Anda di halaman 1dari 16

Topik 1 X Penulisan Arab:

Sejarah dan
Keistimewaannya
Sebelum Rasm
Uthmani

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan secara ringkas sejarah tulisan awal arab dan
hubungannya dengan tulisan samiah (Klasik);
2. Menerangkan keistimewaan tulisan arab sebelum Resm Uthmani
pada pandangan penulis samiah (klasik);
3. Menjelaskan asas-asas (mabadi) tulisan arab;
4. Menjelaskan pandangan-pandangan ahli hadith dan ulama salaf
mengenai mabadi tulisan arab; dan
5. Mengemukakan pendapat Prof. Muhammad Mustafa al-Azami
mengenai penulisan Arab dan pendapat Orientalis.

X PENGENALAN
Mempelajari sejarah penulisan arab, khususnya sebelum Rasm Uthmani
memudahkan kita untuk memahami dan mendalami ilmu rasm, permasalahan
dan penjelasannya. Sebelum kita membincangkan asal-usul penulisan, topik ini
akan menjelaskan perkembangan ke atas realiti penulisan Arab dengan
menghubung kaitkan dengan khat-khat al-Samiah.
2 X TOPIK 1 PENULISAN ARAB: SEJARAH DAN KEISTIMEWAANNYA
SEBELUM RASM UTHMANI

Kita juga akan mempelajari tulisan awal arab dan hubungannya dengan tulisan
samiah (klasik), begitu juga membicarakan keadaan dan riwayat-riwayat
mengenai asal-usul penulisan. Ia merangkumi Riwayat muhaddithin asal-usul
penulisan arab, masa dan tempat timbul dan berkembangnya tulisan arab
Keistimewaan tulisan arab sebelum Rasm Uthmani pada pandangan penulis
klasik yang terlibat. Keistimewaan tulisan arab pada pandangan penulis klasik
pandangan-pandangan ahli hadith dan ulama salaf mengenai mabadi tulisan
arab. Rumusan pandangan ahli hadith dan ulama salaf mengenai mabadi tulisan
arab. Mempelajari sejarah penulisan arab khususnya sebelum Rasm Uthmani
boleh menjadi kita mudah untuk memahami dan mendalami rasm, permasalahan
dan penjelasan.

1.1 TULISAN AWAL ARAB DAN


HUBUNGANNYA DENGAN TULISAN
SAMIAH (KLASIK)
Ibnu Qutaibah berkata: Hanya terdapat sedikit penulisan Arab dan para sahabat
akan melakukannya setelah mendapat keizinan daripada Nabi s.a.w. Adapun
ramai golongan sahabat yang ummi, mereka tidak pandai menulis. Sekiranya
adapun, hanya satu atau dua orang sahaja.

Asal-usul penulisan Arab adalah bukan daripada Al-Quran,


tulisannya bercampur-campur dan ada yang sampai
dongengan. Ada riwayat menjelaskan penulisan Arab
berkembang bersama-sama dengan banyak aktiviti
penulisan sama ada di Hijaz atau di tengah Jazirah
Simaliah. Sebahagian riwayat menyatakan Warkah bin
Naufal menulis melalui perantaraan tulisan Arab dan
tulisan Ibrani. Perkembangan penulisan berlaku, dijelaskan dan ditulis dalam
buku sejarah, Qusai bin Kilab telah mengutus surat kepada saudaranya Razah
bin Rabiah bin al-Azri yang berada di Syam dengan menggunakan tulisan,
bertujuan untuk meminta pertolongan.

Keadaan ini juga berlaku di Madinah, orang-orang Yahudi telah mengajar


penulisan Arab kepada kanak-kanak di Madinah. Di sini kita boleh membuat
rumusan bahawa tidak dinafikan perkembangan penulisan Arab berlaku
sebelum kedatangan Islam dan ini membuktikan bahawa terdapat hubungan
antara tulisan Arab dan tulisan samiah (klasik).
TOPIK 1 PENULISAN ARAB: SEJARAH DAN KEISTIMEWAANNYA W 3
SEBELUM RASM UTHMANI

