Anda di halaman 1dari 1

Subjek/ Kelas Matematik 2 Bestari

Tarikh 18 Ogos 2020 Masa 0700 – 0800 (1 jam)


Bidang Nombor dan Operasi Tajuk Operasi Asas
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
2.3 Darab dalam lingkungan 1000. 2.3.1 Mendarab dalam lingkungan fakta asas.
Objektif Pada akhir sesi PdP ini, murid dapat:
Pembelajaran 1. mendarab dalam linkungan fakta asas (sifir 2 dan sifir 3) dengan betul.

Kriteria Kejayaan Murid dapat menghafal sifir dengan betul dengan menambah berturut-turut.

BBM Kad gambar


EMK Bahasa
Aktiviti
Set Induksi (5 minit) 1. Guru menggunakan kad gambar sebagai bahan rangsangan. Soal jawab dijalankan untuk
menggalakkan murid untuk berkomunikasi.

Langkah 1 (10 minit) 1. Guru melukis gambar yang menunjukkan kumpulan yang sama banyak di hadapan.
2. Murid- murid dibimbing untuk menjelaskan apa yang dilihat oleh mereka dalam gambar
tersebut.
3. Guru menulis sifir 2 yang mewakili gambar yang dilukis.
4. Ulang 1 – 3 untuk sifir 3.

Langkah 2 (25 minit) 1. Murid menyalin sifir 2 dan 3 dalam buku latihan dan diberi masa 10 minit untuk menghafal.
2. Setelah murid siap menghafal, guru memanggil beberapa orang murid untuk menghafal sifir
di hapadan kelas.
3. Guru membetulkan murid yang membuat silap semasa menghafal sifir.

Langkah 3 (15 minit) 1. Murid menjawab kuiz sifir 2 dan 3 yang diberi oleh guru.
2. Guru menyemak jawapan bersama-sama dengan murid.

Penutup (5 minit) 1. Guru menguji pemahaman murid dengan pembelajaran ini dengan sesi soal jawab.

Pentaksiran Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan dalam lembaran kerja yang diberi. Murid
perlu betul kesemua soalan yang diberi sebelum bergerak ke kemahiran seterusnya.
Refleksi

Anda mungkin juga menyukai