Anda di halaman 1dari 10

PUSAT PENYELIDIKAN ARKEOLOGI GLOBAL , UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

UAW 101 PENGANTAR ARKEOLOGI

TOPIK: LUKISAN DAN UKIRAN

Pengenalan

Bidang melibatkan penyelidikan terhadap lukisan dan ukiran digolongkan dalam bidang cognitive

archaeology salah satu sub-bidang baru dalam New Archaeology. Bidang ini memeberi focus terhadap

bagaimana bentuk pemikiran masyarakat awal berdasarkan tinggalan arkeologi. Lukisan dan ukiran

primitive merupakan sumber yang kaya tentang informasi cognitive dan juga melibatkan pengkaji

sejarah seni. Bagaimanapun dalam zaman prasejarah, dimana tiadanya bukti-bukti tulisan, ahli-ahli

arkeologi lama hanya menginterpretasi lukisan dan ukiran mengikut imaginasi dan ‘reasoning’ mereka

tentang kepercayaan dan corak pemikiran masyarakat awal. Atas kelemahan kajian bersifat spekulasi ini

wujudnya nya New Archaeology yang turut mendapat tekanan kemudiannya untuk lebih banyak

menggunakan kaedah saintifik selain memerlukan sokongan etnoarkeologi. Bagaimanapun terdapat

kekurangan pendekatan cognitive diperingkat awal New Archaeology diperkenalkan dimana data-data

cognitive tidak dapat diuji sepenuhnya.

Kita boleh mengkaji bagaimana pandangan masyarakat awal terhadap kehidupan contohnya

masyarakat di tamadun Lembah Indus mencipta sitem timbangan, bagaimana sesuatu perancangan dan

pelan, peta dan model disediakan untuk membina monument dan kota. Ianya juga akan

menginterpretasi bagaimana pandangan masyarakat awal terhadap sesuatu material yang mempunyai

status yang tinggi dalam masyarakat. Selain itu ia melibatkan kefahaman tentang konsep kepercayaan,

ritual .
Lukisan sebagai simbol

Simbol adalah sesuatu aspek yang menjelaskan kebolehan manusia berbanding spesis lain. Kebanyakan

corak pemikiran yang intektual contohnya berpidato adalah menggunakan symbol . Bagaimanapun,

sesuatu perkataan atau sesuatu tanda tertentu melambangkan suatu symbol tertentu sahaja.

Contohnya bintang dan jalur garisan, apabila kita melihatnya sepintas lalu ia kelihatan seperti bendera

Amerika, maksudnya setiap corak mempunyai sejarah sekiranya kita telah sedia maklum. Tetapi, tiada

apa-apa dalam sesuatu corak yang menjelaskan ia mewakili sesuatu negara. Sebenarnya sesuatu symbol

hanya boleh di terjemahkan oleh sesuatu kumpulan budaya tertentu contohnya lukisan gua prasejarah

Scandinavia yang menurut pandangan kasar kita adal sebuah perahu, tetapi kita memerlukan kajian

lebih mendalam kerana ia mungkin sebuah papan luncur yang digunakan dikawasan sejuk.

Lukisan Gua Prasejarah

Salah satu bukti arkeologi yang penting ialah lukisan gua yang terdapat di seluruh dunia. Diantara lukisan

awal ialah di Perigord dan dan Pyrenees di France dan Cantabria di utara Sepanyol berusia Paleolitik

sekitar 30,000 tahun BC. Bagaimanapun kebanyakan tapak lukisan berusia sekitar 10,000 BC .

Lukisan Gua Lascaux’s ; Salah satu tapak lukisan gua yang penting ialah Lascaux’s (yang terkenal sebagai

Axial gallery) yang berusia 17,000 tahun dahulu. Lukisan inui mengandungi imej kuda, aurochs (sejenis

lembu liar), rusa dan tanda-tanda titik dan empat segi bujur yang sukar difahami. Ahli arkeologi

berpandangan bahawa bentuk-bentuk abstrak ini mewakili kumpulan etnik tertentu dalam struktur

social masyarakat prasejarah. Selain itu ia juga di interpretasikan sebagai pagar atau terumbu karang,

dimana lembu liar digambarkan sedang melompat melintasi tembok (barrier). Bagaimanapun,

kebanyakan ahli arkeologi berpendapat lukisan tersebut mewakili tanda atau symbol tertentu.
Sejarah penyelidikan lukisan gua yang agak sistematik bermula dalam tahun 1960an, dimulakan oleh ahli

arkeologi Peranchis, Andre Leroi-Gourhan, diikuti oleh Annette Laming-Emperaire. Leroi-Gourhan

membuat kajian keduaukan dan assosiasi imej haiwan disetiap gua dan membuat interpretasi bahawa

imej kuda dan bison merupakan imej paling popular mewakili 60% dari keseluruhan lukisan, dan

kedudukan tertumpu ditengah-tengah panel gua. Imej seperti mammoth, ibex dan rusa pula terletak

ditepi panel gua, manakala imej yang agak sedikit seperti beruang, rhinoceroses dan felines terletak

dibahagian dalam gua dalam satu kelompok. Leroi telah meletakkan satu tema profil beberapa jenis

haiwan dan susunatur lukisan pada dinding gua.

