Anda di halaman 1dari 41

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN


SEKOLAH PENDIDIKAN SEM II SESI 2019/2020

KAEDAH MENGAJAR PTV


SPPE2012

PORTFOLIO PENGAJARAN

NAMA KHAIRUL MIRZA BIN ROSLI

NO. MATRIK A18PP3029

NO. IC 980428-01-5833

PENSYARAH :

DR MOHD ZOLKIFLI BIN ABD HAMID


SEMESTER 2
2020

1
ISI KANDUNGAN

BILANGAN KANDUNGAN HALAMAN


1 PENGENALAN 3
2 LATAR BELAKANG DIRI DAN 4-7
KELUARGA
3 LATAR BELAKANG AKADEMIK 8-9
4 TANGGUNGJAWAB 10 -12
PENGAJARAN
5 FALSAFAH PENDIDIKAN 13 - 14
6 OBJEKTIF PENGAJARAN 15 - 17
7 KAEDAH PENGAJARAN 18 - 21
8 KETERANGAN BAHAN 22 - 23
PENGAJARAN
9 USAHA MEMPERBAIKI 24 - 25
PENGAJARAN
10 PENILAIAN PENGAJARAN 26 - 33
11 REFLEKSI KENDIRI 34 - 35
12 LAMPIRAN 36 - 42

PENGENALAN

Pendidikan menurut diri saya merupakan satu proses usaha sistematik untuk
menyampaikan ilmu pengetahuan,nilai,sikap dan kemahiran. Menurut Falsafah Pendidikan
Negara, Pendidikan adalah suatu uasaha berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi

2
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Bagi mencapai kualiti dan keberkesanan dalam Pendidikan melalui proses
pengajaran dan pembelajaran, pendidik atau tengaga pengajar perlu memberikan usaha
inisiatif atau komitmen yang tinggi.

Justeru, sebagai seorang bakal pendidik yang amat mementingkan kualiti Pendidikan,
saya perlu menyediakan satu portfolio pengajaran bagi memberi bayangan atau bukti contoh
kualiti pengajaran di dalam kelas atau kuliah. Di dalam sebuah kandungan portfolio, ia
mengandungi maklumat-maklumat pendidik atau tenaga pengajar seperti biodata,latar
belakang diri,latar belakang akademik,tanggungjawab pengajaran,falsafah pengajaran,
objektif pengajaran dan sebagainya. Di samping itu, portfolio pengajaran juga merupakan
salah satu cara atau kaedah yang boleh digunakan untuk menunjukkan pencapaian pengajaran
mereka. Selain itu, Portfolio pengajaran juga boleh digunakan untuk membantu penilaian
demi pembangunan professional seseorang pendidik atau tenaga pengajar itu sendiri.

Oleh itu, sebagai seorang pelajar yang bakal bergelar seorang guru atau pendidik, saya
perlu menitik beratkan keberkesanan dalam pengajaran bagi mewujudkan proses Pengajaran
dan Pembelajaran yang Berjaya. Saya perlu mengenalpasti objektif pengajaran,kaedah
pengajaran,keterangan bahan pengajaran, usaha-usaha dalam memperbaiki
pengajaran,penilaian pengajaran dan hasil pengajaran. Segala perkara ini perlu saya buktikan
melalui portfolio pengajaran.

LATAR BELAKANG DIRI DAN KELUARGA

Nama Khairul Mirza Bin Rosli


Tarikh Lahir 28/04/1998
Tempat Lahir Hospital Sultanah Fatimah, Muar, Johor
Alamat Pos 649 Empangan Lima Batu 7 ½ Kesang, Muar, Johor
Jantina Lelaki

3
Warganegara Malaysia
Bangsa Melayu
Agama Islam
Status Bujang
Pekerjaan Pelajar

Nama Rosli Bin Jamali


Hubungan Ayah
Tarikh Lahir 5/06/1962
Tempat Lahir Hospital Sultanah Fatimah, Muar, Johor
Alamat Pos 649 Empangan Lima Batu 7 ½ Kesang, Muar, Johor
Jantina Lelaki
Warganegara Malaysia
Bangsa Melayu
Agama Islam
Status Berkahwin
Pekerjaan Kontraktor

Nama Hamidah Binti Mohamad


Hubungan Ibu
Tarikh Lahir 3/10/1976
Tempat Lahir Hospital Sultanah Fatimah, Muar, Johor
Alamat Pos 649 Empangan Lima Batu 7 ½ Kesang, Muar, Johor
Jantina Perempuan
Warganegara Malaysia
Bangsa Melayu
Agama Islam
Status Berkahwin
Pekerjaan Suri Rumah

4
Nama Intan Liyana Binti Rosli
Hubungan Kakak
Tarikh Lahir 28/02/1997
Tempat Lahir Hospital Sultanah Fatimah, Muar, Johor
Alamat Pos 649 Empangan Lima Batu 7 ½ Kesang, Muar, Johor
Jantina Perempuan
Warganegara Malaysia
Bangsa Melayu
Agama Islam
Status Bujang
Pekerjaan Pelajar

Nama Fahmi Izwan Bin Rosli


Hubungan Adik
Tarikh Lahir 1/1/2002
Tempat Lahir Hospital Sultanah Fatimah, Muar, Johor
Alamat Pos 649 Empangan Lima Batu 7 ½ Kesang, Muar, Johor
Jantina Lelaki
Warganegara Malaysia
Bangsa Melayu
Agama Islam
Status Bujang
Pekerjaan Pelajar

Nama Airel Hakimi Bin Rosli


Hubungan Adik
Tarikh Lahir 5/12/2006
Tempat Lahir Hospital Sultanah Fatimah, Muar, Johor
Alamat Pos 649 Empangan Lima Batu 7 ½ Kesang, Muar, Johor
Jantina Lelaki
Warganegara Malaysia
Bangsa Melayu

5
Agama Islam
Status Bujang
Pekerjaan Pelajar

Nama Zarif Iskandar Bin Rosli


Hubungan Adik
Tarikh Lahir 3/7/2015
Tempat Lahir Hospital Sultanah Fatimah, Muar, Johor
Alamat Pos 649 Empangan Lima Batu 7 ½ Kesang, Muar, Johor
Jantina Lelaki
Warganegara Malaysia
Bangsa Melayu
Agama Islam
Status Bujang
Pekerjaan -

