Anda di halaman 1dari 8

Cara Mengurus Ubat Untuk Kanak-Kanak

Hipertensi, Kemahiran

12

Secara umumnya ubat didefinasikan sebagai bahan kimia yang digunakan untuk mencegah,
mengawal dan merawat penyakit. Sungguhpun tujuan asalnya membawa kebaikan namun ia turut
diklasifikasikan sebagai kumpulan racun yang berupaya menyebabkan gejala akut (gejala keracunan
yang ditunjukkan secara mendadak) sekiranya arahan penggunaan ubat tidak dipatuhi oleh
pengguna.

Selaras dengan kepesatan perkembangan teknologi maklumat, kebelakangan ini kita sering
digemparkan dengan kes-kes keracunan ubat terutamanya di kalangan kanak-kanak. Pelbagai
spekulasi disebarkan sehingga mengundang kerisauan kepada pengguna. Sebenarnya kesilapan
pengubatan jarang berlaku namun ia perlu dipandang serius oleh semua pihak kerana ia boleh
berlaku di mana – mana sahaja termasuk rumah.

National Coordinating Council for Medication Error Reporting and Prevention (NCCMERP), Amerika
Syarikat mendefinisikan kesilapan penggunaan ubat-ubatan sebagai:

“Kesilapan penggunaan ubat-ubatan adalah sebarang perkara yang mengakibatkan penggunaan


ubat-ubatan yang tidak sesuai atau memberi kesan buruk kepada pesakit pada masa ubat-ubatan
dalam kawalan anggota kesihatan, pesakit atau pengguna”.

Kesilapan boleh berlaku di semua peringkat dalam proses pengambilan ubat samada secara langsung
atau tidak langsung. Namun penggunalah individu terakhir dalam proses pengambilan ubat sebelum
ia masuk ke dalam badan. Bagi dewasa, kesilapan biasanya kurang berlaku memandangkan
maklumat ubat diberikan secara langsung kepada pengguna dan kefahaman pengguna dipastikan
terlebih dahulu. Namun, bagi kanak-kanak pula, pengambilan ubat biasanya dilakukan kepada
penjaga atau ibu bapa kanak-kanak dan kebiasaannya perhatian khusus perlu diberikan dalam
pemberian ubat kepada kanak-kanak. Proses ini amat menyukarkan dan memerlukan kesabaran
yang tinggi serta penggunaan teknik yang betul.

Oleh yang demikian, ibu bapa/ penjaga perlu memainkan peranan yang penting melengkapi diri
dengan maklumat agar kesilapan sehingga menyebabkan keracunan ubat tidak berlaku sama sekali.

Tip-Tip
Antara 9 tip-tip mengelakkan keracunan ubat adalah:

1. Kenali ubat anda


Pengguna Yang BETUL

Memastikan kanak-kanak yang betul melalui label nama yang tertera pada bekas atau sampul ubat.

Ubat yang BETUL

Ibu bapa/ penjaga perlu mengenalpasti nama generik ubat dan tujuan ia diberikan. Nama generik
atau bahan aktif ubat perlu dikenalpasti kerana mungkin akan berlakunya pertukaran terhadap
jenama ubat yang digunakan kelak. Selain itu, warna, bentuk dan tanda pada ubat juga perlu
dikenalpasti bagi mengelakkan kekeliruan.

Dos Yang BETUL

Ibu bapa / penjaga perlu mengetahui kuantiti dan kekuatan ubat yang perlu diambil mengikut
arahan doktor.

Masa Pengambilan Yang BETUL

Ibu bapa/ penjaga perlu mengenalpasti selang masa ubat perlu diambil.
Cara Pengambilan Yang BETUL

Ibu bapa/ penjaga perlu mengenalpasti bentuk dos ubat yang diberikan dengan cara pengambilan
yang betul. Ini memastikan dos ubat yang cukup untuk memberi kesan terapeutik kepada kanak-
kanak.

Jenis Persediaan:

A. Persediaan Cecair

1. Kanak-kanak yang baru lahir hingga usia berusia 1 tahun

2. Panduan pemberian:

1. Mengenal pasti ubat dan cara penyediaan yang betul.

2. Ampu kepala bayi dan dongakkan kepala bayi pada sudut 45°

3. Balut bayi anda dengan kain / selimut bayi.

4. Tiupkan mata bayi selepas ubat diberikan agar bayi menelan ubat

5. Pakai peralatan yang sesuai untuk pemberian ubatan bagi mengelakkan bayi menutup mulut
dan muntah.

6. Jangan campurkan ubat dengan susu atau jus.

B. Persediaan Cecair, Ubat Kunyah Atau Ubat Yang Telah Dipecah Atau Hancurkan

1. Kanak-kanak yang berumur di antara 1 tahun hingga pra-sekolah.

2. Panduan pemberian:

1. Campurkan ubat dengan makanan / manisan.

2. Beri anak minuman kegemaran selepas pengambilan ubat.

3. Jangan marah atau denda anak anda sekiranya dia mengeluarkan semula ubat tersebut.
4. Puji dan peluk anak selepas makan ubat.