Lascaux’s cave paintings

Motif dan gaya lukisan

Terdapat beberapa klasifikasi yang menunjukkan gaya atau attribute yang terdapat pada lukisan gua

prasejarah, diantaranya ialah:

a. zoomorfik
b. Antromorfik

c. Geometri

d. Abstrak

e. Sinar x

Lukisan Gua di Malaysia

Lukisan gua di Malaysia dibahagikan kepada dua jenis mengikut bahan yang digunakan untuk

melukisnya iaitu :

a. lukisan yang menggunakan hematite (iron oxide atau red ocre). Di Semenanjung Malaysia

lukisan jenis hematite hanya terdapat di Gua Tambun,Ipoh manakala di Malaysia Timur ia

terdapat di Gua Lobang Kain Hitam, Niah, Sarawak.

b. lukisan menggunakan arang (lukisan monokromatik)

Tapak-tapak lukisan Gua di Malaysia:

1. Gua Tambun, Ipoh

2. Gua Kelilawar Sungai Siput,Perak

3. Gua badak,Lenggong,Perak

4. Gua Dayak,Lenggong, Perak

5. Gua Gelok,Lenggong, Perak

6. Gua Batu Puteh, Lenggong,Perak

7. Gua Tukang,Lenggong,Perak

8. Gua Batu Puteh, Kodiang,Kedah

9. Gua Batu Chincin, Ulu Kelantan

10. Gua Jaya, Ulu Kelantan


11. Gua Luas, Kuala Kenyam,Pahang

12. Gua Lobang kain Hitam,Niah,Sarawak

Lukisan Gua Tambun: Lukisan di Gua Tambun mempamerkan motif antromorfik iaitu imej manusia

sedang menari, duduk mencakung, dipercayai sedang melakukan upacar ritual atau berpesta. Manakala

bentuk antromorfik iaitu imej haiwan seperti ikan dugong, tapir, harimau,rusa, kura-kura atau penyu,

kambing gurun dan sebaginya makala imej geometri diwakili bentuk abstrak diwakili lukisan titik,

garisan . Lukisan dalam bentuk sinar –x dilihat pada imej anak rusa yang terdapat dalam perut ibunya .

Lukisan Gua Tambun mempunyai banyak persamaan dengan lukisan di Gua Tham Rob, Thailand serta

beberapa gua di India dan Sri Lanka.

Lukisan Gua Tambun

Lukisan Gua Lobang Kain Hitam,Niah: Gua ini terletak pada banjaran Gunung Subis, pada formasi yang

sama dengan The Great Cave - Gua Niah. Gua Lobang Kain Hitam (the painted cave) ini memaparkan

lukisan prasejarah seperti motif perahu, imeg antromorfik manusia sedang menari dan bersayap yang
dilukis dengan hematite. Ia dipercayai mempunyai kaitan dengan kepercayaan terhadap alam akhirat

dan upacara pengkebumian. Ekskavasi yang telah dijalankan disini menemukan beberapa perahu

sebagai keranda yang berfungsi untuk menyimpan mayat . Pentarikhan radiocarbon terhadap perahu

menunjukkan ia berusia 1,200 tahun dahulu. Selain itu turut ditemui ialah alat-alat pengkebumian

seperti perhiasan diiri dari siput, manik-manik dan seramik cina yang menunjukkan adanya ritual

mengiringi kematian tersebut.

Lukisan Gua Badak, Lenggong: Lukisan gua Badak seperti lukisan-lukisan lain yang menggunakan arang

di Lembah Lenggong memaparkan lukisan-lukisan yang agak baru berbanding lukisan Gua Tambun dan

Gua Lobang kain Hitam dan dipercayai dilukis oleh masyarakat Negrito yang mendiami gua-gua tersebut.

motif-motif antromorfik seperti imej manusia sedang menari, berburu, memanah, memikul galah

panjang, menangkap ikan dengan jaring, orang sedang menunggang gajah, berkawad dan sebagainya.

Manakala imej zoomorfik diwakili oleh imej beruk sedang memanjat pokok kelapa, biawak, kura-kura

dan sebagainya. Corak geometri banyak terdapat dalam lukisan ini yang sebahagiannya mempunyai

persamaan dengan motif-motif yang terdapat dalam budaya material masyarakat Negrito. Adalah

dipercayai lukisan yang dilukis disini menggambarkan satu ekspresi atau cetusan ide dari pengalaman,

pemikiran estetika masyarakat tersebut yang diterjemahkan dalam bentuk lukisan.


