allah, dengarkan dan saksikan.
Ya Allah, dengarkan dan saksikan. Ya Allah, dengarkan dan saksikan. Sesungguhnya aku telah
menjadikan ‘Uthman sebagai pemimpinku”.

Kemudian, manusia beramai-ramai membai’at Uthman setelah Ali bin Abu Thalib terlebih
dahulu membai’atnya.”

3.1 Perang Azarbaijan Dan Armenia


Ibnu Jarir berkata, “Pada tahun ke-24 Hijriyah al-Walid bin ‘Utbah memerangi Azerbaijan dan
Armenia di saat penduduknya enggan untuk melaksanakan apa yang telah mereka sepakati
terhadap kaum muslimin pada masa pemerintahan Umar bin Khatthab. Khabar ini berdasarkan
riwayat Abi Mukhannaf. Setelah mereka menghianati perjanjian tersebut maka pasukan Al-
Walid bergerak ke Azarbaijan dan Armenia hingga negara mereka tertindas dan harta mereka
dirampas, Orang-orang ditawan dan banyak harta yang diambil dari mereka. Setelah mereka
yakin bahawa mereka akan binasa, mereka kembali mentaati perjanjian yang dulu pernah mereka
sepakati dengan Hudzaifah Ibnul Yaman pada tahun ke-22 hijriyah, iaitu dengan membayar
pajak sejumlah 800,000 dirham setiap tahun. Kemudian diambil dari mereka pajak setahun, lalu
pasukan kembali dengan selamat dengan membawa ghanimah (harta rampasan perang) ke
Kufah.”

3.2 Penaklukan Raiy Yang Kedua Pada Tahun 24 H.


Pada tahun ini Raiy ditakluki oleh Abu Musa al-Asy'ary setelah mereka membatalkan perjanjian
yang telah mereka sepakati bersama Hudzaifah Ibnul Yaman.

3.3 Penaklukan Istarhar Yang Kedua Pada Tahun 27 H.


Pada tahun ini untuk kali yang kedua Istakhar ditakluki oleh pasukan yang dipimpin ‘Uthmanbin
Abil 'Ash.

11
3.4 Penaklukan Thabaristan Pada 30 H.
Menurut pendapat al-Waqidi, Abu Ma’syar dan al-Madainy, pada tahun ke-30 Hijriyah pertama
kali wilayah ini ditakluki oleh pasukan Sa’id bin ‘Ash. Saif berpendapat bahawa penduduk
wilayah ini sebelumnya pernah mengadakan perjanjian dengan Suwaid bin Muqarrin yang tidak
memerangi wilayah dengan bayaran pajak yang mereka berikan. Al-Madainy menyebutkan
bahawa di tengan pasukan Said bin ‘Ash bersama al-Hasan, al-Husain, empat orang Abdullah,
Huzaifah Ibnul Yaman dan sahabat Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam serta lain yang ikut
mengunjungi berbagai negara dengan membuat perjanjian dengan membayar pajak hingga
sampai ke wilayah Jurjania. Pasukan kaum muslimin memerangi mereka sehingga harus
melaksanakan solat Khauf. Huzaifah Ibnul Yaman ditanya cara Rasulullah Sallahu ‘Alaihi
Wasallam mengerjakan solat khauf lalu beliau mengkhabarkannya kemudian pasukannya
melaksanakannya sesuai dengan yang diajarkan Huzaifah Ibnul Yaman.

Kemudian penghuni tembok meminta perdamaian. Permintaan itu diterima dengan


syarat penghuni tembok dibunuh hingga tinggal seorang dengan tujuan tembok tersebut dapat
ditakluki. Kemudian pasukan Islam mengambil segala yang ada di dalam benteng.

Pada Tahun ke-31 Hijriyyah, Abdullah bin Amir menakluki samaada dengan kekerasan
atau perdamaian pada berbagai daerah yang melanggar perjanjian yang telah disepakati. Di
antara kota yang beliau menakluki adalah kota Muru dengan bayaran pajak sebanyak 1,200,000
dirham hingga 6,200,000 dirham setiap tahun dan juga kota Thus, Abrasyhar, Biward, Nisa
hingga mencapai kota Sarakhs.

