Anda di halaman 1dari 18

1.

0 ISI KANDUNGAN

NO TOPIK MUKA SURAT


1.0 ISI KANDUNGAN 1
2.0 PENGHARGAAN 2
3.0 PENDAHULUAN 3
CARA-CARA KEDATANGAN ISLAM TERHADAP
SOSIOEKONOMI,ALAM MELAYU DAN ALAM
NUSANTARA

4.0 -4.1Perdagangan 4
-4.2Perlombongan 6
-4.3Pertanian 7
-4.4 Perusahaan 8

SUMBANGAN PENGARUH TAMADUN ISLAM DI


SEANTERO DUNIA

5.0 -5.1 Pertumbuhan Ekonomi Yang Pesat 9


-5,2 Lahirnya Ramai Pemikir Melayu Yang Bijak 10
-5.3 Memantapkan Hubungan Antara Islam Dan Luar Islam 11

FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN ISLAM DI ALAM


MELAYU

6.0
- 6.1Faktor Keistimewaan Islam 12
-6.2 Faktor Perkahwinan 13
-6.3 Faktor Politik Dan Penaklukan 14
7.0 PENUTUP 15
RUJUKAN
8.0 16

2.0 PENGHARGAAN

1
Bismillahirrahmanirrahiim,
Assalammualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan. terlebih dahulu, saya
bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya kami dari kumpulan 3 dapat
menyiapkan kerja kursus Pengantar Tamadun dan Sejarah Pemikiran Islam dalam
tempoh yang telah diberikan . Pada kesempatan ini,saya juga ingin mengucapkan
jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu kami
sekumpulan dalam pengumpulan maklumat hingga terhasilnya kerja kurusus ini.
Ucapan terima kasih juga kepada ahli-ahli kumpulan 3 atas kerjasama yang telah
diberikan sepanjang tempoh menyiapkan kerja kursus ini.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Ustazah Khafizatunnisa' Binti Jaapar , selaku
pensyarah Pengantar Tamadun dan Sejarah Pemikiran Islam (CTU151) Universiti
teknologi mara Seri Iskandar,Perak ,yang telah banyak memberi panduan serta
dorongan dan bimbingan sepanjang kami menjalankan tugasan ini.

3.0 PENDAHULUAN

2
Tamadun Islam sering difahami segolongan besar umat islam sebagai fakta-fakta
sejarah mengenai kegemilangan umat islam.Sejarah tamadun manusia pula telah
menyaksikan kebangkitan dan kejatuhan berbagai sistem.Sesuatu program ynag
bertujuan untuk membaiki masyarakat ,tidak boleh mengenepikan institusi-insitusi
asas dan rangka keseluruhannya. Sejak beberapa abad, peradaban dan ilmu ekonomi
islam yang unik telah menguasai dan mencorakkan dunia. Secara tidak langsung, ilmu
ekonomi islam diikuti dan diteladani dengan penuh minat oleh masyarakat Eropah,
1
sehingga cara hidup islam, termasuk cara berpakaian pun mengikut orang islam.
Ekonomi adalah salah satu ilmu sosial yang bertujuan menerangkan cara-cara
menghasilkan, mengedarkan, membahagi dan memakai barang dan jasa dalam
masyarakat.2

Ekonomi islam juga merupakan ilmu yang mengkaji kegiatan manusia yang
selaras dengan kehendak dan syariat,dari segi memperoleh,mengguna atau mengurus
sumber asli untuk kebaikan diri serta kebaikan bersama secara kebendaan dan
kerohanian demi mendapat keredhaan Allah SWT

Perancangan ekonomi dalam islam seolah-olah menyediakan satu sintesis yang


praktikal di antara perancangan melalui galakan dan perancangan memalui arahan.
Terdapat berbagai peraturan dalam kitab suci Al-Quran dan Sunnah yang menegaskan
perkara ini, walaupun belum ada bukti yang ditemui untuk menunjukkan bahawa
perkara tersebut telah dihurai secara sistematik. Walau bagaimanapun kita semua tahu
bahawa Islam berpegang kepada konsep perhubungan yang rapat di antara nilai-nilai
hidup yang bersifat kerohanian dan kebendaan.

