Anda di halaman 1dari 21

LMGG1422 KEMAHIRAN ANALISIS PERNIAGAAN

SEMESTER 1 SESI 2019/2020

TAJUK :
ANALISIS PASARAN

NAMA PENSYARAH :
DR. SHEERAD BIN SAHID

NAMA PELAJAR :
NUR ARISSA MAISARAH BINTI NADHRI
A174546

Isi Kandungan

1.0 Pengenalan Terhadap Analisis Pasaran…………………………………………3


2.0 Konsep dan Model Analisis Pasaran……………………………………………4
3.0 Jenis-Jenis Analisis Pasaran…………………………………………………….5

1
3.1 Analisis SWOT
3.1.1 Kekuatan (Strength)………………………………………………5
3.1.2 Kelemahan (Weaknesses)………………………………………... 7
3.1.3 Peluang (Opportunites)……………………………………………8
3.1.4 Ancaman (Threats)………………………………………………..8
3.2 Analisis PESTEL
3.2.1 Faktor Politik……………………………………………………9
3.2.2 Faktor Ekonomi…………………………………………………9
3.2.3 Faktor Sosial…………………………………………………….10
3.2.4 Faktor Teknologi………………………………………………..10
3.2.5 Faktor Persekitaran……………………………………………...1-
3.2.6 Faktor Undang-undang………………………………………….10

3.3 Analisis BCG Matrix


3.5.1 Pecahan Bintang…………………………………………………...12
3.5.2 Pecahan Tunai Lembu……………………………………………..12
3.5.3.Pecahan Tanda Soal………………………………………………..12
3.5.4 Pecahan Anjing…………………………………………………….13
4.0 Kepentingan Analisis Perniagaan
4.1 Analisis SWOT……………………………………………………………14
4.2 Analisis PESTEL………………………………………………………….14
4.3 Analisis BCG Matrix………………………………………………………14
5.0 Teknik Analisis Pasaran…………………………………………………………...
5.1 Analisis SWOT……………………………………………………………15
5.2 Analisis PESTEL…………………………………………………………..17
5.3 Analisis BCG Matrix……………………………………………………… 18
6.0 Kesimpulan………………………………………………………………………...20
7.0 Sumber Rujukan……………………………………………………………………21

1.0 Pengenalan Terhadap Analisis Pasaran

Sesebuah organisasi mahupun syarikat pastinya akan memulakan perniagaan dengan


merancang strategi terlebih dahulu sebelum memulakan sesuatu operasi perniagaan. Dalam

2
merangka strategi yang berkesan, pelbagai penyelidikan perlu dilakukan dahulu iaitu dengan
menganalisis setiap komponen perniagaan seperti sasaran pelanggan, segmentasi pasaran,
pertumbuhan ekonomi dan gelagat pengguna. Ini bagi memastikan perniagaan yang diceburi
akan terus kekal dalam pasaran.
Analisis pasaran ialah penilaian kuantitatif dan kualitatif pasaran di mana ia melihat saiz
pasaran dalam jumlah dan nilai, melihat pelbagai segmen pasaran serta corak belian,
persaingan dan persekitaran ekonomi . Analisis pasaran ini mengkaji daya tarikan dan
dinamik pasaran dalam industri . Ia juga dikenali sebagai penyiasatan yang didokumenkan
mengenai pasaran yang digunakan untuk memaklumkan aktiviti perancangan firma,
terutamanya keputusan mengenai inventori, pengembangan tenaga kerja, pembelian peralatan
modal dan aktiviti promosi.
Terdapat pelbagai jenis analisis yang boleh digunakan oleh seseorang atau pihak organisasi
dalam merancang perniagaan agar terus kekal di pasaran. Antaranya termasuklah analisis
SWOT, analisis PESTEL dan analisis BCG Matrix. Ketiga-tiga jenis analisis ini dapat
dilakukan bagi merancang strategi yang berkesan untuk mencapai matlamat dan objektif
perniagaan.
Analisis pasaran memerlukan sebahagian daripada organisasi melakukan penyelidikan ke atas
pasaran. Perkara ini membuatkan organisasi tersebut akan jelas untuk menjangkau pelanggan
di mana organisasi dapat mencapai mereka melalui saluran pemasaran yang ada. Sebaik
sahaja organisasi telah menentukan perkara ini, organisasi akan dapat dengan mudah melihat
peluang perniagaan. Contohnya, organisasi dapat mengetahui produk dan perkhidmatan lain
yang cenderung dibeli oleh pelanggan.

