Anda di halaman 1dari 5

SITI HAJAR BINTI RADUAN (CF190058)

SEKSYEN 32

Soalan 1 adalahberdasarkankepadakenyataangolonganAteisdalamPernyataan 1.

Pernyataan 1

Hidup tanpa Tuhan dan berpaksikan sesuatu yang wujud ataupun ghaib adalah hak
individu yang jelas tidak melanggari perlembagaan negara, khususnya Malaysia.
Dari satu sudut pandang, individu yang berpegang kepada hidup tanpa Tuhan atau
golongan Ateis turut digelar sebagai individu yang berpegang kepada sesuatu yang
difahami umum sebagai 'agama'.

Baca artikel penuh di atas untuk dapatkan maklumat lebih lanjut di:
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/jika-golongan-ateis-meninggaldunia
di-mana-kuburnya-161870

S1 (a) Jelaskan definisi agama, kepercayaan dan pemikiran.

(10 markah)

DEFINISI AGAMA:

Agama (Tulisan Jawi: ‫ )اڬام‬pada lazimnya bermakna kepercayaan kepada Tuhan, atau sesuatu


kuasa yang ghaib dan sakti seperti Dewa, dan juga amalan dan institusi yang berkait dengan
kepercayaan tersebut. Agama dan kepercayaan merupakan dua perkara yang sangat berkaitan.
Tetapi Agama mempunyai makna yang lebih luas, yakni merujuk kepada satu sistem
kepercayaan yang kohesif, dan kepercayaan ini adalah mengenai aspek ketuhanan.
Kepercayaan yang hanya melibatkan seorang individu lazimnya tidak dianggap sebagai
sebuah agama. Sebaliknya, agama haruslah melibatkan sebuah komuniti manusia. Daripada
itu, Agama adalah fenomena masyarakat boleh dikesan melalui fenomena seperti yang
berikut:
 Perlakuan seperti sembahyang, membuat sajian, perayaan dan upacara.
 Sikap seperti sikap hormat, kasih ataupun takut kepada kuasa luar biasa dan anggapan
suci dan bersih terhadap agama.
 Pernyataan seperti jampi, mantera dan kalimat suci.
 Benda-benda material yang zahir seperti bangunan. Contohnya masjid, gereja,
azimat dan tangkal.
Salah satu lagi ciri agama ialah ia berkaitan dengan tatasusila masyarakat. Ini bermakna
agama bukan sahaja merupakan soal perhubungan antara manusia dengan tuhan, malah
merupakan soal hubungan manusia dengan manusia. Ciri-ciri ini lebih menonjol di dalam
agama universal, daripada agama folk.
Manusia yang tidak mempercayai adanya tuhan dan menolak semua kepercayaan beragama
pula dipanggil ateisme.
DEFINISI KEPERCAYAAN:

Kepercayaan secara umumnya bermaksud akuan akan benarnya terhadap sesuatu perkara.


Biasanya, seseorang yang menaruh kepercayaan ke atas sesuatu perkara itu akan disertai oleh
perasaan 'pasti' atau kepastian terhadap perkara yang berkenaan.
Kepercayaan dalam konteks psikologi adalah bermaksud suatu keadaan jiwa yang berkaitan
dengan sikap berkedudukan-memihak (propositional attitude). Manakala dalam konteks
agama pula, kepercayaan adalah sebahagian daripada batu asas pembangunan moral. Dalam
konteks ini, kepercayaan dikenali sebagai Akidah ataupun Iman. Adapun kepercayaan itu
dikatakan berkaitan dengan sikap berkedudukan-memihak, kerana ia sentiasa melibatkan
penekanan, penuntutan, dan jangkaan daripada seorang individu mengenai kebenaran sesuatu.
Kebenaran yang dituntut itu mungkin sahih, dan mungkin palsu secara objektif, tetapi bagi
individu yang berkenaan ia adalah sahih.