6
LATAR BELAKANG AKADEMIK

Peringkat Pengajian : Ijazah Sarjana Muda

Nama Institusi Universiti Teknologi Malaysia


Bidang Kursus Teknologi Serta Pendidikan (Elektrik &
Elektronik
Tempoh Pengajian 2019-2022
Pencapaian 3.79

Peringkat Pengajian : Diploma

Nama Institusi Kolej Kemahiran Tinggi Mara Ledang


Bidang Kursus Diploma in Biomedical Electronics
Engineering (Laboratory)
Tempoh Pengajian 2016-2018
Pencapaian 3.79

Peringkat Pengajian : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Nama Institusi Sekolah Menegah Teknik Johor Bahru


Bidang Kursus Kejuruteraan Mekanikal
Tempoh Pengajian 2014-2015
Pencapaian 1A,5B+,1C,3D

7
Peringkat Pengajian : Penilaian Menengah Rendah (PMR)

Nama Institusi Muar High School


Bidang Kursus -
Tempoh Pengajian 2011-2013
Pencapaian 7A,1B

Peringkat Pengajian : Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)

Nama Institusi Sekolah Kebangsaan Kesang


Bidang Kursus -
Tempoh Pengajian 2005-2010
Pencapaian 4A,1B

TANGGUNGJAWAB PENGAJARAN

8
1. DIRI SENDIRI

 Memperoleh kekuatan dalaman utama iaitu agama,nilai dan etika.


 Mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu bermanfaat.
 Sentiasa mengikuti perkembangan semasa.
 Mahir dalam pengurusan pengajaran.
 Mahir dalam merancang pengajaran.
 Mahir dalam Teknik pengajaran.
 Mempertingkatkan kemahiran mengajar dan Teknik mengajar.
 Mahir dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
 Sentiasa meningkatkan kemahiran dalam pengajaran.
 Meningkatkan kemahiran dalam pengurusan masa.
 Mendapatkan Redha dan berkat dalam Rezeki.
 Menyampaikan aqidah dan keimanan yang tulen.
 Membentuk akhlak dan peribadi yang mulia.
 Memperoleh kesejahteraan dari segi jasmani dan rohani.

2. PELAJAR

 Saya akan mendidik dan menyampaikan ilmu yang bermanfaat.


 Saya akan membentuk akhlak, peribadi dan sifat mulia para pelajar.
 Saya akan memupuk sikap dan nilai murni dalam setiap diri pelajar.
 Saya akan menjaga dan menutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar.
 Saya akan bersikap adil dan saksama tanpa memilih atau membeza-bezakan
keturunan,agama,bangsa dan politik.
 Saya akan menjadi “Role Model” dengan menunjukkan perwatakan yang baik
kepada para pelajar.
 Saya akan berusaha memperbaiki kecekapan ikhtisas.
 Saya akan menyampaikan ilmu tanpa mengharapkan sebarang balasan atau
ganjaran.

9
 Saya akan berusaha membimbing pelajar untuk menjadi seorang pemimpin
yang baik.
 Saya Tidak akan mendedahkan sebarang maklumat pelajar kepada orang lain
melainkan atas keizinan keluarga pelajar itu sendiri.
 Saya akan berusaha melahirkan pelajar yang mampu mencapai tahap berfikir
secara kritis dan kreatif.
 Saya akan Sentiasa menjadi seorang yang mudah mesra agar senang didekati
oleh para pelajar.

3. RAKAN SEJAWAT

 Saya akan sentiasa menjaga nama baik seorang guru.


 Saya akan sentiasa berusaha dan berkerjasama untuk menunaikan
tanggungjawab sebagai seorang pendidik.
 Saya akan sentiasa menerima dan memberi nasihat dan teguran kepada guru-
guru lain.
 Saya akan sentiasa bersedia untuk membantu rakan sejawatan dalam isu-isu
kerja terutama kepada mereka yang baru menyertai profesion.
 Saya akan sentiasa menawar dan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.
 Saya akan sentiasa memberi contoh dan tauladan yang baik kepada rakan
sejawatan.
 Saya akan membimbing dan sedia dibimbing demi menjalankan
tanggungjawab seorang guru atau pendidik.
 Saya akan sentiasa menghadiri segala jenis kursus dan mesyuarat atau
perjumpaan yang diadakan.
 Saya akan menghormati rakan sejawatan lain sebagai guru yang professional.
 Saya akan menimba ilmu dari rakan sejawatan yang mempunyai banyak
pengalaman dalam profesion guru demi menjalankan tanggungjawab seorang
guru.

4. ORGANISASI

10
 Saya akan bertanggungjawab dalam sebarang pembangunan sekolah.
 Saya akan melibatkan diri dalam segala mesyuarat dan kursus-kursu yang
diadakan sekolah.
 Saya akan serta,terlibat dan memberi kerjasama di dalam sebarang pertubuhan
di dalam sekolah yang bertujuan untuk pembengunan sekolah.
 Saya akan sentiasa memberikan pandangan dan pendapat demi tanggungjawab
seorang guru dan demi memastikan kemajuan sekolah.
 Saya akan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan sekolah.
 Saya akan mematuhi segala arahan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

5. KOMUNITI

 Saya akan mengawasi serta mengelakkan diri daripada sebarang penyebaran


ajaran yang boleh menggugat serta merosakkan kepentingan pelajar,
masyarakat dan negara.
 Saya akan sentiasa menghormati masyarakat atau komuniti setempat dan
menunjukkan sahsiah dan akhlak yang baik kepada mereka.
 Saya akan menjadi seorang guru yang mudah didampingi dan disenangi
masyarakat.
 Saya akan berusaha untuk melahirkan pelajar yang mempunyai nilai
murni,peribadi mulia,akhlak mulia demi menjadikan mereka sebagai seorang
masyarakat atau komuniti yang mampu berjasa kepada agama,bangsa dan
negara.
 Saya akan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti atau kegiatan komuniti dan
masyarakat.
 Saya akan berusaha meningkatkan hubungan silaturrahim antara saya dan
guru-guru lain terhadap masyarakat dan komuniti.

