Anda di halaman 1dari 20

BAB 10

PERTUMBUHAN EKONOMI DAN


KEBAJIKAN MANUSIA

OBJEKTIF BAB

Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh:


1. Memahami konsep asas pertumbuhan ekonomi.
2. Menjelaskan maksud kemiskinan.
3. Membincangkan dua perspektif kemiskinan.
4. Menjelaskan maksud kesaksamaan.
5. Membincangkan cabaran dalam pengagihan barangan dan
perkhidmatan.
6. Membincangkan teori yang berkaitan dengan ketidaksamaan
dan pertumbuhan ekonomi.

10.1 PENGENALAN

Kebanyakan negara sedang membangun berhadapan dengan


pertumbuhan ekonomi untuk satu jangka masa panjang dan negara-
negara ini juga berhadapan dengan masalah kegawatan ekonomi. Tidak
dapat dinafikan bahawa pertumbuhan ekonomi merupakan satu
kemestian (necessary), namun ianya tidak cukup (sufficient) untuk
menyediakan situasi untuk membaiki taraf hidup ramai penduduk yang
menetap di sesebuah negara sedang membangun. Pertumbuhan ekonomi
membolehkan sekelompok individu menjadi lebih baik tanpa menjadikan
keadaan orang lain tidak lebih baik (worse off). Sekiranya tiada
pembangunan ekonomi, kehidupan individu akan menjadi lebih baik
dengan cara mengambil pendapatan dan aset orang lain. Persoalan
pengagihan semula ini merupakan satu cara yang praktikal boleh
diamalkan tetapi sekiranya tiada pertumbuhan ekonomi yang berlaku,
perkara ini tidak dapat dilaksanakan.

10.2 PERTUMBUHAN EKONOMI: KONSEP DAN UKURAN

Pertumbuhan ekonomi semata-mata tidak cukup (sufficient) untuk


mewujudkan situasi yang dapat memperbaiki taraf hidup penduduk
kerana ia hanya memberi peningkatan kepada segelintir penduduk sahaja.
Terdapat tiga alasan yang boleh diketengahkan berhubung dengan
perkara ini.
181
Pertama, kerajaan menggalakkan pertumbuhah ekonomi bukan sekadar
untuk memperbaiki kebajikan dan taraf hidup rakyat sahaja tetapi juga
untuk menjadikan kuasa dan kegemilangan negara dan juga pemerintah
menjadi lebih baik. Contohnya ialah kebanyakan kekayaan di zaman
purba Mesir dilaburkan untuk pembinaan piramid. Pada masa sekarang,
negara-negara sedang membangun melabur dalam pemilikan senjata
nuklear, pembinaan projek-projek mewah dan ianya menyumbang sedikit
ke atas faedah serta merta (immediate) yang boleh diperolehi.

Kedua, sumber-sumber yang ada banyak dilaburkan untuk pertumbuhan


pada masa akan datang dengan andaian bahawa faedah penggunaan akan
datang kemudian. Hal ini berlaku di Soviet dalam tahun 1930-an yang
melihat bahawa penggunaan semakin menurun untuk satu tempoh yang
lama. Ini merupakan satu amalan kerajaan yang berbentuk totalitarianism
dalam usaha untuk menyekat penggunaan.

Ketiga, pendapatan dan penggunaan boleh meningkat tetapi hanya


kepada golongan yang sememangnya secara relatif lebih baik dan
golongan ini yang akan mendapat manfaat daripada pertumbuhan
tersebut. Perumpamaan iaitu “yang kaya, tetap kaya dan yang miskin
tetap miskin” akan wujud dalam minda golongan miskin.

Persoalan tentang siapa yang akan mendapat keuntungan daripada


pertumbuhan ekonomi ini bukan merupakan satu perkara baru.
Ketidaksamaan yang wujud dalam pendapatan dan kekayaan serta
kemiskinan yang berterusan di kalangan kelas bawahan seringkali
diperbincangkan. Perdebatan yang diutarakan oleh Karl Marx merupakan
contoh isu ketidaksamaan ini merupakan isu yang paling utama.
Persoalannya ialah, adakah pertumbuhan ekonomi memberi manfaat
kepada golongan miskin? Sebelum kita membincangkan persoalan
tersebut, anda akan didedahkan dengan beberapa konsep asas berhubung
dengan kebajikan ekonomi.

10.2.1 Agihan Pendapatan (Income Distribution)

Agihan pendapatan banyak dibincangkan dalam menilai kesan


pembangunan terhadap kedudukan ekonomi sesebuah negara. Terdapat
dua bentuk agihan pendapatan, iaitu agihan fungsional dan saiz agihan.
Agihan fungsional merujuk kepada pembahagian pendapatan nasional
ataupun output yang terdiri daripada faktor pengeluaran, iaitu tanah,
buruh dan kapital. Ianya digunakan untuk mengukur sumbangan yang
dibuat oleh faktor-faktor pengeluaran tadi ke atas pendapatan negara.
Saiz agihan merujuk kepada pengukuran ke atas jumlah pendapatan
kesemua bentuk fungsional yang diterima oleh individu atau keluarga.
Ianya menunjukkan jumlah keseluruhan yang diterima oleh keluarga yang

182
terdiri daripada pendapatan tinggi, pertengahan dan rendah. Bentuk ini
seringkali digunakan untuk mengukur secara langsung aspek kebajikan.

10.2.2 Ukuran Ketidaksamaan

Nisbah penumpuan Gini (Gini concentration ratio) digunakan untuk


menerangkan darjah kewujudan ketidaksamaan yang ada dalam agihan
pendapatan. Nisbah ini diperolehi daripada keluk Lorenz. Keluk Lorenz
ini adalah seperti yang digambarkan dalam Rajah 10.1.

Garis lurus ialah 45 darjah. Nisbah diperolehi ialah nilai kawasan A


dibahagikan dengan jumlah kawasan A dan kawasan B. Ini bermakna
semakin besar kawasan antara garis lurus dan keluk Lorenz, semakin
tinggi nilai nisbah penumpuan Gini. Secara teorinya, nisbah Gini ialah
daripada 0 (kesaksamaan sempurna) sehingga ke 1 (ketidaksamaan
sempurna). Namun begitu, ketidaksamaan ini perlulah dilihat secara
relatif sahaja.

