Anda di halaman 1dari 21

http://aldurrah.blogspot.

com

‘ilm al-taḥlīl ‘ilm al-burhān ‘ilm al-‘ulūm


‘ilm al-mizan (ilmu (ilmu kepada
(ilmu
(ilmu neraca) pembuktian) ilmu-ilmu)
penganalisis)

MANTIK, AL-MANṬIQ?
LOGIK, LOGIC?
mīzān al-‘ulūm ra’īs al-‘ulūm
fan al-tafkīr ālat al-‘ulūm
(neraca ilmu- (ketua ilmu-
(seni berfikir) (alat ilmu-ilmu)
ilmu) ilmu)

khādim al- WAN HASLAN KHAIRUDDIN


mi‘yār al-‘Ilm
‘ulūm (khadam
(neraca ilmu)
ilmu-ilmu)

mi‘yār al-‘ulūm
mi‘yār al-‘aql (neraca ilmu-
(neraca akal) ilmu)
‫قال الغزايل‪ :‬من ال معرفة له ابملنطق ال بوثق بعلمه‬

‫قال أبو علي املآجري‪ :‬وهذا الفن ال يعطيه هللا بكماله إال‬
‫ملن أحبه من أوليائه ألن معرفة هللا تعاىل تدرك به‬
‫العقل & الوحي‬
‫‪WAHYU & AKAL‬‬
‫القرآن السنة‬
‫اإلجماع القياس‬
AKAL ‫العقل‬
• Akal dan wahyu merupakan panduan dalam kehidupan manusia amnya
dan Muslim khasnya
• al-Quran seringkali mengulang-ulang ayat-ayat berkaitan dengan
pelbagai lafaz seperti tafakkur, nazar, tabaṣṣur, tadabbur, tafaqquh,
tadhakkur, i‘tibar, ta‘aqqul dan tawassum
• Abū Ḥāmid Muḥammad al-Ghazālī mengumpamakan akal sebagai mata
yang sejahtera manakala wahyu atau al-Quran diumpamakan sebagai
cahaya yang menyinari. Individu yang hanya berpada dengan salah satu
daripadanya berada di dalam kedunguan yang teramat. Seorang yang
berpaling daripada akal hanya berpada dengan cahaya al-Quran (i.i.
wahyu) umpama individu yang beralih pandangan daripada cahaya
matahari sambil mengerdipkan mata dan individu ini tiada bezanya
dengan si buta. Menurutnya lagi, akal bersama dengan syarak (i.i.
wahyu) adalah cahaya di atas cahaya (Al-Ghazālī 1988: 3-4)
• Al-Quran memperingatkan dalam surah al-Shu‘arā’ 26: 186: “Dan
timbanglah dengan neraca yang betul timbangannya.”
Firman Allah SWT dalam al-Isrā’ 17: 35:
‫ك َخ ْري‬ ِ‫اس الْمست ِقي ِم َذل‬
ِ ‫ط‬
َ ‫س‬ ِ ‫وأَوفُوا الْ َكيل إِذا كِ ْلتم وِزنُواْ ِاب‬
‫لق‬
َ َْ ُ ْ َ ُْ َْ َْ
‫َح َس ُن ََتْ ِويلا‬
ْ ‫َوأ‬
Bermaksud: "Dan sempurnakanlah sukatan apabila kamu
menyukat, dan timbanglah dengan timbangan yang adil.
Yang demikian itu baik (kesannya bagi kamu di dunia) dan
sebaik baik kesudahan (yang mendatangkan pahala di
akhirat kelak)."
MANTIK, AL-MANṬIQ?
LOGIK, LOGIC?