3.5 Penaklukan Pasukan Ibnu Amir Pada Tahun 31 H.


Pada tahun ini Abdullah bin Amir menakluki berbagai daerah yang melanggar perjanjian yang
telah disepakati.Ada yang ditakluki dengan kekerasan dan ada juga yang ditakluki dengan
membuat perdamaian. Di antara kota yang beliau takluki adalah kota Muru dengan pajak
1,200,000 dirham, dikatakan 6,200,000 dirham setiap tahun. Kota Thus, Abrasyhar, Biward, Nisa
hingga mencapai kota Sarakhs.

12
3.6 Penaklukan Yang Dilakukan Pasukan Ibnu Amir Pada Tahun 32 H.
Pada tahun ini Ibnu Amir menaklukkan Marwu ar-Rudz,Thalaqan, Faryaab, Jurjan dan
Thukharistan. Adapun Marwu ar-Rudz, Ibnu Amir mengirimkan pasukan al-Ahnaf bin Qais dan
mengepung daerah tersebut.

Kemudian pasukan mereka keluar dan tamat perperangan hingga pasukan kaum muslimin
dapat menakutkan mereka dan mendesak mereka masuk ke dalam tembok hingga akhirnya
mereka meminta perdamaian dengan memberikan harta yang melimpah dan setiap tanah
kepunyaan penduduk harus dikeluarkan serta membiarkan tanah yang diberikan Kisra kepada
ayahnya Marzaban penguasa Maru. Kemudian al-Ahnaf menerima dan menuliskan perdamaian
tersebut. Kemudian al-Ahnaf mengirim al-Aqra' bin Harits ke daerah Juzajan yang akhirnya
dapat ditakluki setelah melalui peperangan. Setelah terbunuh beberapa orang yang gagah perkasa
dari pasukan kaum muslimin kemudian meraih kemenangan. Di antara mereka yang terbunuh
adalah Abu Kutsaiyir an-Nahsyaly.

Kemudian al-Ahnaf bergerak dari Marwu Rudz ke Balkh lantas mengepungnya hingga
mereka meminta perdamaian dengan memberikan bayaran 400,000 dirham dan mewakilkan
pengambilan bayaran tersebut kepada sepupunya Usaid bin al-Mutasyammis. Kemudian kembali
bergerak untuk meneruskan jihad namun terhalang oleh musim dingin, ia berkata kepada
pasukannya, “Terpulang pada kamu, mau meneruskan atau tidak?”. Mereka menjawab, “Amr bin
Ma'di Karib berkata, ‘Jika engkau tidak sanggup melaksanakan sesuatu maka tinggalkanlah, dan
laksanakanlah apa yang sanggup kamu lakukan’.”

Maka al-Ahnaf memerintahkan mereka untuk bergerak ke Balkh dan tinggal di sana
selama musim dingin kemudian kembali ke markas Ibnu Amir di Naisabur.

Dikatakan kepada Ibnu Amir, “Tidak pernah seseorang melakukan penaklukkan seperti
yang telah engkau takluki: Persia, Kirman, Sajistan dan seluruh Khurasan.” Dia menjawab,
“Sudah pasti, sebagai rasa syukurku kepada Allah Subhanahu Wata’ala, aku akan melakukan
umrah dan memulai ihram dari tempatku ini.” Maka dia melakukan umrah dan berihram dari
Naisabur. Apabila dia berjumpa dengan ‘Uthman bin ‘Affan, dia mendapat teguran dari beliau
kerana berihram dari Naisabur ke Khurasan.

13
3.7 Penaklukan Kota Iskandariyah Setelah Melanggar Perjanjian Damai
Pada Tahun 25 H.
Penduduk Iskandariyah melanggar perjanjian damai pada tahun ini. Sebabnya kerana raja
Romawi mengirimkan kepada mereka alat pelempar batu melalui kenderaan laut sehingga
mereka sangat menginginkan kemenangan dan melanggar perjanian tersebut. Maka pasukan Amr
bin al-‘Ash datang memerangi mereka pada bulan Rabi'ul Awwal sehingga ‘Anwah dan kota
Iskandariyah dapat dikuasai kembali dengan perjanjian damai.