1.1.1 Riwayat Muhaddithin Asal-usul Penulisan Arab


Asal-usul atau punca tulisan Arab adalah daripada sumber yang pelbagai dan
tidak jelas antara satu dengan lain. Ianya ditulis dalam bahasa yang hampir sama
dengan penulisan bahasa Arab. Ini jelas menunjukkan ada hubungan dengan
khat Arab dan khat-khat Syamiah yang lain, oleh yang demikian tidak secara
langsung kita dapat mengetahui tentang tarikh khat-khat Syamiah dan
perkembangannya.
Gambaran khat Arami
Kita dapat mengetahui pandangan ulamaÊ tentang
asal huruf-huruf hijaiah dan khat-khat Syamiah
(Atkinson 1973). Ini sudah cukup bagi kita satu
gambaran bahawa khat al-fainaiki (), adalah
cabang atau pecahan daripada tulisan-tulisan
jazirah sainaÊ yang dilihat dari sejarahnya tahun
1850 sebelum milad. Penyusunan bahasa al-
Aramiah pada kurun ke 9 atau dalam kurun ke 8
sebelum milad (
 ). Khat al-Arami yang yang
berkembang di negeri Syam adalah seperti khat-
khat al-Nabati, al-Tadmiri, al-Suryani dan al-
Ibrani al-murabaÊ.

Khat-khat yang digunakan oleh orang Arab sebelum Islam terdapat dalam dua
bentuk; yang pertama Khat Arabi yang bukan Al-Quran al-Karim yang dikenali
di sebelah utara (Syimali) yang berbeza dengan yang lain. Kedua; Khat Arabi
yang lama di sebelah selatan Semenanjung Arab, yang dikenali dalam „al-
Masadir al-Arabiah‰ dengan nama al-Musnad (  ). Dinamakan al-Musnad
kerana disandarkan kepada Hud a.s. dan sebahagian al-Muhadithin berpendapat
dinamakan sedemikian kerana sebahagian besar huruf-hurufnya kepada aÊmidah
( ). (Dr. Al-Tahir Ahmad Makki).

Berbeza dengan pandangan Dr Jawad Ali berkata; Kalimah al-Musnad terdapat


dalam dalam bahasa Arab janubiah bermaksud penulisan semata-mata. Ia
berpendapat bahawa bentuknya adalah sama dengan khat dan penulisan bahasa
Al-Quran Al-Karim.

Al-Musnad tersusun daripada dua puluh sembilan huruf, dan abjadnya seperti
abjad Syamiah di mana tersusun dari huruf-huruf as-Samitah yang tidak
mempunyai harakat pada penulisannya, tidak mempunyai dabt pada akhir
kalimah, tidak ada tanda sukun atau tasdid, ditulis huruf musaddad dengan dua
huruf, ditulis bentuk huruf yang tidak berubah walaupun berubah keadaan atau
tempat (huruf tunggal atau huruf bersambung).
4 X TOPIK 1 PENULISAN ARAB: SEJARAH DAN KEISTIMEWAANNYA
SEBELUM RASM UTHMANI

(a) Tertib Huruf-huruf al-Arabiah


Setelah berbincang secara ringkas sejarah penulisan. Terdapat banyak
huruf-huruf Abjadiah Arab bercampur dengan Abjad Syamiah dari segi
susunannya. Ini menunjukkan bahawa orang
Arab Jahiliyah dan di awal perkembangan
Islam mempelajari penulisan dengan kaedah
tertentu.

(.......... ). Penyusunan atau tertib huruf


yang disusun hingga ke zaman ini dengan
bermula dari huruf alif kepada huruf yaÊ, dan
inilah yang diguna pakai hingga datangnya
Islam.

Perbezaan huruf Arab dengan Roman

(b) Masa dan Tempat Timbul dan Berkembang Tulisan Arab


Sebahagian besar riwayat berpendapat bahawa ia berasal dari al-Hirah ke
Mekah dari jalan Daumat al-Jandal (sebuah kampung yang terletak di
antara Syam dan Madinah). Diriwayatkan oleh Amir al-SyaÊabi berkata;
kami bertanya kepada orang Mihajirin, dari mana kamu mempelajari
penulisan ini; mereka menjawab; kami mempelajari dari Ahli al-Hirah dan
mereka bertanya kepada Ahli al-Hirah, Ahli al-Hirah menjawab mereka
mempelajari dari Ahli al-Anbar (sebelah barat Laut Kota Baghdad
sekarang). Keadaan ini juga berlaku apabila orang Qurais ditanya di mana
mereka mempelajari penulisan, orang Yahudi menjelaskan bahawa mereka
mempelajari dari Ahli al-Hirah dan Ahli al-Hirah mempelajari daripada
Ahli al-Anbar (Hamzah al-Azfahani).