Rajah 10.1
Keluk Lorenz

100

75

50

A
25 Keluk Lorenz

B
0

25 50 75 100

10.2.3 Ukuran Kemiskinan

Dari aspek sosiologi, kemiskinan boleh ditakrifkan sebagai kekurangan


dari segi material dan sumber-sumber budaya untuk mengekalkan
kewujudan seseorang dengan sewajarnya (Jary & Jary, 1991: 489).
Berdasarkan kepada takrifan ini, terdapat dua kategori kemiskinan yang
boleh diperhatikan. Kategori pertama ialah kemiskinan sebenar, iaitu
merujuk kepada kekurangan keperluan-keperluan asas untuk
mengekalkan kehidupan fizikal seseorang individu. Kategori kemiskinan
ini merupakan subsistem kepada kemiskinan yang disebabkan oleh
183
ketidakcukupan makanan dan tempat tinggal atau tempat perlindungan
yang sesuai untuk diduduki. Kategori kedua ialah kemiskinan relatif, iaitu
merujuk kepada keperluan budaya seseorang individu dan keluarga dalam
konteks masyarakat secara keseluruhan. Kategori ini menjelaskan bahawa
kemiskinan tidak sahaja merujuk kepada aspek memenuhi keperluan
fizikal tetapi juga kepada norma-norma dan kehendak-kehendak atau
harapan masyarakat. Kita akan lihat maksud kemiskinan ini dengan lebih
terperinci di akhir bab ini.

SOALAN DALAM TEKS

1. Berikan dua bentuk agihan pendapatan.


2. Jelaskan dengan ringkas dua kategori kemiskinan.
3. Terangkan dengan ringkas kegunaan Nisbah
Penumpuan Gini.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

10.2.4 Keperluan Asas Manusia dan Social Indicators

Apakah yang dimaksudkan dengan keperluan asas manusia (basic human


needs)? Kita boleh senaraikan keperluan manusia ini seperti kesihatan,
pemakanan yang berkhasiat, pakaian, perlindungan, dan peluang untuk
peningkatan dan perkembangan diri serta kebebasan. Dalam hal ini, Bank
Dunia menggariskan beberapa indikator yang boleh digunakan antaranya
ialah jangkaan hidup, kadar kematian bayi, kadar literasi di kalangan
orang dewasa, nisbah doktor dan pesakit, nisbah katil hospital dan
pesakit, dan sebagainya. United Nations Development Programme juga ada
menggariskan indeks pembangunan manusia (human development index).
Anda boleh melayari website UNDP untuk melihat dengan sendiri
indeks berkenaan berdasarkan laporan tahunan yang dibuat.

Cuba fikirkan adakah wujud perbezaan antara negara-


negara Asia dan Barat berhubung dengan keperluan
asas manusia?

10.2.5 Persamaan (Equality) dan Kesaksamaan (Equity)

Persamaan merupakan satu pengukuran yang bersifat objektif. Tujuannya


adalah untuk melihat bagaimana pendapatan sebenar lari (diverges)

184
daripada ukuran standard yang ada. Manakala konsep kesaksamaan
(equity) merupakan konsep yang bersifat normatif kerana sama ada
wujudnya kesaksamaan ataupun tidak bergantung kepada nilai-nilai yang
dipegang oleh seseorang. Mungkin seseorang menganggap saksama
dalam soal pengagihan pendapatan tetapi mungkin tidak dianggap
saksama oleh pihak yang lain. Konsep kesaksamaan ini kita akan
bincangkan dengan terperinci nanti.

10.3 KEMISKINAN DAN KETIDAKSAMAAN

Kita telahpun melihat secara ringkas berhubung dengan definisi


kemiskinan dan kesaksamaan sebelum ini. Seterusnya, anda akan
didedahkan dengan lebih terperinci tentang dua konsep ini.

10.3.1 Kemiskinan

Kemiskinan juga boleh didefinisikan kepada dua bentuk, iaitu kemiskinan


mutlak (absolute poverty) dan kemiskinan relatif (relative poverty). Kemiskinan
mutlak wujud apabila individu tidak mempunyai sumber yang
secukupnya (sufficient resources) bagi menyediakan keperluan-keperluan asas
makanan dan tempat tinggal. Ini boleh dikategorikan sebagai berada di
bawah level of subsistence. Contohnya, individu yang tiada tempat tinggal
(homelessness). Manakala kemiskinan relatif pula wujud apabila individu
mempunyai sumber yang sepatutnya ada tetapi tidak mencukupi untuk
melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang ada dalam masyarakat tempat
mereka tinggal. Dengan kata lain, mereka ini miskin mengikut standard
masyarakat yang sama dengannya. Oleh itu, kita dapat melihat perbezaan
yang wujud antara tahap kemiskinan di negara maju dan negara kurang
maju.

Kita tidak boleh menggunakan generalisasi dalam mengkaji kadar


kemiskinan antara negara-negara. Dalam hal ini, kajian antara negeri di
Malaysia juga perlu menggunakan pendekatan kemiskinan relatif ini. Ini
kerana masyarakat di Pulau Pinang tidak akan sama dengan masyarakat di
negeri Kelantan, contohnya. Kemiskinan relatif ini mungkin disebabkan
oleh pengecualian hak (exclusion) terhadap kekayaan yang sepatutnya
dikongsi bersama atau wujudnya penderaan (deprivation).

Kadar kemiskinan dan isi rumah miskin di Malaysia boleh dilihat dalam
Jadual 10.1 berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan
Masyarakat berkaitan dengan golongan papa di negara ini. Peningkatan
jumlah golongan papa di negara ini bermula dari tahun 1996 sehingga
tahun 2000. Peningkatan yang besar boleh dilihat pada tahun 2000
terutama di kalangan masyarakat India.