3.8 Pertempuran Afrika Pada Tahun 27 H.

‘Uthman bin ‘Affan mengeluarkan perintah kepada Abdullah bin Saad bin Abi Sarh agar
memerangi negara Afrika dan jika ia berhasil menaklukinya maka ia akan diberi seperlima dari
harta ghanimah. Bergeraklah Abdullah bin Saad dengan membawa pasukan sebanyak 10,000
tentera yang dapat menakluki bukit dan gunung serta banyak musuh mati. Kemudian mereka
bersepakat untuk taat dan memeluk Islam serta baik keislaman mereka. Lalu Abdullah bin Saad
mengambil seperlima bagian dari harta ghanimah dan mengirim empat perlima bagian kepada
‘Uthman bin ‘Affan. Kemudian diberikan kepada para tentara, sehingga pasukan berkuda
masing-masing mendapat 3,000 dinar dan pasukan pejalan kaki masing-masing mendapat 1,000
dinar.

3.9Penaklukan Kota Ciprus Pada Tahun 28 H.

Ibnu Jarir yang mengikuti pendapat al-Waqidi yang menyebutkan bahawa Kota Ciprus ditakluki
pada tahun ini. Ciprus adalah sebuah pulau terpencil di perairan negeri Syam. Di pulau tersebut
terdapat berbagai macam buah-buahan, barang dan merupakan sebuah negeri yang indah. Negeri
ini ditakluki oleh pasukan kaum muslimin yang mempunyai kekuatan besar di bawah pimpinan
Mu'awiyah bin Abi Sufyan yang bergerak dengan menggunakan kapal. Di antara mereka ialah
Ubadah bin Shamit dan isterinya Ummu Haram binti Milhan, Rasulullah Sallahu ‘Alaihi
Wasallam pernah tidur di rumahnya kemudian bangun dan tertawa. Ummu Haram bertanya,
“Apa yang membuatmu tertawa ya Rasulullah?”. Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam

14
menjawab, “ Diperlihatkan kepadaku umatku yang sedang berperang fi sabilillah dengan menaiki
kapal di laut ini, seolah-olah mereka seperti raja-raja yang berada di atas singgahsana.”
Ummu Haram berkata, “Ya Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam doakan kepada Allah
Subhanahu Wata’ala agar aku termasuk di antara mereka!”. Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam
bersabda, “Engkau adalah termasuk orang-orang yang pertama.”
Ummu Haram ikut serta dalam pertempuran ini dan wafat di tengah pasukan tersebut.
Maksudnya bahawa Mu'awiyah menggunakan kapal untuk mencapai pulau yang sudah dikenal
tersebut di daerah Qarish dengan bala tentara yang berkekuatan besar, berdasarkan perintah dari
‘Uthman bin ‘Affan setelah diminta oleh Mu'awiyah. Sebelumnya Mu'awiyah juga pernah
meminta hal tersebut kepada Umar bin Khatthab, namun Umar tidak mengizinkannya membawa
pasukan begitu besar yang jika mengalami kekalahan akan membinasakan semua tentara
tersebut. Ketika pemerintahan dipegang oleh Utsman, Mu'awiyah memaksanya agar diberi izin
maka ‘Uthman pun mengizinkannya. Kemudian Mu'awiyah menaiki kapal hingga sampai ke
tempat tujuan dan Abdullah bin Sa’ad bin Abi Sarh juga telah sampai dari arah lain. Lalu mereka
memerangi penghuni pulau tersebut hingga banyak yang jatuh dari pihak musuh dan banyak juga
yang tertawan serta membawa harta ghanimah yang banyak.
Ketika para tawanan tersebut didatangkan, menangislah Abu Darda'. Jubair bin Nufair
berkata kepadanya, "Mengapa kamu menangis padahal pada hari ini Allah Subhanahu Wata’ala
telah menjayakan Islam dan kaum muslimin?" Abu Darda berkata, “Bagaimana kamu ini,
tadinya mereka adalah umat yang dapat menguasai kerajaan-kerajaan lain, di saat mereka
mengabaikan perintah Allah Subhanahu Wata’ala. Allah Subhanahu Wata’ala mengubah
kedudukan mereka menjadi tawanan. Jika suatu kaum telah menjadi tawanan maka Allah tidak
lagi mempedulikan mereka. Kemudian ia melanjutkan ucapannya, “Sungguh Allah sangat
menghinakan hamba yang meninggalkan perintah-Nya.”