2.0 Konsep dan Model Analisis Pasaran

Menurut Teori Dow, beliau mengatakan pasaran berada dalam trend menaik jika salah satu
puratanya (industri atau pengangkutan) meningkat di atas tahap penting sebelumnya dan

3
diiringi oleh kemajuan yang sama di purata yang lain. Sebagai contoh, jika Dow Jones
Industrial Average (DJIA) naik ke pertengahan yang tinggi, Dow Jones Transportation
Average (DJTA) dijangka akan mengikuti dalam jangka masa yang munasabah.
Dow percaya bahawa pasaran saham secara keseluruhannya adalah ukuran yang boleh
dipercayai daripada keadaan perniagaan keseluruhan dalam ekonomi. Dengan menganalisis
pasaran keseluruhan, seseorang dapat mengukur dengan tepat keadaan-keadaan itu dan
mengenal pasti arah (trend) pasaran utama dan kemungkinan arah saham individu.
Teori ini telah mengalami perkembangan selanjutnya dalam sejarah 100 tahun, termasuk
sumbangan William Hamilton pada tahun 1920-an, Robert Rhea pada tahun 1930-an, dan E.
George Shaefer dan Richard Russell pada tahun 1960-an.
Analisis pasaran membolehkan sesebuah organisasi lebih memahami pelanggan serta dapat
mengurangkan risiko perniagaan. Analisis ini juga membantu sesebuah organisasi dalam
menjelaskan apa yang membuatkan perniagaan anda berbeza daripada perniagaan lain.
Dengan cara ini, organisasi dapat menonjol dan menjadi tarikan ramai pelanggan. Tidak kira
sama ada organisasi tersebut memulakan perniagaan, memperkenalkan produk baharu atau
mengembangkan perniagaan yang kecil, menganalisis pasaran boleh membantu sesebuah
organisasi dalam mengembangkan perniagaan ke peringkat seterusya.
Dalam menganalisis pasaran, beberapa ajukan soalan dapat dikenalpasti seperti :
1) Siapa pelanggan berpotensi saya?
2) Apakah pembeli dan tabiat pembelian pelanggan saya?
3) Berapa besar sasaran pasaran saya?
4) Berapa banyak pelanggan berpotensi untuk membayar?
5) Siapa persaingan saya?

3.0 Jenis-Jenis Analisis Pasaran

3.1 Analisis SWOT

4
Analisis SWOT merupakan teknik yang sering digunakan di dalam pengurusan strategik
dalam membantu seseorang atau sesebuah organisasi dalam mempertingkatkan
kecemerlangan organisasi, program pembangunan organisasi dan mengenalpasti kelebihan
persaingan. Analisis ini juga membantu dalam menentukan matlamat atau projek perniagaan
bagi merealisasikan objektif, misi dan visi sesebuah organisasi.
Menurut Wikipedia, sebahagian penulis Barat mengisytiharkan teori analisis SWOT
merupakan teori Albert Humphrey yang mengetuai konvensyen di Institut Penyelidikan
Stanford pada tahun 1960an dan 1970 menggunakan data dari syarikat Fortune 500. Walau
bagaimanapun, Humphrey sendiri tidak menuntut penciptaan SWOT, dan asal usulnya adalah
tidak jelas.
Perkataan SWOT ini adalah singkatan kepada Strengths (Kekuatan), Weaknesses
(Kelemahan), Opportunities (Peluang) dan Threats (Ancaman). Pembentukan analisis ini
menilai analisis dalaman dan luaran yang dapat membantu mempengaruhi sesuatu kejayaan
dalam sesebuah organisasi. Analisis dalaman terdiri daripada Strength dan Weaknesses
manakala Opportunities dan Threats adalah analisis luaran.

