Anda di halaman 1dari 2

“RUMAH IDAMAN SAYA”

Rumah ialah tempat tinggal untuk manusia. Terdapat pelbagai jenis rumah,
antaranya rumah teres, bangle, rumah pangsa dan rumah panjang. Semua orang
mengimpikan sebuah rumah yang selesa. Impian saya adalah untuk memiliki
rumah banglo.

Rumah impian saya ialah rumah banglo yang besar dan cantik. Rumah
impian saya akan menggunakan bahan binaan yang bermutu tinggi supaya dapat
menjamin ketahanan dan jangkahayat rumah tersebut. Rumah idaman saya
dilengkapi dengan pelbagai peralatan terkini yang canggih iaitu televisyen yang
besar, kipas kawalan jauh, lampu yang mewah dan lain-lain lagi. Teknologi ini
memudahkan tugas saya nmenjalani kehidupan seharian.

Di bahagian luar rumah idaman saya pula mempunyai satu halaman yang
luas. Halaman yang luas ini akan dihiasi dengan pelbagai jenis pokok bunga dan
rumput yang bermutu tinggi. Pada waktu petang, saya dan keluarga dapat
meluangkan masa bermain bersama-sama atau melakukan pelbagai aktiviti di
kawasan yang lapang tersebut.

Bilik tidur saya pula sangat luas dan selesa. Di dalam bilik tidur saya
terdapat katil yang besar, meja solek, sofa, dan televisyen yang bermutu tinggi. Di
setiap bilik di rumah saya juga mempunyai sebuah bilik mandi supaya dapat
menjimatkan masa kerana tidak perlu menunggu giliran untuk menggunakan
tandas dan untuk menjaga privasi setiap penghuni rumah.

Di rumah impian saya juga akan disediakan bilik mengulangkaji pelajaran.


Di dalam bilik tersebut akan delengkapi dengan berbagai jenis buku bacaan
ilmiah. Bilik tersebut juga akan diletakkan pendingin hawa supaya suasana
mengulangkaji pelajaran akan menjadi lebih selesa. Komputer juga disediakan
supaya saya dapat melayari internet untuk mencari maklumat yang penting.

Saya berharap suatu hari nanti rumah idaman saya ini akan menjadi
kenyataan.saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk merealisasikan impian
saya ini.

Anda mungkin juga menyukai