Pendapat di atas disanggah oleh Ustaz Khalil Yahya Nami, beliau


berpendapat bahawa Khat al-Nabathi telah berkembang dan berpindah ke
atas tulisan Arab dari al-Hirah atau Bilad al-Ghasanah. Terdapat individu-
individu yang terlibat dalam pemindahan penulisan ke Hijaz ialah, tiga
orang dari ThoiÊ ( ) salah satu kawasan al-Anbar dan dipindah ke
Mekah. Harb bin Umaiyah atau Sufiyan atau Abu Qais bin Abdul Manaf,
mereka mempelajari daripada Bashar bin Abdul Malik yang merupakan
Ahli al-Hirah.
TOPIK 1 PENULISAN ARAB: SEJARAH DAN KEISTIMEWAANNYA W 5
SEBELUM RASM UTHMANI

Tulisan Arab Qadimah dengan Khat an-Nabathi

Dalam al-Fihrist Ibn al-Nadim mengemukakan suatu riwayat daripada Ibn Abbas
yang menyebutkan bahawa orang pertama yang menulis dalam aksara arab
berasal daripada suku „Bawlan‰ yang menghuni kota Anbar. Lebih jauh lagi ia
menjelaskan bahawa orang-orang pertama kali menulis dalam aksara Arab
adalah Abu Jad, Hawwaz, huthi; sa‰fadh dan Qurusaat. Otoriti lain yang diambil
dalam kitab Fihrist mengemukakan nama-nama yang sama tetapi lebih tepat dan
menyeluruh iaitu: Abjad, Hawar, HathaÊ, kilman, ShaÊ fadz thakhoz, dozo; dan
Qarasat. Dalam aksara Arab penulisannya adalah seperti berikut (  
 !"#$ %&' *+/067) yang keseluruhannya mencerminkan
keseluruhan konsonan (harf shamit) yang ada dalam alphabet arab.

AKTIVITI 1.1

Setelah membaca sejarah awal penulisan, buat kerja berkumpulan dan


dapatkan gambar-gambar yang berkaitan dengan khat-khat Arab.
Bincangkan sejarah dan bentuk khat di dalam myLMS.

1.2 KEISTIMEWAAN TULISAN ARAB SEBELUM


RASM UTHMANI PADA PANDANGAN
PENULIS KLASIK
1.2.1 Penulis Klasik yang Terlibat
Telah berkata Ibnu Kalbi daripada al-Syarqi bin al-Qatami (al-Iqtidhab Fi Syarh
Adab al-Kitab - Beirut 1973). Berkata; Berkumpulnya tiga individu dari ThoiÊ
(), mereka ialah Muramir bin Murrah, Aslam bin Sidrah dan AÊmir bin Jadrah.
6 X TOPIK 1 PENULISAN ARAB: SEJARAH DAN KEISTIMEWAANNYA
SEBELUM RASM UTHMANI

Penulis klasik yang terlibat di antaranya;

1. Muramir bin Murrah


2. Aslam bin Sidrah
3. AÊmir bin Jadrah

Riwayat ini bermaksud bahawa perpindahan penulisan sempurna ke Hijaz


berlaku sebelum kedatangan Islam dalam lingkungan satu atau dua generasi.
Terdapat individu yang telah memindahkan sumber tulisan Arab dari al-Hirah
ke Mekah dan sebahagian lagi ke al-Hijaz. Al-Balazi berkata; mereka yang
terlibat ialah Bisyr bin Abdul al-Mulk, saudara kepada Akidar bin Abdul al-Mulk
bin Abdul al-Jin al-Kindi kemudian as-Sukuni raja Daumatul Jandal. Kemudian
Bisyr telah datang ke Mekah lalu berkahwin dengan perempuan Harb yang
bernama As-SahbaÊ binti Harb. Sekumpulan daripada orang Mekah mempelajari
tulisan daripada beliau. Antara mereka ialah;

1. Abu Bakar as-Siddik


2. Umar al-Khatab
3. Uthman bin Affan
4. Ali bin Abi Talib
5. Talhah dan lain-lain.

Daripada riwayat pertama itu anda dapat perhatikan bahawa individu yang
menjadi guru kepada Harb bin Umaiyyah ialah Abdullah bin Abu JudaÊ dan
daripada riwayat yang kedua itu yang menjadi guru Abdullah ialah Bisr bin
Abdul al-Mulk. Tinggallah kepandaian dalam ilmu tulisan pada beberapa orang
sahaja di Semenanjung Tanah arab sehinggalah penghijrahan Baginda Rasulullah
s.a.w ke Madinah.

1.2.2 Ciri-ciri Tulisan Arab pada Pandangan Penulis


Klasik
Anda akan dapati bahawa sebahagian besar Tulisan Arab diambil dari Tulisan al-
Nabathiah yang juga berasal dari tulisan al-Aramiah. Dimana terdapat isyarat
ad-Dhommah (89), al-Kasrah (# <) dengan tanda huruf = dan >.