185
Jadual 10.1
Individu Papa Berasaskan Faktor Etnik

Tahun Melayu Cina India Lain-Lain Jumlah


1996 162 129 222 85 598
1997 170 150 218 38 576
1998 124 153 228 4 509
1999 349 258 285 329 1,221
2000 358 269 333 155 1,115
Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat. Retrieved October 3, 2001
from http://www. Kempadu. gov.my/jkm

(a) Perspektif kemiskinan

Perspektif kemiskinan merujuk kepada pandangan yang dikemukakan


oleh para sarjana untuk melihat punca atau penyebab serta kesan akibat
daripada kemiskinan yang berlaku. Terdapat dua perspektif utama apabila
membincangkan tentang masalah kemiskinan, iaitu pandangan liberal
(structural) dan pandangan konservatif (individualist). Pandangan liberal
melihat bahawa kemiskinan disebabkan oleh struktur ataupun keadaan
persekitaran tempat golongan miskin ini tinggal. Dengan kata lain,
kemiskinan disebabkan oleh berlakunya pengangguran, kegawatan
ekonomi, diskriminasi ataupun manipulasi oleh pihak-pihak yang
memegang kuasa seperti golongan kapitalis. Menurut Harrington (dalam
Lester, 2000), kemiskinan ialah akibat daripada perubahan struktur
ekonomi yang mengakibatkan ketiadaan peluang pekerjaan disebabkan
situasi automasi yang mengakibatkan kehilangan kerja di sektor
perindustrian dan mengimport buruh asing yang murah. Fahaman
Marxist pula mengaitkan bahawa kemiskinan sengaja dikekalkan oleh
golongan pemerintah untuk memastikan kepentingan golongan
pemerintah dijaga. Oleh yang demikian, kerajaan bertanggungjawab
untuk menggubal dasar kebajikan bagi mengelakkan berlakuknya
rusuhan, revolusi dan sebagainya. Dengan adanya dasar kebajikan ini
ianya dapat menstabilkan sistem politik sesebuah negara kerana
kepentingan golongan ini diambil perhatian oleh pihak kerajaan.

Pandangan konservatif pula melihat kemiskinan sebagai hasil daripada


keadaan yang wujud dalam diri individu yang miskin. Kita sering
mendengar para sarjana ekonomi, contohnya, menganggap bahawa
seseorang individu itu miskin disebabkan oleh produktiviti mereka yang
rendah dan golongan ini tiada motivasi untuk memajukan diri mereka,
tidak mempunyai kemahiran dan latihan yang diperlukan ataupun tabiat
kerja yang menjadikan mereka tidak berdaya saing. Banfield (dalam
Lester, 2000) mengatakan bahawa budaya miskin atau culture of poverty ini
wujud kerana kemiskinan itu merupakan satu cara hidup yang dipelajari
oleh golongan miskin ini. Budaya ini dipelajari berdasarkan sifat
186
golongan ini yang apati, tidak bertanggungjawab dan hanya memikirkan
aspek jangka pendek berbanding jangka panjang (present-oriented vs future-
oriented). Sikap yang dimiliki oleh golongan miskin inilah yang
menghalang mereka untuk mengambil peluang yang disediakan.

Para sarjana sosiologi seperti Herbert Spencer melihat kemiskinan satu


mekanisme untuk terus wujud dalam arena ekonomi. Pernahkah anda
mendengar ungkapan survival of the fittest? Mengikut ungkapan ini, mereka
yang berdaya maju dan mampu bertahan dengan persekitarannya akan
terus wujud dan yang lemah akan pupus. Kemiskinan dapat
menyusunaturkan golongan yang kuat daripada golongan yang lemah.
Golongan atau individu yang mampu mengatasi masalah kemiskinan bagi
dirinya dan dapat mengadaptasi ke atas persekitarannya dan mengambil
peluang yang ada akan terus kekal dalam masyarakat dan menjadi
masyarakat yang kuat dalam persekitarannya. Golongan yang tidak
mampu menyesuaikan diri dengan persekitaran dan gagal untuk merebut
peluang yang ada tidak akan tahan lama dan seterusnya menjadi golongan
yang lemah dalam masyarakat.

Pada pandangan anda, perlukah kerajaan membantu


golongan miskin ini dengan melaksanakan dasar
kebajikan atau kerajaan tidak sepatutnya memainkan
peranan langsung dalam masalah kemiskinan ini.

Jadual 10.2 menggariskan pandangan yang diutarakan oleh liberal dan


konservatif berhubung dengan masalah kemiskinan.

Kesimpulannya, masalah kemiskinan merupakan satu masalah yang


bersifat universal yang dialami oleh negara-negara di dunia. Kemiskinan
mengundang pelbagai tafsiran dan pandangan oleh pengkaji masalah ini
dan setiap pandangan mempunyai kekuatan dan kelemahannya yang
tersendiri. Berdasarkan kepada pandangan ini, punca-punca kemiskinan
dapat dikenal pasti dan kita dapat melihat sama ada campur tangan pihak
kerajaan diperlukan atau tidak diperlukan dan sejauh mana campur
tangan kerajaan dibenarkan.

Pada pendapat anda, adakah pandangan liberal atau


konservatif lebih relevan pada masa ini dalam usaha
membasmi atau mengurangkan kemiskinan.

187
Jadual 10.2
Gambaran Umum Perspektif Alternatif ke atas Kemiskinan

Pandangan Struktural Pandangan Individu


(Liberal) (Konservatif)
Pandangan 1. Pandangan optimis 1. pandangan pesimis tentang
tentang keadaan tentang keadaan keadaan semula jadi manusia.
semulajadi semula jadi manusia. 2. Individu yang menentukan
manusia (human 2. Individu dibentuk keadaannya.
nature) oleh persekitaran di
sekelilingnya.

Faktor asas 1. Kemiskinan 1. Terdapat pembahagian semula


penyebab disebabkan oleh jadi bakat, dan keupayaan.
kemiskinan faktor kelahiran dan 2. Tiada apa yang boleh
ketidakadilan sosial. dilakukan, kemiskinan tidak
2. Kemiskinan boleh dapat dielakkan, ia berasaskan
diperbaiki melalui kepada pemikiran.
pengagihan semula
sumber.