Kemudian mereka membuat perjanjian damai dengan memberikan bayaran 7,000 dinar
setiap tahun. Apabila mereka hendak pulang, mereka disediakan seekor baghal sebagai
kenderaan Ummu Haram. Namun pada saat itu ia terjatuh dan lehernya patah sehingga ia mati
dan dikuburkan di sana.

15
4. JASA KHALIFAH ‘UTHMAN BIN AL-‘AFFAN RADHIALLAHU ANHU

4.1 Pengumpulan Al-Quran


Al-Quran telah dikumpulkan dengan cara menghafalnya dan menghimpunnya secara bertulis.
Proses pengumpulan ayat-ayat Al-Quran pada masa Sayidina ‘Uthman tidak berlaku kerana Al-
Quran telah dikumpulkan di dalam satu mushaf dan telah disimpan oleh Hafshah binti Umar al-
Khattab. Zaman tersebut lebih dikenali dengan proses an-Naskh iaitu penyalinan mushaf kepada
beberapa mushaf.

Di waktu pemerintahan Sayidina ‘Uthman Radhialallahu Anhu agama Islam mula


tersebar luas dan diterima dimerata tempat dan negeri, khasnya negeri-negeri yang baru dibuka
dan dikuasai oleh orang-orang Islam boleh dikatakan penduduknya terdiri daripada berbagai
bangsa bukan hanya bangsa Arab semata-mata, terutamanya mereka yang bukannya terdiri
daripada para sahabat. Maka dari sinilah timbulnya kaedah atau cara pembacaan Al-Quran yang
berlainan dikalangan umat Islam ketika itu. Ada yang mendakwa bacaan mereka lebih baik dan
sahih berbanding bacaan orang lain dan begitu juga sebaliknya.

Kekecohan dan pertelingkahan mengenai cara pembacaan ini telah sampai


kepengetahuan Sayidina ‘Uthman lantas mengarahkan supaya mushaf yang ada pada Hafshah
binti Umar al-Khattab dipinjam utk disalin dan diberikan salinannya ke negeri Basrah, Kuffah,
Syam, Makkah dan satu naskah lagi untuk Sayidina Osman Radhiallahu Anhu di Madinah.

Penyalinan mushaf tersebut telah dipertanggungjawabkan kepada Zaid bin Thabit,


Abdullah bin Zubair, Sa’ad bin Al-‘Ash dan Abdul Rahman bin Al-Harits bin Hisyam. Mushaf
yang disalin ini disebut sebagai Mushaf ‘Uthmani dan telah menjadi panduan dan rujukan
penulisan mushaf-mushaf selepas itu sehinggalah sekarang. Mushaf ini juga sebagai asas kepada
kaedah yang disebut sebagai Kaedah Penulisan Rasm ‘Utsmani.

16
4.2 Menyediakan Persiapan Tentera-Tentera Di Peperangan Tabuk

Sayidina Uthman Radhiallahu Anhu telah mengeluarkan belanja yang amat besar bagi
menampung satu pertiga (1/3) jumlah tentera bagi peperangan Tabuk yang berupa kemudahan
dan persiapan tentera seperti menyediakan 950 ekor umta dan 50 ekkor kuda perang.

Mengenai perkara ini, sepertimana yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari daripada
Abu ‘Amru al-Qurasyi, Rasulullah Salallahu Alaihi Wassalam bersabda:

‫ة‬Wُ َّ‫َم ْن هَج ََّز َجي َْش الْعُرْس َ ِة فَهَل ُ الْ َجن‬
Maksudnya: Barangsiapa yang mempersiapkan tentera-tentera al-‘Usrah (perang Tabuk) maka
baginya adalah syurga.