Analisis Dalaman
Analisis dalaman melakukan penilaian secara menyeluruh mengenai kekuatan potensi
persekitaran dalaman dan kelemahan organisasi. Antara faktor yang harus dinilai di seluruh
organisasi adalah dalam bidang-bidang seperti berikut:

• Struktur Organisasi
• Budaya Syarikat
• jenama kesedaran
• Pasaran Saham
• Sumber Kewangan
• Eksklusif Kontrak
• Strategi dan Rahsia Perdagangan
• Operasi Kecekapan
• Operasi Kapasiti

Analisis Luaran
Analisis luaran meruapakan satu peluang untuk memperkenalkan produk atau perkhidmatan
baru yang dapat menghasilkan pendapatan yang lumayan. Kebiasaannya, perubahan dalam
persekitaran dikatakan sebagai ancaman terhadap kedudukan pasaran produk yang sudah ada

5
dan mungkin memerlukan perubahan dalam spesifikasi produk atau pembangunan produk
baru. Perubahan persekitaran luaran merangkumi :

• Pelanggan
• Persaingan
• Pembekal
• Laman Sosial
• Teknologi Baru
• Ekonomi Persekitaran
• Politik dan persekitaran peraturan

Rajah 1 menunjukkan 4 komponen utama dalam analisis SWOT iaitu :

6
1. Strengths (Kekuatan)
2. Weaknesses (Kelemahan)
3. Opportunities (Peluang)
4. Threats (Ancaman)

3.1.1 Kekuatan (Strength)


Kekuatan merupakan faktor dalaman di dalam sesebuah organisasi yang membantu kepada
pencapaian objektif. Ia menggambarkan organisasi yang unggul yang membezakannya
daripada pesaingan seperti jenama yang kukuh, pelanggan yang setia, kunci kira-kira yang
stabil dan menggunapakai teknologi yang moden serta canggih.
Sesebuah organisasi perlu mengenalpasti kemahiran dan keupayaan yang dimiliki oleh
organisasi tersebut.Misalnya, tenaga yang cekap merupakan antara kekuatan yang dimiliki
oleh organisasi kerana dapat meningkatkan produktiviti syarikat. Selain itu, organisasi
haruslah memastikan sumber atau bahan mentah yang dimiliki mencukupi bagi kelangsungan
pengeluaran. Di samping itu, Jenama atau reputasi yang kukuh adalah pemangkin kepada
kejayaan organisasi kerana boleh mengekalkan kepercayaan pelanggan terhadap organisasi.
Seterusnya, tindakan yang bijak bagi menghadapi saingan daripada pengguna dalaman
organisasi juga merupakan antara kekuatan yang dimiliki oleh organisasi. Kesatuan harmoni
dan perhubungan perindustrian yang baik menjadi kekuatan dalam organisasi kerana dapat
mewujudkan suasana persekitaran yang fleksibel.
3.1.2 Kelemahan (Weaknesses)
Kelemahan adalah suatu keadaan yang dapat memberikan impak negatif kepada organisasi.
Kelemahan dapat menghentikan operasi perniagaan pada tahap optimum di mana perniagaan
perlu ditambahbaik atau diperbaiki untuk kekal berdaya saing. Kelemahan dapat dikenalpasti
melalui perolehan yang lebih tinggi daripada purata, tahap hutang yang tinggi, rantaian
bekalan yang tidak mencukupi, atau kekurangan modal.
Organisasi perlu memperbetulkan kelemahan untuk bersaing dengan pesaing. Organisasi
perlu melihat kekurangan yang ada pada perniagaan seperti pekerja, bahan mentah, modal
dan teknologi yang digunakan. Selain itu, penelitian perlu dibuat terhadap aduan yang
diterima sama ada daripada pelanggan atau pihak kerajaan. Seterusnya, organisasi perlu
mengkaji faktor yang menyebabkan kehilangan penjualan.

3.1.3 Peluang (Opportunities)


Opportunities ataupun peluang merujuk kepada faktor-faktor luaran yang menguntungkan
yang boleh memberikan kelebihan daya saing terhadap organisasi. Peluang dapat membantu
organisasi menjadi lebih maju dan berjaya. Organisasi boleh mendapat manfaat daripada
peluang yang wujud dalam pasaran seperti terdapatnya pertumbuhan pasaran baru bagi
perniagaan yang dijalankan.

7
Organisasi perlu melihat peluang yang wujud sekiranya nilai wang jatuh dan tren apa yang
sedang berkembang dan sejajar dengan perusahaan. Contoh peluang yang wujud adalah
seperti pemotongan tarif di mana pengeluar kereta boleh mengeksport kereta ke pasaran baru
dan meningkatkan jualan serta pemasaran.

