Anda di halaman 1dari 3

KKH3033 Kemahiran Asas Kaunseling 2

Bahagian A (30 markah)


Arahan: Jawab SEMUA soalan yang diberikan.

1. Bella, 17 tahun merupakan pelajar tingkatan 5 di sebuah sekolah harian.


Kebanyakan masa, Bella sentiasa berasa resah dan risau. Bella tidak gemar
bersosial dan menghabiskan masa dengan membaca buku atau melakukan aktiviti
secara bersendirian. Jaringan sosial Bella hanya dalam kalangan ahli keluarga,
saudara mara yang rapat sahaja dan dua orang rakan baiknya di sekolah. Bella takut
untuk berhadapan dengan lelaki dan menolak untuk mempunyai teman istimewa.
Hasil penerokaan kaunselor, Bella pernah mengalami penderaan seksual ketika
kanak-kanak oleh suami pengasuhnya, dan seterusnya bapa saudara ketika 10
tahun. Bella tidak pernah menceritakan perkara tersebut kepada ibu bapanya.
Menurut Bella, pengasuh tersebut amat rapat dengan keluarga mereka, begitu juga
dengan bapa saudaranya yang merupakan adik bongsu kepada ibunya. Baru-baru
ini Bella telah mendapat mesej cinta daripada rakan sekelasnya dan Bella juga turut
menyimpan perasaan terhadap rakan sekelasnya itu.

Berdasarkan kes di atas,

a) Bincangkan bagaimana kaunselor dapat mengaplikasikan dorongan minima


kepada klien beserta contoh. Bincangkan juga apakah jangkaan ke atas klien
apabila kaunselor mengaplikasikan dorongan minima di dalam sesi
kaunseling.
(3 markah)

b) Bincangkan empat (4) langkah mendengar dengan aktif ketika


mengaplikasikan parafrasa dengan Bella, dan berikan contoh.

(5 markah)

c) Berikan dua (2) contoh bagaimana rumusan boleh dilaksanakan oleh


kaunselor.
(2 markah)

[ Lihat sebelah
KKH3033 Kemahiran Asas Kaunseling 3

2. “Saya betul-betul kecewa dengan apa yang berlaku kepada keluarga saya. Saya
tidak sangka seorang ayah sanggup memukul emak yang dia dah kahwini sejak 15
tahun yang lalu. Sanggup ayah mendera mental dan fizikal mak saya sepanjang
perkahwinan mereka”. (Klien dilihat meramas-ramas kertas yang dipegangnya.
Nafas klien kelihatan turun naik. Mukanya merah padam apabila dia menyebut
perihal ayahnya). “Saya dapat lihat mak saya betul-betul tertekan dengan apa yang
berlaku. Tapi dia seorang wanita yang sangat tabah. Malah, dia sering
menasihatkan saya untuk tidak membenci ayah dan memaafkannya.”

Berdasarkan petikan ayat klien di atas, keluarkan dimensi kemahiran dalam


melaksanakan refleksi perasaan.

a. Memilih patah perkataan permulaan (Choose a sentence stem)

b. Menambah label perasaan kepada patah perkataan permulaan tersebut (Add


an emotional word or feeling label to the stem).

c. Menambah parafrasa ringkas untuk memperluaskan refleksi perasaan (Add a


brief paraphrase to broaden the reflection of feelings).

d. Memilih tatabahasa yang bersesuaian untuk menyatakan keadaan sekarang


(Choose an appropriate tense to convey immediacy).

e. Memeriksa (Check out)

(10 Markah)

3.
Siti (bukan nama sebenar) keliru sama ada untuk meneruskan pengajian di universiti
atau tidak akibat tekanan ekonomi kerana pandemik COVID-19.

Klien: Saya sangat tertekan sekarang. Pelajaran amat penting untuk masa
depan saya. Namun, ayah saya sudah tidak mampu untuk menanggung
pengajian saya di universiti kerana telah dibuang kerja. Hanya emak
sahaja yang bertungkus lumus meneruskan perniagaannya menjual
nasi lemak, sehingga ayah mendapat pekerjaan baru.

Kaunselor: Sepanjang pengajian kamu, ayah kamu menanggung sepenuhnya


pengajian kamu?

Klien: Ya betul, sebelum ini ayah masih mampu menyara kami sekeluarga.
Saya juga tidak mengambil mana-mana pinjaman pendidikan.

Berdasarkan dialog di atas, bincangkan lima (5) perkara yang perlu kaunselor
fokuskan dalam sesi kaunseling beserta contoh.
(5 markah)
[ Lihat sebelah
KKH3033 Kemahiran Asas Kaunseling 4

4. Cikgu Izzah merupakan seorang kaunselor di sebuah sekolah menengah di negeri


Perak. Ustazah Mariam guru kelas 4 Alpha telah merujuk seorang pelajar kepada
Cikgu Izzah. Menurut Ustazah Mariam, pelajar ini menunjukkan perubahan yang
mendadak daripada seorang pelajar yang ceria menjadi pendiam, kerap menyendiri,
tidak menyiapkan kerja sekolah serta bercakap biadap dengan guru dan rakan
sekelas. Cikgu Izzah telah memanggil pelajar tersebut ke bilik kaunseling untuk
menjalankan sesi kaunseling. Walaubagaimanapun, pelajar itu tidak hadir semasa
sesi temujanji pertama. Oleh itu, Cikgu Izzah telah mengaturkan temujanji kedua
bersama pelajar itu. Pelajar itu hadir ke bilik kaunseling, namun dengan riak muka
yang tidak gembira.

Berdasarkan situasi di atas, jawab soalan di bawah:

a. Sebagai seorang guru kaunseling, bagaimanakah anda ingin mempraktikkan


kemahiran menyoal untuk menarik minat pelajar menjalankan sesi
kaunseling bersama anda.
(2 markah)

b. Terdapat kemahiran menyoal secara soalan terbuka dan soalan tertutup,


sebagai kaunselor, berikan tiga (3) contoh soalan terbuka dan tiga (3) contoh
soalan tertutup yang boleh digunakan bersama pelajar ini semasa sesi
kaunseling berlangsung.
(3 markah)

SOALAN TAMAT

[ Lihat sebelah

Anda mungkin juga menyukai