Anda di halaman 1dari 54

PEMBENTANGAN SEJARAH ISLAM 2022

TEMA 2: PEMBANGUNAN DAN PENEROKAAN

NO SOALAN PEMBENTANG
1 HURAIKAN KONSEP DAN CIRI-CIRI EKONOMI ISLAM HAZELIN CHEW AI
TING 29/6
PADA ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW.
2 BINCANGKAN KEGIATAN EKONOMI YANG JOHANSEN TOH

MENYUMBANG KEPADA KEGEMILANGAN KERAJAAN KAI XIANG


29/6
BANI ABBASIYAH PADA ABAD KE-11M HINGGA ABAD
KE-12M.
3 BINCANGKAN PENGURUSAN BAITULMAL PADA JOYOUS LIM YI
XUAN 29/6
ZAMAN KHALIFAH AL RASYIDIN ABAD KE 7 MASIHI
4 BINCANGKAN PENGURUSAN BAITULMAL PADA MICHELLE ANN

ZAMAN KHALIFAH ABBASIYAH DARI ABAD 9 HINGGA EDWARD A/P


RICHARD
ABAD 11 MASIHI
29/6
5 BINCANGKAN SISTEM PERCUKAIAN YANG NUR SHAHIDAH

DILAKSANAKAN SEMASA PEMERINTAHAN KHALIFAH BINTI RASHID


AL-RASYIDIN
29/6

6 BINCANGKAN SISTEM PERCUKAIAN ZAMAN NURISMAH BINTI

KERAJAAN BANI ABBASIYAH PADA ABAD KE 9 MOHD ISZAM


29/6
HINGGA 11 MASIHI.
7 BINCANGKAN PELAKSANAAN ZAKAT PADA ZAMAN SHANGKARY A/P
VICKNESHWARAN
KHALIFAH AL-RASYIDIN ABAD KE-7 MASIHI
30/6
8 JELASKAN KEPENTINGAN DAN PELAKSANAAN ZAKAT SITI NUR

PADA ZAMAN KHALIFAH ABBASIYAH DARI ABAD KE-9 SALSABIILA


30/6
HINGGA 11 MASIHI.
9 BINCANGKAN CIRI-CIRI PENDIDIKAN ZAMAN CHOONG ZHI XIANG
KERAJAAN UMAYYAH PADA ABAD KE-7 HINGGA 8
30/6
MASIHI
10 JELASKAN FALSAFAH DAN CIRI-CIRI PENDIDIKAN KHALEEDA BINTI
HAMIZAT
ISLAM ZAMAN KERAJAAN ABBASSIYAH PADA ABAD 30/6
KE 11 HINGGA 12 MASIHI.
11 MASJID BUKAN SAHAJA SEBAGAI PUSAT IBADAH LEE WEI DEE
TETAPI JUGA SEBAGAI PUSAT PERKEMBANGAN ILMU
1/7
DI MESIR PADA ABAD KE 8 MASIHI.
12 BINCANGKAN PERKEMBANGAN ILMU AQLI PADA MELVIN RAJ IVEN
ZAMAN KHALIFAH UMAIYAH DI ANDALUSIA DARI
ABAD KE-11 HINGGA KE-13 MASIHI 1/7

13 IMAM AL-GHAZALI TELAH MEMBERIKAN BANYAK MOHAMAD


SUMBANGAN DALAM TAMADUN ISLAM SHAHIR BIN BAZIR
MOHAMAD
TERUTAMANYA DALAM BIDANG ILMU PENGETAHUAN.
1/7
BINCANGKAN
14 BINCANGKAN SUMBANGAN IBN KHALDUN DALAM NUR LAILA BINTI
FUDALI
BIDANG SEJARAH.
4/7
15 IBN MAJID BANYAK MEMBERI SUMBANGAN DALAM SITI MARYAM
BINTI ZULKIFL
BIDANG PENEROKAAN. BINCANGKAN.
4/7
16 HURAIKAN CIRI-CIRI SENI BINA ISLAM KERAJAAN DESMOND ONG

MOGHUL DI INDIA DARI ABAD KE 16 HINGGA 17 JUN KIT


4/7
MASIHI
17 MERUJUK KEPADA EMPAT BUAH BANGUNAN YANG KANG MING FOO
TERDAPAT PADA ZAMAN KERAJAAN MUGHAL. 4/7
BINCANGKAN KEUNIKAN BANGUNAN BERKENAAN
SOALAN 1: HURAIKAN KONSEP DAN CIRI-CIRI EKONOMI ISLAM PADA
ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW.

Pendahuluan

● Ekonomi menurut pandangan Islam ialah mengkaji aktiviti manusia yang selaras dengan tuntutan
syariah dari segi perolehan, penggunaan, pengurusan sumber untuk kebaikan diri, masyarakat, dan
negara bagi mendapatkan keredhaan Allah s.w.t.
● Ini menjelaskan bahawa ekonomi Islam adalah menyeluruh yang merangkumi aspek rohani dan
jasmani. Malahan, memperlihatkan bahawa asas ekonom Islam tidak dipisahkan dengan ilmu agama.
● Rasulullah s.a.w. telah memperlihatkan contoh dan adab peraturan dalam urusan perniagaan iaitu:
mendapatkan dan menikmati rezeki secara halal, mengharamkan perniagaan barangan dan
perkhidmatan yang haram, berkelakuan baik semasa berurus niaga, menjauhkan diri daripada
amalan riba, dan menjalankan urusniaga dengan jujur dan amanah.
● Contoh dan adab ini merupakan usaha Nabi Muhammad S.A.W untuk memantapkan ekonomi Islam
khususnya di Madinah.

Isi-isi utama

1. KONSEP EKONOMI ISLAM


● Konsep rububiyyah (ketuhanan) menjadi konsep utama yang menekankan sifat Allah
s.w.t. sebagai Penguasa yang membuat peraturan dan bertujuan menjaga dan
memelihara kehidupan makhluk demi kebahagiaan dunia dan akhirat. Hanya Allah
s.w.t. sahaja yang mengerti perjalanan dan pengisian yang terbaik untuk alam dan
makhluk-Nya. Dalam konteks ekonomi, ia merupakan peraturan yang ditetapkan Allah
s.w.t. bagi meningkatkan kualiti kehidupan manusia di dunia untuk menjadi bekalan
alam akhirat.
● Konsep tazkiyah (kesucian jiwa) yang berkait rapat dengan proses pembentukan sahsiah
dan akhlak. Para rasul yang diutus adalah untuk memurnikan dan mensucikan hati
nurani manusia dalam hubungannya dengan Allah s.w.t., manusia, dan alam. Aspek
Tazkiyah berkaitan dengan tanggungjawab mengeluarkan zakat dan bersedekah.
● Konsep ubudiyah (kehambaan). Manusia sebagai hamba Allah dan khalifah disuruh
menerima dan patuh segala suruhan Allah. Manusia sebagai khalifah Allah adalah
pemegang amanah yang bertanggungjawab memakmurkan dunia dengan unsusr-unsur
tauhid dan rububiyyah.
● Persaudaraan dan pengorbanan sesama manusia. Perhubungan sesama manusia adalah
berdasarkan unsur persaudaraan, kasih sayang, hormat-menghormati serta
tanggungjawab dan rela berkorban demi agama, masyarakat dan negara. Hal ini akan
mendorong kepada nilai-nilai murni dan memupuk keamanan sejagat. Dengan ini,
manusia akan mengurus aktiviti ekonominya dengan cara yang diredhai Allah s.w.t..
Maka, dalam ekonomi Islam, tiada konsep tindas-menindas, memeras, mengeksploitasi,
sifat bakhil, dan sifat-sifat negatif yang lain.

● CIRI-CIRI EKONOMI ISLAM

1. Aktiviti ekonomi bertujuan untuk beribadah kepada Allah s.w.t


● Dalam sistem ekonomi Islam, tujuan utama setiap aktiviti pelaburan, perusahaan dan
seumpamanya adalah untuk beribadah kepada Allah s.w.t. Dalam konteks ini, tiada
sebarang aktiviti ekonomi boleh dilaksanakan selain dasar ini.
● Oleh itu, aktiviti ekonomi haruslah dilakukan secara berhemah, bertanggungjawab, dan
tidak mengetepikan aspek-aspek kebajikan masyarakat.
● Pembahagian ekonomi adalah adil dan saksama dalam kalangan masyarakat Madinah.
Pengagihan ekonomi dilakukan melalui kewajipan berzakat dan menggalakkan
bersedekah.

2.Matlamat jangka panjang diutamakan


● Matlamat sistem ekonomi adalah untuk memberi kemakmuran dan kesejahteraan
kepada masyarakat.
● Bagi individu yang mengusahakan perniagaan, matlamat jangka panjang dalam aktiviti
ekonomi adalah untuk mencapai kesejahteraan hidup di akhirat.
● Ekonomi Islam menerapkan nilai saling tolong-menolong antara satu sama lain dengan
menekankan perkongsian rezeki antara golongan kaya dan golongan miskin.
3.Memberi kemakmuran kepada masyarakat
● Tujuan aktiviti perniagaan dan ekonomi adalah untuk memberi kemakmuran dan
kesenangan kepada masyarakat.
● Produk atau perkhidmatan yang dikeluarkan adalah untuk meningkatkan nilai dan tahap
hidup masyarakat.
● Perkhidmatan pelacuran, perjudian, dan seumpamanya tidak ada sama sekali dalam
senarai aktiviti ekonomi Islam kerana ia membawa kerosakan dan kesengsaraan kepada
kehidupan masyarakat.

4. Keuntungan dunia dan akhirat


● Perniagaan dan aktiviti ekonomi adalah untuk mendapat keuntungan material dan
pahala daripada aktiviti yang dilakukan. Nabi Muhammad s.a.w. menjelaskan bahawa,
"Peniaga yang amanah berada di bawah naungan Arash pada hari pengadilan."
● Hadis menjelaskan bahawa peniaga yang menjalankan urusan perniagaan dengan
amanah dan tidak menipu timbangan serta sukatan akan dimasukkan ke dalam golongan
yang diberi keistimewaan.
● Semakin banyak pahala yang diperolehi daripada aktiviti ekonomi, semakin tinggi
usaha yang dilaksanakan.
● Nabi Muhammad s.a.w mengamalkan ekonomi Islam dengan mengharamkan riba
dalam urusan jual beli.
● Aktiviti ekonomi yang menjurus kepada penindasan, penipuan, rasuah dan monopoli
ekonomi diharamkan.
● Seterusnya, aktiviti ekonomi akan mengutamakan sifat tolong-menolong, jujur, dan
mengutamakan golongan yang lemah kerana matlamatnya adalah untuk mendapat
pahala dan ganjaran Allah s.w.t.

Kesimpulan

● Islam memberi garis panduan dalam melaksanakan aktiviti ekonomi. Terdapat aktiviti ekonomi yang
diharuskan dan aktiviti ekonomi yang diharamkan.
● Kesemua garis panduan ini adalah untuk melatih jiwa seseorang muslim melaksanakan
aktiviti ekonomi yang diharuskan dan dalam masa yang sama dapat mendisiplinkan diri,
mengawal hawa nafsu serta melahirkan seseorang muslim yang berjiwa bersih dan bertakwa
kepada Allah.
2. BINCANGKAN KEGIATAN EKONOMI YANG MENYUMBANG KEPADA
KEGEMILANGAN KERAJAAN BANI ABBASIYAH PADA ABAD KE-11M HINGGA
ABAD KE-12M.

PENDAHULUAN Kerajaan Bani Abbasiyyah muncul selepas Kerajaan Bani Umayyah. Kerajaan
ini bukan sekadar meneruskan legasi kerajaan Islam, malah sejak zaman
pemerintahan khalifahnya yang kedua iaitu Abu Jaafar al-Mansor, ekonominya
yang agak kukuh telah menyumbang kepada kestabilan politik kerajaan ini.
Kekuatan kerajaan ini bukan sahaja disebabkan kekuatan tentera yang dimiliki,
malah disumbangkan dengan keteguhan ekonominya yang berpunca daripada
pelbagai kegiatan ekonomi yang dijalankan seperti perdagangan, perindustrian,
pertanian dan percukaian.
FAKTA Perdagangan merupakan salah satu aktiviti utama bagi menjana
pendapatan ekonomi kerajaan Bani Abbasiyyah.
HURAIAN/ Aktiviti perdagangan yang tertumpu di Kota Baghdad telah menjadikannya
CONTOH pusat perdagangan dunia bertaraf antarabangsa. Terdapat sebuah pasar yang
dikenali sebagai Suq Baghdad. Kepesatan perdagangan ini disebabkan oleh
pihak kerajaan Bani Abbasiyyah menyediakan pelbagai kemudahan
perdagangan. Antaranya ialah menyediakan tempat persinggahan para kafilah,
ruang niaga dan memberi jaminan keselamatan khasnya daripada ancaman
lanun dan rompakan dengan membina kapal perang bagi pengawal pantai. Oleh
yang demikian, Baghdad menjadi tumpuan perdagangan dari seluruh pelosok
dunia. Buktinya, barangan sutera dan kasturi dari China, rempah ratus dan cat
dari India, batu-batu permata dan hasil perusahaan dari Turki dan Asia Tengah,
madu, lilin dan kulit dari Scandinavia dan Rusia, gading dan hasil galian seperti
emas permata dan lain-lain dari Afrika Timur, beras dan gandum dari Mesir,
barangan kaca dan buah-buahan dari Syria, kain sutera dan minyak wangi dari
Parsi. Kepesatan perdagangan di Baghdad amat jelas apabila mata wang Arab
ditemui di utara sampai ke Rusia, Finland, Sweden dan Jerman.
PENEGASAN ISI Kemajuan perdagangan ini telah menyumbang kepada pendapatan negara
apabila para pedagang membayar zakat ke atas barangan mereka sewaktu
mereka membawa barangan melalui tempat-tempat pemeriksaan kerajaan.
FAKTA Sektor perindustrian juga menjadi tumpuan ekonomi dalam kerajaan
Bani Abbasiyyah.
HURAIAN/ Para pemerintah amat berminat dengan industri tekstil, tenunan, hamparan dan
CONTOH permaidani. Banyak kilang didirikan di Baghdad, Syiraz dan Isfahan. Selain itu,
terdapat kilang-kilang di Baghdad, Mesir dan Syam mengeluarkan barangan
pinggan mangkuk, barangan kaca, tembikar serta mozek. Barangan kulit juga
turut dihasilkan di Mesir dan Andalus. Malahan, Andalus juga terkenal dengan
lombong-lombong seperti lombong emas di Sungai Tajah, lombong perak di
daerah Qurtubah dan lombong besi di bukit-bukit Tolaitalah. Hasil
perlombongan ini digunakan untuk membuat perhiasan dan mata wang
khususnya mata wang emas.
PENEGASAN ISI Kepentingan logam emas ini jelas apabila sejak abad ke-10, semua yang
berkaitan dengan perbelanjaan dan perniagaan dijalankan menggunakan mata
wang emas.
FAKTA Seterusnya, sumber ekonomi semasa pemerintahan Abbasiyah juga
diperoleh daripada hasil pertanian dan penternakan.
HURAIAN/ Perkembangan dalam sektor pertanian disebabkan oleh kawasan pemerintahan
CONTOH Abbasiyah ialah kawasan yang sesuai untuk menjalankan aktiviti pertanian dan
pelbagai jenis tanaman dapat dihasilkan. Tambahan pula, dasar pemerintah yang
mengambil langkah-langkah memajukan sektor pertanian dengan meningkatkan
sistem pengairan bagi membekalkan air ke kawasan pertanian serta
mewujudkan pegawai-pegawai yang mengawal empangan bagi mengelakkan
kebocoran dan keretakan berlaku pada empangan air. Antara tanaman utama
yang dihasilkan ialah gandum, jagung, ubi, limau, tembikai, epal, kurma dan
buah zaitun. Kawasan pertanian yang banyak menyumbangkan hasil pertanian
gandum ialah Iraq dan Mesir. Jagung pula banyak ditanam di negeri selatan
Arab iaitu Kirman dan Nubah. Selain itu, ubi, tembikai dan limau banyak
ditanam di Mesir dan epal banyak ditanam di negeri Syam, Basrah dan
Kirman. Utara Afrika pula banyak mengeluarkan kurma dan buah zaitun di
Nabulsi dan Halab.
Seiring dengan pertanian, penternakan juga dijalankan sebagai aktiviti
ekonomi dalam kerajaan Abbasiyah. Binatang ternakan yang diternak ialah
kambing, lembu dan unta. Binatang-binatang ini diternak di kawasan-kawasan
pertanian utama seperti Mesir, Barqah dan Najd.
Hasil daripada pertanian dan penternakan ini akan dikenakan zakat.
PENEGASAN ISI Jelaslah bahawa melalui sistem pembayaran zakat ini telah memperlihatkan
pemerintahan Abbasiyah berada dalam keadaan makmur dan mewah.
FAKTA Selain daripada kegiatan-kegiatan ekonomi berkenaan, sumber
pendapatan kerajaan Abbasiyah juga diperoleh daripada sumber
percukaian dan zakat yang kian bertambah dari semasa ke semasa.
HURAIAN/ Zakat diperoleh hasil daripada kempen pendakwahan dan secara tidak
CONTOH langsung melalui aktiviti ketenteraan apabila terdapat penduduk di kawasan
yang dikuasai menerima Islam sebagai pegangan hidup. Manakala, cukai-cukai
yang diperoleh antaranya daripada cukai jizyah yang dikenakan kepada
golongan kafir dhimmi, kharaj iaitu cukai tanah, usyur yang dikenakan ke atas
peniaga dan pedagang yang menjalankan aktiviti tersebut sama ada di Baghdad
dan kawasan-kawasan naungan kerajaan Abbasiyah serta cukai ke atas
barangan industri, perlombongan dan seumpamanya.
Pendapatan juga diperoleh melalui harta-harta rampasan perang khususnya
ghanimah terutamanya hartanah. Misalnya, pada era pemerintahan Khalifah
al-Qadir (991-1074 Masihi) telah menyaksikan penambahan dalam
perbendaharaan negara. Khalifah al-Qadir telah berjaya memenangi peperangan
Turki, Wasit dan Basrah. Kemenangan ini membolehkan banyak harta rampasan
perang diperoleh. Malahan, serangan ke atas Batihah dan Basrah juga berjaya
mencapai kejayaan. Mereka yang tewas telah bersetuju membayar cukai
sebanyak 1000 dinar setahun kepada kerajaan pusat Abbasiyah.
PENEGASAN ISI Hal ini membuktikan bahawa sumber percukaian memberi sumbangan yang
besar kepada peningkatan kewangan kerajaan Abbasiyah.
KESIMPULAN Kesimpulannya, kewujudan kepelbagaian kegiatan ekonomi amat ketara pada
zaman kerajaan Abbasiyah terutamanya pada abad ke-11 dan abad ke-12
meskipun ia merupakan permulaan era kemerosotan kerajaan ini. Situasi inilah
yang membantu melambatkan kejatuhan kerajaan ini apatah lagi sejak zaman
Khalifah Harun al-Rasyid, dana yang tersimpan dalam Baitulmal begitu banyak
jumlahnya. Hal ini membolehkan kerajaan dapat menyediakan prasarana yang
menggambarkan kebajikan rakyat tidak diabaikan. Ketika kerajaan Abbasiyah
diserang oleh Moghul, pemerintahan Abbasiyah telah berakhir dan
perbendaharaan negara diambil alih oleh orang Moghul.
SOALAN 3 : BINCANGKAN PENGURUSAN BAITULMAL PADA ZAMAN
KHALIFAH AL RASYIDIN ABAD KE 7 MASIHI