Pengukuran 1. Penekanan kepada 1. Penekanan kepada pengabaian


kemiskinan pengabaian relatif. mutlak.
2. Paras kemiskinan agak 2. Paras kemiskinan tidak
signifikan. signifikan atau berkurangan.

Peranan 1. Kerajaan perlu 1. Kerajaan tidak mempunyai


kerajaan memberi jaminan ke tanggungjawab sebenar atau
atas persamaan menyediakan peluang hanya
substantif (substantive kepada orang miskin.
equality). 2. Kerajaan perlu menghadkan
2. Menjadikan manusia tindakan di peringkat prosedur;
bebas dan ada kesan tidak perlu dimandatkan.
persamaan; persamaan
perlu dimandatkan
dan memperolehi
kesannya.

Penyelesaian 1. Kerajaan perlu 1. Kerajaan perlu menggunakan


dasar terpilih menyediakan peluang dasar laissez-faire atau
pekerjaan dan/atau menggalakkan sektor swasta
memberi latihan untuk menyediakan peluang
kepada orang miskin. pekerjaan.
2. Kerajaan perlu 2. Kerajaan perlu menggalakkan
menyalurkan manfaat trickle-down economics.
secara langsung
kepada golongan
miskin.

Sumber: Diubahsuai daripada Lester, J. P., & Stewart, J. Jr. (2000). Public policy: An
evolutionary approach. United States: Wadsworth Thomson Learning.

188
SOALAN DALAM TEKS

4. Bezakan antara kemiskinan relatif dan kemiskinan


mutlak.
5. Apakah yang dimaksudkan dengan budaya miskin?
6. Apakah faktor penyebab kemiskinan berdasarkan
pandangan konservatif.
7. Bezakan penyelesaian dasar yang dipilih oleh
kerajaan berdasarkan kepada pandangan liberal dan
konservatif.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

10.3.2 KESAKSAMAAN DAN KETIDAKSAMAAN (INEQUALITY)

Konsep kesaksamaan mudah untuk kita jelaskan apabila kita melihat


kepada aspek yang berlawanan dengannya, iaitu ketidaksamaan.
Ketidaksamaan ataupun inequality merupakan satu aspek yang amat
dititikberatkan dalam ekonomi pembangunan kerana ianya berkaitan
dengan persoalan pengagihan kepada individu manusia. Ketidaksamaan
pengagihan ini boleh kita kaitkan dengan punca berlakunya kemiskinan
dalam sesebuah negara. Kemiskinan mungkin berpunca daripada
ketidakadilan dalam mengagihkan barangan atau perkhidmatan kepada
pihak yang sepatutnya akibat daripada perbezaan nilai, status sosial dan
sebagainya. Cuba anda fikirkan apakah bentuk-bentuk ketidaksamaan
yang wujud dalam sesebuah masyarakat.

(a) Ketikdaksamaan

Ketidaksamaan merupakan perkataan yang berlawanan dengan


kesaksamaan iaitu equity. Keadaan globalisasi dianggap penyebab kepada
wujudnya ketidaksamaan hampir keseluruhannya dalam masyarakat
terutamanya ketikdaksamaan sosial dan ekonomi. Akibat daripada
pengaliran maklumat dan teknologi menyebabkan wujudnya jurang
antara masyarakat dan juga antara negara di dunia. Pengetahuan terhadap
penggunaan teknologi memberi kelebihan kepada pekerja yang
berkemahiran untuk mendapatkan gaji yang lebih berbanding dengan
pekerja yang tiada kemahiran. Ini menunjukkan wujudnya ketidaksamaan
kerana pekerja yang tidak berkemahiran tidak mempunyai keupayaan dan
infrastruktur yang lengkap untuk menambah kemahiran penggunaan
teknologi yang ada.
189
(b) Kesaksamaan

Menurut Stone (1988), kesaksamaan merupakan satu matlamat yang


hendak dicapai dalam usaha menyelesaikan konflik yang wujud ekoran
daripada pengagihan barangan dan perkhidmatan disebabkan oleh rasa
tidak puas hati pihak yang terlibat dalam pengagihan tersebut. Maksud
kesaksamaan ialah treating others alike adalah berlandaskan kepada
persoalan tentang pengagihan sumber-sumber yang dimiliki oleh
sesebuah negara seperti barangan dan perkhidmatan, harta kekayaan dan
pendapatan, kesihatan dan penyakit ataupun peluang dan disadvantage.
Pengagihan sumber-sumber ini dilakukan melalui proses politik. Cuba
anda fikirkan definisi politik yang diutarakan oleh sarjana pengkaji politik
Harold Lasswell, iaitu siapa mendapat apa, bila dan bagaimana. Pengagihan
sumber-sumber ini sudah tentunya bertepatan dengan maksud
kesaksamaan yang diutarakan oleh Stone (1988) kerana ianya boleh
menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pihak yang terlibat. Ada
pihak yang mudah mendapat peluang kenaikan pangkat dan ada pihak
yang sukar untuk mendapatkan bantuan kebajikan.

Aaron (dalam Stone, 1988) melihat bahawa terdapat tiga dimensi apabila
kita berhadapan dengan persoalan tentang pengagihan sumber-sumber
yang dimiliki ini. Tiga dimensi tersebut ialah

(i) Penerima barangan atau perkhidmatan tersebut (who gets


something?).
(ii) Barangan atau perkhidmatan yang akan diagihkan (what is
being distributed?).
(iii) Proses yang terlibat dalam pengagihan barangan atau
perkhidmatan tersebut (how is distribution to be decided upon or
carried out).

