Anda di halaman 1dari 15

1.

0 Pendahuluan
Terdapat ramai ahli falsafah yang membincangkan dan membentang idea-idea yang bernas
berkenaan dengan Falsafah Pendidikan di serata dunia. Nama-nama mereka yang selalu meniti di
bibir-bibir para ilmuwan dan ilmiah yang mengkaji dan menyelidiki tentang kehebatan dan
keazaman para ahli falsafah ini untuk mencari dan membuktikan kesungguhan mereka dalam
menjayakan misi dan visi mereka dalam mewujudkan system pendidikan yang berkesan pada
zaman masing-masing. Socrates, Confucius, Plato, Al-Farabi, Vivekananda, Paolo Freire dan
John Locke ialah nama-nama besar di dalam bidang pendidikan dan falsafah mereka dirungkai
dan diguna pakai dari zaman ke zaman sehingga ke hari ini. Di dalam tugasan ini, kita akan
membincangkan dua dari tokoh-tokoh falsafah ini dan membanding bezakan hujah-hujah mereka
tentang Matlamat Pendidikan, Kurikulum dan juga tentang peranan Guru dan Kaedah Mengajar.

2.0 Matlamat Pendidkan

Matlamat pendidikan Plato berteraskan konsep Negara Ideal. Plato bermatlamatkan konsep
Negara Ideal yang berteraskan keadilan dan cara mengekalkannya.. Dalam matlamat
pendidikannya, Plato telah membahagikan rakyat kepada tiga kumpulan iaitu golongan hamba,
golongan tukang kayu dan golongan Penjaga (Guardian). Golongan Penjaga adalah kumpulan
rakyat yang mempunyai tanggungjawab untuk mentadbir dan mengetuai Negara pada masa akan
datang. Manakala, bagi Al-Farabi, matlamat utama pendidikannya ialah melahirkan manusia atau
individu yang sempurna. Menurut Al-Farabi, manusia yang sempurna (al insan al kamil) ialah
manusia yang dapat menguasai budi mulia teoretikal dan budi mulia praktikal.

‘budi mulia harus menjadi sebati dengan gaya hidup seseorang dan dia mesti sanggup
bertindak. Budi mulia hendaklah diingini oleh semua dan tidak dianggap sebagai sesuatu
yang membebankan.’(Al-Farabi, Fusil mabadi’ ahl al-madina al-fadila in Kitab al-Milla,
edited by Muhsin Mahdi, Beirut, Imprimerie catholique, 1968, p.24)

Pada firasat Plato, kepuasan individu adalah tidak penting melainkan sumbangan yang boleh
ditawarkan kepada negara dalam mengekalkan konsep Negara Ideal,

‘The aim of education is not personal growth but service of the State’ (Charles
Hummel,1999)
Matlamat ini berbeza dengan matlamat pendidikan Al-Farabi kerana matlamat pendidikan Al-
Farabi adalah berteraskan ilmu Al-Quran dan Pendidikan Islam. Matlamatnya berkisar tentang
penguasaan nilai, pengetahuan, dan kemahiran dalam mencapai kebahagiaan dan kesempurnaan
dalam diri individu tersebut,

‘the cultivation of the intellect should be the highest aim of education’ (Miriam Galston, the
political philosophy of Alfarabi, 1990)

Matlamat pendidikan Plato juga menggariskan matlamat pendidkannya untuk mengekalkan


status quo. Bagi Al-Farabi pula, matlamat pendidikannya boleh tercapai dengan pembentukan
suatu komuniti ideal dimana orang tolong-menolong dan bekerjasama ke arah pencapaian
kebahagiaan.

‘all work together in order to attain happiness’(Al-Farabi, Mabadi’ ahl al-madina al-fadila
Edited by Albert Nusri Nadir, Beirut Imprimerie catholique, 1959, p. 97)

Matlamat pendidikan Al-Farabi juga menyentuh tentang matlamat mendidik pemimpin yang
sempurna untuk mengurus masyarakat menjadi komuniti ideal. Menurut Al-Farabi,

‘individu bukan mempelajari warisan kebudayaan negara tetapi menguasai ilmu yang
membawa kepada kematangan perasaan, pertimbangan, pengadilan, tindakan dan
memperkembangkan pemikiran kritis.’ (Al-Farabi, Mabadi’ ahl al-madina al-fadila Edited
by Albert Nusri Nadir, Beirut Imprimerie catholique, 1959, p. 97)

Falsafah ini bertentangan dengan pendapat Plato di mana Plato mewajibkan kanak-kanak yang
belajar supaya mempelajari ilmu-ilmu warisan kebudayaan yang ada. Dan apabila mereka
mentadbir negara, mereka harus mencuba untuk mengekalkan corak pentadbiran yang ada
sedaya mungkin. Bagi Plato, perubahan hanya membawa bencana.

