Anda di halaman 1dari 20

BAB 10 PERTUMBUHAN EKONOMI DAN KEBAJIKAN MANUSIA

OBJEKTIF BAB Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh: 1. Memahami konsep asas pertumbuhan ekonomi. 2. Menjelaskan maksud kemiskinan. 3. Membincangkan dua perspektif kemiskinan. 4. Menjelaskan maksud kesaksamaan. 5. Membincangkan cabaran dalam pengagihan barangan dan perkhidmatan. 6. Membincangkan teori yang berkaitan dengan ketidaksamaan dan pertumbuhan ekonomi. 10.1 PENGENALAN

Kebanyakan negara sedang membangun berhadapan dengan pertumbuhan ekonomi untuk satu jangka masa panjang dan negaranegara ini juga berhadapan dengan masalah kegawatan ekonomi. Tidak dapat dinafikan bahawa pertumbuhan ekonomi merupakan satu kemestian (necessary), namun ianya tidak cukup (sufficient) untuk menyediakan situasi untuk membaiki taraf hidup ramai penduduk yang menetap di sesebuah negara sedang membangun. Pertumbuhan ekonomi membolehkan sekelompok individu menjadi lebih baik tanpa menjadikan keadaan orang lain tidak lebih baik (worse off). Sekiranya tiada pembangunan ekonomi, kehidupan individu akan menjadi lebih baik dengan cara mengambil pendapatan dan aset orang lain. Persoalan pengagihan semula ini merupakan satu cara yang praktikal boleh diamalkan tetapi sekiranya tiada pertumbuhan ekonomi yang berlaku, perkara ini tidak dapat dilaksanakan. 10.2
PERTUMBUHAN EKONOMI: KONSEP DAN UKURAN

Pertumbuhan ekonomi semata-mata tidak cukup (sufficient) untuk mewujudkan situasi yang dapat memperbaiki taraf hidup penduduk kerana ia hanya memberi peningkatan kepada segelintir penduduk sahaja. Terdapat tiga alasan yang boleh diketengahkan berhubung dengan perkara ini.
181

Pertama, kerajaan menggalakkan pertumbuhah ekonomi bukan sekadar untuk memperbaiki kebajikan dan taraf hidup rakyat sahaja tetapi juga untuk menjadikan kuasa dan kegemilangan negara dan juga pemerintah menjadi lebih baik. Contohnya ialah kebanyakan kekayaan di zaman purba Mesir dilaburkan untuk pembinaan piramid. Pada masa sekarang, negara-negara sedang membangun melabur dalam pemilikan senjata nuklear, pembinaan projek-projek mewah dan ianya menyumbang sedikit ke atas faedah serta merta (immediate) yang boleh diperolehi. Kedua, sumber-sumber yang ada banyak dilaburkan untuk pertumbuhan pada masa akan datang dengan andaian bahawa faedah penggunaan akan datang kemudian. Hal ini berlaku di Soviet dalam tahun 1930-an yang melihat bahawa penggunaan semakin menurun untuk satu tempoh yang lama. Ini merupakan satu amalan kerajaan yang berbentuk totalitarianism dalam usaha untuk menyekat penggunaan. Ketiga, pendapatan dan penggunaan boleh meningkat tetapi hanya kepada golongan yang sememangnya secara relatif lebih baik dan golongan ini yang akan mendapat manfaat daripada pertumbuhan tersebut. Perumpamaan iaitu yang kaya, tetap kaya dan yang miskin tetap miskin akan wujud dalam minda golongan miskin. Persoalan tentang siapa yang akan mendapat keuntungan daripada pertumbuhan ekonomi ini bukan merupakan satu perkara baru. Ketidaksamaan yang wujud dalam pendapatan dan kekayaan serta kemiskinan yang berterusan di kalangan kelas bawahan seringkali diperbincangkan. Perdebatan yang diutarakan oleh Karl Marx merupakan contoh isu ketidaksamaan ini merupakan isu yang paling utama. Persoalannya ialah, adakah pertumbuhan ekonomi memberi manfaat kepada golongan miskin? Sebelum kita membincangkan persoalan tersebut, anda akan didedahkan dengan beberapa konsep asas berhubung dengan kebajikan ekonomi. 10.2.1 Agihan Pendapatan (Income Distribution) Agihan pendapatan banyak dibincangkan dalam menilai kesan pembangunan terhadap kedudukan ekonomi sesebuah negara. Terdapat dua bentuk agihan pendapatan, iaitu agihan fungsional dan saiz agihan. Agihan fungsional merujuk kepada pembahagian pendapatan nasional ataupun output yang terdiri daripada faktor pengeluaran, iaitu tanah, buruh dan kapital. Ianya digunakan untuk mengukur sumbangan yang dibuat oleh faktor-faktor pengeluaran tadi ke atas pendapatan negara. Saiz agihan merujuk kepada pengukuran ke atas jumlah pendapatan kesemua bentuk fungsional yang diterima oleh individu atau keluarga. Ianya menunjukkan jumlah keseluruhan yang diterima oleh keluarga yang
182

terdiri daripada pendapatan tinggi, pertengahan dan rendah. Bentuk ini seringkali digunakan untuk mengukur secara langsung aspek kebajikan. 10.2.2 Ukuran Ketidaksamaan Nisbah penumpuan Gini (Gini concentration ratio) digunakan untuk menerangkan darjah kewujudan ketidaksamaan yang ada dalam agihan pendapatan. Nisbah ini diperolehi daripada keluk Lorenz. Keluk Lorenz ini adalah seperti yang digambarkan dalam Rajah 10.1. Garis lurus ialah 45 darjah. Nisbah diperolehi ialah nilai kawasan A dibahagikan dengan jumlah kawasan A dan kawasan B. Ini bermakna semakin besar kawasan antara garis lurus dan keluk Lorenz, semakin tinggi nilai nisbah penumpuan Gini. Secara teorinya, nisbah Gini ialah daripada 0 (kesaksamaan sempurna) sehingga ke 1 (ketidaksamaan sempurna). Namun begitu, ketidaksamaan ini perlulah dilihat secara relatif sahaja.
Rajah 10.1 Keluk Lorenz
100

