Anda di halaman 1dari 11

Lampiran 5

30 M
PUSAT BAHASA DAN PENGAJIAN
UMUM
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN
IDRIS

BMW3032
WACANA AKADEMIK BAHASA
MELAYU

FAKTOR GEJALA BULI DALAM KALANGAN

PELAJAR DI SEKOLAH

NAMA PELAJAR NO. MATRIK


NURUL VIRWN SHADA BINTI ABDUL SUKUD D20191089876
KUMPULAN KULIAH BMW AC
NAMA PENGAJAR

PENERANGAN MARKAH
KERANGKA /12
FORMAT /9
BAHASA /5
PENYUNTINGAN /4
JUMLAH KESELURUHAN /30

1.0 PENGENALAN
1.1 DEFINISI BULI

Secara umumnya, buli merupakan sesuatu perbuatan dimana seseorang itu


mengasari orang lain. Kebanyakkan golongan yang menjadi mangsa ialah
golongan yang lemah seperti wanita dan kanak-kanak. Motif buli ini
dilakukan adalah untuk menunjukkan si pembuli itu lebih kuat dan berkuasa.
Menurut Noran Fauziah, 2006, buli merupakan perbuatan negatif yang
dikenakan oleh seseorang yang lebih kuat atau berkuasa terhadap seseorang
yang lebih lemah atau kurang berkuasa secara berulang kali. Buli mungkin
dilakukan oleh seorang pembuli, iaitu secara individu, atau beberapa pembuli
yang juga dikenali sebagai buli kolektif terhadap seorang mangsa ataupun
sekumpulan mangsa (Abdul Malek, 2004). Dalam perlakuan buli, wujud
ketidakseimbangan kuasa yang menyebabkan mangsa gagal untuk
mempertahankan dirinya (Heinrichs, 2003) daripada didera dan dipermain-
mainkan oleh pembuli. Azizi Yahya (2007) pula menyatakan bahawa
perlakuan buli adalah penyalahgunaan kuasa dari operasi psikologi dan fizikal
dan dilakukan secara berulang-ulang.

Buli boleh dilakukan dari segi fizikal, lisan, mental dan juga siber. Buli
lisan dan fizikal merupakan buli yang paling kerap berlaku dan dicatatkan
dalam kalangan pelajar di sekolah. Gejala buli yang bermula dari lisan
selalunya mendorong punca berlakunya buli fizikal dan juga mental. Contoh
buli lisan yang dilakukan melalui ejekan ‘body shamming’, panggilan nama
dan cemuhan. Ini menyebabkan pihak sebelah menjadi marah ataupun tidak
puas hati seterusnya mendorong kepada berlakunya pergaduhan. Bagi buli
jenis fizikal pula, ia melibatkan anggota badan seperti memukul, menggigit,
menyepak, mencubit, menendang dan menampar. Sekiranya tidak dikawal,
buli fizikal akan menyebabkan kecederaan parah ataupun kematian.

Buli mental ataupun buli psikologikal merupakan serangan jenis


psikologi seperti penyebaran fitnah, pemulauan, pengasingan dan surat layang.
Bukan itu sahaja, gerak tubuh seperti senyum sinis, menjegilkan mata dan
mencebik mulut juga tergolong dalam buli psikologi. Tidak ketinggalan juga
dengan gangguan seksual yang memaksa mangsa tanpa rela. Selalunya buli
psikologi akan memberikan mangsa akan mengalami tekanan dan hilang rasa
harga diri akan penyebaran fitnah ataupun cerita tentang dirinya didepan
khalayak ramai. Buli siber pula perbuatan yang melibatkan teknologi seperti
telefon bimbit atau Komputer. Pembuli menggunakan alat ini untuk
menyebarkan fitnah dengan pantas dengan niat mencemarkan imej mangsa.
Sebagai contohnya, menyebarkan video-video mangsa ke sosial media. Bukan
itu sahaja, pembuli juga akan membuat ugutan ataupun kata kesat melalui
pesanan ringkas untuk menakutkan mangsa.