‘in an ideal State, change can bring about only decadence and corruptions’ (Laws, 797d)

Berdasarkan konsep keagamaan, Al-Farabi telah menyangkal dakwaan Plato terhadap kriteria
Negara Ideal. Al-Farabi mendakwa Negara Ideal ialah negara yang diperintah oleh seorang Nabi-
Imam. Bagi Al-Farabi, Negara Ideal ialah Madinah yang diperintah oleh Nabi Muhammad.
‘Al-Farabi incorporoted the Platonic view, drawing a parrallel from within the Islamic
context, in that he regarded the ideal state to be ruled by the prophet-imam, instead of the
philosopher-king envisaged by Plato. Al-Farabi argued that the ideal state was the city of
Medina when it was governed by the prophet Muhammad as its head of state, as he was in
direct communion with Allah whose law was revealed to him.’(Al-Farabi, Al-Madina al-
Fadila)

3.0 Kurikulum

Plato ialah seorang ahli falsafah yang menubuhkan The Academy dan menjadi ketua di
sana selama lebih 40 tsahun. Matlamatnya lebih menjurus kepada menyiapkan individu dari
kumpulan Penjaga untuk menjadi seorang yang boleh memberi sumbangan kepada Negara.
Maka, terhasillah Kurikulum seperti yang tercatit di dalam (The Republic, books ii-v and vii) dan
(The Laws, book i, ii & vii). Plato menyediakan kurikulum berteraskan konsep ‘lifelong
learning’ atau pembelajaran berterusan. Menurut pandangan Plato, sistem pelajaran diketuai oleh
‘Supervisor of Education’ atau Penyelia Pelajaran di mana beliau ialah seorang lelaki yang
berumur lebih 50 tahun, berkeluarga yang sah dan mempunyai anak lelaki dan perempuan.

‘a man of not less than 50 years, and the father of a legitimate family, preferably of both
sexes’ (Laws 765d-e)

Di bawahnya, terdapat beberapa orang Penyelia seperti Penyelia Gimnasium dan Penyelia
Sekolah yang menjaga kehadiran dan pengadil pertandingan sukan dan muzik.

‘He will have working under him ‘superintendentds of gymnasiums and schools in charge
of their seemly maintenance as well as of the education given and the supervision of
attendences and accomodation for children of both sexes, together with judges of
performers contending in both musical and athletic competitions’ (Laws, 764c-d)

Plato mengambil berat soal pendidikan kanak-kanak sejak dari awal lagi. Latihan jasmani
bermula ketika dari dalam kandungan. Perempuan yang mengandung disarankan untuk berjalan
dan bergerak sebanyak mungkin sebagai persediaan kepada bayi yang sihat. Menurut Plato,
setiap gegaran, pergerakan dan [berkomunikasi] dan tidak bercakap perkara yang bukan-bukan
kepada bayi yang belum dilahirkan.
‘every sort of shaking and stirring [communicates] health and beauty, to say nothing of
roboustness to the unborn infant’ (Laws, 789d)

Untuk peringkat Pra-sekolah, Plato menitik beratkan soal disiplin di mana ibu bapa atau penjaga
kepada kanak-kanak harus mendisiplinkan kanak-kanak menjadi seorang yang patuh pada
disiplin dan undang-undang. Menurut Plato, kanak-kanak yang terlalu dimanja boleh menjadikan
mereka cepat marah, takut dan mudah kecewa dengan perkara kecil. Sebaliknya, disiplin yang
terlalu ketat boleh menjadikan mereka tidak bermaya, sedih lembap dan tidak dapat
menyesuaikan diri dengan kehidupan seharian kelak.

‘while spoiling of children makes their temper fretful, peevish and easily upset by mere
trifles, the contrary treatment, the severe and the unqualified tyranny which makes its
victims spiritless, servile, and sullen, renders them unfit for intercourse of domestics and
civic life’ (Laws, 791c)

Pendedahan budaya adalah langkah yang penting selepas mendisiplinkan kanak-kanak. Plato
meletakkan tanggungjawab ini kepada ibu bapa dan penjaga untuk menyampaikan cerita-cerita
bertujuan untuk pembinaan karekter dan minda.