75

50

A
25 Keluk Lorenz

25

50

75

100

10.2.3 Ukuran Kemiskinan Dari aspek sosiologi, kemiskinan boleh ditakrifkan sebagai kekurangan dari segi material dan sumber-sumber budaya untuk mengekalkan kewujudan seseorang dengan sewajarnya (Jary & Jary, 1991: 489). Berdasarkan kepada takrifan ini, terdapat dua kategori kemiskinan yang boleh diperhatikan. Kategori pertama ialah kemiskinan sebenar, iaitu merujuk kepada kekurangan keperluan-keperluan asas untuk mengekalkan kehidupan fizikal seseorang individu. Kategori kemiskinan ini merupakan subsistem kepada kemiskinan yang disebabkan oleh
183

ketidakcukupan makanan dan tempat tinggal atau tempat perlindungan yang sesuai untuk diduduki. Kategori kedua ialah kemiskinan relatif, iaitu merujuk kepada keperluan budaya seseorang individu dan keluarga dalam konteks masyarakat secara keseluruhan. Kategori ini menjelaskan bahawa kemiskinan tidak sahaja merujuk kepada aspek memenuhi keperluan fizikal tetapi juga kepada norma-norma dan kehendak-kehendak atau harapan masyarakat. Kita akan lihat maksud kemiskinan ini dengan lebih terperinci di akhir bab ini. SOALAN DALAM TEKS

1. Berikan dua bentuk agihan pendapatan. 2. Jelaskan dengan ringkas dua kategori kemiskinan. 3. Terangkan dengan ringkas kegunaan Nisbah Penumpuan Gini. Semak jawapan anda di akhir bab ini. 10.2.4 Keperluan Asas Manusia dan Social Indicators Apakah yang dimaksudkan dengan keperluan asas manusia (basic human needs)? Kita boleh senaraikan keperluan manusia ini seperti kesihatan, pemakanan yang berkhasiat, pakaian, perlindungan, dan peluang untuk peningkatan dan perkembangan diri serta kebebasan. Dalam hal ini, Bank Dunia menggariskan beberapa indikator yang boleh digunakan antaranya ialah jangkaan hidup, kadar kematian bayi, kadar literasi di kalangan orang dewasa, nisbah doktor dan pesakit, nisbah katil hospital dan pesakit, dan sebagainya. United Nations Development Programme juga ada menggariskan indeks pembangunan manusia (human development index). Anda boleh melayari website UNDP untuk melihat dengan sendiri indeks berkenaan berdasarkan laporan tahunan yang dibuat. Cuba fikirkan adakah wujud perbezaan antara negaranegara Asia dan Barat berhubung dengan keperluan asas manusia? 10.2.5 Persamaan (Equality) dan Kesaksamaan (Equity) Persamaan merupakan satu pengukuran yang bersifat objektif. Tujuannya adalah untuk melihat bagaimana pendapatan sebenar lari (diverges)
184

daripada ukuran standard yang ada. Manakala konsep kesaksamaan (equity) merupakan konsep yang bersifat normatif kerana sama ada wujudnya kesaksamaan ataupun tidak bergantung kepada nilai-nilai yang dipegang oleh seseorang. Mungkin seseorang menganggap saksama dalam soal pengagihan pendapatan tetapi mungkin tidak dianggap saksama oleh pihak yang lain. Konsep kesaksamaan ini kita akan bincangkan dengan terperinci nanti. 10.3 KEMISKINAN DAN KETIDAKSAMAAN

Kita telahpun melihat secara ringkas berhubung dengan definisi kemiskinan dan kesaksamaan sebelum ini. Seterusnya, anda akan didedahkan dengan lebih terperinci tentang dua konsep ini. 10.3.1 Kemiskinan Kemiskinan juga boleh didefinisikan kepada dua bentuk, iaitu kemiskinan mutlak (absolute poverty) dan kemiskinan relatif (relative poverty). Kemiskinan mutlak wujud apabila individu tidak mempunyai sumber yang secukupnya (sufficient resources) bagi menyediakan keperluan-keperluan asas makanan dan tempat tinggal. Ini boleh dikategorikan sebagai berada di bawah level of subsistence. Contohnya, individu yang tiada tempat tinggal (homelessness). Manakala kemiskinan relatif pula wujud apabila individu mempunyai sumber yang sepatutnya ada tetapi tidak mencukupi untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang ada dalam masyarakat tempat mereka tinggal. Dengan kata lain, mereka ini miskin mengikut standard masyarakat yang sama dengannya. Oleh itu, kita dapat melihat perbezaan yang wujud antara tahap kemiskinan di negara maju dan negara kurang maju. Kita tidak boleh menggunakan generalisasi dalam mengkaji kadar kemiskinan antara negara-negara. Dalam hal ini, kajian antara negeri di Malaysia juga perlu menggunakan pendekatan kemiskinan relatif ini. Ini kerana masyarakat di Pulau Pinang tidak akan sama dengan masyarakat di negeri Kelantan, contohnya. Kemiskinan relatif ini mungkin disebabkan oleh pengecualian hak (exclusion) terhadap kekayaan yang sepatutnya dikongsi bersama atau wujudnya penderaan (deprivation). Kadar kemiskinan dan isi rumah miskin di Malaysia boleh dilihat dalam Jadual 10.1 berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat berkaitan dengan golongan papa di negara ini. Peningkatan jumlah golongan papa di negara ini bermula dari tahun 1996 sehingga tahun 2000. Peningkatan yang besar boleh dilihat pada tahun 2000 terutama di kalangan masyarakat India.
185

