Anda di halaman 1dari 9

ANGKA GILIRAN 2019162310079 KOD KURSUS BMM1054

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

BUKU JAWAPAN
PEPERIKSAAN BAWA PULANG JUN 2020

PROGRAM PPISMP AMBILAN JUN 2019 SEMESTER 2

ANGKA GILIRAN 2 0 1 9 1 6 2 3 1 0 0 7 9
NO. K. PENGENALAN 0 0 0 9 0 2 0 3 1 3 3 3
KOD KURSUS B M M 1 0 5 4
TAJUK KURSUS M O R F O L O G I

TARIKH PEPERIKSAAN 10 JUN 2020 MASA 9.00 PAGI – 5.00 PETANG

ARAHAN KEPADA CALON

1. Isikan butiran yang dikehendakidenganjelas.


2. Skrip jawapan anda hendaklah:-
2.1 ditaip dalam Microsoft Words;
2.2 menggunakan font Arial 12;
2.3 langkau 1.5 baris;
2.4 setiap helaian jawapan hendaklah dilabelkan dengan nombor angkagiliran di sebelah kiri header
Dan kod kertas peperiksaan di sebelah kanan header.
3. Anda perlu menghantar jawapan kepada pensyarah melalui e-mel sebelum atau pada masa yang telah
ditetapkan.
4. Anda perlu menghantar peringatan kepada pensyarah tentang penghantaran jawapan tersebut dan
pastikan pensyarah mengesahkan penerimaan jawapan anda.
5. Anda diingatkan untuk menyimpan satu Salinan softcopy dan satu Salinan bercetak sebagai sandaran.
6. Calon yang GAGAL menghantar skrip jawapan pada masa yang ditetapkan adalah dianggap telah
GAGAL peperiksaan berkenaan.
7. Calon yang didapati MENIRU atau melakukan kesalahan PLAGIARISME boleh dikenakan tindakan
TATATERTIB.

1
ANGKA GILIRAN 2019162310079 KOD KURSUS BMM1054

SOALAN 1
Satu bidang linguistik yang mengkaji struktur, bentuk dan pergolongan kata dikenali
sebagai morfologi. Kajian terhadap asas-asas pembentukan suatu kata dengan mengenal
pasti susunan unit-unit kata secara struktur, bagaimana unit-unit kata bercantum hingga
wujudnya struktur kata yang diucapkan merupakan elemen penting dalam apa jua kajian
bahasa. Morfologi turut dikaitkan dengan kajian tentang struktur dan pembentukan
sesuatu kata. Bidang pembentukan kata merupakan subsistem dalam bahasa. Dalam
konteks bahasa melayu, pembentukan kata dipandang sebagai proses mengolah unsur-
unsur bahasa tersebut sehingga menjadi perkataan yang boleh diujar serta difahami oleh
penuturnya. Pada dasarnya, proses pembentukan kata dalam Bahasa Melayu terbahagi
kepada tiga, iaitu proses penerbitan, proses pemajmukan dan proses penggandaan.
Matlamat dalam penulisan ini adalah untuk menghuraikan proses pembentukan kata
melalui pengimbuhan. Tambahan lagi, pembentukan kata melalui pengimbuhan ini
melibatkan proses penerbitan. Kata terbitan ialah bentuk kata yang mengandungi kata
dasar yang mendapat atau menerima imbuhan awalan, akhiran, apitan dan sisipan.
Imbuhan pula ialah bentuk morfem yang tidak boleh hadir bersendirian dalam ayat dan
harus diimbuhkan pada bentuk yang lain yang merupakan kata dasar. Menurut Abdullah
Hassan (2007), kata terbitan merupakan pengimbuhan. Pengimbuhan pula ialah proses
membentuk perkataan. Ia dilakukan dengan mencantumkan imbuhan kepada kata dasar.
Nik Safiah Karim (2010) dalam buku Tatabahasa Dewan menerangkan kata terbitan ialah
bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan iaitu proses
menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Pengimbuhan ini melahirkan bentuk
perkataan yang disebut kata terbitan. Imbuhan terdiri daripada morfem terikat sementara
kata dasar ialah bentuk morfem bebas yang dapat menerima imbuhan.
Proses pengimbuhan yang pertama ialah imbuhan awalan iaitu imbuhan yang hadir
sebelum kata dasar sahaja. Imbuhan awalan hadir sebelum kata dasar. Imbuhan awalan
boleh dibahagikan kepada awalan kata nama, awalan kata kerja dan awalan kata adjektif
berdasarkan golongan kata terbitan yang terhasil. Bagi awalan kata nama, imbuhan yang
digunakan ialah peN-, pe-, peR-, ke-, dan juru-. Contoh perkataan bagi imbuhan awalan
kata nama ialah ‘penari’ yang menggunakan imbuhan awalan peN- yang terbentuk