Selain dari itu, sukan juga merupakan elemen penting untuk pembentukan manusia yang sihat
dan cerdas. Menurut Plato, kanak-kanak yang berumur tiga hingga enam tahun perlu bermain
bersama kanak-kanak yang lain di bawah pengawasan seorang perempuan yang ditugaskan
untuk tugasan tersebut. Menurut Plato di dalam buku Laws 643b, kanak-kanak yang handal
dalam sesuatu perkara seperti orang lelakki dewasa mesti berlatih sejak dari zaman kanak-kanak
lagi.

‘he who is to be good at anything as a man must practice that thing from early childhood’
(Laws, 643b)

Pada umur enam hingga 10 tahun, kanak-kanak mula dihantar ke sekolah untuk mempelajari
ilmu membaca, menulis dan mengira. Dan pada umur 10 tahun hingga 13 tahun, kakan-kanak
diajar bermain gambus atau juga dikenali sebagai ‘lyre’. Menurut Plato, tiada ibu bapa atau
pelajar yang perlu diberi keizinan untuk memanjang atau memendekkan jangka masa ini samada
suka atau tidak suka terhadap subjek-subjek yang diajar.
‘no boy, no parents shall be permitted to extend or curtail this period from fondness or
distaste for the subjects’(Laws, 809e-810a)

Selama lapan tahun kanak-kanak tersebut diajar menulis, membaca, mengira,dan bermain
gambus. Selepas itu, kanak-kanak tersebut diajar bersukan termasuk menunggang kuda dan
latihan bersenjata. Kesemuanya perlu diseimbangkan dengan budaya dan gimnastik pada tahap
se sempurna yang mungkin.

‘the balance between culture and gymnastics should be maintained as perfectly as


possible.’(Republic, 411 c et seq.)

Seterusnya, pada umur 18 hingga 21 tahun, kanak-kanak yang sudah melalui pelbagai
pertandingan dan peperiksaan, remaja lelaki dan perempuan perlu menghadirkan diri untuk
latihan fizikal dan latihan ketenteraan yang ekslusif selama dua atau tiga tahun. Selepas latihan
ini berakhir, pelajar yang layak berdasarkan ujian, pertandingan dan peperiksaan pada zaman
persekolahan dan di kem ketenteraan akan layak masuk ke pusat pengajian tinggi pada umur 21
tahun. Pada tahap ini, mereka akan diperkenalkan dengan ilmu-ilmu falsafah asas dan
pentadbiran Negara. Plato sangat mengambil berat akan hal pendidikan dan kemudiannya
mewajibkan pendidikan ke atas semua individu sehingga ke umur 20 tahun. Menurut Plato,

‘all this study must be presented not in the form of compulsory instruction because a free
soul ought not to pursue any study slavishly’ (Republic, 536d-e).

Plato mencadangkan pengajian tinggi ini dilakukan selama lebih 10 tahun. Pelajar perlu
menggunakan ilmu yang mereka dapat ketika di zaman persekolahan dan di dalam kem
ketenteraan. Bagi Plato, ini akan membantu mereka memahami dan mengaplikasi apa yang
mereka belajar selama ini. Plato berkata,

‘for he who can view things in their connection as a dialectician’ (Republic,537c)

Perhatian khusus diberikan kepada empat tunggak utama dalam memahami falsafah iaitu
matematik, geometri, astronomi dan harmoni. Matematik dan geometri dipercayai membebaskan
minda dari berjaga, membiasakan diri dengan dunia akal yang suci dan menukarkan jiwa kepada
ketinggian duina idea. Menurut Plato dalam Republicnya,
‘geometry is the knowledge of the eternal existent’ (Republic, 527b)

‘it is through geometry that one learns how to manipulate concepts’ (Republic, 510-511)

Seterusnya, pada umur lebih 30 tahun, pelajar mula mempelajari ilmu Falsafah atau Dialektik.
Selepas lima tahun mempelajari Falsafah atau Dialetik, mereka dikerah untuk kembali ke
bahagian ketenteraan atau jawatan awam untuk berkhidmat selama 15 tahun. Mereka akan terus
diuji dengan latihan dan ujian. Dan pada umur 50 tahun, sesiapa yang telah disahkan sebagai
penjawat awam atau disahkan dalam bidang ketenteraan akan diberi peluang untuk mentadbir
Negara sehingga bersara. Seperti kata Plato di dalam bukunya,

‘At the age of 50 those who have approved themselves altogether the best in every task and
form of knowledge’… and when they have thus beheld the good itself they shall use it as a
pattern for the right ordering of the State’ (Republic, 540a)

Apabila mereka bersara, mereka bebas untuk menikmati ganjaran mutlak dalam menghayati
Falsafah dimana ini akan menjadi ganjaran yang tidak ternilai.