3.1.4 Ancaman (Threats)


Ancaman merujuk kepada faktor yang berpotensi membahayakan organisasi. Sebagai contoh,
musim tengkujuh merupakan ancaman kepada nelayan kerana ia boleh mengurangkan hasil
nelayan.Contoh ancaman yang lain termasuklah kenaikan kos untuk bahan mentah,
peningkatan persaingan, bekalan buruh yang ketat, perubahan dalam tingkah laku pengguna,
ekonomi, atau peraturan-peraturan kerajaan yang boleh mengurangkan hasil jualan
perniagaan
Apakah faktor-faktor luar kawalan yang boleh meletakkan perniagaan anda berisiko tinggi?
Apa ancaman yang boleh mengganggu usaha pemasaran anda?
1. Apa saja hal yang sedang atau sudah dilakukan oleh pesaing perusahaan?
2. Jika karena perkembangan teknologi, Perkembangan Teknologi apa yang
menyebabkan/ menjadi ancaman bagi perusahaan ?
3. Adakah perubahan atau peraturan baru dari pemerintah yang akan mengancam
perkembangan perusahaan ?

3.2 Analisis Pestel

8
Rajah 2 : Analisis PESTEL

3.2.1 Faktor Politik


Faktor politik adalah berkaitan dengan sejauh mana kerajaan mempengaruhi atau campur
tangan dalam ekonomi mahupun industri tertentu. Faktor ini termasuklah dasar kerajaan,
kestabilan politik atau ketidakstabilan dalam pasaran luar negara, dasar perdagangan luar
negeri, dasar cukai, undang-undang buruh, undang-undang alam sekitar, dan sekatan
perdagangan. Misalnya, kerajaan boleh mengenakan cukai atau duti baru ke atas sesebuah
perniagaan mengakibatkan hasil pendapatan keseluruhan perniagaan tersebut berubah.
Sekiranya perniagaan tidak mengambilkira faktor politik dalam perancangan perniagaan,
perniagaan akan mengalami kemunduran.

3.2.2 Faktor Ekonomi


Faktor ekonomi seperti pertumbuhan ekonomi, kadar pertukaran, kadar inflasi, dan kadar
faedah mempunyai kesan yang signifikan terhadap operasi perniagaan dan bagaimana
perniagaan membuat keputusan. Sebagai contoh, kadar faedah memberi kesan kepada kos
modal firma dan sejauh mana perniagaan akan berkembang dan terus berkembang. Selain itu,
kadar pertukaran asing boleh menjejaskan kos mengeksport barang dan harga barangan yang
diimport dalam ekonomi.

3.2.3 Faktor Sosial


Faktor sosial juga dikenali sebagai faktor sosio-budaya adalah bidang yang berkaitan dengan
masyarakat dan budaya di kawasan tertentu, terutamanya bagaimana ia boleh menjejaskan

9
perniagaan. Faktor-faktor ini termasuklah pertumbuhan penduduk, pengedaran umur,
kesedaran kesihatan, sikap kerjaya dan penekanan terhadap keselamatan. Trend yang tinggi
dalam faktor sosial memberi kesan kepada permintaan produk syarikat dan bagaimana
syarikat itu beroperasi.Faktor ini adalah penting kerana ia mempunyai kesan yang langsung
kepada pemasar dalam memahami pelanggan dan apa yang mendorong mereka untuk
membuat pembelian ke atas sesuatu barang dan perkhidmatan.

3.2.4 Faktor Teknologi


Faktor teknologi adalah berkaitan dengan inovasi dalam teknologi yang boleh mempengaruhi
operasi perniagaan dan industri serta pasaran dengan baik atau tidak baik. Perkara ini
merujuk kepada insentif teknologi, tahap inovasi, automasi, aktiviti penyelidikan dan
pembangunan (R & D), perubahan teknologi dan jumlah kesedaran teknologi yang dimiliki
pasaran. Faktor-faktor ini boleh mempengaruhi cara baru untuk menghasilkan barangan dan
perkhidmatan, cara untuk mengedarkan barangan dan perkhidmatan dan cara untuk
berkomunikasi dengan sasaran pelanggan.