C. Kanak-Kanak Berumur 5 Tahun Dan Keatas Selalunya Boleh Menelan Ubat

1. Kanak-kanak sekolah

2. Panduan pemberian:

1. Dalam kes tertentu ibu bapa mungkin perlu menghancurkan dan mencampurkan ubat biji
dengan makanan / manisan.

2. Jangan benarkan anak mengambil ubat tanpa pengawasan ibubapa.

Sukatan yang tepat amat penting terutamanya kepada bayi dan kanak-kanak. Bagi bentuk ubat
cecair, ianya lebih tepat menggunakan alat penyukat bagi mengelakkan kesilapan sukatan isipadu
ubat yang diperlukan. Terdapat pelbagai jenis peralatan yang sesuai dan berkesan bagi pemberian
ubat kepada kanak-kanak bergantung kepada umur dan keupayaan menelan ubat.

JENIS GOLONGAN KANAK-KANAK GAMBAR

Bayi dan kanak-kanak kecil  


Penitis berukuran dan picagari oral – Ukur ubat pada paras mata dan beri
dengan segera
Kanak-kanak yang tidak boleh minum
Sudu bersukatan
dari cawan

Kanak-kanak yang boleh minum dari


Cawan ubat
cawan

 Bertanya

Bertanya sekiranya ubat yang diterima berlainan daripada yang biasa.

2. Simpan senarai ubat-ubatan

Ibu bapa/ penjaga disarankan untuk menyediakan senarai semua jenis ubat termasuk sediaan
vitamin dan makanan tambahan yang diambil oleh kanak-kanak. Ini termasuk ubat yang
menyebabkan alahan. Senarai tersebut perlu dibincangkan bersama doktor atau ahli farmasi.
Senarai tersebut juga perlu dikemaskini sekiranya terdapat perubahan.
3. Baca label ubat

Setiap kali mengambil ubat, ibu bapa/ penjaga perlu membaca label kerana label mengandungi
maklumat yang lengkap. Ia perlu dibaca ditempat yang terang agar kesilapan tidak berlaku.
Sekiranya membeli ubat, semak label supaya ia tidak mengandungi bahan yang tidak boleh diambil.
Minta bantuan ahli farmasi sekiranya bermasalah

4. Maklumkan jika ada alahan

Beritahu doktor atau ahli farmasi jika anak anda mempunyai alahan kepada ubat atau bahan
makanan.

5. Tanya jika harga berbeza

Semasa membeli ubat, bertanyalah sekiranya harga ubat terlalu berbeza daripada harga lazim yang
diperolehi sebelum ini. Ia berkemungkinan ubat yang berbeza disebabkan nama-nama ubat yang
hampir sama dan mengelirukan.

6. Jangan ubah bentuk fizikal ubat

Ubat tidak boleh dikunyah, dipecah atau dicampur dengan ubat lain melainkan diarah berbuat
demikian oleh doktor atau ahli farmasi. Ibu bapa perlu bertanya kepada ahli farmasi berkenaan cara
untuk menghancur atau melarutkan ubat dan peralatan yang boleh digunakan.
7. Jangan kongsi ubat

Ubat yang dikongsi mungkin menyebabkan interaksi dengan ubat sediada yang diambil. Sekiranya
ubat yang dikongsi adalah sama dengan kanak-kanak lain, dosnya mungkin tidak sesuai dan mungkin
boleh menyebabkan alahan.

8. Penyimpanan ubat yang betul

Ubat perlu disimpan berasingan di dalam bekas/ sampul asal kerana sesetengah ubat kelihatan
hampir sama dan boleh menyebabkan kekeliruan. Ia juga boleh menyebabkan interaksi sekiranya
dicampur dengan ubat / makanan lain. Selain itu, bekas / sampul ubat tersebut sebenarnya
mempunyai ciri khas untuk melindungi ubat daripada rosak dan dilabel lengkap.

Ubat biasanya perlu disimpan ditempat yang jauh dari haba, kelembapan yang tinggi dan tidak
mudah dicapai oleh kanak-kanak. Namun ia bergantung kepada jenis ubat yang diberikan. Arahan
penyimpanan khas boleh dirujuk kepada ahli farmasi.

9. Jangan guna ubat yang telah luput atau berubah warna

Ibu bapa/ penjaga dinasihatkan agar tidak menggunakan ubat sekiranya ia telah berubah warna,
bau, melekat antara satu sama lain, retak, atau luput. Pengguna perlu memulangkan ubat tersebut
ke farmasi kerajaan untuk tujuan pelupusan dengan cara yang betul dan selamat.

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan ubat, pengguna ubat atau orang awam boleh menghubungi
Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC) melalui talian 1-800-88-672.

Rujukan

1. Hadijah bt. Mohd Taib. Cara Pemberian Ubat Kepada Kanak-Kanak; [serial on the Internet].
2012 April. Available from: http://www.myhealth.gov.my/index.php/ubat-a-
anda/umum/cara-pemberian-ubat-kepada-kanak-kanak
2. Raudhatun Sa’adiah Ithnin. Waspada Elak Keracunan Ubat.Dlm. Harian Metro 2015; April12:
E7

Anda mungkin juga menyukai