FALSAFAH PENDIDIKAN

11
Pendidikan adalah merupakan sesuatu perkara yang bertujuan untuk memenuhi
keperluan asas individu untuk mencapai kejayaan dalam hidup masing-masing. Pada
pendapat saya, para pendidik hendaklah sentiasa jelas dengan falsafah pengajaran mereka
sendiri demi mencapai tujuan sebenar Pendidikan itu sendiri. Hal ini bertujuan untuk
melahirkan manusia yang mampu memberi banyak sumbangan kepada keluarga,masyarakat
dan negara. Sebagai seorang pelajar dan bakal pendidik, saya akan memastikan usaha saya
dalam menyampaikan pengajaran akan sentiasa dipertingkatkan bagi memastikan para pelajar
mencapai asas pengetahuan yang kuat dan seterusnya dapat membantu dalam pembentukan
sahsiah diri mereka sendiri.

Sebagai seorang bakal pendidik, saya perlu mengambil langkah inisiatif dalam
memastikan setiap pelajar mendapat Pendidikan yang sewajarnya. Falsafah Pendidikan saya
adalah berlandas dan bersandarkan falsafah Pragmatisme. Falsafah pragmatism menekankan
konsep penyelesaian masalah dan pengalaman yang membawa erti kepada seseorang itu
mempelajari sesuatu berdasarkan pengalaman manusia dan kemudiannya menggambarkan
realiti. Saya berpegang teguh dengan falsafah ini adalah kerana saya percaya seseorang
pelajar itu dapat mengaplikasikan pembelajarannya lebih baik dengan kaedah pembelajaran
secara praktikal yang mana ia berfungsi sebagai pembelajaran berasaskan pengalaman.

Sebagai seorang bakal pendidik, falsafah pendidikan saya yang pertama ialah saya
mesti menguasai mata pelajaran yang bakal saya ajar kepada murid-murid saya. Hal ini
demikian, kerana seseorang guru itu hendaklah menguasai “content knowledge” bagi
memastikan pembelajaran dapat diterima sebaik mungkin oleh setiap murid. Jika seseorang
guru itu tidak begitu menguasai mata pelajarannya, maka bagaimanakah guru tersebut ingin
menyelesai atau menjawab setiap persoalan yang timbul dari murid-muridnya? Oleh itu, saya
juga akan sentiasa menimba pengalaman yang berkaitan dengan mata pelajaran yang saya
ajar agar pengalaman tesebut dapat saya kongsikan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran saya. Ini seiiring dengan falsafah pragmatism yang saya pegang dimana
seseorang itu mempelajari sesuatu dengan lebih baik dan berkesan berdasarkan pengalaman.

Selain itu, saya juga akan sentiasa mencari kaedah-kaedah pengajaran yang paling
berkesan dari semasa ke semasa. Hal ini demikian, kerana sistem Pendidikan yang sering
berubah-ubah menyebabkan seseorang guru itu perlu mencari kaedah pengajaran yang sesuai
mereka gunakan bagi memastikan objektif pengajaran mereka tercapai. Selain itu, ia juga

12
adalah disebabkan setiap murid mempunyai kebolehan yang berbeza-beza dan sudah tentu
kaedah pengajaran yang diperlukan mereka juga berbeza. Pemilihan dan penentuan kaedah
pengajaran dari segi strategi pengajaran,pendekatan pengajaran dan Teknik pengajaran adalah
penting bagi memastikan kefahaman setiap murid.

Falsafah saya yang ketiga adalah berkaitan dengan guru sebagai model pelajar.
Tingkahlaku guru yang baik dan positif mampu untuk membentuk akhlak dan peribadi
seseorang murid itu sendiri. Oleh itu, saya perlu sentiasa menunjukkan contoh dan tauladan
yang baik demi menjadi model pengajaran yang terbaik. Tingkahlaku yang negative dan tidak
sewajarnya ada pada diri seorang pendidik perlu dielak dan dibuang. Contohnya, guru yang
sentiasa memasuk kelas pada lewat waktu,mengeluarkan kata-kata yang kesat pada pelajar
mahupun rakan sekerja dan sebagainya. Perkara negative seperti ini mampu mempengaruhi
perwatakan pelajar-pelajar. Bagi pelajar yang mempunyai masalah dalam pembelajaran, guru
perlu melayan dan menyantuni mereka dengan cara yang sewajarnya agar mereka ini mudah
untuk didekati.

Falsafah Pendidikan saya yang keempat adalah mewujudkan situasi persaingan


pembelajaran secara sihat tidak kira sama ada dalam bidang akademik mahupun bukan. Hal
ini demikian, kerana bagi memastikan setiap pelajar mempunyai usaha dan keinginan untuk
sentiasa menjadi yang terbaik dalam kalangan mereka. Oleh itu, saya sebagai bakal seorang
guru boleh menggunakan kaedah hukuman atau ganjaran. Contoh bagi kaedah ganjaran,
sesiapa yang mampu menyelesaikan tugasan yang diberi akan diberi wang tunai RM2. Secara
tidak langsung, persaingan secara sihat berlaku diantara murid-murid dan mereka akan
berusaha bersungguh-sungguh dalam mendapatkan ganjaran tersebut.

Falsafah Pendidikan saya yang terakhir ialah mendedahkan murid-murid dengan


kaedah pembelajaran secara praktikal. Saya akan menyampaikan pengajaran saya lebih
kepada kefahaman praktikal dan ini selaras dengan falsafah Pendidikan pragmatism yang
saya pegang. Melalui cara pembelajaran praktikal, murid-murid dapat merasakan kedudukan
atau situasi sebenar yang bakal mereka hadapi pada masa alam pekerjaan. Ini juga dapat
membantu mereka dalam persiapan diri untuk mengaplikasikan ilmu yang mereka terima
kepada situasi yang sebenar. Saya percaya bahawa pembelajaran secara praktikal adalah lebih
berkesan berbanding pembelajaran yang hanya menekankan teori semata-mata.

OBJEKTIF PENGAJARAN

13
Di akhir pengajaran saya, pelajar akan dapat :

1. Memahami fakta dan prinsip di dalam topik yang dipelajari.


2. Menterjemahkan kefahaman teori kepada amali.
3. Menjelaskan kaedah dan prosedur.
4. Membincangkan persoalan yang timbul dalam topik yang dipelajari.