Jadual 10.1 Individu Papa Berasaskan Faktor Etnik Tahun Melayu Cina India Lain-Lain Jumlah 1996 162 129 222 85 598 1997 170 150 218 38 576 1998 124 153 228 4 509 1999 349 258 285 329 1,221 2000 358 269 333 155 1,115 Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat. Retrieved October 3, 2001 from http://www. Kempadu. gov.my/jkm

(a)

Perspektif kemiskinan

Perspektif kemiskinan merujuk kepada pandangan yang dikemukakan oleh para sarjana untuk melihat punca atau penyebab serta kesan akibat daripada kemiskinan yang berlaku. Terdapat dua perspektif utama apabila membincangkan tentang masalah kemiskinan, iaitu pandangan liberal (structural) dan pandangan konservatif (individualist). Pandangan liberal melihat bahawa kemiskinan disebabkan oleh struktur ataupun keadaan persekitaran tempat golongan miskin ini tinggal. Dengan kata lain, kemiskinan disebabkan oleh berlakunya pengangguran, kegawatan ekonomi, diskriminasi ataupun manipulasi oleh pihak-pihak yang memegang kuasa seperti golongan kapitalis. Menurut Harrington (dalam Lester, 2000), kemiskinan ialah akibat daripada perubahan struktur ekonomi yang mengakibatkan ketiadaan peluang pekerjaan disebabkan situasi automasi yang mengakibatkan kehilangan kerja di sektor perindustrian dan mengimport buruh asing yang murah. Fahaman Marxist pula mengaitkan bahawa kemiskinan sengaja dikekalkan oleh golongan pemerintah untuk memastikan kepentingan golongan pemerintah dijaga. Oleh yang demikian, kerajaan bertanggungjawab untuk menggubal dasar kebajikan bagi mengelakkan berlakuknya rusuhan, revolusi dan sebagainya. Dengan adanya dasar kebajikan ini ianya dapat menstabilkan sistem politik sesebuah negara kerana kepentingan golongan ini diambil perhatian oleh pihak kerajaan. Pandangan konservatif pula melihat kemiskinan sebagai hasil daripada keadaan yang wujud dalam diri individu yang miskin. Kita sering mendengar para sarjana ekonomi, contohnya, menganggap bahawa seseorang individu itu miskin disebabkan oleh produktiviti mereka yang rendah dan golongan ini tiada motivasi untuk memajukan diri mereka, tidak mempunyai kemahiran dan latihan yang diperlukan ataupun tabiat kerja yang menjadikan mereka tidak berdaya saing. Banfield (dalam Lester, 2000) mengatakan bahawa budaya miskin atau culture of poverty ini wujud kerana kemiskinan itu merupakan satu cara hidup yang dipelajari oleh golongan miskin ini. Budaya ini dipelajari berdasarkan sifat
186

golongan ini yang apati, tidak bertanggungjawab dan hanya memikirkan aspek jangka pendek berbanding jangka panjang (present-oriented vs futureoriented). Sikap yang dimiliki oleh golongan miskin inilah yang menghalang mereka untuk mengambil peluang yang disediakan. Para sarjana sosiologi seperti Herbert Spencer melihat kemiskinan satu mekanisme untuk terus wujud dalam arena ekonomi. Pernahkah anda mendengar ungkapan survival of the fittest? Mengikut ungkapan ini, mereka yang berdaya maju dan mampu bertahan dengan persekitarannya akan terus wujud dan yang lemah akan pupus. Kemiskinan dapat menyusunaturkan golongan yang kuat daripada golongan yang lemah. Golongan atau individu yang mampu mengatasi masalah kemiskinan bagi dirinya dan dapat mengadaptasi ke atas persekitarannya dan mengambil peluang yang ada akan terus kekal dalam masyarakat dan menjadi masyarakat yang kuat dalam persekitarannya. Golongan yang tidak mampu menyesuaikan diri dengan persekitaran dan gagal untuk merebut peluang yang ada tidak akan tahan lama dan seterusnya menjadi golongan yang lemah dalam masyarakat. Pada pandangan anda, perlukah kerajaan membantu golongan miskin ini dengan melaksanakan dasar kebajikan atau kerajaan tidak sepatutnya memainkan peranan langsung dalam masalah kemiskinan ini. Jadual 10.2 menggariskan pandangan yang diutarakan oleh liberal dan konservatif berhubung dengan masalah kemiskinan. Kesimpulannya, masalah kemiskinan merupakan satu masalah yang bersifat universal yang dialami oleh negara-negara di dunia. Kemiskinan mengundang pelbagai tafsiran dan pandangan oleh pengkaji masalah ini dan setiap pandangan mempunyai kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri. Berdasarkan kepada pandangan ini, punca-punca kemiskinan dapat dikenal pasti dan kita dapat melihat sama ada campur tangan pihak kerajaan diperlukan atau tidak diperlukan dan sejauh mana campur tangan kerajaan dibenarkan. Pada pendapat anda, adakah pandangan liberal atau konservatif lebih relevan pada masa ini dalam usaha membasmi atau mengurangkan kemiskinan.

187

Jadual 10.2 Gambaran Umum Perspektif Alternatif ke atas Kemiskinan Pandangan Struktural (Liberal) 1. Pandangan optimis tentang keadaan semula jadi manusia. 2. Individu dibentuk oleh persekitaran di sekelilingnya. 1. Kemiskinan disebabkan oleh faktor kelahiran dan ketidakadilan sosial. Kemiskinan boleh diperbaiki melalui pengagihan semula sumber. Penekanan kepada pengabaian relatif. Paras kemiskinan agak signifikan. Kerajaan perlu memberi jaminan ke atas persamaan substantif (substantive equality). Menjadikan manusia bebas dan ada persamaan; persamaan perlu dimandatkan dan memperolehi kesannya. Kerajaan perlu menyediakan peluang pekerjaan dan/atau memberi latihan kepada orang miskin. Kerajaan perlu menyalurkan manfaat secara langsung kepada golongan miskin. Pandangan Individu (Konservatif) pandangan pesimis tentang keadaan semula jadi manusia. Individu yang menentukan keadaannya.