Dalam Tulisan al-Aramiah tidak terdapat petunjuk seperti itu, sebagaimana


petunjuk 89 dan # < tetapi Tulisan an-Nabathiah menggunakan tanda huruf
Alif bermaksud membaca panjang huruf yang berbaris di atas. Kalimah-kalimah
dalam tulisan an-Nabathiah tidak terdapat huruf Alif contoh sepert kalimah:
TOPIK 1 PENULISAN ARAB: SEJARAH DAN KEISTIMEWAANNYA W 7
SEBELUM RASM UTHMANI

Kalimah an-Nabathiah

? @0
!#6 8706
<+ B0
C+" E
"
FG H0G
=7IJ 7IJ
L#J L#J
"#N Q70N
S6#" S6#"
+T C0T
C& E0&

Tulisan Arab dibentuk berdasarkan sebutan seperti huruf-huruf yang dibaca


dengan panjang. Tulisan ini menggunakan tanda atau rumuz, tanda atau rumuz
yang terlibat ialah;

1. Huruf Alif (al-Hamzah) - VW


2. Huruf al-W au - =
3. Huruf al-YaÊ ->

1.2.3 Natijah Ciri-ciri Tulisan Arab


Terdapat ciri-ciri pada Tulisan Arab, di antaranya ialah;

1. Terdapat perbezaan bentuk sesuatu huruf apabila huruf itu terletak di akhir
kalimah.

2. Tulisan Arab sebelum Rasm Uthmani, apabila terdapat dua huruf yang
sama dalam satu kalimah ia akan di idghamkan.

3. Pembentukan tulisan Arab dimulai dari sebelah kanan ke kiri.


8 X TOPIK 1 PENULISAN ARAB: SEJARAH DAN KEISTIMEWAANNYA
SEBELUM RASM UTHMANI

1.2.4 Aktiviti Individu

AKTIVITI 1.2

Senaraikan 10 kalimah dalam Tulisan Arab yang mengandungi dua huruf


dalam satu kalimah dan bincangkan bersama rakan anda.

1.2.5 Aktiviti Kumpulan

AKTIVITI 1.3

Buat kajian perpustakaan berkaitan dengan buku yang berkaitan Rasm


Uthmani. Bincangkan perancangan anda di dalam forum di myLMS.

1.3 ASAS-ASAS (MABADI) TULISAN ARAB


Ahli Hadith dan Ulama Salaf yang Memberi Pandangan Mengenai Asas Tulisan
Arab
Perbandingan tulisan Arab dan Rumi

Sesungguhnya Tulisan Arab sejak zaman dulu


lagi bermula dengan lakaran gambar-gambar.
Gambar itu pula membentuk tanda atau rumuz
tertentu. Kemudian berkembang kepada
gambaran tanda-tanda yang menunjukkan
makna bukan berkaitan perasaan. Zaman berlalu
maka berlakulah pekembangan dalam tulisan
dengan peraturan-peraturan yang tertentu dan
seterusnya terbentuk bunyi rumuz yang tertentu
yang ia adalah daripada bunyi-bunyi bahasa.
Kalimah arab terbentuk dari bunyi rumuz-
rumuz tidak melalui gambar yang tertentu. Dan
terbentuklah peraturan dengan nama an-Nizam
at-Taswiri dan an-Nizam al-Abjadi atau alHijaii

Peraturan penulisan abjad digunakan pada


peringkat permulaan dalam penulisan bahasa
mengikut sebutan bahasa itu sendiri, tidak
TOPIK 1 PENULISAN ARAB: SEJARAH DAN KEISTIMEWAANNYA W 9
SEBELUM RASM UTHMANI

berlaku penyelewengan dan pengurangan tetapi dengan peredaran zaman,


keadaan ini tidak dapat dijaga akhirnya berlakulah perubahan. Namun begitu,
ramai manusia memelihara penulisan. Penulisan Abjadiah juga digunakan dalam
banyak bahasa.

1.3.1 Pandangan-pandangan Ahli Hadith dan Ulama


Salaf Mengenai Mabadi Tulisan Arab
UlamaÊ Rasm berselisih pendapat:

Asal-usul kalimah ditulis mengikut gambaran lafaz dengan mengikut perkiraan


al-IbtidaÊ dan al-Waqaf ke atasnya, manakala lafaz bermaksud asal (S'W) kerana
ianya hendaklah disebut dahulu barulah ditulis.