Berikut telah dinyatakan objektif pengajaran saya yang akan dicapai oleh pelajar pada
akhir pembelajaran. Objektif pengajaran yang telah dinyatakan adalah berdasarkan Bloom’s
Taxonomy pada aras Kefahaman. Aras Kefahaman pada Bloom’s Taxonomy adalah merujuk
kepada aras kognitif yang melibatkan proses pengembangan pemikiran pelajar. Berikut
adalah penjelasan dan contoh berkaitan objektif yang dipilih berdasarkan aras-aras yang ada
pada Bloom’s Taxonomy:

Saya merupakan seorang guru yang mengajar kelas Elektronik Tingkatan 4. Saya
memilih aras Kefahaman pada Bloom’s Taxonomy bagi objektif pengajaran saya adalah
kerana di dalam kelas Tingkatan 4 Elektronik yang diajar oleh saya mempunyai murid-murid
yang mempunyai kebolehan yang pelbagai atau yang berbeza-beza. Aras kefahaman pada
Bloom’s Taxonomy merupakan aras yang paling sesuai bagi pelajar kelas saya yang
mempunyai kebolehan yang pelbagai kerana ia merupakan kebolehan kognitif yang
melibatkan pengetahuan tanpa situasi yang baru.

Objektif Pengajaran:

14
1. Memahami fakta dan prinsip di dalam topik yang dipelajari.

 Saya memilih ‘Memahami’ pada aras Kefahaman Bloom’s Taxonomy kerana


saya ingin memastikan para pelajar memahami fakta-fakta atau prinsip setiap
topik yang diajar oleh saya. Memahami adalah merujuk kepada sesuatu yang
jelas dan tidak ada sebarang kekeliruan.

2. Menterjemahkan kefahaman teori kepada amali.

 Bagi objektif kedua pula, saya memilih ‘menterjemahkan’ kefahaman teori


kepada amali. Hal ini demikian, kerana seperti contoh, kelas Elektronik
Tingkatan 4 merupakan kelas yang mengambil subjek Pendidikan Teknikal
dan Latihan Vokasional (TVET) yang sudah tentu mempunyai banyak latihan-
latihan kemahiran ataupun amali. Jika objektif Pertama saya telah dicapai iaitu
memastikan pelajar memahami fakta dan prinsip, tiba masanya untuk pelajar
menterjemahkan kefahaman mereka kepada sesuatu yang bakal mereka
lakukan secara ‘Real’ iaitu amali.

3. Menjelaskan kaedah dan prosedur.

 Saya memilih kata kerja ‘Menjelaskan’ dari aras Kefahaman Bloom’s


Taxonomy pada objektif saya yang ketiga adalah kerana bagi memastikan para
pelajar dapat mempelajari pembelajaran sesuatu topik yang diajar oleh saya
dengan lebih berkesan. Sebagai contoh, saya mengajar cara-cara melakukan
pematerian dan kaedah pengajaran yang saya gunakan adalah demonstrasi.
Pelajar-pelajar saya akan lebih memahami dan mereka dapat menjelaskan
setiap satu kaedah atau prosedur untuk melakukan pematerian. Di sini jelas
bahawa objektif pengajaran saya yang ketiga ini iaitu ‘Menjelaskan’ selaras
dengan aras Kefahaman Bloom’s Taxonomy.

4. Membincangkan persoalan yang timbul dalam topik yang dipelajari.

15
 Saya memilih ‘Membincangkan’ pada objektif saya yang terakhir adalah
kerana ia selaras denga naras Kefahaman pada Bloom’s taxonomy yang
merujuk kepada kebolehan memahami sesuatu perkara. Sebagai contoh, saya
mengajar topik jenis-jenis resistor dan nilai rintangannya di dalam kelas saya
dan pelajar dapat memahaminya seperti yang telah dinyatakan pada objektif
saya yang pertama. Jika diberi sebarang permasalahan atau saya menggunakan
kaedah pengajaran Problem based-Learning, pelajar saya yang telah
memahami pengajaran saya dapat “membincangkan” permasalahan atau
persoalan yang diajukan pada mereka. Mereka juga dapat mewujudkan satu
situasi perbincangan Bersama rakan sekelas mereka bagi penyelesaian
masalah tersebut dan ini selaras dengan maslaah kemampuan dan kebolehan
yang berbeza-beza oleh pelajar Elektronik Tingkatan 4 .

KAEDAH PENGAJARAN

16
Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pemilihan atau penetapan kaedah
pengajaran adalah amat penting bagi memastikan matlamat pengajaran tercapai. Kaedah
pengajaran bermaksud tindakan-tindakan yang dilakukan oleh guru dalam mengendalikan
proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah pengajaran juga merujuk kepada satu
perancangan yang dipilih untuk menyelesaikan masalah atau mencapai sebarang matlamat
yang diingini. Di samping itu, pemilihan kaedah pengajaran boleh dipengaruhi oleh
kebolehan para pelajar itu sendiri. Hal ini demikian, kerana kebolehan setiap pelajar adalah
berbeza-beza. Di dalam kaedah pengajaran juga terdapat beberapa teori-teori Pendidikan dan
pendekatan-pendekatan dalam Pendidikan.

Pendekatan pengajaran merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran itu
disampaikan demi mencapai objektif pengajaran. Ia adalah bertujuan untuk memudahkan
kefahaman murid dalam sesuatu pembelajaran yang disampaikan oleh guru. Di samping itu,
pendekatan pengajaran juga mampu membantu guru untuk mengenalpasti masalah atau
kebolehan murid-muridnya.

Selain itu, dalam kaedah pengajaran juga terdapat strategi pengajaran. Strategi
pengajaran merujuk kepada satu kemahiran merancang dan mengurus kaedah dan Teknik
pengajaran untuk mencapai objektif-objektif pembelajaran. Antara contoh strategi pengajaran
adalah berpusatkan murid,berpusatkan guru,berpusatkan bahan dan berpusatkan aktiviti.
Setiap strategi pengajaran ini memainkan peranan tersendiri dan pemilihan strategi
pengajaran adalah amat penting untuk dilakukan dan diteliti secara mendalam demi mencapai
objektif pembelajaran

Kaedah dan Teknik pengajaran juga merupakan kerangka dalam kaedah pengajaran.
Pemilihan Teknik pengajaran juga memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu
dan memastikan kefahaman murid-murid. Antara Teknik pengajaran ialah
demonstrasi,penyelesaian masalah dan sebagainya.