Pandangan tentang keadaan semulajadi manusia (human nature) Faktor asas penyebab kemiskinan

1. 2.

1. 2.

2.

Terdapat pembahagian semula jadi bakat, dan keupayaan. Tiada apa yang boleh dilakukan, kemiskinan tidak dapat dielakkan, ia berasaskan kepada pemikiran.

Pengukuran kemiskinan

1. 2.

1. 2. 1.

Penekanan kepada pengabaian mutlak. Paras kemiskinan tidak signifikan atau berkurangan. Kerajaan tidak mempunyai tanggungjawab sebenar atau menyediakan peluang hanya kepada orang miskin. Kerajaan perlu menghadkan tindakan di peringkat prosedur; kesan tidak perlu dimandatkan.

Peranan kerajaan

1.

2.

2.

Penyelesaian dasar terpilih

1.

1.

2.

2.

Kerajaan perlu menggunakan dasar laissez-faire atau menggalakkan sektor swasta untuk menyediakan peluang pekerjaan. Kerajaan perlu menggalakkan trickle-down economics.

Sumber: Diubahsuai daripada Lester, J. P., & Stewart, J. Jr. (2000). Public policy: An evolutionary approach. United States: Wadsworth Thomson Learning.

188

SOALAN DALAM TEKS

4. Bezakan antara kemiskinan relatif dan kemiskinan mutlak. 5. Apakah yang dimaksudkan dengan budaya miskin? 6. Apakah faktor penyebab kemiskinan berdasarkan pandangan konservatif. 7. Bezakan penyelesaian dasar yang dipilih oleh kerajaan berdasarkan kepada pandangan liberal dan konservatif. Semak jawapan anda di akhir bab ini. 10.3.2 KESAKSAMAAN DAN KETIDAKSAMAAN (INEQUALITY) Konsep kesaksamaan mudah untuk kita jelaskan apabila kita melihat kepada aspek yang berlawanan dengannya, iaitu ketidaksamaan. Ketidaksamaan ataupun inequality merupakan satu aspek yang amat dititikberatkan dalam ekonomi pembangunan kerana ianya berkaitan dengan persoalan pengagihan kepada individu manusia. Ketidaksamaan pengagihan ini boleh kita kaitkan dengan punca berlakunya kemiskinan dalam sesebuah negara. Kemiskinan mungkin berpunca daripada ketidakadilan dalam mengagihkan barangan atau perkhidmatan kepada pihak yang sepatutnya akibat daripada perbezaan nilai, status sosial dan sebagainya. Cuba anda fikirkan apakah bentuk-bentuk ketidaksamaan yang wujud dalam sesebuah masyarakat. (a) Ketikdaksamaan

Ketidaksamaan merupakan perkataan yang berlawanan dengan kesaksamaan iaitu equity. Keadaan globalisasi dianggap penyebab kepada wujudnya ketidaksamaan hampir keseluruhannya dalam masyarakat terutamanya ketikdaksamaan sosial dan ekonomi. Akibat daripada pengaliran maklumat dan teknologi menyebabkan wujudnya jurang antara masyarakat dan juga antara negara di dunia. Pengetahuan terhadap penggunaan teknologi memberi kelebihan kepada pekerja yang berkemahiran untuk mendapatkan gaji yang lebih berbanding dengan pekerja yang tiada kemahiran. Ini menunjukkan wujudnya ketidaksamaan kerana pekerja yang tidak berkemahiran tidak mempunyai keupayaan dan infrastruktur yang lengkap untuk menambah kemahiran penggunaan teknologi yang ada.
189

(b)

Kesaksamaan

Menurut Stone (1988), kesaksamaan merupakan satu matlamat yang hendak dicapai dalam usaha menyelesaikan konflik yang wujud ekoran daripada pengagihan barangan dan perkhidmatan disebabkan oleh rasa tidak puas hati pihak yang terlibat dalam pengagihan tersebut. Maksud kesaksamaan ialah treating others alike adalah berlandaskan kepada persoalan tentang pengagihan sumber-sumber yang dimiliki oleh sesebuah negara seperti barangan dan perkhidmatan, harta kekayaan dan pendapatan, kesihatan dan penyakit ataupun peluang dan disadvantage. Pengagihan sumber-sumber ini dilakukan melalui proses politik. Cuba anda fikirkan definisi politik yang diutarakan oleh sarjana pengkaji politik Harold Lasswell, iaitu siapa mendapat apa, bila dan bagaimana. Pengagihan sumber-sumber ini sudah tentunya bertepatan dengan maksud kesaksamaan yang diutarakan oleh Stone (1988) kerana ianya boleh menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pihak yang terlibat. Ada pihak yang mudah mendapat peluang kenaikan pangkat dan ada pihak yang sukar untuk mendapatkan bantuan kebajikan. Aaron (dalam Stone, 1988) melihat bahawa terdapat tiga dimensi apabila kita berhadapan dengan persoalan tentang pengagihan sumber-sumber yang dimiliki ini. Tiga dimensi tersebut ialah (i) Penerima barangan atau perkhidmatan tersebut (who gets something?). (ii) Barangan atau perkhidmatan yang akan diagihkan (what is being distributed?). (iii) Proses yang terlibat dalam pengagihan barangan atau perkhidmatan tersebut (how is distribution to be decided upon or carried out).