2
ANGKA GILIRAN 2019162310079 KOD KURSUS BMM1054

daripada kata dasar ‘tari’. Apabila ditambahkan imbuhan awalan pada kata dasar ‘tari’,
huruf ‘t’ digugurkan dan menjadi perkataan ‘penari’. Bagi awalan kata kerja pula, antara
contoh imbuhannya ialah meN-, beR-, teR-, di-, mempeR- dan dipeR-. Contoh perkataan
imbuhan awalan kata kerja ialah ‘berfikir’ yang menggunakan imbuhan beR- yang boleh
bersambung dengan kata kerja ‘fikir’. Seterusnya, terdapat dua imbuhan awalan kata
adjektif, iaitu ter- dan se-. Sebagai contoh, perkataan ‘terbaharu’ yang menggunakan
imbuhan ter- disebabkan perkataan tersebut adalah awalan kata adjektif di mana kata
dasarnya ialah ‘baharu’. ‘Baharu’ merupakan kata adjektif menunjukkan sifat benda yang
kelihatan cantik.
Seterusnya, imbuhan yang kedua ialah imbuhan akhiran. Imbuhan akhiran adalah
imbuhan yang hanya hadir pada akhir kata dasar. Terdapat dua imbuhan akhiran, iaitu
akhiran kata nama dan akhiran kata kerja. Akhiran kata nama terdiri daripada imbuhan
seperti -an, -man, -wan dan -wati. Terdapat hanya satu akhiran kata nama asli, iaitu -an
yang boleh bergabung dengan kata dasar tanpa melibatkan sebarang perubahan huruf.
Contohnya, ‘tamparan’ yang merupakan gabungan kata dasar ‘tampar’ dengan imbuhan -
an dan berlaku tanpa berlaku sebarang perubahan ejaan pada perkataan ‘tampar’. Awalan
kata kerja pula terdiri daripada imbuhan -kan dan -i. Contoh perkataannya ialah ‘tetapkan’
yang menggabungkan perkataan ‘tetap’ dengan imbuhan -kan. Ia menggunakan imbuhan
akhiran kata kerja -kan disebabkan ia adalah kata kerja. Perkataan ‘tetapkan’ merupakan
morfem terikat.
Selain itu, imbuhan apitan juga merupakan salah satu daripada proses
pembentukan kata dalam bahasa Melayu. Imbuhan apitan ialah imbuhan yang
ditambahkan serentak di hadapan dan di belakang kata dasar untuk membentuk
perkataan terbaharu. Imbuhan apitan terdiri daripada apitan kata nama, apitan kata kerja
dan apitan kata adjektif. Apitan kata nama terdiri daripada imbuhan seperti peN-…-an, pe-
…-an, peR-…-an dan ke-…-an. Bagi bentuk apitan peN-…-an, imbuhan tersebut terdiri
daripada empat bentuk, iaitu pe-…-an, pem-…-an, pen-…-an dan peng-…-an. Seperti juga
bentuk awalan peN-, perbezaan bentuk-bentuk apitan itu berdasarkan dua faktor, iaitu
faktor fonologi, iaitu jenis huruf pertama pada kata dasar yang akan bercantum dengan
bentuk apitan itu dan faktor perkembangan dan perancangan bahasa yang menghasilkan