Ini adalah kurikulum yang dicadangkan oleh Plato pada zamannya. Seterusnya, kita akan melihat
hujah-hujah Kurikulum yang dibentangkan oleh ilmuwan Islam yang tersohor, Al-Farabi.

Dalam kurikulumnya, Al-Farabi menekankan keutamaan pembelajaran Al-Quran dan Pengajian


islam yang lain seperti fiqh(undang-undang), qanun(undang-undang Islam), dan kalam(teologi).
Dalam mempelajari ketiga-tiga ilmu yang dianggap penting, Al-Farabi turut menyuarakan ilmu-
ilmu keduniaan yang juga dikatakan penting dalam memahami hukum alam dan dalam
mengesakan Allah. Diantara subjek-subjek yang diberi perhatian oleh Al-Farabi termasuklah
Bahasa, Logik, Matematik, Sains dan Muzik.

Penguasaan bahasa amat penting. Al-Farabi menggalakkan para pelajar untuk menguasai bahasa-
bahasa yang lain agar ilmu-ilmu yang terdapat dalam bahasa yang berbeza dapat dikaitkan. Al-
Farabi sendiri telah menguasai beberapa bahasa lain yang membolehkannya untuk membanding
bezakan budaya dan bahasa. Menurut Al-Farabi, kemahiran tatabahasa memudahkan pelajar
untuk mengekspresi diri. Tanpa kebolehan berbahasa, seseorang tidak akan dapat belajar dan
berkembang dengan baik.
‘the sequence of learning must begin with the language and its structure i.e. its grammar,
so that the students can express himself as do the people who speak that language, without
this ability, he will not be able to understand others nor they him, and he will not develop
properly. Mastery of the common language, the foundation for all other kinds of
knowledge, is therefore indispensable.’(Al-Farabi)

Selanjutnya, Al-Farabi memberi penekanan kepada ilmu Logik. Kita sendiri tahu yang Al-Farabi
begitu minat dan mahir tentang ilmu Logik kerana dia banyak menghabiskan masanya menelaah
buku-buku hasil tulisan Aristotle yang bekisar tentang ilmu Logik. Menurut Al-Farabi, ilmu
Logik dapat membantu pelajar mendalami ilmu Sains dan Matematik untuk refleksi yang waras
dan teratur. Menurutnya, Matematik adalah tahap tertinggi dalam hirarki sains teoretikal.

‘Sesiapa yang ingin mempelajari seni teoretikal mula dengan mempelajari nombor dan
diikuti dengan pengukuran dan kemudian optiks.’ (Al-Farabi)

Al-Farabi turut menyediakan pembahagian Matematik kepada tujuh bahagian iaitu:

1. Nombor
2. Geometri
3. Sains Perspektif
4. Astronomi
5. Muzik
6. Dinamiks
7. Mekaniks

Menurut Al-Farabi, pengajaran Matematik perlu dimulakan dengan pengajaran Nombor kerana
Nombor adalah tepat, jelas dan tidak mengelirukan pelajar serta melatih intelek pelajar. Selain
dari itu, Matematik perlu diajar secara berperingkat-peringkat bermula dengan yang konkrit dan
boleh diukur kepada yang lebih abstrak. Bermula dengan pengiraan, diikuti dengan geometri
yang hendak diajar supaya tidak wujud ketidaktentuan. Kemudian pelajar diajar Sains Perspektif,
Astronomi, Muzik, Dinamiks dan akhir sekali Mekaniks. Barulah pelajar boleh didedahkan
kepada Sains Semulajadi yang berkaitan dengan haiwan, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya.
Seterusnya, Al-Farabi menekankan Sains sebagai satu subjek yang penting. Al-Farabi
mengklasifikasikan Sains dengan tujuan pendidikan. Menurut Al-Farabi, pendidikan Sains
adalah tidak bermakna dan tidak berguna jika pelajar tidak dibenarkan untuk
mengaplikasikannya dalam kehidupan sebenar.

‘Sains hanya berguna jika ia dapat dikaitkan dengan dunia sebenar dan pelajar mesti
diberi peluang mengaplikasikannya’.

