Anda di halaman 1dari 2

Muhamad Taufik Hidayat bin Husni

HIJRAH RASULULLAH SAW

1. Kronologi peristiwa penghijrahan Rasulullah SAW.

Pada malam berlakunya peristiwa hijrah, pemuda-pemuda kafir Quraisy telah mengepung rumah Rasulullah SAW
yang bertujuan untuk membunuh Nabi Muhammad SAW.

Nabi Muhammad SAW menyuruh sepupunya, Sayidina Ali bin Abi Talib tidur di tempat baginda sebelum baginda
keluar dari rumahnya.

Setelah berjaya keluar dari rumahnya dengan selamat, baginda terus menuju ke rumah Sayidina Abu Bakar As-
Siddiq. Sayidina Abu Bakar menjadi teman setia Rasulullah SAW sepanjang perjalanan ke Yathrib.

Rasulullah SAW dan sahabat baginda keluar melalui pintu belakang rumah Sayidina Abu Bakar menuju ke Gua
Thur. Apabila keadaan menjadi tenang, mereka keluar dari Gua Thur menuju ke Yathrib dengan dipandu oleh
Abdullah bin Uraiqat.

Rasullah SAW dan Sayidina Abu Bakar tiba di Quba setelah menempuh perjalanan yang meletihkan selama 8 hari.
Pada 8 Rabi'ul Awal bersamaan dengan 20 September 622 Masihi, baginda membina masjid Quba yang merupakan
masjid pertama dibina oleh Rasulullah SAW.

Setelah 4 hari di Quba, Rasulullah SAW dan rombongan meneruskan perjalanan. Sebelum tiba di Yathrib, baginda
singgah di suatu tempat yang bernama Lembah Ranuna. Di sinilah, baginda menunaikan solat fardhu Jumaat yang
merupakan solat fardhu Jumaat pertama yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan juga khutbah pertama
disampaikan.

Pada 12 Rabi'ul Awal bersamaan dengan 24 September 622 Masihi, baginda dan rombongan telah sampai ke
Yathrib. inilah hari yang merupakan bermulanya Kalendar Islam. Ketibaan mereka disambut dengan penuh meriah ,
kesyukuran oleh penduduk Yathrib.

Di setiap jalan, unta yang ditunggang oleh Rasulullah SAW ditahan oleh penduduk Yathrib yang meminta baginda
tinggal di kediaman mereka. Namun, Rasulullah SAW mengarahkan agar membiarkan sahaja unta untuk berhenti
sendiri. Akhirnya, unta baginda berhenti di suatu tempat yang dihuni oleh dua anak yatim. Di sinilah, baginda
membina masjid Masjid An-Nabawi.
2. Faktor-faktor yang mendorong penghijrahan Rasulullah SAW.

Persediaan
Mencari tempat
Kegagalan dakwah penduduk Madinah
baru untuk
di Taif. menerima Nabi
berdakwah.
Muhammad SAW.

Kedudukan Tekanan oleh


Madinah yang penduduk Wahyu.
strategik. Musyrikin Makkah.

Penduduk Madinah
hampir sama
dengan agama
Samawi.

Anda mungkin juga menyukai