4.0 CARA-CARA KEDATANGAN ISLAM TERHADAP

1
Surtahman kastin hasan & sanep ahmad, Ekonomi islam dasar dan amalan (Surtahman kastin hasan,cetakan
pertama, 1993 ) m/s xxvi
2
RAMAWAN BIN ABD.RAHMAN, PENGHANTAR TAMADUN & SEJARAH PEMIKIRAN ISLAM ( PENERBITAN ALAMBACA SDN.BHD,
SHAH ALAM, CETAKAN KEDUA /,2012 ,)m/s 2

3
SOSIOEKONOMI,ALAM MELAYU DAN ALAM NUSANTARA

4.1 Perdagangan

Kedatangan islam terhadap sosioekonomi pada zaman dahulu telah


membuatkan Islam masa kini berkembang ke seluruh pelusuk dunia. Kini telah
terbinanya masjid masjid di negara Barat contohnya Amerika dan sebagainya.
Negara-negara di Asia Tenggara juga telah tersebarnya agama Islam dengan pelbagai
cara. Antaranya dengan cara perdagangan.

Sistem ekonomi Barat liberal atau para ahli ekonomi kapitalis, membolehkan
individu dan kelompok untuk memiliki perusahaan perdagangan dan setelah
datangnya abad penemuan-penemuan, maka perdagangan dalam negeri di negara-
negara barat dipegang oleh individu, tapi perdagangan luar negeri dipegang oleh
persekutuan-persekutuan dan didukung oleh pemerintah. Persekutuan dagang Hindia
Timur bukanlah merupakan hal yang asing bagi orang yang mahu membaca sejarah.
Dan begitulah perdagangan di negara-negara barat sampai saat ini masih tetap
dipegang oleh individu dan persekutuan.3

Pada zaman dahulu, Nabi Muhammad S.A.W. juga melibatkan diri dalam
perdagangan di mana Rasulullah membantu bapa sedaranya berdagang ke seluruh
negeri iaitu Syam(Syiria). Walau bagaimanapun, Rasulullah berdagang sendiri dengan
mendagangkan pakaian ke negeri-negeri lain. Dengan sifat yang dipuji iaitu amanah,
jujur, sopan santun dan tepati janji Rasulullah telah terkenal di negeri Syam, Yaman,
Irak dan negeri yang berdagang. Sifat ini harus kita teladani supaya perdagangan di
Malaysia kini lebih maju.

Negara-negara asia tenggara dahulunya tidak mempunyai sifat keislaman yang


menyeluruh di mana mereka tidak mengikut adab,ibadah dan hukum Islam dengan
betul. Dengan adanya para pedagang Arab, China dan India yang berdagang ke Asia
tenggara kini Tanah Melayu sudah maju dalam Agama Islam mahupun dalam

3
Thshir Abdul Muhsin Sulaiman, Menangulangi Krisi Ekonomi Secara Islam(PT.AL-MA’ARIF Bandung(badan
Dakwah dan Kebajikan Islam Malaysia, Cetakan pertama, 1985) m/s 148

4
ekonomi yang membangun. Para pedagang telah menjalinkan hubungan perdagangan
yang erat dengan pelabuhan utama.

Pelabuhan ini menjadi pusat kegiatan manusia dari pelbagai tempat serta
masyarakat tempatan. Kepercayaan dan amalan baru sentiasa menjadi tajuk perbualan
serta ikutan mereka yang berada di tempat ini. Disebabkan kemurnian sikap serta
tingkah laku pedagang Islamyang datang dari Semenanjung Tanah Arab, India dan
China, maka, perkara tersebut telah menjadi ikutan penduduk setempat.
Perkampungan pedagang Islam ini juga telah menjadi pusat perbincangan tentang
agama Islam di kalangan pedagang yang tinggal di situ.4 Pedagang yang berdagang
juga berdawah ketika menjalankan perniagaan mereka. Dengan itu, dengan
mudahnya penduduk di Asia Tenggara menerima dakwah mereka dengan baiknya
kerana sifat pendakwah terebut yang mengamalkan sifat berhemah dan lemah lembut
ketika menyampaikan dakwah.

Menjelang abad ke-15, Melaka menjadi pusat perdagangan yang penting.


Meskipun Melaka tidak bnyak mengeluarkan barang seperti rempah ratus (lada,bunga
cengkih, dan sebagainya) yang mendapat permintaan yang tinggi di kalngan
pedagang, namun, kedudukannya yang sangat strategik membantu perkembangan
Melaka. Kehadiran pedagang asing di Melaka telah menyebabkan kerajaan Melaka
menyediakan kemudahan pentadbiran yang licin dan teratur agar aktiviti perdagangan
berjalan lancar. Kerajaan Melaka telah mewujudkan jawatan Laksamana bagi
menjaga urusan kelautan dan jawatan Syahbandar sebagai ketua pelabuhan.5

Daripada kedatangan perdagang yang telah memajukan kawasan tersebut


dengan memberi tunjuk ajar tentang cara islam berniaga atau berdagang dengan
betul,tanah melayu kini maju dari segi ekonomi. Kita dapat ulaskan bahawa
penyebaran Islam memberi impak yang agak besar di tanah melayu.
4.2 Perlombongan.