Tujuan pengajaran Sains juga telah ditakrifkan oleh Al-Farabi untuk mencapai beberapa objektif.
Objektif pertama sebagai panduan asas dalam pemilihan subjek. Yang kedua, sebagai panduan
untuk memahami hirarki Sains. Yang ketiga, membantu memastikan tahap sepatutnya
pembelajaran sesuatu ilmu Sains itu dan akhirnya untuk membantu pelajar menguasai subjek-
subjek yang perlu dipelajari sebelum mereka mendakwa telah menguasai bahagian-bahgian Sains
yang tertentu.

‘First, the classification was intended as a general guide for students in the choice of
subjects that would be beneficial to them. Second, the classification enabled students to
understand the hierarchy of Sciences. Third, its various divisions and subdividsions were
helpful in determining the extent to which specialization may be legitimately pursued.
Finally, the classification informed students of the subjects they must master before they
can claim mastery in a particular field.’ (Osman Bakar, Classification of Knowledge in
Islam, 1992)

Al-Farabi tidak mengasing-asingkan ilmu Sains ini dengan Sains Islam seperti tafsir, Hadith,
shari’ah, atau tawhid. Ilmu Sains Islam sentiasa menjadi dominasi kepada ilmu-ilmu Sains yang
lain. Pada akhirnya, Al-Farabi dan para ilmuwan Islam yang lain telah memperkenalkan dimensi
baru pengetahuan dan mengintegrasikan ilmu Sains ini dengan Sains Islam dengan skema
bersepadu.

‘What Al-Farabi and later philosophers did was to introduce new dimensions of knowledge
and integrate these with religious sciences within a unified scheme.’ (Rosnani Hashim,
2011)
4.0 Peranan Guru dan Kaedah Mengajar

Seterusnya, kita akan meneliti dan menganalisis perbezaan dan perbandingan antara
Peranan Guru dan Kaedah Mengajar mengikut apa yang dicadangkan oleh Plato dan apa yang
dituliskan oleh Al-Farabi. Mulanya, kita akan meneliti apa yang dicadangkan oleh Plato.

Seperti yang diketahui ramai, Plato dipengaruhi oleh corak pendidikan gurunya, Socrates. Plato
meneruskan usaha dan cara gurunya mengajar dengan kaedah ‘question and dilaogue’ atau
persoalan dan perbincangan. Plato percaya dengan kata-kata yang diucapkan oleh Socrates,

‘Pindahan ilmu daripada guru kepada pelajar seperti pindahan air dari cawan yang
penuh ke cawan yang kosong.’- Socrates.

Menurut Plato, peranan guru sememangnya penting dan Plato mengambil berat tentang
tanggungjawab seorang guru. Bagi Plato, seorang guru patut tahu dan fahaman tentang apa yang
diajar. Peranan ini bersamaan dengan peranan guru yang diutarakan oleh Al-Farabi.

‘Guru mesti menunjukkan kefahaman yang mendalam tentang ilmu yang hendak diajar
dan dapat menggunakan kaedah mengajar yang berkesan yang memudahkan pelajar
menguasai ilmu yang hendak disampaikan sambil tidak mengelirukan mereka.’(Al-Farabi)

Untuk itu, pada zamannya, Plato memanggil ahli-ahli Falsafah yang terkenal pada zamannya
seperti Euxoda, pakar matematik, astronomi, geografi dan fizik untuk mengajar di ‘The
Academy’-nya,

‘Plato, himself a seasoned mathematician, invited other scholars accomplished in this


discipline to teach at the academy. These included Euxodas who was a mathematician ,
astronomer, geogarpher and physician.’ (Charles Hummel, 1999)

Menurut Plato lagi, guru dan pelajar mestilah tinggal di dalam satu komuniti. Tujuannya adalah
untuk memudahkan pelajar dan guru untuk menghadiri sesi-sesi perbincangn dan persoalan.
Juga, untuk mewujudkan semangat intelektual dan suasana pembelajaran yang diingini.

‘Teachers and pupils lived there in a community atmosphere that was enhanced by a
dialectical method of teaching, in which doctrinal presentations are followed by
discussion.’ (Charles Hummel, 1999)
Selain dari itu, peranan guru juga adalah untuk membebaskan masyarakat daripada kejahilan dan
membawa individu ke jalan kebenaran. Contoh yang terbaik ialah Analogi Gua. Analogi Gua
merujuk kepada penceritaan Plato terhadap apa yang terjadi kepada Socrates. Analogi ini
menunjukkan kejahilan masyarakat yang membunuh seorang yang berfikir di luar gua.

