Anda di halaman 1dari 22

SULIT* SET 2

JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNK
940/1 STPM 2019
JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNK
JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNK
SEJARAH
JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNK
SEJARAH DUNIA (1500-1955)
JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNK
KERTAS 1
JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNK
(Dua jam)
JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPBKJPBKJPNKJPNK
JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNK
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN
(KELANTAN EDUCATION DEPARTMENT)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA


( MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE )

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN.

Jawab empat soalan sahaja.

Markah untuk tiap-tiap bahagian soalan dan soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].

___________________________________________________________________________
Kertas Soalan ini terdiri daripada 2 halaman bercetak.
@Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan 2019

STPM 940/1 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

2
SULIT*

Jawab empat soalan sahaja.

1. Bincangkan faktor-faktor kemunculan masyarakat maritim di Jepun pada abad ke 16


dan 17 M. [20m]

2. Bincangkan dasar-dasar yang dilaksanakan oleh Raja Louis XlV (1643 – 1715)
untuk mengukuhkan sistem pemerintahan beraja mutlak di Perancis.

[20m]
3. Huraikan idea yang dikemukakan oleh Charles Louis Montesque dalam bukunya
‘The Spirit of Law’ pada abad ke 18.

[20m]

4. Huraikan kemajuan sistem pendidikan di Jerman pada abad ke 19. [20m]

5. Bincangkan faktor-faktor kebangkitan gerakan nasionalisme di India pada abad ke


20.

[20m]

6. Bincangkan penglibatan united kingdom dari aspek politik dan ekonomi dalam
komanwel. [20m]

940/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* SKEMA SET 2

JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNK
940/1 STPM 2019
JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNK
JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNK
SEJARAH DUNIA (1500-1955)
JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNK
KERTAS 1
JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNK
(Dua jam)
JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNK
JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPBKJPBKJPNKJPNK
JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNK
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN
(KELANTAN EDUCATION DEPARTMENT)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA


( MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE )

___________________________________________________________________________
@Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan 2019

STPM 940/1 [Lihat sebelah


*Skema ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT
Soalan 1
Bincangkan faktor - faktor kemunculan masyarakat maritim di Jepun pada abad 16
dan 17 M. [20m]

A. PENGENALAN

1. Masyarakat maritim ialah masyarakat yang bergantung kepada aktiviti berasaskan laut
seperti perdagangan, perikanan, pengumpulan hasil laut, perkapalan, penerokaan dan
penjelajahan.

2. Masyarakat maritim terdiri daripada golongan pedagang, nelayan, nakhoda, anak kapal
dan peneroka.

3. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kemunculan masyarakat maritim di Jepun


pada abad ke -16 dan 17M.

B. ISI

1. Kedudukan geografi

i. Jepun terdiri dari beberapa buah pulau seperti Kyushu, Shikoku, Hokaido dan Honshu.

ii. Petempatan didirikan di kawasan pesisiran pantai kerana bentuk muka buminya
bergunung-ganang.

iii. Lokasi petempatan yang berhampiran laut menyebabkan penduduknya terlibat dengan
ekonomi berkaitan kelautan

2. Perdagangan

i. Pada zaman Ashikaga, kegiatan perdagangan berkembang dengan pesat di Jepun.

ii. Pedagang - pedagang Jepun menjalinkan hubungan perdagangan dengan Negara di


rantau Asia Tenggara.

iii. Menjelang zaman Tokugawa, pedagang Jepun menjalinkan hubungan perdagangan


dengan China, Korea, dan Vietnam.

iv. Zaman Nobunaga, lebih ramai pedagang dari Portugal yang dating ke Jepun.
v. Kemasukan pedagang asing menyebabkan muncul masyarakat maritm di Jepun.

3. Kemunculan Pelabuhan

i. Perkembangan pesat kegiatan perdagangan menyebabkan muncul pelabuhan entrepot di


Jepun. Contohnya, Kyushu, Nagasaki, dan Shimoda.

ii. Pelabuhan-pelabuhan ini menjadi tumpuan pedagang-pedagang Jepun dan luar Negara.
Pertengahan abad ke-16, kapal pedagang Portugal berlabuh di pelabuhan Kyushu.

iii. Kemunculan pelabuhan-pelabuhan merangsang pertumbuhan masyarakat maritim di


Jepun.

4. Kemajuan dalam Teknologi Pelayaran

i. Kemajuan yang dicapai oleh Jepun dalam teknologi pelayaran dan pembinaan kapal
menyebabkan Negara tersebut berjaya muncul sebagai sebuah masyarakat maritim.

ii. Jepun melahirkan ramai pelayar yang mempunyai kemahiran dalam ilmu pelayaran serta
pengetahuan dalam ilmu nautika, kartografi dan perkapalan.

iii. Pada abad ke-16 M, muncul pusat pembinaan dan baik pulih kapal-kapal di Jepun.
Masyarakatnya juga mempunyai kemahiran dalam pembinaan kapal besar yang sesuai
untuk pelayaran jarak jauh.

iv. Kapal Shuisen merupakan kapal layar yang digunakan oleh pedagang Jepun untuk
belayar ke Asia Tenggara.

5. Dasar Kerajaan Jepun

i. Dasar buka pintu yang diamalkan oleh kerajaan Jepun juga menyumbang kepada
kemunculan masyarakat maritime di Jepun.

ii. Dasar ini menyebabkan masyarakat maritim Jepun terdedah kepada pengaruh dari luar
seperti dari Asia dan Barat.

iii. Menjelang akhir abad ke-16, Pedagang dari Portugal menjalankan aktiviti perdagangan
dengan Jepun. Hubungan ininmenyebabkan masyarakat maritime Jepun menerima
teknologi perkapalan.

iv. Perkembangan ini memainkan peranan dalam merancakkan kegiatan maritime di Jepun.
6. Galakan Pemerintah.

i. Pemerintah memainkan peranan dalam kemunculan masyarakat maritime di Jepun.

ii. Hideyosi merupakan pemerintah yang berminat dalam aktiviti perdagangan. Beliau
menggalakkan pedagang Jepun berdagang ke seberang laut. Semasa pemerintahan beliau,
Jepun menjalinkan hubugan perdagangan dengan China dan Korea.

iii. Beliau turut memainkan peranan mengawal kegiatan perdagangan dengan Negara-
Negara asing dengan mengawal segala aktiviti perdagangan di pelabuhan Nagasaki mulai
tahun 1587.

iv. Shogun Tokugawa memberi galakan kepada rakyat untuk melibatkan diri dalam aktiviti
perdagangan maritim.

v. Semasa pemerintahan Tokugawa Ieyasu, dasar perdagangan Shuisen diperkenalkan .


Mengikut dasar ini, kapal dagang yang menjalankan aktiviti perdagangan dengan Negara
asing dikehendaki memiliki mohor merah.

vi. Ini menyebabkan ramai golongan bangsawan melibatkan diri dalam perdagangan
maritim.

7. Pengaruh luar

i. Kemunculan masyarakat maritime kerana wujudnya hubungan antara Jepun dengan


Negara-negara lain. Contohnya pada abad ke-16 M, Jepun menjalinkan hubungan dengan
Portugal.

ii. Shogun Ashikaga membenarkan pedagang Portugal berdagang di Pelabuhan Nagasaki.

iii. Menjelang abad ke-17M, pedagang dari Belanda, British dan Sepanyol menjalankan
perdagangan dengan Jepun. Ini menyebabkan aktiviti perdagangan di Jepun semakin
pesat.

iv. Perkembangan ini meletakkan asas bagi kemunculan masyarakat maritim di Jepun.

C. Kesimpulan
i. Masyarakat maritim Jepun memainkan peranan penting dalam menjadikan Jepun sebuah
kuasa maritime di Asia.

ii. Kehadiran kuasa-kuasa Barat juga menyebabkan Jepun bangkit sebagai sebuah kuasa
maritim di Asia.

Soalan 2
Bincangkan dasar-dasar yang dilaksanakan oleh Raja Louis XlV (1643 – 1715) untuk
mengukuhkan sistem pemerintahan beraja mutlak di Perancis. [20m]

A. PENGENALAN
1. Raja Louis XlV dilantik menjadi pemerintah Perancis pada 1643. Terkenal dengan
gelaran “Grand Monarch”.
2. Memerintah selama 72 tahun dan menjalankan pemerintahan secara berkuasa mutlak.
3. Baginda telah membuat reformasi dalam dasar negara sehingga Perancis muncul
sebagai kuasa yang kuat pada masa itu.
4. Pembaharuan meliputi aspek dasar ekonomi, ketenteraan, agama dan luar negara.

B. ISI
1. Dasar dalam Negara
i.Menyusun semula pentadbiran negara. Di peringkat pusat, diperkenalkan empat majlis
utama iaitu Majlis Negara, Majlis Despatches, Majlis Kewangan dan Majlis Privy
ii.Peranan empat majlis utama adalah seperti di bawah
1..Majlis Negara - menguruskan hal ehwal luar negara
2.. Majlis Despatches – menguruskan semua hal ehwal tempatan kecuali kewangan
3. Majlis Kewangan- Percukaian, tarif, perbelanjaan dan pendapatan Negara
4. Majlis Privy – menguruskan pentadbiran keadilan
iii. Melantik menteri-menteri yang berkebolehan untuk menjalankan pentadbiran seperti
Colbert (Menteri Kewangan), Louvois (Menteri Peperangan),dan Vauban (Menteri
Ketenteraan)
iv. Di peringkat Provinci pula, baginda telah mendapatkan khidmat daripada pegawai-
pegawai yang berkebolehan bagi melaksanakan dasar-dasar diraja
v. Melalui dasar-dasar Colbert, Perancis menjadi Negara Industri dan kuasa ketenteraan
yang kuat di Eropah.
vi. Zaman Louis XlV dianggap zaman keemasan bagi kesusasteraan Perancis dengan
lahirnya tokoh-tokoh seni tersohor seperti Racine dan Moliere.
2. Dasar Ketenteraan
i. Menghapuskan dominasi golongan bangsawan dalam bidang ketenteraan dan
meletakkan angkatan tentera di bawah kawalan baginda.
ii. Melantik pegawai-pegawai berasaskan merit.
iii. Bagi menarik kesetiaan golongan tentera, baginda bertindak merekrut anggota
tentera dan menyediakan kemudahan seperti perumahan dan bkalan makanan
iv. Kesanya Perancis muncul pasukan tentera teruat di Eropah pada masa itu.

3. Dasar Luar Negara


i. Raja Louis XlV telah melancarkan dasar perluasan kuasa dan berjaya meluasakan
kuasa
Perancis sehingga ke sempadan Sg Rhine
ii. Baginda menguasai wilayah-wilayah yang diperintah oleh Putera-putera Jerman,
Negara Spanish,Netherlands dan United Province

4. Dasar Ekonomi
i. Raja Louis XlV melaksanakan dasar ekonomi merkantilisme bagi mengukuhkan
negaranya.
ii. Antara pembaharuan yang dilakukan Colbert ialah memulakan industry baharu,
memansuhkan tarif tempatan, mengurangkan kadar bunga ke atas hutang kerajaan,
mengawal upah dan mengawal harga barangan.
iii. Colbert telah membina gudang senjata Toulan, mengadakan perhentian dagang di
India,Senegar dan Madagascar bagi menggalakkan perdagangan luar
iv. Baginda juga mengenakan pelbagai sekatan bagi meningkatkan industri tempatan
seperti mengenakan bayaran tarif yang tinggi kepada kapal asing yang menggunakan
pelabuhan Perancis dan memberikan bantuan kewangan kepada industri perkapalan
Perancis yang menjalankan perdagangan

5. Keagamaan
i. Raja Louis XlV memaksa golongan bukan katolik (Huguenot) menerima agama
Katolik
ii. Pada tahun 1685, baginda telah membatalkan Edict of Nante yang member
kebebasan beragama kepada golongan Huguenot. Kesanya ialah seramai 200 000
orang Huguenot meninggalkan Perancis

Kesimpulan
1. Raja Louis XlV berjaya mengukuhkan kedudukan dengan melakukan pelbagai
pembaharuan.
2. Kesannya, Perancis muncul sebagai sebuah Negara yang kuat dan berpengaruh di
Eropah.
Soalan 3.
Huraikan idea yang dikemukakan oleh Charles Louis Montesquieu dalam bukunya
‘The Spirit of Laws’ pada abad ke-18. [20M]

A. PENGENALAN
1. Charles Louis Montesquie dilahirkan di Chateau de la Brede, barat daya Perancis pada 18
Januari 1689. Beliau berkelulusan undang-undang dari Universiti Bordeaux dan berjaya
menjadi peguam pada 1708. Beliau merupakan tokoh pemikir politik Perancis dan
banyak memberi sumbangan dan idea semasa Zaman Pencerahan. Pada tahun 1716,
Montesquieu dilantik sebagai Presiden Parlimen Bordeaux menggantikan bapa
saudaranya.

2. Idea beliau melalui bukunya “The Spirit of the Laws” yang diterbitkan pada tahun 1748
ialah membentuk kerajaan yang berbeza mengikut iklim dan keadaan serta doktrin
pembahagian dan imbangan kuasa.

B. ISI
1. Doktrin Pembahagian Kuasa
i. Doktrin yang terkenal ialah doktrin pembahagian kuasa . Menurut beliau kuasa perlu
dibahagikan antara raja, bangsawan, bandar dan gereja. Beliau menegaskan perlu ada
pemisahan antara pembentuk undang-undang /perundangan (eksekutif), Pelaksana
keputusan perwakilan rakyat (kabinet) dan  penghukum / pelanggar undang-undang
/kehakiman (judiciary).
ii. Penyelewengan mudah berlaku apabila ketiga-tiga kuasa tadi tidak dipisahkan. Apabila
ketiga-tiga jentera ini menjalankan tugas secara berasingan, maka rakyat akan memiliki
kebebasan.
iii. Asas keadilan sebenar adalah untuk melakukan apa sahaja yang dibenarkan oleh undang-
undang yang dibuat oleh kerajaan dan kerajaan mengamalkan doktrin pengasingan kuasa
di mana undang-undang dibuat oleh badan legislative yang ditadbir oleh badan eksekutif
yang terpisah.
iv. Undang-undang dilaksanakan kepada semua warganegara oleh sebuah badan kehakiman
yang bebas. Keadilan tidak dapat ditegakkan jika pemerintah berkuasa membuat
penghakiman kerana akan lebih berpihak kepada pemerintah. Jika pembuat undang-
undang memahami kaitan antara undang-undang dengan prinsip negara, mereka lebih
layak untuk membuat reformasi dalam kerajaan masing-masing tanpa memusnahkan
kerajaan itu sendiri
v. Montesquieu tidak berkonfrantasi dengan golongan aristokrat tetapi memastikan rakyat
mendapat hak yang sepatutnya. Perkara penting dalam sistem monarki ialah harus wujud
penguasa yang mematuhi hukum, menghormati rakyat dan hak kaum bangsawan. Ini
boleh memperbaiki pemerintahan sesebuah negara.
vi. Beliau berpendapat undang-undang kebanyakan negara boleh menjadi lebih liberal,
berperikemanusiaan, dan mengelakkan penyelewangan kuasa. Oleh itu, penganiayaan
agama dan perhambaan boleh dihapuskan dan perdagangan boleh digalakkan.
2. Doktrin pembahagian dan imbangan kuasa
i. Idea ini ditujukan dalam menentang pemerintahan mutlak di Perancis. Menurut beliau,
kuasa pemerintahan di Perancis perlu dibahagikan antara parlimen, golongan bangsawan,
estet-estet province, majlis perbandaran, dan pihak gereja. Menurut beliau pemerintahan
mutlak menyekat kebebasan hak asasi rakyat.
ii. Ini membawa kepada pemisahan antara badan Perundangan, Badan Eksekutif dan Badan
Kehakiman untuk memastikan rakyat mendapat kebebasan.
iii. Tujuan pengasingan kuasa ini adalah untuk mengelak berlakunya pertindihan dan
penyelewengan kuasa yang menganggu badan lain dalam pentadbiran setiap bidang.

3. Bentuk Kerajaan berbeza-beza mengikut iklim


i. The Spirit of Laws  mengetengahkan 2 idea utama iaitu pertama bentuk kerajaan yang
berbeza-beza mengikut iklim dan keadaan tertentu. Contohnya despotisme 
(pemerintahan mutlak) hanya sesuai untuk empayar yang besar dalam iklim panas dan
demokrasi hanya akan berfungsi dalam negara kota kecil.

C. KESIMPULAN
1. Charles Louis Montesquieu  telah banyak memberikan sumbangan kepada Perancis
khususnya  iaitu dengan meletakkan asas bagi kemunculan revolusi di Perancis dan 
mengubah secara drastik  lanskap politik, ekonomi dan sosial di Eropah apabila idea
beliau tersebar ke Negara-negara lain di benua Eropah.

2. Idea dan doktrin beliau mempunyai pengaruh dalam penggubalan perlembagaan di dunia
hari ini termasuklah dalam penggubalan Perlembagaan Amerika Syarikat pada tahun
1787.

Soalan 4
Huraikan kemajuan dalam sistem pendidikan di Jerman pada abad ke 19M.
[20m]
A. PENGENALAN
1. Pada abad ke 19 khususnya selepas penyatuan Jerman pada tahun 1871, Jerman telah
membangunkan sistem pendidikannya dengan lebih sistemetik dan idealistik mengikut
keperluan penduduknya . Aspek pendidikan yang dibangunkan ini meliputi dasar
pendidikan, institusi pendidikan, kurikulum, keperluan yang diperlukan oleh guru dan
sebagainya.

B . ISI

1. Dasar Pendidikan
i. Pada adab ke 19 sistem pendidikan berada di bawah kawalan kerajaan sepenuhnya iaitu
di bawah Menteri Pendidikan yang dibantu oleh lembaga pengelola sekolah di peringkat
wilayah dan daerah.
ii. Jabatan Pendidikan awam telah ditubuhkan untuk memudahkan lagi kawalan pusat
terhadap institusi pendidikan khususnya dalam hal mata pelajaran, buku buku teks,
perlantikan guru dan penyeliaan sekolah.
iii. Ini adalah kesinambungan sejak abad ke 18 lagi apabila raja Jerman telah
memperkenalkan kod Undang Undang Sekolah yang mewajibkan ibu bapa menghantar
anak anak ke sekolah
iv. Lembaga Sekolah ( Obersshulcollegium ) ditubuhkan untuk mengawal sekolah sekolah
menengah dan sekolah tinggi di Jerman.
v. Segala perbelanjaan untuk sekolah dibantu oleh kerajaan termasuk tanah dan peralatan.
vi. Ini menyebabkan kadar buta huruf di Jerman berkurangan

2. Kurikulum

i Kurikulum yang diperkenalkan di Jerman di semua peringkat sekolah adalah bersifat


saintifik berteraskani teori yang mempengaruhi perkembangan mental dan bakat pelajar
seperti teori Pestalozi

ii Oleh itu peringkat rendah diberi penekanan subjek Bahasa, Geografi, Sejarah, Muzik,
Lukisan, Latihan Jasmani dan matapelajaran Agama.

iii Peringkat Menengah: Kurikulum yang seragam seperti Bahasa Latin, Greek, Jerman,
Matematik, Geografi, Agama, Sains Tabii dan matapelajaran Kemanusiaan
( Humanisme)

iv Di peringkat universiti pula terdapat pelbagai pengkhususan ilmu pengetahuan di


samping menjalankan kajian dan penyelidikan dalam bidang Philology, Egiptologi,
Sejarah, falsafah, Psikologi, Kimia , Fizik dan sebagainya.

3. Institusi Pendidikan
i. Menjelang abad ke 19, institusi pendidikan terdiri daripada sekolah rendah, sekolah
menengah, sekolah teknik dan universiti.
ii. Sekolah Rendah ( Volksschulen ) adalah terbuka dan wajib kepada kanak kanak yang
berumur dari 7 hingga 14 tahun yang diajar agama, membaca, menulis mengira, geografi,
sejarah dan gimnastik
iii. Sekolah Menengah pula terdiri daripada dua aliran iaitu sekolah gymnasium dan sekolah
awam ( real-school ) yang mengambl masa selama 9 tahun dengan bayaran yuran
sebanyak 5 hingga 27 dollar.
iv. Sekolah gymnasium adalah sekolah untuk pelajar melanjutkan pelajaran ke universiti dan
diberi penekanan pembelajaran Bahasa Latin dan Greek.
v. Sekolah awam pula adalah bertujuan untuk melahirkan penduduk Jerman yang mampu
berdikari dalam kehidupan seharian. Di institusi ini ditekankan pembelajaran Bahasa
ibunda, matematik, sains tabii dan bahasa bahasa moden.
vi. Pada tahap menengah ini, peperiksaan akhir ( abitur ) diperkenalkan di seluruh Jerman
dan menjadi pra syarat untuk menceburi profesion yang dipelajari dan perkhidmatan
awam.
vii. Sekolah menengah yang dikhaskan untuk pelajar perempuan juga ditubuhkan.
viii. Pendidikan Teknikal seperti politeknik dan sekolah perdagangan di tubuhkan untuk
menyediakan golongan mahir dalam teknologi, perdagangan dan sektor industri.
ix. Institus pengajian tinggi juga berkembang pesat sekitar abad ke19 seperti Unversiti
Berlin ( 1810 ), Munich ( 1826 ) Bonn ( 1818 ) dan sebaginya. Di institusi ini, terdapat
FakultiTeologi, Undang Undang, Perubatan dan falsafah. Setaiap Fakulti mempunyai
pelbagai jurusan pengajian.
x. Biasanya Institusi pengajian tinggi ditubuhkan oleh kerajaan negeri dengan bantuan oleh
kerajaan. Biasanya ia diuruskan oleh seorang reaktor dan professor. Tenaga pengajar
terdiri dari sarjana sarjana dan melakukan penyelidikan dalam pelbagai lapangan ilmu
pengetahuan

4. Tenaga pengajar
i Tenaga pengajar di Jerman adalah terlatih dan berwibawa untuk berkhidmat di
sekolah sekolah dan melepasi syarat syarat yang telah di tetapkan.
ii. Latihan kepada guru diberikan dan banyak seminar seminar dianjurkan untuk
mengubah guru dari aliran keagamaan ( teologi ).
iii. Kerajaan juga akan memyumbangkan dana dan pengiktirafan diraja dianugerahkan
kepada pusat latihan guru seperti Weimar ( 1783 ) Saxony ( 1783 ) dan Austria ( 1788 ).
iv. Lathan perguruan ini dikendalikan oleh sarjana sarjana yang pakar dalam bidang
pendidikan seperti Johann Julius Hecker, Francke dan lain lain.
5. Bantuan Kewangan.
i. Kerajaan memberi peruntukan untuk menyediakan buku buku sekolah dan inisiatif
kepada guru guru.
ii. Raja Frederick 1 memberi sumbangan kewangan kepada sekolah sebanak 50 000 Thaler
untuk prasana sekolah termasuk tanah.

C . KESIMPULAN

1. Jerman menubuhkan sistem pendidikan yang berperingkat dan dianggap saintiik pada
abad 19M.
2. Ia dikawal oleh kerajaan dan menekankan kehadiran wajib, latihan untuk guru, latihan
khusus, ujian dan sebagainya.
3. Dianggap penting untuk menanam ketaatan sosial dalam kalangan masyarakat.

Catatan: Calon seharusnya dapat menerangkan perkembangan sistem pendidikan di


Jerman pada abad ke 19 M

Soalan 5.
Bincangkan faktor-faktor kebangkitan gerakan nasionalisme di India pada abad ke 20
[ 20 m ]

A. PENGENALAN
1. Ramai sarjana berpendapat bahawa Dahagi India 1857 menandakan permulaan kesedaran
kebangsaan dalam kalangan orang India.
2. Namun demikian, terdapat tanda-tanda yang menunjukkan kesedaran kebangsaan
bermula sebelum tahun 1857 lagi seperti Persatuan British India telah ditubuh di Bengal
pada tahun 1851
3. Persatuan Bombay telah ditubuh di Wilayah Residen Barat. Persatuan Bombay mendesak
Kerajaan British menambah bilangan orang India dalam sektor perkhidmatan awam.
4.Raja Ram Mohan Roy menubuhkan Brahman Samaj bagi melambangkan simbol
kebangkitan di India

B. ISI
1. Pendidikan barat
i. Pendidikan barat merupakan faktor utama yang melahirkan kesedaran kebangsaan dalam
kalangan rakyat India. Matlamat utama kerajaan British memperkenalkan pendidikan
barat adalah untuk melahirkan tenaga kerja yang murah dalam kalangan penduduk
tempatan.
ii. Kerajaan British juga berpendapat pendidikan barat akan menanam semangat kesetiaan
rakyat terhadap pemerintahan British. Di samping itu, kerajaan British juga berpendapat
pendidikan barat akan menanam semangat kesetiaan rakyat terhadap pemerintahan
British.
iii.British melantikSir Charles Wood untuk mengubal sistem pendidikan pada tahun 1854.
iv. Pada tahun 1858 tiga buah universiti model Universiti London ditubuhkan di
culcultta,Madras dan Bombay.
v. Mata pelajaran di pusat pengajian tinngi adalah Sejarah ,Falsafah Politik ,Undang-
undang, dan Kesusasteraan Barat.
vi. Sistem pendidikan barat melahirkan ramai orang india yang cerdik pandai dan terlibat
dalamperkhidmatan awam seperti doktor, peguam, guru dademokrasi,persamaan ,dan
hak asasi individu.
vii.sistem pendidikan barat memberi kesedaran kepada tentang penindasan kerajaan kerani.
viii.Rakyat terdedah kepada pemikiran barat seperti John
locke,Rousseau,mazini,voltaire,Edmund,Burke,dan Thomas Paine.
x. Masyarakat india terdedah kepada konsep seperi kebebasan , bristish terhadap india.
Raja Ram Mohan Roy,W.C.Banerjee,G.K.Gokhake mengerakan nasionalisme di india
2. Bahasa Inggeris
i. Bahasa Inggeris turut memainkan peranan dalam membangkitkan kesedaran
kebangsaan dalam kalangan rakyat. Bahasa Inggeris berperanan sebagai alat
perpaduan yang menyatukan orang India yang terpisah daripada segi agama, bangsa
dan wilayah
ii. Terdapat lebih kurang 600 bahasa daerah yang di tuturkan oleh penduduk di seluruh
dunia. Bahasa Daerah menjadi batu penghalang bagi memupuk persefahaman dan
menyatukan rakyat india .
iii. Penggunaan bahasa Inggeris sebagai medium perantaraan di sekolah-sekolah dapat
menghalang masalah kewujudan bahasa-bahasa daerah.
iv. Bahasa Ingeris alat perpaduan orang India yang berpisah dari Agama,Bangsa dan
Wilayah .

3. Diskriminasi dalam perkhidmatan awam


i. Kerajaan British mengamalkan diskriminas dalam pengambilan orang India bagi
memenuhi jawatan tinggi dalam perkhidmatan awam. Amalan diskriminasi melahirkan
rasa tidak puas hati dalam kalangan golongan terpelajar di India.
ii. Akta Piagam 1833 dan akta pekhidmatan awam oang india tidak dihalang memengang
jawatan perkhidmatan awam Namun begitu, kerajaan British tidak mengambil sebarang
langkah untuk menguatkuasakan janji-janji yang terkandung di dalam akta.
iii. Kerajaan British menghalang penyertaan orang India dalam perkhidmatan awam dengan
mengadakan peperiksaan untuk perkhidmatan awam di britain berdasarkan sukatan
pelajaran britain.
iv. Pada tahun 1878 kerajaan British tidak mengehadkan umur bagi penyertaan perkidmatan
awam daripada 22 kepada 19 tahun.
v. Langkah tersebut untuk menghalang pelajar yang menuntut di universiti daripada
menduduki pemeriksaan awam

4. Perkembangan sistem perhubungan dan pengangkutan


i. Pembinaan sistem perhubungan dan pengangkutan moden turut memainkan peranan
dalam mencetuskan semangat kebangsaan dalam kalangan rakyat India. Pembinaan
landasan kereta api dan jalan raya menyatukan orang India yang terdiri daripada pelbagai
bangsa dan keturunan.
ii. Pengenalan sistem perhubungan dan pengangkutan yang cekap meningkatkan mobiliti
dan merapatkan hubungan antara mereka. Perkembangan sistem perhubungan dan
pengangkutan membolehkan idea nasionalisme dapat disebarkan dengan pantas ke
seluruh India.

5. Dasar pentadbiran Lytton


i. Dasar pentadbiran lord lytton telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan
rakyat India. Pelbagai akta yang di perkenalkan oleh Lytton seperti akta senjata dan akta
akhbar vernakular melahirkan sentimen anti Inggeris.
ii. Tindakan kerajaan British untuk mengenakan sekatan terhadap akhbar-akhbar vernakular
menyekat kebebasan rakyat untuk menyuarakan pandangan mereka. Lytton mengambil
langkah-langkah seperti menggalakkan import dan mengehadkan umur penyertaan
perkhidmatan awam kepada 18 tahun.
6. Akta Ilbert 1883
i. Akta ini diluluskan paa tahun 1883 merancakkan sentimen antiinggeris dalam
kalangan rakyat india.
ii. Akta llbert memberi kuasa kepada hakim dari keturunan india untuk mengadili dan
menjatuhkan hukuman terhadap orang inggeris.
iii. Golongan anglo tidak puas hati dan menentang akta tersebut .
iv. Golongan anglo menubuhkan persatuan bagi mempertahankan hak mereka .
v. Kerajaan british menarik balik akta tersebut dan menyedarkan orang india tentang
perasaan antiIndia yang terpendam hati orang inggeris.
vi. Sudenra Nath Bannerjee menganjurkan persidangan orang india bagi menentang
kerajaan British.
7. Peranan Akhbar
i. Akhbar tempatan membangkit kesedaran nasionalisme .usaha menerbitkan akhbar
sejak tahun 1767.
ii. Pada tahun 1780 akhbar Bengal Gazette,pada tahun 1785 akhar Madras Courier dan
Bombay Gazette 1859.
iii. Akhbar adalah medium penyuarakan pandangan rakyat .
iv. Akhbar seperti Kesari,The Maratha ,Amrit Bazar Patrika dan Patriot.
v. Akhbar tempatan berperanan dalam melahirkan Kesedaran politik dalam kalangan
kelas menengah .
vi. Akhbar juga menyebabkan idea mengenai pemerintah sendiri dan amalan
demokrasi dalam kalangan rakyat tempatan.

8. Kajian Terhadap Keagungan Silam


i. Golongan cendikianwan yang berpendidikan inggeris menjalankan keagungan silam
masyrakat indin klasik
ii. Kajian mengenai zaman kegemilangan india buat semasa pemerintshsn tokoh Asoka
dan Chandragupta
iii. Kajian mengenai kemajuan yang dicapai oleh mayarakat india dalam bidang
Astronomi,Sains,Falsafah,Matemaik ,Perubatan Dan Kesenian.
iv. Kajian seperti ini dapat melahirkan keyakinan dan kebangaan orang india terhadap
kebudayaan & Peradaban cendekiawan tempatan sarjana barat seperti Sir William
Jones,Max Multer&Monier Williams mengkaji peradaban india

9. Peranan Kesusasteraan
i. Karya-karya kesusasteraan seperti novel, esei, lagu-lagu patriotik dan sajak turut
memainkan peranan penting dalammembangkitkan kesedaran kebangsaan dalam
kalangan rakyat India
ii. Penulisan tokoh-tokoh kesusasteraan dalam pelbagai dialek tempatan dimuatkan dalam
akhbar-akhbar tempatan menyebabkan idea nasionalisme tersebar luas ke seluruh benua
kecil India
iii. Antara tokoh –tokoh kesusasteraan yang memainkan peranan dalam membangkitkan
kesedaran kebangsaan termasuklah:Rabindranath Tagore(Bengali_, Subramania Barathi (
Tamil), Harish Chandar ( Hindi)

10. Dasar Ekonomi


i. Dasar ekonomi yang diamalan oleh kerajaan british melahirkan sentimen anti-british
dalam rakyat india
ii. Kerajaan british mengamalkan dasar ekonoi bagi memenuhi kepentingan sektor
perindustrian di England
iii. Kerajaan british tidak mengalakan perkembangan industri tekstil&perkilangan
tempatan
iv. Kerajaan british mengawal perusahaan tempatan demi menjaga kepentingan
perusahaan yang dikendalikan oleh orang inggeris.
v. Kerajaan british menjejaskan sumber pendapatan penduduk tempatan yang terlibat
dalam industri tempatan
vi. Diskriminasi(perlakuan) yang diamalkan dalambidang ekonomi membangkitkan
persaan benci orang india

11.Penindasan Terhadap Buruh India Di Seberang Laut


i. Semasa pemerintahan british rakyat india digalakan berhirah ke kawasan lain dalam
empayar British untuk bekerja sebagai buruh.
ii. Buruh india menerima layanan buruk daripada pemerintahan British,dengan
mengabaikan hak-hak asasi buruh india.
iii. Layanan buruk kerajaan British menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam
kalangan nasionalis terhadap pemerintahan British.

12.Gerakan Reformasi Sosioagama


i. Menjelang pertengahan abad ke-19 lahir kesedaran untuk menjalankan reformasi
dalam bidang sosial&agama dalam kalangan pemimpin agama hindu.
ii. Muncul perkembangan agama seperti Brahmo Samaj,Brahma Samaj,Arya
Samaj,Pertubuhan Ramakrishna&Pertubuhan Teosofika
iii. Menurut Anne Besant pertubuhan agama asas bagi kebangkitan nasionalisme dan
kemunculan parti pilotik india
iv. Semangat kebangsaan ini meletakan asaa kemuculan oganisasi politik yangb
terbesar di india iaitu Parti Kongres India pada tahun 1885.

C. KESIMPULAN
I. Kebangkitan semangat kebangsaan mendorong rakyat India berjuang menentang
penjajahan British.
2. Rakyat India berjuang untuk mempertahankan negara dari penjajah agar rakyat India
tidak ditindas dari penjajahan British.

Catatan: Calon perlu menghurai 5 isi sahaja

Soalan 6

Bincangkan penglibatan United Kingdom dari aspek politik dan ekonomi dalam

Komanwel. [20 m ]

A. PENDAHULUAN

1. Pertubuhan Komanwel ditubuhkan pada tahun 1931 dan merupakan salah satu organisasi
yang penting. Keanggotaannya terdiri daripada bekas tanah jajahan British yang telah
mencapai kemerdekaan. Pada akhir tahun 1950-an, kebanyakan bekas tanah jajahan di
Afrika, Asia, Carribbean, dan Pasifik yang mencapai kemerdekaan memilih untuk
menyertai Komanwel.
2. Negara-negara ini yang mempunyai latar belakang sejarah yang sama melalui
pengalaman dijajah oleh British dibenarkan memilih jenis kerajaan sama ada berbentuk
republik, monarki, atau menerima monarki British.
3. United Kingdom telah banyak memberi sumbangan dalam Komanwel.

B. ISI

Politik:

1. Sebagai pengasas dan ketua Komanwel

i. Penglibatan United Kingdom dalam Komanwel yang utama ialah menubuhkan


Pertubuhan Komanwel. United Kingdom boleh dianggap sebagai "pengasas" dan "ketua"
Komanwel. Penubuhan ini berjaya menjaga dan mengawal negara-negara bekas tanah
jajahannya daripada tanah jajahannya lenyap begitu sahaja.

ii. Hanya empayar British sahaja yang berjaya mewujudkan sebuah pertubuhan yang disertai
oleh negara-negara bekas tanah jajahannya yang dahulu pernah ditakluki tetapi kini
mempunyai status yang sama dengan Britain.

2. Memerintah tanah jajahannya berkerajaan sendiri

i. United Kingdom dalam Komanwel telah memerintah tanah jajahannya ke arah berkerajaan
sendiri seterusnya memberi kemerdekaan. Buktinya, bekas tanah jajahan British tidak
dipaksa untuk menyertai Komanwel dan keahliannya dalam Komanwel adalah bebas,
iaitu boleh menarik diri daripada Komanwel pada bila-bila masa. Misalnya, Myanmar
meninggalkan Komanwel pada tahun I'Hfl dan Republik Ireland meninggalkan
pertubuhan ini pada tahun 1949.

ii. Negara-negara anggota juga disyaratkan supaya bersedia untuk bekerjasama dengan ahli-
ahli demi kepentingan bersama. Semasa Persidangan Perhubungan Komanwel di Lahore,
Pakistan pada tahun 1954, dua syarat lagi dicadangkan, iaitu mempunyai sistem parlimen
dan berkemampuan untuk mentadbir negara

3. Pengekalan legasi monarkinya


i. Penyertaan keanggotaan dalam Komanwel juga secara tidak langsung mengekalkan legasi
monarki United Kingdom. Pengekalan legasi ini memberi pengiktirafan kepada Queen
(Raja Inggeris) sebagai ketua negara dan mengekalkan keunikan Komanwel.

ii. Oleh itu, keanggotaan dalam Komanwel bukan secara automatik dan bekas-bekas tanah
jajahan British tidak semestinya diterima terus menjadi anggota setelah mencapai
kemerdekaan. Sesebuah negara bekas tanah jajahan British perlu memohon untuk
menjadi ahli Komanwel. Malahan, syarat seterusnya ialah negara-negara anggota yang
berhasrat untuk menukarkan status monarki menjadi republik, maka negara tersebut
mestilah memaklumkan kepada negara-negara anggota yang lain. Kesannya, lebih kurang
16 buah negara anggota Komanwel memilih untuk mengakui Queen (Raja Inggeris)
sebagai ketua negara.

4. Pengekalan model Barat

i. Sumbangan United Kingdom dalam penubuhan Komanwel adalah dengan


memperkenalkan sistem sosial, ekonomi, dan poliolitik berdasarkan model Barat.
Penerapan sistem undang-undang, birokrasi, ekonomi, dan lain-lain ini menjadikan
struktur pentadbiran negara-negara Komanwel lebih kemas dan berkesan.

ii. Keselarasan struktur politik, sosial, birokrasi serta sistem ekonomi yang sudah sebati dan
menjadi tradisi kepada negara Komanwel menyebabkan mereka lebih cenderung
mengekalkan hubungan baik dengan United Kingdom.

Ekonomi

1. Memberi bantuan ekonomi

i. United Kingdom ini juga menjalankan tanggungjawabnya untuk membangunkan tanah


jajahannya, termasuk wilayah-wilayah yang diamanahkan kepadanya yang ketinggalan
dari segi ekonomi. Oleh itu, Komanwel telah mengambil langkah yang wajar dengan
bekerjasama secara multilateral dalam bidang ekonomi dalam kalangan bekas tanah
jajahannya akan mengukuhkan ekonomi negara-negara berkenaan.
ii. Buktinya, negara Komanwel mengeksport lebih 50 peratus daripada teh, bijih timah, jut,
getah, minyak sawit, dan koko dunia. Malahan, negara Komanwel juga menyumbang
separuh daripada kduaran aluminium dunia.

2. Mewujudkan Rancangan Colombo

i. United Kingdom telah memujuk Amerika Syarikat, Kanada, dan Jepun untuk mewujudkan
Rancangan Colombo pada tahun 1950. Rancangan ini yang bertujuan memberi bantuan
kewangan, teknikal, dan biasiswa kepada negara-negara kurang maju. Dalam bidang
ekonomi, bantuan pembangunan tanah dan pertanian serta pengekalan kaedah pertaian
moden telah disumbangkan.

ii. Buktinya, beberapa negara anggota Komanwel seperti India, Fiji, Sri Lanka, dan Tanah
Melayu menikmati faedah daripada program ini sama ada dalam bidang pendidikan, dan
pembinaan infrastruktur, iaitu jalan raya, kereta api, serta sistem pengairan.

C. KESIMPULAN

1. Sumbangan United Kingdom dalam Komanwel berjaya mewujudkan kerjasama dalam


bidang ekonomi, pelajaran, teknikal, dan lain-lain.
2. Kerjasama yang wujud ini telah menyebabkan negara-negara anggota tidak meninggalkan
Komanwel.

Catatan: Calon perlu menjelaskan penglibatan United Kingdom dalam Komanwel dari
aspek politik dan ekonomi.
Markah yang cemerlang diberi kepada calon yang dapat menghuraikan penglibatan UK
dari aspek politik dan ekonomi.

Anda mungkin juga menyukai