3
ANGKA GILIRAN 2019162310079 KOD KURSUS BMM1054

bentuk-bentuk yang tidak mematuhi kelaziman peraturan fonologi bahasa Melayu. Contoh
perkataan bagi imbuhan apitan kata nama ialah ‘perasaan’ yang menggabungkan kata
dasar ‘rasa’ yang diapit imbuhan pe-…-an. Seterusnya, apitan kata kerja pula terdiri
daripada meN-…-kan, beR-…-kan, beR-…-an, di-…-kan, di-…-i, meN-…-i, mempeR-…-
kan, mempeR-…-i, ke-…-an, dipeR-…-kan dan dipeR-…-i. dalam bahasa Melayu, dapat
dibezakan tiga jenis kata terbitan kata kerja. Jenis kata kerja yang pertama ialah kata
dasarnya boleh menerima awalan meN-, di- atau beR- selain boleh juga menerima apitan
meN-…-kan, di-…-kan, beR-…-an atau beR-…-kan. Contohnya, ‘membaca’ menjadi
‘membacakan’. Jenis yang kedua pula ialah yang kata dasarnya hanya dapat meneripa
apitan men-…-kan, di-…-kan atau ber-…-an dan tidak dapat menerima awalan meN-, di,
atau ber- sahaja. Contohnya, perkataan ‘menjatuhkan’ tidak boleh menerima imbuhan
awalan sahaja yang menjadi ‘menjatuh’. Jenis kata kerja yang ketiga ialah yang kata
dasarnya boleh menerima awalan beR- sahaja dan tidak dapat menerima apitan beR-…-
kan. Contohnya, perkataan ‘beralih’ tidak boleh menjadi ‘beralihkan’. Akhir sekali ialah
apitan kata adjektif, iaitu ke-…-an. Gabungan apitan ke-…-an dengan satu kata dasar
daripada jenis kata nama menerbitkan bentuk kata adjektif yang menunjukkan suatu
keadaan atau sifat kata nama yang diterangkan. Secara umumnya, kata adjektif ini
dihubungkan dengan sifat sesuatu bangsa. Contohnya, perkataan ‘kebaratan’, ‘kecinaan’
dan banyak lagi.
Akhir sekali, dalam pembentukan kata Bahasa Melayu juga terdapat proses
imbuhan sisipan. Imbuhan sisipan ialah imbuhan yang hadir dalam sesuatu perkataan
yang masuk secara menyisip. Imbuhan sisipan terdiri daripada sisipan kata nama, sisipan
kata kerja dan kata adjektif. Sisipan antara ketiga-tiga kata tersebut hampir sama namun
kata dasarnya yang membezakan. Bagi sisipan kata nama, imbuhan terdiri daripada -el-, -
er- dan -em-. Perbezaan bentuk-bentuk itu bukan berdasarkan faktor fonologi tetapi faktor
morfologi, iaitu kelainan bentuk itu bergabung dengan kata dasar yang berlainan. Contoh
perkataannya ialah ‘telapak’ yang menggunakan imbuhan -el- dan kata dasarnya ialah
‘tapak’. Seterusnya, bagi sisipan kata kerja pula terdiri daripada imbuhan -el-, -er- dan -
em-. Dalam bahasa Melayu tidak ada sisipan yang dapat membentuk kata kerja. Namun
demikian, bentuk perkataan yang terdiri daripada kata nama dan kata adjektif yang