Berkata Abu Umar ad-Dani; kebanyakan penulisan dari lafaz dan al-waslu
(S') tidak al-aslu (S'W) dan al-qat uÊ (X). Adapun ulamaÊ Qiraat dan Rasm
dalam membicarakan Rasm al-Mashaf membuat kesimpulan bahawa
kebanyakan kalimah-kalimah ditulis di atas al-Waslu al-Kalam. Di sini ulamaÊ
boleh membuat kesimpulan bahawa penulisan kalimah-kalimah dalam apa jua
bahasa tidak hanya terbentuk dari apa yang disebutkan dan di sini disebutkan
beberapa prinsip, di antaranya;

1. Al-MabdaÊ as-Sauti
Ejaan sebahagian dari kalimah mudah ditulis ini kerana ia tidak berbeza
dari apa yang disebut dan inilah prinsip asas dalam penulisan Arab.

2. Al-MabdaÊ at-Tarikhi
Kebanyakan kalimah tidak difahami ejaannya kecuali setelah merujuk
kepada tarikh al-luggah yang boleh menjelaskan asal-usul ejaan tersebut.
Dalam penulisan Arab terdapat sesetengah daripada kalimah-kalimah tidak
difahami ejaannya kecuali setelah merujuk kepada prinsip ini.

3. Al-MabdaÊ at-Tamyizi
Bagi prinsip ini ejaan sebahagian dari kalimah bertepatan dengan apa yang
dituturkan tetapi berbeza pada maknanya. Tetapi ulamaÊ Arab berpendapat
bahawa banyak kalimah disebut mengikut apa yang di eja tidak pada lafaz.

1.3.2 Rumusan Pandangan Ahli Hadith dan Ulama


Salaf Mengenai Mabadi Tulisan Arab
Rumusan dan pandangan ahli hadith dan ulamaÊ salaf mengenai mabadiÊ tulisan
arab di antaranya;
10 X TOPIK 1 PENULISAN ARAB: SEJARAH DAN KEISTIMEWAANNYA
SEBELUM RASM UTHMANI

1. Terdapat pertalian di antara tulisan arab dan tulisan-tulisan as-Syamiah.

2. Tulisan arab telahpun digunakan sebelum Islam dalam jangka waktu yang
panjang. Riwayat al-Arabiah menjelaskan pertuturannya telah digunakan
secara meluas di tengah Iraq khasnya di al-Hirah.

Prof. Muhammad Mustafa Al-Azami dn Isu-isu Berkaitan Sejarah Penulisan Arab

Karekter Bahasa Arab di Kalangan Orientalis


Disebabkan asal-usul Bahasa Arab yang masih bersifat andaian maka tidak
menghairankan para orientalis membuat pelbagai rekaan dalam menjelaskan
teori ini. Beatrice Gruendler pengarang sebuah kajian tentang perkembangan
skrip Bahasa Arab menjelaskan bahawa keseluruhan skrip Arab bersumberkan
dari Alphabet Funisia kerana Bahasa Arab jelasnya mengalami perubahan yang
ketara. Perubahan drastik itu memberi petanda bahawa kemungkinan skrip
Bahasa Nabatean atau Syriak menjadi medium perkembangan skrip Bahasa
Arab. Theodor Noldeke pada tahun 1865 mengakui bahawa Skrip Nabatean
memberi pengakuan terhadap yang pertama mempengaruhi perkembangan
skrip Arab Kufi. Selepas itu teori ini dipegang oleh ramai sarjana Barat antaranya
M.A Levy, M De Vogue, J Karabacek dan J.Euting. setelah setengah abad selepas
itu kesepakatan pendapat ini mulai pudar. J Starcky mencipta teori Bahwa
Bahasa Arab berasal daripada tulisan Bahasa Syriak yang berbentuk meruncing
(Syriac Cursive). Di pihak lain pula kita melihat teori Y Khalil an-Nami
menjelaskan bahawa Hijaz merupakan tempat Kelahiran evolosi tulisan (script)
Arab Bahagian Utara, bukan daerah lain termasuk Hirah. Teori ketiga ini tidak
dihiraukan oleh Griuendler.