Bukan setakat itu sahaja, malahan Sayidina Uthman Radhiallahu Anhu telah menambah
perbelanjaan tersebut dengan meletakkan wang sebanyak 1000 dinar bagi persiapan tentera di
peperangan ‘Usrah di bilik Rasulullah Salallahu Alaihi Wassalam, sebagai mana dalam hadith
yang diriwayatkan oleh al-Imam at-Tirmidzi, daripada Abdul Rahman bin Samurah, Rasululluah
Salallahu Alaihi Wassalam bersabda:

ِ ‫َما رَض َّ ُعثْ َم َان َما مَع ِ َل ب َ ْعدَ الْ َي ْو ِم َّمرتَنْي‬


Maksudnya: Tidak akan rugi Uthman di atas apa yang dilakukannya selepas ini
(mengulangkannya sebanyak dua kali).

4.3 Pembelian Telaga Rummah (Eٌ‫) ُر ْو َمة‬


Ketika di Madinah, golongan Muhajirin telah mengadu kepada Rasulullah Salallahu Alaihi
Wassalam mengenai dengan air bersih yang sedikit dan untuk mendapatkan air bersih yang
banyak hanya terdapat pada telaga Rummah. Sebagaimana yang terdapat dalam sebuah hadith
yang diriwayatkan oleh al-Imam an-Nasa’ie daripada Tsumamah bin Hazn al-Qusyairi,
Rasulullah Salallahu alaihi Wassalam bersabda:

‫َم ْن ي َْشرَت ِ ِب ْء َر ُرو َم َة فَيَ ْج َع ُل فهِي َا َدلْ َو ُه َم َع َد َال ِء الْ ُم ْس ِل ِم َني خِب َرْي ٍ هَل ُ ِمهْن َا يِف الْ َجنَّ ِة‬

17
Maksudnya: “Siapa yang sudi membeli telaga Rummah itu lalu diberikannya untuk menjadi
harta seluruh kaum muslimin, maka syurgalah akan menjadi tempatnya.
Maka pada masa itu juga Sayidina ‘Uthman apabila mendengar sahaja sabda Rasulullahu alaihi
Wassalam, beliau dengan ikhlas telah membeli sebuah telaga yang dimaksudkan iaitu telaga
Rummah dengan harga 35 ribu dirham, telaga ini lalu diwakafkannya kerana Allah Subhanahu
wa Ta’ala bagi kegunaan kaum Muslimin.
Dari kisah telaga Rummah ini dan kisah peperangan Tabuk, Sayidina ‘Uthman telah
diberi jaminan oleh Rasulullah Salallahu Alaihi Wassalam untuk masuk syurga sebanyak dua
kali sebagaimana yang diriwayatkan oleh imam al-Bukhari daripada Abu ‘Amru al=Quraisyi,
Rasulullahu Salallahu Alaihi Wassalam bersabda:
‫َم ْن حَي ْ ِف ْر ب ْء َر ُرو َم َة فَهَل ُ الْ َجنَّ ُة فَ َح َف َره َا ُعثْامَ ُن َوق َا َل َم ْن هَج ََّز َجي َْش الْعُرْس َ ِة فَهَل ُ الْ َجنَّ ُة فَ َجه ََّز ُه ُعثْامَ ُن‬
Maksudnya: Siapa yang menggali telaga maka baginya syurga dan yang menggali telaga tersebut
adalah ‘Uthman. Kemudian baginda bersabda lagi: Siapa yang membuat persiapan untuk askar-
askar berperang dalam perperangan ‘Usrah atau Tabuk maka baginya syurga dan yang membuat
persiapan tersebut itu adalah ‘Uthman.

5. KEWAFATAN SAIYDINA ‘UTHMAN

Sayidina ‘Uthman bin ‘Affan telah mati syahid semasa membaca Al-Quran. Tiga orang
pimpinan Khawarij masuk di mana Ghafiqi telah memukul Sayidina ‘Uthman dengan besi dan
menendang Al-Quran yang dibaca olehnya. Al-Quran itu lalu terbuka dan tetap berada ditangan
Sayidina ‘Uthman sehingga darah yang mengalir dari muka Sayidina ‘Uthman terkena ayat 137
surah Al-Baqarah iaitu:

َّ ‫…فَ َس َي ْك ِفي َكهُ ُم اهّلل ُ َوه َُو‬..