DEFINISI PEMIKIRAN:

Pemikiran (‫ )ڤميکيرن‬ialah cara atau hal memikirkan sesuatu, yakni aliran fikiran berteraskan
matlamat yang boleh membawa kepada penyelesaian yang berteraskan alam nyata, dan
merupakan suatu proses mental. Pemikiran membolehkan manusia untuk memahami,
mentafsir atau membentuk dunia yang dialami manusia dan membuat ramalan tentang dunia
itu. Oleh itu, pemikiran adalah berguna kepada suatu organisma dalam keperluan, matlamat
dan kehendak ketika membentuk suatu rancangan atau usaha untuk mencapai matlamat yang
diingini. Oleh kerana pemikiran adalah asas kepada tingkah laku dan perhubungan manusia,
pemahaman tentang asal dan kesan pemikiran daripada segi fizikal dan metafizikal ialah
matlamat yang penting dalam pelbagai bidang akademik seperti falsafah, linguistik,
neurosains dan kecerdasan buatan. Pemikiran ialah fungsi kognitif tahap tinggi dan kajian
berkenaan proses pemikiran adalah sebahagian daripada psikologi kognitif.
(b) Bandingkan maksud ateis dan agama.

(10 markah)
Ateis Agama
Bermakna fahaman atau kepercayaan yang Bermakna kepercayaan kepada Tuhan, atau
tidak mengakui kewujudan tuhan. Atheisme sesuatu kuasa yang ghaib dan sakti
adalah merujuk kepada ketidakpercayaan seperti Dewa, dan juga amalan dan institusi
atau kurang kepercayaan tentang kewujudan yang berkait dengan kepercayaan tersebut.
tuhan. Dalam Bahasa Arab atheisme adalah Agama dan kepercayaan merupakan dua
al-ilhad (‫ )اإللحاد‬. Ilhad dari segi istilahnya pekara yang sangat berkaitan. Tetapi Agama
adalah sebuah mazhab falsafah yang mempunyai makna yang lebih luas, yakni
menafikan kewujudan Allah sebagai Pencipta merujuk kepada satu sistem kepercayaan
Alam semesta ini. yang kohesif, dan kepercayaan ini adalah
mengenai aspek ketuhanan.
Menolak secara mutlak wujudnya tuhan atau Menerima secara mutlak serta kepercayaan
segala yang bersifat Ilahiah. terhadap kewujudan salah satu dewa atau
dewa-dewa atau Tuhan.
Meyakini bahawa hidup adalah satu proses di Meyakini setiap perbuatan akan dinilai serta
mana tiada ruang untuk menerima kewujudan akan diadili oleh Tuhan.
tuhan.

(c) Bincangkan empat (4) kesan dan ancaman pemikiran ateis kepada masyarakat
dan negara

(20 markah)

Antara kesan dan ancamannya ialah rasa keluh kesah yang tidak reda. Apabila ditimpa
kesusahan, dia akan keluh kesah. Apabila mendapat kebaikan, dia akan bersifat kedekut. Ini
akan mendatang kekalutan serta mengganggu keharmonian kepada masyarakat dan negara
kerana apabila mereka memiliki kesenangan, mereka tidak ingin berkongsi atau berbahagi
kepada orang lain. Selain daripada itu ialah pengasingan diri yang membawa kepada sikap
individualistik juga akan tertanam dalam diri mereka sehingga tidak mengambil peduli
tentang kesejahteraan mahupun kesusahan yang dialami oleh orang lain. Kemudian, mereka
yang memang kepada ajaran ateis ini mempunyai kehendak untuk membalas dendam dan
jiwa yang dahagakan kepuasan pada tiap sesuatu yang wujud. Perkara ini akan menyebabkan
huru-hara terhadap masyarakat dan negara. Akhir sekali, seseorang yang memegang
kepercayaan ateis mempunyai jiwa dan merasakan diri mereka yang seakan tersia-sia. Hal ini
akan mendorong mereka untuk melakukan perkara-perkara yang tidak baik dan tidak senonoh
seperti mengambil dadah dan sebagainya kerana merasakan hidup mereka tiada hala tuju.
Soalan 2 adalah berdasarkan kepada petikan akhbar tentang penghinaan terhadap Jalur
Gemilang dalam Pernyataan 2.

Pernyataan 2
Terdapat pihak yang dilihat sengaja memasang Jalur Gemilang terbalik dengan
meletakkan bahagian bulan sabit dan bintang di bawah….perbuatan itu sekali gus
melanggar etika sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dengan
kedudukan negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum.

