Anda di halaman 1dari 8

Bab 7 SSMN/SEDAR

ISLAM DI ASIA TENGGARA

Pengenalan
1.     Kedudukan yang strategik sebab:
a.      Kedudukan Asia Tenggara di tengah perjalanan Timur Barat .
b.     Dihubungi dengan Selat Melaka dan Laut Cina Selatan
c.     Hubungan penting Cina dan India.
d.     Mewujdkan banyak bandar spt: Srivijaya, Perlak, Pasai, Melaka, Bantam, Cheribon,
Makasar, Brunei, dan Pattani.
e.      Ada hubungan dengan Mocha, Hormuz, Surat,Goa, Colombo, dan Pantai Coromadel spt
Masulipatam dan Pondecherry.- Lautan Hindi. Laut China Selatan – Canton@Amoy.
f.       Faktor mempertemukan pedagang
i.       angin monsun Barat Daya dan Timur Laut.
ii.       Jalan darat – Jalan Sutera.
2.     Sebelum kemunculan Islam AT menjadi kawasan dagangan Melayu, Arab, China dan India.
3.     Jadi tarikan sebab:- Kekayaan hasilbumi – pertanian, logam, serta hasil hutan.
4.     Apabila Islam berkembang menjadi pusat penyebaran Islam. Sebelum Islam mereka anuti Hindu,
Buddha, agama nenek moyang. Menetap di Acheh, Pasai, Perlak, Melaka, Brunei, Gerisik,
Trengganu, Pattani dan Makasar.

Kedatangan Islam Di Asia Tenggara.


 
1.     Teori kedatangan Islam dari:
a.      Semenanjung Arab
b.     India
c.     China.
2.     Teori Semenanjung Arab:
a.      Dikemukakan oleh John Crawford disokong Syed Muhamad Naquib l-Attas. Buktinya:
i.       Aktiviti perdagangan menerusi catatan China yang menyatakan orang Arab dan
Parsi tmempunyai petempatan di Canton pd 300M.
ii.       Pedagang Arab dapat kuasai laut dari pelabuhan Iskandariah hingga China.
Telah berdagang di rantau ini terutama setelah kemunculan Islam pada abad 7M.
iii.       Pedagang Arab singgah di pelabuhan utama AT sebelum ke China. Jadi tempat
menunggu dari angin monsun.
iv.       Menetap beberapa bulan dan mewujudkan perkampungan dan ada urusan jual
beli barangan mewah dari China dan India. Perkampungan Islam – Ta Shih di
Sumatera Utara pd 650M – catatan China.
v.       Perkahwinan  dengan orang tempatan.
vi.       Wujud  persamaan tulisan kesusasteraan di AT dan Arab. Perkataan arab
terdapat dalam tulisan Jawi, Zapin dan dabus.
vii.       Pengislaman raja-raja melayu oleh syeikh dari Arab spt dalam Hikayat Raja-
Raja Pasai. – Keturunan sufi. Berjaya  mengislamkan Merah Silu ( Malik al-
Salih. ) Raja Pattani – Phaya Tu Nakpa – diislamkan Syeikh Said
b.     Mengapakah tertarik dengan Islam:
i.       Tertarik dengan nilai Islam yang murni.
ii.       Amalan pendakwah Islam mengamalkan nilai Islam yang murni spt
1.     Kejujuran pedagang Islam
2.     Mementingkan kebersihan
3.     Berhemah tinggi.        

1
Bab 7 SSMN/SEDAR

c.     Catatan tempatan tentang pengislaman Raja-raja Melayu


i.       Hikayat Raja-Raja Pasai.
ii.       Hikayat Merong mahawangsa – Raja Kedah diislamkan oleh Syeikh Abdullah al-
Yamani
iii.       Hikayat Acheh – Syed Abdullah Ariff berusaha kembangkan Islam.
iv.       Sejarah Kepulauan Sulu – Sharif Hassan dan Awlia sebar Islam di Sulu.