Perbuatan buli akan memberikan kesan berpanjangan kepada mangsa


malah kepada saksi kejadian dan pembuli itu sendiri. (Jennings, Song, King,
Fenimore dan Piquero, 2017). Antara kesan buli kepada mangsa ialah
akademik merosot, ponteng dan berasa lemah dengan diri sendiri manakala
saksi kejadian pula akan berasa bimbang jika akan menjadi mangsa yang
seterusnya. Pembuli pula akan terlibat dengan vandalisme ataupun
merosakkan harta benda sekolah, gansterisme seterusnya terpengaruh dengan
jenayah di masa hadapan kelak.

1.2 KONSEP BULI

PEMBULI

Pembuli ialah mereka yang melakukan perbuatan membuli kepada mangsa


buli. Pembuli berasa mereka sangat kuat dan lebih berkuasa serta
berkemampuan untuk membuli. Kebanyakkan daripada pelajar lelaki. Mereka
inginkan diri mereka digeruni dan mempunya pengikut yang banyak.

MANGSA BULI

Mangsa buli ialah mereka yang menjadi mangsa buli. Sifat mangsa buli
selalunya seorang yang pendiam, lemah dan tidak berkemampuan untuk
melawan kekuatan si pembuli.

2.0 FAKTOR GEJALA BULI DALAM KALANGAN PELAJAR DI SEKOLAH


2.1 FAKTOR RAKAN SEBAYA

Antara faktor yang mendorong berlakunya buli dalam kalangan pelajar di


sekolah ialah pengaruh rakan sebaya. Situasi ini berlaku apabila sekumpulan
pembuli merupakan satu kelas yang sama. Hal ini memudahkan lagi mereka
untuk melakukan hal yang tidak berfaedah. Rakan-rakan akan menghasut
orang baru untuk melakukan kesalahan bersama. Sifat yang berani amat
diperlukan bagi lelaki untuk mendapatkan perhatian kawan-kawan. Oleh itu,
mereka harus menunjukkan kekuatan dan kekuasaan kepada rakan mereka.
Contohnya, mengusik pelajar perempuan. Golongan remaja merupakan
golongan yang mudah terpengaruh dengan rakan sekeliling kerana mereka
lebih mempercayai kawan sendiri berbanding orang lain. Hal ini menyebabkan
mereka harus mengikuti aktiviti-aktiviti rakan dan melakukan apa sahaja demi
menjaga hati mereka. Mereka akan berasa seronok dengan kesalahan yang
mereka lakukan bersama dan mengulanginya lagi.

Rakan sebaya juga boleh menjadi pemerhati ataupun ‘Hurtful


bystander’. Golongan ini akan menjadikan kejadian buli menjadi lebih teruk
dan susah untuk dikawal apabila mereka menghasut pembuli dengan cara
memaksa pembuli untuk memulakan pembulian. Terdapat juga rakan yang
akan memberikan sorakan dan berketawa untuk menaikkan semangat pembuli
tersebut. Apabila kejadian ini menjadi lebih seronok bagi mereka, aka nada
rakan yang turut serta untuk membuli menyebabkan situasi sukar untuk
diberhentikan kerana situasi itu disokong oleh pemerhati. Oleh itu, Jelaslah
bahawa pengaruh rakan sebaya merupakan salah satu punca buli itu berlaku di
sekolah.
2.2 FAKTOR KELUARGA

Selain itu, faktor yang mendorong berlakunya buli dalam kalangan pelajar di
sekolah ialah masalah keluarga. Masalah rumah tangga menyebabkan anak-
anak berasa sedih dan tekanan kerana tiada kesejahteraan hidup dalam tempat
tinggal. Sikap ibu bapa yang suka berkelahi juga menyebabkan anak-anak
sering berasa sedih dan kecewa melihat keadaan tersebut lalu menyimpan
perasaan. Gangguan emosi yang dibawa ke sekolah akan dilepaskan apabila
pelajar tersebut dapat membuli dan mendera pelajar lain. Bukan itu sahaja,
penggunaan kekerasan dalam mendisiplinkan anak-anak akan menyebabkan
didikan yang tidak sempurna dan kurangnya pengukuhan positif dalam diri
mereka.