http://aldurrah.blogspot.com
10 prinsip asas atau mabādī al-‘ashrah tersebut ialah nama, definisi, tajuk
perbincangan, permasalahan, sumber, kedudukan, kelebihan, faedah,
hukum syarak dan pelopor
1. NAMA, PENAMAAN
• Manṭiq memberi maksud kalam atau pertuturan (al-Naml 27: 16)
• Ilmu Mantik bermaksud ilmu bahas akal atau ilmu jalan fikiran tentang
sebab dan kejadian yang terbit daripadanya (Kamus Dewan 2007: 997)
• ‘Mantik’ atau perkataan bahasa Arabnya manṭiq adalah berasal
daripada perkataan naṭaqa. Manṭiq adalah: [1] maṣdar mīmī (i.i. kata
terbitan dengan huruf mim) yang bermaksud memahami makna secara
keseluruhan; atau [2] ism maḥl (i.i. nama tempat) yang bermaksud
tempat yang mempunyai daya atau keupayaan berfikir; atau turut
dikatakan [3] maṣdar mīmī yang bermaksud lafaz yang menjelaskan
kefahaman orang yang berbicara terhadap makna-makna secara
keseluruhan (al-Nashamī 2006: 12).
• Manṭiq dalam bahasa Arab adalah terjemahan kepada perkataan Greek,
logos yang kemudian menjadi perkataan logic atau logik. Logos asalnya
bermaksud pemikiran.
• Manṭiq atau Mantik boleh diertikan sebagai penuturan dan pemikiran
(Hijāzī 1994: 33)
‘ilm al-taḥlīl ‘ilm al-burhān
‘ilm al-mizan
(ilmu (ilmu
(ilmu neraca)
penganalisis) pembuktian)

mīzān al-‘ulūm ‘ilm al-‘ulūm


fan al-tafkīr
(neraca ilmu- (ilmu kepada
(seni berfikir)
ilmu) ilmu-ilmu)

khādim al- ra’īs al-‘ulūm


ālat al-‘ulūm
‘ulūm (khadam (ketua ilmu-
(alat ilmu-ilmu)
ilmu-ilmu) ilmu)