Cuba kita lihat secara terperinci dimensi pengagihan ini berdasarkan


Jadual 10.4 berikut:

Jadual 10.4
Konsep Persamaan (Equality)

Dimensi Isu Persoalan


Penerima 1. Keahlian (ruang lingkup keahlian tersebut).
2. Pengagihan berdasarkan kepada status (rank).
3. Pengagihan berdasarkan kepada kumpulan (group).
Barangan atau 4. Ruang lingkup item (boundaries).
perkhidmatan (item) 5. Nilai item.
Proses yang terlibat 6. Persaingan (opportunity as starting resources).
7. Loteri (opportunity as statistical chance).
8. Undian (opportunity as political participation).
Sumber: Diubahsuai daripada Stone. (1988).

190
SOALAN DALAM TEKS

8. Apakah yang dimaksudkan dengan konsep


kesaksamaan?
9. Nyatakan tiga dimensi pengagihan barangan dan
perkhidmatan?
10. Nyatakan tiga proses yang terlibat dalam pengagihan
barangan dan perkhidmatan.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

(c) Cabaran dalam Pengagihan

Setiap pengagihan yang dijalankan akan mewujudkan dilema atau cabaran


yang perlu diberi perhatian oleh pihak yang terlibat. Terdapat beberapa
cabaran berhubung dengan dimensi pengagihan ini.

Cabaran pertama berdasarkan kepada persoalan mengenai definisi


keahlian (membership). Kita mungkin boleh mengambil jalan mudah
dengan mengatakan pengagihan dilakukan secara sama rata tetapi
persoalannya ialah siapa yang sepatutnya menerima pengagihan tersebut?
Apakah kriteria yang perlu diambil kira untuk menjadikan seseorang itu
termasuk dalam keahlian penerima pengagihan tersebut. Contoh yang
kita boleh fikirkan ialah kerakyatan sesebuah negara. Adakah sesiapa
sahaja yang lahir di Malaysia dianggap sebagai rakyat Malaysia? Adakah
sesiapa sahaja dibenarkan untuk mengundi? Kalau kita ikutkan konsep
sama rata ini, kita akan menganggap bahawa semua warganegara Malaysia
diberi hak mengundi. Namun begitu, kerajaan telah menetapkan umur
tertentu sahaja yang dibenarkan mengundi dalam pilihan raya dan
berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia dalam tempoh yang
ditetapkan. Dengan ini, secara tidak langsung kita mendefinisikan semula
konsep persamaan itu dan mendefinisikan semula maksud keahlian
tersebut.

Cabaran kedua dan ketiga berdasarkan kepada persoalan bagaimana


masyarakat dibahagikan secara dalaman (internally divided). Cabaran kedua
menekankan pengagihan berdasarkan kepada status (rank). Contohnya
yang kita boleh lihat ialah pembayaran gaji pekerja khususnya di sektor
awam adalah berdasarkan kepada kategori (rank) dan setiap kategori
adalah berbeza mengikut kelayakan akademik. Konsep kesaksamaan
berdasarkan kepada pembahagian ini juga dipanggil sebagai kesaksamaan
191
mendatar (horizontal) dan kesaksamaan menegak (vertical). Kesaksamaan
mendatar bermaksud persamaan layanan kepada semua pihak yang
terlibat berdasarkan kepada persamaan kumpulan (rank) manakala
kesaksamaan menegak pula merujuk kepada ketidaksamaan layanan
kepada semua pihak disebabkan oleh perbezaan kumpulan (rank).
Contoh yang mudah kita lihat ialah berhubung dengan pembayaran gaji
bagi kerja-kerja yang memerlukan kemahiran dan tanggungjawab yang
sama. Di Amerika Syarikat, tuntutan supaya mendapat gaji yang sama
rata (comparable worth) antara lelaki dan wanita menjadi satu isu yang
sering diperdebatkan. Wanita dan lelaki mempunyai gaji yang berbeza
sungguhpun pekerjaan berkenaan memerlukan kemahiran dan
tanggungjawab yang sama. Dengan kata lain, perbezaan gaji dan upah
ialah berdasarkan kepada aspek jantina dan bukannya kemahiran yang
dimiliki oleh individu berkenaan.

Cabaran ketiga pula melihat pengagihan berdasarkan kepada kumpulan


(group). Contoh yang boleh dilihat ialah penggunaan affirmative action
sebagai satu jaminan kepada kumpulan tertentu disebabkan sejarah
diskriminasi yang dialami oleh kumpulan terbabit. Penggunaan kuota
dikhususkan kepada ahli minoroti dalam masyarakat berkenaan. Sistem
kuota ini dilihat supaya ahli minoriti atau kumpulan yang teraniaya dalam
masyarakat menerima pembahagiannya dalam satu masyarakat yang
besar. Contohnya, kuota kemasukan pelajar ke Institut Pengajian Tinggi
Awam (IPTA) di Malaysia pada masa dahulu adalah berdasarkan kepada
kuota seperti 10 peratus diberikan kepada pelajar India. Pengagihan
berdasarkan kepada kumpulan ini lebih menitikberatkan faktor
pembahagian sosial (social cleavages) seperti bangsa, etnik, jantina, agama
yang dianuti dan keupayaan (OKU) yang membahagikan masyarakat
kepada beberapa blok atau pembahagian utama. Mungkin anda boleh
kaitkan dengan kasta yang wujud dalam masyarakat India.

Cabaran keempat dan kelima berdasarkan kepada definisi item, iaitu


barangan atau perkhidmatan yang akan diagihkan. Cabaran keempat
melihat kepada sapek mendefinisikan semula ruang lingkup item
berkenaan. Ianya berkait rapat dengan konsep pengagihan semula dalam
dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan. Contohnya ialah bantuan
kewangan kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian. Sesetengah pihak
berdasarkan kepada merit, iaitu akademik pelajar berkenaan dalam
membuat keputusan pemberian bantuan kewangan. Kebanyakannya
mengagihkan bantuan kewangan berdasarkan kepada keperluan
kewangan pelajar berkenaan. Dalam konteks ini, pihak yang memberi
bantuan melihat keperluan kewangan pelajar secara keseluruhannya (total
assets), ataupun melihat jumlah pendapatan yang dimiliki oleh ibu bapa
atau penjaga mereka. Sesetengah penaja bagi bantuan kewangan pelajar
menghadkan program akademik tertentu sahaja seperti perubatan,

192
perakaunan dengan andaian bahawa pelajar mudah untuk membayar
balik bantuan yang diambil berdasarkan gaji lumayan yang akan diterima
oleh pelajar apabila mereka bekerja kelak. Cara kita mendefinisikan item
ini juga berbeza. Kita melihat bahawa bantuan kewangan sebagai bantuan
kewangan itu sendiri atau sebahagian daripada aset pelajar atau
sebahagian daripada aset ibu bapa atau penjaga mereka dan sebagainya.
Cuba anda fikirkan mengenai dasar cukai di Malaysia.

