Anda di halaman 1dari 2

PENDAHULUAN

 Carl Orff dilahirkan pada 10 Julai 1895 di Munch dan meninggal


pada 29 Mac 1982.
 Seorang komposer terkenal pada abad ke-20.
 Kejayaan paling cemerlang dan banyak memberi kesan adalah dalam
bidang pendidikan.
 Banyak menghasilkan bahan-bahan pengajaran untuk kanak-kanak
dalam menghasilkan muzik seperti menggunakan suara dan alat-alat
perkusi.
 Bermula dengan menggunakan ritma ( rhythm) sebagai elemen
muzik yang asas,menari dan pengucapan. semua ini digabungkan dan
digunakan sebagai satu bahasa dalam pengajaran muzik kepada kanak-
kanak.
 Beliau juga menghasilkan bahan-bahan untuk orang dewasa
seperti oedipus Rex, The Wedding, oleh Tsravinsky, yang memberi
penekanan terhadap Ostinato, Pulsation, dan penggunaan suara secara
terus untuk menghasilkan sesuatu emosi.
 Juga menghasilkan kaedah pengajaran muzik yang diintegrasikan di
antara pengucapan,pergerakan, dan tarian yang
dinamakan schulwerk atau schoolwork.
 Carl Orff percaya bahawa kaedah yang mudah untuk mengajar Muzik
adalah dengan memperlihatkan hubungan semula jadi pelajar-pelajar
terhadap ritma dan melodi,ianya berlangsung secara semula jadi.
 Orff telah merancang dengan sempurna bermula dengn corak
ucapan,gerakan berirama,dan ton dua notasi serta pergerakan yang
logik dalam melodi pentatonik. 

FALSAFAH DAN PRINSIP CARL


ORFF
 Orff pernah berkata “Experience first, then
intellectualize” yang bermaksud kanak-kanak harus dibenarkan
untuk mengalami dunia muzikal sebelum mereka diajar tentang elemen-
elemen muzikal dalam bentuk notasi.
 Orff percaya bahawa kanak-kanak harus mengalami pergerakan dan
irama muzik sebelum mereka disuruh untuk memahaminya secara teori.
 Falsafah asas Orff adalah kepercayaan bahawa kanak-kanak dapat
mempelajari sesuatu melalui pembelajaran yang aktif dimana imitasi
dan explorasi membawa kepada keupayaan kanak-kanak untuk
mengimprovisasi dan akhirnya mampu membaca dan menulis notasi
yang dikenali sebagai literasi muzik.
 Orff percaya bahawa irama adalah elemen muzik yang paling
penting. Irama diajar dahulu sebelum elemen-elemen muzik yang lain.
 Apabila Orff merujuk kepada elemental music, beliau merujuk
kepada muzik yang dihasilkan oleh kanak-kanak yang tidak
memerlukan latihan yang khusus.
 Orff percaya bahawa transisi daripada percakapan kepada aktiviti
berirama dan kemudian kepada nyanyian adalah transisi pembelajaran
yang paling natural untuk kanak-kanak.
 Pendekatan Orff yang mengikut transisi ini juga digunakan setelah
seorang kanak-kanak telah memperkembangkan kemahiran untuk
bermain alat muzik.

Anda mungkin juga menyukai