3.2.5 Faktor Persekitaran


Faktor undang-undang termasuklah kesihatan dan keselamatan, peluang yang sama, standard
pengiklanan, hak pengguna dan undang-undang, label produk dan keselamatan produk.
Sesebuah organisasi perlu mengetahui perkara yang dilarang semasa menjalankan sebarang
aktiviti perniagaan. Sekiranya sesebuah organisasi berdagang secara global, ini menjadi sukar
untuk mendapatkan hak kerana setiap negara mempunyai set peraturan-peraturan yang
tersendiri. Organisasi perlu memahami apa yang boleh dan dibenarkan di dalam wilayah
yang mereka beroperasi. Mereka juga harus sedar akan apa-apa perubahan undang-undang
dan kesannya terhadap operasi perniagaan demi keselamatan dan keberlangsungan
perniagaan mereka.

3.2.6 Faktor Persekitaran


Faktor persekitaran termasuklah aspek ekologi dan alam sekitar seperti cuaca, iklim, dan
perubahan iklim yang boleh memberi kesan terutamanya kepada industri seperti pelancongan,
pertanian dan insurans. Tambahan pula, kesedaran yang semakin meningkat mengenai kesan
perubahan iklim akan mempengaruhi operasi syarikat dan produk yang ditawarkan oleh
mereka.Perkara ini menyebabkan semakin banyak syarikat yang terlibat dalam amalan seperti
tanggungjawab sosial korporat (CSR) kerana merasakan kebertanggungjawaban mereka
terhadap alam sekitar.

3.2 Analisis BCG Matrix

10
Rajah 3 : Analisis BCG Matrix

Matriks Bahagian Pertumbuhan (BCG) adalah rangka kerja yang diwujudkan oleh Boston
Consulting Group untuk menilai kedudukan strategik portfolio jenama perniagaan dan
potensinya. Ia mengklasifikasikan portfolio perniagaan kepada empat kategori berdasarkan
daya tarikan industri (kadar pertumbuhan industri) dan kedudukan kompetitif (bahagian
pasaran relatif). Kedua-dua dimensi ini mendedahkan keuntungan portfolio perniagaan dari
segi wang yang diperlukan untuk menyokong unit dan wang tunai yang dihasilkan olehnya.
Tujuan umum analisis adalah untuk membantu organisasi memahami barang atau
perkhidmatan yang perlu dilabur dan tidak dilabur.

Bahagian pasaran relatif ialah salah satu dimensi yang digunakan untuk menilai portfolio
perniagaan. Bahagian pasaran korporat yang lebih tinggi menghasilkan pulangan tunai yang
lebih tinggi. Manakala, kadar pertumbuhan pasaran yang tinggi bermakna pendapatan lebih

11
tinggi dan kadang-kadang akan memperolehi keuntungan tetapi ia juga menggunakan banyak
wang tunai yang digunakan sebagai pelaburan untuk merangsang pertumbuhan selanjutnya.
Oleh itu, unit perniagaan yang beroperasi dalam industri pesat adalah pengguna tunai dan
hanya perlu melabur hanya apabila mereka dijangka akan berkembang atau mengekalkan
bahagian pasaran pada masa hadapan.

3.5.1 Pecahan Bintang


Kategori Bintang adalah produk atau unit perniagaan yang mempunyai bahagian pasaran
yang dominan dan pertumbuhan pesat dan menjana pendapatan yang besar. Ini bermakna
bahawa produk yang dihasilkan adalah produk utama yang diinginkan oleh pasaran. Syarikat
memerlukan banyak pelaburan untuk mengekalkan kedudukan produk-produk ini dan untuk
menyokong pertumbuhan selanjutnya dan mengekalkan kelebihan produk-produk ini agar
tetap berdaya saing dengan produk-produk persaingan yang lain. Produk dalam kategori
Bintang boleh berubah ke kategori Tunai Lembu jika mereka dapat mengekalkan kejayaan
mereka sehingga kadar pertumbuhannya menurun.

3.5.2 Pecahan Tunai Lembu


Tunai Lembu adalah produk atau unit perniagaan yang utama di pasaran di mana ia
menghasilkan lebih banyak wang atau pendapatan daripada kos yang ditanggung oleh
syarikat. Produk atau unit perniagaan dalam kategori ini mempunyai bahagian pasaran yang
tinggi tetapi prospek pertumbuhan masa depan akan sangat terhad. Pendapatan yang
diperolehi di peringkat Tunai Lembu biasanya digunakan sebagai pembiayaan untuk
penyelidikan dan pembangunan produk baru yang masih dalam kategori Tanda Soalan atau
membayar hutang syarikat dan membayar dividen kepada para pemegang saham. Syarikat
dinasihatkan untuk terus melabur dalam produk kategori Tunai Lembu untuk mengekalkan
produktiviti dan kualiti atau juga boleh digunakan sebagai pendapatan sampingan bagi
syarikat.