4
NIK HASSAN SHUHAIMI BIN NIK ABDUL RAHMAN/MUHD.YUSUF BIN IBRAHIM/MUHAMMAD BUKHARI BIN
AHMAD/ROSNANAINI BINTI SULAIMAN, Buku Teks SEJARAH Tingkatan 4(DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA(badan
dakwah dan kebajikan Islam Malaysia,Cetakan kedua 2011) m/s 179
5
NIK HASSAN SHUHAIMI BIN NIK ABDUL RAHMAN/MUHD.YUSUF BIN IBRAHIM/MUHAMMAD BUKHARI BIN
AHMAD/ROSNANAINI BINTI SULAIMAN, Buku Teks SEJARAH Tingkatan 4(DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA(badan
dakwah dan kebajikan Islam Malaysia,Cetakan kedua 2011) m/s 209

5
Aktiviti-aktiviti perlombongan perak, tembaga, raksa, besi dan mineral telah
terbiar begitu sahaja sebelum kedatangan orang Islam. Al-Idrisi telah melawat sebuah
lombong raksa ( mercury ) di Obal pada kurun ke 12M dan berkata bahawa ukuran
dalam lombong tersebut ialah 250 qamah ( satu qamah- tinggi seorang lelaki- 5
1/2kaki ) dan lebih 1000 orang pelombong bekerja di situ. Daripada kesan arkeologi
lombong-lombong ini masih dapat dilihat tertulis dengan nama dan perkataan-
perkataan Arab.6

Hasil bumi yang kaya tiada juga menjamin pembangunan ekonomi kalua taka
da orang-orang yang mengeluarkannya atau mengusahakan hasil bumi tadi. Misalnya
bijih timah di bumi Malaysia tiada berguna kalau tiada orang yang mengeluarkannya,
melombongkannya dari tanah dan dijual. Tenaga dan kemahiran orang juga penting
dalam perlombongan. Untuk kemahiran pula, misalnya kepandaian menggunting
rambut, atau menangkap ikan atau membuat jentera, dan kemahiran akan wujud kalua
orang-orang tidak rajin belajar untuk mencari kemahiran itu terlebih dahulu.

Walaupun ada kemahiran orang-orang, misalnya ada jurutera lombong dan ada
pekerja-pekerja lain, namun kalua taka da kapal korek atau palong untuk mengambil
bijih-bijih tadi tak juga akan berguna dan tidaklah ada pembangunan ekonomi. Ini
lebih bermakna setelah ada hasil bumi dan tenaga manusia perlu pula ada modal.
Sungguhpun telah ada hasil-hasil bumi, tenaga manusia dan modal, tetapi kalua
tingkat teknologinya rendah, tiadalah juga pembangunan ekonomi boleh
dilaksanakan.7 Oleh itu, aktiviti perlombongan di Malaysia amatlah penting dalam
bidang ekonomi ini. Sebagai umat Islam, kita sepatutnya menghargai segala nikmat
yang Allah berikan kepada kita dan menggunakannya dengan sebaik mungkin.
Dengan melombong kita dapat merapatkan lagi hubungan dengan negara luar yang
memerlukan bijih timah, perak dan lain-lain selain dapat meningkatkan taraf ekonomi
di Malaysia untuk kesejahteraan bersama.
4.3 PERTANIAN

6
Azizan Baharudin, Pengenalan Tamadun Islam di Andalus, percetakan Kuantan timur Sdn.Bhd, cetakan pertama
1986, m/s 28
7
Raja Mohd Afandi, Islam Dan Dasar-dasar Pembangunan, Syarikat Belina, Federal Stationary, cetakan pertama,
1981, m/s 51.
4 Azizan Baharudin, Pengenalan Tamadun Islam di Andalus, percetakan Kuantan Timur SDN. BHD, cetakan
pertama 1986, m/s 33

6
Sejak dahulu lagi, sektor-sektor ekonomi telah dibincangkan oleh para sarjana
ekonomi Islam. Hal yang sering dibincangkan ialah mengenai perkembangan
mahupun tentang pembahagian sektor satu persatu. Sudah semestinya perlaksanaan
ekonomi berpandukan kepada syariah Islam. Antara sektor ekonomi yang masyhur
dan sering dibincangkan ialah sektor ekonomi.

“Imam Syaibani mengemukakan bahawa pertanian adalah sektor pertama dan yang
terpenting serta paling produktif dari segala usaha (ekonomi) manusia.”