mi‘yār al-‘ulūm
mi‘yār al-‘aql mi‘yār al-‘Ilm
(neraca ilmu-
(neraca akal) (neraca ilmu)
ilmu)
2. DEFINISI
• Logik yang berasal daripada perkataan Greek, logos yang bermaksud
pengucapan (utterance), pernyataan (statement), pemikiran (thought)
dan penaakulan (reason)
• Ilmu Mantik adalah ilmu logik iaitu sains yang berkaitan dengan prinsip
yang membolehkan pemikiran dan penaakulan dibuat secara teratur dan
bersistem atau ilmu tentang cara berfikir atau kaedah berfikir (Kamus
Dewan 2007: 951)
• ‘Iwaḍ Allāh Jād Ḥijāzī (1994: 19-20) menukilkan beberapa definisi
Mantik dalam dua kategori pedefinisian iaitu ta’rif bi al-had (precise
defination) (i.i. definisi tepat berdasarkan zat atau hakikat sesuatu) dan
ta’rif bi al-rasm (connotative defination) (i.i. definisi kurang tepat
berdasarkan sifat luaran sesuatu)
• Ta’rif bi al-had bagi Mantik ialah ilmu yang membicarakan maklumat-
maklumat berbentuk imaginasi (al-ma‘lūmat al-taṣawwuriyyah) dan
maklumat-maklumat berbentuk kepercayaan (al-ma‘lūmat al-taṣdiqiyyah)
di mana maklumat-maklumat tersebut menjelaskan perkara-perkara
yang tidak diketahui
• Ta’rif bi al-rasm bagi Mantik antaranya ialah:
[1] menurut Ibn Sīna, Mantik adalah alat yang memelihara akal daripada
tersalah pada perkara yang kita imaginasikan (nataṣawwurahu) dan
sahkan (nuṣaddiqu bih);
[2] menurut pemilik kitab al-Baṣā’ir al-Nuṣayriyyah, Al-Qāḍī Zayn al-Dīn al-
Sāwī dan kitab al-Shamsiyyah, Najm al-Dīn ‘Alī al-Qazwīnī al-Kātibiy (600-
675H) Mantik ialah alat kanun (i.i. undang-undang, hukum, peraturan) yang
dengan pemeliharaannya terjaga akal daripada tersilap dalam berfikir;
[3] menurut Aristotle, Mantik ialah organ atau ālat al-‘ulūm (i.i. alat ilmu-
ilmu) kerana perbahasan mantik itu ialah perkara akli bukan maddi (i.i.
kebendaan);
[4] menurut John Stuart Mill, Mantik ialah ‘ilm al-burhān iaitu ilmu
pembuktian atau ilmu yang membicarakan dalil-dalil yang menyampaikan
kepada perkara berbentuk kepercayaan yang tidak diketahui; dan
[5] menurut Kant (i.i. tokoh masyhur falsafah Jerman), Mantik itu tugasnya
ialah penyediaan bukti-bukti terperinci berdasarkan kaedah-kaedah yang
memberi penjelasan kepada pemikiran sama ada ianya berbentuk
kefahaman atau uji kaji.
3. TAJUK PERBINCANGAN
• Mauduk Ilmu Mantik dizahirkan melalui ta’rif bi al-had iaitu berkaitan
pembicaraan maklumat-maklumat berbentuk imaginasi (al-ma‘lūmat al-
taṣawwuriyyah) dan maklumat-maklumat berbentuk kepercayaan (al-
ma‘lūmat al-taṣdiqiyyah) di mana maklumat-maklumat tersebut
menjelaskan perkara-perkara yang tidak diketahui.
• Perkara-perkara berbentuk imaginasi diketahui dengan pengertian dan
perkara-perkara berbentuk kepercayaan diketahui dengan pengesahan
atau pembuktian
• Kaedah yang menjelaskan al-majhūl al-taṣawwurī ialah dengan definisi
atau al-ta‘rīf atau al-qawl al-shāriḥ.
• Kaedah yang menjelaskan al-majhūl al-taṣdīqī ialah dengan bentuk-
bentuk penghujahan atau al-istidlāl (argumentasi) yang tiga iaitu al-qiyās
(deduksi atau silogisme), al-istiqrā’ (induksi) dan al-tamthīl (tamsil atau
komparatif)
(Hijāzī 1994: 21-23)
4. PERMASALAHAN
• Permasalahan Ilmu Mantik dua: pertama, al-taṣawwurāt dan kedua, al-
taṣdīqāt.
• Al-taṣawwurāt dan al-taṣdīqāt dibicarakan melalui dua bahagian:
pertama, mabādi’ (i.i. perkara-perkara prinsip, asas atau dasar) dan
maqāṣid (i.i. objektif, maklamat atau tujuan)
• Mabādi’ al-taṣawwurāt ialah al-kulliyat al-khamsah iaitu Lima Universal
yang terdiri daripada al-jins (genus), al-naw’ (species), al-faṣl (difference),
al-khassah (property) dan al-‘araḍ al-‘am (accident). Maqāṣid al-
taṣawwurāt ialah al-ta‘rīf atau al-qawl al-shāriḥ iaitu pengertian
• Mabādi’ al-taṣdīqāt ialah al-qaḍāyā (penyataan) atau proposisi dengan
peraturannya. Maqāṣid al-taṣdīqāt ialah penghujahan atau al-istidlāl
(argumentasi) yang terdiri daripada al-qiyās (deduksi atau silogisme), al-
istiqrā’ (induksi) dan al-tamthīl (tamsil atau komparatif)
al-taṣawwurāt al-taṣdīqāt
Perbincangan di antara Perbincangan di antara mabādi’ dan maqāṣid al-
mabādi’ dan maqāṣid al- taṣdīqāt antaranya ialah:
taṣawwurāt antaranya ialah: AL-QAḌĀYA yang membicarakan al-qaḍiyyah al-
AL-DILĀLAH (indikasi), al- ḥamliyyah (proposisi tanpa syarat) dan al-qaḍiyyah
alfāz (kullī dan juz’ī), al- al-sharṭiyyah (proposisi bersyarat),
kulliyat al-khamsah (Lima kemudian AL-ISTIDLĀL (argumentasi) iaitu
Universal) dan AL-TA‘RĪF al-istidlāl al-mubāshir (argumentasi langsung) yang
(definisi) membicarakan al-tanāquḍ (kontradiktori), al-taqābul
bayn al-qaḍāyā (opposisi antara kenyataan), al-
tuḍād (kontrari), al-dukhūl taḥt al-tuḍād
(subkontrari) serta al-tadākhul (subaltern) dan
al-istidlāl gyar al-mubāshir (argumentasi tidak
langsung) yang membicarakan al-qiyās (deduksi
atau silogisme), al-istiqrā’ (induksi) serta al-tamthīl
(tamsil atau komparatif)