3.     Teori China: Dikemuka oleh: Emanuel Gadinho : Alasan beliau:


i.       Khan Fo atau Canton  menjadi pusat perdagangan Arab sejak  abad 9M
ii.       Menyebarkan Islam dikalangan peniaga China kemudian sebar ke AT.
b.     SQ Fatimi. Alasan beliau:
i.       Berlaku perpindahan beramai-ramai pedagang Islam di Canton ke AT pada
876M.
ii.       Diperkukuhkan dengan adanya batu bersurat Kuala Berang. Wujud Islam di
Terengganu. Dijumpai pd 1899M. Isi tulisan tentang hukum syarak, peraturan
dan undang-undang kekeluargaan, hukuman zina, hukuman terhadap yang tidak
hutang.
c.     Bukti lain:
i.       Penemuan batu nisan bertarikh 1028M di Kg Permatang Pasir, Pulau Tambun,
Pekan Pahang mempunyai ayat al-Quran dan kalimah Arab.
ii.       Bukti Islam telah sampai sebelum abad 13M
iii.       Dibawa oleh mubaligh Cina menerusi Laut Cina Selatan ke Phang Rang
IndoCina dan Pekan Pahang.
iv.       Persamaan seni bina China dan seni bina masjid di Kelantan, Melaka dan
Jawa.Di Melaka bentuk bumbung, atap genting, warna merah dan kuning pada
kayu kepala pintu dan tingkap,lantai, dinding, tangga, dan kolam air.

4.     Teori India : Dari Wilayah Gujerat dan Pantai Coromandel.abad 13M Dikemukan oleh:
a.      Snouck Hurgronge.Buktinya:
i.       Hubungan rantau AT dan India sudah lama wujud. Boleh pedagang Islam
India sebar Islam ke AT.
ii.       Gujerat pelabuhan penting pada zaman Alaudin Khinji di India.
iii.       Batu marmar pada batu nesan Malik Ibrahim di Gerisik, Jawa dan Malik al-
Salih di pasai mempunyai ciri-ciri India.
iv.       Kewujudan unsur India dan kebudayaan masyarakat.
5.     Kesimpulan sejarawan kedatangan Islam menerusi - Pedagang kemudian oleh para ulama .

Penyebaran Islam di Asia Tenggara.


 Cara penyebaran:
1.     Perdagangan ( Bagaimana )
a.      Pedagang China, India, dan Arab.
b.     Hubungan dengan pelabuhan-pelabuhan di Selat Melaka, Teluk Siam, Indo
China,Kepulauan Rempah spt Maluku dan Makasar.- Pusat kegiatan manusia dari pelbagai
tempat .
c.     Islam menjadi ikutan kerana kemurnian Islam dan tingkah laku pendakwah serta
pedagang.
d.     Semangat ingin mendakwah  wujudkan perkampungan pedagang Islam .
e.      Pedagang juga membawa para ulama.
f.       Sifat pedagang dan ulama – berhemah, lemah lembut dan mahmudah – sopan santun,
ikhlas, dan lemah lembut.

2
Bab 7 SSMN/SEDAR

g.     Wujud hubungan baik pedagang dengan penduduk tempatan.- pemerintah tempatan beri
kelebihan – beri peluang berdakwah.
h.     Jawatan Syah Bandar beri kepada pedagang Islam krn kejujuran dan amanah.

2.     Perkahwinan
a.      Melalui prkahwinan biasa dan siasah
b.     Perkahwinan siasah dengan kerabat diraja. Mansur Shah dan Muzaffar Shah berkahwin
dengan puteri raja Siak, Kampar, Inderagiri, dan Jambi. Puteri Raja Melaka dkahwinkan
dengan Raja Pahang dan Kedah.
c.     Perkahwinan biasa berlaku antara pedagang atau ulama Islam dengan penduduk
tempatan.