Pendahuluan

● Baitulmal merupakan perbendaharaan atau institusi yang bertanggungjawab


menyelenggarakan pendapatan dan perbelanjaan negara serta menjadi tempat penyimpanan
barangan yang berharga seperti emas, perak, batu permata, barang perhiasan dan harta-harta
amanah (wakaf).
● Khalifah al-Rasyidin diperintah empat sahabat nabi iaitu Khalifah Abu Bakar al-Siddiq,
Khalifah Umar al-Khattab, Khalifah Uthman bin Affan dan Khalifah Ali bin Abi Talib.
● Pengurusan Baitulmal semakin penting dan menyeluruh pada zaman Khalifah Umar
al-Khattab disebabkan harta negara Islam semakin meningkat berikutan kejayaan ekspedisi
ketenteraan.

Isi-isi Utama

1. Sumber Baitulmal
● Sumber Baitulmal boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu harta masyarakat, harta negara dan
harta umum.
● Sumber utama Baitulmal termasuk pendapatan zakat harta benda seperti emas, perak, zakat
pertanian dan ternakan dari umat Islam.
● Jizyah dari orang bukan Islam dan kadarnya antara 12 hingga 48 dirham. Dikecualikan kepada
golongan tertentu seperti orang tua, kanak-kanak, wanita dan lain-lain.
● Kharaj dari orang Islam dan bukan Islam pada kadar 10%.
● Usyur dikenakan terhadap peniaga Islam dan bukan Islam mengikut kadar tertentu. Misalnya kafir
harbi dikenakan 10%, kafir zimmi 5% dan peniaga Islam 2.5%. Cukai usyur dikenakan apabila
cukup nisabnya sebanyak 200 dirham.
● Ghanimah dan al-fay yang berkaitan dengan harta rampasan perang.
● Harta peninggalan si mati tanpa waris.
● Harta karun (rikaz) yang ditemui dan tidak diketahui tuannya.
● Selain itu, sumber zakat meliputi harta wakaf, sedekah, hadiah dan lain-lain.
2. Pengurusan sumber Baitulmal
● Harta zakat Baitulmal diagihkan kepada penerima zakat yang layak (8 golongan asnaf) termasuk
fakir, miskin, musafir, mualaf, hamba yang membebaskan diri, orang yang berhutang, orang yang
berjihad dan amil. Lebihan zakat akan digunakan untuk kebajikan awam.
● Satu perlima harta ghanimah dan al-fay disalurkan untuk perbelanjaan kerajaan dan bakinya
diagihkan kepada tentera terlibat.
● Sumber Baitulmal lain digunakan untuk kegunaan kerajaaan dan awam termasuk penyediaan
prasarana, kebajikan rakyat, ahli keluarga nabi, ahli badar, ahli Baiah al-Riduan dan sebagainya.

3. Pentadbiran Baitulmal
● Khalifah mengetuai pentadbiran Baitulmal berpusat di Madinah manakala gabenor mengetuai
pentadbiran di peringkat wilayah.
● Pegawai khas Baitulmal yang mahir Feqah, Matematik dan bersifat amanah dilantik termasuk ketua
pegawai Baitulmal, Pengutip Zakat (Amil), Pemungut Cukai dan Pegawai Kewangan.
● Pada zaman Khalifah Umar al-Khattab, penggunaaan buku kira-kira diperkenalkan bagi merekod
sumber masuk dan keluar dari Baitulmal. Buku kira-kira ini menjadikan pengurusan baitulmal lebih
cekap dan berintegriti.

4. Pengurusan Baitulmal Zaman Khalifah Abu Bakar


● Pada zaman Abu Bakar, Baitulmal wujud secara tidak rasmi.
● Baitulmal berada pada tahap mudah, sederhana dan tidak rumit pengurusannya. Pendapatan negara
Islam dibelanjakan dengan sepenuhnya kepada mereka yang berhak tanpa ada lebihan.
● Khalifah Abu Bakar juga menyerahkan sebidang tanah Nabi Muhammad saw iaitu tanah Fadak dan
Khaibar kepada Baitulmal. Begitu juga kutipan jizyah dan zakat yang diperolehi dari ekspedisi
ketenteraan pimpinan Khalid al-Walid ke atas wilayah Parsi disimpan dalam Baitulmal.

5. Pengurusan Baitulmal pada zaman Umar al-Khattab.


● Baitulmal ditubuhkan secara rasmi pada zaman Umar kerana berlaku pembukaan wilayah dan
kejayaan ekspedisi ketenteraan. Sumber Baitulmal yang banyak seperti zakat, al-fai’, jizyah, kharaj,
usyur dan ghanimah tidak dapat diagih dengan serta merta.
● Panglima Khalid al-Walid mencadangkan kepada Khalifah Umar agar menubuhkan Diwan yang
berfungsi sebagai jabatan perbendaharaan yang akan mengawal urusan pentadbiran harta berkenaaan
dan cadangan itu dipersetujui.
● Khalifah Umar melaksanakan pengurusan Baitulmal secara sistematik dengan menyediakan buku
kira-kira negara bagi mengetahui aliran wang keluar dan masuk dari segi pendapatan dan
pegawai-pegawai
perbelanjaan negara. Beliau melantik Uqail bin Abu Talib, Makhramah bin Naufal dan Jabair bin
Mut’am mengendalikan Baitulmal mengikut syariat agama demi kepentingan ummah, agama dan
negara.
● Dana Baitulmal turut dikhaskan untuk jaminan sosial bukan hanya kepada umat Islam bahkan
kepada orang bukan Islam.
● Kota Madinah telah dijadikan pusat pentadbiran Baitulmal. Cawangan Baitulmal ditubuhkan di
setiap wilayah Islam. Para pegawai akan dilantik secara khusus dan bertanggungjawab kepada
Baitulmal pusat di Madinah.
● Umar al-Khattab telah melakukan pembaharuan dalam pentadbiran kharaj di mana para tentera tidak
dibenarkan memiliki tanah dan rumah sebagai ghanimah sebaliknya membiarkan tanah-tanah di
wilayah yang ditakluki diusahakan oleh pemilik asalnya. Sebagai ganti, tentera Islam mendapat
elaun atau gaji daripada dana Baitulmal. Perkara ini dilakukan bagi mengelakkan timbulnya
perselisihan faham sesama anggota tentera Islam yang boleh menggugat kestabilan negara di
samping meningkatkan disiplin anggota tentera

6. Pengurusan Baitulmal pada zaman Uthman bin Afffan


● Pada zaman Uthman, timbul kontroversi mengenai pengurusan Baitulmal.
● Beliau dituduh menyalahgunakan harta Baitulmal untuk kepentingan diri dan ahli keluarga kerana
menaikkan kadar cukai, tidak mengagihkan harta rampasan perang dan berbelanja boros.
● Tuduhan itu merupakan fitnah. Khalifah Uthman menaikkan kadar cukai untuk menambah dana
belanjawan militer bagi menghadapi ancaman Byzantine.
● Khalifah Uthman terkenal dengan kekayaan dan sifat dermawan. Malahan bagi menambah harta
Baitulmal, beliau telah menyerahkan urusan perdagangan miliknya kepada kaum keluarga dan
menjadikan rumahnya sebagai Baitulmal sebelum kerajaan Islam menubuhkan bangunan Baitulmal
secara rasmi.

7. Baitulmal zaman Khalifah Ali bin Abi Talib


● Khalifah Ali meneruskan Baitulmal sebagai perbendaharaan negara mengikut syariat. Beliau
meneruskan kehidupan sederhana dan dibayar gaji yang sama seperti yang diterima oleh Khalifah
Abu Bakar dan Khalifah Umar.
● Pada zaman pemerintahanya, berlaku pertukaran ketua Baitulmal. Beliau melantik Abdullah bin
Arqam yang terkenal dalam kalangan sahabat sebagai seorang yang jujur dan tegas.
● Ketika peperangan, pengikut Khalifah Ali menggesa agar mengambil sebahagian daripada harta
Baitulmal untuk menguatkan tentera bagi menghadapi tentera Mu’awiyah, gabenor Damsyik.
Namun beliau menolak dengan keras atas alasan harta berkenaan adalah amanah Allah swt.
● Khalifah Ali membuktikan kejujurannya apabila enggan mematuhi permintaan saudaranya iaitu Aqil
bin Abi Talib supaya khalifah meminta sedikit sumber daripada Baitulmal kerana kesederhanaan
hidupnya.

Kesimpulan

● Penubuhan Baitulmal zaman Khalifah al-Rasyidin dapat menjamin pembangunan ekonomi


negara dan wilayah Islam serta membantu golongan kurang bernasib baik di samping
memastikan harta yang dimiliki diurus sebaik mungkin.
● Pengurusan Baitulmal Khalifah al-Rasyidin menjadi asas perkembangan ekonomi Islam
zamannya.
● Baitulmal zaman Khalifah al-Rasyidin terus berfungsi hingga zaman Khalifah Abbasiyah
dan menjadi institusi terpenting dalam pembangunan negara.

S0ALAN 4 : BINCANGKAN PENGURUSAN BAITULMAL PADA ZAMAN KHALIFAH


ABBASIYAH DARI ABAD 9 MASIHI HINGGA ABAD KE-11 MASIHI.

Pendahuluan

● Baitulmal dapat ditakrifkan sebagai institusi yang bertanggungjawab menyelenggara segala


urusan pendapatan dan perbelanjaan negara. Istilah moden kepada Baitulmal ialah
Perbendaharaan Negara.
● Institusi ini juga berperanan menguruskan segala harta amanah seperti dan menyimpan
barangan berharga seperti emas, perak, permata dan sebagainya.
● Khalifah Abbasiyah (750-1258M / 132-656H) merupakan zaman paling kaya dalam sejarah
kekhalifahan Islam sehingga digelar zaman keemasan Islam (Golden Age).
● Pengurusan Baitulmal zaman Abbasiyah melalui tiga fasa iaitu zaman pembinaan dan
pemantapan, zaman kegemilangan dan zaman kemerosotan.

Isi-isi Utama

1. Sumber Baitulmal
● Pada zaman Khalifah al-Mu’tadid (892-902), beliau berusaha memperbaharui pentadbiran Baitulmal
dengan merombak dasar yang diperkenalkan Utamish. Gaji tentera dan pegawai awam dibayar
sebulan sekali. Beliau berusaha memulihkan dana Baitulmal, antaranya meminta kerajaan Saffariyah
membayar cukai tahunan sebanyak 4 juta dirham dan sebagai balasan, kerajaan tersebut diberikan
kuasa memerintah wilayah
timur yang sebelum ini dikuasai oleh kerajaan Samaniyah. Mewujudkan undang-undang
pusaka Islam baharu dengan menubuhkan sebuah jabatan yang bertanggungjawab untuk
menguruskan soal harta pusaka. Melalui peraturan ini, sekiranya tidak ada pihak waris
yang menuntut harta berkenaan, ianya akan menjadi milik baitulmal.
● Khalifah memperkenalkan sistem percukaian ala pertanian di kawasan-kawasan pentadbiran
kerajaan pusat dan melaksanakan sistem konsesi di daerah-daerah sekitar ibu kota termasuk jalan
perdagangan menuju ke kota dengan dikenakan bayaran 7000 dinar sehari. Namun, usaha yang
dilakukan oleh khalifah al-Mu’tadid masih tidak dapat meningkatkan sumber kewangan negara
disebabkan perancangan tersebut menelan kos pentadbiran tinggi.
● Pada zaman Khalifah al-Muqtadir (908-932), sumber Baitulmal masih mencukupi untuk
menampung perbelanjaan negara kerana beberapa buah wilayah yang telah bebas seperti Iraq, Syam,
Armenia dan Jazirah masih membayar cukai tahunan sama ada dalam bentuk wang perak emas.
● Namun, dari semasa ke semasa ternyata bebanan Baitulmal semakin meruncing terutamanya kos
menjaga kota Makkah dan Madinah pada musim haji, menjamin keselamatan para jemaah yang
semakin bertambah dan membayar gaji tentera istana semakin meningkat. Khalifah al-Muqtadir
terpaksa mendapat bantuan kewangan daripada saudagar-saudagar kaya, malah terpaksa
mencagarkan harta benda keluarga khalifah-khalifah terdahulu demi kepentingan negara.
● Bermula zaman Khalifah al-Radhi (934-940), keadaan Baitulmal semakin meruncing sehinggakan
tidak mampu membayar gaji tentera, malah pada masa tersebut harga barangan melambung tinggi.
● Pada zaman Khalifah al-Qadir (991-1074), sumber Baitulmal mengalami sedikit pemulihan
disebabkan kejayaan tentera Abbasiyah memenangi peperangan di Turki, Wasit dan Basrah.
Kesannya, kerajaan memperoleh harta rampasan perang yang banyak.

3. Pentadbiran Baitulmal
● Khalifah Abbasiyah melantik para pegawai khas menguruskan Baitulmal diperingkat
pusat manakala gabenor mengetuai pentadbiran Baitulmal di peringkat wilayah.
Khalifah dan gabenor melantik amil-amil berkelayakan untuk memungut sumber-sumber
Baitulmal.
● Keberkesanan Diwan al-Kharaj (Jabatan Percukaian) pada zaman Khalifah Harun
al-Rasyid dalam meraih pendapatan turut membantu meningkatkan pendapatan
Baitulmal. Khalifah telah memerintahkan Abu Yusuf Yaaqub, qadi besar Baghdad agar
menyusun segala peraturan percukaian untuk dijadikan panduan dalam pentadbiran
negara dan memudahkan amil baitulmal bertugas memungut cukai serta mengelakkan
penindasan terhadap rakyat.

Kesimpulan

● Peranan Baitulmal pada zaman kerajaan Abbasiyah bukan sekadar mengumpul sumber
pendapatan negara dalam bentuk cukai mahupun zakat, sebaliknya institusi ini memainkan
peranan penting dalam menunaikan tanggungjawab dan membantu kerajaan dalam
menyediakan pelbagai kemudahan atau prasara serta menambahkan kemasyhuran kota
Baghdad sebagai ketamudunan yang unggul menjelang Zaman Pertengahan.
● Pengurusan Baitulmal zaman Khalifah Abbasiyah mengalami tiga peringkat iaitu zaman
pembinaan, zaman kegemilangan dan zaman kemerosotan sehingga kerajaan Abbasiyah
diserang dan dikalahkan oleh orang-orang Tartar, sekaligus membolehkan puak tersebut
menguasai perbendaharaan kerajaan Abbasiyah.

SOALAN 5: BINCANGKAN SISTEM PERCUKAIAN YANG DILAKSANAKAN


SEMASA ZAMAN PEMERINTAHAN KHALIFAH AL-RASYIDIN.