1. TEORI

17
 Pendekatan Pengajaran :

Pendekatan pengajaran yang akan saya gunakan bagi pembelajaran teori


adalah pendekatan pengajaran secara induktif. Pendekatan ini adalah bermula
daripada sesuatu yang spesifik kepada umum. Ia adalah bersesuaian dengan
pembelajaran teori yang membawa maksud kepada pembelajaran berkaitan
prinsip-prinsip am atau asas-asas kasar yang menjadi dasar pembentukan sesuatu
pengetahuan. Dengan cara pendekatan ini, murid akan dibimbing oleh guru untuk
berfikir,menyelesaikan,mengenalpasti dan mentafsir maklumat untuk membuat
sebarang kesimpulan. Selain itu, saya juga akan menggunakan pendekatan
pengajaran secara eklektik bagi pembelajaran secara teori. Hal ini demikian,
kerana setiap murid mempunyai kebolehan yang berbeza-beza. Kaedah ini
merupakan gabungan antara pendekatan pengajaran secara induktif dan deduktif.
Oleh itu, saya boleh mengenalpasti kebolehan pelajar saya dan menentukan
pendekatan pengajaran yang paling sesuai antara kedua-dua pendekatan
pengajaran ini.

 Strategi Pengajaran :

Strategi pengajaran yang akan saya gunakan bagi pembelajaran teori adalah
pemusatan guru. Hal ini membenarkan seseorang guru itu mengawal atau
memantau sepenuhnya proses pengajaran dan pembelajaran. Strategi pengajaran
secara pemusatan guru ini adalah bersesuaian dengan pembelajaran teori kerana
murid akan medengar sepenuhnya syarahan oleh guru dihadapan kelas. Selain itu,
saya juga akan menggunakan strategi pengajaran secara pemusatan murid. Hal ini
demikian, kerana ia dapat membentuk penglibatan murid sepenuhnya secara aktif
dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Jika digambarkan situasi pembelajaran kelas
teori di dalam kelas, apabila tiba waktu aktiviti, murid tidak bergantung
sepenuhnya dengan guru dalam proses PNP. Hal ini kerana mereka akan bergerak
sendiri dengan panduan dan nasihat guru mereka.

 Kaedah dan Teknik Pengajaran:


18
Kaedah dan Teknik pengajaran yang akan saya gunakan bagi pembelajaran
teori adalah kaedah bermain. Pembelajaran teori merupakan pembelajaran asas
atau konsep-konsep dan ia boleh menyebabkan para pelajar bosan. Oleh itu,
dengan kaedah ini, mereka dapat merangsang interaksi social dan emosi dalam
kalangan mereka. Dengan kaedah ini juga, kita dapat membentuk perkembangan
tumpuan seseorang pelajar itu sendiri serta menanamkan minat untuk mereka
mencipta idea dan berfikir. Walaubagaimanapun, kaedah ini akan saya gunakan
dengan cara sebagai satu kesinambungan yang berkaitan dengan topik-topik yang
diajar. Selain itu, saya juga akan menggunakan kaedah bercerita. kaedah ini akan
saya jalankan demi menyampaikan sesuatu maklumat atau mesej yang berkaitan
dengan pembelajaran. Ia merupakan salah satu kaedah yang paling mudah untuk
menyampaikan mesej dan maklumat untuk mudah difahami para pelajar. Secara
tidak langsung, dengan kaedah bercerita ini juga dapat menarik perhatian para
pelajar untuk kekeal fokus di dalam kelas.

2. Amali

 Pendekatan Pengajaran:

Pendekatan pengajaran yang akan saya gunakan bagi pembelajaran amali


adalah secara eklektik. Hal ini demikian, seperti yang kita ketahui dan maklum
kebolehan para pelajar adalah berbeza-beza. Bagi pembelajaran amali adalah
sangat penting untuk memastikan para pelajar faham dan tahu bagaimana cara-
cara untuk menjalankan amali yang bakal mereka lakukan. Pendekatan pengajaran
secara eklektik merupakan satu gabungan di antara pendekatan pengajaran secara
induktif dan deduktif. Dengan cara ini, saya dapat mengenalpasti kebolehan para
pelajar saya dan saya boleh memilih pendekatan pengajaran yang paling sesuai
buat mereka kerana ada kalanya pendekatan pengajaran induktif lebih sesuai
untuk sesetengah murid dan ada kalanya juga pendekatan pengajaran deduktif
lebih sesuai bagi sesetengah pelajar yang lain.

19
 Strategi Pengajaran:

Strategi pengajaran yang akan saya gunakan bagi pembelajaran amali adalah
berpusatkan murid. Hal ini demikian, pembelajaran amali memerlukan kepekaan
dan kefahaman yang mendalam kerana pengendalian aktiviti amali sentiasa
berdepan dengan risiko kemalangan. Oleh itu, bagi memastikan kefahaman yang
tinggi dan sepenuhnya, dengan strategi pengajaran secara berpusatkan murid, guru
bertindak sebagai fasilitator. Hal ini berlaku apabila pengajaran secara teori telah
berlaku. Murid-murid tidak bergantung sepenuhnya kepada guru dan mereka tidak
ada jarak komunikasi antara rakan-rakan mereka. Dengan erti kata lain, strategi
ini membantu para pelajar untuk berkomunikasi dan berkerjasama dengan rakan
mereka untuk saling bertukar-tukar pendapat. Secara tidak langsung, strategi ini
juga mampu mengasah daya pemikiran secara kritis dan kreatif mereka.

 Kaedah dan Teknik Pengajaran:

Kaedah dan Teknik pengajaran yang akan saya gunakan bagi pembelajaran
amali adalah demonstrasi. Jenis kaedah demonstrasi terbahagi kepada tiga iaitu
model hidup, model simbolik dan model persepsi. Saya akan menggunakan
Teknik pengajaran demonstrasi jenis model hidup. Hal ini demikian, kerana bagi
memastikan kefahaman yang mendalam tentang amali yang bakal mereka
lakukan. Demonstrasi jenis model hidup merupakan model sebenar sama ada guru
atau murid yang telah menguasai kemahiran sebagai model hidup untuk
mendemonstrasikan amali berkenaan. Dengan kaedah demonstrasi, murid atau
pelajar akan lebih mudah faham tentang langah-langkah atau cara-cara melakukan
amali tersebut.