Pada zaman itu, sektor pertanian berkembang luas di kalangan penduduk


Madinah dan tidak pula di kalangan penduduk Mekah yang terkenal dengan sektor
perdagangan.Semenjak zaman Islam lagi Andalus termasyhur dengan hasil
pertaniannya. Perkembangan pertanian di Andalus telah menjadi buah bicara di
kalangan para ahli sejarah dan geografi. Ibnu Hauqal mengatakan bahawa sebahagian
besar daripada negeri tersebut tanahnya subur kerana terdapat beberapa batang sungai.
Di antara tempat yang banyak mengeluarkan hasil termasuklah Baghdad, Saragossa,
Merida, Tudela dan banyak lagi. Melchor Bellvery Vi telah menulis bahawa orang
Arab merupakan orang yang rajin mengerjakan tanah yang ada. Mereka merupakan
pakar dalam bidang pertanian dan telah mengkaji keadaan tanah secara saintifik dan
menggunakan alat yang baru untuk meratakan bukit-bukit, membaja tanah untuk
menambahkan lagi kesuburan. Ahli botani Andalus yang termasyhur sekali ialah Ibnu
Bassal, Ibnu al-Wafid, Ibnu al-Hajah dan Ibnu al-Awwam. Mereka telah melakukan
beberapa kajian yang khas tentang kualiti tanah dan pengeluaran pertanian di
Andalus. Ibnu Bassal membahagikan tanah di Andalus kepada 10 kelas, mengikut
darjah dan sifat tanah tersebut serta mengajar para petani cara-cara untuk
meningkatkan pengeluaran.8

4.4 PERUSAHAAN

8
Azizan Baharudin, Pengenalan Tamadun Islam di Andalus, percetakan Kuantan timur Sdn.Bhd, cetakan pertama
1986, m/s 33

7
Kedatangan islam ke muka bumi ini telah membawa satu sistem pasaran
ekonomi yang bebas dan terbuka. Negara-negara industri yang telah mencapai
kemajuan yang tinggi telah menjadikan kebebasan sebagai faktor dasar pembangunan
ekonomi. Pada masa dahulu, para saujana ekonomi islam telah membicarakan tentang
perusahaan yang juga dinamakan sebagai industri . Pada mulanya dunia arab tidak
mengenal akan segala macam perusahaan itu kerana mereka masih jahil akan sistem
perusahaan yang benar. Sebagai contoh, majoriti masyarakat arab masih
mengamalkan sistem yang menindas golongan orang miskin seperti sistem
riba’.Institusi riba merupakan satu alat pemeras dan monopoli segelintir orang-orang
kaya bagi mengekalkan kekayaan dan kekuasaannya ke atas golongan yang tidak
bernasib baik.9 Oleh itu, islamisasi sitem ekonomi pada ummah melayu bermakna
menggantikan segala bentuk sistem perekonomian sekular yang berasaskan riba,tipu
daya (ghurur) dan sejenisnya dengan sistem ekonomi islam yang berasaskan keadilan.
Hal ini juga merubah segala sikap,etika dan moral dalam berekonomi10

Maka dengan datangnya islam, wujudlah usaha-usaha besar di kalangan industri.


Di antaranya usaha-usaha yang menggerakkan ekonomi islam adalah seperti
pembuatan senjata dan besi, pembuatan meriam dan kayu,perusahaan kayu dan
pembuatan rumah dan juga perusahaan perkapalan. Dalam pada itu,usaha-usaha yang
pernah dilakukan oleh para nabi dan rasul itu juga merupakan penggerak yang paling
hebat bagi semangat perusahaan atau industri di kalangan islam.Untuk itu haruslah
diadakan kajian yang lebih mendalam berkenaan sistem-sistem ekonomi yang
diterapkan ummah, mengambil yang dibenarkan dalam ajaran islam dan menolak
yang bercanggah.Islam juga bukan hanya membenarkan umatnya melibatkan diri
secara bebas dalam kegiatan harian untuk keuntungan duniawi, tetapi juga
menggalakkan mereka untuk bekerja mencari nafkah hidup.

“Apabila telah ditunaikan sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi


Allah dan carilah kurnia Allah SWT ” (62:10)

9
Dr.Sobri Salamon, Perniagaan menurut pandangan islam (Al -Rahmaniah (badan Dakwah dan Kebajikan Islam
malaysia, Cetakan pertama , 1988) m/s 73
10
Hilmy Bakar Almascaty , Ummah Melayu Kuasa Baru Dunia Abad Ke-21. ( Berita publishing sdn.bhd , Edisi
pertama,Cetakan pertama, 1994) m/s 126

8
5.0 SUMBANGAN PENGARUH TAMADUN ISLAM DI SEANTERO DUNIA

5.1 Pertumbuhan ekonomi yang pesat

Kemajuan ekonomi merupakan salah satu tunjang untuk menjadi kuasa dunia.
Mustahil bagi sebuah bangsa yang terkebelakangan ekonominya untuk mendapat
kuasa besar kerana dana yang besar diperlukan untuk memindahkan sains dan
teknologi. Bangsa-bangsa besar seperti Eropah,Amerika ataupun Jepun melalui
kebangkitan negara mereka dengan kebangkitan ekonomi di negara mereka. Hal ini
kerana , dengan kuatnya ekonomi, mereka dengan mudahnya dapat membangunkan
segala kekuatan material sebagai bangsa maju dan kuat. Jadi, jika sesebuah bangsa itu
mahu mengembangkan ekonomi bangsanya,mahu tidak mahu mereka harus mencapai
sebuah kemajuan material.