Pendahuluan

● Percukaian dalam Islam telah bermula sejak zaman Nabi Muhammad saw iaitu pengenalan
jizyah yang merupakan cukai politik/ cukai kepala ataupun cukai perlindungan yang
dikenakan terhadap golongan kafir zimmi.
● Semasa pemerintahan Khalifah al-Rasyidin, berlaku penambahbaikan dalam sistem kutipan
cukai dan terdapat cukai baharu yang diperkenalkan.
● Hasil kutipan cukai juga terus meningkat terutamanyan semasa pemerintahan Khalifah
Umar al-Khattab.
● Tiga jenis cukai yang dilaksanakan semasa pemerintahan Khalifah al-Rasyidin ialah jizyah,
kharaj dan juga usyur

Isi- isi utama


1. Pelaksanaan Kharaj
● Kharaj ialah cukai yang dikenakan terhadap pemilik tanah yang ditakluki oleh tentera
Islam sama ada secara rundingan ataupun peperangan.
● Pada zaman Khalifah Abu Bakar, walaupun sebahagian besar tanah Iraq telah dikuasai
tentera Islam, kharaj belum dilaksanakan lagi. Tanah tersebut dianggap sebagai tanah
ghanimah dan diagihkan kepada tentera Islam yang terlibat.
● Jenis tanah yang dikenakan cukai kharaj ialah tanah perolehan perang dan jenis-jenis
tanah yang ditentukan penggunaannya oleh pemerintah.
● Antara syarat tanah yang dikenakan kharaj ialah pemilik tanah terdiri daripada golongan
zimmi, tanah kediaman yang dijadikan kawasan pertanian, tanah kharaj yang disewa atau
dipajak (kharaj dikenakan terhadap pemilik tanah bukannya penyewa) dan pengecualian
kharaj sekiranya hasil pertanian musnah akibat bencana alam.
● Kharaj mula diperkenalkan semasa zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab.
● Bagi tanah yang tidak bertuan, Khalifah Umar telah menetapkan tanah tersebut dijadikan
milik bersama dan tetap dikenakan kharaj. Tanah tersebut akan diusahakan oleh petani
tempatan dan dipantau oleh Pemegang Amanah atau golongan Ahl al- Ayyam (mereka
yang terlibat dengan penaklukan Iraq).
● Ahl al-Ayyam bertanggungjawab memungut cukai tanah berkenaan dan 1/5 daripada
hasilnya akan dihantar kepada kerajaan pusat dan 4/5 untuk Ahl al-Ayyam.
● Kuasa golongan Ahl al-Ayyam terhadap tanah tersebut terhenti selepas Khalifah Uthman
bin Affan menjadi khalifah menggantikan Khalifah Umar dan kuasa menguruskan cukai
di Iraq diletakkan di bawah pentadbiran gabenor.
● Kadar kharaj yang dikenakan berdasarkan kemampuan dan tidak bersifat membebankan.
Kadar yang paling maksimum ialah separuh daripada keseluruhan hasil dan boleh
dibayar dalam bentuk wang atau hasil yang diusahakan.
● Antara faktor yang menentukan kadar kharaj pada zaman Khalifah al-Rasyidin ialah
lokasi kawasan, kualiti tanah, penggunaan alat siraman dan kualiti benih tanaman.
● Kharaj pada zaman Khalifah Umar dibahagikan kepada dua jenis iaitu kharaj wazifah
masahah dan kharaj muqasamah.
● Kharaj wazifah masahah ialah cukai yang dikenakan mengikut keluasan tanah dan jenis
tanaman yang ditanam. Contohnya, tanah di Iraq telah ditetapkan setiap jerib anggur
akan dikenakan kharaj sebanyak 10 dirham.
● Kharaj wazifah dikenakan sekali dalam setahun tanpa mengira berapa banyak hasil yang
diperoleh.
● Kharaj muqasamah ialah cukai yang dipungut setiap kali hasil pertanian diperoleh.
● Sekiranya kharaj tidak dapat dibayar disebabkan oleh masalah kewangan, mereka
dibenarkan menangguhkan pembayaran sehingga mereka mampu.
● Sebaliknya jika mereka enggan membayar cukai walaupun berkemampuan, tindakan
undang-undang akan dikenakan kepada pembayar cukai tersebut oleh kerajaan.
● Pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan, kharaj al-iltizam atau iqta’ yang
diuruskan oleh pemilik tanah berkenaan diperkenalkan.
● Hasil yang diperoleh daripada sumber kharaj disimpan di dalam Baitulmal dan
dimanfaatkan, contohnya untuk pembangunan infrastruktur, memajukan kegiatan
pertanian, rancangan pengairan dan lain-lain lagi.

2. Pelaksanaan Jizyah
● Jizyah ialah cukai perlindungan yang dikenakan terhadap golongan bukan Islam (zimmi)
sebagai balasan kepada jaminan perlindungan daripada negara Islam terhadap nyawa,
harta dan amalan agama mereka.
● Jizyah ialah gantian kepada khidmat perlindungan kerajaan Islam kepada golongan
zimmi dan bukanlah sebagai sewa atau denda kerana tidak beriman kepada Allah SWT
atau sebagai balasan kepada kekufuran mereka.
● Sekiranya seseorang itu menerima Islam ataupun kerajaan Islam gagal memberikan
jaminan keselamatan, keperluan membayar jizyah itu akan gugur dengan sendirinya.
● Kadar jizyah yang dikenakan berbeza-beza mengikut perjanjian yang dipersetujui dan
bergantung kepada kemampuan.
● Jizyah terbahagi kepada dua iaitu Sulh al-Jizyah (cukai perlindungan) dan Jizyah
al-Ru’us (cukai diri).
● Mengikut amalan kutipan jizyah pada zaman Khalifah al-Rasyidin, kadar tahunan
kutipan jizyah yang dikenakan ialah 48 dirham (golongan kaya), 24 dirham (golongan
pertengahan) dan 12 dirham (golongan miskin yang mampu menyara kehidupan mereka).
● Cukai jizyah dibayar dalam bentuk mata wang atau harta benda yang bernilai seperti
hasil pertanian dan penternakan.
● Terdapat golongan yang dikecualikan daripada membayar jizyah seperti orang
perempuan, kanak-kanak, orang tua, fakir miskin, golongan cacat dan lemah, hamba dan
golongan yang sakit berpanjangan.
● Pada zaman Khalifah Abu Bakar, jizyah dilaksanakan sebagaimana pada zaman Nabi
Muhammad saw. Contohnya pemimpin kawasan Hirah telah bersetuju membayar 19000
dirham setahun manakala penduduk kawasan Anbar serta Ain al-Tamar bersetuju
membayar satu dinar per individu sewaktu ekspedisi ke Daumat al-Jandal.
● Perlaksanaan jizyah pada zaman Khalifah Umar al-Khattab dilaksanakan oleh
gabenor-gabenor wilayah. Antara kawasan pungutan jizyah yang penting ialah Baitul
maqdis ekoran kekalahan Byzantine, Babylon, Mesir dan Syria.
● Pemimpin Baitulmaqdis sendiri telah mengadakan perjanjian dengan Khalifah Umar dan
bersetuju membayar jizyah selagi kerajaan Islam mampu memberikan jaminan
keselamatan terhadap harta dan nyawa mereka.
● Selain itu, penduduk Qibti yang menjemput Amru bin al-Asbagi menghalau orang Rom
bersetuju membayar jizyah dua dinar setahun. Manakala di Syria, kadar jizyah yang
dikenakan ialah satu hingga empat dinar bergantung kepada status individu.
● Pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman, jizyah turut dikenakan terhadap
wilayah-wilayah yang dikuasai seperti Tripoli, Nubah dan Qairawan setelah
termeterainya perjanjian damai.

3. Pelaksanaan Usyur
● Usyur ialah cukai perniagaan yang dikenakan kepada semua peniaga Islam dan bukan
Islam apabila mereka menjalankan perniagaan dalam negara Islam.
● Usyur diperkenalkan untuk menegakkan keadilan dalam perdagangan kerana sebelum itu
pedagang Islam yang berdagang di wilayah lain dikenakan cukai tetapi sebaliknya bagi
pedagang bukan Islam yang berdagang di negara Islam.
● Usyur ialah cukai baharu yang diperkenalkan oleh Khalifah Umar al-Khattab bagi
menjana ekonomi negara Islam Madinah.
● Kadar usyur yang dikenakan berbeza antara satu sama lain tetapi kadarnya tidak
membebankan golongan yang terlibat.
● Kadar yang dikenakan terhadap pedagang Islam ialah sebanyak 2.5% manakala bagi
pedagang kafir zimmi dikenakan kadar sebanyak 5%. Bagi pedagang yang terdiri
daripada golongan kafir yang tidak berada di bawah naungan kerajaan Islam, kadar usyur
yang dikenakan ialah sebanyak 10%.
● Antara fungsi cukai usyur adalah untuk memastikan para pedagang dapat menjalankan
aktiviti tanpa sebarang gangguan, menyediakan ruang berniaga yang selesa serta
kemudahan di pelabuhan.
● Cukai ini telah diteruskan perlaksanaannya pada zaman Khalifah Uthman bin Affan,
zaman Khalifah Ali bin Abu Talib serta zaman pemerintahan kerajaan Umaiyah dan
Abbasiah.

Kesimpulan
● Penggunaan istem cukai yang sistematik dan terancang telah menyumbang kepada
kegemilangan zaman pemerintahan khalifah al-Rasyidin.
● Hasil daripada kutipan cukai-cukai ini disimpan di Baitulmal yang bertanggungjawab untuk
menyelenggara semua cukai yang diperoleh dan seterusnya digunakan untuk pembangunan
negara dan wilayah-wilayah Islam yang lain.

SOALAN 6: BINCANGKAN SISTEM PERCUKAIAN ZAMAN KERAJAAN BANI


ABBASIYAH PADA ABAD KE 9 HINGGA 11 MASIHI.

Pendahuluan

● Pada zaman Kerajaan Bani Abbasiyah kegiatan ekonomi berkembang dengan


pesat.Kemunculan Kota Baghdad sebagai pusat perdagangan Timur dan Barat telah
membantu kerajaan ini dalam kemakmuran ekonomi.
● Perkembangan ekonomi ini seiring dengan perkembangan sistem pencukaian pada zaman
kerajaan Bani Abbasiyah. Hasilnya muncul sistem serta institusi percukaian yang lebih
mantap dan sistematik.
● Setiap institusi akan diketuai oleh seorang pegawai tadbir yang bertanggungjawab
menjalankan urusan mengikut keperluan negara. Sistem percukaian pada zaman kerajaan ini
meliputi tiga sumber utama iaitu kharaj, jizyah dan usyur.

Isi- isi utama

1. Diwan al-Kharaj
● Diwan al-Kharaj merupakan Jabatan Percukaian Negara yang mengendalikan
pentadbiran cukai tanah yang mengeluarkan hasil pertanian. Diketuai oleh pegawai
yang berkuasa melantik wakil-wakil pemungut cukai mengikut kawasan. Pegawai
tersebut bertanggungjawab memastikan semua pihak mematuhi peraturan dan
pelaksanaan kutipan cukai tersebut
● Khalifah al-Mahdi menubuhkan Jabatan Akauntan Negara mengawal selia akaun
setiap jabatan khasnya mengenai hasil pungutan dan perbelanjaan.
● Penubuhan jabatan ini memang bersesuaian dengan situasi semasa memandangkan
sektor pertanian merupakan bidang yang diceburi majoriti penduduk. Sektor pertanian
menjadi nadi kepada jentera pentadbiran kerajaan Bani Abbasiyah.

2. Pelaksanaan Kharaj
● Kadar Kharaj tidak sama antara kawasan. Kadarnya mengikut lokasi kawasan, kualiti
tanah, penggunaan alat siraman dan kualiti benih. Setiap unit tanah pertanian biasanya
dikenakan kharaj minima sebanyak 10 dirham. Bayaran kharaj dibayar dalam
bentuk mata wang dan harta benda seperti haiwan ternakan dan hasil tanaman.
● Syarat-syarat tanah dikenakan kharaj antaranya pemilik tanah golongan zimmi, tanah
kharaj yang disewa atau dipajak. Pengecualian kharaj jika tanaman musnah akibat
bencana alam. Sistem percukaian Muqasamah iaitu cukai sebahagian hasil pertanian
diperkenalkan oleh Khalifah al-Mahdi.
● Kharaj merupakan salah satu sumber terpenting Baitumal ekoran kemajuan pesat
ekonomi dalam bidang pertanian.

3. Pelaksanaan Jizyah
● Pungutan cukai jizyah dipraktikkan semula oleh Kerajaan Bani Abbasiyah daripada
zaman Khulafah Rasyidin. Kadar jizyah tahunan ialah 48 dirham untuk golongan kaya,
24 dirham golongan pertengahan dan 12 dirham untuk golongan miskin.
● Gabenor memantau pelaksanaan pungutan cukai jizyah mengikut wilayah
masing-masing. Golongan dikecualikan daripada cukai jizyah ialah perempuan,
kanak-kanak, orang tua, hamba dan sakit berpanjangan.
● Pelaksanaan cukai ziyah ini meliputi kawasan taklukan bekas wilayah Parsi dan Turki.
Hasil pungutan disimpan di Baitulmal.
● Pada zaman Kerajaan Abbasiyah, tiada diskriminasi dalam pelaksanaan jizyah.

4. Pelaksanaan Usyur
● Usyur merupakan cukai perniagaan yang dikenakan kepada semua peniaga Islam dan
bukan Islam apabila menjalankan perniagaan dalam Negara Islam.
● Kadar usyur berbeza mengikut jenis pedagang dan nilai dagangan. Cukai 2,5%
dikenakan ke atas peniaga Islam, 5% peniaga kafir zimmi dan 10% ke atas peniaga
kafir harbi. Jumlah usyur yang dikenakan adalah 200 dirham apabila cukup kadar
nisabnya
● Kerajaan Bani Abbasiyah mencapai kemajuan ekonomi pesat dalam sektor
perdagangan, perindustrian dan pertanian
● Baghdad muncul pusat perdagangan tersibuk ketika itu.
● Bermula zaman pemerintahan khalifah al-Mahdi, kerajaan Abbasiyah mengenakan
cukai perniagaan di pasar dan kedai-kedai sekitar kota Baghdad dan wilayah
kekuasaan Islam.
● Usyur adalah cukai penting ke atas peniaga atau pedagang. Hasil pungutan usyur
amat bermanfaat untuk pembangunan negara seperti menyediakan kemudahan
tempat-tempat perniagaan dan sebagainya

Kesimpulan

● Sistem percukaian sistematik dan terancang menyumbang kepada pembangunan dan


kegemilangan kerajaan Bani Abbasiyah.
● Sumber cukai yang stabil dan banyak membolehkan banyak prasarana dapat dibina bagi
kepentingan rakyat.

SOALAN 7: BINCANGKAN PELAKSANAAN ZAKAT PADA ZAMAN KHALIFAH


AL-RASYIDIN ABAD KE-7 MASIHI

Pendahuluan

● Zakat dari segi bahasa berasal daripada perkataan dasar ‘zaka’ yang bererti penambahan
dan penyucian. Dari segi syarak, zakat bermaksud sebahagian harta yang dikeluarkan untuk
diagihkan kepada lapan golongan asnaf yang berhak menerimanya.
● Zakat terbahagi kepada zakat fitrah dan zakat harta serta mula difardukan pada 2 Hijrah.
● Pelaksanaan zakat diteruskan lagi selepas kewafatan Nabi oleh Khalifah al-Rasyidin.

Isi- isi Utama

Pelaksanaan zakat Zaman Khalifah al-Rasyidin

1. Pentadbiran institusi zakat


● Pelaksanaan zakat zaman Khalifah al-Rasyidin sangat cekap dan sistematik serta dititikberatkan
kerana zakat salah satu rukun Islam dan juga sumber pendapatan utama negara.
● Pelaksanaan hukum zakat mengalami perubahan dan inovasi mengikut kesesuaian keadaan dan
suasana semasa
● Peraturan bertulis mengenai operasi Baitulmal dan sumber-sumbernya termasuk zakat diperkenalkan
pada zaman Khalifah Umar al-Khattab
● Pentadbiran institusi zakat di peringkat pusat berada di bawah kuasa khalifah manakala di peringkat
wilayah berada di bawah gabenor.
● Khalifah dan gabenor melantik amil-amil berkelayakan untuk urus pungutan, agihan dan
pemantauan pelaksanaan zakat.
● Khalifah dan gabenor menubuhkan Baitulmal untuk menyelenggara hasil pungutan zakat dan
sumber-sumber lain serta melantik pegawai khas menguruskan pentadbiran Baitulmal dan zakat
berkenaan.

2. Sumber zakat
● Zakat dikenakan kepada umat Islam terbahagi kepada dua iaitu zakat fitrah dan zakat harta
● Bayaran zakat fitrah dilakukan pada awal bulan Ramadan sehingga pagi 1 Syawal iaitu sebelum
solat sunat Aidilfitri.
● Zakat harta dibayar pada bila-bila masa dan kadar sebanyak 2.5 peratus daripada jumlah harta.
● Zakat harta pada zaman Khalifah al-Rasyidin meliputi haiwan ternakan, emas dan perak termasuk
mata wang negara, harta perniagaan dan barang dagangan, hasil pertanian dan laut serta rikaz (harta
karun dan kadar zakatnya 1/5 daripada jumlah rikaz).