Plato juga menyatakan yang tugas atau peranan seorang guru ialah mendidik seseorang menjadi
orang yang terpelajar bukannya sifat semulajadi seseorang itu. Selain itu, Plato juga meletakkan
tanggungjawab mendisiplinkan pelajar di atas bahu seorang guru. Namun begitu, Plato
menyuarakan pendapatnya dalam mendisiplinkan pelajar,

‘Guru hendaklah berhati-hati dalam mendisiplinkan pelajar kerana kekerasan keterlaluan


boleh menyebabkan murid tidak bermaya, lemah semangat, putus asa dan tidak dapat
menyesuaikan diri dengan masyarakat’ (terjemahan Laws, 791c)

Pendapat ini sama dengan pendapat yang diutarakan oleh ilmuwan Islam, Al-Farabi yang
mengatakan,

‘Guru hendaklah mengelak dari memberikan hukuman yang terlalu keras kerana ini akan
membuat pelajar benci kepada guru. Sebaliknya jika terlalu lembut,kemungkinan pelajar
tidak memberi perhatian dan menjadi malas’(Al-Farabi)

Guru juga tidak boleh mendiskriminasi di antara pelajar lelaki dan perempuan. Jika perlu, pelajar
perempuan perlu diarahkan untuk menyertai tentera untuk berperang,

‘In the Platonic state girls, like boys, do their gymnastics in the nude adn are expected to
go to the war clad in the same armour as the men.’(Charles Hummel, 1999)

Plato mencadangkan bahawa cerita dan puisi yang bakal digunakan oleh seorang guru supaya di
tapis terlebih dahulu supaya tidak merosakkan minda pelajar. Akhir sekali, Plato menggalakkan
para guru untuk memberi galakan kepada para pelajar untuk mempelajari ilmu Muzik dan
Pendidikan Jasmani yang dapat memperkasakan minda dan badan mereka. Plato telah
mewajibkan subjek ini di dalam Kurikulumnya,

‘Together with this literary and musical education, students of the Platonic state engage in
all sorts of sports, including horse-riding and weapons training. The balance between
culture and gymnastics should be maintained as perfectly as possible.’(Republic, 411 c et
seq.)

Menurut Al-Farabi pula, seorang guru itu perlulah seorang yang bermoral tinggi, tidak taksub
dengan harta, terdidik dengan sifat qanaah (merasa cukup dengan apa yang ada), ingin mencari
kebenaran, sukarela dan tidak dipaksa kecuali dalam keadaan yang mendesak. Peranan guru yang
diutarakan oleh Al-Farabi telah kita bincangkan pada sesi di atas yang sama dengan hujah Plato
terhadap peranan guru.

Al-Farabi telah mengetengahkan beberapa kaedah pengajaran yang boleh digunakan oleh para
guru untuk mencapai tahap pembelajaran yang optimu. Al-Farabi memperkenalkan Kaedah
Demonstrasi dan Kaedah Memujuk.

Kaedah Demonstrasi- Guru bercakap dan sesuai untuk pengetahuan khusus. Pelajar
digalakkan berdebat dan memberi pendapat.

Kaedah Memujuk- Guru bercakap dengan memberi contoh, metafora dan iluistrasi.
Pelajar digalakkan menggunakn sensori sentuhan,visual dan pendengaran untuk
mempelajari sesuatu. (Al-Farabi, Falsafat Aristutalis, edited by Muhsin Mahda, Beirut, Dar
majallat al-chi’r, 1961)

Al-Farabi turut menyatakan perbezaan antra Hafalan dan Kefahaman.

‘Hafalan ialah apabila pelajar mengulangi perkataan atau ungkapan berkali-kali sehingga
dia hafal seperti mempelajari bahasa, menghafal Al-Quran dan lagu serta puisi.
Sebaliknya, Kefahaman pula apabila pelajar memahami maksud dan dapat
menginterpretasi sesuatu bahan tulisan.’ (Al-Farabi, Al-Burhan).