“Dengan wujudnya industri-industri moden di Alam Melayu, dengan semakin


meningkatnya tingkat pendidikan bangsa, dan lahirnya korporat-korporat Muslim,
serta semakin stabilnya politik dan dengan tampilnya pentadbir-pentadbir ulung, telah
mendoorong pertumbuhan ekonomi yang luar biasa pesatnya di rantau ini. Pada saat
dunia sedang mengalami ketenatan ekonomi, Ummah Melayu tampil dengan
ekonominya yang semakin kukuh dan pertumbuhannya yang pesat, sehingga
mejadikan rantau iini sebagai “lombong emas” bagi par pelabur. Pusat perekonomian
dunia tidak lama lagi akan berpindah ke Alam Melayu sebagaimana yang telah
diramalkan intelektual Barat seperti Naisbitt ataupun Schlostein.

Kini Ummah Melayu bukan lagi ummah yang lemah ekonomi, tapi mulai
muncul sebagai sebuah kekuatan ekonomi baru yang digeruni Barat. Bahkan Ummah
Melayu kini menjadi pahlawan ekonomi bagi bangsa-bangsa terkebelakang yang
ditindas kuasa-kuasa besar. Mereka telah menggantungkan harapannyakepada
Ummah Melayu yang telah mengesyorkan pertubuhan Pakatan Ekonomi Asia
Timur(EAEC), pakatan ekonomi yang akan menggegarkan monopoli ekonomi
bangsa-bangsa maju.”11
11
HIlmy Bakar Almascaty,Ummah Melayu Kuasa Baru Dunia Abad ke-21,Edisi Pertama,Kuala Lumpur,1994,muka
surat69
5.2 LAHIRNYA RAMAI PEMIKIR MELAYU ISLAM YANG BIJAK

Islam membawa perubahan dalamsistem pendidikan. Selepas kedatangan islam


golongan bawahan menerima pendidikan yang sama seperti golongan atasan. Sistem
pendidikan yang bermula di istana mula beralih ke beberapa institusi pendidikan
islam seperti pondok dan madrasah. Islam telah mengembangkan pula sistem
pendidikan dan pengajaran secara lebih tersusun
Telah muncul tokoh-tokoh intelektual dan ulama yang berkeupayaan sebagai
pemikri-pemikir islam yang berwawasan antarabangsa yang diakui keilmuannya di
Alam Melayu ini. Para intelektual muslim yang telah berjaya mengislamisasikan
rantau melayu dengan tektik strategi yang menakjubkan lagi bijak seperti tokoh Wali
Sembilan(Wali Songo) telah tampil pada zaman dahulu dan seterusnya diikuti dengan
HAmzah Fansuri,Syeikh Nawawi Al-Bantari , Syeikh Daud Al-Fathini, Nuruddin Ar-
Raniri, Shamsudin As-Sumatrani dan lain-lain lagi dengan karya-karya mereka yang
mengaggumkan.

“Dan kini telah muncul pemikir-pemikir islam seperti Prof. Syed muhammad
Naquib Al-Attas, Prof. Kamal Hassan dan ramai lagi disebut satu persatunya. Para
intelektual dan ulama inilah yang akan memberikan formula-formula baru dalam
menyambung misi intelektual terdahulu untuk menjadi Ummah Melayu sebagai
bangsa yang kuat dan maju yang akan meimpin Order Baru Dunia”12.

Sudah jelas dengan adanya bilangan intelektual dan ulama yang ramai dan
berkupayaan sebagai pemikir-pemikir ulung Islam di rantau ini, kita menjadi
menjaikan rautau ini sebagai pusat tamadun Dunia Islam yang akan mewarisi
kegemilangan tamadun generasi terdahulu. Masyarakat Melayu dan Nusantra akan
diubah oleh para intelektual dan ulama membimbing dan mengarahkannya menjadi
ideal sebagai myasyarakat Madinah yang membina oleh Rasulullah S.A.W denagn
segala keutamaan.