20
KETERANGAN BAHAN PENGAJARAN

Bahan Bantu Mengajar Bukan Elektronik :

1. Buku Teks

 Buku teks digunakan sebagai sumber utama pengajaran dan latihan murid-murid.
 Ia merupakan bahan bantu mengajar yang dikarang oleh penulis dan pengarang
tertentu.

2. Gambar

 Gambar digunakan sebagai alat bantu mengajar untuk menarik minat murid-
murid. Gambar yang digunakan mempunyai perkaitan tentang sesuatu topik yang
diajar.

3. Model

 Model yang digunakan adalah merupakan bahan gentian yang menyerupai bahan
sebenar bertujuan untuk memudahkan kefahaman murid-murid.
 Model yang digunakan sebagai alat bantu mengajar terbahagi kepada 3 iaitu:

a) Model Imaginasi :

 Digunakan untuk menggambarkan gambaran tiga dimensi. Ia boleh


diperbuat dari tanah liat,kertas,simen dan sebagainya.

b) Model berskala:

 Digunakan bagi menggambarkan kadar pembesaran dan pengecilan


yang berbeza pada bahan sebenar
21
c) Model Potongan:

 Keratan

Bahan Bantu Mengajar Berbentuk Elektronik:

1. Overhead Projektor (OHP)

 Ia digunakan untuk penyampaian taklimat,keterangan dan pengajaran mengikut


kaedah kuliah.
 Ia juga bertujuan untuk menarik minat pelajar untuk kekal fokus di dalam kelas.

2. Radio

 Ia digunakan untuk pengajaran Bahasa


 Ia juga digunakan untuk meningkatkan kemahiran mendengar murid-murid.

3. Komputer

 Ia digunakan sebagai pengajaran dalam bentuk pembentangan,kuiz, ujian dan


sebagainya.
 Boleh diprogramkan untuk mengajar.

22
USAHA MEMPERBAIKI PENGAJARAN

Proses pengajaran dan pembelajaran yang baik akan menjamin kualiti dan
keberkesanan ilmu pengetahuan yang diajar atau disampaikan. Proses pengajaran dan
pembelajaran ini juga menjadi tonggak utama dalam membentuk atau melahirkan modal
insan yang bermindakan kelas pertama. Pendidikan yang berkesan adalah berpunca dari
penyampainya iaitu guru atau tenga pengajar itu sendiri. Jika Teknik dan kaedah pengajaran
yang digunakan bersesuaian mengikut kehendak, maka proses pengajaran dan pembelajaran
itu berjalan dengan lancar. Namun, pada masa kini telah berlaku banyak perubahan dari segi
intek mahupun teknologi yang menjurus kepada perubahan kepada sistem Pendidikan. Oleh
itu, saya sebagai seorang bakal guru perlu mengambil langkah inisiatif dalam sentiasa
menyediakan perancangan dan usaha penambahbaikan dalam pengajaran demi memastikan
objektif pengajaran saya tercapai.

Pertama sekali, untuk usaha penambahbaikan pengajaran saya bagi jangka panjang,
saya akan mempersiapkan diri saya sepenuhnya melalui cara melengkapkan diri dengan
kemahiran pembelajaran abad ke-21. Ini adalah proses pembelajaran yang berpusatkan murid
berteraskan elemen komunikasi,kolaboratif,pemikiran kritis,dan kreativiti serta aplikasi nilai
murni dan etika. Oleh itu, dalam merealisasikan usaha ini, saya akan menghadirkan dan
melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti dan kursus-kursus berkenaan pembelajaran abad ke
-21. Melalui usaha ini,Saya akan mempelajari Teknik dan kaedah mengajar yang bersesuaian
selaras dengan kehendak pembelajaran abad ke-21. Secara tidak langsung, Teknik dan
kemahiran mengajar saya juga akan bertambah lebih baik dan ini adalah baik untuk jangka
masa yang Panjang sebagai seorang guru. Dalam usaha ini, bagi continuous quality
improvement pula adalah peningkatan pengajaran di peringkat kelas. Hal ini merujuk kepada
setiap institusi Pendidikan hendaklah memainkan peranan penting dengan cara memastikan
setiap guru atau tenaga pengajar mahir dalam penggunaan pelbahagi bahan pengajaran. Pihak
insituti perlu menyediakan platform atau peluang atau menghantar para tenaga pengajar
mereka ke kursus-kursus berkenaan.

Selain itu, bagi usaha penambahbaikan pengajaran saya bagi jangka sederhana pula
ialah saya akan merancang sebaik mungkin segala yang berkaitan pengajaran saya dari
semasa ke semasa. Ini adalah merujuk kepada kaedah pengajaran saya dari aspek pendekatan
pengajaran,strategi pengajaran dan kaedah dan Teknik pengajaran saya manakala perkataan

23
dari semasa ke semasa yang saya sebutkan tadi adalah kerana sistem Pendidikan negara
sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Oleh itu, saya perlu sentiasa bersedia dan merancang
dengan lebih teliti terhadap pengajaran saya. Di samping itu, bagi memastikan usaha
penambahbaikan pengajaran saya dicapai, pihak yang bertanggungjawab perlulah mengambil
langkah proaktif dengan sentiasa memberi pendedahan yang sepenuhnya berkenaan sistem
Pendidikan yang sebenar kepada semua guru-guru di dalam negara. Perkara seperti ini dapat
memastikan guru-guru sentiasa bersedia dengan perancangan pengajaran mereka. Pihak yang
bertanggungjawab juga perlu memastikan guru-guru di dalam negara sentiasa mempunyai
platform yang mudah untuk diakses mereka demi mendapatkan pelbagai Teknik atau strategi
pengajaran yang bersesuaian dengan sistem Pendidikan yang terkini.