3. Kutipan zakat
● Khalifah al-Rasyidin menguatkuasakan pungutan zakat secara tegas dalam usaha menegakkan
hukum Allah sebagaimana yang dilakukan oleh Khalifah Abu Bakar dalam gerakan ar-Riddah.
● Khalifah dan gabenor melantik Amil-amil berkelayakan di peringkat pusat dan wilayah untuk urusan
pemantauan, kutipan dan agihan zakat. Kebiasaannya, para amil adalah orang yang mahir dalam
bidang hukum dan matematik.
● Selain mengeluarkan zakat dalam bentuk harta benda yang ditetapkan, zakat juga boleh ditunaikan
dengan tukaran wang tunai (nilai wang) sepertimana yang berlaku pada zaman Khalifah Uthman
al-Affan.

4. Agihan zakat
● Semua hasil zakat dibahagi dan diagihkan kepada umat Islam yang layak menerimanya berdasarkan
syariat Islam
● Lapan golongan umat Islam yang layak menerima zakat (golongan asnaf) ialah fakir, miskin, amil,
muallaf, riqab (hamba yang dijanjikan tuannya untuk dimerdekakan), gharimin (orang muslim yang
berhutang dan tidak mampu menjelaskannya), fisabilillah (orang yang berjihad pada jalan Allah) dan
ibnu sabil (musafir yang kehabisan wang dan bekalan dalam perjalanan bertujuan baik).

5. Pelaksanaan zakat zaman Khalifah al-Rasyidin


● Zaman Khalifah Abu Bakar, pemungutan zakat secara tegas dalam usaha menegakkan hukum Allah.
Beliau menggunakan kuasa bagi memastikan zakat ditunaikan oleh semua pihak yang cukup syarat
sekalipun terpaksa mengisytiharkan perang. Contohnya, Khalifah Abu Bakar berusaha keras
memerangi golongan ar-Riddah iaitu
golongan umat Islam yang enggan mengeluarkan zakat dengan membentuk 11
pasukan tentera. Hasilnya golongan al Riddah ini berjaya dikalahkan.
● Zaman Khalifah Umar al-Khattab, beliau mengenakan zakat ke atas harta yang baru ditemui atau
baru wujud dalam masyarakat Islam. Harta yang berkembang (an-nama) dikenakan zakat seperti
anak kambing yang baharu lahir, pendapatan dan lain-lain. Buat kali pertama, kuda dikenakan zakat
selain zaitun, kapas, kekacang dan beberapa jenis hasil laut. Madu juga dikenakan zakat pada kadar
5 hingga 10 peratus berdasarkan kaedah guna tenaga yang digunakan dalam memproses hasil
tersebut. Petugas zakat yang dilantik bertugas di Baitulmal dibayar gaji. Zaman ini menyaksikan
berlaku pertambahan yang ketara sumber zakat, ini berpunca daripada aktifnya aktiviti pendakwahan
dan kejayaan kempen-kempen peperangan.
● Zaman Khalifah Uthman al-Affan, pelaksanaan zakat telah diperluaskan hingga ke utara Afrika dan
kawasan perairan Mediterranean berikutan kejayaan tentera Islam dalam ekspedisi ketenteraan.
Beliau memberi kelonggaran pembayaran zakat sama ada pembayaran melalui harta benda atau
ditunaikan dengan tukaran wang (nilai wang). Zakat dikenakan pada harta bersih iaitu baki daripada
harta kekayaan setelah ditolak semua hutang pembayaran zakat.
● Zaman Khalifah Ali bin Abi Talib, walaupun pada zaman ini berlaku konflik dalaman sehingga
tercetusnya dua perang saudara iaitu Perang Jamal dan Perang Siffin namun zakat tetap dilaksanakan
memandangkan ianya merupakan kefarduan kepada setiap umat Islam terutamanya pembayaran
zakat fitrah. Beliau menghapuskan zakat terhadap kuda yang telah diperkenalkan oleh Khalifah
Umar al-Khattab. Beliau memperkenalkan kadar zakat setiap lima ekor unta digantikan dengan unta
yang lebih muda dengan syarat dibayarkan ganti rugi kepada tuannya dua ekor kambing biri-biri
atau 10 dirham.
Kesimpulan

● Pelaksanaan zakat amat ditekankan pada zaman Khalifah al-Rasyidin kerana ia merupakan
salah satu sumber pendapatan negara
● Pelaksanaan zakat juga merupakan tanggungjawab sosial yang perlu ditunaikan oleh
mana-mana pemerintah bagi memastikan kesejahteraan khususnya dalam kalangan umat
Islam.

SOALAN 8: JELASKAN KEPENTINGAN DAN PELAKSANAAN ZAKAT PADA


ZAMAN KHALIFAH ABBASIYAH DARI ABAD KE-9 HINGGA 11 MASIHI.

Pendahuluan

● Zakat berasal daripada bahasa Arab iaitu daripada perkataan dasar zaka yang bererti
penambahan dan penyucian, perkembangan dan kebaikan. Dari segi syarak, zakat
bermaksud sebahagian harta yang dikeluarkan untuk diagihkan kepada lapan golongan
asnaf yang berhak menerimanya.
● Zakat terbahagi kepada dua jenis iaitu zakat fitrah dan zakat harta. Zakat merupakan rukun
Islam yang keempat dan mula difardukan pada tahun ke-2 Hijrah. Pelaksanaan zakat
diteruskan oleh khalifah-khalifah selepas kewafatan Rasulullah SAW.
● Khalifah Abbasiyah merupakan kerajaan yang memerintah empayar Islam dari tahun 750
hingga 1258 Masihi (132–656 Hijrah). Pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyah telah
meneruskan dan mengukuhkan lagi dasar dan pelaksanaan zakat.
● Oleh kerana itu, Kerajaan Abbasiyah dianggap zaman paling kaya dalam sejarah
kekhalifahan Islam sehingga digelar Zaman Keemasan Islam (Golden Age).

Isi- isi utama

1. Kepentingan zakat
Mengeratkan hubungan persaudaraan antara umat Islam
● Zakat dapat mengeratkan hubungan atau tali persaudaraan antara umat Islam terutama
antara golongan kaya dengan golongan miskin.
● Sebagai contoh, hasil zakat yang dikeluarkan oleh golongan kaya membolehkan
golongan miskin menjalankan kehidupan mereka dengan lebih baik dan sempurna.
● Tegasnya, keadaan ini secara tidak langsung dapat mengukuhkan perpaduan umat
Islam dan sekaligus membentuk sebuah masyarakat yang adil dan penyayang.

Menyucikan jiwa dan rohani manusia


● Zakat dapat membersihkan hati dan menghapuskan sifat buruk yang terdapat dalam
diri setiap manusia.
● Sebagai contoh, pembayaran zakat boleh menghilangkan sifat tercela seperti kedekut,
sombong, tamak, dan mementingkan harta benda.
● Jelaslah bahawa melalui pembayaran zakat ini akan melahirkan sebuah masyarakat
yang aman, bahagia dan saling bekerjasama dan bantu-membantu antara satu sama
lain.

Ujian kepada keimanan dan ketakwaan golongan kaya


● Pembayaran zakat dapat melahirkan perasaan bersyukur seterusnya mengawal hawa
nafsu dan kemahuan yang tidak terbatas.
● Contohnya, sikap bersyukur ini boleh melahirkan individu yang pemurah dan saling
tolong-menolong antara satu sama lain.
● Terbukti bahawa hal ini akan mewujudkan keadaan masyarakat Islam yang hidup
secara aman dan tenteram.

Membersihkan harta seseorang


● Pemberian zakat juga akan dapat membersihkan harta seseorang daripada bercampur
dengan harta lain iaitu harta yang tidak halal. Harta yang dimiliki oleh seseorang
harus dikeluarkan zakat apabila cukup nisab dan genap haulnya. Zakat yang
dikeluarkan akan diberikan kepada orang yang berhak menerimanya.
● Contoh golongan yang berhak menerima zakat ialah golongan fakir, miskin, amil,
orang yang bermusafir, golongan muallaf dan orang yang berjuang ke jalan Allah
fisabilillah.
● Jelaslah bahawa, pengeluaran zakat dapat mengelakkan wujudnya sikap
mementingkan diri.

Perkembangan ekonomi dan intelektual


● Pelaksanaan zakat pada zaman Bani Abbasiyah juga telah membawa kepada
perkembangan ekonomi dan intelektual. Zakat digunakan oleh kerajaan untuk
menyediakan kemudahan-kemudahan asas bagi mendorong pembangunan ekonomi.
Hasil zakat juga akan membawa kepada perkembangan intelektual yang pesat.
● Contohnya, hasil kutipan zakat pada Zaman Kerajaan Abbasiyah telah menyebabkan
Kota Baghdad muncul sebagai pusat keilmuan yang terpenting.
● Terbukti bahawa, hasil zakat berupaya membangunkan negara dari aspek politik,
ekonomi dan sosial.

2. Pelaksanaan zakat
Pentadbiran dan institusi zakat
● Setelah mengambilalih pemerintahan dari Kerajaan Umaiyah, kerajaan Abbasiyah
meneruskan dasar dan pelaksanaan zakat sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaan
sebelumnya. Malahan, pemerintah kerajaan Abbasiyah telah meningkatkan lagi usaha
untuk menambahbaik lagi pengurusan zakat. Pentadbiran dan institusi zakat di
peringkat pusat berada di bawah kuasa khalifah. Manakala pentadbiran zakat di
peringkat wilayah diletakkan di bawah kuasa gabenor. Khalifah dan gabenor melantik
amil-amil berkelayakan untuk urusan pungutan, agihan dan pemantauan pelaksanaan
zakat. Khalifah dan gabenor juga menubuhkan Baitulmal untuk menyelenggara hasil
pungutan zakat dan melantik pegawai khas untuk mengurus pentadbiran Baitulmal.
● Contohnya, kadi yang pakar dalam bidang syariah dilantik terus oleh kerajaan pusat
bagi melicinkan pengurusan dan pentadbiran zakat. Bagi memantapkan lagi
pengurusan zakat, Khalifah Harun al-Rasyid telah mendapatkan khidmat nasihat
berkaitan tentang isu-isu zakat daripada Abu Yusuf yang memegang jawatan sebagai
Ketua Kadi ketika itu.
● Jelaslah bahawa, pelaksanaan zakat pada zaman Khalifah Abbasiyah lebih kemas dan
sistematik demi meningkatkan lagi hasil pendapatan negara.

Sumber zakat
● Pada zaman Khalifah Abbasiyah, zakat yang dikenakan kepada umat Islam ialah zakat
fitrah dan zakat harta. Mengikut Imam Syafie, bayaran zakat fitrah dilakukan pada
awal bulan Ramadan sehingga pagi Syawal. Sementara zakat harta pula boleh dibayar
pada bila-bila masa dan kadarnya ialah sebanyak 2.5 peratus daripada jumlah harta
yang dimiliki.
● Zakat harta pada zaman Khalifah Abbasiyah meliputi binatang ternakan, emas dan
perak termasuk mata wang negara, harta perniagaan dan barang dagangan, hasil
pertanian daripada buah-buahan dan bijian serta harta karun (rikaz) yang tiada
pemiliknya dengan kadar zakatnya satu perlima daripada keseluruhan jumlah rikaz.
● Contohnya, pada zaman Khalifah Abdul al-Dawlah, binatang yang dikenakan zakat
ialah kambing, biri-biri dan lembu yang syaratnya cukup nisab dan haul serta diternak
di padang rumput bebas dan bukan digunakan untuk bekerja.
● Terbukti bahawa, zakat dapat meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah
SWT.

Kutipan zakat
● Pada zaman Khalifah Abbasiayah, kutipan zakat dan cukai semakin bertambah
berikutan pertambahan wilayah dan umat Islam serta kepesatan pembangunan
ekonomi yang berlaku.
● Khalifah dan gabenor melantik amil-amil berkelayakan untuk melakukan pemantauan
urusan kutipan dan agihan zakat di peringkat pusat dan wilayah.
● Sebagai contoh, amil yang dilantik ditugaskan untuk memerhati golongan yang
berharta, membuat penilaian dan mentaksir jumlah harta yang dimiliki dan seterusnya
mengutip zakat daripada individu berkenaan.
● Terbukti bahawa Khalifah Abbasiyah telah melakukan beberapa penambahbaikan
kepada pengurusan zakat bagi membangunkan masyarakat dan negara Islam.

Agihan zakat
● Pada zaman Khalifah Abbasiyah, kesemua hasil zakat yang diperolehi dibahagi dan
diagihkan kepada umat Islam yang layak menerimanya berdasarkan syariah Islam.
● Urusan agihan zakat kepada golongan asnaf dilakukan oleh amil-amil berkelayakan
yang dilantik oleh khalifah di peringkat pusat dan wilayah.
● Contoh lapan golongan asnaf yang layak menerima hasil kutipan zakat ialah fakir,
miskin, amil, muallaf, riqab (hamba yang dijanjikan oleh tuannya untuk
dimerdekakan), gharimin (orang muslim yang berhutang dan tidak mampu
menjelaskannya), fisabilillah (orang yang berjihad pada jalan Allah) dan ibnu sabil
(musafir yang kehabisan wang dan bekalan dalam perjalanan yang mempunyai tujuan
baik).
● Jelaslah bahawa, hasil kutipan zakat yang diurus dengan baik dan secara berhemah
bukan sahaja dapat meningkatkan ekonomi negara, malahan mampu memupuk sifat
amanah dalam menunaikan tanggungjawab kepada negara Islam.
Kesimpulan

● Pelaksanaan zakat pada zaman awal kerajaan Abbasiyah tidak banyak berbeza dari zaman kerajaan
Umaiyah atau zaman sebelumnya.
● Zakat merupakan satu kewajipan ke atas umat Islam dan hasil kutipan zakat menjadi salah satu
sumber pendapatan yang penting pada zaman Kerajaan Bani Abbasiyah.
● Pelaksanaan zakat merupakan salah satu tanggungjawab sosial demi mewujudkan keadilan dan
kemakmuran negara.

SOALAN 9: BINCANGKAN CIRI-CIRI PENDIDIKAN ZAMAN KERAJAAN


UMAYYAH PADA ABAD KE-7 HINGGA 8 MASIHI

Pendahuluan

1. Pendidikan merupakan satu proses pengajaran dan pemindahan imu kepada manusia untuk
menjadi insan yang sempurna serta mengabdikan diri kepada Allah.
2. Pendidikan pada zaman kerajaan Umayyah mengalami perkembangan yang pesat kerana
galakan dan kecintaan para khalifah Umayyah terhadap bidang pendidikan. Galakan ini
telah membawa kepada perkembangan ilmu sama ada ilmu keagamaan atau ilmu
keduniaan.
3. Kemajuan yang terdapat dalam pendidikan pada zaman Umayyah mencakupi pelbagai
bidang seperti pengajian sains, perubatan, sejarah, bahasa, dan kesusasteraan, qiraah, tafsir,
hadis, ilmu geografi dan penterjemahan.
4. Kemajuan yang telah dicapai pada zaman ini adalah berkait rapat dengan mantapnya sistem
pemerintahan Islam sebagai sebuah negara Islam.

Isi- isi utama

1. Dasar Pendidikan
● Pada zaman kerajaan Umayyah, dasar pendidikan percuma dipraktikkan untuk
golongan miskin di kuttab dan pengajian terbuka di masjid-masjid. Tiada sukatan
kurikulum yang khusus, namun ia berkaitan dengan ilmu fardu ain dan fardu kifayah.
Pendidikan formal berlangsung di istana dan kuttab (sekolah), manakala tidak formal
berlaku di masjid. Kebanyakan umat Islam ghairah untuk menuntut ilmu walaupun
ianya tidak diwajibkan. Namun bagi putera khalifah ia merupakan perkara wajib sama
ada didatangkan guru khas ke istana atau dihantar ke pusat pengajian. Khalifah dan
gabenor memainkan peranan penting dalam perkembangan pendidikan pada zaman ini.
Kemunculan ilmu falsafah dan ilmu sejarah turut menyumbang kepada perkembangan
pendidikan.
● Contohnya, pada zaman Khalifah Umar Abdul Aziz kerajaan Bani Umayyah telah
berkembang dengan meluas. Khalifah sendiri memainkan peranan penting untuk
membantu menyebar luas agama Islam ke seluruh negara di bawah kerajaan Umayyah.
Khalifah Umar Abdul Aziz melihat bahawa ilmu pengetahuan yang luas dan
mendalam diperlukan untuk tujuan penyebaran agama Islam.
● Tegasnya, dasar pendidikan kerajaan Bani Umayyah lebih mementingkan pendidikan
untuk kemajuan rakyatnya dan penyebaran agama secara menyeluruh.