Cuba kita lihat secara terperinci dimensi pengagihan ini berdasarkan Jadual 10.4 berikut:
Jadual 10.4 Konsep Persamaan (Equality) Dimensi Penerima Isu Persoalan

1. Keahlian (ruang lingkup keahlian tersebut). 2. Pengagihan berdasarkan kepada status (rank). 3. Pengagihan berdasarkan kepada kumpulan (group). Barangan atau 4. Ruang lingkup item (boundaries). perkhidmatan (item) 5. Nilai item. Proses yang terlibat 6. Persaingan (opportunity as starting resources). 7. Loteri (opportunity as statistical chance). 8. Undian (opportunity as political participation). Sumber: Diubahsuai daripada Stone. (1988). 190

SOALAN DALAM TEKS

8. Apakah yang dimaksudkan dengan konsep kesaksamaan? 9. Nyatakan tiga dimensi pengagihan barangan dan perkhidmatan? 10. Nyatakan tiga proses yang terlibat dalam pengagihan barangan dan perkhidmatan. Semak jawapan anda di akhir bab ini. (c) Cabaran dalam Pengagihan

Setiap pengagihan yang dijalankan akan mewujudkan dilema atau cabaran yang perlu diberi perhatian oleh pihak yang terlibat. Terdapat beberapa cabaran berhubung dengan dimensi pengagihan ini. Cabaran pertama berdasarkan kepada persoalan mengenai definisi keahlian (membership). Kita mungkin boleh mengambil jalan mudah dengan mengatakan pengagihan dilakukan secara sama rata tetapi persoalannya ialah siapa yang sepatutnya menerima pengagihan tersebut? Apakah kriteria yang perlu diambil kira untuk menjadikan seseorang itu termasuk dalam keahlian penerima pengagihan tersebut. Contoh yang kita boleh fikirkan ialah kerakyatan sesebuah negara. Adakah sesiapa sahaja yang lahir di Malaysia dianggap sebagai rakyat Malaysia? Adakah sesiapa sahaja dibenarkan untuk mengundi? Kalau kita ikutkan konsep sama rata ini, kita akan menganggap bahawa semua warganegara Malaysia diberi hak mengundi. Namun begitu, kerajaan telah menetapkan umur tertentu sahaja yang dibenarkan mengundi dalam pilihan raya dan berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia dalam tempoh yang ditetapkan. Dengan ini, secara tidak langsung kita mendefinisikan semula konsep persamaan itu dan mendefinisikan semula maksud keahlian tersebut. Cabaran kedua dan ketiga berdasarkan kepada persoalan bagaimana masyarakat dibahagikan secara dalaman (internally divided). Cabaran kedua menekankan pengagihan berdasarkan kepada status (rank). Contohnya yang kita boleh lihat ialah pembayaran gaji pekerja khususnya di sektor awam adalah berdasarkan kepada kategori (rank) dan setiap kategori adalah berbeza mengikut kelayakan akademik. Konsep kesaksamaan berdasarkan kepada pembahagian ini juga dipanggil sebagai kesaksamaan
191

mendatar (horizontal) dan kesaksamaan menegak (vertical). Kesaksamaan mendatar bermaksud persamaan layanan kepada semua pihak yang terlibat berdasarkan kepada persamaan kumpulan (rank) manakala kesaksamaan menegak pula merujuk kepada ketidaksamaan layanan kepada semua pihak disebabkan oleh perbezaan kumpulan (rank). Contoh yang mudah kita lihat ialah berhubung dengan pembayaran gaji bagi kerja-kerja yang memerlukan kemahiran dan tanggungjawab yang sama. Di Amerika Syarikat, tuntutan supaya mendapat gaji yang sama rata (comparable worth) antara lelaki dan wanita menjadi satu isu yang sering diperdebatkan. Wanita dan lelaki mempunyai gaji yang berbeza sungguhpun pekerjaan berkenaan memerlukan kemahiran dan tanggungjawab yang sama. Dengan kata lain, perbezaan gaji dan upah ialah berdasarkan kepada aspek jantina dan bukannya kemahiran yang dimiliki oleh individu berkenaan. Cabaran ketiga pula melihat pengagihan berdasarkan kepada kumpulan (group). Contoh yang boleh dilihat ialah penggunaan affirmative action sebagai satu jaminan kepada kumpulan tertentu disebabkan sejarah diskriminasi yang dialami oleh kumpulan terbabit. Penggunaan kuota dikhususkan kepada ahli minoroti dalam masyarakat berkenaan. Sistem kuota ini dilihat supaya ahli minoriti atau kumpulan yang teraniaya dalam masyarakat menerima pembahagiannya dalam satu masyarakat yang besar. Contohnya, kuota kemasukan pelajar ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia pada masa dahulu adalah berdasarkan kepada kuota seperti 10 peratus diberikan kepada pelajar India. Pengagihan berdasarkan kepada kumpulan ini lebih menitikberatkan faktor pembahagian sosial (social cleavages) seperti bangsa, etnik, jantina, agama yang dianuti dan keupayaan (OKU) yang membahagikan masyarakat kepada beberapa blok atau pembahagian utama. Mungkin anda boleh kaitkan dengan kasta yang wujud dalam masyarakat India. Cabaran keempat dan kelima berdasarkan kepada definisi item, iaitu barangan atau perkhidmatan yang akan diagihkan. Cabaran keempat melihat kepada sapek mendefinisikan semula ruang lingkup item berkenaan. Ianya berkait rapat dengan konsep pengagihan semula dalam dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan. Contohnya ialah bantuan kewangan kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian. Sesetengah pihak berdasarkan kepada merit, iaitu akademik pelajar berkenaan dalam membuat keputusan pemberian bantuan kewangan. Kebanyakannya mengagihkan bantuan kewangan berdasarkan kepada keperluan kewangan pelajar berkenaan. Dalam konteks ini, pihak yang memberi bantuan melihat keperluan kewangan pelajar secara keseluruhannya (total assets), ataupun melihat jumlah pendapatan yang dimiliki oleh ibu bapa atau penjaga mereka. Sesetengah penaja bagi bantuan kewangan pelajar menghadkan program akademik tertentu sahaja seperti perubatan,
192