(al-Jundī t.th.: 11; Hijāzī 1994: 21-23; Abdul Rahman 2007: 45-56)
5. SUMBER
• Sumber Ilmu Mantik ialah akal, budi, fikiran atau kebijaksanaan (Kamus
Dewan 2007: 22, 212).
• Ibn Manzur (t.th.: 11/458-459) memberi maksud akal dengan beberapa
pengertian, antaranya:
[1] akal dengan maksud al-ḥijr iaitu ikat, pegang atau halang;
[2] akal dengan maksud al-nuhā iaitu kebijaksanaan atau kecerdasan
dan lawan kepada kebodohan;
[3] akal adalah penentusahan terhadap perkara-perkara;
[4] akal adalah hati dan hati adalah akal
• Daripada definisi bahasa Arab dapatlah disimpulkan bahawa akal atau
‘aql adalah pengawal atau penghalang bagi manusia. Kerana itu disebut
‘iqāl iaitu tali tambatan sebagai pengawal atau penghalang bagi haiwan
• Ilmu Mantik adalah ilmu akliah iaitu berkenaan akal fikiran
ILMU atau sumber maklumat atau epistemologi itu tiga: Revelasi (wahyu), Rasional (akal) dan
Empirik (deria).
• Wahyu itu merujuk kepada apa-apa sahaja yang diturunkan oleh Tuhan kepada makhluk-
Nya, secara langsung atau tidak langsung, melalui Nabi atau bukan Nabi.
• Akal pula adalah sumber ilmu yang terpendam dalam diri kita yang mampu memikirkan
idea dan membayangkan imej. Hasil pemikiran dan pembayangan akal itu, secara
sistematiknya menghasilkan ilmu matematik.
• Deria atau pancaindera pula ialah sumber ilmu yang dicapai melalui cerapan pancaindera
kita terhadap alam ini, sama ada menggunakan alat atau tidak. Hasil pencerapan itu,
secara sistematiknya menghasilkan ilmu sains.
6. KEDUDUKAN
• Ilmu Mantik adalah alat atau ilmu alat yang penting kepada ilmu-ilmu
lain seperti ilmu bahasa, Falsafah, Akidah atau Kalam, Fiqah atau Usul
Fiqah dan sebagainya (Sa‘īd Fawdah 2013M: 14-51).
• Apabila Ilmu Mantik disifatkan sebagai Ilmu alat, maka ia perlu dikuasai
terlebih dahulu dengan sebaiknya sebelum memahami kandungan ilmu
maksud atau matlamat seperti pengetahuan berkaitan al-Quran, Hadis,
Tafsir, Akidah dan Fiqah.
• Menurut ‘Abd al-Raḥman al-Akhḍarī (1512-1575H/918-983M), pemilik
teks al-Sullam al-Munawraq, pada bait syair yang ke-8 dan 9, kedudukan
Ilmu Mantik pada akal ibarat Ilmu Nahu pada lisan. Ilmu Nahu (i.i. ilmu
tatabahasa Arab) menjaga lisan daripada tersalah dalam berkata-kata
manakala Ilmu Mantik menjaga akal daripada tersalah dalam berfikir