2. Institusi Pendidikan
● Istana khalifah dan sekolah yang dikenali sebagai al-kuttab. Kurikulum yang diajar di
masjid adalah ilmu-ilmu naqli seperti ilmu tafsir dan hadis. Kaedah yang digunakan
ialah syarahan bPada zaman Umayyah terdapat tiga buah institusi pendidikan yang
penting iaitu masjid, ebas.
● Masjid-masjid di Makkah, Madinah dan Damsyik merupakan pusat perkembangan dan
penyebaran ilmu agama. Masjid di Basrah Dan Kufah merupakan pusat pengajian
bahasa dan nahu secara saintifik ekoran pengislaman bangsa bukan Arab. Istana
khalifah turut menjadi pusat pendidikan yang berfungsi sebagai tempat belajar dan
juga perpustakaan bagi putera-putera khalifah dan anak-anak pembesar. Guru-guru
yang berpengalaman dijemput khas termasuk guru bukan Islam. Antara mata pelajaran
yang diajar adalah sejarah, sastera, ilmu pidato dan akhlak. Kuttab merupakan sekolah
permulaan yang menekankan pengajian al-Quran dan asas ilmu agama sebagai
persediaan ke tahap halaqah yang diadakan di masjid. Pada zaman Umayyah ada dua
jenis kuttab iaitu yang kuttab untuk orang awam yang dikenakan yuran dan kuttab
al-Sabil untuk kanak-kanak miskin secara percuma.
● Jelas menunjukkan bahawa insitusi memainkan peranan penting dalam perkembangan
pendidikan pada zaman Umayyah.

3. Tenaga Pengajar
● Tenaga pengajar pada zaman Umayyah akan dibayar gajinya oleh kerajaan dan ada
juga yang berkhidmat secara sukarela. Guru-guru di ketiga-tiga institusi terdiri
daripada pelbagai mazhab yang mempunyai pengetahuan dan kepakaran yang berbeza
mengikut tahap pendidikan masing-masing. Minat pelajar bergantung kepada
kewibawaan guru menyampaikan ilmunya. Guru-guru di masjid terdiri daripada
golongan ulama yang mengajar dengan ikhlas tanpa mengharapkan ganjaran.
Guru-guru yang mengajar di istana khalifah dikenali sebagai muaddih yang
bertanggungjawab mengajar kerabat diraja dan pembesar berkenaan sahsiah.
● Antara tokoh ulama yang terkenal yang mengajar di Mekah ialah Abdullah bin Abbas
yang mahir ilmu tafsir, hadis dan fiqh. Ulama lain seperti Abu Musa Asya’ari dan
Hasan al-Basri.
● Tenaga pengajar memainkan peranan penting dalam perkembangan ilmu.

4. Bidang-Bidang Pengajian
● Bidang-bidang pengajian yang paling berkembang adalah pengajian ilmu keagamaan
seperti tafsir al-Quran, hadis, fiqah dan sebagainya. Pengajian seni muzik dan puisi
bertemakan cinta dan kasih sayang berpusat di Kota Mekah, Madinah dan Damsyik.
Penggubahan syair merupakan bidang yang paling diminati berbanding disiplin ilmu
lain. Pengajian ilmu kesusasteraan dan ilmiah berkembang di masjid-masjid di kota
Basrah dan Kufah. Puisi memainkan peranan penting untuk menyampaikan mesej dan
propaganda kerajaan. Penyair diberi layanan istimewa kerana dapat membangkitkan
semangat jihad dan meninggikan seseorang khalifah. Antara tokoh penyair terkenal
ialah Qays bin Mulawa iaitu pengarang karya Laila dan Majnun. Pengajian sains dan
perubatan turut berkembang pesat hingga melahirkan tokoh perubatan seperti Ibn Usal.
Aktiviti terjemahan kitab perubatan turut giat dijalankan. Pendidkan seni ukir dan seni
pahat turut mendapat tempat di mana banyak ukiran ayat al-Quran dan hadis di istana,
mimbar, mihrab dan menara masjid.
● Bidang-bidang yang wujud memberi kesan kepada perkembangan pendidikan zaman
Umayyah.
5. Bandar–Bandar Utama Sebagai Pusat Perkembangan Pendidikan
● Banyak bandar yang menjadi pusat perkembangan pendidikan, intelektual dan tamadun
Islam.
● Bandar Madinah, Basrah dan Kufah menjadi tumpuan manusia untuk mempelajari
Bahasa Arab. Bandar Basrah menjadi bandar penting dan lahirnya tokoh seperti Aswad
Du’ali dan Khalil Ibn Ahmad tokoh nahu Arab yang masyhur.
● Kewujudan bandar menjadikan pendidikan lebih berkembang pesat.
Kesimpulan

1. Penglibatan khalifah dan sumbangan para ulama merupakan faktor pentingperkembangan


pesat bidang pendidikan pada zaman Umayyah.
2. Kemajuan yang dicapai menjadi asas kepada tamadun politik, ekonomi dan sosial umat Islam.
Pemerintahan Bani Umayyah yang mementingkan pendidikan telah mempelbagaikan mata
pelajaran yang diajar di institusi pendidikan. Selain daripada ilmu agama seperti fiqah,
tauhid, tafsir al-quran dan hadis, mata pelajaran lain yang diajar ialah ilmu hisab, sejarah,
sastera, ilmu perubatan, kesenian dan falsafah.
3. Walaupun kerajaan Bani Umayyah telah ditumbangkan dalam Revolusi Abbasiyah, namun
sistem pendidikan terus kekal dan dijadikan contoh untuk perkembangan seterusnya.

SOALAN 10: JELASKAN FALSAFAH DAN CIRI-CIRI PENDIDIKAN ISLAM ZAMAN


KERAJAAN ABBASSIYAH PADA ABAD KE 11 HINGGA 12 MASIHI.

Pendahuluan
● Zaman pemerintahan Bani Abbasiyah dikenali sebagai zaman keemasan dan kegemilangan
pendidikan Islam. Dasar pendidikan Islam berteraskan wahyu al-Quran dan hadis.
● Manakala sumber  pendidikan berasal daripada sumber al-Quran dan Hadis serta sumber ilmu luar
seperti dari India, Parsi dan Greek. Selain daripada ilmu keagamaan ilmu lain ialah sains,perubatan,
fizik, kimia, matematik , geografi, falsafah, asronomi dan falak.
● Pendidikan merupakan satu proses yang membawa perkembangan mental dan fizikal serta kesedaran
manusia terhadap keagungan Tuhan. Pendidikan Islam dikaitkan dengan beberapa istilah seperti
tarbiyah iaitu proses pembentukan peribadi seseorang individu, ta’lim iaitu proses pemindahan ilmu,
ta’dib iaitu proses pembentukan sahsiah sebagaimana yang kehendaki oleh Islam dan irsyad iaitu
menyampaikan petunjuk yang berasaskan syariah.

Isi- isi utama

1. Ciri-ciri asas Pendidikan


● Pendidikan Islam yang berlaku semasa zaman kerajaan Bani Abbassiyah bersumberkan
al-Quran dan hadis(sunnah). Seterusnya sumber akal dalam bentuk ijtihad dan qias
berlaku bagi menjelaskan sesuatu yang ditafsirkan daripada al-Quran dan sunnah.
● Pelaksanaan pendidikan dalam Islam bertujuan mewujudkan pembangunan yang
seimbang antara aspek aqliah dan naqliah bagi membolehkan manusia mengenali
penciptaNya dan mentaati segala perintahNya. Pada waktu itu pendidikan berlaku
secara tidak formal seperti di masjid.
● Pendidikan formal pada zaman kerajaan Bani Abbassiyah dilaksanakan di institusi yang
didirikan oleh kerajaan seperti kuttab, madrasah dan pusat pengajian tinggi.
● Kurikulum pendidikan ketika itu ialah ilmu naqli yang terdiri daripada ilmu tafsir,
hadis, feqah dan usuluddin. Manakala ilmu aqli pula ialah ilmu falsafah, sejarah,
bahasa, matematik dan geografi.
● Pengajaran dilaksanakan mengikut kaedah halaqah. Ilmu duniawi dan ukhrawi yang
wujud ketika itu dipelajari oleh umat Islam zaman kerajaan Bani Abbassiyah sehingga
mereka menjadi insan yang berkualiti dan maju pada zaman tersebut.
● Pembentukan kualiti diri seorang manusia yang seimbang dan pemerintahan negara
yang unggul menjadikan kerajaan Bani Abbassiyah sebuah pemerintahan yang makmur
pada zaman tersebut.

2. Institusi Pendidikan
● Masjid dan Kuttab merupakan institusi pendidikan utama pada zaman kerajaan
Abbassiyah. Kuttab adalah pengajian permulaan untuk kanak-kanak yang menekankan
pengajian al-Quran dan asas ilmu agama sebagai persediaan melangkah ke tahap
pengajian yang lebih tinggi iaitu halaqah yang diadakan di masjid.
● Masjid merupakan sekolah utama bagi mempelajari al-Quran, hadis dan fiqah. Di
Basrah, masjid telah digunakan sebagai kelas-kelas pengajian bagi pelajaran tafsir,
hadis,fiqah dan kesihatan. Kelas-kelas tersebut menjadi tempat pengajian pelbagai
bangsa dan agama termasuklah putera-putera raja, pembesar-pembesar dan para
hartawan.
● Sekolah-sekolah tinggi (madrasah) ditubuhkan pada zaman Nizam al-Mulk di
Baghdad dan Basrah. Di antaranya ialah institusi al-Nizamiyah dan institusi
al-Mustansiriyyah yang di bina oleh khalifah al-Mustansir.
● Istana khalifah turut berfungsi sebagai gedung ilmu dan pusat pengkajian sastera
berbanding pusat pemerintahan. Hal ini berlaku semasa pemerintahan khalifah
al-Makmum.
● Perpustakaan menjalankan aktiviti pengkajian buku ilmiah dan tempat perbincangan,
contohnya Baitul Hikmah iaitu sebuah perpustakaan awam. Perpustakaan sekolah seperti
perpustakaan Nizam al-Mulk dan perpustakaan persendirian Jamal al-Din al-Qitti
turut menjadi sumber rujukan pada zaman tersebut.
● Kewujudan pelbagai institusi pendidikan yang berperanan dengan baik menjadi
pemangkin kepada kegemilangan pendidikan Islam dan pelbagai ilmu bukan agama
pada zaman pemerintahan kerajaan Bani Abbassiyah.

3. Dasar pendidikan
● Bidang pendidikan pada zaman Abbassiyah berteraskan Al Quran dan hadis. Dua
sumber ini menjadi isi kandungan pembelajaran pada masa itu. Manakala sumber
luaran yang menjadi kandungan isi pelajaran ketika itu ialah daripada ilmu-ilmu India,
Greek dan Parsi. Kurikulum khas tidak ditetapkan tetapi berkaitan dengan ilmu fardu
ain, fardu kifayah dan ilmu-ilmu aqli.
● Pendidikan formal berlaku di sekolah, perpustakaan, istana dan kuttab. Pendidikan
tidak formal pula sebahagiannya dijalankan di masjid-masjid. Pelbagai ilmu
pengetahuan yang tersebar dalam bandar-bandar kerajaan Bani Abbassiyah ini
mendorong umat Islam menuntut ilmu pengetahuan walau pun kerajaan tidak
mewajibkan orang awam untuk belajar. Hal ini menunjukkan kerajaan Bani Abbassiyah
berjaya menyuburkan ilmu pengetahuan sebagai satu keperluan rohani manusia dalam
kehidupan.
● Dasar pendidikan yang dijalankan selari dengan seruan agama Islam dalam aspek
kewajipan menuntut ilmu sejak peristiwa Nabi Muhammad SAW menerima wahyu
yang pertama. Kandungan surah al-Alaq jelas menegaskan umat Islam wajib belajar
untuk kesempurnaan ibadah dan keperluan duniawi.

4. Sistem pembelajaran halaqah


● Sistem pembelajaran yang berlaku semasa kerajaan Bani Abbassiyah pada mulanya
berpusat di masjid-masjid. Walau bagaimanapun perkembangan yang berlaku
menyebabkan perubahan pada tahap halaqah dilaksanakan. Pelajar tidak bebas lagi
mengikuti mana-mana halaqah ilmu mengikut kesukaan dan minat mereka. Faktor
kelayakan diambilkira untuk memasuki mana-mana halaqah yang sesuai dan sepadan
dengan kebolehan pelajar dalam ilmu berkenaan. Hal ini terbukti pada catatan sejarah
yang berlaku kepada Imam as-Syafie yang menghadapi temuduga terlebih dahulu
sebelum dibenarkan mengikuti halaqah ilmu yang diajar oleh Imam Malik bin Anas.
● Pada zaman kerajaan Bani Abbassiyah ini, ilmuan perundangan atau fuqaha ramai
terlibat dalam perbincangan ilmiah. Ini berlaku apabila khalifah terlibat bersama ilmuan
dalam perbincangan ilmu yang bertujuan menyelesaikan isu yang wujud dalam
masyarakat. Majlis ilmu yang menjadi majlis perbahasan rasmi dianjurkan oleh khalifah
di istana.
● Halaqah di masjid mengajar ilmu pengetahuan, di samping itu menjadi tempat
perbahasan sesuatu masalah yang timbul dalam masyarakat. Seterusnya halaqah juga
menjadi tempat membuat keputusan penyelesaian bagi sesuatu masalah (li al-nazar wa
li al-munazarah). Halaqah turut menjadi majlis fatwa yang berusaha mencari
penyelesaian undang-undang bagi membantu khalifah dalam urusan perundangan dan
kehakiman. Sistem pendidikan yang wujud ketika itu berperanan besar, aspek keilmuan
menyumbangkan bantuan dan sokongan kepada pemerintah(khalifah) dan negara
melaksanakan keadilan dan kesaksamaan pemerintahan kerajaan Bani Abbassiyah.
● Faktor ini menunjukkan bagaimana kedudukan kerajaan Bani Abbasiyah gemilang
dalam semua bidang waktu itu apabila sistem pendidikan yang dilaksanakan
menyumbangkan nilai-nilai positif ke arah pembentukan negara yang berjaya.

5. Bidang-bidang Pengajian
● Kurikulum pengajian, khasnya pengajian tinggi diawasi oleh suatu badan yang
ditubuhkanoleh kerajaan yang dikenali sebagai Naqib al-Hasyimiyin
● Bidang pendidikan yang paling berkembang pesat adalah pengajian agama seperti tafsir
al-Quran, hadis, fiqah dan sebagainya.
● Pada peringkat rendah, kurikulum pembelajarannya merangkumi pelajaran al-Quran,
sirah Nabi Muhammad SAW, puisi dan ilmu nisab.
● Pada peringkat menengah dan tinggi, kurikulum pembelajarannya merangkumi Ilmu
Tafsir, Ilmu Hadis, Ilmu Kalam, falsafah, perubatan dan lain-lain
● Aktiviti terjemahan karya-karya asing dan pengkajian buku-buku ilmiah turut
merancakkan perkembangan pendidikan dan intelektual
● Berlaku pertambahan dalam aktiviti kokurikulum selain daripada aktiviti riadah,
memanah dan latihan berkuda, turut juga diadakan pertandingan penulisan dan
deklamasi sajak.

6. Tenaga pengajar
● Pada zaman Abbasiyah, muncul ramai golongan cerdik pandai Islam yang mempunyai
pengetahuan yang berbeza antara satu sama lain.
● Guru-guru yang bertugas khasnya yang mengajar pengajian lanjutan di masjid
merupakan mereka yang dilantik dan dibayar gaji oleh pihak kerajaan. Ada juga yang
berkhidmat secara sukarela.
● Guru-guru di masjid terdiri daripada golongan ulama yang mengajar dengan ikhlas
tanpa mengharapkan sebarang ganjaran. Antara tokoh ulama terkenal dalam bidang
ilmu hadis seperti al-Kindi, al=Farabi, Imam Empat Mazhab, al-Bukhari, Muslim dan
lain-lain.
● Guru-guru di institusi pendidikan terdiri daripada pelbagai mazhab dan mempunyai
pengetahuan dan kemahiran yang berbeza mengikut tahap pendidikan masing-masing.
Ulama yang terkenal dari segi ilmu dan penyampaiannya akan mendapat perhatian
ramai pelajar yang dikatakan sampai beribu-ribu orang.

Kesimpulan

● Penglibatan pemerintah kerajaan bani Abbassiyah iaitu khalifah menyumbang kepada


perkembangan pesat dalam bidang pendidikan pada zaman kerajaan Bani Abbassiyah.
● Pada peringkat pelaksana, para ulama atau ilmuan menjadikan bidang pendidikan Islam
cemerlang dan gemilang. Penubuhan institusi pendidikan formal yang berkesan dan efisien
menjadi role model dan inspirasi kepada umat Islam dan dunia barat.
● Pemerintah barat cenderung melihat kerajaan Bani Abbassiyah sebagai contoh untuk
memajukan pendidikan di negara mereka. Kejayaan pendidikan dalam kerajaan Bani
Abbassiyah menjadi asas kepada pencapaian tamadun Islam yang unggul dalam catatan
sejarah.