perakaunan dengan andaian bahawa pelajar mudah untuk membayar balik bantuan yang diambil berdasarkan gaji lumayan yang akan diterima oleh pelajar apabila mereka bekerja kelak. Cara kita mendefinisikan item ini juga berbeza. Kita melihat bahawa bantuan kewangan sebagai bantuan kewangan itu sendiri atau sebahagian daripada aset pelajar atau sebahagian daripada aset ibu bapa atau penjaga mereka dan sebagainya. Cuba anda fikirkan mengenai dasar cukai di Malaysia. Cabaran kelima melihat bagaimana individu mendefinisikan item berkenaan berdasarkan kepada nilai item itu sendiri (standardized value atau customized value). Contohnya, memberi bantuan makanan kepada setiap individu secara sama rata tidaklah bermaksud bahawa setiap individu akan mendapat jumlah makanan yang sama. Apa yang penting ialah bagaimana makanan tersebut dapat mengelakkan individu berkenaan daripada kelaparan. Dalam kejadian banjir yang melanda beberapa negeri di Malaysia, bantuan makanan yang disediakan kepada mangsa banjir tidak semestinya sama dengan apa yang dimakan oleh mereka yang tidak terlibat dengan banjir. Konflik yang wujud dalam cabaran ini berkait rapat dengan dasar sosial yang digubal oleh kerajaan. Contohnya seperti penjagaan perubatan dan perumahan yang mempunyai nilainya yang tersendiri. Persoalan yang cuba diutarakan ialah nilai rumah sebagai tempat berlindung kepada orang miskin. Adakah suatu kemestian bahawa rumah yang dibina dan diberikan kepada golongan miskin mesti mempunyai ruang tamu dan ruang makan yang berasingan, mempunyai tiga bilik dan dapur yang berasingan? Nilai rumah kepada golongan miskin mungkin berbeza dengan nilai rumah golongan berada. Adakah ianya berdasarkan kepada nilai individu atau nilai masyarakat (customized). Cabaran yang terakhir merujuk kepada persoalan tentang proses pengagihan barangan atau perkhidmatan tersebut. Kita sering kaitkan proses ini dengan konsep keadilan (fairness). Kita menganggap bahawa proses yang terlibat tidak adil sungguhpun kita mendapat output yang adil. Dalam banyak hal, kita sanggup untuk bertoleransi dan menerima output yang tidak adil selagi proses yang dilalui adil. Contohnya, mungkin ada di antara kita yang sering menghantar borang peraduan atau cabutan Sijil Simpanan Premium. Kita menerima hakikat bahawa kegagalan kita menerima hadiah disebabkan tiada nasib dengan andaian bahawa kita berpuas hati dengan proses yang terlibat dalam memilih pemenang. Cuba anda fikirkan adakah proses permohonan jawatan merupakan satu proses yang adil? Kesimpulannya, setiap isu dasar melibatkan pengagihan sesuatu barangan atau perkhidmatan. Konflik mungkin tidak akan berlaku sekiranya kita memberi jaminan kepada golongan tertentu bahawa hak mereka tidak diabaikan dan dilindungi oleh peraturan. Kebiasaannya, item yang
193

diagihkan itu merupakan sesuatu yang tangible seperti wang, rumah dan ada juga barangan yang intangible seperti penyakit. Pengagihan ini secara tidak langsung berkait rapat dengan konsep politik, iaitu siapa mendapat apa, bila dan bagaimana dan mewujudkan klasifikasi atau pembahagian adalah suatu yang disarankan dalam menjamin kebajikan masyarakat. 10.4 TEORI KETIDAKSAMAAN DAN KEMISKINAN

Pada era pemikiran ekonomi klasik, persoalan antara kemiskinan dan ketidaksamaan serta hubungannya dengan pertumbuhan ekonomi seringkali mendapat perhatian. Banyak teori dikemukakan untuk menerangkan perkaitan antara pendapatan dan pertumbuhan ekonomi dan bagaimana ianya boleh mengakibatkan ketidaksamaan ini wujud. 10.4.1 Model Dua Sektor Ricardo (Ricardos Two Sector Model) Model ini menerangkan tentang pengagihan pendapatan dan pertumbuhan ekonomi. Model ini menjelaskan hubungan yang wujud antara dua sektor, iaitu industri dan pertanian. Dua andaian yang diketengahkan ialah (i) Sektor pertanian tertakluk kepada pulangan berkurangan (diminishing returns) Peningkatan dalam input mengakibatkan peningkatan yang sedikit dalam output. Maksudnya di sini ialah tanaman (seperti jagung) memerlukan tanah dan tanah adalah terhad. Peningkatan pengeluaran memaksa petani menggunakan tanah yang semakin terhad dan ianya menyebabkan kos yang tinggi untuk menghasilkan tanaman bijirin. Lebihan buruh Sektor industri akan menghapuskan lebihan buruh ini tanpa menyebabkan kenaikan upah sama ada di bandar atau pedalaman.