7. KELEBIHAN
• Kelebihan Ilmu Mantik adalah tidak terbatas dan mencakupi pelbagai
bidang kerana ia adalah ilmu alat atau mabādi’ (i.i. prinsip, asas atau
dasar) kepada ilmu-ilmu lain
8. FAEDAH
• Secara umum, Ilmu Mantik menajamkan akal dan fikiran serta
memelihara akal daripada tersalah dalam berfikir
• Antara faedah mempelajari Ilmu Mantik (Hijāzī 1994: 23-25; al-Nashamī
2006: 14-15; al-Ibrāhīmī t.th.: 6-7):
[i] Ilmu Mantik menyediakan kaedah, tatacara, atau prosedur bagi para
pemikir, pengkaji dan penyelidik untuk memperoleh dapatan yang benar
dan tepat serta jauh dari percanggahan dan kesalahan;
[ii] Ilmu Mantik bersifat sebagai ilmu asas, dasar, prinsip atau alat
kepada ilmu-ilmu lain seperti ilmu bahasa, Usuluddin dan Fiqah;
[iii] Kaedah, tatacara, atau prosedur Ilmu Mantik bermanfaat dalam
memahami data-data akliah, naqliah dan empirik;
[iv] Ilmu Mantik melatih para pelajar, pengajar, pemikir, pengkaji dan
penyelidik daya taakul yang kritis, kreatif dan inovatif;
[v] Kaedah-kaedah umum Ilmu Mantik membantu individu yang
mempelajarinya dalam menjelaskan kebenaran, kebatilan dan
kecelaruan dalam berfikir
9. HUKUM SYARAK
• Terdapat tiga pendapat para ulama berkaitan hukum mempelajari Ilmu
Mantik (al-Shāwī 2014: 24-27):
[1] Haram mempelajari Ilmu Mantik berdasarkan pendapat yang
masyhur disandarkan kepada al-Nawawi dan Ibn al-Salah. Pengharaman
ini adalah disebabkan Ilmu Mantik sebagai mukadimah atau pengantar
kepada Ilmu Falsafah yang bercanggah dengan agama
[2] Wajib secara ain (i.i. wajib bagi tiap-tiap orang Islam) menurut satu
pandangan dan satu pandangan lain menyatakan wajib secara kifayah
(i.i. wajib bersama bagi orang Islam yang apabila dilaksanakan oleh
seseorang antara mereka maka yang lain bebas daripada kewajipan
tersebut). Kedua pendapat wajib ini diharmonikan bahawa wajib ain bagi
setiap individu untuk mempelajari kadar keperluan Ilmu Mantik.
Manakala mempelajari Ilmu Mantik pada kadar yang melebihi keperluan
tersebut adalah wajib kifayah. Ini adalah pendapat masyhur yang
dinisbahkan kepada al-Ghazali (m. 505H/1111M)
[3] Harus mempelajari Ilmu Mantik berdasarkan pendapat jumhur ulama
kepada individu-individu yang turut mempelajari ilmu-ilmu al-Quran dan
Sunah
10. PELOPOR
• Ilmu Mantik bukanlah milik sesiapa. Namun, sebahagian bangsa seperti
Greek yang mengusai ilmu-ilmu tertentu seperti mantik dan falsafah (Al-
Shāwī 2014: 23)
• Sebelum ahli-ahli falsafah Greek terkenal terdapat sekumpulan yang
dikenali sebagai Sofis (Inggeris: sophist, Arab: sūfasṭā’iyyīn) yang bijak
menggunakan hujah menarik dan meyakinkan tetapi palsu dengan
tujuan memperdayakan seseorang. Bagi mereka, setiap individu adalah
penentu (miqyās) kepada hakikat sesuatu dan pancaindera merupakan
satu-satunya sumber pengetahuan (ma‘rifah). Justeru, kebenaran atau
kebatilan, kebaikan atau keburukan adalah sesuatu yang relatif. Siapa
bijak berhujah dengan menarik dan meyakinkan maka dia menguasai
keadaan (Hijāzī 1994: 26-43)
• Reaksi daripada wujud kaedah-kaedah logik sebagai piawai
pertimbangan yang mengesahkan kebenaran atau kebatilan. Kaedah-
kaedah ini kemudian diperhalusi oleh ahli-ahli falsafah Greek seperti
Socrates, Plato dan Aristotle melalui karyanya, the Organon. Kerana itu,
Aristotle disebut pelopor Ilmu Mantik. Kemudian Ilmu Mantik berlegar di
kalangan ilmuwan Islam seperti al-Fārābī, Ibn Sīna dan akhirnya
diharmoni serta disepadukan oleh al-Ghazālī

Anda mungkin juga menyukai