SOALAN 11 :MASJID BUKAN SAHAJA SEBAGAI PUSAT IBADAH TETAPI


JUGA MERUPAKAN SEBAGAI PUSAT PERKEMBANGAN ILMU DI
MESIR PADA ABAD KE-8. BINCANGKAN

Pendahuluan

1. Institusi pendidikan pada zaman awal di Mesir pada abad ke-8 berlangsung di masjid.
Masjid dijadikan tempat atau sekolah terutama bagi mempelajari Al Quran, hadis dan Fiqah.
Selain itu, diadakan juga majlis muzakarah iaitu majlis perbincangan dan perbahasan antara para
ulama, sarjana dan ahli fikir.

2. Hal ini berlaku ketika pertapakan Islam di Mesir bermula pada zaman pemerintahan
Khalifah Umar bin al-Khattab. Khalifah Umar bin al-Khattab telah mengarahkan Amru bin
al-As supaya mendirikan masjid dan berhasrat menjadikan masjid sebagai pusat ibadat dan
pusat kemasyarakatan bahkan institusi pendidikan .

3. Jelaslah bahawa masjid bukan hanya sekadar tempat beribadah tetapi berperanan sebagai
pusat perkembangan ilmu di Mesir pada ketika itu.

Isi- isi utama

1. Pusat kegiatan ilmu keagamaan

• Salah satu peranan masjid ialah menjadi pusat kegiatan ilmu keagamaan yang utama di
Mesir. Aktiviti pendidikan di masjid menjadi proses awal yang membawa kepada terbentuknya
kuttab dan halaqah di Mesir.

• Peranan masjid di Mesir telah diperkasakan sebagai pusat ibadat, pusat kemasyarakatan,
pusat kebudayaan, mahkamah keadilan dan institusi pendidikan

• Jelaslah bahawa, masjid mempunyai pelbagai peranan dan kegiatan dijalankan dalam
usaha memperkembangkan ilmu di Mesir.

2. Institusi pendidikan

• Masjid Amru al-As yang merupakan masjid terawal di Mesir telah memainkan peranan
penting sebagai institusi pendidikan

• Buktinya terdapat lebih 40 buah halaqah ilmu yang sentiasa dipenuhi pelajar bagi
menimba ilmu pengetahuan dan membuat kajian. Imam as-Syafie pernah mengajar di masjid
ini. Ramai ulama dan ilmuwan dari seluruh pelosok dunia Islam datang ke Mesir untuk
menimba ilmu dan membuat kajian.

• Tegasnya, masjid sebagai pusat perkumpulan pelajar untuk meningkatkan ilmu


pengetahuan.

3. Pelajaran ilmu fardu ain


• Selain itu juga, kurikulum pengajian bukan sahaja tertumpu kepada ilmu-ilmu
keagamaan malah merangkumi pelajaran ilmu fardu ain termasuk tafsir al-Quran, hadis, tauhid
dan fiqah manakala ilmu kifayah merangkumi ilmu hisab, ilmu astronomi dan perubatan.

• Sebagai contohnya, Masjid Amru al- As telah menjadi tempat pengajian fardu ain dan
ilmu kifayah pada ketika itu.

• Terbuktilah bahawa masjid berperanan menyampaikan kurikulum yang penting kepada


pelajar-pelajarnya.

4. Pengumpulan Ulama

• Seterusnya, masjid juga merupakan institusi pendidikan yang penting iaitu ramai ulama
dan ahli fiqah berkhidmat sebagai guru.

• Sebagai contohnya, Masjid Ahmad Ibn Thulun menjadi tempat pertemuan ulama-ulama
di Kaherah. Kurikulum merangkumi ilmu tafsir, hadis, fikah, membaca, ilmu hisab dan
perubatan.

• Jelaslah bahawa masjid bukan sahaja memperkembangkan ilmu keagamaan tetapi juga
merangkumi ilmu pengetahuan

5. Mengajar al Quran

• Manakala masjid juga mempunyai ruang khas untuk mengajar al-Quran kepada
anak-anak yatim dan kemudahan penginapan turut disediakan

• Contohnya, Masjid al-Azhar ialah masjid yang tersohor dan terawal dibina oleh Jauhar
al-Siqili yang menyediakan ruang untuk mengajar al-Quran.

• Oleh itu, masjid ini menjadi tumpuan kerana mempunyai ruang yang luas untuk
pendidikan al-Quran khusus untuk anak-anak yatim di Mesir.

6. Halaqah

• Pembelajaran dan pengajaran yang berlangsung di masjid disampaikan dalam bentuk


halaqah serta dalam bentuk kuliah di mana para guru membaca, menghurai dan menjelaskan isi
kandungan sesuatu kitab.

• Mana-mana permasalahan yang timbul diajukan kepada guru yang bertindak sebagai
naqib dalam majlis halaqah berkenaan.
• Terbuktilah bahawa perkembangan ilmu secara halaqah dilakukan di dalam masjid.

7. Menghafal

• Para pelajar juga digalakkan menghafal sesuatu pembelajaran kerana melalui hafalan,
pengukuhan ilmu pengetahuan dapat dimiliki dengan mudah.

• Selain itu, para pelajar diberikan kebebasan memilih mana-mana kelompok atau halaqah
yang bersesuaian dengannya; setiap pelajar perlu membuat persediaan sebelum memasuki
majlis halaqah.

• Masjid juga menjalankan aktiviti penghafalan kepada pelajar-pelajarnya dalam usaha


memperkembangakan ilmu di Mesir.

Kesimpulan

1. Kesimpulannya, tidak dinafikan masjid merupakan institusi pendidikan Islam terpenting


bagi umat Islam di Mesir dan memainkan peranan penting dalam perkembangan ilmu.

2. Kepesatan bidang ilmu pengetahuan di Mesir berlaku seiring dengan pertumbuhan


institusi – institusi pendidikan Islam khasnya masjid dan halaqah. Contohnya, kewujudan
Masjid al-Azhar yang kemudiannya telah berkembang menjadi Universiti al-Azhar.

SOALAN 12: BINCANGKAN PERKEMBANGAN ILMU AQLI PADA ZAMAN


KHALIFAH UMAIYAH DI ANDALUSIA DARI ABAD KE-11
HINGGA 13 MASIHI

Pendahuluan

● Perkembangan ilmu sama ada ilmu aqli atau ilmu naqli di Andalusia berlaku seiring
dengan kemunculan tokoh-tokoh dalam bidang berkaitan yang menghasilkan karya
tersendiri di samping aktiviti penterjemahan.
● Galakan pemerintah dan minat dalam bidang intelektual juga menyebabkan berlakunya
perkembangan pesat dalam bidang ilmu aqli di Andalusia pada abad ke-11 hingga abad
ke-13 Masihi.

Isi- isi utama


Perkembangan ilmu aqli kerajaan Umaiyah di Andalusia
1. Ilmu falsafah
● Perkembangan ilmu aqli khususnya pada abad ke-12 Masihi menyaksikan zaman
keagungan ilmu falsafah di Andalusia
● Kemunculan beberapa orang ahli falsafah unggul seperti Ibn Bajjah (1095-1138M)
yang terkenal dengan karya falsafahnya Tadbir al-Mutawahhid. Beliau menulis huraian
tentang logik, metafizik dan mengulas karya Aristotle
● Pada zaman ini juga muncul Ibn Tufail (1105-1185M) ahli falsafah masyur di Granada
menghasilkan karya Hayy Ibn Yazqan yang menjelaskan evolusi manusia dari saat
seseorang itu dilahirkan sehingga mencapai usia dewasa. Beliau juga memaparkan
aliran-aliran pemikiran sezaman melalui kaedah penceritaan.
● Seterusnya, Ibn Rusyd (Averros) merupakan ahli falsafah terkenal yang berasal dari
Cordova dan disanjung tinggi kerana usahanya mengharmonikan antara falsafah dan
agama. Beliau turut menafsir dan memperkenalkan hasil karya Aristotle kepada dunia
Barat. Karya falsafah beliau, Thafut al-Tahaful masih diguna pakai dan menjadi kajian
di institusi pengajian tinggi di Barat.Pengaruh Ibn Rusyd yang meluas telah
menyebabkan munculnya aliran falsafah di Eropah yang dikenali sebagai Averoisme.

2. Ilmu Perubatan
● Tokoh perubatan Ibn Zuhr (1094-1162M) pernah berkhidmat semasa pemerintahan
kerajaan al Murabitun dan al Muwahhidun. Tokoh ini merupakan ahli perubatan, pakar
klinikal dan ahli sains pertama membuat ujian pelbagai ubat pada haiwan serta
membuat kajian tentang penyakit kudis buta sehingga dianggap ahli parasitologi
pertama dunia.
● Karya-karya perubatan Ibn Zuhr seperti Kitab al Taysir fi al-Mudawat wa al-Tadbir
dan Kita Aghaziyah yang diterjemahkan dalam bahasa Latin dan Hebrew.
● Tokoh perubatan lain seperti Ahmad Ibn Ibas, pakar dalam bidang ubat-ubatan dari
Cordova dan Umm al-Hasan Abi Ja’afar, pakar dalam bidang kedoktoran. Abu
al-Qasim al-Zahrawi(936-1013M) iaitu doktor peribadi Khalifah al-Hakam II telah
menuli sebuah ensiklopedia perubatan lengkap berjudul Kitab al-Tasrif. Kitab ini
menulis tentang pembedahan, pemotongan anggota badan serta pembedahan dan mata.

3. Ilmu Sejarah
● Ilmu Sejarah antara bidang ilmu paling berkembang di Andalusia. Marwan Ibn
Hayyan dikatakan telah menulis lebih kurang 50 buah karya Sejarah. Antaranya
al-Muqtabis fi Tarikh Rijal al-Andalus yang menceritakan sejarah tokoh-tokoh
ilmuwan, para pemerintah dan umat Islam Andalusia sejak Andalusia dibuka
hinggalah ke zamannya
● Abu al-Qasim Said Ibn Ahmad (1029-1070M) merupakan ahli Sejarah terkenal di
Andalusia. Karyanya, Tabaqat al-Umam yang menyentuh perihal cendekiawan Islam
Andalusia manakala Jami ai-Umam menerangkan sejarah pelbagai bangsa yang
tinggal di Andalusia.
● Tokoh Sejarah yang lain Ibn Hazm (994-1064M) menghasilkan karya Jamharah yang
berkait dengan salasilah orang-orang Arab termasuk keluarga Nabi Muhamad saw,
para khalifah dan keluarga mereka. Ibn Idhari al-Marakushi dengan karyanya al-Bayan
al-Mughrib berkaitan Afrika Utara dan Andalusia.

4. Ilmu Geografi
● Abad ke-11M merupakan zaman kegemilangan Andalusia dalam bidang Geografi.
Al-Bakri (1014-1094M) merupakan tokoh Geografi terkenal Andalusia. Karyanya
Kitab al-Masalik wa al-Mamalik merupakan sebuah penulisan berkenaan jalan-jalan
yang ditempuhinya di setiap negeri dan maklumat tentang kerajaan yang memerintah.
Karya beliau membantu memudahkan urusan penghantaran surat dan utusan rasmi
kerajaan. Beliau turut menghasilkan sebuah kamus Geografi bertajuk Mu’jam ma
Isti’jam yang menerangkan nama-nama tempat yang berkaitan dengan Semenanjung
Tanah Arab. Kitab ini disusun mengikut abjad dan mengandungi istilah geografi
seperti sungai, gunung-ganang dan lain-lain.
● Jabir bin Aflah , Ibn Bajjah, Ibn Bajjah dan al Bitruji merupakan penulis
astronomi-geografi. Terdapat juga dalam kalangan yang mempunyai kepakaran dalam
bidang ini mengembangkan idea bumi adalah berbentuk sfera dan berada di
tengah-tengah semesta.
● Abdullah al-Hijari melalui karyanya Musib menghuraikan tentag geografi kebudayaan
dan gambaran umum tentang Andalusia.

5. Ilmu astronomi
● Selari dengan ajaran Islam yang mengesa penganutnya merenung akan ciptaan
kejadian alam termasuk siang dan malam, bintang, bulan dan matahari. Imam al
Ghazali telah mengemukakan pandangan, belajar ilmu astronomi merupakan fardu
kifayah manakala al Syafie menggalakan umat Islam mempelajari ilmu falak untuk
memudahkan atau menentukan arah kiblat
● Sebuah sekolah astronomi di Andalusia telah dibangunkan oleh Abu al-Qasim
Maslama al-Majriti. Beliau menghasilkan karya tentang astrolab, arithmethik
perdagangan dan daftar astronomi Khwarizmi.
● Abu Ishaq Ibrahim al Zarqali (1029-1087M) merupakan pencipta alat astrolab yang
dikenali Safihah. Beliau mengemukakan teori bintang dan pergerakan planet. Beliau
membetulkan ukuran Laut Mediterranean yang diberikan oleh Khwarizmi. Beliau ahli
astronomi pertama mengetahui kedudukan matahari dengan membuat rujukan kepada
bintang. Beliau mencipta sebuah jam air yang boleh menunjukkan masa pada waktu
siang dan malam serta menyusun nama-nama hari dalam sebulan.
● Selain itu, Nuruddin Ibn Ishaq al-Bitruji juga tokoh terkenal astronomi di Andalusia.
Beliau telah mengemukakan teori baharu tentang pergerakan bintang-bintang. Salah
satu karya terpenting beliau ialah Fi’al Hai’a menjadi kemuncak pergerakan
anti-ptolemy dalam kalangan ahli astronomi Islam.

6. Ilmu Matematik
● Di Andalusia, muncul ramai tokoh matematik seperti Ibn Ubaydah, Aabu Ayyub yang
menguasai ilmu geometri, Abu al-Hakam Amr Ibn Abdul Rahman dalam bidang
aritmetik.
● Tokoh tersohor ialah al Zarqali yang merupakan individu pertama yang cuba
mengukur jarak bumi ke matahari dan juga pelopor kepada usaha mengukur keluasan
laut Mediterranean.
● Antara ahli matematik lain ialah Abu Habbah bin Ubaidah. Beliau merupakan ahli
geometri dan matemati Andalusia yang memperkenalkan sistem angka berasal
daripada angka Hindi yang membantu mempermudahkan sistem penulisan angka.

Kesimpulan

● Perkembangan ilmu aqli di Andalusia ini menunjukkan bahawa peradaban Islam turut
merangkumi pelbagai cabang ilmu sama ada ilmu keduniaan dan juga ilmu akhirat.
● Kemunculan tokoh-tokoh yang bergerak aktif membuat penyelidikan dapat membuktikan
kekuasaan Allah yang mencipta alam ini.
SOALAN 13 : IMAM AL-GHAZALI TELAH MEMBERIKAN BANYAK
SUMBANGAN DALAM TAMADUN ISLAM TERUTAMANYA DALAM BIDANG
ILMU PENGETAHUAN. BINCANGKAN.

Pendahuluan

● Nama sebenar Muhammad bin Muhammad At-Thusi Al-Imam Abu Hamid Al-ghazali. Lahir pada
1058M/450H di Thus dan meninggal pada hari Isnin 14 Jamadil Akhir 505 Hijrah/18 Disember
1111Masihi.
● Semasa kecil lagi beliau telah menguasai pelbagai ilmu. Kecintaannya terhadap ilmu pengetahuan
telah mendorong mengembara dan merantau dari satu tempat ke tempat yang lain untuk berguru,
antaranya Imam al-Haramain, Syeikh Ahmad ibn Muhamad al-Rizkani dan lain-lain.
● Oleh itu, banyak buku dan karya berjaya dihasilkan telah memberikan banyak sumbangan dalam
tamadun Islam terutamanya dalam ilmu pengetahuan. Dunia amat mengagumi al-Ghazali melalui
penulisannya di mana beliau merupakan pengarang yang amat hebat kerana beliau telah mengarang
lebih daripada 300 buku.
● Pengetahuannya yang sangat mendalam dalam pelbagai bidang ilmu telah membolehkannya
memberikan banyak sumbangan dalam bidang falsafah, ilmu kalam dan Tasawuf.

Isi- isi utama

1. Sumbangan Al-Ghazali dalam Ilmu falsafah


● Imam al-Ghazali memainkan peranan yang penting dalam penulisannya mengenai
perkembangan ilmu falsafah Islam.
● Pandangan beliau mengenai falsafah dikemukakan dalam kitab Muqasid ul-Falasifah
dan Kitab Tahafut al-Falasifah yang membincangkan penyelewengan falsafah barat.
● Imam al-Ghazali membahagikan golongan yang membahaskan ilmu falsafah kepada
tiga golongan, iaitu atheis, natural dan teologi.
● Golongan atheis adalah golongan yang mengingkari wujudnya pencipta yang
mentadbir seluruh alam ini.
● Golongan natural adalah golongan ilmuan yang banyak membuat kajian berkaitan
dengan tabiat, kejadian dan anatomi manusia, tumbuhan serta haiwan.
● Manakala golongan teologi merupakan ahli yang membincangkan soal ketuhanan
bersumberkan akal iaitu Plato, Socrates dan Aristotle.
● Imam al-Ghazali juga merupakan induvidu pertama yang mengklasifikasikan semula
falsafah kepada enam bahagian.
● Sebagai contoh, matematik, mantik, fizik, ketuhanan, siasah dan akhlak.
● Beliau juga dapat menentang golongan ahli falsafah yang cenderung dengan fahaman
falsafah Yunani yang tidak mentauhidkan kepada agama yang suci iaitu Islam.
● Kesannya, beliau dapat menyelamatkan akidah umat Islam daripada terus direntap oleh
fahaman falsafah Yunani yang tidak bertauhidkan agama yang suci iaitu agama Islam.