Harian Metro, 21Ogos 2019

S2 Bincangkan isu di atas dengan merujuk kepada Rukun Negara dan Falsafah
Pendidikan Negara.
(30 markah)

Isu sebegini tidak sepatutnya berlaku kerana sebagai rakyat Malaysia yang telah berikrar dan
memegang teguh kepadan rukun negara keempat iaitu 'Kedaulatan Undang-Undang'
sepatutnya lebih peka akan perkara sebegini.Kedaulatan Undang-Undang bermaksud
keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi
undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia.
Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu
diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak
aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang
bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan
mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang
akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa
sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasa selamat. Hak-hak
semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta
perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Di dalam falsafah
Pendidikan Negara terdapat objektif yang berkaitan kedaulatan negara kita iaitu untuk
melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada negara. Tujuan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan untuk individu adalah untuk melahirkan insan yang berilmu,
berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga menjadi seorang warganegara yang baik.
Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang
dan bersepadu, ini untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara. Secara keseluruhannya,
tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma
tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya
menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu,
bertanggungjawab, berakhlak mulia dan berbakti. Jalur Gemilang adalah merupakan satu
lambang kebesaran dan kedaulatan negara Malaysia. Jadi jika perkara seperti memasang
bendera secara terbalik ini boleh menjatuhkan kedaulatan negara kita. Apabila seseorang itu
menggantung bendera terbalik bagi pandangan saya adalah seseorang yang tidak
menghormati negara Malaysia. Rakyat harus peka dan sedar bahawa pemasangan bendera ini
bukti menunjukkan rasa cinta dan bangga kita kepada negara.
Soalan 3 adalah berdasarkan kepada senario dalam Pernyataan 3.

Pernyataan3

David merupakan pakar teknologi maklumat ternama dalam sebuah syarikat


teknologi maklumat termaju di negara Taiwan. Beliau menggunakan kelebihan
untuk membuat teknologi yang boleh menggodam laman sesawang. Kelebihan
tersebut digunakan untuk mendapatkan keuntungan melebihi syarikat saingan
tersebut.

S3. (a) Jelaskan kesesuaian pemikiran David dengan pemikiran falsafah Barat.

(10 markah)

Pemikiran David ini berkait rapat dengan pemikiran falsafah Barat. Pemikiran falsafah Barat
terbahagi kepada 2 bahagian iaitu pendidikan tradisional dan pendidikan moden. Pemikiran
David ini sama dengan pendidikan moden iaitu progresivisme. Pendidikan progresivisme ini
menggunakan pendekatan induktif dalam mencapai matlamat pendidikan. Pendekatan
induktif ini pula tidak memerlukan teori tetapi memerlukan mereka membentuk penerangan
sendiriyang akan menerangkan fenomena yang didedahkan. Mereka yang mempelajari
pendidikan ini akan diberikan kebebasan secara fizikal dan mental untuk mengembangkan
bakat dan kemampuan yang terpendam dalam diri mereka tanpa dikekang oleh rintangan dari
orang lain. David menggunakan kelebihannya untuk mengaut keuntungan tanpa mengira baik
dan buruk. Pemikirannya sama dengan pemikiran falsafah barat.

(b) Terangkan kaedah untuk menangani masalah tersebut berasaskan agama dan
Insan Ekologikal.

(20 markah)

Jika seseorang itu berpegang teguh kepada ajaran agama mereka, mereka tidak akan sesekali
berfikir untuk melakukan perkara yang boleh membahayakan serta mendatangkan keburukan
kepada setiap umat manusia. Hal ini kerana tiada satu pun ajaran dalam mana-mana agama
yang mengajar serta menyuruh penganutnya melakukan perkara yang tidak baik. Antara
kaedah untuk menangani masalah ini berasaskan agama dan Insan Ekologikal ialah dengan
mendalami setiap ajaran yang diajarkan oleh agama kita. Kerana jika seseorang itu
mengamalkan apa yang diajari agama mereka, mereka akan merasa takut untuk
melakukannya kerana setiap perbuatan yang dilakukan akan dibalas kembali kepada diri
sendiri. Jika baik maka baiklah yang kita dapat, jika jahat maka jahatlah yang kita akan dapat.

Anda mungkin juga menyukai