4
ANGKA GILIRAN 2019162310079 KOD KURSUS BMM1054

mengandungi sisipan dapat dijadikan kata kerja melalui proses pengimbuhan. Contoh
perkataannya ialah ‘gemuruh’ yang menggunakan imbuhan sisipan -er- yang berasal
daripada kata kerja ‘bergemuruh’. Akhirnya, sisipan kata adjektif pula terdiri daripada -el-, -
em-, -er- dan -in-. Kata adjektif terbitan dapat juga dibentuk melalui gabungan kata dasar
daripada jenis kata adjektif, kata nama atau kata kerja dengan sisipan. Sebagai contoh
perkataannya ialah ‘sinambung’ yang menggunakan imbuhan sisipan -in- dan kata
dasarnya ialah ‘sambung’. Setakat ini hanya perkataan ‘sinambung’ sahaja yang
merupakan kata terbitan yang terhasil dengan bentuk sisipan -in-.
Tuntasnya, proses pembentukan kata merupakan satu proses yang amat penting
dalam mempelajari bahasa Melayu. Terdapat empat proses pengimbuhan yang terdapat
dalam bahasa Melayu, iaitu imbuhan awalan, imbuhan akhiran, imbuhan apitan dan
imbuhan sisipan. Kesemua imbuhan tersebut adalah berbeza bagi menerangkan sesuatu
perkataan dalam sesebuah ayat.

5
ANGKA GILIRAN 2019162310079 KOD KURSUS BMM1054

SOALAN 2
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), bahasa merupakan sistem lambang,
bunyi suara yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam sesuatu kelompok manusia
untuk melahirkan perasaan dan fikiran. Bahasa juga merangkumi semua yang diucapkan
dan kemampuan menggambarkan dalam pemikiran yang berbentuk simbolik iaitu dalam
bentuk perkataan ataupun mewakili perkataan. Bahasa Melayu merupakan bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi di negara Malaysia yang telah menjadi wahana pembinaan
tamadun di Malaysia sejak berpuluh tahun dahulu. Namun, peredaran zaman dan
perkembangan teknologi yang semakin moden telah menjadikan penggunaan bahasa
Melayu yang asli semakin tercemar. Masalah pencemaran bahasa seperti bahasa rojak,
kesalahan ejaan, kesalahan tatabahasa dan penggunaan akronim yang tidak tepat
terutamanya dalam media massa semakin berleluasa.
Penggunaan bahasa yang bercampur atau bahasa rojak adalah suatu jenis
penulisan atau percakapan di Malaysia yang didefinisikan sebagai campuran pelbagai
bahasa dalam satu pertuturan. Nik Safiah Karim (1992) menyatakan bahawa pencemaran
bahasa ialah penggunaan bahasa Melayu yang salah pada peringkat formal iaitu apabila
bahasa tersebut digunakan untuk tontonan atau diperdengarkan kepada orang ramai (the
public use of language) seperti dalam siaran-siaran radio dan rancangan televisyen, iklan-
iklan, di papan kenyataan, dalam arahan-arahan serta nama kedai dan bangunan, dan
juga dalam sari kata di panggung-panggung wayang. Jika dikaji dengan lebih mendalam
tentang hal ini, jelas menunjukkan bahawa terdapat banyak kesalahan bahasa yang
digunakan sama ada sengaja atau tidak sengaja sehingga menyebabkan keaslian bahasa
Melayu tidak dapat dikekalkan. Terdapat banyak masalah pencemaran bahasa yang
dikesan dalam media massa seprti media cetak, media eletronik dan media sosial.
Justeru, banyak pihak harus memainkan peranan dalam mengatasi masalah ini.
Antara langkah yang boleh dilakukan bagi membendung masalah ialah melalui
peranan pihak sekolah. Kita boleh lihat dalam media massa terutamanya dalam media
sosial seperti dalam Instagram, Facebook, Whatsapp dan sebagainya, ramai murid-murid
sekolah yang menjadikan aplikasi-aplikasi tersebut sebagai salah satu kehidupan seharian
mereka. Mereka banyak menghabiskan masa melayari aplikasi tersebut yang

