Anda di halaman 1dari 2

3 FAKTOR PENJAJAHAN PORTUGIS KE ATAS KERAJAAN MELAKA.

1)      GOLD (Perdagangan/Kekayaan)

Sebagai  pusat pelabuhan yang terkenal.Melaka semestinya mempunyai pelbagai bahan


rempah seperti  lada hitam,kayu manis,bunga cengkih dan buah pala.Bahan-bahan rempah ini
merupakan pemintaan tertinggi di Eropah kerana kegunaan bahan ini amat istimewa iaitu
mengawet dan menyedapkan makanan seperti daging serta sebagai  pemanas badan.Selain itu,
Portugis juga mempunyai agenda mereka tersendiri iaitu ingin menghalang monopoli
pedagang-pedagang Islam di Timur.

  2)      GLORY (Kemegahan)

Portugis juga ingin bersaing dengan Negara-negara penjajah lain untuk memartabatkan
negaranya dengan menggunakan kemahiran mereka dalam aktiviti penjelajahan dan
pelayaran.Selain itu,Portugis juga ingin mebina sebuah empayar yang kukuh diluar Eropah.

   3)      GOSPEL (Keagamaan)

Sifat penyebaran agama Kristian dalam setiap orang Portugis amat tebal.Oleh itu,mereka
datang ke Melaka untuk menyebarkan agama Kristian dan juga ingin menghapuskan agama
Islam di Timur.mereka juga ingin meneruskan Perang Salib dengan menebus kembali kekalahan
mereka  di tangan tentera islam dalam Perang Salib serta ingin menghancurkan kerajaan Islam
di Timur.
 4)      Galakan Putera Henry (1394-1460)

Putera Henry percaya terhadap semua pelayar negaranya mampu memperluaskan empayar
Portugis di luar Eropah.Oleh itu beliau telah mendirikan sebuah sekolah pelayaran di Portugal
sebagai galakan untuk semua rakyatnya pergi berlayar dan terbukti galakan Putera Henry telah
berjaya mendapat sahutan oleh rakyatnya.Antara kejayaan-kejayaan pelayaran yang tercapai
termasuklah:

i.            Tahun1488-Bartholomew Diaz Sampai Ke Tanjung  Harapan

ii.            Tahun 1498-Vasco Da Canna Sampai Ke India

iii.            Tahun 1509-Lopez De Sequiera Tiba Ke Melaka

Anda mungkin juga menyukai