5.3 Memantapkan hubungan luar Islam.

12
HIlmy Bakar Almascaty,Ummah Melayu KuasaBaru Dunia Abad ke-21,Edisi Pertama,Kuala Lumpur,1994,muka
surat65
Kerajaan islam mula berkembang di luar Arab pada era pemerintahan kerajaan
kerajaan Bani Umaiyah dan Bani Abbasiyah telah memesatkan lagi hubungan
perniagaan, dengan hasil mahsul yang semakin meningkat dan berbagai-bagai jenis.
Tambahan pula, kerajaan Islam yang berpusat di Timur Tengah mempunyai
kedudukan sangat baik dari segi geografi kerana mempunyai kuasa pengawalan
terhadap laluan utama laut, dengan Laut Merah dan Teluk Farsi sebagai laluan negara
di sebelah timur, Laut Mediterranean sebagai laluan perdagangan negara Barat,
manakala Laut Kaspia sebagai laluan negara di sebelah utara ( Abdul Bari,
1972;304 ).

Pada zaman pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah, telah wujud hubungan


perniagaan dengan Sind, India dan China. Pelabuhan al-Iraq digunakan untuk
mengeksport kapas, pakaian sutera, mutiara, tamar dan minyak wangi, manakala
importnya ialah kelapa,pisang, permaidani, gading gajah dan ubat-ubatan. Walau
bagaimanapun, jumlah import sentiasa lebih rendah daripada jumlah eksportnya
( Abdul Bari, 1972:304 ). Untuk mengeratkan hubungan, pemerintah Islam juga telah
menghantar utusan (diplomat) ke China.

Kepentingan perdagangan telah meletakkan negara Islam berada pada tingkat


ekonomi yang memuaskan. Di samping kepentingan perdagangan atau ekonomi,
negara Islam juga merupakan pusat perkembangan tamadun pada ketika itu. Pada
hakikatnya, pedagang-pedagangIslam yang bertaburan di seluruh alam juga adalah
pendakwah.13Ini menjelaskan bahawa kita sebagai manusia sepatutnya memantapkan
lagi hubungan dengan negara luar supaya ekonomi Islam dapat berkembang dengan
lebih pesat lagi. Di samping itu, kita juga dapat mengeratkan lagi hubungan dengan
negara Islam di luar Malaysia. Jika kita diserang oleh negara luar yang bukan Islam,
kita mungkin akan dapat sokongan atau bantuan daripada negara Islam di luar supaya
Islam dapat dikekalkan.

6.0 FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN ISLAM DI ALAM MELAYU

13
SURTAHMAN KASTIN HASAN, SANEP AHMAD, EKONOMI ISLAM, DASAR DAN AMALAN, DEWAN BAHASA DAN
PUSTAKA, DICETAK: DAWAMA SDN.BHD, cetakan pertama 1993 Edisi kedua cetakan 2005, m/s347.
6.1 FAKTOR KEISTIMEWAAN ISLAM

Penduduk Alam Melayu begitu cepat menerima Islam tanpa sebarang bantahan kerana
adanya kelebihan pada Islam. Agama Islam ini bersesuaian dengan fitrah manusia
yang memerlukan keyakinan kepada tuhan yakni Allah SWT dengan jelas dan dapat
diterima akal. Islam juga memberi jaminan keadilan setiap lapisan masyarakat dengan
prinsip semua manusia sama di sisi Allah. Hanya takwa yang membezakan mereka.
Di antara sebab mengapa Islam diterima ialah :

i. Ajaran Islam menekankan konsep ketuhanan yang lebih senang dari ajaran
sebelumnya.
ii. Islam menegaskan bahawa ciri-ciri keadilan, hak individu dan masyarakat,
kehidupan yang harmoni, beradab, bersih dan bertanggungjawab.
iii. Islam sebagai ajaran yang mudah difahami, dihayati dan dilaksanakan oleh
masyarakat manusia tanpa mengira bangsa, keturunan dan warna kulit serta
menolak konsep kasta dan dasar apartheid.
iv. Islam mengutamakan persamaan hak, persaudaraan sesama manusia, akhlak
yang mulia seperti saling bantu-membantu, hormat-menghormati dan
sebagainya.
v. Islam merangkumi semua aspek kehidupan dan menganjurkan kebahagiaan di
dunia dan di akhirat.
vi. Islam adalah ajaran yang menekankan tuntutan jasmani, rohani dan aqli
dipenuhi secara yang sepadu.

