Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

PROGRAM BERUNSUR PENDIDIKAN


PENTERNAKAN IKAN TILAPIA
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)
SMK PEDAS
TAHUN 2017

ANJURAN

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) SMK PEDAS

DENGAN KERJASAMA

PEJABAT PERIKANAN DAERAH REMBAU


0
1. PENDAHULUAN

Aktiviti penternakan merupakan salah satu komponen dalam pengajaran dan pembelajaran
matapelajaran Kemahiran Hidup bagi Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Komponen
penternakan ini melibatkan kemahiran penternakan ikan yang mana boleh diajar kepada murid
pendidikan khas. Ianya boleh dijalankan secara ternakan ikan dalam kolam simen atau tangki air
yang lebih dikenali sebagai tangki Polythelene (PE).Ternakan ikan dalam kolam simen merupakan
sistem ternakan alternatif kepada sistem-sistem ternakan air tawar yang lain. Kelebihan sistem ini
ialah ia tidak memerlukan ruang kawasan yang luas, kurang tenaga buruh dan boleh dijadikan
sebagai hobi untuk memperolehi pendapatan secara sampingan. Walau bagaimanapun sistem ini
hanya sesuai kepada ternakan spesis ikan keli (Clarias gariepinus), puyu, tilapia serta beberapa
spesis ikan hiasan yang lain.

2. RASIONAL
Kebanyakan murid PPKI amat berminat dengan matapelajaran Kemahiran Hidup yang memberikan
kemahiran-kemahiran seperti perkebunan, pertukangan dan penternakan. Bidang ini boleh
diaplikasikan mereka pada masa akan datang untuk dijadikan salah satu kerjaya sekaligus menjamin
kelangsungan hidup mereka tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada orang lain.

3. KUMPULAN SASARAN
Pelajar PPKI SMK Pedas seramai 12 orang.

4. TARIKH CADANGAN

Januari –November 2017

5. TEMPAT

Kolam ikan di Kebun PPKI SMK Pedas

6. MATLAMAT
Melahirkan murid PPKI yang mempunyai kemahiran dalam penternakan ikan tilapia sehingga
kepada proses pemasaran.

7. OBJEKTIF :

1
7.1 Membina kemudahan penternakan ikan tilapia.
7.2 Memberi kemahiran penternakan ikan tilapia kepada murid pendidikan khas (PPKI) SMK Pedas.
7.3 Menambahkan minat murid PPKI untuk menceburi bidang penternakan.
7.4 Membimbing murid PPKI untuk menjadikan aktiviti penternakan ikan tilapia sebagai kerjaya
selepas tamat belajar.

8. JANGKAUAN ISU DAN IMPAK AKTIVITI


8.1 Murid dapat memperoleh pengetahuan, pengalaman, kemahiran bidang penternakan.
8.2 Murid dapat mengetahui dan mempelajari setiap aspek dalam penternakan ikan tilapia.
8.3.1 Murid dapat menjadikan bidang penternakan sebagai kerjaya.

9. JAWATANKUASA

Pengerusi : Puan Zuraidah Binti Md Nor (Pengetua SMK Pedas)

Naib Pengerusi : Puan Hajah Nomi Binti Anoh (GPK Akademik SMK Pedas)

Penyelaras : En. Hafis Bin Mohamad Dom (Penyelaras PPKI SMK Pedas)

AJK :

Tuan Haji Zainurin Bin Haji Zakaria (Guru PPKI)

Pn. Nurul Ain Binti Yahaya (Guru PPKI)

Pn. Suriani Binti Shafiei (Guru PPKI)

Pn. Siti Aishah Binti Ab Rahim (Guru PPKI)

Pn Annurbazura Binti Norsam (PPM PPKI)

Cik Nor Aliza Binti Hamshah (PPM PPKI)

10. ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PEKARA ANGGARAN KOS

1 Kolam ikan Telah sedia ada

2
2 Disumbangkan oleh Pejabat
Benih Ikan
Perikanan Daerah Rembau

3 Makanan ikan RM 200.00

Peralatan penternakan ikan

a) Getah paip 25m (2 Unit) RM 170.00


b) Baldi sederhana (RM 10.00 X 2 )
c) Penyapu plastik (RM10.00 X 2)
d) Tangguk

JUMLAH RM 370.00

11. PENUTUP
PPKI SMK Pedas berharap program yang dicadangkan ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya
serta mencapai matlamat dan objektif yang disasarkan. Penghargaan yang tidak terhingga
dirakamkan kepada semua pihak yang memberikan komitmen dan kerjasama.

Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan oleh:

______________________ _____________________ _________________________


(Hafis B. Mohamad Dom) (Pn. Hjh Nomi Bt Anoh) (Pn. Zuraidah Binti Md Nor)
Penyelaras PPKI GPK Akademik Pengetua
SMK Pedas SMK Pedas SMK Pedas

3
4
.

Anda mungkin juga menyukai