Anda di halaman 1dari 2

Konsep pendekatan projek

Pendekatan pembelajaran berasaskan projek (PBP) merupakan kaedah instruktional yang


membenarkan murid membina kemahiran dan mendapatkan ilmu dalam menghasilkan hasil
projek akhir secara koperatif dengan teknik ‘hands-on’ dan ‘minds- on’ (Kaldi et al., 2011).
Mengikut acuan PAK21 iaitu bagi meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam
aktiviti PdPc, kemahiran berkomunikasi, daya kreativiti, kolaboratif ibu bapa dan komuniti,
pembinaan karekter dan jati diri anak Malaysia.
Pentaksiran dan penilaian aktiviti PdP perlu dilakukan secara lebih menyeluruh.
Perkembangan murid ditaksir dan dinilai melalui beberapa cara sebelum, semasa dan
selepas PdP dijalankan bagi memacu kecemerlangan peribadi serta nilai kemenjadian murid
secara holistik terutama bagi persediaan diri dan kejayaan hidup mereka pada masa
hadapan.
Kepentingan
Pengalaman awal persekolahan dan pembelajaran berkesan, bermakna dan
menyeronokkan dapat memberikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan seterusnya nilai dan
sikap diri yang positif pada masa hadapan. Pengalaman pembelajaran mereka seharusnya
bersifat futuristik dan boleh digunakan untuk mereka berjaya apabila mereka dewasa.

Perubahan pelaksanaan kurikulum KSPK Semakan 2017 ini berkesinambungan dan saling
berhubung kait dengan kurikulum standard sekolah rendah dan menengah. Impak kepada
pembelajaran murid abad ke-21 seperti yang dinyatakan oleh Mioduser dan Betzer (2003)
adalah murid menjadi lebih bermotivasi dan sentiasa bersifat ingin tahu semasa aktiviti PBP
dijalankan.

Perancangan dan pelaksanaan


ciri-ciri PBP di prasekolah seharusnya dijalankan secara individu atau berkumpulan iaitu dari
proses mengumpul bahan, maklumat, data, memproses maklumat dan data, dan pelaporan
hasil serta refleksi kendiri.
Interaksi guru dengan murid adalah berbentuk bimbingan dan perundingan pada setiap
tahap proses dan guru bertindak sebagai fasilitator. Penilaian dan pentaksiran dijalankan
dalam setiap tahap proses sehinggalah ke tahap hasil yang telah siap (BPK KPM, 2016).
Agihan tugasan dalam menyiapkan hasil projek dijalankan secara rundingan. bantuan dari
ibu bapa, guru perlu mengalu-alukan. Kesediaan guru dalam menerima pelibatan ibu bapa
dan komuniti dalam penyediaan sumber di bilik darjah sangat diharapkan.
PBP bersifat terbuka dan pembelajaran berlaku secara tidak langsung. Ia melalui proses
menghasilkan satu hasil projek yang bermakna dalam kehidupan sebenar murid itu sendiri.
Contohnya tajuk projek yang dipilih adalah berdasarkan minat dan sumber sedia ada dari
persekitaran murid itu sendiri.
Murid menyelidik,menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan mereka cipta.
Elemen TMK
Pemahaman yang diterapkan secara tidak langsung semasa proses PdPc dapat
mengukuhkan kemahiran dan ketrampilan modal insan yang dihasratkan dalam PPPM
2013-2025. Selain itu, aktiviti PBP juga dapat menerapkan nilai patriotisme, kreativiti inovasi,
keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi, kelestarian global dan pendidikan
kewangan (BPK KPM, 2016). Ini membuktikan yang PBP sesuai dilaksanakan di peringkat
prasekolah kerana pendekatan ini bersifat dinamik (Gultekin, 2005). Murid dapat meneroka
cabaran dalam dunia sebenar mereka dan berupaya menyelesaikan masalah bagi
menghasilkan sesuatu projek.

Anda mungkin juga menyukai