Tambahan pula, masalah kewangan dalam keluarga juga menyebabkan


lahir sifat meminta dalam diri pelajar tetapi menggunakan kekerasan. Hal ini
berlaku apabila pelajar tersebut tidak diberikan wang belanja yang mencukupi
untuk makan di sekolah ataupun wang untuk membeli barang keperluan. Oleh
itu, pelajar tersebut mencari mangsa dan memaksa mangsa untuk memberikan
wang. Jika mangsa enggan memberikan wang, kemungkinan pembuli akan
marah dan mencederakan mangsa sehingga mangsa tersebut memberikan
wang. Walau bagaimanapun, terdapat juga pembuli yang menggunakan wang
hasil buli untuk tujuan keseronokkan seperti membeli rokok dan bermain judi
bukannya untuk membeli barang keperluan. Jelaslah bahawa masalah keluarga
menyebabkan anak-anak kurang mendapat kasih sayang daripada ahli
keluarga.
2.3 FAKTOR MEDIA MASSA

Di samping itu, pengaruh media massa menyebabkan buli berlaku dalam


kalangan pelajar di sekolah. Media massa menjadi pemangin budaya negatif
ini. Hal ini dikatakan demikian kerana pelbagai genre filem dan drama bersiri
yang mengandungi aksi-aksi ganas, ekstrem dan lagak ngeri. Hal ini
menyebabkan mereka terdorong untuk mencuba sesuatu yang baru dan
melakukan aksi-aksi tersebut. Sebagai contohnya, filem bertajuk “Juvana’’
telah menarik perhatian pelajar untuk menunjukkan mereka lebih hebat
berbanding rakan yang lain terutamanya bagi mereka yang tinggal di asrama
sekolah. Pembuli akan melakukan tindakan tersebut ke atas mangsa tanpa
memikirkan padah yang bakal mereka perolehi. Oleh itu, Pihak media massa
seharusnya menapis filem-filem dan cerita yang diimport daripada luar Negara
sebelum disiarkan di kaca televisyen, ataupun mana-mana media seperti
majalah dan surat khabar.

Media massa juga kurang menyebarkan hal-hal berkaitan buli di semua


platform menyebabkan kurangnya pendedahan berkaitan buli. Sebagai
contohnya, televisyen, radio, papan iklan, surat khabar, poster ataupun
majalah. Media massa seharusnya menitikberat hal ini kerana isu ini penting
untuk melahirkan modal insan yang cemerlang kepada Negara. Media massa
seharusnya menyiarkan kesan buli dan hukuman untuk membendung gejala ini
daripada berleluasa. Penyiaran ini akan memberikan sedikit pengetahuan
kepada seluruh lapisan masyarakat tentang bahayanya membuli terutamanya
dalam golongan pelajar. Pihak media massa juga boleh menyebarkan kempen-
kempen berkaitan buli bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat.
2.4 FAKTOR KURANG DIDIKAN AGAMA

Akhir sekali, faktor yang menyebabkan berlakunya gejala buli dalam kalangan
pelajar di sekolah ialah kurang didikan agama. Oleh kerana Negara dalam
status Negara membangun, masyarakat perlu bekerja untuk meneruskan
kelangsungan hidup. Sikap pengabaian ibu bapa ataupun tidak
bertanggungjawab sebagai ahli keluarga menyebabkan anak-anak berasa
terabai dan tidak diberikan perhatian sepenuhnya. Ibu bapa yang sibuk dengan
kerjaya masing-masing juga tidak dapat meluangkan masa bersama-sama dan
berkomunikasi dalam ahli keluarga sehingga ada anak-anak yang dijaga oleh
pengasuh. Ibu bapa seharusnya menerapkan nilai-nilai moral dalam diri anak-
anak sejak peringkat akar umbi lagi. Penerapan nilai moral dan keagamaan
akan membentuk akhlak dan keperibadian yang baik dalam diri mereka.
Kecacatan institusi keluarga menyebabkan anak-anak berasa bebas dan kurang
pemantauan daripada ibu bapa.