Cabaran kelima melihat bagaimana individu mendefinisikan item


berkenaan berdasarkan kepada nilai item itu sendiri (standardized value atau
customized value). Contohnya, memberi bantuan makanan kepada setiap
individu secara sama rata tidaklah bermaksud bahawa setiap individu
akan mendapat jumlah makanan yang sama. Apa yang penting ialah
bagaimana makanan tersebut dapat mengelakkan individu berkenaan
daripada kelaparan. Dalam kejadian banjir yang melanda beberapa negeri
di Malaysia, bantuan makanan yang disediakan kepada mangsa banjir
tidak semestinya sama dengan apa yang dimakan oleh mereka yang tidak
terlibat dengan banjir. Konflik yang wujud dalam cabaran ini berkait
rapat dengan dasar sosial yang digubal oleh kerajaan. Contohnya seperti
penjagaan perubatan dan perumahan yang mempunyai nilainya yang
tersendiri. Persoalan yang cuba diutarakan ialah nilai rumah sebagai
tempat berlindung kepada orang miskin. Adakah suatu kemestian
bahawa rumah yang dibina dan diberikan kepada golongan miskin mesti
mempunyai ruang tamu dan ruang makan yang berasingan, mempunyai
tiga bilik dan dapur yang berasingan? Nilai rumah kepada golongan
miskin mungkin berbeza dengan nilai rumah golongan berada. Adakah
ianya berdasarkan kepada nilai individu atau nilai masyarakat (customized).

Cabaran yang terakhir merujuk kepada persoalan tentang proses


pengagihan barangan atau perkhidmatan tersebut. Kita sering kaitkan
proses ini dengan konsep keadilan (fairness). Kita menganggap bahawa
proses yang terlibat tidak adil sungguhpun kita mendapat output yang
adil. Dalam banyak hal, kita sanggup untuk bertoleransi dan menerima
output yang tidak adil selagi proses yang dilalui adil. Contohnya, mungkin
ada di antara kita yang sering menghantar borang peraduan atau cabutan
Sijil Simpanan Premium. Kita menerima hakikat bahawa kegagalan kita
menerima hadiah disebabkan tiada nasib dengan andaian bahawa kita
berpuas hati dengan proses yang terlibat dalam memilih pemenang. Cuba
anda fikirkan adakah proses permohonan jawatan merupakan satu proses
yang adil?

Kesimpulannya, setiap isu dasar melibatkan pengagihan sesuatu barangan


atau perkhidmatan. Konflik mungkin tidak akan berlaku sekiranya kita
memberi jaminan kepada golongan tertentu bahawa hak mereka tidak
diabaikan dan dilindungi oleh peraturan. Kebiasaannya, item yang

193
diagihkan itu merupakan sesuatu yang tangible seperti wang, rumah dan
ada juga barangan yang intangible seperti penyakit. Pengagihan ini secara
tidak langsung berkait rapat dengan konsep politik, iaitu “siapa mendapat
apa, bila dan bagaimana” dan mewujudkan klasifikasi atau pembahagian
adalah suatu yang disarankan dalam menjamin kebajikan masyarakat.

10.4 TEORI KETIDAKSAMAAN DAN KEMISKINAN

Pada era pemikiran ekonomi klasik, persoalan antara kemiskinan dan


ketidaksamaan serta hubungannya dengan pertumbuhan ekonomi
seringkali mendapat perhatian. Banyak teori dikemukakan untuk
menerangkan perkaitan antara pendapatan dan pertumbuhan ekonomi
dan bagaimana ianya boleh mengakibatkan ketidaksamaan ini wujud.

10.4.1 Model Dua Sektor Ricardo (Ricardo’s Two Sector Model)

Model ini menerangkan tentang pengagihan pendapatan dan


pertumbuhan ekonomi. Model ini menjelaskan hubungan yang wujud
antara dua sektor, iaitu industri dan pertanian. Dua andaian yang
diketengahkan ialah

(i) Sektor pertanian tertakluk kepada pulangan


berkurangan (diminishing returns) – Peningkatan dalam
input mengakibatkan peningkatan yang sedikit dalam output.
Maksudnya di sini ialah tanaman (seperti jagung) memerlukan
tanah dan tanah adalah terhad. Peningkatan pengeluaran
memaksa petani menggunakan tanah yang semakin terhad
dan ianya menyebabkan kos yang tinggi untuk menghasilkan
tanaman bijirin.
(ii) Lebihan buruh – Sektor industri akan menghapuskan
lebihan buruh ini tanpa menyebabkan kenaikan upah sama
ada di bandar atau pedalaman.

Analisis yang dibuat oleh David Ricardo dalam awal tahun 1800-an
mencadangkan bahawa sekiranya kerajaan England tidak memansuhkan
peraturan berhubung dengan pengeluaran jagung, iaitu melindungi petani
domestik daripada persaingan luar dan pada masa yang sama
membenarkan pengimportan makanan untuk mempercepatkan revolusi
industri, pendapatan dapat diagihkan semula daripada pihak kapitalis
kepada tuan tanah. Ricardo menganggap bahawa tuan tanah merupakan
pihak yang boros dan akan mengaut keuntungan daripada situasi
tersebut. Menurut pemikiran beliau, pertumbuhan ekonomi ini disokong
oleh penjimatan yang dilakukan oleh golongan kapitalis yang
menggunakan wang dengan jimat. Beliau menyimpulkan bahawa
pengagihan yang sebegini akan menghancurkan pertumbuhan ekonomi.

