Anda di halaman 1dari 5

Tokoh-tokoh Tamadun Cina

1. Kung Fu Tze ( pengasas falsafah Confucianisme )


1.1 Asal Usul

Confucius dilahirkan pada 551 s.m di Zhou (sekarang wilayah Shandong) yang
terletaknya di negeri Lu pada zaman Chunqiu China. Beliau berketurunan bangsawan
tetapi tidak berkaya raya terutamanya selepas ayahandanya wafat. Ayahandanya
merupakan komander negeri Lu dan meninggal dunia sewaktu Confucius berumur 3
tahun. Beliau menerima pendidikan dalam bidang muzik, penulisan dan ritual. Confucius
berkahwin dengan Chikuan pada umur 19 tahun dan mempunyai seorang anak lelaki
dan dua orang anak perempuan.

Semasa muda, Confucius sanggup mengambil pelbagai kerja seperti gembala,


kerani dan penyimpanan kira-kira untuk menyara hidup keluarga. Pada tahun 527 s.m
(selepas ibunya meninggal dunia) beliau mula menjadi seorang guru dan mengembara
untuk mengajar murid. Kemashyuran serta sifat-sifat murninya luas disebar di seluruh
negeri Lu.

Pada zaman akhiran Dinasti Zhou (1027-256 s.m), zaman menjadi kacau-bilau
dan kurang bermoral. Oleh itu, Confucius pun mendidik orang ramai mengikut prinsip-
prinsip dan ajaran pendeta dahulu dalam kelasnya. Ajaran dan teorinya sebar luas ke
seluruh China oleh anak muridnya dan dimanfaatkan oleh orang ramai.

Pada usia 52 tahun, Confucius dilantik sebagai majistret Chungtu dan seterusnya
menjadi menteri jenayah negeri Lu. Dalam pentadbirannya, reformasi baru dan keadilan
didirikan. Kes-kes jenayah hampir dihapuskan. Confucius meninggalkan kawasan
pentadbirannya pada tahun 496 s.m untuk mengembara seluruh China selama 13 tahun.
Semasa berumur 69 tahun, beliau kembali ke Lu dan wafat pada usia 72 tahun (479
s.m). Walaupun Confucius telah meninggal dunia, tetapi ajaran dan falsafah beliau masih
diamalkan sehingga terbinanya tokong-tokong di seluruh China.

1.2 Sumbangan Kung Fu Tze

Ajaran Confucius dimuatkan dalam kitab Lun Yu (Analects) yang disusun oleh anak-anak
muridnya. Kitab Analects banyak mengandungi order sosio-politik yang normatif,
perlakuan-perlakuan yang baik, ritual, perayaan dan etika. Antara etika Confucianisme

1
adalah berpaksikan kepada Tian @ Dao, iaitu konsep terhadap keluarga, social propriety
dan solidariti. Falsafah Confucius mendidik manusia melalui saluran pendidikan
menghasilkan manusia yang sempurna yang dipanggil Junzi (budiman). Junzi
merupakan seorang yang memiliki sepenuhnya hikmah ren (berperikemanusiaan), li
(kesusilaan) dan xiao (ketaatan kepada ibu bapa). Dalam kitab Lun Yu (Analects), Kung
Fu Tze telah memberikan beberapa cara untuk menjadi Junzi :

a) tidak merasa resah, pilu atau takut

b) bekerja dengan tegas dan bersungguh-sungguh, tidak membuat kesalahan, melayani


orang dengan bahasa yang baik dan teliti sesuai dengan adat

c) membantu orang lain untuk menjayakan perkara yang baik dan tidak membantu orang
lain untuk menjayakan perkara jahat

Menurut Kung Fu Tze, sifat Junzi ialah seseorang yang hidup aman damai, tidak
sombong dan tidak menghina orang lain. Oleh itu, Wang Gungwu (1997) menyatakan
Confucianisme berbeza dengan agama lain, ia menumpukan kepada dunia, sosial,
keluarga dan moral. Confucianisme tidak menekan kepada kehidupan spriritual dan
kehidupan selepas mati. Manakala, menurut Prof. Y. King (1997) pula, Confucianisme
menfokuskan kepada hubungan organic antara individu dan masyarakat yang dilihat
sebagai saling bertautan dan tidak dapat dipisahkan.

Mengikut Confucius, segala sesuatu hendaklah bertindak mengikut nama


(zhengming) atau kedudukan masing-masing. Tanggungjawab dan peranan haruslah
diasaskan kepada nilai kebaikan (yi) dan nilai kemanusiaan yang berpaksikan kepada
kasih sayang (ren). Selain itu, Confucianisme menekankan lima bentuk hubungan atau
wulun, iaitu : antara

a) pemerintah dengan rakyat

b) ayah dengan anak

c) abang dengan adik

d) sahabat dengan sahabat, dan

e) suami dengan isteri

2
Bagi Confucianisme, dari keluarga akan berkembang menjadi masyarakat, seterusnya
negara dan dunia. Kesemua konsep etika ini dikembangkan diasaskan kepada ren atau
kemanusiaan. Pemikiran etika Confucianisme dapat digali melalui kitab-kitab seperti :
kitab Madah, Muzik, adat, kitab Tentang Perubahan dan lain-lain.