‫السبِي ُع الْ َع ِل ُمي‬
Maksudnya: …Maka cukuplah Allah bagi kamu daripada kejahatan mereka dan Dialah Tuhan
Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Kemudian datang pula Sudan lalu dilibas pedangnya kea rag Sayidina ‘Uthman tetapi
isterinya Nailah menahannya sehingga pedang itu telah memutuskan jari isteri Sayidina ‘Uthman
itu. Sudan yang hilang peri kemanusiaan terus menetak Sayidina ‘Uthman beberapa kali
sehingga beliau gugur syahid. Dua orang anak Sayidina ‘Uthman iaitu Najih dan Sobih turut

18
gugur syahid dibunuh ketika membunuh si pembunuh ayah mereka. Kewafatan Sayidina
‘Uthman ialah sebelum Maghrib, hari Jumaat, 18 Zulhijjah tahun 35 Hijrah dalam usia 83 tahun.

Jasad 6 orang termasuk jenazah Saiyidina ‘Uthman dituntut daripada pemberontak pada
malam tersebut manakala 3 mayat pemberontak pula dibuang di dalam kebun sehingga dimakan
oleh anjing. Para Muslimin begitu sedih dengan kewafatan Saiyidina ‘Uthman dan para sahabat
melaknat para pemberontak yang melakukan kekacauan dan pembunuhan kejam itu.

Saiyidina ‘Uthman adalah antara orang yang terawal memeluk agama Islam selepas Abu Bakar
as-Siddiq dan tergolong daripada 10 sahabat yang di jamin masuk syurga.

6. PENGAJARAN
Menjadi satu pengajaran yang sangat penting buat umat ini, supaya sentiasa berwaspada dengan
orang-orang Yahudi dan munafik. Al-Quran senantiasa meriwayatkan kisah-kisah mereka, agar
kita sedar akan tipudaya mereka. Akhlak mulia beliau juga patut dicontohi dan dijadikan teladan.
Saiyidina ‘Uthman juga mengajarkan kita suatu sikap supaya tidak mudah tunduk kepada
propaganda musuh. Walaupun terpaksa mengorbankan nyawa, kita tidak boleh sekali-kali
mengalah.
Semua yang berlaku adalah takdir Allah. Peristiwa ‘Uthman perlu diambil pengajaran
oleh umat Islam terutama pejuangnya. Ia sebagai langkah waspada dalam mengurus
permasalahan dalaman. Kegemilangan yang dijulang bukan bermakna kita boleh berehat dari
ancaman musuh yang sentiasa mencari ruang dan peluang. 

19
BIBLIOGRAFI

Al-Hadith
Al-Quran al-Karim.
2014. Mushaf Brunei Darussalam dan Terjemahannya.(Cet.1) Brunei Darussalam: Pusat Da’wah
Islamiah.
Abu Ahmad Muawiyah. 2011. Wasiat Agung 4 Khalifah. (Cet.1) Johor Bahru: PERNIAGAAN
JAHABERSA.
Ibnu Katsir. 2006. Tartib wa Tahzib Kitab al-Bidayah wan Nihayah. Penyusun: Dr. Muhammad
bin Shamil as-Sulami. Penterjemah: Abu Ihsan al-Atsari. (Cet.3). Jakarta: DARUL HAQ.
Imam As-Suyuthi. 2010. Tarikh Al-Khulafa Ensiklopedia Pemimpin Umat Islam dari Abu Bakar
hingga Mutawakkil. Penyunting: Misbah dan Yusuf Burhanudin. Penterjemah: Fachry. (Cet.1).
Jakarta Selatan: PT Mizan Publika.
Kementerian Hal Ehwal Ugama. 2008. HIJRAH DALAM KENANGAN: SAYIDINA ‘UTHMAN
BIN ‘AFFAN RADHIALLAHU ‘ANHU. Bandar Seri Begawan: Pusat Da’wah Islamiah.
Muhammad Husain Haekal. 2002. USMAN bin AFFAN “Umatku yang benar-benar pemalu
adalah Usman” (Hadis Syarif). Penterjemah: Ali Audah. (Cet.1). Bogor: Pustaka Litera
AntarNusa.

20

Anda mungkin juga menyukai