(ii)

Analisis yang dibuat oleh David Ricardo dalam awal tahun 1800-an mencadangkan bahawa sekiranya kerajaan England tidak memansuhkan peraturan berhubung dengan pengeluaran jagung, iaitu melindungi petani domestik daripada persaingan luar dan pada masa yang sama membenarkan pengimportan makanan untuk mempercepatkan revolusi industri, pendapatan dapat diagihkan semula daripada pihak kapitalis kepada tuan tanah. Ricardo menganggap bahawa tuan tanah merupakan pihak yang boros dan akan mengaut keuntungan daripada situasi tersebut. Menurut pemikiran beliau, pertumbuhan ekonomi ini disokong oleh penjimatan yang dilakukan oleh golongan kapitalis yang menggunakan wang dengan jimat. Beliau menyimpulkan bahawa pengagihan yang sebegini akan menghancurkan pertumbuhan ekonomi.
194

Ini merupakan jangkaan yang dibuat oleh David Ricardo pada masa tersebut. Namun begitu, apa yang berlaku tidak seperti yang dijangkakan oleh model ini. Sewa, iaitu pendapatan tuan tanah bukanlah penyumbang besar kepada pendapatan negara industri. Keuntungan yang diperolehi oleh golongan kapitalis tidak dikeluarkan dan upah sebenarnya telah meningkat dan ianya menyumbang kepada pendapatan negara. Antara faktor yang berlaku ialah pulangan berkurangan dapat diatasi dengan adanya perubahan teknologi yang boleh meningkatkan jumlah pengeluaran makanan bagi setiap tanah yang kuantiti dan kualitinya adalah sama seperti sebelumnya. Faktor peningkatan pemakanan dan populasi penduduk juga menyumbang kepada penolakan model ini. SOALAN DALAM TEKS

11. 12.

Apakah dua sektor yang dianalisis oleh David Ricardo? Nyatakan dua andaian yang terdapat dalam Model Dua Sektor Ricardo.

Semak jawapan anda di akhir bab ini. 10.4.2 Pandangan Marx Karl Marx mempercayai bahawa pembangunan kapitalis ini akan mengakibatkan peningkatan dalam pengagihan pendapatan yang tidak sama. Menurut beliau, golongan kapitalis ini mempunyai insentif untuk menyediakan buruh simpanan bagi mempastikan upah buruh yang sedia ada tidak akan naik. Menurut beliau, golongan yang mempunyai kapital (wang dan tanah) ini mendominasi kedua-dua aspek, iaitu ekonomi dan golongan bourgeois. Kejatuhan kapitalism akan diganti dengan sosialisme dan pada masa inilah banyak aspek mengenai pekerja akan dibaiki seperti upah dan sebagainya. Pada pendapat anda, adakah persamaan dalam masyarakat (no class society) mampu mewujudkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara? 10.4.3 Teori Neo-Klasik Teori Neo-Klasik juga dikenali sebagai teori daya pengeluaran sut (marginal productivity theory). Teori ini juga boleh digunakan untuk
195

menerangkan pengagihan pendapatan di negara membangun. Teori ini menerangkan bagaimana pendapatan atau pulangan setiap faktor pengeluaran ditentukan berdasarkan kepada sumbangan sut faktor tersebut. Contohnya, upah pekerja dibayar berdasarkan kepada nilai sumbangan pekerja tersebut terhadap barang yang dikeluarkan. Pendapatan faktor boleh bertambah jika nilai sumbangan faktor bertambah. Teori daya pengeluaran sut mengandaikan persaingan sempurna dalam pasaran faktor. Teori ini juga menyatakan bahawa apabila satu faktor pengeluaran ditambah, nilai sumbangan setiap faktor kepada pengeluaran akan berkurangan. Untuk memaksimumkan keuntungan, majikan akan menambahkan faktor pengeluaran sehingga bayaran terhadap faktor itu sama dengan nilai sumbangannya. Namun begitu, teori ini hanya sesuai digunakan di negara membangun berbanding dengan negara kurang membangun kerana andaian berhubung dengan persaingan sempurna dalam faktor pasaran kurang relevan dengan negara-negara kurang membangun. 10.4.4 Model Lebihan Buruh (The Labor-Surplus Model) Diperkenalkan oleh W. Arthur Lewis yang melihat bahawa keadaan di negara-negara kurang membangun mempunyai persamaan dengan negara-negara industri sebelum berlakunya Revolusi Industri. Menurut beliau, kuantiti buruh tidak terhad dan kadar upah adalah ditetapkan. Model ini mencadangkan bahawa ketidaksamaan akan meningkat pada awalnya tetapi akan berkurangan dan terhapus apabila pembangunan mengambil tempat. Lewis menggariskan dua alasan kenapa peningkatan ketidaksamaan di peringkat awal berlaku iaitu (i) (ii) Sumbangan pendapatan yang dimiliki oleh golongan kapitalis meningkat ekoran daripada peningkatan saiz pemodenan dan sektor yang ada. Ketidaksamaan dalam pengagihan pendapatan buruh juga berlaku tetapi dalam jumlah yang sedikit akibat daripada perubahan upah antara sektor.

Menurut model ini, ketidaksamaan bukan sahaja satu keperluan ekoran daripada kesan pertumbuhan ekonomi tetapi ia juga merupakan penyebab kepada pertumbuhan. Dengan kata lain, ketidaksamaan menyumbang kepada pertumbuhan. Pada pendapat anda, mengapa pertumbuhan ekonomi tidak dapat menjamin atau membaiki taraf hidup rakyat secara keseluruhannya.

196

10.5

KESIMPULAN

Secara umumnya, terdapat trade-off antara faktor kesaksamaan dengan pertumbuhan ekonomi. Ianya boleh dilihat dalam konteks hubungan zero-sum game. Sekiranya kita menggalakkan persamaan seperti tiada berlakunya ketidaksamaan (inequality) kita mungkin berhadapan dengan masalah seperti kurangnya produktiviti. Kemiskinan seringkali menjadi topik yang diperdebatkan di peringkat domestik dan juga di peringkat antarabangsa. Ada yang menganggap bahawa pertumbuhan mestilah selari dengan kesaksamaan dan ada yang berpandangan sebaliknya. Pendekatan pengagihan semula (redistribution) seringkali menjadi laungan negara-negara yang sedang membangun yang menyokong fahaman sosialisme. Namun ianya sukar untuk dilaksanakan.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI 1. 2. Jelaskan dengan ringkas dua pandangan mengenai fenomena kemiskinan. Jelaskan dua cabaran yang terdapat dalam pengagihan barangan dan perkhidmatan dari aspek penerima barangan dan perkhidmatan. Jelaskan satu cabaran yang terdapat dalam dimensi barangan dan perkhidmatan yang akan diagihkan. Apakah dua model yang boleh digunakan untuk menerangkan perkaitan antara ketidaksamaan dan pertumbuhan ekonomi. Bezakan pandangan liberal dan konservatif membincangkan peranan kerajaan dalam isu kemiskinan. dalam

3. 4. 5. 6.