Ada juga sebahagian Orientalis yang beranggapan Bahawa umat Islam bangsa
Arab tidak langsung memiliki sistem tulisan sejak zaman kehidupan Nabi s.a.w.
Profesor mingana menjelaskan;

„kejahilan kami tentang Bahasa Arab pada awal perkembangannya


sama seperti ketidaktahuan kami secara pasti apakah Bahasa Arab
memiliki alphabet sendiri ketika di Mekah mahupun Madinah. Jika
bentuk tulisan itu menjelma di dua tempat tersebut itu semestinya
memiliki persamaan karakter Estrangelo (contohnya Syriak) atau
Hibru.‰

Nabia Abbott kemudian secara partial lebih unggul dalam hipotesis ini,

Studi tentang manuskrip Arab Kristen menunjukkan fakta yang


menarik bahawa beberapa manuskrip kuno ini lebih menunjukkan
pengaruh karakter Estrangelo, walaupun tidak secara langsung
melalui orang Nestorian, daripada segi bentuk skripnya yang
TOPIK 1 PENULISAN ARAB: SEJARAH DAN KEISTIMEWAANNYA W 11
SEBELUM RASM UTHMANI

cenderung lebih mirip. Manuskrip yang lain... menunjukkan


pengaruh Jacobit serto. Kemudian perbandingan antara beberapa
manuskrip-manuskrip Arab Kristian kuno dengan manuskrip Al
Quran Kufi semasa menunjukkan adanya beberapa persamaan skrip.

Bagaimana pun tidak semuanya seperti yang terlihat. Menurut Abbott,


„Manuskrip Arab Kristian tertua adalah dari tahun 876,‰ yakni 264 Hijrah.
ÂAwwad bahkan menyebut adanya menuskrip yang lebih awal lagi, yang ditulis
pada tahun 153 H./867 M. Manuskrip arab Kristian yang tertua ditemukan pada
kedua pertengahan abad ketiga hijrah. Secara mudah, ada ratusan kalau tidak
ribuan manuskrip Al Quran yang terdapat pada period ini; perbandingan antara
manuskrip yang ratusan ini dengan satu atau dua contoh Estrangelo (Syriak) dan
akhirnya beranggapan bahawa Syriak mempengaruhi Al Quran benar-benar
merupakan ilmu miskin kalau ingin menyebutnya sebagai ilmu. Di atas
segalanya, saya ingin menambahkan bahawa skrip Syriak tahun 250 hijrah (kecil
tajam dan tidak lurus ke depan) secara umum tidak sama dengan semua huruf
Arab pada period itu yang cenderung bengkok dengan satu garis lurus.
Seseorang mungkin bertanya kenapa Abbott mengelak penggunaan dokumentasi
Arab dan manuskrip Al Quran yang muncul pada abad pertama hijrah yang
relatif banyak membanjiri di rak-rak buku perpustakaan.

Kita tinggalkan Syriak, budaya lain yang dianggap telah mempengaruhi tulisan
Arab kuno palaeography adalah nabatean. Menurut Dr. JumÊa, telaah kajian
menyeluruh yang dilakukan oleh para ilmuwan yang memiliki autoriti,
membuktikan bahawa bahasa Arab telah mengambil tulisan mereka dari
Nabatean; di dalam masalah ini dia mengutip sejumlah ilmuwan seperti Abbott
dan Wilfinson. Dalam menganalisa sebuah tulisan tangan, mata wang dan
manuskrip Muslim yang tertua dan dibandingkan dengan tulisan-tulisan Arab
sebelum Islam, kemudian setelah itu membandingkannya dengan tulisan
permulaan Islam adalah perkembangan tulisan Arab sebelum Islam yang secara
langsung merupakan pengaruh dari perkembangan skrip. Nabatean Aramik
yang muncul pada awal permulaan abad masihi.

Menyingkap semua fakta yang ada nampaknya terasa terlalu banyak dalam
memenuhi kepuasan para ilmuwan. Disedari atau tidak, teori-teori yang ada
dibangun berdasarkan kepada penilaian yang sangat subjektif dan sikap serta
pandangan saling memusuhi pada penghasilan bahasa Arab. Ilmuwan Muslim
yang bermati-matian membela pendapat seperti ini hanyalah mengikuti teori
keilmuwan Barat tanpa memiliki kebebasan dan keupayaan analisis.
12 X TOPIK 1 PENULISAN ARAB: SEJARAH DAN KEISTIMEWAANNYA
SEBELUM RASM UTHMANI

Studi Dokumentasi dan Inskripsi Arab Kuno


Garis yang samar antara Bahasa Nabatean dan Inskripsi Arab

Di antara ilmuwan terdapat perbezaan pandangan secara umum tentang apa


yang menjadi tulisan Nabatean atau inskripsi Arab. Ada sebahagian ilmuan
menyebutkan inskripsi yang terakhir sebagai inskripsi Nabatien hanyalah
melihat tema umum yang merumusnya sebagai inkrisi Arab. Ada sebahagian
ilmuwan yang menyebutkan inskripsi yang terakhir sebagai inskripsi Arab dan
contoh-contoh di bawah akan memberi gambaran tentang hal ini.

