Anda di halaman 1dari 4

Apakah kurikulum Integrasi? Atau kurikulum integratif?

Sebagai seorang pendidik adalah


menjadi amalan untuk sentiasa mencari perubahan dalam kaedah penyampaian proses pengajaran dan
pembelajaran. Zunaidah dan Dr Hjh Aizan menulis integrasi adalah penggabungan atau pergabungan
dua atau beberapa unsur bahagian dan lain-lain menjadi kesatuan, penyatuan, berpadu, disepadukan.
Dalam mememahami kurikulum integratif adalah penting untuk mengetahui komponen yang menjadi
asas kepada kurikulum integratif iaitu:

Fokus kepada kemahiran asas, kandungan dan pemikiran aras tinggi


Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat
Pembelajaran berstruktur dalam tema pembelajaran, idea bernas dan konsep bermakna
Menyediakan hubungan antara pelbagai disiplin kurikulum
Menyediakan pelajar peluang untuk mengaplikasikan kemahiran yang mereka pelajari.
Menggalakkan penglibatan aktif dengan pengalaman kehidupan sebenar
Mengujakan, memotivasi dan mencabar pelajar
Menyediakan pemahaman yang mendalam tentang isi pembelajaran
Menyediakan peluang untuk kumpulan kecil dan instruktur industri
Mengadaptasikan kepelbagaian kaedah pembelajaran/teori( teori pembelajaran sosial,
pembelajaran kooperatif, motivasi intrinsik dan efikasi kendiri) dan pelbagai kecerdasan.
(Contardi, Fall, Flora, Gandee, & Treadway, 2000)
Kurikulum sedia ada lebih berfokus kepada pembelajaran secara khusus kepada tema dalam

subjek yang di ajar, sebagai contoh kita di ajar membaca dan kefahaman dalam subjek bahasa,
mengira dalam subjek matematik dan melukis dalam sujek seni. Pengenalan kepada kurikulum
bersepadu menggabungkan disiplin yang berbeza dalam setiap subjek seperti sains unsur moral
dimasukkanndengan konsep menghargai alam sekitar. Tetapi setiap subjek di ajar secara berasingan
dan ini menyebabkan pelajar belajar perkara yang sama dalam subjek yang lain. Terlalu banyak
maklumat yang perlu disampaikan dalam pengajaran selama empat puluh minit dalam kelas
tradisional (Contardi, Fall, Flora, Gandee, & Treadway, 2000). Banyak sekolah terus distruktur
dengan peralihan proses pembelajaran dari satu subjek oleh bunyi dering loceng atau arahan guru,
maklumat terputus dan kebolehan untuk menyesuaikan perkara yang dipelajari ke dalam dunia
sebenar lenyap. Sedangkan sebagai seorang guru sains kita memang sedia maklum dapat melihat
perkaitan rapat antara subjek sains dan matematik. Dalam kurikulum integratif fokus adalah
menghubungkan pelbagai bidang pembelajaran merentas kurikulum dan menekankan konsep
penyatuan (Shandra Boyd, 2015). Dalam menghasilkan pembelajaran yang bermakna, interaksi aktif
dari pelajar adalah kemestian, menggalakkan pemikiran aras tinggi dengan menggabungkan pelbagai
disiplin pembelajaran dalam satu tema. Maklumat yang kita perolehi akan kekal jika kita dapat
membuat hubungan dengan maklumat yang baru kita terima dan ini boleh didapati dengan cara
memasukkan elemen situasi hidupan sebenar dalam aktiviti pembelajaran. Selaras dengan pendekatan

teori pembelajaran konstruktivisme Pembelajaran secara konstruktivisme berlaku di mana peserta