Akhir sekali, dalam usaha penambahbaikan pengajaran saya bagi jangka pendek pula,
saya akan mengambil peluang untuk memperbaiki pengajaran saya dengan cara merujuk
kepada guru-guru yang lebih berpengalaman atau lebih mudah difahami sebagai guru
‘Senior’. Mereka sudah tentu telah menempuh pelbagai dugaan dan cabaran sepanjang
tempoh belasan malah puluhan tahun bergelar seorang pendidik. Saya akan mempelajari
pelbagai ilmu baru yang boleh memberi impak positif kepada pengajaran saya. Secara tidak
langsung, hubungan keakraban diantara guru bertambah lebih baik dan ia mampu memberi
sumbangan yang positif buat proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, pihak Kerajaan
atau Kementerian perlu berusaha untuk membentuk dan melahirkan guru-guru yang
bertauliah dan mempunyai pelbagai kemahiran dalam pengajaran agar ia dapat dimanfaatkan
oleh guru-guru lain pada masa akan datang. Bagi memastikan perkara ini terjadi, pihak
Kerajaan dan kementerian perlu meneliti lebih mendalam atau memperketatkan lagi syarat-
syarat keperluan untuk menjadi seorang guru demi memastikan hanya guru-guru yang
bertauliah dan mempunyai ciri-ciri secukupnya sahaja yang boleh berkhidmat sebagai
seorang pendidik di dalam negara.

24
PENILAIAN PENGAJARAN

PENILAIAN FORMATIF

Penilaian formatif merupakan satu penilaian yang dilakukan secara berterusan pada
proses pengajaran dan pembelajaran. Ia adalah bertujuan bagi menilai tahap keberkesanan
pengajaran guru. Selain itu, ia juga adalah bertujuan untuk menilai tahap keberkesanan
pembelajaran pelajar juga bagi setiap tajuk yang diajar. Secara umumnya, penilaian formatif
ini melibatkan penggunaan ujian bagi mengesan dan mengukur kemajuan murid-murid. Ia
dilakukan setelah baba tau tajuk atau topik pembelajaran telah diselesaikan. Melalui cara ini,
saya sebagai bakal pendidik dapat menesan keberkesanan atau kegagalan dalam pembelajaran
pelajar atau murid-murid saya. Hasil dari penilaian formatif ini, sekiranya terdapat kegagalan
yang besar dalam pembelajaran topik atau tajuk-tajuk tertentu, saya akan melakukan
pengajaran semula berkaitan topik atau tajuk berkenaan semula. Di samping itu, hasil
penilaian formatif ini, saya akan menjadikannya sebagai salah satu laporan prestasi dan
maklumat. Melalui kaedah ini, saya dapat mengenalpasti pendekatan,strategi dan Teknik
pengajaran yang sesuai untuk saya gunakan.

Sebagai seorang bakal guru, penilaian formatif yang akan saya gunakan adalah:

1. Sesi Soal Jawab

 Sesi soal jawab merupakan pertanyaan bagi mendapatkan satu jawapan


mengenai sesuatu perkara. Sebelum waktu pengajaran dan pembelajaran
tamat, setelah tajuk yang diajar telah selesai untuk waktu itu, saya akan
membahagikan kelas kepada beberapa kumpulan. Sesi soal jawab ini akan
mereka lakukan secara berkumpulan di mana mereka perlu membincangkan di
dalam kumpulan masing-masing bagi mencari penyelesaian atau jawapan
kepada persoalan yang diajukan. Saya juga akan menggunakan Teknik
pengajaran Ganjaran bagi tujuan menggalakkan keterlibatan setiap pelajar
dalam sesi soal jawab tersebut. Sesi soal jawab ini dilakukan adalah bertujuan
bagi mengesan penguasaan dan kemajuan pelajaran di dalam kelas saya.

25
2. Ujian di dalam kelas

 Setelah tajuk yang diajar telah selesai, sebelum tamat waktu pengajaran dan
pembelajaran saya akan melakukan ujian ringkas di dalam kelas berkaitan
tajuk yang telah saya ajar pada hari tersebut. Ujian tersebut akan saya lakukan
secara individu keterlibatan pelajar adalah semua. Jika tajuk atau topik yang
diajar itu besar dan luas, saya akan mengecilkan skop soalan kepada sub-topik
yang tertentu. Secara tidak langsung, saya dapat memastikan pelajar atau
murid-murid saya dapat menguasai sesuatu subtopik yang tertentu sebelum
pengajaran memasuki kepada topik yang selanjutnya. Ujian ini juga adalah
bertujuan untuk mengesan penguasaan kemajuan pelajar atau murid-murid
dalam pembelajaran bagi membaiki sebarang kelemahan mereka dengan serta
merta.

26
Skema Soalan Ujian Mengikut Penilaian Formatif

27
Skema Jawapan Ujian Mengikut Penilaian Formatif

Nama : kelas :
No. 1 Senaraikan 4 peralatan F1 - Alat pateri 0 1 2 3 4
yang digunakan bagi F2 - Timah
tujuan pematerian. F3 - Penyedut Timah
F4 - Span
F5 - Playar Kacip
(mana-mana 4x1 = 4m)
No. 2 Apakah alat yang F1- Multimeter 0 1 2 3 4
digunakan bagi tujuan
mengira rintangan pada
resistor? (1x2 = 2m)
No .3 Senaraikan 2 Peralatan F1 – Playar Muncung Tirus 0 1 2 3 4
elektronik F2 – Test Pen
F3 – Pemotong Sisi
F4 – Pemutar Skru Rata
F5 – Pemutar Skru Phillips
(mana-mana 4x1 = 4m)

28
PENILAIAN SUMATIF

Penilaian sumatif adalah bertujuan bagi menilai pencapaian akhir pelajar atau murid-murid. Ia
juga merujuk kepada satu ujian formal yang dijalankan bagi mengesan pencapaian dalam tahap
persekolahan. Ujian ini juga dilakukan untuk mengesan tahap pencapaian pelajar atau murid-murid
berdasarkan beberapa unit pembelajaran dan pemeringkatan gred murid ujian. Ia dilakukan secara
formal iaitu kertas dan pensil atau boleh juga dijalankan dengan lisan. Penilaian sumatif dijalankan
pada pertengahan atau akhir tahun. Ia juga dapat membantu dalam menentukan keberkesanan sesuatu
kurikulum. Penilaian sumatif ini lebih menumpukan kepada penilaian tahap penguasaan pelajar atau
murid-murid di dalam sesuatu topik pembelajaran. Di samping itu,ujian ini akan memberikan gred
kepada murid-murid berdasarkan skor atau pencapaian yang dipamerkan dalam peperiksaan yang
diadakan. Penilaian sumatif juga membantu murid atau pelajar dalam meningkatakan pencapaian
mereka secara individu.