3.0 KESIMPULAN

Perlakuan buli di sekolah perlulah diberi perhatian serius oleh semua pihak kerana isu
tingkah laku membabitkan imej Negara dalam pemcapaian dunia untuk menangani
masalah sosial yang berlaku di sekolah. Jika masalah ini tidak dibendung, Negara kita
tidak akan dapat melahirkan pelajar yang cemerlang di sekolah malah tercicir dalam
pencapaian akademik. Pihak sekolah perlulah mengenalpasti dan mengenakan
tindakan kepada pelajar yang suka membuli. Pengetahuan dan pemahaman ini perlu
diikuti dengan perancangan tindakan wajar dalam menangani kes tingkah laku buli
dalam kalangan pelajar di sekolah. Bukan pihak sekolah sahaj, malah pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), masyarakat dan ibu bapa perlu memberikan
kerjasama dalam kes ini agar kelestarian pendidikan dalam berjalan dengan lancer
secara kondusif.
4.0 RUJUKAN
1. Husmiati Yusuf, adi Fahrudin, 2012. Jurnal Psikologi Undip: Perilaku Bullying,
Asesmen Multi dimensi dan Intervensi Sosial, 3.
https://www.researchgate.net/profile/Adi_Fahrudin2/publication/305941596_PER
ILAKU_BULLYING_ASESMEN_MULTIDIMENSI_DAN_INTERVENSI_SO
SIAL/links/57a6a0e308aefe6167b6e9be.pdf

2. Mohd Aris Bin Anis, Mohd Noor Bin Abd. Rashid, 2005. Seminar Pendidikan
2005, Fakulti Pendidikan UTM: Masalah buli di Sekolah, 1-6.
https://www.google.com/url?
sa=t&source=web&rct=j&url=http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/listseminar/5.
IsuPendidikan05/Kertaspenuh/Kertas
%252022.pdf&ved=2ahUKEwjuxK3Ye7sAhVWILcAHUeIALkQFjABegQIAxA
J&usg=AOVaw23_2SITlczJuAwc_FXsdQS

3. Mohd Razimi Bin Husin, Nur Izzati Binti Mat Isa, Nur Haqima Farhana Binti
Abdul Rahim, 2020. Journal of Humanities and Social Sciences: Gejala Buli
dalam Kalangan Pelajar Sekolah, 22-23.
https://www.google.com/url?
sa=t&source=web&rct=j&url=https://lamintang.org/journal/index.php/jhass/articl
e/download/100/75&ved=2ahUKEwiutbjxudfsAhWp6XMBHctiBKA4ChAWMA
N6BAgJEAE&usg=AOvVaw1FHiS5r1P7qq5Kb7jD2MOI

4. Nor Junainah Mohd Isa, Mohd Sobri Ismail, Amelia Mohd Noor, 2019. Fakulti
Pembangunan Manusi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Fakulti Psikologi dan
Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah: Masalah buli dalam kalangan murid. Apa
kata guru? 1-14.
https://www.google.com/url?
sa=t&source=web&rct=j&url=https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PERS/articl
e/download/2648/2140/&ved=2ahUKEwjvvbWRuNfsAhUbzDgGHeSLDEQQFj
ABegQIAxAK&usg=AOvVaw2tryOnQxPpMKAdl7tOR_7T&cshid=1603893315
515
5. Nurul Farahyantie Mohd Syahid, 2006. PERILAKU BULLYING_ASESMEN
MULTIDIMENSI DAN INTERVENSI SOSIAL: Kajian Masalah Buli Pelajar
Di Sekolah Menengah, 32-73.
https://www.researchgate.net/profile/Adi_Fahrudin2/publication/305941596_PER
ILAKU_BULLYING_ASESMEN_MULTIDIMENSI_DAN_INTERVENSI_SO
SIAL/links/57a6a0e308aefe6167b6e9be.pdf

6. Nor Syazwanie Nasrie, 2019. Berita Harian Metro: Tak Puas Hati Punca
Pergaduhan Pelajar.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/06/574840/tak-puas-hati-punca-
pergaduhan-pelajar
LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai