Anda di halaman 1dari 2

SITI NURAFIQAH BINTI ROSLAN

LATIHAN 8 ( SOALAN 17 )

Jadual ini menunjukkan pola perubahan import bahan makanan mengikut jenis bahan
makanan dari bulan April 2013 hingga Julai 2013 di Malaysia dan langkah-langkah negara dapat
mengurangkan pergantungan pada bahan makanan yang diimport.

Nilai import bahan makanan bagi hasil tenusu dan telur burung dari bulan April 201
hingga Julai 2013 menunjukkan peningkatan secara berterusan. Pada bulan April 2013, terdapat
RM224 juta yang terus meningkat kepada RM336 juta pada bulan Julai 2013 iaitu peningkatan
sebanyak RM112 juta bersamaan 50%.

Nilai import bahan makanan bagi ikan, krulasea, moluska, dan sediaannya dari bulan
April 2013 hingga Julai 2013 menunjukkan penurunan secara berterusan. Pada bulan April 2013,
terdapat RM262 juta yang terus menurun kepada RM241 juta pada bulan Julai 2013 iaitu
penurunan sebanyak RM20 juta bersamaan 7.63%.

Antara langkah-langkah negara dapat mengurangkan pergantungan pada bahan makanan


yang diimport ialah menggalakkan setiap isi rumah menanam sayur-sayuran. Hal ini kerana
masyarakat dapat memiliki sumber tersebut tanpa melakukan pembelian di mana-mana pasar
raya atau kedai runcit. Misalnya, menanam pelbagai jenis sayur-sayuran seperti cili, terung dan
bendi di halaman rumah. Sebagai kesan, permintaan terhadap sayur-sayuran daripada negara luar
akan dapat dikurangkan.

Selain itu, langkah-langkah negara dapat mengurangkan pergantungan pada bahan


makanan yang diimport ialah menggunakan teknologi moden dalam sektor pertanian. Hal ini
demikian kerana hasil pengeluaran pertanian dapat ditingkatkan pada kuantiti yang mencukupi.
Sebagai contoh, pengaplikasian kacukan baka padi yang membolehkan padi ditanam tiga musim
setahun dengan menghasilkan tuaian yang lebih banyak dan berkualiti. Sebagai kesan, bekalan
beras yang berterusan akan menjamin pasaran tempatan.
Kesimpulannya, nilai import bahan makanan mengikut jenis bahan makanan dari bulan
April 2013 hingga Julai 2013 menunjukkan bahan makanan bagi hasil tenusu dan telur burung
mengalami peningkatan secara berterusan dan bahan makanan bagi ikan, krulasea, moluska, dan
sediaannya mengalami penurunan secara berterusan.

Anda mungkin juga menyukai