Menurut Al-Farabi,

‘Kefahaman adalah lebih baik dari konsep hafalan kerana pelajar memahami konsep,
prinsip dan teori yang dikuasai dan dapat mengaitkan maklumat baru yang dipelajari
dengan konsep dan prinsip yang telah dipelajari.’ (Al-Farabi, Ajwibat masa ‘il su ‘ila
‘anha)
Oleh yang demikian, Al-Farabi menekankan betapa pentingnya guru menerangkan konsep
dengan kaedah yang dapat meningkatkan kefahaman. Langkah-langkah yang dicadangkan oleh
Al-Farabi ialah:

1. Guru bermula dengan mencari perkataan yang sama maksud dengan konsep yang
hendak diterangkan.
2. Memberi definisi konsep yang berkenaan.
3. Penerangan tentang bahagian-bahagian konsep yang berkenaan.
4. Penerangan ciri-ciri khusus dan ciri-ciri umum konsep berkenaan.
5. Menggunakan metafora, analogi, ilustrasi dan contoh untuk menjelaskan konsep
berkenaan.

Al-Farabi juga mencadangkan guru menyelitkan unsur permainan dalam pengajaran. Permainan
pendidikan bertujuan mencetus pemikiran kreatif dan pembelajaran aktif ddi kalangan pelajar.
Selain dari itu. Al-Farabi juga menekankan kepentingan menilai hasil pembelajaran. Tujuan
peperiksaan ialah untuk menentukan tahap pencapaian pelajar dalam sesuatu bidang ilmu.
Menurutnya, untuk menilai kebolehan pelajar mengaplikasikan konsep dan prinsip, bahan-bahan
seperti kompas, sempoa, pembaris, dan skala hendaklah disediakan untuk kegunaan pelajar.

5.0 Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, kita akan merumuskan perbandingan antara sumbangan-


sumbangan kedua ahli falsafah yang hebat ini, Plato dan Al-Farabi. Hujah-hujah mereka
berkaitan dengan Matlamat Pendidikan, Kurikulum dan Peranan guru dan Kaedah Mengajar
yang dicadangkan dan dibentangkan pada zaman mereka.

Matlamat utama Plato ialah menyediakan rakyat Greek tentang kefahaman Negara Ideal
dan cara mengekalkannya. Dengan menggunakan medium pendidikan, Plato telah mengajar
penduduk Greek untuk mewarisi corak pentadbiran yang dilakukan saban abad demi
mengekalkan Greek sebagai Negara Ideal. Golongan Penjaga atau ‘The Guardian’ diberi
tanggungjawab untuk belajar semenjak dari dalam kandungan untuk mendapatkan kuasa
memerintah Greek pada suatu hari nanti. Namun begitu, matlamat pendidikan Al-Farabi talah
membuka lembaran baru dunia pendidikan. Matlamatnya yang menyeru pelajar atau individu
untuk mencapai kesempurnaan kendiri memastikan falsafahnya lebih digemari dan lebih diguna
pakai sehingga ke hari ini. Al-Farabi mencadangkan pembelajaran berasaskan ilmu keagamaan
iaitu ilmu yang datang dari Allah melalui Al-Quran yang diwahyukan kepada Rasul-Nya, Nabi
Muhammad. Selain dari itu, huraiannya tentang matlamat utama pendidikan ternyata lebih
menepati keperluan semua indivdu. Berkat hasil kajian dan penyelidikannya, Al-Farabi telah
mengubah haluan pendidikan untuk mencapai sesuatu yang lebih dari sekadar mewarisi budaya
dan formaliti masyarakat.

