Anda di halaman 1dari 3

Jawap soalan dengan ringkas.

1.Siapakah orang yang memperkenalkan


gerakkan senaman bermuzik?

- Dr Kenneth Cooper

2. Apakah konsep senamrobik?


Senamrobik adalah gabungan aerobik dan
senaman. Lazimnya dilakukan beramairamai.
Senaman ini menggunakan gerakan otot yang
merangkumi komponen memanaskan badan,
menyejukkan badan dan regangan diringi
muzik. Koreografi adalah seni merancang dan
menyusun pergerakan. Perlu memahami dan
menguasai teknik dan sistem pengajaran
supaya dapat menyusun senamrobik dengan
mudah. Keupayaan mempelbagaikan gerakan yang unik dan menyeronokkan adalah langkah
awal ke profesional.

3. Berikan 3 kelebihan bersenamrobik.


• Memperkuatkan otot yang terlibat dalam sistem pernafasan.
• Memperkuatkan dan memperbesarkan otot
jantung.
• Mengurangkan tekanan darah tinggi.
• Menaikkan jumlah sel-sel darah merah dalam
badan dan pengangkutan oksigen.
• Mengurangkan tekanan emosi.
• Mengurangkan risiko diabetis.
• Membakar lemak.
4. Apakah ciri-ciri yang perlu ada pada seorang
instruktur senamrobik?
• Yakin diri
• Berminat dan bersemangat mengajar
• Sentiasa berbudi bahasa dan ceria
• Bijak berkomunikasi
• Mempunyai suara yang kuat dan jelas
• Berpengetahuan semasa tentang senaman dan
kecergasan
• Bersikap profesional dan beretika

5. Sila terangkan 'BEAT', 'PHRASE' & 'BLOCK'.


Beat - Adalah bunyi denyutan muzik berulangkali. Kita boleh mengenal pasti dan
mencantumkan ‘beat’ seperti membentuk susuan ayat. Muzik yang biasa digunakan
mempunyai 32 ‘beat’ berterusan.
Phrase - Adalah seperti susunan ayat dalam satu baris lagu. 1 ‘phrase’ mempunyai 8 ‘beat’.
Block - Adalah seperti rangkap dalam lagu. Di dalam satu ‘block’ mempunyai 4 phrase.
Memahami ‘block’ adalah penting untuk menjadikan pergerakan senamrobik lebih tersusun.

Anda mungkin juga menyukai