Berdasarkan keistimewaan yang sedia ada pada ajaran Islam ini yang telah
menarik perhatian masyarakat di Alam Melayu untuk menerimanya.14

6.2 FAKTOR PERKAHWINAN

14
Ramawan bin Ab. Rahman , Pengantar Tamadun & Sejarah Pemikiran Islam ( Penerbitan alambaca sdn.bhd,
cetakan kedua, 2012 ) m/s 242-243
Tingkatan dari nilai suatu perkahwinan memang berbeda-beda. Dan Islam
justeru bertujuan untuk meningkatkan derajat manusia itu lewat perkahwinan. Dari
segi sosial, perbedaan derajat perkahwinan itu terletak pada cara menilai perkahwinan
itu. Islam menekankan kekuatan sebuah kontrak perkahwinan, sementara zaman
hidup itu tetap merasa segar terikat dalam perkahwinan itu. Mereka amat
mengharapkan lahirnya anak cucu dengan senang hati. Tapi, bentuk perkahwinan
sebelum Islam juga mempunyai tujuan yang sama, namun dengan cara yang berbeda.
Banyak orang Arab menyukai menikah dengan perawan-perawan muda di luar
kerabatnya sendiri. Mereka bercaya bahawa itu cara paling baik untuk mencapai
tujuan.15

Perkahwinan adalah salah satu cara pendakwah menyebarkan islam di mana


mereka akan mengahwini wanita-wanita di Asia Tenggara semasa mereka berdakwah
ataupun berdagang. Dengan perkahwinan, mereka dapat mengislamkan wanita-wanita
tersebut dengan secara tidak langsungnya islam telah tersebar dengan jayanya di mana
terdapat ramai wanita yang memeluk agama Islam kerana mengahwini pedagang-
pedagang atau pendakwah yang datang ke Asia Tenggara.

Mereka juga menyebarkan Islam dengan mengahwini kerabat diraja di mana


mereka dapat memperluaskan agama Islam dengan mudah apabila mereka telah
menguasai tempat tersebut apabila mengahwini kerabat diraja. Dengan itu, ajaran
agama Islam menjadi lebih luas kerana Raja sesuatu negeri tersebut telah memeluk
agama Islam dan akan mempengaruhi rakyatnya dengan mudah kerana masyarakat
Asia Tenggara juga sangat mentaati golongan pemerintah.

Hal tersebut dapat memberi kesan kepada ekonomi di Asia Tenggara di mana
pedagang dan pendakwah memberi tunjuk ajar yang berdasarkan Islam. Ekonomi di
Asia Tenggara dahulunya tidak membangun kerana mereka tidak melaksanakannya
dengan baik. Dengan hadirnya pendakwah dan pedagang yang membawa ajaran
islam kini Tanah Melayu sudah maju dari segi ekonomi dan lain lain.
6.3 FAKTOR POLITIK DAN PENAKLUKAN

15
DR. HAMMUDAH ‘ABD. AL ‘ATI,KELUARGA MUSLIM(pt bina ilmu(badan dakwan dan kebajikan Malaysia,
Cetakan pertama, Surabaya 1984) m/s74
Politik menurut islam bertujuan untuk membangunkan sebuah sistem
pemerintahan dan kenegaraan yang tegak di atas dasar untuk melaksanakan seluruh
hukum syariat islam. Namun, tujuan utamanya adalah untuk menegakkan sebuah
negara islam atau Dar al-Islam. Dengan ini,apabila adanya pemerintahan yang
mendokong syariah, maka tertegaklah al-din dan segala urusan manusia dengan
mudah.

Sebagai contoh,perluasan kuasa politik kerajaan melayu-islam melaka ke atas


kerajaan Johor, pahang, terengganu,pattani,kampar,inderagiri,aru,rokan,Siak dan
bengkalis turut menyebarkan islam ke daerah-daerah tersebut.Secara tidak langsung,
ulama-ulama dihantar oleh kerajaan melaka untuk mengajar dan menjadi rujukan
kepada kerajaan kampar,pattani dan inderagiri.16

Dalam pada itu, pihak berkuasa politik ataupun kerajaan dalam islam diistilahkan
sebagai ‘khilafat’ ataupun pemegang amanah, ia menjelaskan kedudukan manusia
sebagai wakil Allah dan bukan sebagai kuasa yang mutlak.Beliau merupakan wakil
yang menjalankan tugasnya melalui kuasa yang diberikan kepadanya iaitu ejen yang
bertugas mengikut arahan tuannya.Tidak seperti Aristotle dan platu, atau hegel dan
green, islam tidak melihat negara itu sebagai satu matlamat.ia juga tidak dianggap
sebagai sumber kekuasaan mutlak.