194
Ini merupakan jangkaan yang dibuat oleh David Ricardo pada masa
tersebut. Namun begitu, apa yang berlaku tidak seperti yang dijangkakan
oleh model ini. Sewa, iaitu pendapatan tuan tanah bukanlah penyumbang
besar kepada pendapatan negara industri. Keuntungan yang diperolehi
oleh golongan kapitalis tidak dikeluarkan dan upah sebenarnya telah
meningkat dan ianya menyumbang kepada pendapatan negara. Antara
faktor yang berlaku ialah pulangan berkurangan dapat diatasi dengan
adanya perubahan teknologi yang boleh meningkatkan jumlah
pengeluaran makanan bagi setiap tanah yang kuantiti dan kualitinya
adalah sama seperti sebelumnya. Faktor peningkatan pemakanan dan
populasi penduduk juga menyumbang kepada penolakan model ini.

SOALAN DALAM TEKS

11. Apakah dua sektor yang dianalisis oleh David


Ricardo?
12. Nyatakan dua andaian yang terdapat dalam Model
Dua Sektor Ricardo.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

10.4.2 Pandangan Marx

Karl Marx mempercayai bahawa pembangunan kapitalis ini akan


mengakibatkan peningkatan dalam pengagihan pendapatan yang tidak
sama. Menurut beliau, golongan kapitalis ini mempunyai insentif untuk
menyediakan buruh simpanan bagi mempastikan upah buruh yang sedia
ada tidak akan naik. Menurut beliau, golongan yang mempunyai kapital
(wang dan tanah) ini mendominasi kedua-dua aspek, iaitu ekonomi dan
golongan bourgeois. Kejatuhan kapitalism akan diganti dengan sosialisme
dan pada masa inilah banyak aspek mengenai pekerja akan dibaiki seperti
upah dan sebagainya.

Pada pendapat anda, adakah persamaan dalam


masyarakat (no class society) mampu mewujudkan
pertumbuhan ekonomi sesebuah negara?

10.4.3 Teori Neo-Klasik

Teori Neo-Klasik juga dikenali sebagai teori daya pengeluaran sut


(marginal productivity theory). Teori ini juga boleh digunakan untuk
195
menerangkan pengagihan pendapatan di negara membangun. Teori ini
menerangkan bagaimana pendapatan atau pulangan setiap faktor
pengeluaran ditentukan berdasarkan kepada sumbangan sut faktor
tersebut. Contohnya, upah pekerja dibayar berdasarkan kepada nilai
sumbangan pekerja tersebut terhadap barang yang dikeluarkan.
Pendapatan faktor boleh bertambah jika nilai sumbangan faktor
bertambah. Teori daya pengeluaran sut mengandaikan persaingan
sempurna dalam pasaran faktor. Teori ini juga menyatakan bahawa
apabila satu faktor pengeluaran ditambah, nilai sumbangan setiap faktor
kepada pengeluaran akan berkurangan. Untuk memaksimumkan
keuntungan, majikan akan menambahkan faktor pengeluaran sehingga
bayaran terhadap faktor itu sama dengan nilai sumbangannya. Namun
begitu, teori ini hanya sesuai digunakan di negara membangun
berbanding dengan negara kurang membangun kerana andaian
berhubung dengan persaingan sempurna dalam faktor pasaran kurang
relevan dengan negara-negara kurang membangun.

10.4.4 Model Lebihan Buruh (The Labor-Surplus Model)

Diperkenalkan oleh W. Arthur Lewis yang melihat bahawa keadaan di


negara-negara kurang membangun mempunyai persamaan dengan
negara-negara industri sebelum berlakunya Revolusi Industri. Menurut
beliau, kuantiti buruh tidak terhad dan kadar upah adalah ditetapkan.
Model ini mencadangkan bahawa ketidaksamaan akan meningkat pada
awalnya tetapi akan berkurangan dan terhapus apabila pembangunan
mengambil tempat. Lewis menggariskan dua alasan kenapa peningkatan
ketidaksamaan di peringkat awal berlaku iaitu

(i) Sumbangan pendapatan yang dimiliki oleh golongan kapitalis


meningkat ekoran daripada peningkatan saiz pemodenan dan
sektor yang ada.
(ii) Ketidaksamaan dalam pengagihan pendapatan buruh juga
berlaku tetapi dalam jumlah yang sedikit akibat daripada
perubahan upah antara sektor.

Menurut model ini, ketidaksamaan bukan sahaja satu keperluan ekoran


daripada kesan pertumbuhan ekonomi tetapi ia juga merupakan
penyebab kepada pertumbuhan. Dengan kata lain, ketidaksamaan
menyumbang kepada pertumbuhan.

Pada pendapat anda, mengapa pertumbuhan ekonomi


tidak dapat menjamin atau membaiki taraf hidup rakyat
secara keseluruhannya.

196
10.5 KESIMPULAN

Secara umumnya, terdapat trade-off antara faktor kesaksamaan dengan


pertumbuhan ekonomi. Ianya boleh dilihat dalam konteks hubungan
zero-sum game. Sekiranya kita menggalakkan persamaan seperti tiada
berlakunya ketidaksamaan (inequality) kita mungkin berhadapan dengan
masalah seperti kurangnya produktiviti. Kemiskinan seringkali menjadi
topik yang diperdebatkan di peringkat domestik dan juga di peringkat
antarabangsa. Ada yang menganggap bahawa pertumbuhan mestilah
selari dengan kesaksamaan dan ada yang berpandangan sebaliknya.
Pendekatan pengagihan semula (redistribution) seringkali menjadi laungan
negara-negara yang sedang membangun yang menyokong fahaman
sosialisme. Namun ianya sukar untuk dilaksanakan.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Jelaskan dengan ringkas dua pandangan mengenai fenomena


kemiskinan.

2. Jelaskan dua cabaran yang terdapat dalam pengagihan barangan


dan perkhidmatan dari aspek penerima barangan dan
perkhidmatan.