3.     Pengislaman Raja dan golongan bangsawan.


a.      Pengaruh Raja dan pembesar yang kuat membolehkan rakyat memeluk Islam.
b.     Sebagai cth : Megat Iskandar Shah Melaka, Raja Malik al Salih Pasai

4.     Kelahiran kerajaan Islam


a.      Kerajaan Perlak, Samudera-Pasai, Melaka,Acheh, Demak,Mataram, Sulu dan Mindanoa.
Brunei, Pattani, Johor Riau, Champa.
b.     Meluaskan kawasan pengaruhnya – jadi pusat penyebaran Islam .
c.     Melaka sejak abad ke – 15. Tu Perak Bendahara Melaka. Berjaya menawan pesisiran
pantai Sumatera Utara, spt Aru, Rokan, Siak, Kampar, dan Inderagiri.
d.     Kerajaan Johor-Riau beruasaha kembalikan keunggulan Kerajaan Melaka – cuba
menghalang penyebaran Kristian.
e.      Demak sebarkan Islam ke Jawa dengan menguasai Majapahit, kemudian diikuti Pahang
dan Mataram.
f.       Acheh –  zaman Iskandar Muda, menjadi kuasa yg kuat.Langkah yang diambil utk halang
penyebaran Kristian.
i.       Menaungi kerajaan kecil. Di Sumatera Utara dan negeri-negeri di Tanah Melayu.
ii.       Menjadi pusat perdagangan yang penting
iii.       Digelar serambi Mekah.
g.     Pattani – diislamkan pada 1457 – Raja Phaya Tu Nakpa menganut Islam tukar kepada
Sultan Mahmud Shah.
i.       Mula Islam sejak abad ke-10 – dengan kedatangan pendakwah dan pedagang
Islam
ii.       Dilakukan sepenuhnya pd zaman Sultan Muzaffar Shah.
h.     Brunei -  pusat perdagangan penting di Borneo. Islammula tersebar  pd abad ke – 15 dan 16.
i.       Catatan Cina 977M – Brunai hantar seorang pembesar Pu Ali ke China.
ii.       Pendakwah Islam Syariff Ali Mufaqih Muqqadam atau Syarif Berkat.
iii.       Tersebar sehingga Sulu dan Mindanoa.
i.        Champa – Bukti keislaman penemuan batu nesan 1039M dan prasasti 1025M yg
mencatatkan syarat pembayaran cukai dan hutang.

5.     Peranan pusat kebudayaan


a.      Pusat kebudayaan telah wujud di Perlak, Samudera-Pasai, Riau, dan Acheh.
b.     Puasat keilmuan dan penyebaran Islam.
3
Bab 7 SSMN/SEDAR

c.     Wujud Institusi pendidikan dan cerdik pandai


d.     Zaman Samudera-Pasai – menjadi pusat penterjemahan kitab Arab ke Melayu. Antaranya
Kitab al-Dural al-Manzun dihantar oleh Sultan Mansur Shah. Diterjemah oleh Makdun
Patakan.
e.      Cerdik pandai Samudera-Pasai jadi pakar rujuk tentang agama.
f.       Hasil kesusasteraan Zaman Melaka dipengaruhi tulisan Arab spt: Hikayat Muhamad Ali
Hanafiah, Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Muhamad Ali Hanafiah
dan Amir Hamzah menjadi bahan bacaan dan  semangat menentang mussuh dalam perang.
g.     Acheh – karya puisi  spt : Bustanus Salatin – kisahkan sebuah kerajaan, istana kota dan
taman-taman.
i.       Ulama yang hasilkan karya pemikiran Islam spt Hamzah al-Fansuri, Syeikh
Nuruddin al-Raniri, Syeikh Samsudin al-Sumaterani, dan Abdul Rauf Singkel.
ii.       Karangan Nuruddin al-Raniri – Syarabul Asyikin, Asranul Ariffin, Puisi – Syair
Burung Pingai, Syair Perahu, Syair  Dagang, Syair Burung Pungguk, dan Syair
Sidang Fakir.
h.     Johor – pusat kebudayaan pd abad ke-18 spt Thufat al-Nafis dan Peringatan Sejarah Johor.
Juga pusat emporium di AT.