2. Sumbangan al-Ghazali dalam Ilmu kalam


● Al-Ghazali memberi sumbangan yang besar dalam bidang ilmu kalam. Beliau banyak
menghasilkan karya mengenai ilmu kalam dan banyak mematahkan hujah daripada
pihak yang memberi hujah yang keterlaluan dalam bahasa ilmu kalam.
● Beliau menguatkan hujah-hujahnya bersumberkan al-Quran, sunnah dan perbahasan
para sahabat. Beliau berpendapat, perdebatan berdasarkan kepada hujah akal
semata-mata tanpa berpaksikan kepada al-Quran dan sunnah hanya akan
menambahkan lagi kerisauan serta kecelaruan dalam masyarakat Islam.
● Contohnya, dalam karya ulungnya, iaitu Ihya’ Ulumuddin, beliau meletakkan ilmu
kalam sebagai ilmu yang bermanfaat kepada masyarakat. Oleh itu, sesiapa yang
keterlaluan dalam membincangkan perkara yang berkaitan dengan sifat dan perbuatan
Allah SWT, beliau menganggap mereka termasuk dalam golongan orang yang
melakukan bidaah. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka telah menyimpangkan
ilmu ini jauh daripada matlamatnya yang utama, iaitu untuk mengenal Allah SWT.
● Selain itu, perdebatan berkaitan dengan perkara-perkara berkaitan dengan
perkara-perkara dalam ilmu ini juga membuka ruang kepada golongan munafik dan
musuh-musuh Islam untuk menggunakan ilmu falsafah sebagai senjata bagi
menimbulkan keraguan pada akhidah umat Islam
● Menyedari hakikat tersebut, beliau telah bangkit menentang serangan-serangan
terhadap asas agama dengan hujah yang bersandarkan al-Quran dan sunnah.
● Akibatnya, perbincangan ahli ilmu kalam dilihat terlalu jauh sehingga menyimpang
daripada apa yang dibincangkan oleh para ulama.

3. Sumbangan al-Ghazali dalam bidang Tasawuf


● Sumbangan Al-Ghazali bidang tasawuf pula melemparkan kritikan yang membina
dengan tujuan membetulkan kesalahan dan menghalang penyelewengan berlaku yang
hanya mencemarkan kesucian agama Islam.
● Al-Ghazali juga berusaha membersihkan tasawuf daripada perkara-perkara khurafat
dan amalan yang terkeluar daripada ajaran agama Islam yang sebenar. Al-Ghazali
banyak belajar ilmu tasawuf daripada gurunya yang termasyur iaitu al-Junaid dan
al-Muhasibin.
● Apabila al-Ghazali mengetahui masyarakat melakukan kesalahan dalam bidang
tasawuf, beliau melemparkan kritikan yang bertujuan membetulkan kesalahan dan
menghalang daripada penyelewengan yang berlaku sehingga mencemarkan kemurnian
Islam.
● Karya termasyhur al-Ghazali dalam bidang tasawuf ialah Ihya’ Ulumuddin yang telah
diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa lain seperti Melayu, Parsi, Urdu, Inggeris
dan Perancis.
● Kitab ini telah menjadi sumber rujukan para ulama di rantau Alam Melayu. Kehadiran
kitab Ihya’ Ulumuddin ini memberikan implikasi besar dalam pengajian tasawuf.
● Sumbangan ini adalah cukup besar dalam bidang tasawuf kerana al-Ghazali telah
memurnikan semula ilmu tasawuf daripada kesesatan dan bidaah.

4. Sumbangan Al-Ghazali dalam bidang Ilmu Sains Politik


● Al-Ghazali turut memberi sumbangan dalam bidang sains politik. Beliau banyak
belajar ilmu sains politik daripada Imam Juwaini yang menjadi imam di Masjidil
Haram, Makkah dan di Masjid Nabawi di Madinah. Penulisannya dalam bidang politik
dibahagi kepada dua teori kenegaraan dan pemerintahan.
● Antara penulisannya dalam bidang politik ialah Mustaz-hiri, Al-Munqiz Minad
Dhalal dan Al-Iqtisad fil’-Itiqad. Karyanya yang bertajuk Al-Iqtisad fil’-Itiqad
banyak membincangkan soal kepimpinan bagi sesebuah negara Islam.
● Selain itu beliau juga menyatakan cara memperbaiki urusan politik dalam karyanya
berjudul al-Tik al-Masbuk fi Nasihat al-Muluk iaitu dengan memberi pengertian
permasalahan, menasihati pemimpin, menegur dengan bahasa yang keras dan menegah
dengan kekerasan sekiranya belum berjaya.
● Oleh itu, daripada karya-karya politik beliau telah membantu pemimpin-pemimpin
Islam mencontohi idea tersebut.

Kesimpulan
● Al-Ghazali memainkan peranan yang penting dalam perkembangan ilmu pengetahuan khususnya
ilmu falsafah dan ilmu kalam.
● Beliau berjaya menyelamatkan akidah umat Islam daripada terus diseleweng oleh fahaman falsafah
ketuhanan Yunani yang boleh menyebabkan akidah umat Islam terpesong secara halus.
● Hasil daripada hujahan beliau juga membawa kembali umat Islam kembali kepada al-Quran dan
sunnah. Akhir sekali, hasil karya beliau masih digunakan oleh para ilmuan hingga hari ini.

SOALAN 14 : BINCANGKAN SUMBANGAN IBN KHALDUN DALAM BIDANG


SEJARAH.

Nama sebenar Ibn Khaldun ialah Abdul ar-Rahman bin Muhammad bin Khaldun
al-Hadrami. Beliau dilahirkan di Tunisia pada tahun 1331 M.. Beliau seorang yang pakar dalam
ilmu agama seperti fikah, tafsir dan hadis. Dari aspek ilmu aqli, beliau pakar dalam bidang
falsafah, matematik dan sejarah. Beliau pernah memegang jawatan tinggi seperti Ahli
Persuratan di Istana Faz dan menjadi Hajib di Bougie. Beliau juga pernah dilantik sebagai
Hakim Mahkamah-mahkamah Raja di Mesir. Ketokohan beliau disanjung oleh tokoh-tokoh dan
sarjana Barat. Toynbee dan R. Nicholson menganggap beliau sebagai ahli fikir dan tokoh yang
tiada tolok bandingnya. G. Sarton menyatakan bahawa Ibn Khaldun merupakan ahli sejarah dan
falsafah yang agung sepanjang zaman. Karya-karya yang dihasilkan oleh beliau adalah
himpunan daripada pembelajaran dan pengalaman yang diperolehnya.

Sumbangan utama beliau ialah Kitab Al-Ibar yang merupakan ensiklopedia sintesis


tentang metodologi sains kebudayaan. Kitab ini banyak membantu ahli-ahli sejarah
menghasilkan karya atau kajian yang benar dan berbentuk ilmiah. Kitab tersebut dibahagikan
kepada tiga bab dan diasingkan dalam tujuh jilid yang terdiri daripada bahagian asasi dan
falsafah sejarah dan sains sosial.

Bahagian pengenalan kepada kitab ini dinamakan nama Muqaddimah Ibn


Khaldun setebal 700 muka surat yang membahaskan isu-isu tentang sejarah dan pensejarahan.
Dalam pendahuluan, beliau membincangkan aspek sejarah, tema-tema dan juga kesalahan
dalam meriwayatkan peristiwa sejarah. Kitab ini dianggap sebagai suatu sumbangan agung
dalam bidang persejarahan kerana cuba memahami pola perubahan kepada organisasi politik
dan sosial manusia. Kitab ini turut menjelaskan peristiwa sejarah harus dikaji dan difahami.

Ibn Khaldun juga memberikan sumbangan dalam pengkajian sejarah. Beliau


mengutarakan beberapa konsep dan prinsip pengkajian sejarah. Beliau menekankan konsep
sejarah yang merangkumi keseluruhan kegiatan manusia. Hal ini jelas menunjukkan bahawa
beliau telah meluaskan ruang lingkup kajian sejarah, iaitu aspek geografi dan sosiologi. Antara
prinsip utama yang beliau kemukakan ialah prinsip hubungan antara sebab dan akibat. Maka
pada dasarnya sejarah manusia ditentukan oleh manusia sendiri kecuali jika melanggar hukum
Tuhan. 

Ibn Khaldun merupakan sejarawan pertama yang mengkaji sejarah dari aspek sosiologi.
Beliau menggunakan pendekatan ini untuk mengumpulkan maklumat berhubung dengan
kehidupan sosial umat Islam. Menurut beliau, sejarah menentukan peristiwa-peristiwa luaran
manakala ilmu sosiologi menerangkan aspek dalaman, iaitu sifat-sifat semula jadi. Kaedah
penyelidikan beliau mirip kepada kaedah sosiologi menghasilkan sejarah khas yang
mengandungi dua kualiti, iaitu zahir dan batin. Dalam aspek batinnya, beliau dapat memberikan
penjelasan dan pengetahuan yang mendalam tentang sesuatu peristiwa dan sebabnya.

Ibn Khaldun juga memberikan sumbangan dalam bidang teori dan pendekatan sejarah.
Beliau telah memperkenalkan pendekatan multi disciplinary dalam pengkajian sejarah. Beliau
menggunakan disiplin lain seperti geografi dan sosiologi dalam kajian beliau. Penggabungan
ilmu atau disiplin ini membantu dalam memberikan satu penilaian yang kritis terhadap peristiwa
sejarah.

Ibn Khaldun merupakan seorang tokoh sejarah yang dapat menjelaskan sebab ahli-ahli
sejarah sering bersikap berat sebelah dan tidak ada tafsiran yang jujur. Antara alasan beliau ialah
wujud semangat kepartian yang menghalang pertimbangan yang waras. Selain itu, kegagalan
dalam memahami sumber kerana tidak mengesahkan sumber tersebut. Seterusnya ialah
kegagalan untuk menempatkan sesuatu kejadian dalam hubungan yang sebenar.

Kesimpulannya, ketokohan Ibn Khaldun dalam bidang pensejarahan tidak dapat


dinafikan. Hasil karyanya memberikan sumbangan besar kepada peradaban manusia. Beliau
meletakkan asas bagi perkembangan sejarah bercorak saintifik.

15. IBN MAJID BANYAK MEMBERI SUMBANGAN DALAM BIDANG


PENEROKAAN. BINCANGKAN.

PENDAHULUAN Nama sebenar Ibn Majid ialah Shihab al-Din Ahmad bin Majid al-Najdi. Beliau
dilahirkan di Julphar (Oman) dan merupakan pelajar Arab terkemuka pada abad
ke-15 M. Beliau berasal daripada keturunan ahli pelayaran yang mahir tentang
Laut Merah. Datuk dan bapanya mahir dalam bidang pelayaran dan menjadi
guru ilmu pelayaran. Bapanya juga telah menghasilkan buku tentang pelayaran
yang menceritakan tentang keadaan lautan sekitar kawasan Hijaz. Keadaan ini
menarik Ibn Majid mendalami ilmu pelayaran dan menjadikan beliau mahir
mengemudikan kapal pada usia 17 tahun. Selain mempelajari bahasa dan
agama, beliau juaga belajar matematik Arab dan India dan ilmu geografi serta
astronomi. Beliau digelar ‘Singa Laut’ kerana kemahiran beliau belayar di
Lautan Hindi. Beliau juga telah menghasilkan 40 buah karya yang
membahaskan bidang pelayaran, perjalanan bintang, angin dan ombak.
FAKTA Kitab al-Fawa'id fi Usul Ilmi al-Baha wa al- Qawa'id
Sumbangan beliau dalam bidang penerokaan ialah melalui karya al-Fawa'id fi
usul ilmi al-Baha wa al-Oawa'id atau Buku Pedoman tentang Prinsip dan
Peraturan Pelayaran.
HURAIAN/ Ibn Majid dianggap tokoh Islam terawal yang menulis tentang ilmu Kelautan.
CONTOH Buku  al-Fawa’id fi Usul Ilmi al-Baha wa al-Qawa’id yang bertarikh 1490 M
ini merupakan sebuah ensiklopedia pelayaran. Karya tersebut mempunyai 12
buah bab dan dihasilkan dalam bentuk prosa. Tujuan karya ini dihasilkan adalah
untuk memperbaiki dan memperbetulkan kesilapan catatan-catatan yang telah
dilakukan oleh pelayar-pelayar sebelumnya.
Buku ini mengandungi teori dan praktikal yang diperlukan oleh pemandu kapal
laut di Laut Merah dan Lautan China. Beliau telah menulis maklumat tentang
kedalaman laut, kawasan pantai, batu karang, pulau, pelabuhan, angin, dan
semua data yang diperlukan oleh pemandu kapal.
Contohnya, dalam karya tersebut menceritakan tentang permulaan pelayaran,
jarum magnet, bintang, bulan, kompas, laluan lautan Hindi, 10 buah pulau yang
paling terkenal Pulau Jawa, Sumatera dan Ceylon, monsun yang sesuai bagi
pelayaran berserta tarikh mengikut perkiraan bangsa Parsi dan tentang Laut
Merah.
PENEGASAN ISI Kesannya, beliau telah membantu pelayar dalam menjalankan ekspedisi
pelayaran mereka.
FAKTA Kitab Hawiyat al-Ikhtisar fi usul 'Ilm al-Bihar
Seterusnya, sumbangan Ibn Majid adalah menghasilkan kitab Hawiyat
al-Ikhtisar fi Usul 'Ilm al-Bihar pada tahun 866 H.
HURAIAN/ Jelas menunjukkan dalam karya tersebut telah menceritakan mengenai ilmu
CONTOH tarikh, bahasa, bintang serta ilmu berkaitan laut. Kitab ini juga berkisar tentang
laut di pantai Arab, China, Teluk Parsi, Lautan Hindi, Hijaz, Syam dan Afrika
serta pelabuhan, garis lintang dan ilmu astronomi.
Hasil karya Ibn Majid dalam bidang pelayaran berjumlah 25 buah dan diiktiraf
sebagai buku penting dalam bidang astronomi dan geografi nautika pada Zaman
Renaissans dan sebelumnya.
Misalnya, kitab beliau masih lagi membincangkan tentang ilmu laut.
PENEGASAN ISI Akibatnya, beliau dapat memberi ilmu pengetahuan yang amat berguna kepada
pelayar tentang bahasa, tarikh dan bintang serta laut. Keadaan ini membuktikan
bahawa umat Islam telah mencapai kemajuan tinggi dalam bidang nautika dan
pelayaran sehingga abad ke-15 M.
FAKTA Karya Qadidah Makkiyah
Selain itu, sumbangan Ibn Majid adalah Qadidah Makkiyah.
HURAIAN/ Hal ini dapat dilihat melalui karya beliau yang telah menceritakan tentang Laut
CONTOH Merah dari Jeddah ke Tanjung Fartak, Calicut, Gujerat dan Hormuz dengan
lebih terperinci.
Umpamanya, beliau menceritakan tentang selatan Semenanjung Tanah Arab.
PENEGASAN ISI Kesannya, pelayar dapat mengetahui laluan perjalanan dengan lebih jelas dan
tepat.
FAKTA Penunjuk arah kepada pelayar Barat
Sumbangan Ibn Majid ialah menjadi penunjuk arah kepada pelayar Barat.
HURAIAN/ Hal ini dapat dilihat apabila beliau telah membantu seorang pelayar Barat pada
CONTOH 1498 sehingga beliau digelar 'Malembo Canaqua' oleh Portugis.
Dengan bantuannya, ekspedisi tersebut berjaya mengharungi Lautan Hindi
dengan mudah. Namun, semasa pasukan tersebut balik semula ke Malindi tanpa
bantuan Ibn Majid, mereka memerlukan masa berbulan-bulan untuk tiba
sehingga mengalami kebuluran.
Contohnya, beliau telah membantu Vasco Da Gama dari Malindi, pantai timur
Afrika ke Calicut, India. Malahan, beliau juga telah menghasilkan lakaran peta
laluan laut antara Eropah denga India yang telah digunakan oleh pelayar
Eropah.
PENEGASAN ISI Ironinya, kejayaan misi ini menjadikan beliau dihormati oleh pelayar Barat dan
dikenali oleh seluruh lapisan masyarakat.
KESIMPULAN Kesimpulannya, sumbangan Ibn Majid dalam bidang pelayaran dan geografi
telah merangsang tokoh-tokoh pelayar Islam yang lain serta gambaran kepada
masyarakat sejagat. Tinggalan dan timbunan ilmu dapat kita warisi pada hari ini
dan menunjukkan bahawa umat Islam telah mencapai kemajuan tinggi dalam
bidang seni nautika dan pelayaran sehingga abad ke-15.