3.5.3 Pecahan Tanda Soal


Kategori Tanda Soalan juga dipanggil masalah kanak-kanak atau wildcats. Kategori ini
adalah produk atau unit perniagaan yang mempunyai prospek pertumbuhan yang tinggi tetapi
pasaran mereka masih sangat rendah. Pendapatan (wang) yang diperoleh secara umumnya
tidak berkadar dengan kos yang ditanggung (perbelanjaan lebih daripada pendapatan). Walau
bagaimanapun, kerana prospek pertumbuhan sangat pesat sehingga ia berpotensi berubah
menjadi Bintang. Pengurusan syarikat dinasihatkan supaya terus melabur dalam produk atau
unit perniagaan yang berada dalam kategori Tanda Soalan kerana pertumbuhan yang tinggi.

3.5.4 Pecahan Anjing


Anjing atau juga dikenali sebagai haiwan adalah produk atau unit perniagaan yang
mempunyai pasaran yang rendah dan mengalami kadar pertumbuhan yang juga rendah.

12
Produk dalam kategori ini biasanya hanya menyumbang keuntungan yang sangat rendah atau
mengalami kerugian. Produk atau unit perniagaan Anjing biasanya menjadi beban bagi
syarikat kerana ia boleh mengakibatkan pembaziran masa pengurusan dan kebanyakan
sumber syarikat. Unit perniagaan atau produk yang sudah ada dalam kategori ini biasanya
akan mengalami pengurangan dalam penjualan atau pembubaran oleh pengurusan syarikat.

4.0 Kepentingan Analisis Pasaran

13
4.1 Analisis SWOT
Kepentingan Analisis SWOT termasuklah :
i. Merupakan sumber maklumat untuk perancangan strategik.
ii. Membina kekuatan organisasi.
iii. Maksimumkan respons terhadap peluang.
iv. Mengatasi ancaman organisasi.
v. Membantu dalam mengenal pasti kecekapan teras syarikat.
vi. Membantu dalam penetapan objektif untuk perancangan strategic.
vii. Membantu dalam mengetahui masa lalu, masa kini dan masa depan supaya
dengan menggunakan data masa lalu dan semasa, rancangan masa depan dapat
disusun.

4.2 Analisis PESTEL


Kepentingan Analisis PESTEL termasuklah :
i. Keberkesanan kos dalam pengurusan sumber
ii. Pemahaman yang lebih mendalam terhadap pasaran
iii. Dapat mengeksploitasi peluang yang baru

4.3 Analisis BCG Matrix


Kepentingan Analisis BCG Matrix termasuklah :
i. Analisis yang mudah untuk difahami
ii. Berguna dalam mengeluarkan pasaran perniagaan yang lemah

5.0 Teknik Analisis Pasaran


5.1 Analisis SWOT

14
Seperti yang telah diketahui sebelumnya, SWOT berasal dari perkataan Strength (Kekuatan),
Weaknesses (Kelemahan), Opportunities (Peluang) dan Threads (Ancaman ). Ini merupakan
antara langkah bagi merumuskan keadaan semasa sesebuah syarikat dan membantu merangka
rancangan untuk masa depan. Proses analisis SWOT ini dapat dilakukan dengan langkah-
langkah berikut :

Langkah 1 - Senaraikan semua kekuatan yang kini wujud dalam sesebuah organisasi.
Misalnya :
1. Tenaga kerja yang cekap
2. Jenama global yang besar dan asas pelanggan yang kuat
3. Program latihan dan pembangunan berstruktur
4. Kesatuan dan hubungan perindustrian yang harmoni
5. Budaya kerja yang fleksibel

Langkah 2 – Senaraikan semua kelemahan yang kini wujud dalam organisasi tersebut.
Misalnya :
1. Keselamatan akauntabiliti yang lemah
2. Kawalan dan pemantauan kos yang lemah
3. Kekurangan kemahiran
4. Teknologi dan peralatan yang lama
5. Tanggungjawab sosial korporat yang lemah