Lukisan Gua Badak

Fungsi lukisan gua

Lukisan gua berperanan sebagai satu medium untuk berkomunikasi, sebagai masyarakat prasejarah yang

primitive . Lukisan gua-gua merupakan gambaran sebuah cetusan ide, pemikiran universal, pengalaman,

perjuangan, dan harapan hidup manusia pada zaman tersebut. Dengan melukis imej-imej haiwan yang

akan di buru, maka para pemburu ini merasakan mereka akan menguasai binatang buruannya

(sympathetic magic). Hal ini antara lain ditunjukan oleh gambaran sejumlah besar binatang yang terkena

panah atau terluka. Lukisan ini juga adalah gambaran pengalaman yang berdasarkan pada sumber

inspirasi dari cara hidup serta kebergantungan kepada sekitaran, yaitu hidup berburu dan

mengumpulkan makanan. Lukisan yang selama ini ditemukan selalu menggambarkan kehidupan sosial

ekonomi , teknologi untuk berburu dan memungut dan menangkap ikan. Selain itu ia juga melibatkan

sistem kepercayaan serta upaca ritual yang dilakukan contohnya pengebumian dan kepercayaan

terhadap kuasa supernatural, makhluk halus dan alam akhirat selain menunjukkan adanya struktur

social masyarakat yang berbudaya.


UKIRAN

Ukiran Bhimbetka Cave : salah satu ukiran terawal didunia ialah ukiran petroglyps ("petroglyph"

berasal dari dua perkataan Greek iaitu "petros" bermaksud rock,dan "glyphein" bermaksud

to carve) dan cantuman keduanya bermaksud "rock carving") yang ditemui dalam tahun 1990an

di Auditorium Cave, Bhimbetka dan PeDaraki-Chattan rock shelter di Madhya Pradesh India. Ukiran

diatas batu ini berusia pada zaman kebudayaan pra Achulean, iaitu pada Lower Palaeolithic sekurangnya

berusia 290,000 -700,00 BCE secara relative.

Figura Tan-Tan : Ukiran berbentuk figura manusia prasejarah yang terawal pula dipercayai adalah figura

manusia di Tan-Tan, di temui di Sungai Draa di Bandar Tan-Tan di Morocco. Figura ini berusia secara

relative antara 200,000 – 500,000 BCE dan berdasarkan tarikh tersebut dipercayai diukir oleh Homo

erectus bukan Homo sapiens. Figura ini diukir dari batu quartzite, berukuran panjang 6 cm, lebar 2.6 cm

dan ketebalan 1.2 cm manakala beratnya 10 grams. Pada permukaannya terdapat kesan red ochre.

Figura Berekhat Ram : ditemui diutara Israel, salah satu figura prasejarah terawal didunia. Di ukir diatas

pebel tuff dari basalt, dipercayai mengandungi figura seorang wanita memperlihatkan tubuh, kepala,

tangan. Analisis mikroskopik menunjukkan ia dibuat oleh manusia dan bukan semulajadi, sama atau

mungkin ada kaitan dengan penemuan Tan-Tan di Morocco. Ia dipercayai diukir pada zaman Lower

Palaeolithic berusia antara 230,000-700,000 BCE berdasarkan penemuan diantara dua lapisan volkanik

yang lapisan atasnya berusia 230,000 BCE dan lapisan bawah 700,000 BCE. Seperti Tan-Tan ia

dipercayaai diukir oleh Homo erectus.

Ukiran Blombos Cave: Ukiran Blombos Cave di Afrika Selatan ini berusia 70,000 BCE pada Paleolitik

pertengahan. Ukiran ini telah diukir diatas dua biji batu ochre (iron oxide) dengan corak geometri yang
abstrak, selain itu kajian arkeologi digua itu juga menemukan beberapa artifak lain termasuk manik-

manik dari cengkerang dari jenis Nassarius kraussianus. Turut ditemui ialah iron oxide atau ochre yang

telah dibentuk seperti krayon yang dipercayai telah digunakan. Merupakan bukti ukiran terawal ditemui

di Afrika, dan yang kedua terawal didunia selepas Bhimbetka petroglyps dan Venuses di Berekhat dan

Tan-Tan.

Ukiran Blombos Cave

Bacaan

Goran Burenhult (1993) “The Rise of Art”, DALAM Goran Burenhult (ed.), The First Humans
HarperSanFrancisco, ms 97-122.

Sklenar, Karel (1988) “Painting and Sculpture”, DALAM Sklenar K (ed.) Hunters of the Stone Age, Hamlyn
Publishing Group Limited, ms 90-116.

Renfrew, C & P Bahn (1991) “What did they think? Cognitive Archaeology, Art, and Religion”. DALAM
Archaeology: Theories, methods, and practice Thames & Hudson, ms 339-370.

“The First Artists”, Dalam Early People, Eyewitness Guides. Dorling Kindersley Limited, London, 1989, ms 24-25.

Paul Tacon (1993) “Art of the Land” DALAM Goran Burenhult (ed.), The First Humans, HarperSanFrancisco, ms
158.

Josephine Flood (1997) Rock Art of the Dreamtime, Angus & Robertson, Australia.
Sanim Ahmad,2005, Lukisan Primitif Gua Batukapur Malaysia 1, Jurnal Arkeologi Malaysia, Bil.18.

Anda mungkin juga menyukai