Sebagai seorang bakal pendidik, berikut merupakan penilaian sumatif yang akan saya lakukan:

1. Peperiksaan Pertengahan dan Akhir Tahun.

Peperiksaan pertengahan tahun adalah amat penting sekali bagi menguji tahap
kefahaman setiap murid atau pelajar tentang subjek yang telah mereka pelajari selama 6 bulan
yang pertama. Peperiksaan akhir tahun merupakan peperiksaan yang dilakukan pada hujung
atau akhir tahun setelah tamat proses pengajaran dan pembelajaran. Peperiksaan akhir tahun
adalah merupakan penilaian sumatif yang amat penting untuk menentukan dan mengukur
hasil pencapaian murid dalam beberapa unit pembelajaran secara lebih terperinci dan
mendalam. Peperiksaan akhir tahun diterjemahkan dalam bentuk skor dan gred yang telah
ditetapkan. Oleh itu, dengan cara ini ia menjadi perwakilan data yang jelas dalam
menterjemahkan pencapaian murid dalam bentuk kuantitatif. Peperiksaan akhir tahun
mempunyai pelbagai bentuk-bentuk soalan yang diberikan kepada murid-murid atau pelajar
untuk menyelesaikannya seperti contoh soalan objektif,struktur mahupun dalam bentuk essei.

29
Skema Soalan Peperiksaan Penilaian Sumatif

30
Skema Jawapan Peperiksaan Penilaian Sumatif

No Soalan Jawapan No Soalan Jawapan


1 A 21 D
2 A 22 A
3 C 23 C
4 B 24 B
5 D 25 D
6 D 26 A
7 B 27 B
8 A 28 A
9 D 29 A
10 C 30 C
11 B 31 B
12 A 32 A
13 A 33 C
14 A 34 C
15 B 35 B
16 B 36 A
17 D 37 A
18 A 38 A
19 C 39 C
20 B 40 D

31
Pengiraan Markah 40 Soalan Mengikut Penilaian Sumatif

Bilangan % Bilangan %
Betul Betul
1 3% 21 53%
2 5% 22 55%
3 8% 23 58%
4 10% 24 60%
5 13% 25 63%
6 15% 26 65%
7 18% 27 68%
8 20% 28 70%
9 23% 29 73%
10 25% 30 75%
11 28% 31 78%
12 30% 32 80%
13 33% 33 83%
14 35% 34 85%
15 38% 35 88%
16 40% 36 90%
17 43% 37 93%
18 45% 38 95%
19 48% 39 98%
20 50% 40 100%

Pemarkahan Soalan Objektif mengikut Penilaian Sumatif

Soalan Objektif Jumlah Markah Markah Besar


Marka Markah %
h Penuh 88% 100%
Calon
35 40 100

32
REFLEKSI

Refleksi kendiri saya ke atas tindakan saya ialah melalui perlaksanaan portfolio
pengajaran ini, saya telah menggunakan pelbagai kaedah untuk mendapatkan serba sedikit
maklumat bagi menyiapkan tugasan ini. Saya telah merujuk pelbagai jenis rujukan yang
menerangkan tentang perlaksanaan portfolio pengajaran. Di samping itu, saya juga
melakukan beberapa perbincangan bersama rakan-rakan atas isu-isu yang kurang jelas
berkaitan perlaksanaan portfolio ini. Secara tidak langsung, saya telah mempelajari pelbagai
ilmu-ilmu baru sepanjang melakukan tugasan ini. Saya telah mempelajari cara-cara
mendapatkan maklumat dari rujukan-rujukan yang sahih.

Bagi refleksi kendiri semasa tindakan saya, semasa saya melaksanakan tugasan
portfolio ini, saya dapat melatih diri saya untuk berfikir secara maju ke hadapan. Hal ini
demikian,kerana saya yang merupakan seorang pelajar dan bakal guru, perlu meletakkan diri
saya ke dalam situasi sebenar apabila saya telah menjadi seoran guru yang sebenar. Selain itu,
saya juga telah Berjaya melakukan beberapa analisis sepanjang perlaksanaan tugasan ini.
Antaranya ialah, saya melakukan beberapa analisis atau kajian tentang tahap keberkesanan
strategi pengajaran yang berbeza-beza, pendekatan pengajaran dan Teknik pengajaran.
Seterusnya, semasa perlaksanaan tugasan ini, saya juga dapat menimba beberapa pengalaman
baru dalam penghasilan portfolio dan pengalaman yang diperolehi saya ini dapat saya
gunakan pada masa akan datang.

Refleksi kendiri saya untuk tindakan pula, saya akan mempelajari lebih banyak cara-
cara dan Teknik yang betul dalam membuat portfolio pengajaran. Saya akan mengikuti mana-
mana kursus berkaitan yang diadakan dalam atau luat peringkat sekolah atas inisiatif diri saya
sendiri. Di samping itu, saya juga akan mengenalpasti pelbagai kaedah pengajaran yang
sesuai saya gunakan untuk diletakkan di dalam portfolio pengajaran saya pada masa akan
datang antaranya ialah strategi pengajaran,pendekatan pengajaran dan Teknik pengajaran.
Hal ini demikian, kerana ia adalah bertujuan bagi memastikan objektif pengajaran saya
tercapai. Seterusnya, saya juga akan berusaha untuk membuat sebarang analisis bagi
penilaian pengajaran yang sesuai digunakan keatas murid-murid dan pelajar saya. Ini juga
merupakan usaha saya dalam memastikan pencapaian murid-murid saya adalah dalam

33
keadaan cemerlang. Oleh itu, dengan keputusan cemerlang yang ditunjukkan oleh murid saya
boleh saya jadikan sebahagian dari bukti atau laporan di dalam portfolio pengajaran saya.

34
LAMPIRAN

Rajah 1: Gambar Semasa Majlis Konvokesyen

35
Rajah 2: Gambar Transkrip Pengajian Diploma

36
Rajah 3: Gambar Transkrip Pengajian Diploma

37
Rajah 4: Sijil Program Innovate Johor

38
Rajah 5: Sijil Penyertaan SEMS 2.0

39
Rajah 6: Sijil Penyertaan Walk For Hope 2019

40
Rajah 2: Sijil Penyertaan Ficer Walkathon

41

Anda mungkin juga menyukai