1. Inskripsi 2 bahasa Nabatean dan Greek di atas batu Fihr, Umm al-Jimal,
bertanggalkan 250 M. Cantineau, Abbott dan Gruendler semua mengikuti
pendapat Littmann yang menyebutkan sebagai inskripsi Nabatean.

Inkripsi Aramaik di atas batu Fihr Ummu Jimal 250M

2. Batu nisan Raqush di MadaÊin Saleh, bertanggalkan 162 tahun setelah Bosra
(sesuai dengan tahun 267 M.). Kedua-keduanya Cantineau dan Gruendler
mencantumkan sebagai „teks Nabatean‰ walaupun akhirnya memberi
pengakuan, „Teks itu sangat bernilai untuk para peneliti Arab. OÊ Conner
memaparkan sebagai gabungan nyentrik antara Nabatean dan Arab. Beliau
memberi label sebagai perbatasan dialek dan Diem menganggap sebagai
bahagian dari Nbatean-Hejazi. Dalam tulisan mereka 1989, Healy dan
Smith dengan senang menyebut sebagai dokumentasi Arab tertua. Salah
satu nuktah penting adalah bahawa inskripsi ini memuatkan tanda titik di
atas huruf dhal, raÊ dan shin.

3. Inskripsi ImruÊ al-Kais di Namarah (100 km ke arah Barat selatan


Damaskus), tercatat 223 tahun setelah Bosra (c. 328 M.). sedangkan
Gruendler menganggapnya sebagai inskripsi Nabatean. Yang lain termasuk
Cantineau dan Abbott menganggapnya sebagai inskripsi Arab.
TOPIK 1 PENULISAN ARAB: SEJARAH DAN KEISTIMEWAANNYA W 13
SEBELUM RASM UTHMANI

Daripada sampel ini kita berkeyakinan bahawa pembahagian dan garis


pemisah antara tulisan Arab dan apa „yang disebut‰ inskripsi Nabatean
sangat kabur; kini dengan adanya interprestasi terhadap batu nisan Raqush
sebagi teks Arab, ia telah menjelma sebagai inskripsi Arab tertua.
Persamaan yang jelas di antara 3 inskripsi ini adalah kerana bentuk
skripnya. Itu semua adalah inskripsi Nabatean.

Dengan Bahasa Apa Orang Nabatean berinteraksi?

Di besar di Mekah sejak kecil dari zaman kanak-kanaknya, Ismail, putra tertua
Ibrahim, lahir dari kalangan suku Jurhum dan menikah 2 kali dari kalangan
mereka. Suku ini berinteraksi bahasa yang sama. Bahasa Arab Jurhum
kemungkinan kehilangan daya tarikan lalu mereka mengalihnya dengan bahasa
Arab Quraish yang mendahuluinya hampir sekitar 2 ribu tahun; Ibn Ushta
mencatat pernyataan Ibn Abbas bahawa yang pertama-tama membuat peraturan
grammar dan alfabet bahasa Arab tak ada orang lain melainkan Ismail. Allah
kemudian menugaskan Ismail sebagai Nabi dan Rasul untuk mengajak umatnya
menyembah Allah mendirikan solat dan membayar zakat kepada orang miskin.
Oleh kerana itu, Allah mengutus rasul dalam bahasa kaumnya sendiri, maka
Ismail juga sudah pasti berdakwah dalam bahasa Arab. Keturunannya diakui
bahawa Nabi Ismail diberi kurnia 12 putra, di antaranya Nebajoth/Nabat:
dilahirkan dan dididik di sekitar Jazirah Arab yang semestinya mereka juga
menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa ibunda. Putera-puteranya menjaga
risalah yang menggunakan skrip Arab; (tanah air Ibrahim), semenjak 2 generasi
ini sudah berada dan hidup di Saudi Arabia. Ketika Nabat kemudian berhijrah ke
arah utara, dia semestinya membawa alfabet dan bahasa Arab bersamanya. Dan
keturunan inilah yang akhirnya mendirikan dinasti Nabatean (600 sebelum
Masehi-50 Masehi).

Mengkritik terhadap kesalahan beberapa karakter bahasa Arab yang tidak


terwakili dalam Bahasa Aramaik, Gruendlar menyatakan „kerana para penulis
teks Nabatian berinteraksi bahasa Arab, dan adanya hubungan mesra di antara
14 X TOPIK 1 PENULISAN ARAB: SEJARAH DAN KEISTIMEWAANNYA
SEBELUM RASM UTHMANI

kedua-dua bahasa (penulis-penulis ini) dapat menemukan persamaan bahasa


Nabatian dalam ejaan Arab (orthograph) yang kedengarannya janggal. Secara
jelas dinyatakan bahasa Skrip dan Bahasa Nabatian sebenarnya adalah bentuk
bahasa Arab.