didik membina pengetahuan dengan menguji ide dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan
pengalaman yang ada, kemudian mengimplikasikannya pada satu situasi baru dan mengintegrasikan
pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang akan diwujudkan (Rangkuti, 2012).
Pelajar boleh belajar dengan penuh penghayatan apabila pelajar dapat mengaplikasikan
pengetahuan yang dipelajari dalam kelas dalam dunia yang sebenar (Barron & Darling-hammond,
2008). Tidak hanya berfokus kepada satu tema khusus dalam satu subjek kurikulum integratif
membuka ruang yang lebih luas melalui pendekatan multidisiplin dalam satu tema. Sebagai contoh
kita mengambil tema penerokaan angkasa lepas dalam topik sains berkenaan dengan planet dalam
sistem suria bimasakti. Dengan memberi projek kepada pelajar untuk menghasilkan satu permainan
susun gambar seperti jigsaw berkenaan planet dalam sistem suria dengan menggunakan bahan-bahan
terpakai. Kita menyediakan prosedur untuk menjadi panduan kepada pelajar dengan meminta pelajar
mencari maklumat sendiri berkenaan planet, saiz sebenar, setiap planet dan jarak antara orbit serta
bentuk serta kedudukan setiap planet. Disini pelajar akan belajar kemahiran membaca dan
pemahaman seperti dalam subjek bahasa. Seterusnya pelajar perlu membuat jigsaw dengan skala yang
sebenar, pelajar di ajar untuk menggunakan skala yang sesuai untuk mewakili kuantiti yang sebenar,
menggunakan bentuk yang sesuai untuk jigsaw yang dihasilkan; geometri dan membuat jigsaw,
melakar, mewarna; seni menggunakan bahan terpakai; alam sekitar.

Jigsaw Planet dalam sistem suria Bima Sakti (Sains)


Mencari maklumat melalui
pembacaan di perpustakaan atau
internet

Menghasilkan Jigsaw dengan skala


dari ukuran sebenar saiz dan jarak
orbit

Membaca
Pemahaman
ict

Matematik
Geometri
Seni

Dalam menjalankan aktiviti tersebut pelajar akan diuji sesuai dengan kemahiran
masing-masing kerana kita tahu bahawa setiap pelajar mempunyai kecenderungan masingmasing. Pelajar yang berminat kepada sains akan banyak membantu dalam mendapatkan
maklumat, manakala pelajar yang berminat dengan matematik akan membantu dalam

menyelesaikan masalah skala dan bentuk, untuk yang minat dengan seni sudah semestinya
kemahirannya akan jelas untuk melakar dan mewarna. Kesemua pelajar dengan kemahiran
yang berbeza ini secara tidak langsung menjadi mentor kepada pelajar lain dan ini
menggalakkan lagi interaksi antara pelajar serta memotivasikan diri sesama sendiri. Mereka
juga diberi peluang samarata untuk menunjukkan kebolehan mereka dalam bidang masingmasing. Ini adalah selaras dengan teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Garner. Setiap
orang mempunyai caranya yang tersendiri dan unik untuk menyelesaikan persoalan atau
masalah yang dihadapi mereka. Kunci kualiti dalam menggunakan projek termasuk autentik,
relevan dan penglibatan secara langsung. Teknik intruksional seperti konstruktivisme dan
pembelajaran kooperatif sering menjadi komponen utama dalam kurikulum integratif
(Montgomery, 1999).
Jika dilihat secara teorinya kurikulum integratif boleh menjana amalan pendidikan
yang sentiasa selaras dengan kehendak arus global yang terus bergerak ke hadapan. Faedah
yang boleh di capai melalui kurikulum integratif mengujakan dan sangat bertepatan. Tetapi
terdapat pendapat yang menyatakan kerberhasilannya adalah sukar untuk diukur. Berpegang
kepada hujah yang mengatakan bahawa sesetengah pengetahuan adalah perlu dipelajari
dalam bidang yang khusus sahaja. Terdapat konsep yang akan menyebabkan kekeliruan
apabila dipelajari dalam bidang yang berbeza. Bagi guru pula kurangnya pengetahuan dalam
bidang lain selain subjek yang diajar menjadi faktor kekangan. Bagi mengimplementasikan
kurikulum integratif dalam kurikulum sedia ada adalah memerlukan perubahan yang sangat
besar, keseluruhan struktur sesebuah sekolah perlu diubah bagi menyesuaikan dengan
perubahan yang dilakukan. Tetapi yang pastinya arus semasa adalah sentiasa berubah dan
sentiasa bergerak ke hadapan. Menjadi keperluan untuk setiap organisasi untuk berubah jika
hendak terus maju ke hadapan atau memilih untuk terus ketinggalan di belakang.

Bibliography
Barron, D. B., & Darling-hammond, D. l. (2008). Teaching for Maningful Learning.
San Francisco: Jossey-Bass, a Wiley imprint.
Contardi, G., Fall, M., Flora, G., Gandee, J., & Treadway, C. (2000). Itegrated
Curriculum A Group Investigation Project.
Othman, Z. B., & Zin, D. H. (2013). PENDIDIKAN INTEGRATIF DALAM ISLAM :
KESEPADUAN IMAN, ILMU DAN AMAL.
Rangkuti, A. A. (2012). Teori Pembelajaran Konstrutivisme.

Anda mungkin juga menyukai