6.     Peranan mubaligh.
a.      Syeikh Ismail, Fakir Muhamad, Syarif Amir Sayyid al-Syirazi dan Tajuddin al-
Asfahani di Pasai ,Melaka – Syeikh Abdul Aziz , Maulana Abu Bakar, dan Maulana Yusuf.
b.     Di Melaka ajar perkara asas secara tidak formal. Bila dah berkembang cara formal. -
Masjid, istana dan  rumah menjadi  tempat pembelajaran.
c.     Institusi awal di pondok, atau pesantren. Acheh – pondok dikenali sbg Dayah.
d.     Lahir tokoh spt: Hamzah Fansuri, Abdul Rauf Singkel, Shamsuddin al-Sumaterani.
e.      Acheh jadikan ulama penasihat raja. – 22 ulama ditugaskan di Balai Gadang.
f.       Jawa – Wali Songo ( Wali Sembilan ) – Demak dijadikan pusat pergerakan dakwah
Islamiah. Dirikan masjid Agung Demak – markas dakwah.
g.     Cara wali songo berdakwah:
i.       Menimbulkan kesedaran dan tanamkan semangat tentang maksud bekerja dan
beramal dalam erti kata sebenar.
ii.       Berusaha hapuskan pengangguran dengan kikis sifat malas.
iii.       Elak hidup secara mewah dan membazir.

7.     Keistimewaan Islam
a.      Mencakupi bidang kehidupan antaranya :
i.       konsep Tuhan yang Maha Esa, atau Tauhid,
ii.       Keadilan,
iii.       hak individu dan masyarakat,
iv.       kehidupan yang harmoni,
v.       menyanjung akhlak mulia,
vi.       konsep kebahagian di dunia dan akhirat.
vii.       Islam menuntut manusia berfikir secara rasional dan pemikiran ini diterima.

Pengaruh Islam di Asia Tenggara


 
Sebelum Islam masyarakat AT berpegang pada amalan Hindu, Buddha dan roh nenek moyang. Wujud
dalam politik, ekonomi, dan sosial.

4
Bab 7 SSMN/SEDAR

Selepas Isla wujud unsur-unsur baru yg diperkenalkan dan kekal hingga kini yang merangkumi dalam:
 1.     Pemerintahan dan Pentadbiran
a.   Perubahan dalam sistem pemerintahan beraja. Dalam Sistem pentadbiran Islam spt berikut:
i.   Sultan ( Raja ) – Ketua Negara dan Kerajaan
ii. Mufti – penasihat Sultan . Wujud juga jawatan khadi, khatib, bilal, pemungut zakat,
penyelia baitul mal, dan penjaga harta wakaf.
iii.   Penggunaan gelaran Sultan – kelebihannya:-
- kukuhkan kedudukan kerajaan Islam
- jamin kewibawaan raja
- Setaraf dengan kerajaan Islam lain dan memupuk semangat persaudaraan di
kalangan umat Islam.
iv.    Dalam Hukum Kanun Melaka: –
- Raja Melaka diberi gelaran Khalifahtul Mukminin ertinya pemimpin orang
mukmin.
- Perkataan itu tercatat pada wang syiling kerajaan Melayu melaka, Johor, Pahang,
Kedah, trengganu dan kelantan.
- Gelaran Zillulah fil’Alam – bayangan Allah di dalam alam digunakan juga.
v. Islam menjadi agama rasmi dalam kerajaan Melaka, Acheh, Brunei.
vi. Penggunaan Konsep Khalifah Allah ialah wakil Allah di bumi. – Harus tunaikan
amanah, dan perintah dengan adil serta menerapkan unsur Islam bagi menggantikan
konsep dewaraja Hindu. Cth Sultan yang alim :-
- Sultan al-Zahir Samudera-Pasai.
- Sultan Ali Mughayat Shah – Aceh
- Sultan Iskandar Thani – Acheh.
vii Konsep Sultan :- bermakna kuasa, kewibawaan, atau pemerintah.
viii Konsep DewaRaja – Raja keturunan tuhan atau penjelmaan tuhan hindu.
ix Penggunaan nama negeri spt:- Acheh Darus Salam, Nama sultan – Sultan Mansur Shah
bermaksud pemerintah yang dibantu Allah. Sultan Mahmud Shah – Sultan terpuji.
x. Undang-undang Syariah diperkenalkan.
- Di  Melaka dimasukkan dalam Hukum Kanun Melaka. Diperkenalkan oleh
Sultan Muzaffar Shah. Zaman Sultan Alaudin Riayat Shah hukum syariah
diamalkan dengan tegas.
- Tidak dapat dijalankan sepenuhnya kerana ada undang-undang adat.
- Antara aspek syariah yg ada :-  jenayah – kecurian, pembunuhan,urusan
pernikahan, perniagaan serta pembahagian harta pusaka.
- Di Acheh – Kanun yang sama ialah Kanun Mahkota Alam – terangkan tentang
+ Tanggungjawab raja, catat adat istiadat dan
+ Peraturan tradisi Acgeh spt Balairung Seri dipimpin Sultan,
Balai Majlis Mahkamah Rakyat oleh Kadi Malik al-Adi.