Jelaskan dengan ringkas faktor penyebab kemiskinan berdasarkan pandangan liberal. Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

197

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS 1. Dua bentuk agihan ialah (i) (ii) 2. Agihan fungsional. Saiz agihan.

Dua kategori kemiskinan ialah (i) Kemiskinan sebenar - Merujuk kepada kekurangan keperluan-keperluan asas untuk mengekalkan kehidupan fizikal seseorang individu. Kategori kemiskinan ini merupakan subsistem kepada kemiskinan yang disebabkan oleh ketidakcukupan makanan dan tempat tinggal atau tempat perlindungan yang sesuai untuk diduduki. Kemiskinan relatif - Merujuk kepada keperluan budaya seseorang individu dan keluarga dalam konteks masyarakat secara keseluruhan. Kategori ini menjelaskan bahawa kemiskinan tidak sahaja merujuk kepada aspek memenuhi keperluan fizikal tetapi juga kepada norma-norma dan kehendak-kehendak atau harapan masyarakat.

(ii)

3.

Nisbah Penumpuan Gini (Gini Concentration Ratio) digunakan untuk menerangkan darjah kewujudan ketidaksamaan yang ada dalam agihan pendapatan. Nisbah ini diperolehi dari keluk Lorenz. Sila rujuk Rajah 10.1. Kemiskinan mutlak wujud apabila individu tidak mempunyai sumber yang secukupnya (sufficient resources) bagi menyediakan keperluan-keperluan asas makanan dan tempat tinggal. Ini boleh dikategorikan sebagai berada di bawah level of subsistence. Contohnya, individu yang tiada tempat tinggal (homelessness). Kemiskinan relatif pula wujud apabila individu mempunyai sumber yang sepatutnya ada tetapi tidak mencukupi untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang ada dalam masyarakat tempat mereka tinggal. Dengan kata lain, mereka ini miskin mengikut standard masyarakat yang sama dengannya.

4.

5.

Budaya miskin atau culture of poverty wujud kerana kemiskinan itu merupakan satu cara hidup yang dipelajari oleh golongan miskin ini. Budaya ini dipelajari berdasarkan sifat golongan ini yang
198

apati, tidak bertanggungjawab dan hanya memikirkan aspek jangka pendek berbanding jangka panjang (present-oriented vs futureoriented). Sikap yang dimiliki oleh golongan miskin inilah yang menghalang mereka untuk mengambil peluang yang disediakan untuk mereka. 6. Pandangan konservatif melihat kemiskinan sebagai hasil daripada keadaan yang wujud dalam diri individu miskin berkenaan. Kita sering mendengar para sarjana ekonomi, contohnya, menganggap bahawa seseorang individu itu miskin disebabkan oleh produktiviti mereka yang rendah dan golongan ini tiada motivasi untuk memajukan diri mereka, tidak mempunyai kemahiran dan latihan yang diperlukan ataupun tabiat kerja yang menjadikan mereka tidak berdaya saing. Pandangan liberal - Kerajaan perlu menyediakan peluang pekerjaan dan/atau memberi latihan kepada orang miskin. Kerajaan perlu menyalurkan manfaat secara langsung kepada golongan miskin. Pandangan konservatif - Kerajaan perlu menggunakan dasar laissez-faire atau menggalakkan sektor swasta untuk menyediakan peluang pekerjaan. Kerajaan perlu menggalakkan trickle-down economics. 8. Konsep kesaksamaan merupakan satu matlamat yang hendak dicapai dalam usaha menyelesaikan konflik yang wujud ekoran daripada pengagihan barangan dan perkhidmatan disebabkan oleh rasa tidak puas hati pihak yang terlibat dalam pengagihan tersebut. Maksud kesaksamaan ialah treating others alike adalah berlandaskan kepada persoalan tentang pengagihan sumbersumber yang dimiliki oleh sesebuah negara seperti barangan dan perkhidmatan, harta kekayaan dan pendapatan, kesihatan dan penyakit ataupun peluang. Tiga dimensi agihan sumber ialah (i) Penerima barangan atau perkhidmatan tersebut (who gets something?). (ii) Barangan atau perkhidmatan yang akan diagihkan (what is being distributed?). (iii) Proses yang terlibat dalam pengagihan barangan atau perkhidmatan tersebut (how is distribution to be decided upon or carried out).
199

7.

9.

10.

Tiga proses yang terlibat ialah (i) Persaingan (opportunity as starting resources). (ii) Loteri (opportunity as statistical chance). (iii) Undian (opportunity as political participation).

11.

Dua sektor yang dianalisis oleh David Ricardo ialah (i) (ii) Sektor industri. Sektor pertanian.

12.

Dua andaian iaitu (i) Sektor pertanian tertakluk kepada pulangan berkurangan (diminishing returns) Peningkatan dalam input mengakibatkan peningkatan yang sedikit dalam output. Maksudnya di sini ialah tanaman (seperti jagung) memerlukan tanah dan tanah adalah terhad. Peningkatan pengeluaran memaksa petani menggunakan tanah yang semakin terhad dan ianya menyebabkan kos yang tinggi untuk menghasilkan tanaman bijirin. Lebihan buruh Sektor industri akan menghapuskan lebihan buruh ini tanpa menyebabkan kenaikan upah sama ada di bandar atau di pedalaman.

(ii)

200

Anda mungkin juga menyukai