6
ANGKA GILIRAN 2019162310079 KOD KURSUS BMM1054

memaparkan banyak penggunaan bahasa yang tidak sepatutnya. Kita juga boleh lihat
banyak pencemaran bahasa yang berlaku dalam kalangan murid-murid sekolah. Hal ini
berlaku disebabkan pengaruh rakan sebaya. Ramai pengguna media sosial yang terdiri
daripada murid-murid menggunakan bahasa rojak seprti pencampuran bahasa Melayu
dan bahasa Inggeris dalam ayat. Bagi masalah ini, biasanya seseorang murid lebih mudah
mempengaruhi kawannya disebabkan mereka lebih banyak berada di sekolah berbanding
di rumah. Oleh itu, pihak sekolah memainkan peranan yang sangat penting dalam
pembentukan pelajar yang menggunakan bahasa yang betul. Di sekolah, para pelajar
sering didedahkan dengan pelbagai kesalahan bahasa oleh guru-guru terutamanya guru
bahasa Melayu. Apabila pelajar melakukan kesalahan dalam berbahasa, guru hendaklah
menegur dan membetulkan kesalahan tersebut agar kesalahan tidak akan berulang lagi.
Pihak sokalah juga boleh menganjurkan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan bahasa
seperti aktiviti pidato, kuiz bahasa dan banyak lagi. Ini secara langsung akan
meningkatkan kemahiran pelajar dalam berkomunikasi dan berbahasa. Maka, pihak
sekolah amat memainkan peranan yang penting terutamanya dalam pembentukan bahasa
yang utuh dalam diri murid-murid.
Seterusnya, masyarakat juga memainkan peranan yang penting dalam mengatasi
masalah pencemaran bahasa ini. Secara umumnya, masyarakat sekarang mementingkan
dialek setempat yang secara langsungnya meninggalkan bahasa baku yang sebenar.
Lebih buruk lagi ianya digunakan dalam komunikasi serta penulisan yang melibatkan
urusan rasmi dan dalam media massa terutamanya dalam media sosial. Contohnya,
penggunaan dalam penulisan ilmiah yang disebarkan melalui media elektronik, melibatkan
penulisan blog, rencana dan surat rasmi. Sememangya hal ini ingin dielakkan bagi setiap
individu terbabit, namun kadangkala ia terjadi secara tidak sengaja. Ini disebabkan
pengaruh daripada pertuturan seharian yang biasa menggunakan dialek setempat atau
lebih tepat lagi dialek negeri. Antara masyarakat yang sukar untuk mengubah dialek
mereka ialah masyarakat di kawasan pantai timur dan utara. Contohnya negeri Kelantan
dan Kedah. Oleh sebab itulah, penggunaan bahasa baku mereka agak lemah. Antara
dialek Kelantan ialah ‘tok se’ dan‘gapo’. Dengan ini,segenap lapisan masyarakat haruslah
mengelakkan daripada menggunakan bahasa dialek ini dalam media massa. Sebagai

7
ANGKA GILIRAN 2019162310079 KOD KURSUS BMM1054

contohnya, Bahasa yang digunakan oleh radio,televisyen,atau akhbar sering menjadi


ikutan pengguna bahasa,misalnya drama-drama ataupun rancangan yang disiarkan di
kaca televisyen kebanyakannya menggunakan bahasa rojak iaitu percampuran antara
Bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris dan bahasa dialek. Hal ini seharusnya dielakkan
kerana biasanya televiseyen dan radio memaparkan berita-berita rasmi yang sepatutnya
menggunakan bahasa Melayu yang baku. Di samping itu, sebilangan orang besar dan
juga orang ramai termasuk yang membuat ulasan apabila diwawancara di kaca televisyen
turut menggunakan bahasa rojak dan bahasa dialek. Perkara-perkara seperti ini akan
membawa kepada berlakunya pencemaran Bahasa Melayu kerana orang ramai akan
mudah terpengaruh dengan bahasa yang digunakan di media. Oleh itu, masyarakat
seharuslah menggunakan bahasa Melayu yang asli agar tidak menjadi ikutan orang yang
menonton.
Selain itu, peranan pihak kerajaan merupakan langkah yang paling dominan dalam
membendung masalah pencemaran bahasa ini. Pihak kerajaan perlu mengadakan
kempen kesedaran bagi memartabatkan bahasa Melayu daripada terus rosak ditelan
zaman. Kempen kesedaran ini haruslah bertujuan untuk menggalakkan penggunaan
bahasa Melayu yang gramatis di samping meningkatkan dan memartabatkan kembali
bahasa Melayu terutamanya dalam kalangan masyarakat majmuk di negara kita. Kempen
ini bukan sahaja boleh dilakukan secara fizikal di setiap daerah, tetapi kempen tersebut
juga boleh dilancarkan melalui media massa kerana sasaran utama kempen ini adalah
bagi membendung masalah pencemaran bahasa dalam media massa. Media massa
merupakan satu komponen yang paling mudah untuk menyebarkan pelbagai informasi
yang berkaitan dengan bahasa berbanding dariapada galakan menggunakan bahasa yang
tidak baku dalam media massa. Pihak kerajaan boleh bekerjasama dengan Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP) dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi memastikan kempen
ini lebih berkesan dan berjalan dengan lancar. Dengan adanya kempen ini, masalah
pencemaran bahasa dalam media massa dapat dielakkan.
Akhir sekali, ibu bapa turut memainkan peranan yang sangat penting dalam
memperkasakan lagi usaha mengatasi masalah pencemaran bahasa dalam media massa
ini. Ibu bapa seharusnya membudayakan anak-anak dengan amalan membaca sejak