xi. Konsep Jihad. Semangat penentangan terhadap penjajahan. Tokoh agama yang
membicarakan Jihad:-
- Syeikh Nuruddin al-Raniri,
- Abdul Rauf Singkel,
- Syeikh Daud Pattani @ Syeikh Daud bin Abdullah bin Idris al-Pattani :-

5
Bab 7 SSMN/SEDAR

membolehkan orang melayu belajar agama Islam dan bahasa melayu terutama
Jawi.
- Maksud Jihad – Menegakkan Islam, Menentang kemiskinan dan capai kehidupan
yg sempurna.
2.     Sistem Pendidikan
i. Sebelum Islam pendidikan hanya terbatas kepada golongan bangsawan sahaja.
ii. Selepas Islam tersebar luas kepada seluruh masyarakat. Disebarkan melalui:
- Istana
- Pondok
- Pesantren
- Madrasah
- Surau.
iii. Pusat pendidikan awal Islam:
- Kerajaan Perlak di Sumatera Utara – melalui Dayah @ Pondok. Yg terkenak
Dayah Bukit Ce Breek pada 9M.
- Samudra-Pasai :- Pusat terjemahan karya agama – tempat rujukan kerajaan Islam
lain spt Melaka.
iv. Pendidikan Pondok muncul seawal kedatangan dan peluasan Islam di AT.spt di Pattani,
Acheh, dan Jawa.
v. Tempat belajar dan masyarakatnya:-
- Pondok – masyarakat tempatan dan pelajar negeri lain : Pattani.
- Melaka :- Rumah ulama, masjid dan surau – atidak formal dan masyarakat
bawahan, Istana – formal dan golongan bangsawan.
- Acheh :- Lebih sistematik. Terdapat peringkat :
+ rendah ( rangkang )
+ menengah ( muenasah )
+ pengajian tinggi. Atau Universiti ( Jamiah Bait Rahman )
+ Wanita juga digalakkan belajar dan diberi peluang yang sama dengan
lelaki baik dalam pemerintahan. Dalam pemerintahan Sultan Safiatudin –
= 22  wanita anggotai Majlis Rakyat Acheh drp 73 ahli.
= 9 jadi ahli jawatankuasa kerja Mahkamah Rakyat, terdapat juga
= Undang-undang lindungi hak wanita sebagai anak, ibu, tunggaldan isteri.
= Digelar serambi mekah.
vi.  Peranan Institusi Pendidikan:
- Istana :- tempat  ulama bicara hukum dengan sultan dan pembesar , juga
sampaikan ilmu dan nasihati sultan.
- Surau :- tempat belajar al-Quran secara tidak formal dan gurunya ajar tidak
tetap.
- Madrasah :- sistem pendidikan formal.
- Pondok:- pusat pengajian Islam terutama di Pattani dan T melayu. Acheh –
Dayah, Jawa – Pesantren.
+ Subjek yang diajar:- Fikah, Usuludin, Tasauf, hadis dan Tafsir, bahasa
pengantar – Melayu dan Arab.
+ Keperluan asas disediakan oleh pelajar sendiri.
3.     Bahasa dan Kesusasteraan
i. Pengaruh Islam dapat dikenalpasti melalui:-
- Tulisan – Jawi, Angka tulisan jawi,
+ Ulama tempatan ubah suai huruf Arab bagi perkataan Melayu.
+ Jadi tulisan rasmi- ambilalih tulisan Palava Dewanagari.
+ Istilah Arab digunapakai spt Sultan, syukur, masjid, berkat, dan alam.