Namun demikian, kajian mengenai Al-quran juga menunjukkan bahawa


kekuasaan yang terbatas itu diserahkan kepada orang ramai dan bukan kepada
individu.Firman Allah yang bermaksud, “Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang
yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal baik bahawa Dia
sesungguhnya akan menjadikan mereka berkuasa di bumi”. (24:55). Kuasa adalah
dijanjikan bagi masyarakat keseluruhannya dan bukannya bagi individu-individu
tertentu.17

7.0 PENUTUP

16
Ramawan bin Ab. Rahman , Pengantar Tamadun & Sejarah Pemikiran Islam ( Penerbitan alambaca sdn.bhd,
cetakan kedua, 2012 ) m/s 245
17
Muhammad Adbdul Mannan, Ekonomi Islam Teori dan praktis ( A.S Nordeen , cetakan pertama , 1414H/1993)
m/s 97-98
Setelah mendiskusikan pelbagai perkara tentang Tamadun Islam, kita dapat
membuat satu kesimpulan. Natijahnya, keistimewaan dan ciri-ciri tersendiri dalam
memastikan kelangsungan dan perkembangan tamadun ada pada tamadun masing-
masing.

Hasil sikap keterbukaan dalam menerima sebarang perubahan dan pengaruh


tamadun lain sedikit sebanyak menyumbang kepada kelangsungan sesebuah tamadun.
Telah wujud ikatan atau interaksi antara tamadun pada peringkat perkongsian nilai,
pemikiran, institusi dan keinsanan yang berlaku. Interaksi seperti ini telah melahirkan
kesan-kesan positif dan negatif.Perkara utama yang ingin diketengahkan, setiap
tamadun sebenarnya memainkan peranan penting dalam memberi sumbangan kepada
dunia dan membawa dunia ke satu tahap yang lebih tinggi.

Akhir kata, kejatuhan dan kemunculan sesebuah tamadun itu mempunyai alasan
yang tersendiri dan menjadi tugas kita sebagai generasi zaman sekarang untuk
mengambil iktibar dari pengalaman dahulu bagi menjaga dan mengekalkan
ketamadunan negara dan agama kita.

8.0 RUJUKAN
1) Surtahman kastin hasan & sanep ahmad, 1993, Ekonomi islam dasar dan amalan ,
Surtahman kastin hasan

2) Ramawan Bin Abd.Rahman,2012, Penghantar Tamadun & Sejarah Pemikiran Islam


,Penerbitan Alambaca Sdn.Bhd

3) Thshir Abdul Muhsin Sulaiman, 1985,Menangulangi Krisi Ekonomi Secara Islam,


PT.AL-MA’ARIF Bandung(badan Dakwah dan Kebajikan Islam Malaysia)

4) Azizan Baharudin, 1986, Pengenalan Tamadun Islam di Andalus, percetakan


Kuantan timur Sdn.Bhd

5) Raja Mohd Afandi, 1981, Islam Dan Dasar-dasar Pembangunan, Syarikat Belina,
Federal Stationary

6) Dr.Sobri Salamon, 1988, Perniagaan menurut pandangan islam , Al -Rahmaniah


(badan Dakwah dan Kebajikan Islam malaysia)

7) Hilmy Bakar Almascaty , 1994, Ummah Melayu Kuasa Baru Dunia Abad Ke-21. ,
Berita publishing sdn.bhd

8) Nik Hassan Shuhaimi Bin Nik Abdul Rahman/Muhd.Yusuf Bin Ibrahim/Muhammad


Bukhari Bin Ahmad/Rosnanaini Binti Sulaiman, 2011, Buku Teks SEJARAH
Tingkatan 4, penerbit dewan bahasa dan pustaka.

9)Muhammad Adbdul Mannan, 1993, Ekonomi Islam Teori dan praktis ,A.S Nordeen

10)Dr. Hammudah ‘Abd. Al ‘Ati, 1984, KELUARGA MUSLIM, Penerbit bina ilmu.

PERKARA MARKAH MARKAH


PENUH
PENDAHULUAN 1

ISI 4

HURAIAN 6

CADANGAN 2

BIBLIOGRAFI 5

ETIKA/PROFESIONALISM 2

JUMLAH 20

PENGARUH TAMADUN ISLAM TERHADAP SOSIOEKONOMI ALAM MELAYU


DAN ALAM NUSANTARA.

KOD: CTU 151

MATAPELAJARAN: FUNDAMENTAL OF ISLAM

KELAS: AAP1142F

NAMA: NO. MATRIKS:


SYAZA BINTI ZAHRI 2017204556
FATIN SHAZWANI BINTI SHAHRUL NIZAM 2017204948
NUR AFIQA SYAHIRAH BINTI MOHD NIZAM 2017202622
ILLYA AMYRA BINTI NORDIN 2017202148
ANIS FARAIZZATI BINTI RAMLAN 2017202166
PENSYARAH : PN KHAFIZATUNNISA’ BINTI JAAPAR.
SEMESTER & SESI PENGAJIAN : SEMESTER 2 ( SESI 1 2017/2018 )

Anda mungkin juga menyukai