1.3 Pengaruh Confucianisme di Negara China

1.3.1 Pemerintahan

Pengaruhnya dapat dilihat pada zaman pemerintahan Dinasti Han. Ahli-ahli falsafah
Confucius mula menduduki kedudukan yang istimewa dalam susun lapis masyarakat
China. Peperiksaan diadakan di sekolah Confucian untuk jawatan pegawai kerajaan.
Pada zaman pemerintahan Dinanti Ming pula, maharaja Ming telah memulihkan pengkaji
tentang klasik Confucian. Di samping itu, terdapat juga penubuhan kolej, universiti dan
sistem peperiksaan awam.

1.3.2 Dasar Pendidikan

Pada zaman Confucius, terdapat sekolah-sekolah di kawasan perkampungan kecil


(hemlet), kampung (villange) dan negeri-negeri feudal didirikan. Confucianisme juga
mempengaruhi kesusteraan China. Buku-buku klasik dihasilkan seperti Book of History,
Book of Rites, Book of Changes, Spring and Antumn Annals dan Book of Music yang
telah hilang.

1.4 Kesimpilan

Confucius merupakan seorang guru bernilai perikemanusiaan yang telah merancang


untuk mengembangkan satu tanggapan manusia seperti membentuk masyarakat yang
sempurna yang bebas daripada pengaruh kuasa-kuasa ghaib. Dengan kata lain,
Confucianisme telah berkembang bukan sebagai satu agama, tetapi sebagai satu
falsafah perikemanusiaan yang menjadi asas dan tulang belakang budaya bangsa
China.

2. Lao Tze ( pengasas falsafah Taoisme )

2.1 Asal-usul

Lao Tze dilahirkan di negeri Chu (sekarang Henan) pada tahun 604 s.m.
3
Nama asal beliau adalah Hi Erh. Lao Tze telah dilantik sebagai perpustakawan di arkib
Dinasti Chou. Oleh itu, beliau menggunakan peluang keemasan ini untuk banyak
membaca sehingga berpengetahuan luas. Lao Tze telah meletak jawatannya ketika
keruntuhan Dinasti Chou. Beliau dikatakan menunggang kerbaunya meninggalkan
bandar untuk menetap di luar bandar. Beliau menentang keras terhadap keganasan.
Bagi Taoisme, masyarakat yang diinginkan ialah masyarakat yang mudah dan primitif
berbanding masyarakat yang rumit kerana ia dikatakan membawa masalah.

2.2 Sumbangan Lao Tze

Taoisme adalah berasaskan ajaran Lao Tze. Ajarannya terkandung dalam buku Tao Te
Ching atau Book of Taoist Virtue. Menurut ajaran Taoisme, setiap tindakan ditentukan
oleh Tao (jalan). Oleh sebab itu, manusia tidak dapat bertindak terhadap apa-apa yang
ditetapkan oleh nasib. Tao (jalan) : adalah suatu cara atau jalan untuk mencapai
keharmonian dan merujuk kepada jalan yang memimpin manusia ke arah yang baik. Lao
Tze menyetujui bahawa manusia boleh mengubah sesuatu ke arah kebaikan dengan
menggunakan konsep Yin-Yang dalam Taoisme. Taoisme menegaskan bahawa
kerajaan yang paling berkesan adalah kerajaan yang paling sedikit memerintah dengan
undang-undang dan peraturan yang sedikit serta mudah difahami oleh rakyat. Tambahan
pula, penekanan kepada alam telah menggalakkan pengikut Taoisme menerokai sains
dan teknologi.

2.3 Kesimpulan

Falsafah Taoisme menegaskan konsep keperluan menjaga keharmonian di antara


manusia dengan alam dan masyarakat. Ajaran Taoisme pada permulaan adalah
berbentuk falsafah, akhirnya telah berubah sedikit demi sedikit dan menjadi satu agama.

RUJUKAN
4
Adi Alhadi. Tokoh Ternama Dunia (Jilid 3) .(2002). Selangor : Edusystem Sdn. Bhd.

Azhari Hj Mad. Aros. Tamadun Islam dan Tamadun Asia. (2004). Selangor : Oxford Fajar
Sdn. Bhd.

Ali Mohamad. Tamadun Islam dan Tamadun Asia. (2001). Kuala Lumpur : Universiti
Malaya.

http://en.wikipedia.org/wiki/Confucius

http://www.chebucto.ns.ca/Philosophy/Taichi/lao.html

http://en.wikipedia.org/wiki/Laozi

Anda mungkin juga menyukai