6
Bab 7 SSMN/SEDAR

+ Lahir juga sasterawan spt Tun Seri Lanang, Shamsudin  al-Sumaterani


dan Abdul Rauf Singkel.

ii. Bahasa melayu menjadi


- Bahasa Lingua Franca.
- Bahasa Ilmu
- menjadi lebih mantap cth:- cerita panji dalam bahasa Jawa disampaikan dalam
bahasa Melayu.
- Hasil kesusasteraaan Melayu terpengaruh dengan bentuk, gaya  dan tatabahasa
Arab. Spt Gurindam, syair, nazam, dan cerita hikayat.. Hasil sastera Arab Parsi
yang diterjemah:-
+ Hikayat Perang Badar
+ Hikayat Nur Muhamad
+ Hikayat Bulan Berbelah
+ Hikayat Nabi Wafat
- Penggunaannya dalam bidang banyak bidang – ekonomi,politik,
kesusasteraan, lingua franca . Abad ke 17M digunakan sebagai bahasa
persuratan, perhubungan antara wilayah, ilmu pengetahuan, dakwah.

4.     Cara Hidup
i. Sebelum Islam dipengaruh oleh animisme, hindu dan buddha.Selepas Islam:-
- unsur semangat dan keramat beransur hilang.
- Cara Islam diasimilasikan – wujud cara berpakaian Islam spt:- bertudung,
bersongkok.
- Islam jadi Addin – satu cara hidup yang lengkap dan menyeluruh.
- Sistem sosial berubah:-
+ Tiada kelas – wujud persaudaraan Islam dan persamaan taraf.
+ Nilai akhlak Islam jadi panduan hidup.
+ Sifat tolong menolong, hormat menghormati, dan berkerjasama, bersatu
padu dan wujud semangat kerjasama
5.     Kesenian
i. Kesenian Islam yang meresap:-
- Khat – pada batu nesan , bilah mata keris, dan ukiran kayu . Kreativiti
masyarakat tempatan batu nesan semakin menarik spt: Batu  nesan Sultan al-
Malik Ibrahim.
+ Ditulis dengan ayat al-Quran, selain syair,
+ Makam Naina Hisham al-Din 1420M, pengaruh seni Arab Parsi.
ii. Seni Bina -
iii. Seni Ukir.
iv. Seni bina spt masjid, surau, rumah kediaman guna kaligrafi arab. Cth Masjid Ubudiah
Kuala Kangsar, Masjid Brunei.

6.     Ekonomi.
i. Wujud Baitul Mal- di Acheh oleh Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Berfungsi
sebagai Perbendaharaan Negara dari hasil :-
- Zakat dan Sedekah.
- Harta milik negara – kekayaan sumber alam spt minyak
- Pelaburan dan saham yang dijual kepada umat Islam melalui istitusi yang
ditubuhkan BaitulMal.

7
Bab 7 SSMN/SEDAR

ii. Islam galakkan umatnya rajin bekerja dan melarang mengemis.


iii. Nilai jimat cermat, dan menghalang unsur yang bertentangan dengan ekonomi Islam spt
Riba, tipu,peras,penindasan.

 
 
.

Anda mungkin juga menyukai