Langkah 3 - Senaraikan semua peluang yang ada pada masa akan datang.
Misalnya :
1. Peningkatan permintaan global
2. Pemodenan loji
3. Pembangunan produk baru yang berkualiti tinggi
4. Memperbaiki pembangunan yang mampan
5. Pengoptimuman kos
Langkah 4 – Senaraikan semua ancaman yang wujud pada masa akan datang.
Misalnya :

15
1. Ketidakstabilan pasaran global
2. Norma alam sekitar dan isu jangka panjang
3. Kebergantungan pada pasaran negara
4. Teknologi penuaan dan kos daya saing
5. Persaingan pasaran pekerjaan untuk sumber yang kritikal

Langkah 5 – Melakukan rancangan tindakan dengan tujuan membuat satu pelan bagi
menangani setiap satu daripada empat bidang tersebut (SWOT) di mana :
i. Kekuatan perlu dikekalkan, dibina atau dimanfaatkan.
ii. Kelemahan perlu dibaiki atau dihentikan
iii. Peluang perlu diberi keutamaan dan dioptimumkan
iv. Ancaman perlu ditangani atau diminimumkan

5.2 Analisis PESTEL

16
1. Mengetahui kategori
Langkah pertama dalam menjalankan analisis PESTEL ialah memahami model PESTEL di
mana terdapatnya enam kategori iaitu :
i. Politik
ii. Ekonomi
iii. Sosial
iv. Teknologi
v. Undang-undang
vi. Persekitaran

2. Melakukan penyelidikan
Sebaik sahaja pihak organisasi kenal dengan enam kategori analisis PESTEL, langkah yang
seterusnya adalah untuk memulakan penyelidikan.

3. Letakkan Semua Bersama


Sebaik sahaja pihak organisasi memperoleh maklumat, pihak organisasi perlu meletakkan
semua maklumat tersebut di dalam laporan.
Laporan dibuat dengan membahagikan kepada enam bahagian untuk kandungan teras.
Gunakan satu bahagian untuk setiap kategori, dan sertakan semua faktor yang berkaitan
dalam setiap bahagian. Jika perlu, bahagikan bahagian-bahagian ke dalam subseksyen yang
meliputi topik-topik yang lebih besar.
Kemudian, pengenalan dan kesimpulan perlu ditambah. Organisasi akan mendapati bahawa
pengenalan ringkas yang menerangkan matlamat analisis PESTEL menjadi amat berguna
untuk pembaca. Begitu juga, dengan bahagian kesimpulan yang meliputi banyak analisis
spesifik adalah sangat berharga.

5.3 Analisis BCG Matrix

17
Berikut adalah langkah-langkah dalam menganalisis unit produk atau perniagaan
menggunakan BCG Matrix.

Langkah 1. Pilih Unit atau Produk yang harus dianalisis


Analisis Matriks BCG boleh digunakan untuk menganalisis unit strategik perniagaan, jenama,
produk atau syarikat itu sendiri. Langkah pertama ialah menentukan pilihan unit mana yang
akan dianalisis.

Langkah 2. Tentukan Pasaran


Menentukan Pasaran adalah perkara yang paling penting dalam menjalankan analisis.
Kegagalan menentukan pasaran akan menyebabkan klasifikasi yang salah. Contohnya, jika
kita menganalisis kereta berjenama BMW di pasaran pengangkutan awam, kita akan
mendapati hasil dalam kategori Anjing kerana BMW merupakan kereta berjenama yang lebih
dominan dan lebih kuat di pasaran kereta mewah.

Langkah 3. Hitung Pasaran Saham Relatif


Saham Pasaran Relatif boleh dikira berdasarkan istilah Pasaran Saham atau Pendapatan.
Pengiraannya adalah untuk membahagikan Pasaran Saham atau Hasil jenama sendiri dengan
Pasaran atau Hasil Pasaran jenama pesaing yang terbesar dalam industri yang sama. Sebagai
contoh, jika syarikat menghasilkan telefon pintar, bahagian pasaran pesaing adalah sekitar
25% manakala bahagian pasaran hanya 10% pada tahun yang sama, maka nilai Pasaran
Relatif hanya 0.4. Dalam Matriks BCG, Saham Pasaran Relatif diletakkan pada paksi X. Di
sudut kiri atas memberikan nilai 1, di tengah-tengah matriks memberikan nilai 0.5 dan sudut
kanan atas memberikan nilai 0.
Saham Pasaran Relatif = Saham Pasaran atau Hasil Syarikat / Pasaran Saham atau Hasil
pesaing terbesar Syarikat