3. Jelaskan satu cabaran yang terdapat dalam dimensi barangan dan


perkhidmatan yang akan diagihkan.

4. Apakah dua model yang boleh digunakan untuk menerangkan


perkaitan antara ketidaksamaan dan pertumbuhan ekonomi.

5. Bezakan pandangan liberal dan konservatif dalam


membincangkan peranan kerajaan dalam isu kemiskinan.

6. Jelaskan dengan ringkas faktor penyebab kemiskinan berdasarkan


pandangan liberal.

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

197
JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

1. Dua bentuk agihan ialah

(i) Agihan fungsional.


(ii) Saiz agihan.

2. Dua kategori kemiskinan ialah

(i) Kemiskinan sebenar - Merujuk kepada kekurangan


keperluan-keperluan asas untuk mengekalkan
kehidupan fizikal seseorang individu. Kategori
kemiskinan ini merupakan subsistem kepada
kemiskinan yang disebabkan oleh ketidakcukupan
makanan dan tempat tinggal atau tempat perlindungan
yang sesuai untuk diduduki.

(ii) Kemiskinan relatif - Merujuk kepada keperluan


budaya seseorang individu dan keluarga dalam konteks
masyarakat secara keseluruhan. Kategori ini
menjelaskan bahawa kemiskinan tidak sahaja merujuk
kepada aspek memenuhi keperluan fizikal tetapi juga
kepada norma-norma dan kehendak-kehendak atau
harapan masyarakat.

3. Nisbah Penumpuan Gini (Gini Concentration Ratio) digunakan


untuk menerangkan darjah kewujudan ketidaksamaan yang ada
dalam agihan pendapatan. Nisbah ini diperolehi dari keluk
Lorenz. Sila rujuk Rajah 10.1.

4. Kemiskinan mutlak wujud apabila individu tidak mempunyai


sumber yang secukupnya (sufficient resources) bagi menyediakan
keperluan-keperluan asas makanan dan tempat tinggal. Ini boleh
dikategorikan sebagai berada di bawah level of subsistence.
Contohnya, individu yang tiada tempat tinggal (homelessness).

Kemiskinan relatif pula wujud apabila individu mempunyai


sumber yang sepatutnya ada tetapi tidak mencukupi untuk
melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang ada dalam masyarakat
tempat mereka tinggal. Dengan kata lain, mereka ini miskin
mengikut standard masyarakat yang sama dengannya.

5. Budaya miskin atau culture of poverty wujud kerana kemiskinan itu


merupakan satu cara hidup yang dipelajari oleh golongan miskin
ini. Budaya ini dipelajari berdasarkan sifat golongan ini yang

198
apati, tidak bertanggungjawab dan hanya memikirkan aspek
jangka pendek berbanding jangka panjang (present-oriented vs future-
oriented). Sikap yang dimiliki oleh golongan miskin inilah yang
menghalang mereka untuk mengambil peluang yang disediakan
untuk mereka.

6. Pandangan konservatif melihat kemiskinan sebagai hasil daripada


keadaan yang wujud dalam diri individu miskin berkenaan. Kita
sering mendengar para sarjana ekonomi, contohnya, menganggap
bahawa seseorang individu itu miskin disebabkan oleh
produktiviti mereka yang rendah dan golongan ini tiada motivasi
untuk memajukan diri mereka, tidak mempunyai kemahiran dan
latihan yang diperlukan ataupun tabiat kerja yang menjadikan
mereka tidak berdaya saing.

7. Pandangan liberal - Kerajaan perlu menyediakan peluang


pekerjaan dan/atau memberi latihan kepada orang miskin.
Kerajaan perlu menyalurkan manfaat secara langsung kepada
golongan miskin.

Pandangan konservatif - Kerajaan perlu menggunakan dasar


laissez-faire atau menggalakkan sektor swasta untuk menyediakan
peluang pekerjaan. Kerajaan perlu menggalakkan trickle-down
economics.

8. Konsep kesaksamaan merupakan satu matlamat yang hendak


dicapai dalam usaha menyelesaikan konflik yang wujud ekoran
daripada pengagihan barangan dan perkhidmatan disebabkan
oleh rasa tidak puas hati pihak yang terlibat dalam pengagihan
tersebut. Maksud kesaksamaan ialah “treating others alike” adalah
berlandaskan kepada persoalan tentang pengagihan sumber-
sumber yang dimiliki oleh sesebuah negara seperti barangan dan
perkhidmatan, harta kekayaan dan pendapatan, kesihatan dan
penyakit ataupun peluang.

9. Tiga dimensi agihan sumber ialah

(i) Penerima barangan atau perkhidmatan tersebut (who gets


something?).
(ii) Barangan atau perkhidmatan yang akan diagihkan (what
is being distributed?).
(iii) Proses yang terlibat dalam pengagihan barangan atau
perkhidmatan tersebut (how is distribution to be decided
upon or carried out).

199
10. Tiga proses yang terlibat ialah

(i) Persaingan (opportunity as starting resources).


(ii) Loteri (opportunity as statistical chance).
(iii) Undian (opportunity as political participation).

11. Dua sektor yang dianalisis oleh David Ricardo ialah

(i) Sektor industri.


(ii) Sektor pertanian.

12. Dua andaian iaitu

(i) Sektor pertanian tertakluk kepada pulangan


berkurangan (diminishing returns) – Peningkatan
dalam input mengakibatkan peningkatan yang sedikit
dalam output. Maksudnya di sini ialah tanaman (seperti
jagung) memerlukan tanah dan tanah adalah terhad.
Peningkatan pengeluaran memaksa petani
menggunakan tanah yang semakin terhad dan ianya
menyebabkan kos yang tinggi untuk menghasilkan
tanaman bijirin.

(ii) Lebihan buruh – Sektor industri akan menghapuskan


lebihan buruh ini tanpa menyebabkan kenaikan upah
sama ada di bandar atau di pedalaman.

200

Anda mungkin juga menyukai