Seterusnya, Kurikulum yang dicadangkan oleh Plato ialah satu perancangan dan susun atur
yang paling terperinci. Menggesa rakyat untuk menghasilkan bayi yang sihat, cantik dan kuat
adalah permulaan bagi individu yang mantap. Seterusnya, corak pembelajaran yang tenang dan
tidak mengelirukan kanak-kanak seperti mendengar cerita dan pengenalan kepada asas budaya
Negara Ideal dapat membantu kanak-kanak mengetahui dan memahami akan tindakan yang
bakal dilakukan untuk mencapai masa depan yang gemilang untuk negara mereka. Dengan
pembelajaran di sekolah, latihan ketenteraan, pengajian tinggi untuk yang layak dan ilmu
falsafah yang ada dapat membantu para pelajar memenuhi kriteria individu untuk menyumbang
kepada negara. Secara tidak langsung, mereka dapat mengaplikasi ilmu-ilmu yang dipelajari
sejak mereka di bangku sekolah sehingga ke peringkat pengajian falsafah. Selepas mereka
bersara, mereka akan dapat menikmati dan meluaskan pengetahuan mereka terhadap ilmu
falsafah yang menjadi ganjaran mutlak. Sesungguhnya, Kurikulum yang dirancang dan
dilakukan dengan baik telah membantu Plato membuktikan corak kurikulum yang diketengahkan
adalah efektif. Bagi Al-Farabi pula, kurikulum yang berasaskan Pengajian Islam amat sesuai
dipraktikkan demi membantu manusia mencapai nikmat kesempurnaan kendiri sebagai hamba
yang soleh. Al-Farabi percaya permulaan atau asas yang kukuh akan membantu para pelajar
untuk memperoleh ilmu secara berperingkat-peringkat akan berkesan. Dimulai dengan ilmu
Pengajian Islam dan seterusnya penguasaan Bahasa. Penguasaan Bahasa akan membantu
meningkatkan kefahaman untuk belajar subjek seterusnya iaitu Logik yang seterusnya membawa
pelajar mendalami Matematik, Sains dan Muzik. Pada akhirnya, Al-Farabi dan ilmuwan Islam
yang lain telah menghasilkan satu dimensi baru dalam Kurikulum pembelajaran yang
mengintegrasikan kesemua aspek di dalam Pengajian Isalam dan ilmu-ilmu yang lain.
Peranan guru yang dibentangkan oleh Plato dan Al-Farabi mempunyai banyak persamaan.
Peranan guru tidak lain tidak bukan untuk membantu pelajar keluar dari kejahilan dan mencari
kebenaran, mendisiplinkan pelajar dengan cara yang sesuai, membawa pelajar mencapai ilmu
dengan pemikiran kritis dan menggalakkan pelajar untuk membantu diri sendiri demi mencapai
tahap tertinggi dalam pembelajaran. Namun begitu, kaedah yang digunakan oleh Plato dan Al-
Farabi adalah berlainan. Plato dengan cara ‘Questions and Dialogue’ atau persoalan dan
perbincangan manakala Al- Farabi denga Kaedah Demonstrasi dan Kaedah Memujuk. Al-Farabi
juga lebih bijak mengatur strategi pengajaran dengan kaedah-kaedah yang lain yang telah kita
bincangkan seperti penggunaan kata atau maksud yang sama, memberi definisi konsep dan juga
penggunaan metafora dan analogi yang sesuai untuk konsep berkenaan. Kaedah ini terus-terusan
diguna pakai oleh ramai pendidik pada zaman ini. Jelaslah bahawa, peranan guru dan kaedah
mengajar yang mereka ketengahkan menjadi inspirasi buat guru-guru pada masa kini dan akan
datang.

Akhir sekali, walaupun kedua-dua ahli falsafah ini hidup di tempat yang berbeza dan pada
masa yang jauh antara satu sama lain, namun sumbangan mereka terhadap dunia pendidikan
dijadikan tunjang kejayaan sistem pembelajaran di setiap pelosok dunia. Walaupun terdapat
beberapa idea yang ekstrem dan berkemungkinan tidak masuk akal, kita perlu ingat yang ahli
falsafah ini beerfikir tentang apa yang berpatutan pada masa, rencana kehidupan dan kehendak
tamadun tersebut.
RUJUKAN

amazingfilsafat.blogspot.com/2007/04/filsafat-pendidikan-al-farabi.html

Charles Hummel, (1999). Plato, PROSPECTS: the quaterly review of education


(Paris,UNESCO: International Bureau of Education), vol. 24, no 1/2, 1994 p. 329-42.

http://en.wikipedia.org/wiki/Al-Farabi

http://en.wikipedia.org/wiki/Plato

http://www.muslimphilosophy.com/farabi/

http://www.paperbackswap.com/Plato/author/

Nota Kuliah Falsafah Pendidikan Bab 1 Pengenalan kepada Falsafah, Bab 4 Al-Farabi and Ibn
Sina dan Bab 5 Socrates & Plato

Osman Bakar, Classification of Knowledge in Islam, Kuala Lumpur: Institute of Policy


Research, 1992, p. 124.

Oxford ADVANCED LEARNER’S Dictionary Internatinal Student’s Edition, Seventh Edition


2005(2nd impression), Oxford University Press, Longman, Chambers, the Universities of Oxford
and Lancasster and the British Library.

Rivai Bolotio, AL FARABI ANALISIS PENDIDIKAN DALAM KONSEP PENDIDIKAN


JIWA P. 1-8.

Rosnani Hashim, (2004) EDUCATIONAL DUALISM IN MALAYSIA Implications for Theory


and Practice, 5 The Islamic Philosophy of Education The Other Press Sdn. Bhd. p. 96-104.

www.ibe.unesco,org/fileadmin/userupload/archice/publications/ThinkersPdf/farabie.pdf

Anda mungkin juga menyukai