SOALAN 16: HURAIKAN CIRI-CIRI SENI BINA ISLAM KERAJAAN MOGHUL DI


INDIA DARI ABAD KE 16 HINGGA 17 MASIHI

Pendahuluan

● Seni bina ialah, bidang seni untuk mendirikan bangunan, reka bentuk dan reka letak yang dibina
oleh manusia. Seni bina Islam merupakan satu daripada cabang kebudayaan dan kesenian Islam.
● Seni bina ini juga merupakan hasil usaha dan kreativiti orang Islam untuk memenuhi keperluan
rohani dan jasmani. Zaman Kerajaan Moghul di India memperlihatkan perkembangan seni bina yang
menggabungkan seni bina Arab dengan seni bina tempatan dan Parsi.
3. Terdapat pelbagai ciri seni bina Islam pada zaman Kerajaan Moghul di India.

Isi- isi utama


Ciri-ciri Seni Bina Islam

1. Pengaruh luaran dalam seni bina tempatan


● Dipengaruhi oleh budaya dan persekitaran, agama dan cuaca
● Turut dipengaruhi seni bina Arab, Turki dan Parsi
● Contohnya Masjid Lapan Mutiara yang terdapat di Agra. Menaranya dihiasi dengan
kaligrafi Arab. Manakala kubahnya merupakan gabungan kubah gaya Parsi dan
tempatan dengan bentuk baharu berupa bunga teratai dengan puncak yang meruncing
● Kubah utama Taj Mahal pula direka oleh Ismail Khan dari Turki
● Tegasnya, gabungan pengaruh tersebut telah menjadikan seni bina pada masjid
khususnya kelihatan indah dan unik.
2. Motif corak hiasan
● Corak hiasan bermotifkan ukiran dan kaligrafi ayat-ayat al-Quran di istana dan masjid
● Ukiran pada seni bina ini bermotifkan dakwah
● Kebanyakan corak hiasan seni bina Islam di India mencerminkan simbolik antara alam
sekitar dan tanda-tanda keagungan Tuhan yang dibentuk berdasarkan jambangan
bunga dan bentuk geometri
● Contohnya; ayat-ayat al-Quran yang menjadi hiasan utama pada dinding Taj Mahal
terdiri daripada Surah Yasin, Surah Zumar, Surah al-Mulk dan Surah al-Ikhlas.Huruf
khat Thuluth menjadi seni huruf utama yang digunakan.
● Hampir keseluruhan Masjid Jamek pula dihiasi dengan kaligrafi al-Quran terutama
pada mimbar di mihrab
● Kesan daripada keindahan tersebut dapat memukau setiap pengunjung dan
mewujudkan suasana yang harmoni serta tenang.

3. Bahan binaan
● Bahan binaan terdiri daripada batu dan kayu sebagai sumber asas
● Kebanyakan bahan binaan adalah mahal dan berkualiti seperti batu marmar dan
batu-batuan merah
● Batu-bata dijadikan asas binaan bangunan-bangunan yang terdiri daripada pelbagai
saiz
● Susunan bangunannya pula selari mengikut grid-grid tertentu
● Perhiasan pada permukaan dinding bangunan dihiasi dengan lukisan mozek dan bahan
seramik serta lukisan-lukisan daripada teknik stucco
● Contohnya; bumbung, kubah dan menara Taj Mahal diperbuat daripada marmar
berwarna putih serta seni mozek yang indah. Sebanyak 43 jenis batu permata termasuk
berlian, jed, kristal, topaz dan nilam digunakan
● Contoh lain ialah Istana Fatehpur Sikri yang didirikan oleh Maharaja Akbar dibina
daripada batu merah yang disusun dengan saiz yang agak besar
● Penggunaan bahan-bahan binaan tersebut dapat menjamin keindahan yang
menakjubkan serta kukuh sehingga berabad-abad lamanya.

4. Kompleks pelbagai guna


● Pembinaan istana dan masjid dalam sebuah kompleks yang mengandungi pelbagai
kemudahan
● Contohnya, Kompleks Fatehpur Sikri iaitu merupakan sebuah bandar. Kompleks ini
mengandungi istana, pentadbiran dan perbendaharaan, bangunan sekolah, kawasan
permainan, masjid, gerbang, tempat persinggahan musafir, dewan, rumah-rumah
pekerja, hospital dan bilik rekod
● Contoh lain ialah Kota Agra yang mengandungi pelbagai kemudahan termasuk masjid
dan istana serta Istana Taj Mahal yang terdapat bahagian makam, dewan, taman
rekreasi, masjid dan menara tinjau
● Jelaslah bahawa seni bina Islam bukan sahaja unik dan istimewa tetapi juga
menyediakan pelbagai kemudahan.

5. Ciri keselamatan
● Seni bina Islam juga menitik beratkan ciri keselamatan
● Terdapat pintu gerbang yang terpisah oleh sebuah lorong dan kawasan lapang yang
memisahkan pintu gerbang kedua dengan bangunan istana. Contohnya; istana di
Fatehpur Sikri. Manakala istana Taj Mahal pula mempunyai menara tinjau.
● Tegasnya, ciri-ciri keselamatan juga diberi keutamaan untuk mengelakkan sebarang
ancaman.

6. Menara tinggi yang dihiasi indah


● Bangunan masjid zaman Kerajaan Moghul turut dilengkapi dengan menara-menara
yang dihiasi indah
● Menara Qutubminar yang mencecah 70 meter tinggi dan terdiri daripada lima tingkat
● Selain itu terdapat empat menara yang mempunyai ketinggian lebih kurang 46 meter
menghiasi setiap penjuru Taj Mahal
● Masjid Jamek pula mempunyai dua menara setinggi 40 meter dan terdapat tiga pintu
gerbang utama
● Tegasnya, pembinaan menara yang tinggi menambah keindahan dan keunikannya.

7. Dilengkapi Pancutan air dan taman bunga


● Unsur pancutan air dalam seni bina taman bunga di India membuktikan adanya
pengaruh tamadun Islam khasnya Arab
● Kebanyakan bangunan istana Kesultanan Moghul dihiasi taman-taman bunga yang
indah dihiasi pancutan air
● Contohnya, pada zaman pemerintahan Syah Jehan banyak taman-taman bunga
didirikan seperti Taman Bunga Shalamah di Lahore, Taman Dara Shikoh di Kashmir
dan Taman Shalamar Bagh di Delhi. Taj Mahal pula didirikan di hujung sebuah taman
yang luas dengan pintu masuk berbentuk lengkuk awan yang menawan. Seni bina di
India mementingkan keindahan sesuai dengan Islam yang suka akan keindahan dan
kebersihan.

8. Berkonsepkan Masjid
● Setiap masjid mempunyai kubah berbentuk bawang dan bunga teratai yang puncaknya
meruncing.
● Kubah Istana Taj Mahal berbentuk octagon yang diapit oleh empat menara meruncing
● Masjid Jamek Delhi pula mempunyai tiga kubah yang dihiasi marmar hitam dan putih.
Bahagian atasnya berhiaskan emas
● Kubu Kota Merah dilengkapi pembinaan dua buah kubah
● Manakala Makam Humayun mempunyai kubah dan mihrab yang berkonsepkan
masjid.
● Jelaslah bahawa binaan yang berkonsepkan masjid seperti kubah dan mihrab itu dibina
kerana masjid dan tamadun Islam mempunyai ikatan yang sangat kuat.

Kesimpulan
● Terdapat pelbagai ciri seni bina Islam di India zaman kekuasaan Mughal. Seni bina pada zaman
tersebut mengadunkan seni bina tempatan dengan Arab, Parsi dan Turki.
● Kewujudan seni bina yang indah di Moghul membuktikan bahawa agama Islam tidak menolak
bidang kesenian selagi tidak disalahgunakan.

SOALAN 17 : MERUJUK KEPADA EMPAT BUAH BANGUNAN YANG TERDAPAT


PADA ZAMAN KERAJAAN MUGHAL, BINCANGKAN KEUNIKAN BANGUNAN
BERKENAAN.

Pendahuluan

1. Pada abad ke-19 India diperintah oleh kerajaan Islam Mughal yang mengambil alih
kerajaan Kesultanan Delhi. Kerajaan Mughal memerintah India dari tahun 1526 sehingga
tahun 1857.
2. Seni bina merupakan salah satu kegiatan seni yang digalakkan oleh agama Islam
disebabkan sifat agama Islam yang menyukai sesuatu yang indah.
3. Seni bina Mughal menduduki tempat yang paling penting dalam sejarah seni bina India,
Sultan Akhbar dan Syah Jehan merupakan raja yang aktif dalam menyumbang
perkembangan seni bina Islam pada zaman Mughal.
4. Antara keunikan seni bina Mughal ialah kubah berbentuk bulat, menara tinggi, tiang-tiang,
laman terbuka, dll. Batu pasir merah digunakan untuk pembinaan bangunan-bangunan
di peringkat asal manakala marmar putih digunakan pada zaman kemudian di mana
penekanan lebih diberikan kepada mencantikkan bangunan menggunakan reka
bentuk berwarna, batu mahal, air emas dan perak serta ukiran-ukiran kecil.
5. Antara empat buah bangunan yang sangat unik seni bina pada zaman kerajaan Mughal ialah
istana Taj Mahal, Kubu di Agra, Makam Humayun dan Masjid Jama.

Isi- isi utama

(Keunikan bangunan Istana, kubu, Makam dan Masjid)


1. Bangunan Istana Taj Mahal
● Binaan yang paling mengagumkan pada zaman kekuasaan kerajaan Moghul iaitu Taj
Mahal yang dikenali ‘Dream in Marble’. Bangunan ini dibina di Agra sebagai tanda
cinta dan kasih Syah Jehan dan isterinya, Mumtaz Mahal. Bangunan ini didirikan
dihujung sebuah kolam yang luas dengan pintu masuk berbentuk lengkuk awan yang
menawan.
● Di bangunan tersebut juga didirikan masjid-masjid yang seolah-olah mempunyai tiga
hingga tujuh buah mihrab yang dibina bersebelahan. Terdapat juga masjid-masjid lain
yang berdinding tebal, tiada tingkap, dan dibuat kosong tanpa sebarang hiasan.
Identitinya hanya terlihat pada kubahnya yang runcing sahaja.
● Dari segi bahan binaan pula, kebanyakannya mahal dan bermutu tinggi. Bumbung,
kubah dan menara Taj Mahal diperbuat daripada marmar putih serta seni mozek yang
indah. Sebanyak 43 jenis batu permata termasuk Berlian, Jed, Kristal, Topaz dan Nilam
telah digunakan untuk menghasilkan bangunan yang diiktiraf salah satu daripada
tujuh keajaiban dunia
●  Keunikan Taj Mahal ialah mempunyai taman yang indah yang dibina seluas 300meter
yang membahagikan empat quadrant kepada 16 taman bunga. Sebuah kolam air
marmar yang ditinggikan dibina di tengah-tengah taman, di separuh perjalanan
daripada Makam dan Pintu Gerbang. Kolam air marmar ini dipanggil sebagai
”al-khawd al-khawthar” yang merujuk kepada “Telaga Al-Khausar” atau “Tank of
Abundance” di syurga yang dikhabarkan oleh Nabi Muhammad. Di sekeliling taman
dihiasi dengan pokok-pokok dan juga pancuran air. Taman Parsi ini adalah simbolik
kepada empat sungai yang mengalir di syurga (Jannah) dan mengilustrasikan
taman-taman syurga. 
● Keunikan Taj Mahal juga kerana warnanya. Taj mahal dapat merubah suasana hati para
pengunjungnya dengan berubahnya warna pada waktu yang berbeza. Pada waktu
subuh, marmar akan berwarna merah muda, di tengah hari marmar ini akan berwarna
putih berkilat, dan pada petang hari warnanya akan berubah menjadi warna mutiara
yang lembut. Pada bulan purnama, bintang di langit akan berkerlipan. 
● Pada musim hujan, awan mendung akan memberikan kesan warna biru. Warna biru ini
akan muncul dan hilang seperti bayangan yang melayang di atas kabus. Marmar di
dalam Taj mahal boleh menjadi kuat, mudah pecah dan ringan, boleh juga menjadi
putih, kekuning-kuningan, kelabu, dan juga emas. Berbagai wajah Taj Mahal
menandakan bahawa Taj Mahal dibangunkan dengan arkitektur yang hebat. 
● Taj Mahal adalah sebuah karya arkitektur yang sempurna yang menjadi inspirasi bagi
para penyair, pelukis, dan pemusik untuk mencuba dan menyematkan dalam kata,
lukisan, dan lagu. Taj Mahal merupakan seni Islam di India dan merupakan salah satu
karya agung warisan dunia yang mengagumkan. 

2. Bangunan Kota Merah, Delhi (Kubu Merah/Red Fort)


● Kota Merah atau nama sebenarnya Lal Qil’ah atau Qila-Mubarak (Kota yang
dirahmati). Kota ini ialah istana bagi Maharaja Moghul serta menjadi pusat
pentadbiran Delhi sehingga tahun 1857.
● Penggunaan warna batu bata merah yang memperlihatkan skema warna ‘Monokrome’
digunakan untuk membinanya.
● Kota atau kubu ini terletak kira-kira 2.5km dari Taj Mahal terletak di tepi Sungai
Jumna.Pembinaannya bermula pada 1638 oleh pemerintah Moghul
ke-5,Maharaja Shah Jahan (orang yang sama membina Taj Mahal) dan mengambil
masa selama 10 tahun untuk disiapkan (1648)
● Kota Merah ialah binaan kubu sepanjang 2km yang pernah berfungsi sebagai tembok
pertahanan terpenting penduduk Kota Delhi daripada serangan sejak zaman-berzaman.
Kubu ini dibina dengan sungai menakung air disekelilingnya sebagai benteng
pertahanan daripada dicerobohi musuh.
● Monumen ini memperlihatkan seni bina campuran daripada keindahan seni bina Parsi
dan bentuk-bentuk seni bina India. Selain itu, bengunan yang diiktiraf sebagai Tapak
Warisan Dunia UNESCO itu juga adalah bekas kediaman keluarga diraja Moghul.

3. Masjid Jama, Delhi


● Tidak jauh dari Kota Merah (Red Fort) tersergam indah sebuah masjid dari kurun
ke-17 iaitu Masjid Jama yang dibina oleh pemerintah Moghul yang sama iaitu Shah
Jahan untuk puterinya Jahanara Begum. Maharaja Shah Jahan dikatakan meletakkan
batu asas masjid ini di puncak sebuah bukit pada tahun 1650.
● Nama asal Masjid Jama ialah I Jahan Numa (dalam bahasa parsi bermaksud Masjid
Cermin Dunia) dan kini lebih dikenali dengan nama Masjid Jama. Masjid ini terletak
di atas sebuah bukit yang dikenali sebagai Bhojla kerana maharaja mahukan monumen
masjid ini lebih tinggi kedudukannya daripada takhtanya di dalam Kota Merah yang
terletak berhadapan dengan Masjid Jama.
● Kehebatan binaan itu kekal sehingga hari ini sebagai masjid terbesar di India yang
menjejaki usia 356 tahun atau satu-satunya masjid yang mempunyai Iman Diraja untuk
mengetuai sembahyang semenjak 13 generasi. Pembinaan Masjid Jama yang
memakan masa selama 6 tahun dengan kerahan tenaga seramai 5000-6000 penduduk
Islam dan masjid ini dapat disiapkan pada tahun 1656.

4. Bangunan Makam Humayaun


● Makam ini merupakan taman dan sekali gus makam yang pertama yang dibina di
India, terletak di Delhi.
● Makam ini dibina pada 1564 oleh Haji Begum, isteri kepada Raja Humayun. Ianya
dibina di bandar Din Panah 8 tahun selepas kematian Humayun.
● Arkitek bangunan ini ialah seorang Parsi bernama Mirak Mirza Ghiyas, seorang
arkitek Parsi.
● Makam ini merupakan struktur pertama yang menggunakan batu merah pada skala
seperti kompleks.
● Kubah makam ini merupakan contoh pertama kubah berganda di India iaitu kubah
dengan dua cengkerang, bahagian luarnya menyokong bingkai marmar dan
memberikan bentuk yang tinggi dari bahagian luar dan bahagian dalamnya untuk
mewujudkan bahagian yang lebih baik dengan ruang di bawah.
● Bahagian dalam bilik makam ini terbahagi kepada kumpulan-kumpulan petak. Petak
terbesar mengandungi Tugu Peringatan Maharaja dan petak kecil di bahagian setiap
sudut untuk ahli keluarganya. Setiap bilik berbentuk segi lapan dan mereka
bersambung antara satu sama lain dengan laluan pepenjuru.

Kesimpulan

● Sememangnya kerajaan Moghul mempunyai keunikan dan kemegahan seni bina. Ia bukan
sahaja menggunakan bahan yang kukuh bahkan yang paling unik menggabung nilai-nilai
kesenian Islam dengan unsur tempatan Parsi.
● Seni bina yang terdapat pada zaman kerajaan Moghul banyak mengadunkan seni bina
tempatan dan Parsi yang mementingkan keindahan.
● Kewujudan seni bina tersebut membuktikan bahawa agama Islam tidak pernah menolak
bidang kesenian malah membuktikan bidang tersebut sebagai lambang kemegahan kerajaan
pada masa tersebut.

Anda mungkin juga menyukai