8
ANGKA GILIRAN 2019162310079 KOD KURSUS BMM1054

mereka kecil lagi. Dengan pemupukan amalan membaca dalam diri anak-anak, hal ini
akan mempengaruhi minat dan cara anak-anak menulis ayat dan bertutur. Ini akan
menyebabkan anak-anak yang sedang membesar tidak sesekali akan menggunakan
bahasa rojak mahupun bahasa pasar dalam media massa. Hal ini disebabkan mereka
sudah diajar oleh ibu bapa sejak kecil lagi tentang penggunaan bahasa yang betul. Dalam
dunia kini, anak-anak akan terdedah dengan pelbagai perkataan dan istilah yang kurang
elok dan digunakan sebagai bahasa percakapan harian mereka. Oleh itu, ibu bapa perlu
menyediakan pelbagai bahan bacaan yang berbentuk ilmiah di rumah di samping
menekankan aspek penggunaan bahasa yang betul kepada anak-anak sejak kecil lagi
kerana ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Ibu bapa juga haruslah memantau anak-
anak yang mempunyai media sosial kerana anak-anak sekarang sudah mempunyai akaun
media sosial walaupun mereka masih kecil. Hal ini akan mengelakkan anak-anak daripada
bebas menggunakan bahasa yang karut dalam media massa.
Secara keseluruhannya dapat dirumuskan bahawa antara media massa banyak
membawa kemudaratan dalam pencemaran bahasa Melayu. Hal ini kerana kebanyakan
pengaruh terdapat dalam media siber iaitu laman-laman sosial yang terdapat dalam
internet. Selain itu, sistem pesanan ringkas (SMS) merupakan alat komunikasi yang
berdasarkan media elektronik juga kerana menghubungkan dua individu dalam talian yang
jauh. Tanpa panduan khusus, penggunaan bahasa SMS yang tidak terkawal dan
sewenang-wenangnya, terutamanya yang dipaparkan pada skrin televisyen atau komputer
akan memberikan impak yang negatif terhadap perkembangan bahasa Melayu.Oleh itu,
arus globalisasi yang membawa kepada perkembangan teknologi maklumat dan
komunikasi yang melanda dunia hari ini sewajarnya tidak dibiarkan mempengaruhi,
melemahkan dan menghakis bahasa Melayu. Ianya sepatutnya dimanfaatkan sebaik
mungkin untuk kemajuan dan perkembangan positif bahasa Melayu tinggi yang
merupakan gambaran kebijaksanaan bangsa Melayu. Penggunaan bahasa Melayu yang
tinggi mencerminkan kesopanan serta kesantunan pekerti bangsa Melayu itu sendiri.
Jangan sekali-kali mengabaikan kemurnian bahasa sendiri dalam mengejar arus
kemodenan dan inginkan kemajuan. Kemajuan akan lebih dicapai sekiranya setiap
individu memartabatkan bahasa Melayu untuk dibawa dan ditunjukkan pada mata dunia.

Anda mungkin juga menyukai