Langkah 4. Ketahuilah kadar pertumbuhan pasaran (Kadar Pasaran Pertumbuhan)

18
Kadar pertumbuhan industri boleh diketahui dari laporan industri yang biasanya terdapat
dalam sesuatu organisasi. Kadar pertumbuhan pasaran boleh dikira dengan melihat purata
pertumbuhan pendapatan dari syarikat terkemuka. Kadar pertumbuhan pasaran diukur dengan
peratusan (%). Titik tengah paksi Y biasanya ditetapkan pada kadar pertumbuhan 10%, tetapi
juga boleh berubah mengikut pencapaian sebenar industri berkenaan. Sesetengah industri
telah mengalami pertumbuhan sejak beberapa tahun tetapi hanya pada kadar purata
pertumbuhan 1% hingga 2% setahun. Oleh itu, apabila menjalankan analisis kita mesti
mengetahui kadar pertumbuhan yang dianggap paling penting (titik tengah) untuk
memisahkan Lembu Tunai dari Bintang dan Tanda Soalan dengan Anjing.

Langkah 5. Lukiskan Kitaran dalam Matriks BCG


Selepas mengambilkira semua langkah, organisasi sepatutnya dapat merancang jenama pada
matriks. Organisasi harus melakukan ini dengan menarik bulatan untuk setiap jenama. Saiz
bulatan sepadan dengan perkadaran hasil perniagaan yang dihasilkan oleh jenama itu.

6.0 Kesimpulan

19
Analisis perniagaan adalah penyelidikan yang dilakukan untuk mengatasi masalah dalam
sistem perniagaan dan memberikan bantuan optimum untuk memperbaiki sistem tersebut.
Dalam kebanyakan kes, penganalisis perniagaan yang terlatih melihat operasi perniagaan,
mencadangkan penambahbaikan, dan mendokumenkan proses-proses tersebut. Walau
bagaimanapun, mereka mungkin bukan orang yang paling sesuai bagi pekerjaan pemasaran.
Organisasi boleh menggunakan banyak alat analisis perniagaan yang biasa seperti analisis
SWOT, analisis PESTEL, dan banyak analisis BCG Matrix. Setiap analisis ini mempunyai
tujuan tertentu dan tidak semua mungkin diperlukan untuk apa yang organisasi
lakukan.Walaupun organisasi tidak perlu menggunakan analisis perniagaan dalam kempen
pemasaran tetapi analisis ini dapat memberikan maklumat yang berharga untuk mengambil
promosi organisasi ke tahap yang lain.

7.0 Sumber Rujukan

20
Bibliography
Advantages and Disadvantages. (n.d.). Retrieved from Free Management Books: http://www.free-
management-ebooks.com/faqst/pestle-09.htm

Bush, T. (19 March, 2019). What Is the PESTEL Model for Business Analysis? Pestle Analysis.

Frue, K. (30 Mei, 2019). How PESTLE Analysis Affects Marketing. PESTLE Analysis.

Hanlon, A. (16 July, 2019). How to use the BCG Matrix model.

How PESTLE Analysis Affects Marketing. (18 September , 2016). PESTLE Analysis.

Juneja, P. (n.d.). Strategic Management. Retrieved from Management Study Guide:


https://www.managementstudyguide.com/swot-analysis.htm

Jurevicius, O. (1 March, 2013). BCG growth-share matrix. Retrieved from


https://www.strategicmanagementinsight.com/tools/bcg-matrix-growth-share.html

Martin, M. (2018). What Is a BCG Matrix? Business News Daily.

PEST Analysis. (n.d.). Retrieved from Group Map: https://www.groupmap.com/map-templates/pest-


analysis/

PESTEL Analysis. (n.d.). Scanning the environment.

Rue, K. (1 April, 2019). Should You Use Business Analysis in Marketing? PESTLE Analysis .

Sifufbads. (22 September, 2015). Cara Guna ‘SWOT Analysis’ Yang Betul Untuk Bisnes Anda .
Sifufbads.

Tohir. (n.d.). Contoh, Pengertian dan Manfaatnya. Cara Membuat Analisis SWOT .

What is SWOT Analysis? (n.d.). Visual Pradigm.

21

Anda mungkin juga menyukai