Jika orang Nabatien berinteraksi dalam bahasa Arab jadi siapakah yang
memberinya nama bahasa Nabatean. Apakah ada bukti bahawa mereka
menyebut bahasa mereka sebagai Nabatien. Atau mungkin ini diambil dari
kecenderungan yang sama dalam memberi label kepada umat Islam sebagai
Muhammadan (pengikut Muhammad) Islam sebagai Muhammadanism (ajaran
Muhammad). Jika apa yang disebut skrip Nabatean sudah dinyatakan sebagai
Arabic „bahasa Arab‰ atau Nabatean Arabic (sebagaimana kita kadang-kadang
berbicara dalam bahasa Arab Mesir atau Inggeris Amerika). Lalu semua kajian
harus mengambil giliran yang berbeza dan diharapkan akan lebih tepat lagi
untuk mencapai tujuan itu. Bahasa Arab dan tulisannya dalam bentuk
primitifnya, itulah yang melahirkan bahasa Nabatean dan kemungkinan besar
muncul sebelum bahasa Syriak.

Bahasa Arab Memiliki Alphabet yang Jelas

Mengalihkan perhatian terhadap hipotesis Dr Mighana yang menuduh bahawa


Bahasa Arab kuno dan tidak mempunyai Alphabet, saya akan menjelaskan
beberapa perkembangan inkripsi tingkat tinggi yang membuktikan fakta di
sebaliknya. Ada beberapa inkripsi Arab dari abad 6 masehi yang menyerupai
bahasa Arab (paleogrhapy) yang digunakan pada abad pertama hijrah/ketujuh
Masehi. Contoh-contoh yang saya berikan akan memperlihatkan kemajuan mulai
dari sini sampai pada zaman Islam.

1. Inkripsi 3 bahasa sebelum Islam dalam bahasa Arab, Yunani dan Syriak di
Zabad Syria utara bertanggal 512M.

2. Inkripsi bahasa Arab sebelum Islam di Jabal Asis, 150km ke Tenggara


Damsyik yang bertanggal 528M.

Inskripsi Arab sebelum Islam di Harran kira-kira 568M


3. Harran, Inkripsi Bahasa
Arab sebelum Islam,
kira-kira 568M

4. Inkripsi di Jabal SalaÊ Madinah. Menurut hamidullah kemungkinan besar


tertulis pada waktu perang Khandak kira-kira tahun 5 hijrah/626 masehi.
TOPIK 1 PENULISAN ARAB: SEJARAH DAN KEISTIMEWAANNYA W 15
SEBELUM RASM UTHMANI

5. Surat Nabi Untuk Munzir bin Sawa


Gabenor AhsaÊ, kira-kira tahun 8-9
hijrah.

6. Surat Nabi untuk Hiraklius Raja


Byzantin.

Semua ini sudah cukup untuk menolak penyataan Rev Mingana.

SEMAK KENDIRI 1.1

(a) Anda telah membaca topik ini, senaraikan istilah-istilah asas yang
terdapat dalam Rasm Uthmani.

(b) Bincangkan tempat dan di mana bermulanya tulisan Arab.

(c) Nyatakan mabadiÊ tulisan Arab.

(d) Huraikan keistimewaan tulisan Arab dan kelebihannya.

(e) Bincangkan pandangan ulamaÊ salaf mengenai mabadiÊ tulisan Arab.


16 X TOPIK 1 PENULISAN ARAB: SEJARAH DAN KEISTIMEWAANNYA
SEBELUM RASM UTHMANI

x Batu-batu Arab banyak dihiasi beberapa contoh skrip Arab sejak


pertengahan abad ketiga hijrah.

x Beberapa aspek primitif bahasa Arab Kuno tidak pernah menunjukkan


bentuk Bahasa Arab Nabatean sendiri, sedangkan asal-usul sejarahnya
sampai kepada nabi Ibrahim dan Ismail yang ada sebelum Aramaik.

x Seperti bahasa-bahasa lain, tulisan dan ejaan bahasa Arab terus


berkembang dan berubah.

x Perluasan wilayah Islam menyebabkan perkembangan skrib Arab seperti


hejazi, Kufi dan tulisan yang disambung, dengan karakteristik masing-
masing.

MabadiÊ Muhaddithin
Ulama Salaf Mabadi

Anda mungkin juga menyukai